Вы находитесь на странице: 1из 2

MANUAL PENGGUNAAN LALUAN KATA GANDA BERENTAK

(MEMAHAMI DAN MENGGUNAKAN KATA GANDA BERENTAK)

Fokus: Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (Bahasa Malaysia Sekolah


Kebangsaan Tahun Lima)

Standard Kandungan Standard Pembelajaran


5.2 Memahami dan menggunakan 5.2.2 Memahami dan menggunakan kata
pembentukan kata yang sesuai dalam ganda berentak dalam pelbagai situasi
pelbagai situasi dengan betul. dengan betul.

Cara penggunaan Laluan Kata Ganda Berentak:


1. Permainan memerlukan 2 hingga 4 orang murid untuk bermain.
2. Terdapat kad ‘Misteri’ yang berwarna merah jambu dan kad ‘Jawapan’ yang berwarna hijau.
Kemudian, murid akan diberikan dua keeping kad jawapan sebelum memulakan laluan di atas
Laluan Kata Ganda Berentak.
3. Murid akan memulakan laluan setelah dadu dilemparkan dan laluan mengikut bilangan
pada dadu tersebut.
4. Setelah murid berhenti selepas bergerak mengikut bilangan dadu. Murid akan menjawad
soalan yang terdapat pada laluan kata ganda berentak tersebut. Terdapat tiga bentuk soalan
iaitu berbentuk perkataan kata ganda berentak, ayat untuk kata ganda berentak dan gambar
yang sesuai untuk kata ganda berentak.
5. Setelah murid berhenti murid akan melihat pada dua kad jawapan yang ada pada
tangannya jika ada jawapan yang sesuai maka murid tersebut diminta untuk meletakkan kad
tersebut di tepi. Manakala jika tiada jawapan yang sesuai maka murid tersebut perlulah
mengambil satu kad jawapan yang lain dan menukar giliran untuk murid lain melemparkan
dadu.
6. Seterusnya, jika murid berhenti di petak misteri maka murid tersebut diminta untuk
mencabut satu kad misteri. Soalan yang terkandung dalam kad misteri merupakan soalan
yang melibatkan eleman muzik dan pergerakan. Contohnya soalan ‘Anda diminta untuk
melakukan pergerakan seperti kucing beserta bunyi’ maka murid tersebut perlulah melakukan
gaya tersebut.
7. Pada akhir permainan, murid yang mempunyai kad jawapan paling sedikit akan dikira
pemenang.

Вам также может понравиться