Вы находитесь на странице: 1из 13

1

TINJAUAN KEPERLUAN AKTIVITI KEROHANIAN DALAM KALANGAN


GURU PELATIH MUSLIMAH DI IPG KAMPUS BATU LINTANG

Sharifah Nooraida Binti Wan Hasan


Sharifah Fatimah Binti Wan Jamel
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meninjau keperluan pelaksanaan


aktiviti kerohanian dalam kalangan guru pelatih muslimah di
IPG Kampus Batu Lintang. Di samping itu, kajian ini juga
bertujuan untuk mengenal pasti aktiviti kerohanian yang
diperlukan serta memperoleh cadangan guru pelatih
terhadap pelaksanaan aktiviti kerohanian di IPG Kampus
Batu Lintang. Responden kajian terdiri daripada 88 orang
guru pelatih muslimah Program Persediaan Ijazah Sarjana
Muda Perguruan, Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan,
Bachelor of Education (TESL-Otago), Kursus Diploma
Perguruan Malaysia KEMAS (Pra Sekolah) dan Kursus
Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) yang sedang menuntut di
Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang. Data kajian
dikumpul melalui pentadbiran soal selidik. Data kajian
dianalisis menggunakan SPSS Versi 13.0. Secara
keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan bahawa guru
pelatih sangat memerlukan aktiviti-aktiviti kerohanian seperti
bacaan Yasin terutamanya dalam mendekatkan diri kepada
Allah S.W.T. Majalah-majalah keagamaan yang terdapat di
perpustakaan turut menyumbang kepada pembentukan
kerohanian dalam diri guru pelatih.

Kata kunci: syakhsiah, keperluan aktiviti kerohanian, guru


pelatih muslimah

Jurnal Penyelidikan IPG Kampus Batu Lintang, Jilid 10, 2011


2

ABSTRACT

This study aimed to explore the need for implementation of


spiritual activities among Muslim trainee teachers in Teacher
Education Institute, Batu Lintang Campus. This study also
aimed to identify the spiritual activities needed by the Muslim
trainee teachers and obtain feedback on the implementation
of spiritual activities in the campus. The respondents
consisted of 88 Muslim trainee teachers in the Foundation
Program for Bachelor of Education, Bachelor of Education
program, Bachelor of Education (TESL-Otago) program, the
Malaysian Diploma in Pre-School Education Program
(KEMAS) and Postgraduate Teacher Education Program
(KPLI). Data was collected through administration of a
questionnaire. Data was analyzed using SPSS version 13.0.
Overall, the study showed that the trainee teachers needed
spiritual activities such as reading Yasin, especially in getting
closer to Allah S.W.T. Religious magazines available in the
library also contributed to the spiritual development of the
trainee teachers.

Keywords: syakhsiah, the need for spiritual activities, Muslim


trainee teachers

PENDAHULUAN

Aktiviti kerohanian merupakan aktiviti yang mampu membina jati diri yang
mantap dalam kalangan pelajar di institusi pengajian tinggi sekiranya
dilaksanakan sejajar dengan keperluan para pelajar. Justeru adalah penting
bagi institusi pendidikan guru yang melatih bakal-bakal guru untuk menjadi
insan yang bermoral dan memiliki syakhsiah yang dikagumi, tidak
ketinggalan dalam mengambil berat terhadap aktiviti kerohanian yang akan
serta telah dijalankan seperti sambutan Maal Hijrah, sambutan
Maulidurrasul, bacaan Yasin, tazkirah dan sebagainya. Justeru, kajian ini
telah dijalankan dalam usaha mengenal pasti keperluan semasa guru
pelatih muslimah Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang. Maklumat
yang diperolehi akan membantu Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPG
Kampus Batu Lintang dalam merangka dan menganjurkan program
berdasarkan keperluan guru pelatih muslimah dari semasa ke semasa.

