Вы находитесь на странице: 1из 33

012 BAHASA MELAYU SK

INSTRUMEN PENTAKSIRAN

Kod Mata Pelajaran : 012 (SK), 022 (SJKC), 032 (SJKT)


Bentuk Ujian : Ujian Subjektif
Markah Penuh : 60
Masa : 1 jam 15 minit

REKA BENTUK INSTRUMEN PENTAKSIRAN

Kertas Bahasa Melayu Penulisan UPSR ini mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A,
Bahagian B dan Bahagian C.

Bahagian A terdiri daripada satu (1) soalan respons terhad yang mesti dijawab. Markah
yang diperuntukkan ialah 10.
Bahagian B terdiri daripada tiga (3) soalan pilihan soalan berbentuk respons terbuka dan
perlu dijawab satu (1). Markah yang diperuntukkan ialah 30.
Bahagian C terdiri daripada satu (1) soalan respons terhad yang mesti dijawab. Markah
yang diperuntukkan ialah 20.

Konstruk yang diukur ialah:


a) Keupayaan membina ayat
b) Keupayaan menggunakan kata
c) Keupayaan menggunakan kosa kata
d) Keupayaan melahirkan dan menyampaikan idea
e) Keupayaan menggunakan ejaan dan tanda baca

PRESTASI CALON SECARA KESELURUHAN

Secara keseluruhan, prestasi calon 2013 menunjukkan peningkatan yang lebih baik dari
aspek penghasilan jawapan yang menepati kehendak tugasan. Soalan pada tahun ini lebih
menjurus kepada pengalaman dan pengetahuan sedia ada calon. Antara ketiga-tiga
bahagian, Bahagian B menerapkan elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang
memberikan cabaran kepada calon untuk menjawab.

Calon berjaya mengemukakan isi dan mengolahnya dengan ayat yang gramatis. Selain itu,
calon dapat menguasai aspek bahasa seperti penggunaan kosa kata, imbuhan, kata
majmuk dan kata ganda yang meluas termasuklah penguasaan ejaan dan tanda baca. Hasil
penulisan calon tepat dan mantap seperti kehendak soalan. Namun begitu, terdapat
segelintir calon yang belum menguasai kemahiran menulis dan banyak melakukan
kesalahan tatabahasa.

Bahasa Melayu SK 1 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013


PRESTASI MENGIKUT KUMPULAN CALON

Kumpulan Tinggi

Calon dalam kumpulan ini dapat menjawab ketiga-tiga bahagian dengan cemerlang. Calon
dapat menggunakan ayat yang gramatis. Penggunaan kata dan kosa kata yang dibina oleh
calon sangat meluas serta sesuai. Calon dapat mengemukakan isi serta dapat
menyampaikan jawapan yang menarik. Calon memahami kehendak soalan, menguasai
kemahiran menulis dan dapat menjawab soalan dengan isi yang tepat. Di samping itu,
calon mempunyai pengetahuan yang luas dalam aspek bahasa. Pengolahan isi jelas,
terancang serta menarik. Pengetahuan sedia ada calon banyak membantu dalam
penghasilan jawapan yang cemerlang.

Kumpulan Sederhana

Calon dalam kumpulan ini dapat menguasai kemahiran yang diuji serta mampu
mengaplikasikan apa-apa yang dipelajari dengan baik. Calon dapat mengeluarkan isi
dengan gaya bahasa dan penyampaian yang sederhana. Ada juga calon yang tidak dapat
mengemukakan isi yang betul-betul mantap. Calon tahu dan faham aspek yang diuji, tetapi
apa-apa yang disampaikan kurang menarik dan terdapat beberapa kesalahan yang ketara
dalam aspek pengolahan ayat, penggunaan kosa kata dan penggunaan ejaan serta tanda
baca.

