Вы находитесь на странице: 1из 23

1.

PENGENALAN

1.1 Gastroenteritis merupakan penyakit akut di mana terdapat keradangan di perut dan usus.
Keracunan makanan merupakan sejenis gastroenteritis yang dapat pulih dengan sendirinya.
Spesies Salmonella danCampylobacter merupakan punca yang paling lazim, tetapi pada
kanak-kanak, ia biasanya diakibatkan oleh rotavirus.

1.2 Gastroenteritis ialah sejenis jangkitan, yang berlaku di semua pelusuk dunia.
Gastroenteritis boleh berlaku pada masa-masa tertentu, iaitu semasa musim tertentu atau pada
golongan umur tertentu. Sebagai contoh, rotavirus di kalangan kanak-kanak berlaku secara
lebih kerap di negara-negara beriklim sederhana semasa musim sejuk. Di negara-negara
tropika, terdapat sedikit perubahan bermusim. Gastroenteritis boleh juga menjadi sejenis
wabak. Ini bermaksud, ramai yang akan mendapat penyakit ini untuk jangkamasa yang
tertentu dan biasanya terdapat punca jangkitan yang sama seperti melalui makanan atau
minuman. Jangkitan ini menular dari seorang ke seorang melalui pengendalian oleh
seseorang yang tangannya dicemar oleh najis seseorang yang ada jangkitan.

1.3 Tanda-tanda dan gejala-gejala adalah berbeza-beza bergantung kepada punca dan
keterukan penyakit. Pada kebanyakan kes, gejala-gejala gastroenteritis adalah ringan dan
dapat pulih dengan sendirinya. Masa mula tindak gejala-gejala adalah berlainan dari beberapa
jam, misalannya dalam jangkitan Staphylococcus, sehingga 5 hari seperti dalam
jangkitanCampylobacter, ataupun sehingga 3 minggu seperti dalam jangkitan Salmonella
typhi. Pesakit mengalami satu atau lebih dari gejala-gejala seperti sakit dan kekejangan pada
abdomen, cirit-birit, muntah, najis berair, najis berdarah dan lender, sakit kepala dan banyakk
lagi.

1.4 Secara global, rotavirus merupakan penyebab gastroenteritis parah di kalangan kanak-
kanak dan bayi kecil. Hampir semua kanak-kanak telah dijangkiti sebelum mencapai usia
lima tahun. Di Negara yang sedang membangun, rotavirus menyebabkan lebih kurang
setengah juta kematian setiap tahun. Di Negara maju pula, kematian akibat rotavirus jarang
terjadi terutama di kalangan kanak-kanak di bawah usia dua tahun.

1.6 Rotavirus menyebabkan demam, loya dan muntah, diikuti sakit perut dan cirit-birit
selama 3-8 hari. Cirit-birit boleh menjadi teruk hingga boleh menyebabkan penyahidratan.
Tanda-tanda penyahidratan termasuklah rasa dahaga, rengsa, lesu, mata cengkung, mulut dan
lidah kering, kulit kering dan bagi bayi, lamoinnya tidak basah selama beberapa jam.
2. LAPORAN EPIDEMIOLOGI

Rotavirus di Malaysia : Pengesahan, Epidemiologi dan Uji Kaji Makmal. 2007. Yap
Kok Leong. Penerbit UKM: Bangi. ISBN 978-967-942-837-7 (kulit lembut). 56 hlm.
RM20.00.

2.1 Kaedah pengesanan rotavirus di Malaysia mengikut urutan waktu sesuatu kaedah
diperkenalkan di negara maju iaitu mikroskopi elektron, imunoasai, elektroforesis gel
poliakrilamid (PAGE) dan kaedah biologi molekul. Kajian epidemiologi infeksi rotavirus
pada kanak-kanak di dua hospital di Kuala Lumpur selama 12 bulan atau lebih melaporkan
prevalens adalah purata 27%. Prevalens pada pesakit dewasa dengan keluhan diarea adalah
4%. Rotavirus tidak dikesan pada neonat tanpa diarea di Hospital Materniti Kuala Lumpur.
Satu kajian masyarakat selama 1 tahun di Kuala Lumpur dan kawasan pinggir kota
melaporkan infeksi rotavirus berlaku pada 12% kanak-kanak yang menghidap diarea dan
3.2% kanak-kanak tanpa diarea. Diarea rotavirus adalah paling prevalen pada kanak-kanak
berusia 7-35 bulan. Prevalen adalah sama pada kedua-dua jantina, kanak-kanak daripada
hospital bandar dan desa. Diarea rotavirus berlaku di sepanjang tahun dan terdapat dua
kemuncak; prevalens terendah adalah pada musim ‘kering’ di antara kedua-dua musim
tengkujuh di Lembah Klang.