Permasalahan Kajian
Dalam pembinaan syakhsiah muslimah yang unggul dalam kalangan
pelajar, beberapa elemen perlu diterapkan dalam kehidupan seharian,
Jurnal Penyelidikan IPG Kampus Batu Lintang, Jilid 10, 2011
3

sekaligus ianya dapat membina jati diri yang syumul bertepatan dengan
keperibadian junjungan besar Rasulullah seperti dalam sabda Baginda
SAW:

‫إﳕﺎ ﺑﻌﺜﺖ ﻷﲤﻢ ﻣﻜﺎرم اﻷﺧﻼق‬


Maksudnya: Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak
yang mulia
(Hadis Riwayat Bukhari)

Antara elemen tersebut adalah pembinaan berterusan dan konsisten agar


proses penyerapan dan pembentukan nilai-nilai murni ke dalam jiwa pelajar
dapat dihayati sepenuhnya. Kepincangan norma akhlak yang murni dalam
kalangan masyarakat antaranya berpunca daripada kurangnya fokus dan
penumpuan terhadap pembinaan kerohanian yang sempurna dan mantap.

‫ﺎﻫﺎ‬
َ ‫ﺳ‬ ‫ﺎب َﻣ ْﻦ َد‬ َ ‫ﻛ‬‫ﻗَ ْﺪ أَﻓْـﻠَ َﺢ َﻣ ْﻦ َز‬
َ ‫ﺎﻫﺎ َوﻗَ ْﺪ َﺧ‬
Maksudnya: “Berbahagialah orang yang membersihkan jiwanya, dan
rugilah orang yang mengotorinya”

(Surah As- Syams: 9-10)

Justeru, pembinaan akidah yang sempurna dan sesuai dengan landasan


syariat Islamiah adalah merupakan tunjang penting dalam pembentukan
masyarakat yang harmoni serta cemerlang duniawi dan ukhrawi.

Memandangkan setakat ini belum ada kajian yang mendokumentasikan


keberkesanan and keperluan aktiviti kerohanian dalam kalangan guru
pelatih IPGKBL, penulis merasakan adalah satu keperluan untuk Jabatan
Pendidikan Islam dan Moral IPG Kampus Batu Lintang mengetahui apakah
aktiviti-aktiviti yang diperlukan oleh para pelatih muslimah dalam mendidik
jiwa sekaligus membantu memantapkan jati diri guru pelatih dalam
meneruskan kerjaya sebagai bakal guru.

Rasional Kajian
Sebagai seorang bakal guru yang mempunyai tanggungjawab dalam
membentuk keperibadian masyarakat pada masa akan datang, ketrampilan
diri sebagai pendidik muslimah akan dapat ditonjolkan dengan adanya
kesediaan jiwa yang mantap melalui aktiviti-aktiviti aqidah dan kerohanian
yang dilaksanakan. Aktiviti ini sekaligus dapat menerapkan unsur-unsur
murni yang seiring dengan pembinaan syakhsiah diri seorang muslimah.
Menurut Ramli (1997), akidah Islam adalah akidah rabbani yang diambil
secara langsung dari kalam Allah SWT yang tiada kebatilan padanya iaitu

Jurnal Penyelidikan IPG Kampus Batu Lintang, Jilid 10, 2011


4

al-Quran al-Karim yang bersumberkan sunnah yang sahih selaku penjelas


dan pentafsir kepada kitab al-Quran.

Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk meninjau pelaksanaan aktiviti kerohanian dalam
kalangan guru pelatih muslimah di IPG Kampus Batu Lintang. Secara
spesifik, kajian ini bertujuan untuk:

1. Mengenalpasti keperluan pelaksanaan aktiviti kerohanian dalam


kalangan guru pelatih muslimah di IPG Kampus Batu Lintang

2. Mengenalpasti aktiviti kerohanian yang diperlukan oleh guru pelatih


muslimah di IPG Kampus Batu Lintang

3. Meninjau cadangan guru pelatih muslimah terhadap pelaksanaan aktiviti


kerohanian di IPG Kampus Batu Lintang

SOROTAN LITERATUR

Peranan Rohani dalam Membina Modal Insan


Agama Islam merupakan agama yang ideal yang mempunyai penyelesaian
kepada semua masalah yang dihadapi makhluk Allah di muka bumi ini
khususnya kehidupan manusia secara individu mahupun masyarakat. Ia
juga mampu melahirkan iman dan menyatakannya secara praktikal. Firman
Allah SWT:

