Вы находитесь на странице: 1из 12

PENDAHULUAN

‫حيم‬
ِ ‫الر‬ ‫َّللاِ ه‬
‫الرحمٰ ِن ه‬ ‫سم ه‬ِ ‫ِب‬
Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah S.W.T atas hidayah dan
petunjuk-Nya, kerja kursus ini telah berjaya dilengkapkan dengan ilham
dan kurnia yang dianugerahkan oleh-Nya. Antara tajuk yang
dikemukakan oleh pensyarah kami, Ustazah Rohaya Binti Sulaiman,
kami telah memilih untuk merungkai tajuk ‘Hikmah Di Sebalik Penetapan
Syariah Oleh Allah’.

Syariah Islam merupakan hukum dan aturan Islam yang


membentuk seluruh sendi kehidupan umat manusia, baik orang Islam
mahupun yang bukan Islam. Di samping hukum dan aturan, syariah Islam
juga berisi penyelesaian masalah seluruh kehidupan ini. Kepada
penganut Islam, syariah Islam merupakan panduan menyeluruh dan
sempurna yang merangkumi segala aspek permasalahan hidup manusia
dan kehidupan di dunia ini. Kita sebagai makhluk Allah di muka bumi ini
terikat dengan syariah yang telah ditetapkan oleh Allah di dalam al-
Quran. Ketahuilah bahawa tidak seorangpun yang boleh lari dari
bebanan Allah S.W.T.. Selagi rohnya berada di jasad, selagi itu dia
menyandangi jawatan khalifah Allah mengikut syariah Islam ini.

Dalam proses mempelajari ilmu agama melalui mata pelajaran


CTU 101 ini, saya telah mempelajari betapa pentingnya syariah Islam
yang telah ditentukan oleh Allah dalam kehidupan harian seseorang.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: “Pada keseluruhannya Kami


jadikan engkau (wahai Muhammad S.A.W. dan utusan engkau)
menjalankan satu jalan yang cukup lengkap dari hukum-hukum agama;
Maka turutlah akan jalan itu dan janganlah engkau menurut hawa nafsu
orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar).”
(Al-Jathiah: 18)

1
2.1 Definisi Syariah

Bahasa : Berasal daripada bahasa Arab, Syara’a iaitu aliran dan jalan
yang lurus atau sumber air. Ini bermakna, syariah bersifat dinamik dan
sentiasa berkembang menurut peredaran zaman.

Istilah :

1. Ketentuan Allah S.W.T berkaitan perbuatan manusia sebagaimana


yang terdapat dalam al-Quran dan Hadis.
2. Syariah adalah segala hukum yang dicipta Allah S.W.T untuk
hamba-hamba-Nya. Sama ada berkaitan dengan ibadah, akhlak,
muamalat dan sistem hidup dalam pelbagai aspek untuk
kebahagiaan dunia akhirat.

2
2.2 Sumber-Sumber Perundangan Islam

Pada asasnya, sumber-sumber perundangan Islam terbahagi


kepada dua. Sumber yang pertama ialah sumber primer iaitu al-Quran
dan al-Sunnah. Sumber yang kedua pula ialah sumber sekunder iaitu
Ijmak dan Qiyas.

Sumber Utama Perundangan Islam

Al-Quran
Al-Quran merupakan sumber utama perundangan Islam. Keaslian
yang ada pada al-Quran tetap terjamin. Oleh kerana syariah Islam
bersumberkan al-Quran, maka dengan sendiri syariah Islam merupakan
syariah yang terbaik, bahkan yang dipilih oleh Allah s.w.t. Al-Quran masih
sesuai digunakan sebagai panduan dan rujukan untuk kehidupan semasa
kerana isi kandungannya yang lengkap merangkumi pelbagai bidang
seperti sosial, ekonomi, undang-undang, sejarah dan sains.

Al-Quran mempunyai 114 surah dan jumlah ayatnya sebanyak


6,236 ayat. Daripada jumlah ayat tersebut, lebih kurang 500 ayat sahaja
yang berhubung dengan perundangan dan selebihnya menjelaskan
tentang akidah dan pembentukan akhlak. Dalam kebanyakkan aspek
perundangan, al-Quran didatangkan dengan nas secara prinsip-prinsip
umum dan kaedah kulliyah supaya hukum-hukumnya dapat
diperkembangkan.