2.2 Faktor sosioekonomi dan kebersihan bukan penentuan penting prevalen. Di Hospital
Universiti, bakteria enteropatogen, rotavirus dan adenovirus dikesan dalam urutan tahap
prevalen yang menurun pada kanak-kanak yang menghidap diarea. Di Hospital Kuala
Lumpur dan Institut Pediatrik Kuala Lumpur, urutan adalah rotavirus, adenovirus dan
bakteria enteropatogen. Infeksi rotavirus bersama bakteria enteropatogen atau adenovirus
jarang berlaku. Rotavirus yang dikesan adalah virus kumpulan A kecuali satu. Kebanyakan
mempunyai slektroferotip panjang dan serotip 4 (71%). Serotip lain adalah 1, 2 dan 3.
Genotip G4[8] yang paling banyak (87%); genotip lain adalah GIP[8] dan G3P[8]. Muntah
lebih prevalen secara bererti pada kanak-kanak yang mengidap diarea yang di asosiasi
rotavirus berbanding yang tidak diasosiasi rotavirus. Prevalen rotavirus di dua ladang
ternakan khinzir di Negeri Sembilan dan Melaka adalah 33% pada anak khinzir di Negeri
Sembilan dan Melaka adalah 33% pada anak khinzir yang menghidap diarea dan 8% yang
tiada diarea. Pola PAGE menunjukkan rotavirus kumpulan A yang paling banyak (78%),
sedangkan kumpulan C dan kumpulan B atau E didapatkan dalam proposi yang sama.
Sejumlah 19 elektroferotip dikesan. Reagen ujian aglutinasi slaid rotavirus dihasilkan dengan
pelekatan pasir antibodi anti-rotavirus jenis poliklon pada permukaan Staplhylococcus aureus
dan manik polistiren. Reagen ujian S. aureus memberi aglutinasi tidak spesifik dengan
sebahagian besar feses diarea. Situasi itu diatasi dengan pengeraman feses terlebih dahulu
bersama S. aureus biasa. Langkah itu memberi hasil setanding ujian aglutinasi lateks
komersial. Dengan partikel polistiren, kepekatan ion dan pH reagen dan sampel adalah
penentuan penting kesensitifan ujian dan kemunculan aglutinasi tidak spesifik.
Pengubahsuaian ujian aglutinasi lateks rotavirus komersial dengan pengurangan isipadu
reagen lateks dan sampel ujian mempertingkatkan kadar dan tahap aglutinasi tetapi ia juga
menyebabkan aglutinasi tak spesifik dengan sesetengah sediaan reagen.

2.3 Infeksi monyet Macaca fascicularis dengan rotavirus kumpulan A secara makmal
bergantung kepada umur: bayi baru lahir, infeksi bersimptom; bayi yang lebih tua, infeksi.
Monyet bayi yang dipelihara terpisah dari ibu membolehkan pengesanan pengumuhan feses
dan pengamatian feses dilakukan dengan tepat. Kajian penularan rotavirus menunjukkan
bahagian terbesar partikel rotavirus yang terlekat pada kaki lalat rumah (Musca domestica L.)
dipindah ke permukaan sentuhan pertama; kemampuan memindah virus ke lebih satu
permukaan sentuhan secara berurutan meningkat dengan sentuhan yang lebih lama dan
permukaan yang lembut.

2.4 Gastroenteritis akut merupakan penyakit biasa di kalangan bayi dan kanak-kanak di
seluruh dunia. Di Amerika Syarikat, bilangan kanak-kanak yang mengalami penyakit ini
adalah lebih dari 1.5 juta bagi yang mengambil rawatan pesakit luar sahaja. Selebihnya, 200,
000 pesakit dimasukkanke hospital, dan lebih kurang 300 kematian terjadi dalam jangkamasa
setahun. Di Negara-negara membangun, cirit-birit adalah satu punca biasa kematian di
kalangan kanak-kanak berumur <5 tahun, dengan anggaran kematian 2 juta setiap tahun.
Terapi rehidrasi oral (ORT) termasuklah cecair rehidrasi dan penyelenggaraan dengan
penyelesaian rehidrasi oral (ORS), digabungkan dengan makanan yang sesuai dengan usia
yang berterusan. Walaupun ORT telah memaninkan peranan penting dalam meningkatkan
hasil kesihatan di kalangan kanak-kanak di Negara-negara membangun, penggunannya telah
ketinggalan. Laporan ini memberi satu kajian latar belakang sejarah dan asas fisiologi untuk
menggunakan ORT dan memberikan cadangan untuk menilai dan mengurus kanak-kanak
yang mengalamai cirit-birit secara akut, termsuklah mereka yang telah mengalami dehidrasi.
Pakar Perubatan kini sedar bahawa suplementasi zink boleh mengurangkan kejadian dan
keterukan penyakit cirit-birit dan 1 ORS osmolariti dikurangkan (iaitu, secara berkadaran
dikurangkan kepekatan natrium dan glukosa) telah dibangunkan untuk kegunaan globa.
Gabungan oral rehidrasi dan sokongan pemakanan awal telah terbukti berkesan di seluruh
dunia dalam merawat cirit-birit akut. Pada tahun 1992, CDC menyediakan garis pansuan
pertama Negara untuk menguruskan cirit-birit dikalangan kanak-kanak. Perbincangan
tertumpu kepada scenario klinikal dan amalan tradisi yang biasa, terutamanya berkenaan
dengan penyusuan yang berterusan. Cadangan ini dikemaskini dan telah dibangunkan oelh
pakar-pakar dalam menguruskan gasrtroenteritis.

2.5 Sebanyak 142 lagi kes jangkitan akut gastroenteritis (AGE) dikesan di Perak pada Ahad,
19 Februari 2012, menjadikan jumlah keseluruhannya 2,686 kes jangkitan akut
gastroenteritis (AGE). Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal
Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Datuk Dr
Mah Hang Soon berkata daripada jumlah itu, 94 kes jangkitan akut gastroenteritis
(AGE) dikesan di Hilir Perak manakala 48 kes di Batang Padang. “Setakat ini jumlah
keseluruhan kes jangkitan akut gastroenteritis (AGE) di Hilir Perak sebanyak 1,730 manakala
di Batang Padang sebanyak 956 kes,” katanya ketika dihubungi, Ahad.