Kumpulan Rendah

Calon dalam kumpulan ini merupakan kelompok calon yang memperoleh pencapaian yang
rendah. Pada dasarnya, mereka tidak menguasai kemahiran yang diuji dan tidak dapat
menghasilkan jawapan dengan baik dan bernas. Kebanyakan calon tidak faham apa-apa
yang diuji dan lemah dalam pengolahan ayat. Terdapat sebahagian kecil calon yang tidak
menjawab soalan yang diuji dan lebih kepada menyalin soalan dan petikan sahaja.
Sebahagian besar calon menulis ayat yang tidak lengkap.

Bahasa Melayu SK 2 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012


PRESTASI TERPERINCI

Bahagian A

Soalan ini berkehendakkan calon membina lima ayat yang lengkap tentang lima suasana di
kebun sayur. Calon boleh menulis lima ayat tentang lima aktiviti atau menggabungkan
aktiviti dan suasana daripada grafik.

Bahasa Melayu SK 3 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012


Calon Dalam Kumpulan Tinggi

Bagi Bahagian A, calon dapat menulis ayat yang lengkap dengan memindahkan maklumat
daripada bahan grafik. Calon juga dapat mengemukakan ayat dan mentafsir bahan grafik
menggunakan ayat yang sesuai. Calon menggunakan ayat yang gramatis dan kosa kata
yang meluas serta sesuai dengan soalan yang diuji. Selain itu, aspek tatabahasa seperti
penggunaan kosa kata, imbuhan, kata majmuk, kata ganda, tanda baca dan ejaan yang
betul dapat dikuasai oleh calon. Terdapat kesalahan yang tidak menjejaskan ayat. Calon
dapat menjawab tugasan mengikut tema yang dikehendaki. Sebahagian besar daripada
calon mempunyai pengalaman sedia ada tentang suasana di kebun sayur.

Calon dapat memberikan lima suasana, lima aktiviti atau menggabungkan suasana
dan aktiviti yang tepat berdasarkan grafik. Ayat-ayat yang dibina gramatis tanpa sebarang
kesalahan bahasa.

Contoh jawapan yang cemerlang dengan ayat yang gramatis dan peluasan yang mantap.

Bahasa Melayu SK 4 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012


Jawapan diterima sebagai cemerlang kerana penggunaan bahasa yang jelas, mudah
difahami dan masih menarik serta tiada kesalahan bahasa.

Bahasa Melayu SK 5 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012


Calon Dalam Kumpulan Sederhana

Kesalahan calon tidak ketara. Isi yang dikemukakan masih berkaitan dengan tugasan.
Ayat-ayat yang dibina mudah dan ringkas serta tidak menarik. Calon dalam kumpulan ini
juga menggunakan kosa kata yang terhad dan maksudnya tidak jelas. Kesalahan struktur
ayat tidak ketara tetapi terdapat kesalahan imbuhan dan ejaan. Terdapat juga calon yang
masih tidak memahami kehendak soalan dan maksud aktiviti serta suasana yang tertera
dalam gambar.

Contoh jawapan calon yang menggunakan kosa kata yang terhad dan maksudnya tidak
jelas

Jawapan calon yang menggunakan kosa kata yang tidak meluas

Bahasa Melayu SK 6 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012


Calon menjawab tanpa peluasan ayat

Calon Dalam Kumpulan Rendah

Calon kumpulan ini tidak menguasai kemahiran bahasa seperti struktur ayat, penggunaan
kata, ejaan dan tanda baca. Penggunaan kata calon sangat terhad. Tulisan calon sukar
difahami serta menggunakan kata yang tidak jelas maksudnya.

Kosa kata terhad, penggunaan kata yang tidak tepat dan pengulangan subjek

Bahasa Melayu SK 7 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012


Calon menggunakan kata yang tidak difahami

Bahasa Melayu SK 8 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012


Bahagian B

Soalan 1

Calon dikehendaki menyatakan cara-cara dia dan rakan-rakannya menjaga kebersihan dan
keceriaan bilik darjah.

Calon Dalam Kumpulan Tinggi

Calon dapat mengemukakan lebih daripada tiga isi dengan baik dan cemerlang serta
menjawab soalan dengan tepat. Pengolahan isi serta penyampaian yang menarik dengan
laras bahasa yang baik. Olahan ayat gramatis, menggunakan pelbagai kata dan kosa kata
yang meluas sesuai menepati tugasan.

