Вы находитесь на странице: 1из 9

Bendera Malaysia

Bendera Malaysia dikenali sebagai Jalur Gemilang, mengandungi 14 jalur merah


dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas
dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama
dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 kerajaan persekutuan
Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, NegeriSembilan,Pahang, PulauPinang, Perak,

Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.

Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga
atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian
biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi bagi
Persekutuan (Malaysia seperti yang telah tertakluk dibawah Perlembagaan Negara
Malaysia).

Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan.
Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli
Yang Maha Mulia Raja-raja.

Sejarah
Permulaan asal Jalur Gemilang bermula apabila pada tahun 1949, dengan
persetujuan Majlis Raja-Raja sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk
menimbang dan membuat perakuan berhubung dengan rekabentuk bendera bagi
Persekutuan Tanah Melayu yang baru.

Untuk tujuan itu satu pertandingan bagi mereka bentuk bendera Persekutuan Tanah
Melayu yang baru pada tahun 1949. Pertandingan peringkat kebangsaan ini
dianjurkan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dan disertai oleh 373 karyawan.
Daripada sejumlah itu, tiga rekabentuk bendera baru bagi Persekutuan Tanah
Melayu telah dipilih untuk ke peringkat akhir.

Rekabentuk pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan


dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima. Rekabentuk kedua hampir serupa dengan
rekabentuk pertama tetapi 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan
mengelilingi keris bersilang itu. Rekabentuk ketiga ialah 11 jalur merah dan putih
dengan bulan dan bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.

Pendapat umum diambil kira

Majlis Perundangan Persekutuan telah memberi peluang kepada orang ramai untuk
memberikan pendapat kepada ketiga-tiga rekabentuk tersebut. Keputusan pendapat
umum yang dikelolakan oleh akhbar The Malay Mail itu telah disiarkan pada 29
November 1949. Keputusan akhir menunjukkan majoriti telah memilih rekabentuk
ciptaan seorang arkitek kerajaan di Johor iaitu En. Mohamad bin Hamzah.

JALUR GEMILANG yang dilihat sekarang sebenarnya wujud beberapa tahun


sebelum negara merdeka. Sejarah sepintas lalu, merekodkan Bendera Persekutuan
Tanah Melayu diilhamkan menerusi satu pertandingan mereka cipta bendera
peringkat kebangsaan. Pertandingan dikelolakan Jawatankuasa Khas dan
dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara ketika itu, Sir Alec Newboult dianjurkan
bagi mencari lambang kewujudan kerajaan Persekutuan.

Pada 15 November 1949, Jawatankuasa ini mengemukakan 373 reka bentuk


bendera kepada Majlis Perundangan Persekutuan untuk pertimbangan dan
pemilihan. Daripada jumlah itu, tiga rekaan disenarai pendekkan membabitkan
lambang keris bersilang dikelilingi 11 bintang pecah lima manakala rekaan kedua
mempertaruhkan reka bentuk hampir serupa kecuali 11 bintang pecah lima
membentuk dua bulatan mengelilingi keris bersilang.

Bagaimanapun, rekaan ketiga ciptaan arkitek Jabatan Kerja Raya Johor, Mohamed
Hamzah yang menampilkan sebelas jalur merah-putih dengan bulan bintang
berwarna putih di bahagian tepi kiri mendapat pilihan majoriti dan perkenan
Mesyuarat Majlis Raja-raja yang berlangsung pada 22 dan 23 Februari 1950.

Reka bentuk terakhir dipilih


Setelah diubahsuai beberapa kali, rekabentuk tersebut telah teliti pada Mesyuarat
Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari 1950. Pada 19 April 1950, Majlis
Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh
Pemangku Ketua Setiausaha Negara seperti berikut:

"That in the opinion of this Council the Flag of the Federation of Malaya should be as
follows:- Eleven horizontal stripes alternately red and white in colour, the uppermost
stripe being red, having a blue quarter with a cresent and eleven pointed star in
yellow superimposed, the standard size of the flag to be six feet by three feet."
Reka bentuk diluluskan
Reka bentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan Raja George VI pada 19
Mei 1950. Dengan itu, buat pertama kalinya bendera Persekutuan Tanah Melayu
telah dikibarkan dalam satu majlis menaikkan bendera tersebut yang dianjurkan oleh
Pesuruhjaya Tinggi British pada 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Sultan Selangor
dengan dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan Pegawai-pegawai Raja George
VI.