ِ َ ِ‫ ِﺬﻳﻦ ِﻣﻦ ﻗَـﺒﻠ‬‫ﻚ وإِ َﱃ اﻟ‬ ِ ِ


َ ‫ﻚ ﻟَﺌ ْﻦ أَ ْﺷَﺮْﻛ‬
‫ﺖ‬ ْ َ َ َ ‫َوﻟََﻘ ْﺪ أُوﺣ َﻲ إﻟَْﻴ‬
ِ ْ ‫ﻦ ِﻣﻦ‬ َ‫ﻚ وﻟَﺘَ ُﻜﻮﻧ‬
َ ‫اﳋَﺎﺳ ِﺮ‬
‫ﻳﻦ‬ َ َ َ ُ‫ﻦ َﻋ َﻤﻠ‬ َ‫ﻟَﻴَ ْﺤﺒَﻄ‬
Maksudnya: “Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan
kepada (nabi-nabi) yang sebelummu: "Jika kamu mempersekutukan
(Tuhan), nescaya akan hapuslah amalmu dan tentulah kamu termasuk
orang-orang yang rugi.”
(Surah Az-Zumar: 65)

Kehidupan di dunia ini merupakan jambatan menuju kehidupan ukhrawi


yang kekal abadi, maka Allah membekalkan segala macam keperluan dan
pimpinan agar manusia betul-betul mengenali Rabbnya secara total. Ini
menghasilkan rasa pengabdian yang sebenar yang dijelmakan melalui
aktiviti-aktiviti kehidupan seharian yang merupakan ibadah sekiranya

Jurnal Penyelidikan IPG Kampus Batu Lintang, Jilid 10, 2011


5

manusia memfokuskan niat semuanya kerana Allah. Mendidik generasi


untuk menjadi insan syumul yang mempraktikkan dan menghayati nilai
keislaman dengan cara yang betul dengan jiwa rohani yang suci dan murni
merupakan tanggung jawab yang perlu disemai seawal pendidikan rendah
lagi. Inilah yang pernah ditekankan oleh Rasulullah S.A.W semasa hayat
baginda sehingga mampu membentuk rohani yang mantap serta membina
insan rabbani yang terunggul dalam kalangan para sahabat, seterusnya
disusuli generasi tabi`in, tabiit tabi`in sehingga ke zaman kegemilangan
Islam. Nilai murni inilah yang perlu disemai ke dalam jiwa generasi hari ini
bagi membina modal insan minda kelas pertama.

Pendidikan rohani merupakan aspek terpenting dalam sesebuah sistem


Pendidikan Islam kerana ia penting untuk menyeimbangkan akhlak atau
keperibadian para pelajar muslim (Asar & Ahmad Fazullah, 2008). Ini
kerana rohani adalah elemen yang berkaitan dengan hati, jiwa, naluri atau
seumpamanya yang memberi makna yang sama iaitu merujuk kepada ruh
manusia itu sendiri yang tidak diketahui oleh manusia melainkan sedikit
sahaja. Hal ini bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Islam itu sendiri.
Turki Rabih (1982) menyatakan Falsafah Pendidikan Islam dibina
berasaskan empat rukun iaitu:

(a) Iman yang teguh kepada Allah dan Rasul, malaikat, syurga, neraka dan
hari kebangkitan.
(b) Akhlak yang baik dan mulia.
(c) Berilmu dalam erti yang menyeluruh.
(d) Amal soleh di dunia dan akhirat.

Firman Allah:

‫ِِ ْﻢ َْﲡ ِﺮى ِﻣﻦ َْﲢﺘِ ِﻬ ُﻢ‬‫ ُﻬ ْﻢ ﺑِِﺈﳝَﺎ‬‫ﺎت ﻳـَ ْﻬ ِﺪﻳ ِﻬ ْﻢ َرﺑـ‬
ِ ‫ﺼـﻠِﺤ‬ ِ ِ ِ
َ ‫ن اﻟﺬ‬ ‫إ‬
َ  ‫ﻳﻦ ءَ َاﻣﻨُﻮاْ َو َﻋﻤﻠُﻮاْ اﻟ‬
‫ﻌِﻴ ِﻢ‬‫ـﺖ اﻟﻨ‬ ِ ‫ﻧْـﻬـﺮ ِﰲ ﺟﻨ‬‫اﻻ‬
َ َُ
Maksudnya: Sesungguhnya orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh,
mereka dibimbing oleh Tuhan kerana keimanannya, di bawah mereka mengalir
sungai- sungai dalam syurga yang penuh kenikmatan.
(Surah Yunus: 9)

Pembentukan rohani berkait rapat dengan pendidikan akhlak seseorang itu.


