Вы находитесь на странице: 1из 22

____________________________________________________________________________________________________________

KEBERADAAN GURU

“ A NIGHT WITHOUT STARS “

OLEH:

PN. SITI HAWA BINTI MAT RODI

EN. MOHD ARIF BIN MOHD ALI

PENGENALAN

Keberadaan guru amat penting bagi melindungi waktu PdP dimana itu merupakan salah satu
touch point KPPM bagi tahun 2012. Matlamat kajian ini adalah untuk memastikan kualiti PdP
guru digunakan secara optimum. Tujuan pemerhatian ini adalah untuk mengenal pasti /
memperoleh bilangan guru yang meninggalkan bilik darjah iaitu tidak melaksanakan proses
PdP sama ada disebabkan tugas rasmi atau tidak rasmi. Pemeriksaan dilaksanakan oleh pihak
sekolah mulai Januari hingga Jun 2018. Secara amnya, tujuan kajian utama kajian ini dijalankan
untuk meningkatkan keberadaan guru kepada 90% dan ke atas. Secara khusus, kajian ini dibuat
untuk mengurangkan cuti sakit, cuti rehat khas dan cuti kuarantin.

ABSTRAK

Moment of truth pembelajaran berlaku semasa pertemuan antara guru dengan murid dalam
proses PdP (contact hours) dan kebanyakan masa berlaku di dalam bilik darjah. Walau
bagaimanapun, realitinya contact hours yang ditetapkan tidak berlaku seperti yang
diharapkan. Seringkali guru tidak dapat memenuhi jadual yang telah ditetapkan kerana
terdapat komitmen lain yang menyebabkan guru tidak berada di bilik darjah.

Ketiadaan guru di bilik darjah dilihat sebagai bertentangan dengan arahan KPM melalui Surat
Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil 2/1981: Ketetapan Masa di Sekolah-Sekolah. SPI ini menjelaskan
tentang keperluan guru menepati masa dalam menjalankan tanggungjawabnya di sekolah.
Ketetapan masa juga bermakna seorang guru hendaklah mengikut jadual pengajarannya dan
tidak boleh meninggalkan kelasnya atau kawasan sekolah sebelum masa. Perkara ini juga selari
dengan Perkara 11, Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang
menegaskan tentang kewajipan guru mengajar mengikut jadual waktu yang ditetapkan.
LATAR BELAKANG WARGA SMK SERI TITIWANGSA

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Titiwangsa merupakan sebuah Sekolah Menengah


Kebangsaan yang terletak di Jalan Temerloh, Kuala Lumpur.Pada 2018, Sekolah Menengah
Kebangsaan Seri Titiwangsa memiliki 372 orang pelajar lelaki dan pelajar perempuan, dan
mempunyai seramai 18 orang guru lelaki dan 30 orang guru perempuan dan menjadikan
jumlah guru adalah 48 orang guru.
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Titiwangsa merupakan Sekolah Sukan Negeri Wilayah
Persekutuan. Sekolah ini melahirkan atlet-atlet bagi sukan bola sepak, bola jaring, hoki, balapan
dan padang, sepak takraw dan silat. Sekolah ini merupakan sekolah satu sesi sahaja.

Jurulatih sepenuh masa merupakan guru yang dilantik oleh KPM untuk jawatan tersebut.
Jurulatih sepenuh masa tidak terlibat dengan pdpc dan tanggungjawab mereka lebih kepada
pembangunan sukan dan atlet. Terdapat 4 jurulatih sepenuh masa iaitu untuk sukan bola jaring,
bola sepak, hoki lelaki dan balapan dan padang. Jurulatih separuh masa merupakan guru yang
mempunyai jadual waktu mengajar seperti guru lain tetapi pada masa yang sama mereka juga
merupakan seorang jurulatih. Pembantu jurulatih pula akan membantu jurulatih separuh masa
dengan berperanan sebagai pengurus pasukan.
LATAR BELAKANG KAJIAN/PENYATAAN ISU/CADANGAN

Ketidakberadaan guru di bilik darjah semasa PdP bukanlah satu isu baharu. Perubahan dan
perkembangan bidang pendidikan masa ini memerlukan guru peka tentang perubahan dan
perkembangan semasa. Hal ini menyumbang kepada kekerapan guru meninggalkan bilik
darjah kerana terpaksa menghadiri pelbagai aktiviti bagi mempertingkatkan kemahiran guru
dan membantu memperkembang potensi murid.