2.6 Jumaat lepas 17 Februauri 2012, dua bayi masing-masing berusia dua bulan dan 10 bulan
meninggal dunia di daerah Hilir Perak dan Batang Padang dipercayai akibat dijangkiti sejenis
virus dikenali ‘Rotavirus’ yang menyebabkan kes AGE. Sementara itu, kerajaan negeri Perak
mengarahkan semua agensi dan jabatan terutamanya Kementerian Kesihatan untuk terus
memantau dan mengenal pasti punca kematian dua bayi berkenaan.

2.7 Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan program Jelajah Francais 1Malaysia
Peringkat Negeri Perak di Dewan Merdeka Majlis Perbandaran Manjung pada Ahad, Menteri
Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata kerajaan negeri akan mengambil apa
sahaja tindakan perlu bagi memastikan kes jangkitan akut gastroenteritis (AGE) tersebut
tidak berulang.

2.8 Laporan awal dari Kementerian Kesihatan mendapati jangkitan akut AGE atau penyakit
berjangkit bawaan air dan makanan mengakibatkan dua bayi maut di Perak baru-baru ini
dipercayai berpunca daripada paip air yang tercemar. Bagaimanapun, punca kes jangkitan
akut gastroenteritis (AGE) tersebut masih lagi dalam siasatan. Sebagai langkah berjaga-jaga,
orang ramai diminta memasak air terlebih dahulu sebelum diminum.
180

160

140

120

100

80

60

40

20

0
1 3 5 7 9 11 13 15 17 19 21 23 25 27 29 31 33 35 37 39 41 43 45 47 49 51
2011 2012 MEDIAN
50 3200
ADMIT AGEIP
45 3100

40
3000
35
2900
30
2800
25
2700
20
2600
15
2500
10

5 2400

0 2300
1 3 5 7 9 11 13 15 17 19 21 23 25 27 29 31 33 35 37 39 41 43 45 47 49 51
25000 300
OPD AGEOP

250
20000

200
15000

152 150
136
10000 116
107
95 100
77
69
5000
50

0 0
1 3 5 7 9 11 13 15 17 19 21 23 25 27 29 31 33 35 37 39 41 43 45 47 49 51
BAKTERIA UTAMA PENYEBAB KERACUNAN MAKANAN

Tanda-tanda utama
dan anggaran masa
mulanya tanda-
Cara Sifat-sifat dan tanda (tempoh
Nama Bakteria Makanan yang inkubasi) Cara-cara
Patogenik biasa terlibat pemindahan habitat sumber kawalan

Stapylococus  Makanan yang  Makanan  Sumber dari  Loya,  Individu


Aureus telah di masak dicemari oleh manusia dan muntah- yang
dan dicemari pengendali haiwan, biasa muntah, mempunyai
oleh pengendali makanan terdapat pada sakit perut luka di
sendiri. yang tidak hidung, teling dan cirit tangan atau
 Makanan yang mengamalkan dan kulit birit. sakit harus
telah dicemari amalan manusia dan  Tempoh dielakkan
oleh bakteria kebersihan juga banyak inkubasi 1-8 daripada
yang diri yang pada bahagian jam (2-4 mengendali
mengandungi baik. luka, bisul dan jam) makanan.
toksin.  Penyimpanan kudis, bernanah  Pengendalia
 Makanan yang makanan pada manusia n makanan
terhasil dari yang tidak dan binatang. perlu
daging, ayam sempurna,  Bakteria mempunyai
itik dan pulut disimpan mengeluarkan tabiat atau
kuning, sambal pada suhu racun amalan
udang, nasi bilik yang enterotoksin kebersihan
lemak, bihun terlalu lama yang sangat diri yang
goring, pastry (lebih dari 4 tahan suhu baik seperti
berkrim keju, jam) tinggi, makanan membasuh
susu, cendawan. yang telah tangan
dimasak sebelum
myebabkan menyediaka
keracunan n makanan.
makanan
walaupun
bakteria telah
musnah atau
mati semasa
masak tetapi
racunnya tidak
musnah.
Makanan yang
dicemari oleh
bakteria ini
tidak
menunjukkan
tanda-tanda basi
tetapi
mengandungi
racun.