Sebelum kekal dengan rekaan sekarang, beberapa pindaan dibuat termasuk


mengikut cadangan Sultan Kedah yang meminta warna putih bulan sabit ditukar
kuning bagi mewakili warna Diraja.

Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan menerusi perkenan Majlis


Raja-raja Melayu meluluskan usul yang dibentangkan Pemangku Ketua Setiausaha
Negara mengenai Bendera Persekutuan Tanah Melayu.

Pada 26 Mei tahun yang sama, bendera itu dikibarkan buat pertama kalinya di Istana
Sultan Selangor, Kuala Lumpur. Majlis pengibaran yang berlangsung pada 9.30 pagi
itu dihadiri wakil Sultan seluruh tanah Melayu.

Pembentukan Malaysia
Percantuman Sabah, Sarawak dan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu
telah melahirkan sebuah negara baru iaitu Malaysia. Dengan percantuman itu,
bendera Persekutuan Tanah Melayu telah diubah suai untuk mengambil kira
penambahan negeri-negeri tersebut.

Duli-Duli yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan Tuan-Tuan Yang Terutama
Gabenor-Gabenor dalam satu Persidangan Majlis Raja-Raja menjelang
pembentukan Malaysia telah memperkenankan iaitu reka bentuk Bendera Malaysia
hendaklah mengikut reka bentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu dengan
pengubahsuaian pada bilangan jalur-jalur dan bintang pecah 14 bagi menunjukkan
14 buah negeri baru bagi Persekutuan Malaysia.

Singapura berpisah
Sungguhpun Singapura berpisah daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965, namun
jalur-jalur dan bintang pecah 14 terus dikekalkan hingga sekarang. Kini jalur-jalur
dan bintang berpenjuru 14 melambangkan keanggotaan yang sama dalam
Persekutuan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan (terdiri daripada 3 Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.)

Nama Jalur Gemilang


Selama 47 tahun digelar Bendera Malaysia, pada kemerdekaan ke-40 pada 1997,
namanya ditukar kepada Jalur Gemilang. Nama diusulkan pegawai dari Jabatan
Muzium Negara dan Antikuiti, Redzuan Tamin dalam satu peraduan membabitkan
pihak tertentu ini berjaya menewaskan 28 cadangan antaranya, Malaysia Raya,
N.U.S.A, Mega Sakti, Saga Merah dan sebagainya.

Ilham untuk menamakan bendera Malaysia kepada Jalur Gemilang diusulkan Datuk
Hashim Mat Dris. Cadangan berkenaan dikemukakan kepada mantan Perdana
Menteri, Tun Dr Mahathir pada 11 Julai 1995. Pada 1 Julai 1996, Urus setia
menguruskan nama mengemukakan 75 cadangan berserta ulasan dan huraian. Tiga
nama disenarai pendekkan iaitu Setia Perkasa, Seri Setia Perkasa dan Seri Setia
Negara. Tiga nama ini bagaimanapun ditolak Jemaah Menteri ketika mesyuarat
pada 11 September 1996. 28 nama lagi dicadangkan dan pada 2 Jun 1997, tiga
nama dicalon mengikut keutamaan iaitu Jalur Gemilang, Jalur Nusa Gemilang dan
Jalur Sinar Gemilang.

Nama bendera Malaysia telah diisytiharkan oleh Tun Mahathir bin Mohamad,
Perdana Menteri pada malam 31 Ogos 1997 sempena Hari Kemerdekaan negara
yang ke-40. Pengisytiharan Jalur Gemilang dilakukan pada jam 11.58 di Dataran
Merdeka, Kuala Lumpur.