Tinjauan ketidakberadaan guru yang melibatkan 48 orang guru telah dilaksanakan mulai bulan
Januari hingga Jun 2018. Hasil tinjauan menunjukkan bilangan guru yang tidak berada di bilik
darjah semasa PdP adalah tinggi. Dalam tinjauan ini telah didapati jumlah hari
ketidakberadaan guru bagi tempoh 6 bulan itu adalah sebanyak 681 hari.

Punca ketidakberadaan guru boleh dikategorikan sebagai ketidakhadiran dirancang (diketahui


awal) dan ketidakhadiran tidak dirancang.

1. Ketidakberadaan yang dirancang


 Menghadiri kursus, seminar, mesyuarat yang dianjurkan oleh Bahagian KPM,
JPN, PPD dan badan-badan bukan kerajaan (NGO).
 Terlibat dalam aktiviti kokurikulum dan sukan di pelbagai peringkat (peringkat
sekolah, daerah, negeri, kebangsaan, dan antarabangsa).
 Cuti, seperti cuti haji, cuti bersalin, cuti sakit yang berpanjangan, cuti rehat khas,
cuti tanpa rekod, dan cuti tanpa gaji.
 Ketidakhadiran guru kerana cuti bersalin dilihat sebagai isu kritikal yang perlu
ditangani segera. Hal ini kerana, setiap guru yang bersalin akan bercuti selama
90 hari. Isu ini akan menjadi lebih kritikal apabila terdapat beberapa orang guru
dari sekolah yang sama bercuti serentak.

2. Ketidakberadaan tidak dirancang


 Cuti sakit, cuti kecemasan seperti kematian waris atau kemalangan.
 Lewat hadir ke sekolah kerana menguruskan hal-hal peribadi, masalah
pengangkutan atau sebab-sebab lain.
 Berada di sekolah tetapi terpaksa menjalankan tugas pentadbiran secara ad hoc,
menangani masalah murid seperti berjumpa waris dan lain-lain.

Jadual 1 : Ketidakberadaan guru di SMK Seri Titiwangsa mulai Januari hingga Jun 2018.
Rajah 1 menunjukkan graf perbandingan ketidakberadaan guru bagi Januari hingga Jun untuk
tahun 2017 dan 2018.

KETIDAKBERADAAN GURU JAN - JUN


2017 DAN 2018

93.76 94.22 92
93.24
91.88
88.43 91.84 88.33
84.87 80.98
82.04
80.6

JANUARI FEBRUARI MAC APRIL MEI JUN

2017 2018

Rajah 1

Didapati bahawa berlaku penurunan dari segi jumlah peratus untuk 6 bulan pertama 2018
berbanding bulan yang sama untuk tahun 2017 terutamanya pada bulan Februari . Keadaan ini
berlaku kerana terdapat banyak kejohanan berlangsung pada bulan tersebut ( Rujuk Takwim
Sukan di Lampiran ). Maka, ramai guru dan jurulatih terlibat dengan kejohanan tersebut.
Ketiadaan mereka juga adalah untuk satu jangka masa yang panjang. Selain itu, berlaku
perubahan jadual beberapa kejohanan berbanding tahun lepas. Keadaan ini berlaku
disebabkan puasa yang akan bermula pertengahan Mei.

Ketidakberadaan guru bagi SMK Seri Titiwangsa kebanyakannya disebabkan urusan rasmi.
Rajah 2 menunjukkan graf keberadaan guru bagi urusan rasmi dan tidak rasmi.