Salmonella  Ayam, daging,  Makanan  Haiwan  Cirit-birit,  Elak


telur dan hasil terdedah peliharaan sakit perut memakan
telur, susu pada (anjing dan dan abdomen, daging
mentah dan dan pencemaran kucing), haiwan muntah, loya mentah dan
hasil susu. silang. liar, tikus lalat dan demam. kurang
 Pengendali dan lipas. masak
yang yang  Tempoh  Masak
dicemari inkubasi 6- daging/
dari haiwan 72 jam (biasa ayam/telur
peliharaan 12-36 jam) dengan
(tangan ke sempurna (
mulut) lebih 75°c )
 Pencemaran  Simpan
silang dari makanan
makanan mentah dan
dan daging makanan
mentah ke yang telah
makanan dimasak
yang telah secara
di masak berasingan
semasa  Gunakan
penyediaan alatan
atau (pisau,
penyimpana tempat
n. pemotong)
yang
berasingan
untuk
makanan
mentah
yang telah
dimasak.
Escherichia  Daging burger  Melalui  najis  Cirit-birit,  Masak
Coli yang tidak memakan sakit perut, daging
Entheropatho cukup masak, makanan muntah- secukupnya
genic keju dan air atau mentah atau muntah, (lebih 75°c )
makanan yang makanan loya, dan  Gunakan air
sedia dimakan yang tidak cirit-birit yang bersih
yang telah dimasak berdarah  Masak
dicemari najis. dengan  Jangkitan makanan
sempurna boleh dengan
dan air atau menyebabkn sempurna
makanan kematian,
yang telah dan
dicemari komplikasi
oleh najis. seperti
Haemolytic
Uraemic
Syndrome
(HUS)/
radang pada
usus berat
terutamanya
kepada
kanak-kanak
dan orang
tua.
 Tempoh
inkubasi 6
jam hingga 7
hari. (biasa
dalam 10-15
jam)

Basillus  Nasi, nasi  Penyimpanan  Persekitaran dan  Loya dan  Makanan


Cereus goreng, hasil makanan tanah muntah, yang hendak
bijirin, puding, yang tidak dengan / dipanaskan
rempah, sayur- sempurna ( tanpa cirit- semula
sayuran, disimpan birit, sakit mestilah
hidangan pada suhu pada dimasak
berdaging. bilik terlalu abdomen semula
lama/  Tempoh secukupnya
melebihi 4 inkubasi 1-6  Simpan
jam ) jam (biasa1- makanan
 Makanan 3 jam) atau yang
yang dipanas tempoh berlebihan
semula tidak inkubasi 6- (left over
dimasak 24 jam (biasa food) dalam
secukupnya. dalam 10-12 peti sejuk
jam) 
Vibrio  Makanan laut  Berlaku  Membiak secara  Cirit-birit  Masak
Parahaemolyt seperti ikan, apabila optimum dalam (berair), sakit makanan
icus udang, kerang bakteria kepekatan air perut dan laut dengan
yang tidak daripada garam 2-5% kejang pada sempurna
dimasak dengan makanan laut  Pembiakan abdomen,  Membasuh
sempurna. mentah cepat dan pantas muntah dan ikan,
berpindah  Sumber-laut demam. makanan
kepada  Tempoh laut dengan
makanan inkubasi 4- air bersih
masak 30 jam (biasa  Simpan
apabila dalam 10-12 makanan
bersentuh jam) mentah dan
secara makanan
langsung yang telah
(pencemaran dimasak
silang) berasingan.
Camphylobact  Susu mentah,  Makanan  Haiwan  Cirit-birit  Elakkan
er ayam, itik, hati yang tidak peliharaan, (yang pencemaran
lembu, kepah dimasak lembu, ayam, biasanya silang,
mentah, air secukupnya. itik, burung, dan berdarah),  Simpan
yang tercemar.  Air yang air yang telah sakit perut ayam/dagin
tidak bersih tercemar yang teruk, g mentah
 Pencemaran pening, dan berasingan
silang muntah dari
daripada  Tempoh makanan
makanan dan inkubasi 1- yang telah
daging 10hari (biasa dimasak
mentah ke dalam 2-5  Masak
makanan hari ) daging/
yang telah ayam
dimasak dengan
sempurna
4. PERBINCANGAN

4.1 Muntah-muntah dan cirit-birit kerap berlaku di kalangan kanak-kanak. Walaupun


kebanyakan kes muntah dan cirit-birit disebabkan oleh keracunan makanan, sakit perut atau
meningitis, ada juga kes yang sering dialami kanak-kanak dan bayi disebabkan jangkitan
virus dikenali sebagai gastroenteritis akut.

4.2 Gastroenteritis adalah masalah radang perut dan usus. Walaupun tidak begitu serius
kepada kanak-kanak, ia boleh membahayakan dan dalam sesetengah kes boleh mengancam
nyawa bayi. Penyebab utama gastroenteritis ialah sejenis virus yang di panggil rotavirus.
Rotavirus adalah sejenis virus yang amat mudah berjangkit dan menyebabkan jangkitan pada
usus. Ia sering dikesan dalam najis kanak-kanak yang sudah dijangkiti dan disebarkan
melalui sentuhan.

4.3 Hal ini sering berlaku apabila kanak-kanak tidak mencuci tangan selepas masuk ke tandas
atau sebelum makan. Penyebaran virus boleh berlaku daripada seorang kanak kepada kanak-
kanak lain di pusat jagaan anak dan nurseri. Ia juga boleh merebak melalui orang dewasa
yang sudah berjangkit atau yang menguruskan bayi yang sudah dijangkiti.

4.4 Rotavirus mampu bertahan selama beberapa jam di tangan manusia serta berhari-hari di
permukaan yang keras dan kering. Ini bermaksud ia mudah merebak melalui air atau
makanan yang tercemar atau apabila kanak-kanak menyentuh objek atau permukaan yang
dijangkiti lalu tangannya dimasukkan ke dalam mulut.

4.5 Di Malaysia, 38 peratus kanak-kanak yang masuk hospital kerana gastroenteritis akut
disebabkan oleh rotavirus. Kebanyakan kanak-kanak akan dijangkiti virus ini sebelum
berusia lima tahun.