JALUR - menggambarkan Bendera Malaysia yang mempunyai 14 jalur merah dan


putih. Oleh itu, lambang jalur pada Bendera Malaysia menggambarkan satu haluan
yang lurus, hala tuju yang sama dan arah yang sama yang dianuti oleh rakyat
negara ini dari Perlis hingga ke Sabah dalam menuju kegemilangan bangsa dan
negara.

GEMILANG - bermaksud bercahaya, terang-benderang dan cemerlang. Oleh yang


demikian Bendera Malaysia Jalur Gemilang memberi pengertian bahawa jalur atau
bendera itu melambangkan kecemerlangan negara Malaysia dan rakyat Malaysia
dalam mengharungi apa bidang kehidupan sekali pun sama ada di dalam atau di
luar negara. Kesungguhan, kegigihan dan kesanggupan rakyat untuk menaikkan
imej negara, sesungguhnya sentiasa mendapat petunjuk dan pedoman yang terang
lagi jelas.
Lirik lagu untuk Jalur Gemilang
Lagu khas yang ditujukan kepada Jalur Gemilang dibuat untuk memperingati dan
membanggakan bendera Malaysia disamping memperingati identiti bendera serta
menyeru untuk dikibarkan bendera tersebut beserta kemegahan.

Benderaku

Sebelum bendera Malaysia diberikan nama "Jalur Gemilang", lagu telah dibuat khas
untuk bendera Malaysia tanpa menggunakan sebarang rujukan nama khas tetapi
terus merujuk kepada "Bendera Malaysia" atau "Benderaku". Selepas bendera
Malaysia telah diberi nama, perkataan di setiap awal perenggan yang mempunyai
perkataan "Bendera Malaysia" atau "Benderaku" telah ditukar kepada "Jalur
Gemilang". Walau bagaimanapun, keadaan tidak sesuai memungkinkan orang
menyanyikan versi lama di samping menyanyikan lagu baru "Jalur Gemilang".

Benderaku yang gagah perkasa


Merah putih kuning biru warnanya
Berkibar megah penuh bercahaya
Pusaka kita rakyat Malaysia

Bendera Malaysia oh bendera ku


Ku pertahankan sepenuh raga ku
Dikaulah lambang negara berpadu
Di bawah naungan Duli Tuanku

Berkibar terus oh bendera ku


Kau kan ku junjung sepanjang waktu
Harumlah nama negara yang tercinta
Padamu tempat taat dan setia

Bendera Malaysia bendera kita


Kemegahan rakyat kita semua
Berkibar berkibar di ruang angkasa
Dirgahayu bendera tercinta.

Ciptaan dan Senikata: Tony Fonseka


Jalur Gemilang
Ketika "Jalur Gemilang" dinamakan, lagu khas untuknya turut dibuat untuk meraikan
dan memperingati bendera Malaysia dengan nama Jalur Gemilang, identiti dan
kemegahan yang telah dibawa bersama yang bermula melancarkan dirasmikan
pada tarikh 9 Ogos 2003.

Merahmu bara semangat waja


Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawan


Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa Merdeka
Semangat jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnya


Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat

Jalur Gemilang dibawah naunganmu


Jalur Gemilang kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia

Jalur Gemilang megah kami terasa


Jalur Gemilang kibarkanlah wawasan
Merah, putih, biru, kuning
Jalur semangat kami semua

Merahmu bara semangat waja


Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawan


Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa Merdeka
Semangat jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnya


Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat
Jalur Gemilang dibawah naunganmu
Jalur Gemilang kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia

Jalur Gemilang megah kami terasa


Jalur Gemilang kibarkanlah wawasan
Merah, putih, biru, kuning
Jalur semangat kami semua
Berkibarlah, berkibarlah, berkibarlah
Jalur Gemilang

Ciptaan dan Senikata: Pak Ngah & Siso Kopratasa


Logo berbentuk nombor satu dan berlatarbelakangkan Jalur
Gemilang serta tulisan Malaysia ini dinamakan 1 Malaysia.

Logo 1 Malaysia melambangkan visi negara iaitu untuk


mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai
semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan
Negara dan Rukun Negara.

Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling


bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan
menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

Вам также может понравиться