Вы находитесь на странице: 1из 2

Issue 12: Disember 2018

e-NEWSLETTER
INSTITUT PENGURUSAN KUALITI
SIQIC 5 BERI PENDEDAHAN UNTUK ORGANISASI HADAPI CABARAN
IR4.0
Cabaran menghadapi era Revolusi Industri (IR4.0) semakin dirasai, namun sejauh manakah
persediaan sektor awam dan swasta untuk berdepan dengan gelombang yang melewati
dunia global kini. Menyedari hakikat itu, Institut Pengurusan Kualiti (IPQ), UUM telah
menganjurkan Seminar Integriti, Kualiti, Inovasi dan Kreativiti (SIQIC) pada 3 hingga 5
Oktober lalu di Copthorne Hotel, Cameron Highlands.

SIQIC 5 yang mula dianjurkan sejak 2014 oleh IPQ dengan kerjasama Politeknik Seberang
Perai memfokuskan agenda IR4.0 dalam aspek integriti, kualiti, inovasi dan kreativiti. Seminar
ini berjaya menarik penyertaan seramai 40 orang terdiri dari organisasi seperti Daihatsu,
Jabatan Perdana Menteri, FELCRA, UMT, UiTM, UUM, Jabatan Kesihatan Perak dan beberapa
organisasi lain.

Penceramah jemputan yang menjayakan seminar ini terdiri daripada Pengarah Kanan Insti-
tut Integriti Malaysia, Dr Mohd Nizam Mohd Ali; Pengurus di Perbadanan Produktiviti Malaysia
(MPC), Mokhzani Aris Mohd Yusoff; Ketua Pegawai Eksekutif, Penang Skills Development
Centre (PSDC), Muhamed Ali Hajah Mydin; Perunding Utama di SIRIM Berhad, Kamal Ariffin
Khamarudin dan Pengarah Urusan Durian Digital Sdn. Bhd., Sinan Ismail.

Antara pengisian sepanjang seminar itu adalah mengenai kepentingan nilai integriti dalam kepimpinan sebagai paksi organisasi mengharungi cabaran
IR4.0, perbezaan kemahiran-kemahiran dalam bidang kualiti yang diperlukan pada tahun 2020 berbanding tahun 2015, kepentingan institusi pendidikan
menyediakan graduan berkemahiran tinggi yang diperlukan oleh industri 4.0 dan perkongsian faktor kejayaan animasi Didi & Friends dan Omar & Hana
sehingga mencapai sejuta subscribers di Youtube. Pengarah IPQ, Prof Dr Nor Aziah Abd Manaf berkata, setiap peserta mampu menjadi pemangkin
kepada perubahan positif dan kekal berdaya saing seiring dengan transformasi digital demi kemajuan organisasi masing-masing.

IPQ DAN NGO JALIN KERJASAMA BANTU GOLONGAN ASNAF


Institusi pendidikan dan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) memainkan peranan
penting dalam usaha menjaga kebajikan, pendidikan dan pembangunan ummah, sekali
gus menjadi platform jalinan mesra antara kedua-dua pihak.

Sehubungan itu, mengambil langkah inisiatif tersebut, IPQ telah bekerjasama dengan NGO,
Persatuan Inisiatif Dakwah dan Kesenian Malaysia (DAIE) mengumpul sumbangan daripada
orang ramai bagi membantu golongan yang memerlukan sama ada ditimpa musibah
atau hidup dalam kedaifan.

Kutipan sumbangan daripada warga UUM telah bermula pada Ogos sehingga September
lalu sempena Program CSR Merdeka IPQ. Sumbangan yang diterima dalam bentuk wang
tunai, barangan keperluan, pakaian dan permainan terpakai telah diserahkan kepada
beberapa orang staf UPSB terpilih dan beberapa ahli keluarga fakir miskin di Kampung
Permatang Tengah, Kota Kuala Muda.

Program tersebut turut mendapat kerjasama Jawatankuasa Masjid Kampung Permatang


Tengah.