4.6 Jangkitan rotavirus kepada kanak-kanak yang lebih besar (dari segi usia) tidak begitu
berbahaya, namun amat berbahaya kepada kanak-kanak yang berusia dua tahun ke bawah.
Bagi bayi pula, mereka menghadapi masalah yang paling serius kerana serangan rotavirus
boleh menyebabkan dehidrasi (kekurangan cecair dalam tubuh badan) kesan daripada muntah
dan cirit-birit yang teruk. Selain berhadapan dengan masalah dehidrasi, terdapat juga risiko
mengalami masalah menghadam laktosa yang disebabkan oleh cirit-birit yang berterusan.
4.7 Pada peringkat awal kanak-kanak yang dijangkiti rotavirus akan mengalami demam dan
muntah-muntah, diikuti dengan cirit-birit yang teruk dengan najis berair. Dalam kebanyakan
kes, demam dan muntah selama dua hingga tiga hari manakala cirit-birit pula berlarutan
hingga seminggu. Gejala lain termasuk kurang selera makan, sakit badan, air kencing yang
berkurangan dan tidak bermaya.

5. PUNCA AGE

5.1 Penyebab utama penyakit ini merebak adalah daripada sumber makanan yang tercemar
ataupun sentuhan individual yang terkena virus, bakteria atau parasit yang berkenaan. Virus
yang selalu dikaitkan dengan AGE ialah rotavirus. 60%-70% kes AGE adalah disebabkan
rotavirus. Antara bakteria yang menyebabkan AGE ialah Salmonella, E.Coli dan Shigella,
manakala parasit yang menyebabkan AGE ialah Giardia Lamblia.
5.2 Air yang tidak dimasak seperti dalam kiub ais boleh menjadi penyebab utama kepada
AGE. Pernah suatu ketika di Kelantan, penyebaran penyakit demam kepialu oleh Salmonella
Typhi berasal daripada sebuah kilang ais yang tercemar. Makanan yang telah lama dimasak
dan sudah sejuk seperti rendang (yang juga kaya dengan santan dan minyak) merupakan
tempat yang baik bagi bakteria membiak. Kuman juga boleh merebak dari seseorang yang
lain melalui sentuhan seperti bersalam-salaman ataupun berkongsi makanan yang tercemar.

6. TANDA-TANDA DAN GEJALA AGE

6.1 Tanda-tanda dan gejala-gejala adalah berbeza-beza bergantung kepada punca dan
keterukan penyakit. Pada kebanyakan kes, gejala-gejala gastroenteritis adalah ringan dan
dapat pulih dengan sendirinya. Masa mula tindak gejala-gejala adalah berlainan dari beberapa
jam, misalannya dalam jangkitan Staphylococcus, sehingga 5 hari seperti dalam
jangkitanCampylobacter, ataupun sehingga 3 minggu seperti dalam jangkitan Salmonella
typhi. Pesakit mengalami satu atau lebih dari gejala-gejala berikut apabila terdapat
gastroenteritis iaitu : -

- Sakit dan kekejangan pada abdomen


- Cirit-birit
- Muntah
- Najis berisipadu besar seperti dalam cirit-birit yang kecil
- Najis berair, tanpa darah atau nanah, seperti yang diakibatkan oleh toksin ubat.
- Darah dan lender pada najis seperti dalam kes kerosakan mucus, contohnya
jangkitan Salmonella, Shigella dan Campylobacter.
- Demam, contohnya Salmonella Typhi.
- Dehidrasi dan kekurangan air. Ini boleh terjadi dengan cepat pada kanak-kanak
apabila terdapat cirit-birit dan muntah. Pada kanak-kanak yang kecil, jika
gastroenteritis tidak dikenalpasti dengan segera, ia boleh membawa kepada
pengsan dan maut. Hal ini disebabkan kehilangan simpanan air serta
kekurangan garam galian dan garam.
Tanda-tanda dehidrasi

- Kurang keanjalan kulit.


- Mengantuk.
- Keletihan dan kanak-kanak yang lembik.
- Fontanel (tempat yang lembut dia ats kepala bayi) yang terbenam.
- Mulut dan lidah yang sangat kering.
- Mata yang terbenam.

PENILAIAN TAHAP DEHIDRASI

TAHAP
A - Tidak ada B - Dehidrasi
DEHIDRASI C - Dehidrasi teruk
dehidrasi sederhana
CIRI-CIRI

- tahap kesedaran yang


- gelisah, kurang
- Keadaan - baik, cergas kurang ataupun tidak
cergas
sedar diri sama sekali

- Tahap - dahaga dan - terlalu sakit untuk


- tidak dahaga
dahaga giat minum air minum

- Air mata - Ada - tidak ada - tidak ada

- Mulut dan
- Basah - Kering - Sangat kering
lidah

- penenggelaman bola
- sedikit
mata yang jelas dan
- Mata - seperti biasa penenggelaman
kehilangan tekanan
bola mata
(tension) bola mata

- Keadaan - menjadi biasa


- menjadi biasa - menjadi biasa dengan
kulit bila dengan
dengan cepat amat perlahan
di cubit perlahan
7. KOMPLIKASI AGE

7.1 Kebiasaannya, pesakit yang terkena AGE ini akan selalu ke tandas kerana cirit birit.
Kadangkala dia akan muntah 3-4 kali dan dalam masa yang sama mengalami kesakitan perut
yang teramat sangat. Kesakitan perut yang seperti kekejangan perut ini akan datang setiap 5-
10 minit. Ini adalah disebabkan proses peristalsis otot di saluran usus sebagai timbal balas
terhadap virus atau bakteria tadi. Demam yang sangat tinggi mungkin disebabkan oleh
bakteria.