Ini kerana seseorang yang tampil dengan akhlak serta peribadi yang mulia
adalah lahir daripada jiwa yang bersih dan rohani yang suci. Pendidikan ini
bermula seawal peringkat bayi yang masih dalam kandungan lagi
seterusnya kanak-kanak, remaja dan dewasa. Suasana persekitaran
memiliki kesan yang sangat besar dalam pembentukan keperibadian anak-
anak (al-Ghazali, 2000). Muhammad Qutb (1993) dalam Abdul Muin (1990)
Jurnal Penyelidikan IPG Kampus Batu Lintang, Jilid 10, 2011
6

menyatakan metod pendidikan akhlak adalah meliputi keteladanan, nasihat,


hukuman, cerita dan pembiasaan. Antara perkara yang perlu diambil
perhatian untuk membentuk insan yang berakhlak antaranya ialah merasa
mulia dan bangga dengan Islam serta ajarannya yang merangkumi aqidah,
syariah, peradaban dan cara hidup (the way of life).

Dalam membentuk jiwa nurani yang murni sebagai jambatan untuk


membina peribadi yang luhur, maka ia tidak boleh terpisah dari menjaga
tautan hubungan dengan pencipta melalui rasa percaya dan yakin dengan
kewujudannya. Dialah yang Maha esa tidak ada kuasa selainNya. Menurut
Yusuf al-Qardhawi (1997), melalui tauhid yang suci dari unsur-unsur syirik
yang dicapai dalam kehidupan seseorang atau masyarakat akan
mendatangkan sebaik- baik hasil dan kesan dalam kehidupan, antaranya
adalah:
• Membebaskan manusia dari sebarang kehinaan
• Membentuk peribadi seimbang
• Menjadi sumber ketenangan jiwa
• Menjadi sumber kekuatan jiwa, dan
• Membentuk persaudaraan dan persamaan

Umat Islam sekarang semakin terpisah daripada moral dan tamadun yang
positif. Mempelajari agama Islam tidak hanya beerti belajar hukum fiqah
atau tajwid, tetapi lebih penting lagi bagaimana umat Islam berfikir melalui
sumber-sumber agamanya (Mohd Farid et al., 2008). Islam datang dengan
persediaan yang lengkap dan syumul, di mana al-Quran yang disertakan
dengan rasul yang membawa risalah yang agung merupakan jaminan Allah
yang pasti mampu membentuk hambaNya yang berketrampilan dan
menjadi modal generasi yang bakal mewarnai dunia dengan kecemerlangan
dan ruh Islam.

Modal insan, satu istilah yang dicetuskan oleh mantan Perdana Menteri,
YAB Dato` Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, memberi maksud individu
yang berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilai murni dan moral yang tinggi,
beretika, berbudi pekerti, bersopan santun, berdisiplin, dinamik, inovatif,
kreatif, sihat, bersemangat patriotik, adil, progresif, cekal dan berdaya saing.
Inilah modal insan yang memiliki personaliti unggul yang akan menentukan
hala tuju negara pada masa hadapan.

Menurut Abd Ghani (1997), pembangunan insan adalah berpaksikan


kepada pembangunan aqidah dan rohani yang seimbang, dan ia akan
menjana serta membentuk keutuhan yang jitu dari sudut akhlak dan gelagat
seseorang individu, sekaligus ia akan meningkatkan keupayaan seseorang
individu memandu kehidupan ke arah jalan yang baik dan sejahtera dan
memberi manfaat kepada orang lain.
Jurnal Penyelidikan IPG Kampus Batu Lintang, Jilid 10, 2011
7

Persoalan berkaitan perlaksanaan aktiviti kerohanian banyak dibahaskan


dalam penulisan masa kini. Beberapa penulisan jurnal dan kertas kerja turut
membincangkan permasalahan tersebut antaranya Asifa dan Abdul Jalil
(2000), Mohd. Mahzan et al. (2008), Suhana dan Osman (2002). Menurut
Suhana dan Osman (2002), terdapat beberapa faktor yang menyebabkan
kesuraman aktiviti kerohanian di kalangan siswi muslim di Kolej Tun Razak
seperti kemudahan surau yang kurang memuaskan, pemberitahuan tentang
aktiviti kerohanian yang tidak disampaikan dengan baik, siswi lebih berminat
untuk melakukan ibadah secara individu.