Imam Masjid, Omar Jaafar berkata, ramai golongan asnaf di kampung itu yang
memerlukan bantuan dan pihak masjid juga kekurangan dana untuk menambah baik
infrastruktur. IPQ mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga UUM atas keprihatinan,
sokongan dan sumbangan yang diberikan, malah program seperti itu akan diteruskan lagi
pada masa hadapan.

Selain itu, IPQ juga bercadang untuk membantu pendidikan anak golongan miskin dan
kerja baik pulih surau dan masjid dalam projek akan datang, justeru, warga UUM yang ingin
menyumbang, boleh berhubung menerusi emel ipq@uum.edu.my.

TAHNIAH BAHAGIAN SISTEM KECEMERLANGAN KUALITI

Pada 14 Oktober 2018, Institut Pengurusan Kualiti (IPQ) telah mengadakan satu sesi Penyampaian
Anugerah 5S IPQ Bil.2/2018 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, IPQ.

Senarai pemenang Anugerah 5S adalah seperti berikut:

Anugerah Zon Terbaik :Johan -Zon Bahagian Sistem Kecemerlangan Kualiti


Naib Johan -Zon Bahagian Pentadbiran dan Daya Saing
Tempat Ketiga -Zon Bahagian Perancangan Korporat

Anugerah Ketua Zon Terbaik : Puan Hasliza Shafie (Zon BSKK)


Anugerah Jawatankuasa Terbaik : Jawatankuasa Promosi
Anugerah Ruang Kerja Terbaik : Johan -Cik Norsila Ellias
Naib Johan -Puan Harishah Ahmad
Tempat Ketiga -Encik Mohd Farhan Ismail

Anugerah Person in Charge 5S Terbaik : Johan -Cik Nursyidah Abd Wahab (Pantri Zon BPK)
Naib Johan -Puan Sobiroh Hamdi (Bilik Serbaguna BSKK)
Tempat Ketiga -Puan Harishah Ahmad (Stor Alat Tulis BPDS)
Issue 12: Disember 2018

e-NEWSLETTER
INSTITUT PENGURUSAN KUALITI
LAWATAN PENANDAARASAN DARI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU
PINANG
Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pulau Pinang telah mengadakan Lawatan Penandaarasan ke Institut
Pengurusan Kualiti (IPQ) pada 5 November 2018 (Isnin). Lawatan tersebut yang diketuai oleh Puan Juriah binti
Abu Bakar selaku Pengerusi Sekretariat MS ISO 9001:2015 IPG turut disertai seramai 22 orang Juruaudit Kualiti
Dalaman dan Pensyarah IPG.

Tujuan lawatan tersebut diadakan adalah untuk berkongsi maklumat berkaitan Pengurusan Risiko MS ISO
9001:2015 dan juga Pengendalian Amalan 5S di UUM.Sesi taklimat telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah,
Bahagian Sistem Kecemerlangan Kualiti (BSKK), Prof. Madya Dr. Norhani Aripin. Selesai sesi taklimat, delegasi
dibawa melawat ke Perpustakaan Sultanah Bahiyah dan beberapa lokasi menarik dalam UUM.

Pihak IPQ berharap lawatan seperti ini akan dapat diteruskan bagi perkongsian ilmu dan pandangan selain
dapat mengeratkan hubungan antara kedua-dua organisasi.

IPQ TERIMA PERSIJILAN SEMULA QE/5S MPC KALI KE- 4


Institut Pengurusan Kualiti (IPQ) Universiti Utara Malaysia (UUM) terus cemerlang dalam agenda
kualiti apabila berjaya mengekalkan status persijilan semula 5S/QE peringkat kebangsaan dari
Malaysia Productivity Corporation (MPC) buat kali ke-4 berturut-turut.

Pada tahun ini, IPQ telah diaudit menggunakan kriteria baharu MPC yang mana kriteria
tersebut lebih melihat kepada aktiviti Plan (20%) Do (30%) Check (15%) Action (15%) dan Result
(20%). Impak pelaksanaan 5S pula diukur dari segi peningkatan produktiviti, kualiti, sistem
penyampaian, keselamatan, moral dan pengurangan kos.