7.2 Pesakit AGE akan mengalami masalah ini selama 1 hari sehingga 5 hari. Tanda
pemulihan boleh dilihat sekiranya najis sudah tidak lagi cair dan tiada lagi gejala-gejala yang
disebutkan di atas.

7.3 Untuk kanak-kanak kecil terutamanya, AGE boleh menyebabkan kekurangan air yang
serius. Demam yang tinggi, muntah-muntah dan cirit-birit boleh mendatangkan dehidrasi
yang boleh membahayakan nyawa mereka. Dehidrasi menjadi bertambah dengan ketakutan
untuk meminum air dikhuatiri menyebabkan muntah yang berterusan sekiranya mereka
makan atau minum.

7.4 Mereka akan kelihatan tidak bermaya, asyik terbaring dan mata bertambah cengkung.
Sekiranya dehidrasi teruk berlaku, adalah lebih baik mereka di hantar ke hospital untuk
dimasukkan air melalui saluran darah.

8. RAWATAN DAN PENCEGAHAN

8.1 Sekiranya cirit-birit atau muntah tidak begitu teruk, maka pengambilan air yang bersih
adalah digalakkan. Ini termasuk pengambilan Oral Rehydration Salt (ORS), bergantung
kepada kekerapan pembuangan najis. Kanak-kanak mungkin boleh mengambilnya sedikit-
sedikit di dalam beberapa sudu selama selang 3 minit sekiranya kerap muntah.

\
8.2 Untuk orang dewasa, pengambilan ubat seperti loperamide/lomotil di dalam kes cirit
berdarah adalah tidak dibenarkan. Buscopan boleh mengurangkan gejala sakit perut dengan
berkesan.

8.3 Membasuh tangan sebelum dan makan adalah salah satu cara yang sangat efektif untuk
mengelakkan daripada AGE. Ini adalah kerana contohnya di majlis-majlis, setelah
bersalaman dengan ramai tetamu di kalangan saudara mara dan sahabat handai, anda tidak
mahu kuman-kuman yang baru melekat di tangan anda itu masuk sekali ke dalam mulut anda
bersama-sama dengan juadah.

9. RAWATAN

9.1 Sekiranya anak anda menunjukkan tanda-tanda awal jangkitan rotavirus atau dehidrasi,
anda perlu beri anak anda minum 1 hingga 1.5 liter cecair sehari seperti cecair garam
rehidrasi atau isotonic. Jika anak anda muntah, pastikan dia kerap mengambil cecair atau susu
foemula dalam jumlah kecil setiap jam atau setengah jam. Pastikan anda dan orang lain
mencuci tangan selepas menggunakan tandas dan sebelum makan.

9.2 Bubur juga boleh diberikan dalam jumlah yang kecil bagi memastikan anak anda
menerima khasiat yang mencukupi. Elakkan daripada memberi makanan atau minuman
dalam jumlah yang banyak jika dia muntah-muntah.

9.3 Untuk bayi yang berusia di antara 6 hingga 24 bulan, muntah dan cirit-birit yang serius
boleh menyebabkan dehidrasi (kehilangan air) sekali gus menyebabkan kegagalan fungsi
buah pinggang atau kerosakan otak. Jika dijangkiti, anak anda perlu mendapatkan rawatan
perubatan dengan segera untuk menggantikan air yang hilang melalui cecair intravena. Jika
tidak dirawat, dehidrasi akan bertambah teruk dan boleh membawa maut.

9.4 Kanak-kanak yang dalam proses pemulihan cirit birit juga memerlukan banyak makanan
dan mereka patut makan sebanyak yang mereka ingini. Oleh kerana kanak-kanak tersebut
mungkin tidak mampu untuk makan setiap kali makanan disediakan, mereka perlu digalakkan
untuk makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap. Kalau tidak, kanak-kanak akan menjadi
sakit dan proses pemulihan akan dilambatkan.
9.5 Adalah penting untuk memastikan bahawa gelas, sudu ataupun pinggan-mangkuk yang
digunakan itu bersih. Makanan yang diberi itu adalah seperti bijirin, telur, sayur, nasi, daging,
pisang, air kelapa ataupun lain-lain makanan yang berzat.

10. LANGKAH PENCEGAHAN

Langkah berjaga-jaga yang umum

10.1 Antara langkag yang boleh dipraktikkan ialah basuh tangan selepas pergi ke tandas.
Selain itu, basuh tangan sebelum menyediakan makanan. Seharusnya orang yang
mengendalikan makanan termasuk mereka-mereka yang menyediakan makanan tidak harus
mempunyai sebarang penyakit berjangkit. Semua makanan harus disediakan di atas kawasan
lantai. Papan pemotong yang berbeza harus digunakan untuk memotong daging dan sayur-
sayuran.

10.2 Makanan yang telah dimasak dan yang belum dimasak haruslah disimpan pada ruang
yang berbeza dalam peti sejuk. Makanan yang dimasak haruslah disimpan pada tempat yang
lebih tinggi. Semua makanan yang dimasak haruslah ditudung. Kawasan memasak haruslah
dipelihara supaya sentiasa bersih untuk mengelakkan kehadiran lalat atau vermin yang lain.

