Вы находитесь на странице: 1из 11

FAKULTI UNDANG-UNDANG

UUUK 2113
UNDANG-UNDANG JENAYAH ISLAM
SEMESTER 1 SESI 2018/2019

UJIAN INTERAKTIF

DISEDIAKAN OLEH:

NURAINI SHAPARIAH BINTI ABDUL RASHID


A162667

DISEDIAKAN UNTUK:

PROF. MADYA DR. AHMAD AZAM BIN MOHD. SHARIFF


aazam@ukm.edu.my
UK 2113 UJIAN INTERAKTIF

Nama : Nuraini Shapariah binti Abdul Rashid

Nombor Matrik : A162667

SOALAN OBJEKTIF:

1.Yang mana satukah antara pernyataan-pernyataan di bawah adalah SALAH.

i. Hukuman bagi jenayah hudud qazaf adalah 40 kali sebatan

ii. Menurut jumhur ulama’, liwat tergolong dalam kesalahan hudud

iii Adalah diharuskan bagi mahkamah syariah untuk mensabitkan serta


menjatuhkan hukuman ta’zir ke atas tertuduh walaupun mahkamah mendapati
keterangan yang dikemukakan tiada keraguan langsung sehingga mahkamah merasa
yakin bahawa tertuduh adalah bersalah

JAWAPAN C. i dan iii

2. Yang mana satukah antara pernyatan-pernyataan di bawah adalah BETUL.

i. Persamaan antara jenayah Qatlul Janin dengan jenayah Qatlul Amdi ialah mangsa
kedua-dua jenis jenayah adalah manusia

ii. Hirz atau tempat simpan bukanlah faktor penentu samada hukuman yang akan
dijatuhkan ke atas seseorang pencuri itu hudud atau ta’zir

iii. Berdasarkan sebuah hadis yang menyebut berjudi itu sebagai salah satu daripada
tujuh (7) dosa besar, kita boleh membuat kesimpulan bahawa berjudi juga
merupakan salah satu jenayah hudud yang diberikan hukuman ta’zir

JAWAPAN C. i sahaja
3. Seseorang yang memakan makanan yang sudah dicampuri dengan khamr boleh didakwa

serta dihukum dengan hukuman hudud.

A. Pernyataan tersebut adalah betul

B. Samada pernyataan tersebut betul atau salah bergantung kepada situasi tertentu

C. Pernyataan tersebut adalah salah

D. Samada pernyataan tersebut betul atau salah bergantung kepada samada orang yang
menjual makanan tersebut seorang muslim atau sebaliknya

JAWAPAN B.

4. Mana satukah antara pernyataan berkaitan jenayah murtad di bawah adalah SALAH.

A. Dari perspektif jenis kesalahan, murtad tidak mempunyai perkaitan langsung


dengan kesalahan zina
B. Sekiranya niat tertuduh untuk murtad dibuktikan, ianya akan membawa kepada
pensabitan dan hukuman hudud

C. Dari perspektif jenis kesalahan, murtad juga boleh mempunyai hubungkait dengan
kesalahan mengamalkan ajaran sesat

D. Salah satu bentuk hukuman hudud bagi seseorang yang telah disabitkan dengan
kesalahan murtad ialah hukuman kaunseling agar kembali ke pangkal jalan

JAWAPAN A.
5. Mana satukah antara pernyataan berikut adalah BENAR.

i. Disebabkan kerana hukuman hudud bagi jenayah curi adalah hukuman potong
tangan, ini membuktikan hukuman bagi curi adalah lebih berat dari hukuman
rompak
ii. Kesalahan hudud mencuri boleh berlaku apabila si pelaku, diwaktu siang,
mengalihkan harta milik orang lain sehingga harta tersebut berada dalam
kawalannya

iii. Persamaan antara jenayah curi dan rompak ialah elemen kekerasan yang
digunapakai dalam kedua-dua jenis jenayah.
JAWAPAN A. ii sahaja

SOALAN SUBJEKTIF:

1. Bawakan satu [1] ilustrasi/contoh ringkas bagaimana sesuatu actus reus itu boleh
memainkan peranan dalam membuktikan mens rea.

