Вы находитесь на странице: 1из 9

EDUCATION RESEARCH

(GRU 6014)

ASSIGNMENT 1
ULASAN KRITIKAL DARI SEGI
REKABENTUK KAJIAN, PESAMPELAN
KAJIAN DAN INSTRUMEN KAJIAN
DALAM 5 JURNAL

NAME : KOMALA A/P SITHAMBARAM


MATRICS NO. : M20171000592
LECTURER’S NAME : DR. CHE NIDZAM BINTI CHE AHMAD
Pendahuluan

Saya telah memilih lima buah jurnal artikel yang berkaitan keberkesanan kaedah
bercerita dan penggunaan Big Book dalam pengajaran dan pembelajaran. Reka bentuk
kajian, persampelan dan instrumen kajian sangat penting dalam sesebuah artikel jurnal.
Dapatan kajian bergantung kepada ketiga-tiga aspek tersebut. Saya telah mengkaji
reka bentuk kajian, persampelan dan instrumen kajian bagi kelima-lima jurnal artikel
yang telah dipilih dengan lebih mendalam. Saya juga telah membanding bezakan
kesemua jurnal artikel dalam ketiga-tiga aspek tersebut.

Jurnal Pertama

Jurnal pertama telah dipilih dari koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP
2009 bertajuk Kesan Penggunaan Kaedah Bercerita Dalam Proses Pengajaran Dan
Pembelajaran Sains Tahun Lima. Kajian ini bertujuan untuk menguji keberkesanan
penggunaan kaedah bercerita untuk menarik minat dan meningkatkan pencapaian
murid-murid tahun lima dalam proses pembelajaran Sains. Pengkaji mendapati murid-
murid tidak menunjukkan rasa minat dalam kelas Sains semasa pengajaran
dilangsungkan oleh guru. Satu soal selidik sebagai tinjauan awal telah dilaksanakan
bagi mengenal pasti punca hilang tumpuan murid dalam kelas Sains. Hasil daripada itu,
pengkaji mendapat tahu murid-murid sukar memahami konsep Sains yang diterangkan
dan ianya agak membosankan. Selain itu, menerusi data soal selidik tersebut pengkaji
mendapati kebanyakan murid suka membaca buku cerita. Hal ini menyebabkan
pengkaji untuk memilih kaedah bercerita sebagai satu langkah dalam meningkatkan
minat dan pencapaian murid terhadap Sains.

Kajian ini merangkumi rekabentuk kajian campuran iaitu menggunakan


campuran kaedah kuantitatif dan kualitatif untuk mendapatkan pengumpulan data dan
analisis data. Kaedah ini dapat meningkatkan kebolehpercayaan melalui carian kaedah
triangulasi. Dua jenis kaedah triangulasi telah digunakan iaitu triangulasi kaedah dan
triangulasi penyelidik. Dalam triangulasi kaedah, pelbagai kaedah telah digunakan
untuk menjawab soalan kajian. Contohnya, kaedah temu bual, pemerhatian dan soal
selidik telah digunakan untuk mengenal pasti perubahan minat manakala untuk
mengenal pasti peningkatan pencapaian temu bual, soal selidik dan ujian pra dan pos
telah digunakan.

Kajian ini telah dijalankan di sebuah sekolah rendah di Kuching dan melibatkan
40 orang murid Tahun Lima dari sekolah tersebut. Responden terdiri daripada 19 orang
murid perempuan dan 21 orang murid lelaki. Murid-murid terdiri daripada pencapaian
akademik yang pelbagai dimana kebanyakan tahap murid berada di bawah tahap
cemerlang.