Inovasi-inovasi 2018 yang berjaya dihasilkan oleh IPQ ialah e-Buku Poket Perangkaan, Rujukan
pencarian fail tutup, Tempat simpanan cop yang sistematik, Penunjuk indeks buku/fail,
Penilaian ruang kerja oleh ahli zon dan Happiness Corner. En. Ahmad Fathan Abdul Rahim
dalam sesi penutup audit berkata, secara keseluruhannya IPQ UUM telah berjaya memenuhi
kriteria Amalan Persekitaran Produktiviti QE/5S. Tambahnya lagi, kejayaan amalan ini dapat
dilihat dari persekitaran yang berkualiti dan kreatif, pelaksanaan program yang mengikut
jadual serta kerjasama yang baik dari seluruh warga kerja IPQ, UUM.

Sementara itu Pengarah IPQ, Prof. Dr. Nor Aziah Abd Manaf dalam ucapannya, melahirkan
kesyukuran atas kejayaan IPQ memperoleh persijilan semula QE/5S ini dan berharap amalan ini
terus dibudayakan dan mengucapkan ribuan terima kasih atas komitmen warga IPQ untuk
terus berdaya saing di peringkat kebangsaan.

Beliau juga berharap kolaborasi MPC bersama IPQ terus diperkasakan dalam agenda-agenda
kualiti yang lain. IPQ juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak UPSB dan JPP yang
banyak membantu dalam aspek penjagaan kebersihan dan penambahbaikan infrastruktur.

BENGKEL PEMANTAPAN KUALITI DAN PEMBENTUKAN


PELAN STRATEGIK IPQ
Bengkel Pemantapan Kualiti dan Pembentukan Pelan Strategik
yang melibatkan semua warga IPQ telah diadakan dengan
jayanya pada 19 hingga 21 Disember 2018 di EDC Hotel, Kuala
Lumpur. Pada hari pertama, IPQ telah mengadakan Mesyuarat
Jabatan IPQ Bil.4/2018 disusuli dengan pembentangan objektif
kualiti, perancangan gerak kerja bahagian 2019 dan semakan risk
register mengikut bahagian.

Program hari kedua diteruskan dengan lawatan penandaarasan ke


Pusat Pengurusan dan Penambahbaikan Kualiti (QMEC), Universiti
Malaya (UM) dan Pusat Perancangan Strategik dan Global (PPSG),
UM. Banyak input yang telah diperoleh hasil daripada lawatan
tersebut, antaranya ialah bagaimana QMEC menjalankan proses
audit ISO dan audit AUN-QA. Mereka juga berkongsi templat
pengurusan risiko UM yang diselaraskan dengan templat OSH dan
HIRARC.

PPSG pula berkongsi mengenai teras pelan strategik UM dan bagaimana proses pengumpulan maklumat KPI dilakukan. Mereka juga menerangkan
tentang pembahagian KPI yang dibuat mengikut kepakaran staf akademik. Program ini turut dimeriahkan dengan Majlis Apresiasi dan Makan Malam IPQ
2018 yang dianjurkan oleh Kelab Kebajikan dan Rekreasi IPQ. Majlis ini bertujuan untuk menghargai sumbangan dan kerja keras warga IPQ dalam
merealisasikan KPI jabatan dan universiti.

Anugerah kehadiran staf terbaik yang dinilai berdasarkan peratus kehadiran, bilangan cuti sakit dan cuti kecemasan turut diberikan kepada Pn. Harishah
Ahmad. Majlis ini juga diserikan dengan persembahan daripada setiap bahagian yang bertujuan untuk mengeratkan silatulrahim dalam kalangan staf.

Pengarah IPQ dalam ucapannya, menegaskan IPQ sebagai salah satu jabatan yang berfungsi sebagai ejen transformasi. Sehubungan itu, beliau berharap
supaya warga IPQ sentiasa mempunyai motivasi yang tinggi dan sentiasa peka kepada perubahan bagi membolehkan IPQ menjadi rujukan terbaik.

Вам также может понравиться