Actus reus merujuk kepada perbuatan seseorang dalam jenayah manakala mens rea pula
merujuk kepada niat jahat dalam diri seseorang semasa melakukan sesuatu. Sesuatu actus reus
itu adalah boleh memainkan peranan dalam membuktikan mens rea. Ilustrasi yang dapat
diberikan adalah seperti berikut;

A, sebelum melakukan perbuatan rogol terhadap B, telah memerhatikan gerak-


geri B dan membawa B ke tempat yang sunyi tanpa kerelaan B. A memasukkan
zakar ke dalam faraj B dengan mengetahui bahawa B tidak rela diperlakukan
sedemikian serta mengetahui akan kesan perbuatannya.

Perbuatan A memerhatikan gerak-geri B, membawa B ke tempat yang sunyi dan


memasukkan zakar ke dalam faraj B tanpa kerelaan B adalah actus reus yang membuktikan
bahawa A mempunyai niat jahat (mens rea) untuk merogol B. Perlakuan A memasukkan zakar
ke dalam faraj B tanpa kerelaan B adalah actus reus di bawah Undang-undang Islam dan Kanun
Keseksaan.

(139 patah perkataan)


2. Berbanding 3 Imam Sunni yang lain, Imam Abu Hanifah berpandangan bahawa
kesalahan meminum minuman memabukkan terbahagi kepada 2 jenis/bentuk. Nyatakan
2 perbezaan antara 2 kesalahan tersebut.

Imam Abu Hanifah berpandangan bahawa perahan anggur yang telah diperam atau
dimasak sehingga mendidih dan buihnya hilang adalah diertikan sebagai arak (khamr). Arak
yang diertikan sedemikian adalah memabukkan dan haram untuk diminum. Imam Abu Hanifah
mensyaratkan bahawa sesuatu minuman perlulah berbuih untuk dikira sebagai arak kerana
apabila berbuih dan bergelora, maka mabuk itu akan terjadi.

Menurut Imam Abu Hanifah, meminum arak adalah haram sama ada banyak atau
sedikit bahkan memabukkan atau tidak. Meminum minuman yang memabukkan pula akan
dikenakan hukuman sekiranya memabukkan peminumnya. Perahan anggur yang dimasak
sehingga satu pertiga adalah halal kecuali apabila sampai tahap memabukkan peminumnya.

Hukuman hudud bagi kesalahan ‘meminum arak’ pula hanya dikenakan ke atas
peminum arak manakala hukuman hudud bagi kesalahan ‘mabuk’ hanya dikenakan ke atas
individu yang minum minuman yang memabukkan kecuali arak.

(129 patah perkataan)

3. Sila susun kesalahan-kesalahan jenayah berikut mengikut tahap keseriusan masing-


masing berdasarkan skala 1-5 (skala 1 paling tidak serius manakala skala 5 paling serius)

JAWAPAN
1. Berkelakuan tidak sopan
2. Khalwat
3. Percubaan Zina
4. Zina
5. Rogol
4. Namakan dua (2) jenis kesalahan jenayah Qatlu/bunuh yang boleh membawa kepada
hukuman asal Qisas:

JAWAPAN
i. Qatl al Amdi (Bunuh Dengan Niat)
ii. Qatl Shibh al-Amdi (Bunuh Separuh Niat)

5. Dalam sesuatu pertuduhan murtad, adakah wajar bagi mahkamah syariah


mensabitkan tertuduh dengan kesalahan dan hukuman ta’zir dalam keadaan mahkamah
mendapati pendakwa syarie telah berjaya membuktikan secara yakin bahawa tertuduh
memang betul-betul telah murtad serta diakui oleh tertuduh sendiri semasa perbicaraan
berlangsung? Komen secara ringkas.

Berdasarkan penyataan di atas, adalah tidak wajar bagi mahkamah melakukan


sedemikian iaitu mengenakan hukuman ta’zir kerana tertuduh secara yakinnya telah dibuktikan
oleh pihak pendakwaan dengan tanpa sebarang keraguan bahawa tertuduh telah murtad.
Tertuduh juga telah mengakui bahawa dirinya telah murtad. Mens rea dan actus reus tertuduh
adalah dengan membuat pengakuan tersebut telah membuktikan dengan jelas kepada pihak
makhamah bahawa tertuduh sememangnya murtad. Sekiranya hukuman ta’zir yang dijatuhkan,
masyarakat akan mengambil mudah perihal murtad ini. Oleh yang demikian, adalah sewajarnya
mahkamah mengenakan hukuman hudud ke atas tertuduh. Hukuman hudud yang dijatuhkah
mahkamah adalah bertujuan memberi peringatan kepada masyarakat Islam agar tidak
mempermainkan perihal murtad.

