Вы находитесь на странице: 1из 1

6.

2 a)Kekuatan Program Orientasi Guru Baharu

Melalui program orientasi guru baharu, saya dapat lebih memahami bidang
pendidikan yang saya ceburi. Dalam aktiviti perbincangan dan pengumpulan
maklumat, saya berpeluang memahami fungsi sekolah dan sistem pentadbiran
dalam sekolah.

Selain itu, program ini memberi peluang kepada guru baru supaya lebih
berkenalan dengan rakan sejawat. Semasa saya mengumpul maklumat atau
menemu bual tentang tajuk orientasi, saya perlu berkomunikasi dengan guru-guru
sekolah. Melalui proses berkomunikasi, saya dapat bergaul rapat dengan mereka.
Rakan sejawat yang mesra juga sedia membantu saya apabila saya menghadapi
masalah dan mereka sudi berkongsi maklumat dengan saya.

Program orientasi guru baharu memang penting kepada guru baru sebagai
prafasa atau persediaan kepada guru baru supaya membiasakan diri dalam situasi
yang baru, pekerjaan baru dan rakan sejawat yang baru. Melalui program ini, guru
baru dapat membuat persediaan yang secukupnya untuk menghadapi halangan
dalam situasi yang baru.

Dengan adanya program ini, pihak sekolah telah melantik seorang guru mentor
untuk membimbing guru baru dalam program orientasi guru baru. Saya sebagai guru
novis masih baru dan tiada pengalaman dalam bidang pendidikan. Dengan ada
bimbingan guru mentor barulah saya dapat menjalankan tugas dengan lancar.
Dalam proses pembimbingan, personaliti yang ditunjukkan oleh guru mentor dapat
dicontohi oleh guru baru supaya menjadi teladan pada masa akan datang.
Personaliti positif yang ditunjukkan oleh guru mentor membantu guru baru membina
imej sendiri dalam sekolah.

Kesimpulannya, program ini amat berkesan dan berjaya mencapai matlamatnya


dalam memupuk guru baru dalam bidang pendidikan. Saya lebih memahami
profesionalisme guru dalam bidang pendidikan dalam situasi yang sebenarnya. Ini
berguna kepada saya dan membantu saya bersedia menjadi seorang guru yang
mencapai Falsafah Pendidikan Negara dan bersedia berkhidmat untuk Negara untuk
memupuk anak-anak bangsa supaya menjadi insan yang berguna.

Вам также может понравиться