Bahasa Melayu SK 9 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012


Bahasa Melayu SK 10 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012
Bahasa Melayu SK 11 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012
Calon Dalam Kumpulan Sederhana

Calon mengemukakan isi dengan huraian yang mudah dan ringkas. Terdapat juga calon
yang memberikan satu isi sahaja berserta huraian diulang-ulang sehingga dua atau tiga
perenggan. Calon banyak melakukan kesalahan bahasa yang menjejaskan ayat. Tiada
peluasan ayat menyebabkan karangan calon kurang menarik dan pencapaian peringkat
memuaskan.

Bahasa Melayu SK 12 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012


Contoh karangan calon yang menggunakan ayat mudah dan ringkas.

Bahasa Melayu SK 13 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012


Calon Dalam Kumpulan Rendah

Calon tidak memahami kehendak soalan. Isi yang dikemukakan menjurus kepada
perancangan untuk membersih dan menceriakan bilik darjah. Penggunaan isi yang tidak
tepat, olahan dan penyampaian yang tidak menarik serta penggunaan kosa kata yang
sangat terhad.

Bahasa Melayu SK 14 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012


Bahasa Melayu SK 15 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012
Soalan 2

Bagi menjawab soalan ini, calon perlu menceritakan persiapan yang dilakukan oleh calon
sekeluarga sebelum hari perayaan.

Calon Dalam Kumpulan Tinggi

Calon memahami kehendak tugasan yang diberikan. Calon juga dapat membina karangan
yang menepati tugasan dengan olahan dan penyampaian cerita yang menarik serta tepat.
Selain itu, calon dapat menguasai kemahiran bahasa dengan baik dan meluas.

Bahasa Melayu SK 16 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012


Berdasarkan skrip jawapan, calon dapat menulis persiapan sebelum menyambut perayaan.

Calon Dalam Kumpulan Sederhana

Bahasa Melayu SK 17 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012


Calon masih dapat memberikan isi mengikut kehendak tugasan. Olahan isi dan
penyampaian calon tidak menarik kerana tiada peluasan ayat. Terdapat beberapa
penggunaan kata yang tidak tepat.

Bahasa Melayu SK 18 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012


Calon mengemukakan isi tetapi tidak mengolah dengan jelas

Bahasa Melayu SK 19 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012


Calon Dalam Kumpulan Rendah

Calon tidak memahami kehendak tugasan kerana calon menulis tentang persiapan
perayaan dan peristiwa semasa perayaan secara ringkas. Pengolahan isi juga tidak
menarik.

Bahasa Melayu SK 20 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012


Soalan 3

Calon dikehendaki menjawab dengan memberikan format ucapan yang betul tentang cara-
cara menghormati guru.

Calon Dalam Kumpulan Tinggi

Calon memahami kehendak tugasan dengan baik, iaitu ucapan sempena Hari Guru tentang
cara-cara menghormati guru. Isi yang dikemukakan sangat baik dan mantap serta
dihuraikan dengan jelas. Pengolahan dan penyampaian isi juga sangat menarik serta dapat
menguasai penulisan format ucapan dengan tepat.

Bahasa Melayu SK 21 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012


Bahasa Melayu SK 22 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012
Contoh jawapan calon yang mengemukakan isi yang bernas berserta huraian yang mantap
tentang cara-cara menghormati guru menggunakan laras ucapan yang tepat. Pengolahan isi
dan penyampaian yang sangat menarik. Penguasaan format karangan ucapan calon amat
tepat.

Bahasa Melayu SK 23 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012


Calon Dalam Kumpulan Sederhana

Calon mengemukakan isi yang masih relevan dengan tugasan tetapi pengolahan dan
penyampaian kurang menarik. Calon melakukan kesalahan bahasa tetapi tidak
menjejaskan keseluruhan karangan. Calon tidak menggunakan format ucapan yang lengkap
dan sesuai dengan ucapan.