(103 patah perkataan)

6. Dalam sesuatu pertuduhan curi, mengapakah prinsip asas jenayah syariah


menekankan kepentingan harta perlu dikawal dan disimpan oleh pemilik / penjaga
sekiranya mahkamah syariah mahu mensabitkan tertuduh dengan hukuman hudud
potong tangan? Komen secara ringkas.

Umum mengetahui bahawa hukuman hudud tidak boleh dilaksanakan dengan


sewenang-wenangnya. Perbuatan mencuri tidak akan dikenakan hukuman hudud potong
tangan sekiranya tidak memenuhi syarat untuk mensabitkan hukuman tersebut. Penekanan
terhadap kepentingan harta perlu dikawal dan disimpan oleh pemilik yang ditekankan oleh
prinsis asas jenayah syariah adalah bertujuan untuk memberi keadilan kepada semua pihak.
Seperti contoh, pencuri yang mencuri harta yang diletakkan di tempat awam tanpa sebarang
pengawasan adalah tidak adil untuk dihukum hudud potong tangan kerana pemilik harta
tersebut tidak membuat langkah penyimpanan dan pengawasan yang sepatutnya. Hal ini
demikan kerana salah satu syarat untuk mensabitkan pencuri dengan hukuman hudud potong
tangan adalah harta yang dicuri haruslah dicuri dari tempat simpanan yang sesuai, bukannya
harta di tempat terbuka tanpa sebarang pengawasan.

(120 patah perkataan)

7. Komen dengan ringkas kesalahan mengedar dadah dari perspektif hudud atau ta’zir.

Kesalahan mengedar dadah adalah sebuah kesalahan ta’zir. Hal ini demikian kerana,
hukuman bagi kesalahan ini adalah tidak dinyatakan dalam Al-Quran. Hukum atau larangan
yang khusus dalam Al-Quran atau Hadis Rasulullah SAW tidak menyentuh perihal
mengedarkan dadah. Namun, secara umumnya, Al-Quran dan hadis ada melarang setiap
muslim dari mendekati perbuatan-perbuatan keji dan merosakkan diri mereka. Oleh yang
demikian, pemerintah sesebuah kawasan mempunyai hak untuk menetapkan hukuman bagi
pelaku perbuatan mengedar dadah ini seperti Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952
yang memperuntukkan hukuman mati bagi mereka yang mengedar dadah berbahaya.

(88 patah perkataan)

8. Nyatakan dengan ringkas 2 sebab mengapa prinsip jenayah syariah, bagi kesalahan
menuduh seseorang berzina atau menafikan nasab seseorang tanpa bukti, telah
menetapkan sabitan dan hukuman hudud yang ternyata lebih berat berbanding dengan
sabitan dan hukuman bagi kesalahan membuat tuduhan-tuduhan lain tanpa bukti.

Menuduh seseorang berzina atau menafikan nasab seseorang tanpa bukti adalah qazaf
yang dihukum dengan hudud. Perbuatan melemparkan qazaf ini adalah satu bentuk fitnah.
Perbuatan fitnah adalah lebih besar dosanya daripada pembunuhan berdasarkan firman Allah
SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 217. Prinsip jenayah syariah menetapkan sabitan dan
hukuman hudud yang lebih berat adalah disebabkan pertamanya, untuk memelihara maruah
dan martabat insan. Seperti contoh, perempuan yang baik-baik telah dituduh berzina, dan
pertuduhan tersebut menjatuhkan maruah dan martabatnya sebagai seorang perempuan yang
suci. Kedua, hukuman hudud ini ditetapkan adalah bagi menjaga nasab keturunan yang baik.
Sekiranya seseorang itu dilemparkan pertuduhan qazaf dengan menafikan nasabnya, maka
seseorang tersebut tidak dapat mewarisi harta yang ditinggalkan. Keturunanya juga tercemar
dek lemparan qazaf yang dilakukan ke atas dirinya. Maka, dimanakah keadilan bagi pihak-
pihak yang difitnah ini sekiranya hukuman qazaf hudud tidak dilaksanakan.