KEBERADAAN GURU SMK SERI TITIWANGSA


JANUARI - JUN

100 5.6 10.35


31.82 28.57 31.94 33.34
80
PERATUS

60
94.4 89.65
40 68.18 71.43 68.06 66.66
20
0
JANUARI FEBRUARI MAC APRIL MEI JUN
TIDAK RASMI 31.82 28.57 5.6 10.35 31.94 33.34
RASMI 68.18 71.43 94.4 89.65 68.06 66.66

Rajah 2
KESAN KETIADAAN GURU DI BILIK DARJAH

Didapati kebanyakkan masa guru keluar untuk terlibat dalam aktiviti sukan/kokurikulum
kerana taraf sekolah ini selaku sekolah sukan negeri. Ada guru yang terlibat dengan latihan
pusat negeri bagi menghadapi pertandingan peringkat zon, negeri dan kebangsaan.
Berdasarkan Jadual 1, peratus guru keluar untuk terlibat dalam aktiviti sukan/kokurikulum
bagi Januari hingga Jun ialah 37.15 %. Didapati pada bulan Februari, Mac dan April, guru-guru
sukan yang terlibat adalah olahraga, sepak takraw, hoki perempuan dan silat. Olahraga dan
sepak takraw terlibat dengan MSSKL, latihan pusat MSSM dan MSSM. Silat pula terlibat dengan
latihan pusat bagi kejohanan dunia berlangsung di Bangkok. Sebelum menghadapi kejohanan
tersebut, 4 sesi latihat pusat kebangsaan diadakan dan ini menyebabkan guru silat yang
merupakan jurulatih tiada di sekolah. Untuk hoki perempuan, guru yang terlibat merupakan
jurulatih bagi pasukan Kuala Lumpur di mana mereka terlibat dengan Liga Remaja Kebangsaan.
Selain sukan, peratus guru yang keluar untuk menghadiri mesyuarat juga tinggi iaitu 26.58
Mesyuarat yang dihadiri merupakan program yang dianjurkan oleh Bahagian KPM, JPN, PPD
dan badan-badan bukan kerajaan (NGO).

Ketiadaan guru di bilik darjah memberikan kesan kepada pembangunan modal insan yang
kreatif, kritis dan inovatif. Ketiadaan guru di sekolah akan memberikan kesan seperti yang
berikut:

1. Menjejaskan pengurusan dan pentadbiran sekolah

 Ketiadaan guru di sekolah menyebabkan banyak gangguan kepada program dan aktiviti
yang dirancang oleh pihak sekolah.

2. Kualiti tugas guru terjejas

 Guru yang berada di sekolah terpaksa menjalankan tugas tambahan bagi menggantikan
guru yang tiada di sekolah. Beban tugas ini boleh menyebabkan kualiti tugas utama guru
merosot.

3. Kualiti pembelajaran murid terjejas

 Guru yang berada di sekolah terbeban dengan tugas mengganti kelas. Tugasan
tambahan ini menjejaskan prestasi guru tersebut. Hal ini sudah tentu mengakibatkan
pembelajaran murid terjejas.
 Guru yang bercuti panjang seperti cuti sakit berpanjangan atau cuti bersalin tanpa
pengganti tetap akan mengganggu kelancaran pembelajaran. Sekiranya pengurusan
sekolah tidak memainkan peranan sebagai pemimpin instruksional maka pencapaian
murid akan menurun.

4. Disiplin dan keselamatan murid terjejas

 Ketiadaan guru di sekolah dalam jumlah besar secara serentak sukar ditampung oleh
guru lain. Ketidakhadiran ini menyebabkan kelas tidak dapat diurus dengan baik dan
kesannya, masalah disiplin meningkat dan keselamatan murid tidak terjamin.

DAPATAN PEMERHATIAN

Sepanjang pemerhatian daripada Januari hingga Jun, isu guru tidak masuk ke kelas bagi
melaksanakan PdP telah dikesan berpunca daripada faktor rasmi dan tidak rasmi.
Ketidakberadaan guru didapati banyak berpunca daripada penglibatan mereka dengan
program yang dianjurkan oleh KPM, JPN mahupun PPD. Program rasmi yang menyebabkan
ketidakberadaan guru adalah seperti mesyuarat, kursus dan lain-lain anjuran KPM, JPN
ataupun PPD.

Seramai 4 orang guru telah dipilih sebagai respondan kajian ini. Jadual 2 menunjukkan cuti
sakit, cuti rehat khas dan cuti kuarantin yang telah diambil oleh guru-guru tersebut.

