Вы находитесь на странице: 1из 2

TAKLIMAT KEPADA PESERTA PERKHEMAHAN OLEH KEM KOMANDEN

Kata-kata aluan

Perimeter kawasan
1. Laluan peserta
2. Tandas peserta lelaki dan perempuan
3. Khemah urusetia
4. Kawasan larangan (asrama, khemah berlainan jantina)
5. Tempat berkumpul

Disiplin
1. Arahan yang dikeluarkan oleh Kem Komandan / Timbalan Kem Komandan /
Pihak Urusetia / guru penasihat adalah ketetapan yang sedia ada atau
berdasarkan kepada keperluan semasa perkhemahan
2. Semua peserta tertakluk kepada peraturan yang telah ditetapkan sebaik sahaja
mendaftar masuk sehingga arahan bersurai/ tamat perkhemahan.
3. Jadual perkhemahan (lampiran)
4. Semua peserta perlu mengikuti semua aktiviti yang telah ditetapkan
selengkapnya kecuali mendapat kebenaran. Peserta hendaklah bersiap sedia 15
minit lebih awal daripada masa aktiviti yang telah ditetapkan. Kelewatan
mengakibatkan kumpulan akan diambil tindakan/ denda
5. Solat ikut pada waktunya dan dinasihatkan untuk sentiasa berjemaah.
6. Kawasan luar/ dalam khemah mestilah sentiasa berkeadaan bersih dan teratur

Keselamatan
1. Laporkan sebarang kemalangan kepada kem komanden / penolong kem
komanden / urusetia dengan segera.
2. Tiada ubat-ubatan akan dibekalkan. Jika sedang mengambil ubat sila bawa
bersama ubat anda. Kotak pertolongan cemas ada disediakan di khemah
urusetia
3. Setiap peserta dikehendaki menginap di dalam khemah yang telah ditetapkan.
Sebarang permohonan untuk menginap di luar kawasan perkhemahan tidak
akan dilayan.
4. Tiada siapa peserta pun yang akan dibenarkan meninggalkan perkhemahan,
kecuali dengan kelulusan kem komandan atau guru bertugas.
5. Semua pelajar diingatkan supaya menjaga diri, peralatan dan harta persendirian
pada setiap masa. Penggunaan peralatan berbahaya hendaklah dibawah
penyeliaan dan pengawasan pihak bertanggungjawab. Aktiviti penggunaan air
dan api perlu dijalankan di bawah penyeliaan/pengawasan dan mendapat
kebenaran dari guru / urusetia.
6. Semua pergerakan dalam kem perlu dalam kumpulan minimum 2 orang
7. Peserta dilarang merayau-rayau tanpa tujuan yang sah di kawasan kem
8. Sentry malam: giliran dan tugas
a. 12.00 – 1.00 malam Pengakap Teakwando
b. 1.00 – 2.00 pagi KPAM POLIS
c. 2.00 – 3.00 pagi PKBM
d. 3.00 – 4.00 pagi BOMBA
e. 4.00 – 5.00 pagi SILAT
f. Kata kunci – “berniaga”
g. Bawa lampu picit
h. Pastikan unggun api menyala
i. Berkawal dengan berhemah
9. Setiap peserta, tidak dibenarkan berkeliaran di luar khemah masing-masing,
selepas jam 12.00 tengah malam melainkan pelajar sentry.

LAIN-LAIN
1. Sentiasa jaga kebersihan
2. Jangan rosakkan alam sekitar
3. Pelajar perempuan. Pastikan tuala wanita di cuci bersih. Buang di tempat yang
sepatutnya.

Вам также может понравиться