(135 patah perkataan)

9. Sekiranya prinsip qisas itu ditegakkan dan dilaksanakan dalam pentadbiran keadilan
hari ini, terdapat 2 cabaran besar berkaitan pelaksanaan hukuman yang bakal dihadapi.
Terangkan dengan ringkas 2 cabaran tersebut.

Umum mengetahui bahawa prinsip qisas adalah satu prinsip pembalasan yang setimpal
seiring dengan istilah “hutang nyawa dibayar nyawa”. Oleh yang demikian, pada pendapat
saya, cabaran besar jika prinsip qisas ini dilaksanakan adalah pertamanya, wujud
pertelingkahan keadilan antara masyarakat Islam dan bukan Islam. Hal ini demikian kerana,
umum mengetahui bahawa hukuman hudud hanya dilaksanakan ke atas umat Islam, namun
sekiranya qisas ini dilaksanakan, tidak mustahil akan ada pihak tertentu menuntut hukuman
bunuh ke atas pembunuh dalam kalangan bukan Islam.

Cabaran kedua adalah perundangan yang sedia ada perlu dipinda, diggubal dan
berkemungkinan dimansuhkan. Umum mengetahui bahawa Perlembagaan Persekutuan
merupakan undang-undang tertinggi Malaysia. Sekiranya prinsip qisas ingin dilaksanakan,
peruntukan Perlembagaan Persekutuan perlu diggubal, dipinda atau dimansuhkan bagi
memasukkan peruntukan mengenai hukuman berdasarkan prinsip qisas. Perihal ini akan
memperlihatkan percampuran undang-undang syariah dan sivil serta berkemungkinan besar
akan mengelirukan rakyat Malaysia, sesebuah negara yang berbilang kaum, bangsa dan agama.

(145 patah perkataan)


10. Adakah kesalahan ragut yang berleluasa pada hari ini dikategorikan sebagai jenayah
hudud atau ta’zir? Komen secara ringkas.

Kesalahan ragut yang berleluasa pada hari ini adalah dikategorikan sebagai jenayah
hudud. Hal ini demikian kerana, kesalahan ragut ini adalah boleh disamakan ertinya dengan
kesalahan menyamun yang merupakan salah satu kesalahan-kesalahan hudud. Menyamun
merupakan sebuah kesalahan di mana wujudnya elemen kekerasan atau paksaan dalam
melakukan jenayah tersebut. Justeru, kesalahan ragut ini boleh diqiyaskan sebagai perbuatan
menyamun berdasarkan elemen kekerasan/paksaan dalam perbuatan tersebut sekaligus
dikategorikan sebagai jenayah hudud.

(67 patah perkataan)

11. Adakah kesalahan tidak solat Jumaat dikategorikan sebagai jenayah hudud atau
ta’zir? Komen secara ringkas.

Kesalahan tidak solat Jumaat adalah dikategorikan sebagai jenayah ta’zir. Hal ini
berikutan kerana solat Jumaat merupakan solat yang wajib dilaksanakan oleh lelaki muslim.
Justeru, perbuatan tidak solat Jumaat adalah perbuatan meninggalkan perkara wajib yang telah
ditetapkan dalam Islam. Meskipun solat merupakan salah satu kewajipan dalam Islam, namun
tiada ditetapkan hukuman bagi mereka yang meninggalkan solat sama ada secara sengaja atau
sebaliknya. Hukuman yan diperkatan dalam Al-Quran berkenaan perihal meninggalkan solat
adalah hukuman yang ditetapkan oleh Allah di akhirat kelak sebagaimana firman Allah SWT
dalam surah Al-Mudassir ayat 42-48 yang menyebut kedudukan penghuni neraka yang tidak
mengerjakan solat. Oleh yang demikian, perbuatan meninggalkan solat Jumaat adalah jenayah
ta’zir yang tidak dinyatakan hukumannya di dunia berdasarkan Al-Quran.

(115 patah perkataan)


12. Adakah kesalahan menjual minuman memabukkan itu dikategorikan sebagai
jenayah hudud atau ta’zir? Komen secara ringkas.