Al-Sunnah
Al-Sunnah ialah segala yang disandarkan kepada Rasulullah s.aw.
sama ada perkataan (qawl), perbuatan (fi’il), pengakuan (taqrir), sifat
kejadian dan riwayat hidup Baginda, sebelum dan sesudah Baginda
dilantik menjadi Rasul. Al-Sunnah diriwayatkan daripada para sahabat,
tabi’in dan seterusnya sehingga ditulis oleh para ulamak pengumpul
hadis. Al-Sunnah juga merupakan wahyu daripada Allah s.w.t. Perbezaan

3
antara wahyu al-Quran dan wahyu al-Sunnah ialah al-Quran diwahyukan
oleh Allah s.w.t. secara menyeluruh meliputi lafaz dan maknanya,
manakala al-Sunnah pula diwahyukan oleh Allah dalam bentuk
maknanya sahaja, dan lafaznya datang daripada Rasulullah s.a.w.

Walaupun wahyu al-Quran sudah lengkap dan sempurna, namun


manusia masih memerlukan al-Sunnah sebagai panduan hidup mereka.
Ini kerana al-Sunnah memainkan beberapa peranan penting di samping
al-Quran.

Memperkuat
hukum yang telah
terdapat dalam al-
Quran

Menetapkan sesuatu
hukum yang tidak Memperincikan apa
terdapat dalam al- Peranan al- yang tidak
Quran, tetapi hukum
ini bertepatan dengan Sunnah diperincikan dalam
prinsip umum dalam al-Quran
al-Quran.

Membataskan apa
yang tidak
dibataskan oleh
al-Quran

Rajah 1: Peranan al-Sunnah

4
Hikmah-Hikmah Di Sebalik Penetapan Syariah Oleh Allah

Syariah merupakan hukum Allah yang telah disampaikan oleh


Nabi Muhammad ke atas manusia melalui kitab Al-quran dan As-Sunnah.
Terdapat banyak hikmah di sebalik penetapan syariah oleh Allah S.W.T..
Berikut merupakan hikmah-hikmah tersebut.

3.1 Membendung Nafsu Manusia

Nafsu adalah perasaan fitrah yang dikurniakan oleh Allah S.W.T.


kepada manusia. Nafsu perlu dijaga dan dipelihara daripada menguasai
jiwa sendiri. Nafsu manusia perlu diberi latihan, didikan, pengawasan dan
muhasabah yang berterusan. Nafsu yang dibelai-belai akan menjadi
nafsu yang bertuhankan syaitan. Jika nafsu tidak dididik dan manusia
gagal menundukkan hawa nafsunya, maka nafsu tersebut akan
mendorong manusia ke arah kemungkaran dan kerosakkan.

Allah S.W.T menurunkan undang-undang Allah melalui wahyu-Nya


bagi membendung manusia daripada melakukan kejahatan mengikut
nafsu sendiri. Jika dilihat mengikut peredaran zaman, nafsu adalah
antara faktor utama yang mendorong manusia melakukan sesuatu sama
ada ke arah keburukan atau kebaikan.

Dari segi sosial terutamanya golongan muda-mudi dewasa ini


semakin banyak melakukan gejala negatif akibat terlampau mengikut
hawa nafsu sendiri. Masalah inilah yang akan menyebabkan berlakunya
pembunuhan, kecurian, maksiat yang berleluasa dan sebagainya. Oleh
hal yang demikian, manusia perlulah mematuhi peraturan Allah dan
melaksanakannya dalam kehidupan seharian.

5
Allah S.W.T. berfirman :
“Kemudian kalau mereka tidak dapat menerima cabaranmu (wahai
Muhammad), maka ketahuilah sesungguhnya mereka hanyalah
mengikut hawa nafsu mereka. Dan tidak ada yang lebih sesat lagi
dari orang yang menurut hawa nafsunya dengan tidak
berdasarkan hidayah petunjuk daripada Allah S.W.T….”
(Al-Qasas : 50)

Pendek kata, undang-undang Allah S.W.T. dicipta untuk


membimbing manusia dan memastikan kelancaran dan kesejahteraan
hidup. Kehidupan manusia akan tersimpung jauh dari tuntutan agama
Islam yang hakiki.

3.2 Menjaga Agama

Menjaga agama membawa maksud untuk mengawal kesucian


agama Islam dan mencegah berlakunya kerosakan akidah dalam
kalangan umat Islam. Kesucian dan kedaulatan agama dan akidah Islam
adalah keutamaan yang tertinggi mengatasi kepentingan nyawa dan jiwa,
akal dan fikiran serta keturunan dan harta benda.

Allah S.W.T. berfirman dalam surah An-Nisa’ ayat 136:


“Wahai orang yang beriman, berimanlah kamu dengan Allah,
rasul-Nya, kitab yang diturunkan kepada rasul-Nya dan kitab yang
diturunkan sebelum itu. Dan sesiapa yang kufur dengan Allah dan
malaikat-malaikat-Nya, rasul-rasul-Nya dan hari akhirat, maka
sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang jauh.”
(An-Nisa’ ayat 136)

6
Atas dasar menjaga kesucian agama yang maha suci, inilah maka
Allah S.W.T. menetapkan hukum yang amat berat bagi mereka yang
mencemarkan agama.