Antara instrumen kajian yang telah digunakan oleh pengkaji untuk mengumpul
data dalam kajian ini adalah temu bual, pemerhatian, ujian pra dan pasca dan soal
selidik. Temu bual digunakan untuk mengumpul data mengenai minat peserta kajian
terhadap kaedah bercerita dan pemahaman mereka terhadap konsep Sains. Lima
orang responden telah dipilih secara rawak untuk sesi temu bual. Hal ini merupakan
satu kelemahan dimana pengkaji tidak menyatakan dengan lebih jelas tentang cara
pemilihan responden. Setiap responden mempunyai minat dan pendapat sendiri yang
berlainan. Justeru pengkaji seharusnya memilih sekurang-kurangnya sepuluh
responden daripada empat puluh orang murid bagi mendapat hasil dapatan yang lebih
dipercayai. Borang senarai semak Skala Likert, gambar dan borang pemerhatian telah
digunakan bagi instrumen pemerhatian. Pada pendapat saya, gambar kurang sesuai
untuk membuat pemerhatian kerana terdapat kebarangkalian untuk pengkaji lupa
keadaan sebenar semasa mengimbas kembali. Teknik analisis deskriptif statistik telah
digunakan oleh pengkaji untuk menganalisis data-data yang dipungut daripada ujian pra
dan ujian pasca, senarai semak dan soal selidik. Teknik ini membolehkan pengkaji
untuk mengira data jenis kuantitatif untuk mengenal pasti perubahan bagi menjawab
persoalan kajian.

Jurnal Kedua

Jurnal kedua saya bertajuk Meningkatkan Pencapaian Dan Minat Murid Tahun 4
Dalam Tajuk Perlindungan Haiwan Daripada Cuaca Melampau. Kajian ini bertujuan
untuk menilai kesan penggunaan kaedah buku besar dalam meningkatkan pencapaian
dan minat murid tahun 4 terhadap tajuk Perlindungan Haiwan Daripada Cuaca
Melampau. Seperti jurnal pertama, pengkaji ini juga ingin menggunakan kaedah
alternatif yang baru untuk mengambil perhatian murid dalam kelas. Reka bentuk kajian
ini ialah kaedah kuantitatif. Kajian kuantitatif akan memberikan data yang lebih tepat
dan senang untuk diambil kira berbanding kaedah kajian kualitatif yang memerlukan
pengamatan dan kefahaman yang lebih tinggi daripada pengkaji tersebut.

Dalam kajian ini, terdapat beberapa kelemahan yang dikenalpasti iaitu pengkaji
tidak menerangkan dengan lebih jelas jenis persampelan yang digunakan. Pengkaji
hanya menyatakan bahawa seramai sepuluh orang murid dari tahun 4 di sebuah
sekolah kebangsaan yang terletak di Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang
telah dipilih sebagai kumpulan sasaran. Selain daripada itu, artikel jurnal tidak
menerangkan dan menentukan dengan jelas sebab atau permasalahan yang wujud
dalam populasi yang telah dipilih. Prosedur persampelan dan jadual penentuan sampel
juga tidak dinyatakan dengan spesifik dalam artikel jurnal yang mana ia amat penting
dalam penentuan ukuran ke atas keseluruhan populasi dan kefahaman pembaca
terhadap kajian yang telah dilakukan.

Tiga instrumen telah digunakan untuk mengumpulkan data iaitu ujian pra dan
pasca, soal selidik dan temu bual. Ujian pra dan ujian pasca digunakan untuk menentu
perubahan pencapaian peserta setelah kaedah buku besar digunakan. Hasil daripada
ujian pasca didapati terdapat peningkatan pencapaian yang mendadak setelah
penggunaan buku besar. Hal ini menunjukkan pengenalan buku besar dalam mata
pelajaran Sains telah memberi kesan positif terhadap pencapaian ujian murid. Soal
selidik pula digunakan untuk mengetahui kefahaman dan minat responden terhadap
pengenalan kaedah buku besar. Hasil dapatan menunjukkan nisbah responden yang
setuju dengan pengenalan buku besar dapat meningkatkan kefahaman dan minat
mereka adalah lebih tinggi daripada responden yang tidak bersetuju. Cerita dapat
menghubungkaitkan pengalaman lama dengan pengalaman yang baru (Frish, J. K. &
Saunders, G., 2008), dengan ini pembelajaran berlaku dan pengetahuan baru senang
diingati. Hal ini adalah sejajar dengan hasil kajian ini di mana terdapat peningkatan
pencapaian murid dalam ujian setelah kaedah buku besar diperkenalkan. Temu bual
pula dijalankan kepada enam orang responden, iaitu 3 orang responden yang telah
meningkat marakah terbanyak dalam ujian dan 3 orang responden yang mendapat
peningkatan markah terendah dalam ujian pasca. Teknik temu bual yang digunakan
adalah soalan separa berstruktur. Ia merupakan soalan khusus yang disediakan dan
dinyatakan tetapi pencungkilan dilakukan dengan bebas ke atas jawapan yang
diberikan.