Menjual minuman memabukkan dikategorikan sebagai jenayah ta’zir. Hal ini


demikian kerana, perbuatan menjual minuman memabukkan tersebut tidak menjadikan penjual
minuman tersebut sebagai seseorang yang meminum minuman berkenaan. Tiada hukuman
yang disebut di dalam Al-Quran berkaitan penjual minuman yang memabukkan. Al-Quran
hanya menyebutkan pengharaman minuman memabukkan ini secara berperingkat berdasarkan
firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 219, seterusnya surah Al-Nisa ayat 43 dan
yang terakhir surah Al-Maidah ayat 90. Hukuman yang dinyatakan dalam Al-Quran pula
hanya menyentuh hukuman terhadap peminumnya iaitu sebanyak 40 kali sebatan. Namun
demikian, perbuatan penjual minuman sebegini boleh menjadi penyumbang kepada
ketidaktenteraman awam. Oleh yang demikian, hukuman bagi penjual minuman memabukkan
ini adalah terletak pada tangan pemerintah/pentadbiran kawasan berkenaan seperti Seksyen 18
Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang memperuntukkan hukuman bagi mereka
yang membuat, menjual, menawarkan untuk jualan, mempamerkan untuk jualan, menyimpan
atau membeli minuman yang memabukkan.

(141 patah perkataan)

13. Adakah kesalahan rasuah dikategorikan sebagai jenayah hudud atau ta’zir? Komen
secara ringkas.

Kesalahan rasuah adalah dikategorikan sebagai jenayah ta’zir. Hal ini kerana kesalahan
rasuah ini merupakan satu kesalahan yang berbeza dengan mencuri atau menyamun yang
disebutkan sebagai kesalahan-kesalahan hudud. Rasuah merupakan sebuah perbuatan
membuat pemberian atau menerima pemberian upah bagi mendapatkan sesuatu dengan cara
yang salah. Larangan rasuah ini ada disebutkan dalam Al-Quran berdasarkan firman Allah
SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 188. Namun demikian, hukuman bagi rasuah ini adalah
tidak dinyatakan sama sekali. Justeru, hukuman bagi kesalahan rasuah ini jatuh di tangan
pemerintah untuk menentukannya.

(83 patah perkataan)


14. Adakah kesalahan memperniagakan aktiviti pelacuran dikategorikan sebagai
jenayah hudud atau ta’zir? Komen secara ringkas.

Kesalahan memperniagakan aktiviti pelacuran adalah dikategorikan sebagai jenayah


ta’zir. Hal ini demikian kerana, perihal memperniagakan aktiviti pelacuran ini tidak dinyatakan
hukumannya dalam Al-Quran. Justeru, pemerintah sesebuah kawasan diberi hak untuk
menetapkan hukuman ke atas pelaku perbuatan tersebut selagi hukuman itu tidak bercanggah
dengan hukum syarak seperti peruntukan Seksyen 21 dan Seksyen 22 Akta Jenayah Syariah
Wilayah Persekutuan 1997 yang memperlihatkan hukuman bagi mereka yang menjalankan
perniagaan aktiviti pelacuran di mana jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi lima
ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak
melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman tersebut.

(101 patah perkataan)

15. Komen secara ringkas sifat kekal dalam prinsip jenayah syariah.

Umum mengetahui bahawa terdapat tujuh (7) ciri-ciri syariah iaitu Rabbaniyah,
Alamiyah, Syumuliyyah, Waqi’yah, Adalah, Beransur-ansur dan Kekal. Sifat kekal adalah
bermaksud syariat terakhir untuk umat Muhammad SAW dimana segala hukuman, dan sumber
hukum yang ditetapkan dalam Al-Quran adalah kekal hingga hari kiamat. Sifat kekal syariah
ini juga adalah berkait untuk memelihara maqasid syariah al khamsah iaitu agama, nyawa,
aqal, keturunan dan harta dimana kita dapati bahawa setiap kesalahan dan hukuman yang
dinyatakan dalam Al-Quran adalah berkaitan dengan maqasid syariah. Oleh yang demikian,
kesalahan dan hukuman tersebut adalah kekal dan tidak akan ada manusia yang berhak untuk
mengubahnya.

(97 patah perkataan)

Вам также может понравиться