Satu kajian yang dijalankan oleh Mohd. Mahzan et al. (2008) berkaitan
peranan surau sebagai institusi sosial ke arah pembangunan insan, kajian
kes di Institusi Pengajian Tinggi mendapati ramai remaja tidak mengambil
berat dan tidak mengambil peduli terhadap perkembangan syiar Islam dan
aktiviti kerohanian di surau. Para remaja tidak merasa terikat dengan surau.
Hasil kajian mereka mendapati aktiviti anjuran surau yang paling diminati
remaja adalah aktiviti bercorak sambutan perayaan. Ia diikuti aktiviti
bercorak majlis kenduri yang mempunyai elemen jamuan iaitu majlis
berbuka puasa, majlis doa selamat dan ibadah qurban. Memandangkan
bacaan yasin beserta jamuan adalah aktiviti yang dijadikan rutin di surau,
maka ia turut mencatat peratusan minat yang tinggi. Aktiviti bercorak
keilmuan dan pembelajaran kemahiran dalam keagamaan adalah antara
aktiviti yang terletak dalam kategori yang sederhana peminatnya. Berikut
adalah ranking 10 aktiviti surau yang paling disukai remaja:
• Sambutan Maal Hijrah
• Sambutan Hari Raya
• Sambutan Maulidur Rasul
• Majlis berbuka puasa
• Majlis doa selamat
• Bacaan Yasin
• Majlis Qurban
• Lawatan
• Tahlil
• Tazkirah

Menurut kajian mereka lagi, aktiviti bercorak pengajian dan keilmuan adalah
aktiviti yang tidak diminati remaja seperti berikut:
• Kelas Bahasa Arab
• Berzanji
• Kaunter pungutan zakat
• Gotong- royong
• Koperasi kedai buku
Jurnal Penyelidikan IPG Kampus Batu Lintang, Jilid 10, 2011
8

• Nasyid
• Seminar
• Bacaan ilmiah
• Khemah ibadat
• Kursus penyembelihan

Walaupun banyak kajian lain antaranya (Mohd. Mahzan et al., 2008, Nik
Kamal et al. 2008) yang telah dijalankan seumpama ini, namun kajian ini
merupakan satu nilai tambah kepada kajian yang telah sedia ada dalam
usaha memantapkan pelaksanaan aktiviti kerohanian guru pelatih
khususnya di IPG Kampus Batu Lintang untuk terus menjadi peneraju
kecemerlangan pendidikan.

KAEDAH KAJIAN

Reka Bentuk Kajian


Kajian ini adalah kajian tinjauan di mana soal selidik digunakan untuk
mengumpul data.

Sampel Kajian
Seramai 88 orang guru pelatih muslimah menjadi sampel kajian. Mereka
ialah guru pelatih Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan,
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Bachelor of Education (TESL-
Otago), Kursus Diploma Perguruan Malaysia KEMAS (Pra Sekolah) dan
Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) yang sedang menuntut di Institut
Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang pada semester 1 tahun 2010.
Kumpulan ini menjadi sasaran kerana mereka adalah di antara pelatih yang
selalu dijemput untuk menghadiri aktiviti kerohanian di IPG Kampus Batu
Lintang.

Instrumen Kajian
Soal Selidik
Soal selidik yang digunakan untuk mengumpul data dibentukkan
berdasarkan objektif yang telah ditetapkan. Dua jenis soalan telah dibentuk,
iaitu soalan tertutup dan soalan terbuka. Soal selidik terbahagi kepada tiga
bahagian, iaitu Bahagian A, B dan C. Soalan Bahagian A dan Bahagian B
merupakan soalan tertutup. Soalan Bahagian A adalah berkaitan dengan
keperluan pelaksanaan aktiviti kerohanian dalam kalangan guru pelatih
muslimah di IPG Kampus Batu Lintang. Soalan Bahagian B pula berkaitan
aktiviti kerohanian yang diperlukan oleh guru pelatih muslimah di IPG
Kampus Batu Lintang serta bahan-bahan bercetak berunsurkan agama
yang menyumbang maklumat kerohanian kepada guru pelatih. Skala Likert
lima poin digunakan iaitu: Sangat Tidak Setuju = 1, Tidak Setuju = 2, Tidak
Jurnal Penyelidikan IPG Kampus Batu Lintang, Jilid 10, 2011
9