10.3 Elakkan dari memberi ubat untuk cirit-birit kepada kanak-kanak di bawah umur 2
tahun kecuali dipreskripsi oleh pegawai perubatan. Ambil langkah berjaga-jaga dan jangan
keberatan untuk berunding dengan klinik kesihatan yang berhampiran, doctor keluarga atau
pegawai farmasi untuk mendapatkan nasihat. Antara langkah paling berkesan bagi mengelak
wabak ini adalah dengan memasak air sebelum diminum, mengamalkan membasuh tangan
menggunakan sabun dan air bersih sebelum dan selepas makan, sebelum menyediakan atau
menyentuh makanan, serta selepas ke tandas.

10.4 Selain itu, langkah mengurangkan pemakanan mentah seperti ulam-ulaman atau tidak
dimasak, memasak makanan dengan sempurna, membersihkan peralatan makanan dan
minuman bayi dengan cara merebus terlebih dahulu sebelum digunakan serta memilih premis
makanan yang bersih.
Langkah berjaga-jaga bagi kanak-kanak dan bayi

10.5 Antara langkah yang boleh dipraktikkan ialah teruskan penyusuan bayi. Jika susu
formula diberi, kurangkan kepekatan susu formula dan beri cecair rehidrasi oral di antara
pemberian susu. Buat susu yang segar setiap masa. Panaskan susu formula yang sejuk dengan
meletakkan botol yang tertutup di salam peti sejuk. Elakkan dari memberi susu yang suam
atau yang dipanaskan semuala dan yang telah disimpan untuk masa yang lama kerana susu
merupaka perantara yang baikbagi pembikan bakteria. Buang baki susu bayi. Elakkan dari
memberi makanan yang terdedah atau yang telah jatuh ke lantai kepada bayi. Jangan tiup ke
dalam makanan bayi untuk menyejukkannya. Jangan merasa tiap makanan bayi dalam sudu
sebelum memasukkannya ke dalam mulut bayi. Ibubapa digalakkan berunding dengan
pegawai perubatan jika gejala-gejala ini berterusan secepat mungkin.

10.6 Selain itu, semua peralatan untuk bayi haruslah disterilkan (dinyahkumankan). Bagi
orang dewasa yang mengalami cirit-birit atau muntah atau sebarang penyakit berjangkit atau
mengalami jangkitan pada tangan mereka tidak harus menyediakan makanan bayi atau
kanak-kanak.
11. RUMUSAN

Rotavirus merupakan penyebab utama cirit-birit teruk sehingga menyebabkan tubuh menjadi
kontang (dehidrasi/tidak cukup air dalam tubuh badan) di kalangan bayi. Ia
bertanggungjawab kepada hampir sebahagian besar kes cirit-birit teruk yang memerlukan
pesakit dimasukkan ke hospital. Demam, sakit perut, muntah dan cirit-birit ringan atau serius
dan boleh berlanjutan sehingga sembilan hari di mana boleh membawa kepada dehidrasi
Adalah dianggarkan, hampir semua kanak-kanak di serata dunia akan mengalami episod
gastroenteritis rotavirus. Seorang daripada lima kanak-kanak akan membuat lawatan ke pakar
perubatan manakala seorang daripada 65 kanak-kanak akan dimasukkan ke hospital dan
dimasukkan ke hospital dan seorang daripada 293 pesakit akan mati.
Setiap tahun, secara global, dianggarkan penyakit tersebut menyebabkan 111 juta kejadian
cirit-birit akut yang memerlukan penjagaan di rumah, 25 juta lawatan ke klinik, 2 juta bayi
dan kanak-kanak dimasukkan ke hospital, dan 440,000 kematian
Mengikut fakta, rotavirus pertama kali ditemui di Australia pada 1973. Virus ini boleh
tersebar melalui air. Ia juga boleh hidup di atas tangan manusia dan mampu bertahan selama
beberapa hari atas permukaan keras. Rotavirus juga boleh kekal stabil dalam najis manusia
sehingga seminggu. Lumrahnya, gastroenteritis menyebabkan muntah dan cirit-birit. Untuk
menentukan punca-puncanya, pakar perubatan mesti menanyakan sama ada kanak-kanak itu
terdedah kepada salah satu punca jangkitan (makanan, minuman atau haiwan), tempoh dan
jenis tanda-tandanya, kekerapan muntah atau episod cirit-birit, dan usia kanak-kanak.
Bentuk utama jangkitan ialah dari najis ke mulut. Disebabkan oleh keadaan virus ini yang
stabil dalam persekitaran, jangkitan boleh berlaku selepas minum air atau makan makanan
tercemar dan melalui sentuhan dengan permukaan yang telah dijangkiti.
Seperti penyakit-penyakit mudah berjangkit lain, Rotavirus disebarkan daripada seorang ke
seorang lain (daripada individu yang dijangkiti ke individu sihat) atau melalui pengambilan
air atau makanan tercemar, atau bersentuhan dengan permukaan yang aktif dgn virus.
Malangnya, membasuh tangan dengan betul sahaja ada kalanya tidak mampu mencegah
jangkitan rotavirus kerana ia kebal terhadap kebanyakan jenis sabun dan langkah-langkah
menjaga kebersihan.Jika jangkitan rotavirus tidak ditangani segera, ia boleh mendatangkan
akibat yang serius seperti penyahhidratan yang boleh menyebabkan hipovolemia (suatu
gangguan yang memperlihatkan jumlah darah yang beredar makin berkurangan), kegagalan
peredaran darah malahan juga kematian.
Kerap membekalkan cecair kepada kanak-kanak yang dijangkiti untuk menggantikan
kehilangan bendalir dalam badan ekoran muntah dan cirit-birit.
Apabila kanak-kanak dijangkiti rotavirus dan berada dalam peringkat serius, menjadi satu
perkara biasa jika pesakit muntah dan cirit-birit sebanyak 20 kali sehari.
Sehubungan itu, adalah perlu untuk memasukkan kanak-kanak terbabit ke hospital bagi
dibekalkan cecair secara intravena (suntikan dalam pembuluh darah).
Kanak-kanak yang dijangkiti rotavirus biasanya mendapat rawatan sokongan bagi mengawal
gejala-gejala dan komplikasi penyakit itu. Penyahhidratan selalunya dikawal melalui terapi
rehidrasi/penghidratan. Orang ramai disaran supaya memasak air walaupun menggunakan
penapis air kerana Rotavirus boleh melepasi tapisan sedia ada. Amalkan asas kebersihan
seperti membasuh tangan dengan cara yang betul
RUJUKAN