RESPONDAN BULAN CUTI SAKIT CUTI REHAT KHAS CUTI KUARANTIN


JANUARI - - -
FEBRUARI 1 2 -
MAC - - -
1 APRIL 1 - -
MEI - 1 -
JUN - - -
JUMLAH 2 3 -
JANUARI - - -
FEBRUARI - 1 -
MAC - - -
2 APRIL 2 2 -
MEI - - -
JUN - - -
JUMLAH 2 3 -
JANUARI 3 - -
FEBRUARI - - -
MAC - 1 -
3 APRIL - - -
MEI 1 2 -
JUN - - -
JUMLAH 4 3 -
JANUARI - - -
FEBRUARI - - -
MAC - 1 -
4 APRIL - 1 4
MEI - - -
JUN - - 5
JUMLAH - 2 9
Jadual 2
SARANAN BAGI MELINDUNGI KEBERADAAN GURU DI SEKOLAH

Bagi menyokong touch point KPM 2012 yang bertujuan untuk memastikan waktu
instruksional guru bersama-sama murid dilindungi, tindakan-tindakan berikut disyorkan:

1. Guru yang mengambil cuti sakit dan cuti rehat khas mesti memaklumkan terlebih
dahulu kepada Pengetua / PK 1.

 Guru-guru yang memerlukan cuti perlu memaklumkan kepada Pengetua atau


PK1 untuk mendapatkan kebenaran.

2. Bila guru tersebut kembali ke sekolah, perlu dapatkan tandatangan pengetua sebagai
pengesahan.

 Surat cuti sakit perlu diserahkan kepada sekolah setelah kembali bertugas.

 Bagi cuti rehat khas, jika guru memohon sebelum bercuti, guru tersebut perlu
mengisi borang cuti rehat khas yang berwarna putih manakala jika guru tersebut
bercuti dahulu dan kemudiannya baru memohon, maka guru tersebut perlu
mengisi borang cuti rehat khas yang berwarna merah jambu.

3. Menyemak punch card kehadiran guru-guru.

 Pihak pentadbir akan menyemak punch card guru-guru bagi memastikan


keberadaan guru.

 Jika guru tidak hadir, guru tersebut perlu menyatakannya di dalam punch card
tersebut.

4. Pemberian sijil kepada guru kehadiran penuh untuk setiap penggal.

 Pihak sekolah akan mengeluarkan sijil penghargaan kepada guru-guru yang


mempunyai kedatangan penuh bagi setiap penggal.

 Pada akhir tahun, guru-guru yang berkaahadiran penuh sepanjang tahun akan
diberikan hamper sebagai tanda penghargaan atas komitmen yang telah
diberikan oleh guru tersebut.

5. Meminimumkan waktu mengajar bagi jurulatih separuh masa (20 waktu seminggu).

 Jurulatih merupakan peyumbang terbesar ketidakberadaan di sekolah. Maka,


bagi menggelakkan keciciran pada pelajar, jadual waktu mereka hanya
mempunyai jumlah waktu minimum sahaja.
RUMUSAN

Berlaku pengurangan jumlah ketidakberadaan guru disebabkan perkara tidak rasmi.


Namun demikian, peratus keseluruhan bagi keberadaan bulan Julai masih tidak berada
pada aras sepatutnya iaitu hanya 87.62% sahaja. Hal ini berlaku disebabkan guru-guru
yang keluar untuk tugas-tugas rasmi agak tinggi di mana guru-guru kebanyakan guru
akademik terlibat dengan mesyuarat manakala jurulatih terlibat dengan latihan pusat
bagi menghadapi MSSM yang akan berlangsung pada 3 – 10 Ogos 2018.

Guru-guru hanya mengambil cuti sakit, cuti rehat khas dan cuti kuarantin jika benar-
benar perlu sahaja. Semua ini masih dalam kawalan pihak pentadbir lagi. Guru akan
dibenarkan bercuti setelah mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak
pentadbir.

JULAI

TIDAK RASMI

RASMI

0 20 40 60 80 100

RASMI TIDAK RASMI


JULAI 97.68 2.32
LAMPIRAN

Вам также может понравиться