Jurnal Ketiga

Di dalam kajian Jurnal Pendidikan Sains mengandungi artikel kajian


Perbandingan Kaedah Menggunakan Kad Permainan Dan Buku Besar Bagi
Meningkatkan Pencapaian Murid Tahun 4 Dalam Topik Penyesuaian Tumbuhan
Terhadap Cuaca Melampau. Kajian ini bertujuan untuk membandingkan keberkesanan
antara kaedah kad permainan dengan buku besar dalam membantu murid mengenali
ciri-ciri penyesuaian tumbuhan terhadap cuaca yang melampau. Kajian ini lebih
bertumpu kepada membuat perbandingan atara penggunaan kedua-dua strategi ini
untuk murid-murid sekolah rendah. Kajian ini mempunyai beberapa kelebihan dalam
ketiga-tiga aspek yang dikaji yang menunjukkan perancangan yang teliti dilakukan oleh
pengkaji dalam melaksanakan kajian ini.

Reka bentuk kajian berbentuk eksperimen dan melibatkan 12 orang murid


daripada tahun 4 sebagai responden kajian. Prosedur persampelan dinyatakan dengan
jelas dan jadual penentuan persampelan juga disertakan dalam kajian ini. Kumpulan
sasaran telah dipilih dan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan A dan
Kumpulan B berdasarkan teknik padanan supaya menjamin kesahan dan
kebolehpercayaan hasil kajian. Menurut Chua Yan Piaw, teknik padanan dilakukan
dengan mengenal pasti pasangan-pasangan responden yang mempunyai ciri-ciri yang
serupa dan meletakkan pasangan responden tersebut ke dalam kumpulan-kumpulan
yang berasingan. (2006, p. 62). Justeru, pengkaji mengagihkan responden kepada dua
kumpulan secara seimbang berdasarkan dua ciri yang utama iaitu jantina dan markah
responden dalam ujian diagonastik (ujian pra). Sasaran kajian kesemuanya mendapat
markah di antara 35-50 dalam ujian tersebut. Kajian diteruskan dengan perlaksanaan
intervensi dimana Kumpulan A diberikan intervensi kad permainan, diikuti dengan
intervensi buku besar kepada Kumpulan B.
Pengkaji turut menunjukkan kekuatan dalam menjawab soalan kajian kedua iaitu
sejauh manakah murid-murid berminat dalam kaedah kad permainan dan kaedah buku
besar. Kedua-dua kumpulan menjalani intervensi yang berlainan bagi kali kedua supaya
mereka boleh memilih kaedah manakah yang paling disukai oleh mereka. Pengkaji turut
menggunakan instrumen soal selidik dan temubual bagi mengumpul data. Temubual
dijalankan dengan enam orang responden yang dipilh secara rawak. Tujuan instrumen
ini digunakan oleh pengkaji adalah untuk meninjau minat dan pendapat responden
tentang kedua-dua kaedah ini secara menyeluruh. Keputusan responden dalam ujian
pra dan ujian pasca telah dianalaisis dengan kaedah statistik diskriptif dan statistik
inferensi. Sementara itu, pengkaji juga telah menggunakan perisian “Statistical Package
for Social Science” (SPSS) version 19 untuk membuat analisis ujian-t supaya menguji
kebenaran hipotesis yang dicadangkan. SPSS sangat membantu pengkaji dalam
membuat analisis statik dengan mengira purata mod, min dan median dengan lebih
tepat dan mudah (Techopedia, 2017). Data soal selidik pula telah dianalisis melalui
kaedah statistik diskriptif. Analisis temubual dibantu oleh rakaman video dan audio yang
telah dirakam oleh pengkaji semasa sesi temubual dijalankan. Rakaman video dan
audio berguna untuk mendapatkan gambaran yang menyeluruh tentang apa yang
dikatakan oleh responden. Antara kelemahan yang telah saya kenal pasti ialah
instrumen soal selidik dan temu bual boleh dimantapkan lagi dengan menambahkan
beberapa soalan untuk meninjau keberkesanan antara kedua-dua intervensi dengan
lebih mendalam. Hasil dapatan kajian menunjukkan responden lebih menyukai
penggunaan kad permainan berbanding penggunaan buku besar. Walau
bagaimanapun, hasil analisis, ujian-t menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan
yang signifikan antara penggunaan kaedah kad permainan dan buku besar.