Dalam hadis riwayat al-Bukhari menyebut :


“Barangsiapa yang menukar agamanya (murtad) maka hendaklah
kamu membunuhnya.”

Kerosakan akidah ini bukan sahaja dipandang berat dan dihukum


dengan hukuman yang berat di dunia, malah lebih berat lagi di akhirat
kelak di mana tempat yang kekal bagi orang yang ingkar terhadap
perintah Allah adalah di neraka.

Perkara ini jelas mengajar kita tentang kepentingan peraturan


dalam kehidupan, yang mana akan dapat dicapai dengan perlaksanaan
syariah Allah S.W.T.. Walau bagaimanapun kelangsungan hidup yang
akan dicapai hanya akan disedari oleh orang yang cerdik, berakal dan
bertaqwa kepada Allah. Dengan adanya jaminan ini maka manusia akan
dapat hidup dengan penuh ketenteraman jiwa tanpa ada yang
dibimbanginya kecuali kepada Allah semata-mata.

3.3 Meningkatkan Keimanan Dalam Sanubari Insan

Apabila seseorang mengucapkan dua kalimah syahadah, jiwanya


tunduk kepada hukum-hukum Allah dan hatinya bertekad untuk
melaksanakan segala perintah dan berbagai larangan Allah, maka benih
keimanan telah menapak dalam dirinya.

Bahkan dia telah memiliki keimanan meskipun dalam tingkat yang


paling rendah, dia telah berpindah dari kumpulan orang-orang kafir ke

7
dalam golongan kaum mukminin dan dimungkinkan untuk selamat di sisi
Allah S.W.T. pada hari kiamat kelak.

Rasulullah S.A.W. bersabda:


“Barangsiapa yang mengucapkan tiada tuhan selain Allah dengan
hatinya beriman dengannya, nescaya ia masuk ke dalam syurga”.
(HR.Bukhari)

Apabila muslim beriltizam dengan manhaj Allah SWT, berusaha


mematuhinya dalam semua aspek kehidupan, sentiasa bergantung
kepadanya, tidak melakukan sesuatu atau meninggalkannya melainkan
kerana suruhan atau larangannya, memutuskan semua urusan
berdasarkan kepadanya, cenderung kepada perkara yang disukainya
sebagaimana dia cenderung kepada keinginannya sendiri, bahkan
kehendak syarak sudah cukup baginya, dia menyukai apa yang
dibenarkannya, benci apa yang dilarangnya, menghalalkan apa yang
dihalalkan juga mengharamkan apa yang diharamkan. Menjaga dirinya
dari perkara syubhat dan memilih wara’ sebagai landasan kehidupannya
dengan penuh senang hati tanpa kepayahan dan benci, maka
sempurnalah imannya dan dia mencapai darjat keyakinan yang tinggi.

Sementara bagi orang yang mencampakkan hukum-hukum Allah


kerana alasan menolak atau menginginkan yang lain, maka tidak ada
benih keimanan sedikit pun dalam dirinya. Dengan demikian, Islamnya
pun tidak sah dan dia masuk ke dalam golongan orang-orang kafir yang
akan kekal di neraka jahanam.

3.4 Mendisiplinkan Diri dan Menguji Tahap Keimanan Manusia

Allah S.W.T membekalkan akal dan nafsu kepada manusia. Akal


dan pemikiran manusia sering dipengaruhi oleh hawa nafsu yang sering
mengajak kea rah kejahatan. Oleh itu, Allah telah menyediakan

8
peraturan-peraturan tertentu yang mencakupi seluruh aspek kehidupan
manusia agar mereka tidak tersimpung dari kebenaran.

Syariah mendidik didiplin manusia menjadi muslim sejati yang


berintegriti tinggi. Melalui syariah, manusia diajar untuk menjauhkan diri
daripada perkara yang merugikan dan memberi burukkan kepada diri
sendiri seperti larangan mencuri dan zina. Seballiknya amat
menggalakkan perkara yang memberi manfaat seperti mewajibkan
ibadah solat kerana ia dapat mencegah diri melakukan kemungkaran
malah solat juga baik dari segi kesihatan.