BAHAN BACAAN :

- Nota Unit Kesihatan Alam Sekitar semester 2


- Berita Harian keluaran 19 Februari 2012

INTERNET :

- http://www.efarmasi.com.my/contents/selfcare/selfcare.asp?sfcrb=Gastroenteritis-
BM.htm
- http://www.mummynemo.com/2011/12/acute-gastroenteritis-atau-keracunan-
makananpunca-dan-rawatan/
- http://www.mummynemo.com/2012/02/2-bayi-meninggal-di-jangkiti-virus-dikenali-
rotavirus/#more-16357
- http://jknjohor.moh.gov.my/bmv2/uploads/FSRotavirus.pdf
- http://www.bukitbesi.org/apa-itu-jangkitan-rotavirus/

Вам также может понравиться

  • Hernia
    Hernia
    Документ12 страниц
    Hernia
    Arif Muhd
    Оценок пока нет
  • Plasenta Preavia Siap
    Plasenta Preavia Siap
    Документ13 страниц
    Plasenta Preavia Siap
    Arif Muhd
    Оценок пока нет
  • Fasa 2
    Fasa 2
    Документ1 страница
    Fasa 2
    Arif Muhd
    Оценок пока нет
  • Gant Chart
    Gant Chart
    Документ1 страница
    Gant Chart
    Arif Muhd
    Оценок пока нет
  • Fasa 2
    Fasa 2
    Документ1 страница
    Fasa 2
    Arif Muhd
    Оценок пока нет
  • Defendhh
    Defendhh
    Документ17 страниц
    Defendhh
    Arif Muhd
    Оценок пока нет
  • Gant Chart
    Gant Chart
    Документ1 страница
    Gant Chart
    Arif Muhd
    Оценок пока нет
  • Isi Kandungan: Pengenalan 2
    Isi Kandungan: Pengenalan 2
    Документ10 страниц
    Isi Kandungan: Pengenalan 2
    Arif Muhd
    Оценок пока нет
  • ..
    ..
    Документ2 страницы
    ..
    Arif Muhd
    Оценок пока нет
  • Pengenalan: Nyamukaedes Aedes
    Pengenalan: Nyamukaedes Aedes
    Документ15 страниц
    Pengenalan: Nyamukaedes Aedes
    Arif Muhd
    Оценок пока нет
  • Pengenalan: Nyamukaedes Aedes
    Pengenalan: Nyamukaedes Aedes
    Документ15 страниц
    Pengenalan: Nyamukaedes Aedes
    Arif Muhd
    Оценок пока нет
  • Fikri Mat Ropi
    Fikri Mat Ropi
    Документ2 страницы
    Fikri Mat Ropi
    Arif Muhd
    Оценок пока нет
  • Lampiran C
    Lampiran C
    Документ4 страницы
    Lampiran C
    Arif Muhd
    Оценок пока нет
  • Lampiran C
    Lampiran C
    Документ4 страницы
    Lampiran C
    Arif Muhd
    Оценок пока нет
  • Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Kota Kinabalu
    Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Kota Kinabalu
    Документ1 страница
    Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Kota Kinabalu
    David Lim Su Shen
    67% (3)
  • Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Kota Kinabalu
    Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Kota Kinabalu
    Документ1 страница
    Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Kota Kinabalu
    David Lim Su Shen
    67% (3)
  • Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Kota Kinabalu
    Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Kota Kinabalu
    Документ1 страница
    Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Kota Kinabalu
    David Lim Su Shen
    67% (3)
  • Sasaran Kerja Tahunan 2015
    Sasaran Kerja Tahunan 2015
    Документ2 страницы
    Sasaran Kerja Tahunan 2015
    Nazri Bin Halim
    100% (2)
  • ..
    ..
    Документ2 страницы
    ..
    Arif Muhd
    Оценок пока нет
  • Apa Itu Hormone
    Apa Itu Hormone
    Документ11 страниц
    Apa Itu Hormone
    Arif Muhd
    Оценок пока нет
  • Pen Gen Alan
    Pen Gen Alan
    Документ7 страниц
    Pen Gen Alan
    Arif Muhd
    Оценок пока нет