Pasti = 3, Setuju = 4, dan Sangat Setuju = 5. Soalan Bahagian C


merupakan soalan terbuka berkaitan cadangan guru pelatih muslimah
terhadap pelaksanaan aktiviti kerohanian dan harapan terhadap
pembentukan sahsiah dan rohani di di IPG Kampus Batu Lintang. Soalan ini
bertujuan mengumpul maklumat yang boleh digunakan untuk tindakan
penambahbaikan aktiviti kerohanian pada masa akan datang.

DAPATAN KAJIAN

Keperluan Pelaksanaan Aktiviti Kerohanian dalam Kalangan Guru


Pelatih Muslimah
Perlaksanaan aktiviti kerohanian di IPG Kampus Batu Lintang
sememangnya memberi kesan yang mendalam dalam diri semua guru
pelatih. Jadual 1 menunjukkan analisa keperluan aktiviti kerohanian dalam
kalangan guru pelatih muslimah di IPG Kampus Batu Lintang.

Jadual 1

Keperluan pelaksanaan aktiviti kerohanian dalam kalangan guru pelatih


muslimah IPG KBL

Bil Item Min Sisihan


Piawai
1 Mendekatkan diri kepada Allah 4.89 .32
2 Menambah ilmu pengetahuan 4.88 .33
3 Menambah pengetahuan tentang 4.84 .37
pendidikan Islam sebagai panduan hidup
4 Melengkapkan pengetahuan pelatih dalam 4.83 .38
mata pelajaran pendidikan Islam
5 Mengubah tingkah laku ke arah yang lebih 4.80 .43
positif
6 Membentuk jati diri yang mantap 4.75 .55
7 Menenangkan hati 4.75 .51
8 Membentuk sahsiah sempurna 4.73 .54
9 Meningkatkan semangat untuk 4.70 .59
mengimarahkan masjid al-Muallimin
10 Membina keyakinan diri 4.68 .54
11 Membersihkan jiwa 4.65 .53
12 Memiliki kemampuan menyampaikan 4.42 .69
dakwah kepada rakan- rakan yang lain

Jurnal Penyelidikan IPG Kampus Batu Lintang, Jilid 10, 2011


10

Dapatan soal selidik menunjukkan bahawa keperluan utama bagi guru


pelatih muslimah terhadap aktiviti kerohanian adalah untuk mendekatkan
diri kepada Allah SWT. Ia merupakan matlamat yang mereka sasarkan
sekaligus mencatat min yang tinggi iaitu 4.89. Ini diikuti dengan hasrat
mereka untuk menambah ilmu pengetahuan iaitu sebanyak 4.88 dan
seterusnya untuk menambah pengetahuan mereka dalam bidang
pendidikan Islam sebagai panduan hidup yang mencatat min 4.84.

Sementara itu, item yang mendapat skor terendah dalam kalangan guru
pelatih dalam menyatakan keperluan mereka terhadap aktiviti kerohanian
ialah memiliki kemampuan dalam menyampaikan dakwah kepada pelajar
lain yang hanya mencatat min 4.42, diikuti untuk membersih jiwa dengan
catatan min 4.65. Item pembinaan keyakinan diri pula, didapati mencatat
min 4.68 sahaja.

Aktiviti Kerohanian yang diperlukan oleh Guru Pelatih Muslimah


Jadual 2 menunjukkan antara aktiviti kerohanian yang diperlukan oleh guru
pelatih muslimah di IPG KBL. Di antara aktiviti yang sangat diperlukan
adalah bacaan Yasin yang mencatat skor min 4.66 diikuti oleh aktiviti Amali
Fardhu Ain (solat jenazah) yang mencatat skor min 4.64 dan tazkirah yang
mencatat min 4.57. Santapan rohani (usrah) juga diperlukan oleh guru
pelatih muslimah iaitu min 4.55. Antara aktiviti kerohanian yang kurang
mendapat sambutan dalam kalangan pelajar muslimah IPG KBL ialah
aktiviti forum yang mencatat min 4.40 diikuti majlis tahlil yang mencatat min
4.44. Ta`alim (kuliah) selepas solat maghrib dan isyak turut mencatat min
yang rendah iaitu 4.48.