Firman Allah S.W.T.:


“bacalah serta ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa yang
diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah solat (dengan
tekun); Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji
dan mungkar; dan Sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih
besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui
akan apa yang kamu kerjakan.”
(Surah al-‘Ankabut:45)

9
KESIMPULAN

Peraturan dan perundangan adalah perkara asas yang diperlukan


dalam kehidupan manusia bagi memastikan kelancaran dan
kesejahteraan hidup. Tanpa panduan dan ketetapan, norma kehidupan
manusia akan menyimpang dan tersasar jauh dari dasar dan tuntutan
agama Islam yang hakiki. Kehidupan manusia akan kucar-kacir,
contohnya, nafsu yang bermaharajarela menguasai hati dan melahirkan
sifat-sifat mazmumah seperti tamak, angkuh, sombong, dan segala
perkara-perkara yang mendorong manusia melakukan kemungkaran
seperti pembunuhan, merogol, mencuri dan sebagainya yang akhirnya
akan memusnahkan dan meruntuhkan kehidupan manusia dan institusi
sosial sesebuah negara.
Agama Islam diturunkan oleh Allah S.W.T. sebagai pembatas
nafsu manusia yang tidak bersempadan. Agama menjadi penggerak
kepada kemakmuran dan keamanan seluruh alam. Walaupun manusia
dikurniakan oleh Allah S.W.T. akal yang boleh membezakan perkara baik
dan buruk, namun sifatnya terbatas kepada sikap manusia yang mudah
berubah-ubah dan dipengaruhi kepada persekitaran, perkauman dan
sebagainya menjadikan undang-undang ciptaan manusia tidak sempurna
dan tidak boleh diterima oleh setiap manusia. Manusia memerlukan
kepada nilai-nilai mutlak yang datang daripada Allah S.W.T. yang tidak
dipengaruhi oleh sebarang faktor yang memungkinkan berlakunya
perubahan.

Firman Allah di dalam surah al-Baqarah ayat 147 yang bermaksud:


“Kebenaran itu daripada Tuhanmu, janganlah kamu menjadi orang
yang ragu.”

Rasulullah SAW bersabda:


“Al-Quran itu menjadi hujah kepada engkau (bahawa engkau
benar) ataupun menjadi hujah ke atas engkau (bahawa engkau
salah).” (Hadis Riwayat Muslim)

10
CADANGAN

Cadangan Bagi Memperkukuh Syariah Yang Telah Diturunkan Oleh


Allah

Setiap sesuatu yang direncanakan oleh Allah S.W.T. sudah tentu


ada hikmahnya. Berdasarkan isi yang telah dikupas tadi, syariah
membentuk kehidupan manusia ke arah cara hidup yang lebih berdisiplin
dengan mewujudkan batas-batas tertentu dalam diri setiap individu.
Bagi memperkukuh syariah Islam, kita sebagai umatnya perlu
merenung kembali kelemahan diri sendiri dalam menghayati ajaran
Islam. Ramai umat Islam terlalu ghairah dengan perkara-perkara
keduniaan sehingga terlupa bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah
untuk melaksanakan tugas sebagai hamba dan khalifah Allah sebelum
kembali menemui-Nya. Oleh itu, dengan melakukan muhasabah diri,
akidah yang terpesong dapat dibetulkan dengan menurut perkara yang
telah diperintahkan oleh Allah S.W.T. berdasarkan sumber wahyu.
Selain itu, ceramah-ceramah agama serta kempen juga boleh
dianjurkan bagi mewujudkan kesedaran terhadap kebaikan hukum yang
diturunkan oleh Allah. Sebagai contoh, mengadakan ceramah di sekolah
atau di institusi pengajian tinggi bagi meningkatkan pengetahuan para
pelajar dalam ilmu agama. Sesetengah orang tidak tahu atau sedar
tentang adanya sesuatu hukum tertentu melainkan ilmu tersebut
disampaikan kepada mereka, contohnya penerangan tetang kebaikan
hukum hudud.
Sesungguhnya, setiap sesuatu keputusan datang daripada diri kita
sendiri. Niat dan ikhtiar untuk berhijrah ke arah kebaikan juga bergantung
kepada kehendak setiap individu. Hal ini menerangkan betapa
pentingnya muhasabah diri terhadap individu. Oleh itu, sebelum
melakukan usaha-usaha lain untuk menegakkan syariah Allah, hendaklah
kita memastikan bahawa diri kita benar-benar telah menerima ajaran
Islam serta mengamalkan konsep ad-Din dengan sepenuh hati.

11
RUJUKAN

Imam Al-Nawawi (2012) Hadis 40. Bangi, Selangor: Syabab Book Link.

Muhammad Bin Arifin, Muhammad Zaini Bin Yahya (2008) Pendidikan


Syariah Islamiah Tingkatan Empat. Ampang, Selangor: Dewan Bahasa
Dan Pustaka.

Noraishah P. Othman, Mohamad Ali Mohamad Don, Siti Fairuz Sujak, Siti
Zaleha Shafi’e, Hamdana Abd. Hafidz (2014) Prinsip-Prinsip Asas Islam.
Pasir Gudang, Johor: Akademi Pengajian Islam Kontemporari.

12

Вам также может понравиться