Вы находитесь на странице: 1из 2

KERTAS KERJA

PEMBUDAYAAN KBAT MATEMATIK TINGKATAN 2


PROGRAM MEMBINA LOKUS DAN RAJAH MATEMATIK TINGKATAN 2 TAHUN 2018
PANITIA MATEMATIK
SMK BANDAR TASIK PUTERI , 48000 RAWANG

1.0 PENDAHULUAN
Program Membina Lokus dan Rajah Matematik Tingkatan 2 merupakan program yang dirangka
di bawah Program Akademik Unggul (PADU) selaras dengan pembudayaan KBAT di sekolah .
Program ini dilaksanakan demi memastikan murid-murid Tingkatan 2 dapat memanafaatkan
masa persekolahan menjelang peperiksaan Sumatif pada akhir tahun secara optimum dengan
membuat latihan-latihan yang berorientasikan peperiksaan. Program ini diharapkan dapat
mempertingkatkan pencapaian prestasi akademik murid dari aspek kualiti dan kuantiti
dalam peperiksaan berasaskan sekolah. Program ini merupakan sebahagian daripada
Program Pembangunan Organisasi (PrOD) bagi meningkatkan kecemerlangan SMK
Bandar Tasik Puteri

2.0 OBJEKTIF

Program ini dijalankan bagi mencapai objektif-objektif berikut:


2.1 Sebagai persediaan membina jati diri murid-murid untuk menghadapi peperiksaan
2.2 Mendedahkan format soalan terkini dan teknik menjawab mata pelajaran kepada murid-murid
2.3 Meningkatkan kemahiran penggunaan kalkulator saintifik agar murid-murid dapat
menjawab soalan-soalan Matematik Sumatif dalam masa yang diperuntukkan.
2.4 Menerap unsur-unsur KBAT bagi membantu pengembangan kemahiran aras tinggi murid-murid
2.5 Menggunakan masa senggang sebaik-baiknya dengan menjawab modul KBAT algebra
2.6 Meningkatkan kerjasama antara pelajar-pelajar dan guru-guru bagi mempertingkatkan
usaha sama bagi meningkatkan kecemerlangan pelajar.

3.0 SASARAN:

Semua Murid Tingkatan 2

4.0 CADANGAN TARIKH DAN TEMPAT

Tarikh : Mulai Februari hingga September iaitu setiap waktu PdPc


Tempat : Kelas masing-masing

5.0 AHLI JAWATANKUASA:

Penasihat : Pn Norzida bt Ab. Muin

Pengerusi : Pn Fatimah bt Md Yusop

Naib Pengerusi : Pn. Hasana bt Hosaimi

Setiausaha : Pn Dayangku Fadariah bt Mat Desa


Naib Setiausaha : Pn Sri Haryati bt Taris
AJK Fasilitator : Pn. Zainab bt Ismail
: Pn. Rosmawati bt Ismail
: Pn. Hazwani bt Ruhani
: Pn. Norul Aini bt Ab Rashid
: Pn. Norlaila bt Mansor
: Pn. Manjula a/p Sethu
6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN:

Bil Perkara Bilangan Amaun (RM)


1 Percetakan Modul Hebat 280 murid @ RM 1.20 336.00
Matematik Pepejal Geometri dan
Pentafsiran
JUMLAH 336.00

7.0 SUMBER KEWANGAN:


Wang PCG Matapelajaran Matematik RM 336.00

8.0 PENUTUP:
Dengan kerjasama semua guru, diharapkan program ini akan mendatangkan kesan yang positif dan
berkekalan kepada murid-murid, khususnya sewaktu menjawab latihan-latihan berfokus
berdasarkan modul Hebat Matematik Tingkatan 2.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………………………………………... …………………………………………..
(DAYANGKU FADARIAH BT MAT DESA) (PN. FATIMAH BT MD YUSOP)
Setiausaha Program Pengetua
SMK Bandar Tasik Puteri

Diluluskan oleh,

……………………………………………………………..
(PN.NORZIDA BT AB.MUIN)
Pengetua
SMK Bandar Tasik Puteri

Вам также может понравиться