Jadual 2

Aktiviti kerohanian yang diperlukan oleh pelatih muslimah IPG KBL

Bil Item Min Sisihan Piawai


1 Bacaan Yasin 4.66 .54
2 Amali Fardhu Ain (solat jenazah) 4.64 .57
3 Tazkirah 4.57 .50
4 Santapan rohani (usrah) 4.55 .57
5 Amali Fardhu Ain (Projek Sembelihan) 4.52 .64
6 Ta`lim (selepas Maghrib, Isyak dan 4.48 .63
subuh)
7 Tahlil 4.44 .60
8 Forum 4.40 .69

Jurnal Penyelidikan IPG Kampus Batu Lintang, Jilid 10, 2011


11

Cadangan Guru Pelatih Muslimah terhadap Pelaksanaan Aktiviti


Kerohanian
Daripada soalan terbuka yang diutarakan, cadangan-cadangan guru pelatih
adalah seperti yang berikut:

1. Mengadakan sesi/kelas perbincangan mengenai masalah fiqh wanita.


2. AJK program kerohanian tidak hanya tertumpu kepada guru pelatih
pengkhususan pengajian agama sahaja.
3. Melaksanakan dan menguatkan aktiviti dan badan usrah iaitu
membentuk kumpulan kecil untuk membincangkan isu-isu agama dan
isu-isu semasa.
4. Mengadakan aktiviti yang lebih bersifat amali seperti bengkel memasak,
menjahit, penyembelihan, pengurusan jenazah dan bengkel penulisan
khat.
5. Program mentor mentee bacaan al-Quran melibatkan guru pelatih,
pensyarah dan staf.

PERBINCANGAN

Aktiviti kerohanian untuk mendekatkan diri kepada Allah menerbitkan rasa


kehambaan dalam diri guru pelatih muslimah di IPG KBL sekaligus
menempatkan keperluan mendekatkan diri kepada Allah sebagai satu
keperluan utama dalam menambah aktiviti kerohanian yang dihadiri.
Sementara keperluan dalam memiliki kemampuan untuk menyampaikan
dakwah kepada rakan-rakan yang lain adalah keperluan yang kurang
ditekankan dalam kalangan mereka. Ini mungkin disebabkan perasaan
kurang yakin dengan diri sendiri dalam berdakwah kepada insan lain. Aktiviti
kerohanian merupakan proses pengisian jiwa yang penting untuk membina
kekuatan semangat dan keyakinan diri sebagai wasilah mendekatkan diri
kepada Allah SWT.

Bagi amali Fardhu Ain (solat jenazah) pula, keperluan pelajar adalah tinggi
kerana program ini hanya dijalankan sekali setahun. Aktiviti yang dijalankan
semasa program tersebut juga sangat menarik di mana para pelatih
berpeluang membuat amali perlaksanaan solat jenazah dan pengurusannya
sekaligus membantu mereka untuk lebih memahami apa yang telah
dipelajari sebelumnya. Mereka merasakan adalah perlu mengadakan slot
seumpama ini lebih kerap untuk mendedahkan mereka dengan lebih
terperinci berkaitan perlaksanaan solat jenazah yang merupakan amalan
fardhu kifayah (tuntutan) ke atas umat Islam apabila berlakunya kematian.

Jurnal Penyelidikan IPG Kampus Batu Lintang, Jilid 10, 2011


12

RUMUSAN

Pada keseluruhannya, ternyata guru pelatih muslimah di IPG KBL


sememangnya memerlukan aktiviti kerohanian dalam kalangan mereka.
Keperluan untuk mendekatkan diri kepada Allah sekaligus menambah
maklumat dan pengetahuan khususnya dalam bidang Pendidikan Islam juga
merupakan keperluan yang disasarkan. Aktiviti bacaan Yasin, amali fardhu
ain serta tazkirah merupakan aktiviti yang amat diperlukan oleh guru pelatih
muslimah. Bahan-bahan yang menambah maklumat keagamaan adalah
majalah berkaitan agama seperti majalah al-Islam yang boleh didapati di
perpustakaan IPG KBL, disamping Risalah Jumaat iaitu Ar-Raudhah dan
brosur berkaitan kesihatan dalam Islam. Kerjasama daripada semua
pensyarah muslim dan muslimah adalah diperlukan bagi memastikan
pembangunan kerohanian guru pelatih berjalan dengan lancar di samping
aktiviti- aktiviti yang telah dirancang. Penerapan nilai agama yang murni
perlu sentiasa disematkan dalam kalangan guru pelatih semasa sesi kuliah
dijalankan agar sifat- sifat mahmudah sentiasa diaplikasikan di dalam dan di
luar bilik kuliah. Ini secara tidak langsung boleh membantu pihak Jabatan
Pendidikan Islam dan Moral dalam usaha membimbing dan menerapkan
elemen kerohanian secara konsisten dalam kalangan guru pelatih di IPG
Kampus Batu Lintang.