Jurnal Keempat

Jurnal seterusnya dikutip dari “Gading Business and Management Journal” yang
mempunyai artikel bertajuk “Student’s Perception Towards The Usage of the Big Book”.
Kajian ini berfokus kepada penggunaan buku besar semasa sesi bercerita di dalam dua
buah kelas di salah sebuah sekolah yang terletak di kawasan pedalaman di Malaysia.
Tujuan kajian ini telah dilaksanakan adalah untuk menilai pemahaman murid tentang
kandungan atau grafik yang digunakan dalam buku besar dan untuk menilai pendapat
mereka mengenai kandungan buku besar dan penggunaannya. Reka bentuk kajian ini
merangkumi kaedah kuantitatif dan kaedah kualitatif. Seramai seratus lima orang
responden yang berumur tujuh tahun dari kelas literasi telah mengambil bahagian
dalam kajian ini. Sementara seratus orang responden menjawab soal selidik, lima
responden lagi menyertai dalam temubual. Ini menunjukkan pengkaji hanya
menggunakan dua instrumen dalam kajian ini iaitu soal selidik dan temubual. Pengkaji
tidak menceritakan secara mendalam mengenai ketiga-tiga bahagian iaitu rekabentuk
kajian, persampelan kajian dan instrumen kajian. Ini menghasilkan kajian yang kurang
memberi impak dan tidak tersusun dari segi konten.

Menurut kajian ini, contoh item dan bagaimana item dikelaskan dalam borang
soal selidik juga tidak dinyatakan dengan jelas. Ini menyukarkan para pembaca untuk
memahami bagaimana soal selidik dijalankan dan tiada penentuan kesahan dan
kebolehpercayaan untuk soal selidik yang dibina. Kajian yang dijalankan juga menjadi
tidak begitu mantap kerana ketiga-tiga aspek penting ini tidak dinyatakan secara jelas
dalam kajian. Selain itu, pengkaji kurang berjaya dalam menjawab soalan kajian di
mana tiada dapatan yang mengukuhkan tahap pemahaman responden tentang
kandungan buku besar. Tiada instrumen yang digunakan untuk mengukur tahap
pemahaman responden. Pada masa yang sama, pengkaji juga gagal untuk
menyampaikan hasil dapatan daripada sesi temubual. Jurnal artikel ini sepenuhnya
menjawab soalan kajian kedua iaitu pendapat responden terhadap penggunaan buku
besar. Banyak penambahbaikan perlu dilakukan oleh pengkaji untuk memantapkan lagi
jurnal artikel ini.