Contoh jawapan calon yang penyampaian dan pengolahan isi kurang menarik

Bahasa Melayu SK 24 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012


Calon Dalam Kumpulan Rendah

Isi yang dikemukakan oleh calon kurang menepati tugasan. Pengolahan dan penyampaian
isi tidak menarik. Calon banyak melakukan kesalahan bahasa, iaitu struktur ayat,
penggunaan kata, imbuhan, ejaan dan tanda baca. Calon langsung tidak menguasai format
ucapan.

Contoh jawapan calon yang banyak melakukan kesalahan bahasa dan tidak menguasai
format ucapan

Bahasa Melayu SK 25 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012


Bahagian C

Calon dikehendaki menjelmakan lima nilai daripada petikan serta memberikan contoh
(huraian) yang sesuai berdasarkan petikan. Jawapan calon perlulah ditulis tidak lebih
daripada 50 patah perkataan dalam satu perenggan .

Bahasa Melayu SK 26 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012


Calon Dalam Kumpulan Tinggi

Calon dapat menjelmakan nilai dan huraian daripada petikan dengan tepat selain mengulas
dengan ayat yang gramatis dan menjurus kepada petikan. Calon menggunakan kata dan
kosa kata yang mantap serta sesuai dengan tugasan. Di samping itu, calon juga dapat
menggunakan penanda wacana yang sesuai.

Contoh jawapan calon yang menepati tugasan dengan nilai dan huraian yang tepat

Bahasa Melayu SK 27 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012


Calon Dalam Kumpulan Sederhana
Calon dalam kumpulan ini dapat memberikan antara dua hingga empat nilai berserta
huraian yang tepat atau dua hingga empat nilai berserta huraian yang tidak tepat. Huraian
mudah dan ringkas serta terdapat beberapa kesalahan bahasa yang tidak menjejaskan
jawapan calon.

Bahasa Melayu SK 28 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012


Calon Dalam Kumpulan Rendah

Calon dalam kumpulan ini dapat menjelmakan satu nilai sahaja dan ada juga calon yang
tidak dapat menjelmakan nilai. Huraian nilai tidak tepat malahan terdapat calon yang
menulis huraian umum. Ada juga calon yang menyalin petikan sahaja.

Contoh jawapan calon yang tidak menghuraikan nilai berdasarkan petikan

Bahasa Melayu SK 29 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012


SARANAN KEPADA CALON

Bahagian A

1. Calon membaca arahan dengan teliti sebelum menjawab soalan.


2. Calon mengenal pasti kehendak soalan sama ada aktiviti, suasana ataupun
tentang gambar sebelum menulis ayat.
3. Calon mengenal pasti aktiviti atau suasana yang terdapat dalam gambar dengan
cara membulatkan maklumat yang terdapat pada gambar.
4. Seterusnya, calon mencatat kata kerja yang tepat berkaitan gambar yang telah
dibulatkan.
5. Kemudian, calon dikehendaki membina lima ayat yang lengkap.
6. Banyakkan membaca serta menjawab latihan bagi meningkatkan tahap penguasaan
kosa kata.
7. Jadikan buku teks yang dibekalkan oleh Bahagian Buku Teks, Kementerian
Pendidikan Malaysia sebagai sumber rujukan dan bahan pembelajaran.
8. Calon boleh menggunakan nama pada watak atau pelaku yang terdapat dalam
gambar atau bahan rangsangan.
9. Calon digalakkan membina pelbagai ayat dengan keterangan yang meluas.
10. Tulis dengan jelas dan kemas supaya mudah difahami