BIBLIOGRAFI

Abdul Muin Ahmad (1990). Tamadun Islam. Kuantan. Teruntum Sdn. Bhd.
Al-Ghazali. (2000). Ihya Ulumuddin. Kaherah, Mesir: Daar al- Taqwa.
Asar Abdul Karim & Ahmad Fazullah Mohd Zainal Abidin. (2008).
Kepentingan Pendidikan Rohani dalam Pembangunan dan
Pendidikan Islam. Prosiding Wacana Pendidikan Islam Peringkat
Kebangsaan Siri ke-6. Anjuran Fakulti Pendidikan UKM dengan
kerjasama Majlis Islam Sarawak & Jabatan Pelajaran Negeri
Sarawak.
Asifa Binti Ishak dan Abdul Jalil bin Borhan. (2002). Kajian Keperluan
Perlaksanaan Program Kerohanian Untuk Mahasiswa di Universiti
Teknologi Malaysia dan Pelaksanaan Program Pembangunan
Sahsiah Pelajar dalam Aspek Kerohanian. Satu Kajian di Kalangan
Mahasiswi Islam Kolej Tun Razak. UTM.
Mohd Farid Mohd Sharif, Jasni Sulong, Mohd Nizam Sahad & Suhaila
Abdullah. (2008). Pembentukan Modal Insan Melalui Pendidikan
Amar Makruf dan Nahi Mungkar. Prosiding Wacana Pendidikan
Islam Peringkat Kebangsaan Siri ke-6. Anjuran Fakulti Pendidikan
UKM dengan kerjasama Majlis Islam Sarawak & Jabatan Pelajaran
Negeri Sarawak.
Jurnal Penyelidikan IPG Kampus Batu Lintang, Jilid 10, 2011
13

Mohd. Mahzan Awang, Sayuti Abd. Ghani, Che Pee Saad & Md. Sabri
Adnan. (2008). Surau sebagai Institusi Sosial ke Arah Pembangunan
Insan: Kajian kes di Institusi Pengajian Tinggi. Prosiding Wacana
Pendidikan Islam Peringkat Kebangsaan Siri ke-6. Anjuran Fakulti
Pendidikan UKM dengan kerjasama Majlis Islam Sarawak & Jabatan
Pelajaran Negeri Sarawak.
Nik Kamal Wan Muhammed, Ahmad Sharifuddin Mustapha, Shah Rul Anuar
Nordin & Abd. Rahman Ahmad 92008). Pendidikan Akhlak dalam
Pembangunan Modal Insan. Prosiding Wacana Pendidikan Islam
Peringkat Kebangsaan Siri ke-6. Anjuran Fakulti Pendidikan UKM
dengan kerjasama Majlis Islam Sarawak & Jabatan Pelajaran Negeri
Sarawak.
Suhana Binti Ramli dan Osman Bin Sabran (2002). Pelaksanaan Aktiviti
Kerohanian Di Kalangan Siswi Muslim: Satu Kajian di Kolej Tun
Razak. UTM.
Turki Rabih (1982). Dirasat Fi At-Tarbiyyah al-Islamiyyah Wa As-
Syakhsiyyah Al-Wataniyyah. Beirut: Al-Muassasah al-Jamii`iyyah al-
Dirasat al-Nashri al-Tauzi.
Yusuf al-Qardhawi. (1997). Hakikat Tauhid (Terjemahan Abdul Majid
Abdullah). Kuala Lumpur. Pustaka Salam.

Jurnal Penyelidikan IPG Kampus Batu Lintang, Jilid 10, 2011

Вам также может понравиться