Jurnal Kelima

Jurnal kelima bertajuk “Exploring the Effectiveness of Using Big Books in


Teaching Primary English in Malaysian Classrooms”. Kajian ini adalah sebahagian
daripada projek yang lebih besar yang melibatkan rakaman 48 pelajaran yang terdiri
daripada subjek Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Jurnal artikel ini mengkaji
penggunaan buku besar dalam Bahasa Inggeris Pendidikan Rendah di Malaysia
dimana Bahasa Inggeris diajar sebagai bahasa kedua. Kajian ini berasaskan data
transkrip seorang guru dari sebuah sekolah untuk menggambarkan penglibatan aktif
murid dan sikap minat terhadap pembelajaran Bahasa Inggeris muncul setelah buku
besar diperkenalkan. Jurnal artikel ini tidak menyatakan secara jelas rekabentuk kajian
yang digunakan. Tetapi setelah ditelilti dan dibaca dibahagian perbincangan, didapati
kajian ini menggunakan kaedah kualitatif. Ini adalah kelemahan yang ketara yang
terdapat dalam jurnal ini. Dua instrumen kajian telah digunakan untuk menjawab
soalan kajian iaitu pemerhatian dan temubual. Pemerhatian telah dijalankan terhadap
empat buah sekolah di kawasan pedalaman di Kedah selama 12 minggu. Maklumat
sampel yang mendalam tidak diberi bagi instrumen ini. Beberapa guru dan murid telah
dilibatkan dalam kajian ini. Pada awalnya pemerhatian telah dijalankan terhadap bilik
darjah secara keseluruhannya dan diikuti dengan sesi temubual antara guru dengan
responden kajian. Kajian ini terdapat kelemahan dimana data diperolehi hanya daripada
pemerhatian di dalam bilik darjah ketika akitiviti tersebut dijalankan. Data yang
diperolehi sedikit sebanyak boleh menimbulkan keraguan terhadap kajian yang telah
dijalankan. Pemerhatian daripada kawan sekumpulan boleh dipengaruhi dengan
pengaruh luar seperti emosi dan keadaan persekitaran pada waktu kajian dilakukan.
Seramai empat orang guru dipilih untuk sesi temu bual. Kesemua guru tersebut
merupakan guru perempuan. Ini menyebabkan berlakunya berat sebelah pada data
kajian yang diperoleh. Sampel yang dipilih berdasarkan satu jenis jantina akan
menyebabkan analisis dapatan kajian tidak signifikan. Pemilihan yang tepat ke atas
populasi kajian amat penting dalam setiap kajian kerana ciri populasi dapat ditentukan
menggunakan alat ukuran yang sesuai mengikut kriteria-kriteria populasi berkenaan.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, penggunaan kaedah bercerita bersama buku besar


dapat meningkatkan pencapaian murid serta meningkatkan minat murid dalam
pembelajaran Sains mahupun subjek lain. Jurnal ketiga menunjukkan satu hasil kajian
yang baik jika berbanding dengan jurnal-jurnal pilihan yang lain. Perancangan teliti
dalam melaksanakan kajian amat penting bagi menghasilkan satu jurnal artikel yang
bermutu dan bertaraf tinggi.
Rujukan

Carol, L. (2012). Perbandingan kaedah menggunakan kad permainan dan buku besar bagi
meningkatkan pencapaian murid tahun 4 dalam topik penyesuaian tumbuhan terhadap
cuaca melampau. Pendidikan Sains, 41-56.

Chua, Y. P. (2006). Kaedah dan statistik penyelidikan: Kaedah penyelidikan buku 1. Kuala
Lumpur: McGraw-Hill.

Frish, J. K., & Saunders, G. (2008). Using stories in an introductory college biology course. JBE,
42(4), 164-169.

Normaliza, A. R., & Nik, I. H. (2010). Students’ perception towards the usage of the big book.
Gading Business and Management Journal, 14, 47-54.

Siang, L. K. (2012). Kesan penggunaan kaedah bercerita dalam proses pengajaran dan
pembelajaran sains tahun lima. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP, 102-115.

Techopedia. (2017). Statistical package for the social sciences (SPSS). Retrieved from
https://www.techopedia.com/definition/12401/statistical-package-for-the-social-
sciences-spss

Teng, T. H. (2012). Meningkatkan pencapaian dan minat murid tahun 4 dalam tajuk
perlindungan haiwan daripada cuaca melampau. Persidangan Sains, 12-21.

Yaacob, A., & Pinter, A. (2008). Exploring the effectiveness of using big books in teaching
primary English in malaysian classrooms. Malaysian Journal of Learning and Instruction,
5, 1-17.

Вам также может понравиться