Bahagian B

1. Calon membaca dan memahami arahan serta kehendak soalan.


2. Baca ketiga-tiga soalan yang diberi sebelum membuat pilihan.
3. Pilih soalan yang bersesuaian dengan kebolehan calon untuk menjawab.
4. Garisi kata kunci dan kata tugas soalan yang dipilih.
5. Bagi karangan yang berformat, pastikan calon menguasai format yang betul sebelum
menulis karangan.
6. Calon digalakkan membina peta minda atau kerangka karangan berdasarkan soalan
ataupun tajuk.
7. Mulakan karangan dengan pendahuluan, isi-isi dan diakhiri dengan penutup
mengikut jenis karangan.
8. Kemukakan sekurang-kurangnya tiga isi bagi setiap karangan dengan huraian yang
mantap berserta contoh dengan pengolahan ayat yang gramatis dan penyampaian
yang menarik.
9. Setiap perenggan mesti dimulakan dengan ayat topik diikuti ayat-ayat huraian serta
contoh.
10. Guna penanda wacana untuk merangkaikan ayat dengan ayat dan perenggan
dengan perenggan untuk menunjukkan kesinambungan atau pertautan.
11. Tulis dengan jelas dan kemas supaya mudah difahami.

Bahasa Melayu SK 30 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012


Bahagian C

1. Calon perlu membaca dan memahami arahan serta kehendak soalan.


2. Fahami petikan yang diberi dan garisi ayat yang menjurus kepada nilai atau
pengajaran yang terdapat dalam teks.
3. Calon mencatat nilai atau pengajaran yang tepat berdasarkan ayat yang telah
digarisi.
4. Nilai atau pengajaran yang sedia ada dalam petikan tidak boleh dijelmakan sebagai
jawapan.
5. Calon juga tidak boleh memberikan nilai yang sinonim dengan pernyataan yang
terdapat dalam petikan.
6. Calon dikehendaki menulis lima nilai atau pengajaran daripada petikan.
7. Pastikan nilai atau pengajaran dan huraian berkaitan dengan pernyataan yang
terdapat dalam petikan.
8. Gunakan penanda wacana yang sesuai untuk menunjukkan kesinambungan antara
nilai atau pengajaran yang terdapat dalam petikan.
9. Calon dikehendaki menulis jawapan dalam satu perenggan sahaja.
10. Bagi menghasilkan penulisan yang baik, calon perlu banyak menjawab latihan serta
rujukan daripada pelbagai sumber.
11. Tulis dengan jelas dan kemas supaya mudah difahami.

Bahasa Melayu SK 31 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012


SARANAN KEPADA GURU

1. Setiap guru perlu mengajar dan membimbing murid menggunakan buku teks dan
huraian sukatan pelajaran serta sukatan pelajaran yang dibekalkan.
2. Jadikan buku teks, huraian dan sukatan sebagai panduan.
3. Buku Daftar Kata yang dibekalkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum
hendaklah dijadikan bahan rujukan bagi menambahkan lagi peluasan kosa kata
murid.
4. Bimbing murid untuk menguasai teknik menjawab dengan baik dan jelas mengikut
garis panduan peperiksaan.
5. Pelbagaikan strategi, kaedah dan teknik dalam proses pembelajaran dan pengajaran
bagi menarik minat murid.
6. Bagi memantapkan lagi penulisan murid, guru perlu menerangkan kekuatan dan
kelemahan tugasan yang dihasilkan oleh murid untuk memperbaiki kelemahan dan
kesalahan murid.
7. Guru perlu memberi perhatian kepada murid yang belum menguasai penulisan
dengan memberi latih tubi dan pendedahan pelbagai teknik mengarang seperti
latihan karangan berpandu, karangan terkawal serta karangan bebas mengikut tahap
kemampuan murid.
8. Kepelbagaian jenis karangan haruslah didedahkan kepada murid sebagai latihan
bagi memantapkan karangan murid mengikut format yang betul.
9. Guru disarankan agar mendapatkan maklumat yang betul daripada sumber yang
sahih.
10. Guru wajib memantapkan pengetahuan dan kemahiran bahasa agar proses
pembelajaran dan pengajaran lebih baik, jelas dan terancang.
11. Bagi Bahagian C, guru perlu tahu menjelmakan nilai berserta huraian yang tepat
daripada petikan.
12. Guru sepatutnya membuat pertimbangan yang sewajarnya ketika menilai hasil kerja
murid.

Bahasa Melayu SK 32 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Вам также может понравиться