Вы находитесь на странице: 1из 22

 

Kepentingan
Sistem Respirasi
yang Sihat
 
nur amira syafiqah binti ahmad 
3 kaa 
 
 
 

ISI KANDUNGAN 
 
 

TAJUK  MUKA
SURAT 
Pengenalan  2 
Bahan cemar udara  3 
Penyakit yang berkaitan  9 
dengan sistem respirasi 
Cara membaiki kualiti udara  16 
Amalan mengekalkan udara  19 
yang bersih 
Kesimpulan  22 
 
 
 

1
 

PENGENALAN 
 
Respirasi ​ialah proses penyedutan oksigen dan penghembusan karbon 
dioksida. 
  
Sistem respirasi terdiri daripada rongga nasal, trakea, bronkus, 
bronkiol, alveolus, tulang rusuk, otot interkosta dan diafragma yang 
mempunyai setiap fungsi masing-masing. 
 
Sistem respirasi sangat penting kerana kita memerlukannya untuk 
terus bernafas dan hidup. 
 
 
 
 

 
2
 

 
 
 
 
 

BAHAN 
CEMAR 
UDARA 
 
 
 

3
 

 
ASAP ROKOK mengandungi 
banyak bahan yang 
membahayakan 
 

Nikotin : ​dadah beracun yang menyebabkan ketagihan dan 


merosakkan tisu otak 
 

Tar : ​bahan lekit yang membunuh sel dan menyebabkan kanser 


peparu 
 

Karsinorgen :​ agen penyebab kanser  


 

Karbon monoksida : ​gas beracun tanpa bau dan warna yang 


menghalang proses hemoglobin mengangkut oksigen ke seluruh 
tubuh badan.  
 

4
 
Perengsa : ​bahan yang menyebabkan rasa tak selesa pada laluan 
pernafasan. 

 
KARBON MONOKSIDA​ ​biasanya 
daripada asap kenderaan.  
 
● tidak berwarna dan berbau 
 

● menyebabkan hemoglobin gagal 


mengangkut oksigen ke  
seluruh badan 
 

5
 

 
SULFUR DIOKSIDA biasanya 
daripada asap kilang.  
 
● tidak mempunyai warna namun 
mempunyai bau yang 
menyesakkan 
 
● menyebabkan rasa tak selesa 
pada laluan pernafasan 
 
● menyebabkan batuk, sukar 
bernafas, bronkitis dan kanser 
peparu. 
 
6
 

 
JEREBU terdiri daripada zarah 
pepejal yang sangat halus seperti 
habuk dan asap. 
 
terhasil daripada :- 
● pertanian (membajak dalam cuaca 
kering) 
● lalu lintas 
● kebakaran hutan 
● kebakaran gambut 
● pembakaran terbuka 
● asap perindustrian 
● wasap ekzos kenderaan 
7
 

 
TOKSIN dibebaskan ke udara melalui 
asap rokok, wasap ekzos kenderaan 
dan juga pembakaran bahan api. 
 
● contoh toksin yang membahayakan: 
a. sebatian plumbum 
b. oksida nitrogen 
 
● kesan buruk:- 
a. keracunan yang boleh 
membunuh sel 
b. merosakkan otak dan peparu 
c. batuk dan penyakit peparu 
seperti enfisema 
8
 
 
 
 
 

PENYAKIT 
YANG 
BERKAITAN 
DENGAN 
SISTEM 
RESPIRASI 
 
 
9
 

ASTHMA atau LELAH 


 

 
Merupakan penyakit immunologi disebabkan 
oleh masalah kesukaran bernafas. Ia boleh 
jadi berlaku sangat jarang atau tiba-tiba 
menjadi kerap pada suatu ketika dan kondisi 
tertentu pesakit. 
 
Ketika asthma menyerang, berlaku 
keradangan dan kekejangan otot (spasma) 
pada selaput dinding; menyebabkan bronkiol 
di dalam paru-paru menjadi tebal dan sempit. 
Ia turut menyebabkan saluran pernafasan 
menyempit dan menghalang proses respirasi 
normal. 
10
 

PENYAKIT PEPARU 
KRONIK (COPD) 
 
 
Chronic Obstructive Pulmonary Disease 
(COPD) atau penyakit paru-paru kronik secara 
amnya merujuk kepada masalah saluran 
pernafasan yang berlaku secara berterusan 
dan dalam jangkamasa yang panjang (kronik). 
 
Pesakit menunjukkan simptom atau 
tanda-tanda awal COPD apabila kerap 
bernafas tercungap-cungap, berkahak 
keterlaluan dan batuk kronik, berlaku 
berterusan lebih dari sebulan. 
 
Lebih buruk lagi, pesakit COPD dikatakan 
mempunyai peratusan yang rendah untuk 
sembuh melalui kaedah pengubatan. Antara 
jenis-jenis COPD ialah bronkitis kronik dan 
emfisema. 
 
Mereka yang berumur lewat 40 tahun ke atas 
lebih mudah untuk mengalami COPD, namun 
simptom awal penyakit paru-paru kronik juga 
turut tetap bebas menyerang golongan muda. 
11
 

BRONKITIS 

 
Bronkitis ialah radang pada bronkus yang 
disebabkan oleh tar dan bahan perengsa lain 
dalam asap rokok. Antara gejala bagi sakit ini 
adalah batuk yang berterusan, sering 
tercungap-cungap dan tidak dapat tidur. 
 
Bronkitis terbahagi kepada dua; kronik dan 
akut. Bronkitis kronik tergolong di dalam 
penyakit paru-paru kronik atau COPD dengan 
batuk berkahak yang keterlaluan. Bronkitis 
akut lebih kepada jangkitan yang disebabkan 
oleh virus. 
 
 
12
 

KANSER PEPARU 
 
Kanser paru-paru adalah penyebab utama 
kematian di Asia, nombor satu bagi lelaki dan 
punca kematian kedua terbanyak bagi wanita. 
Bagi keseluruhan populasi dunia dikatakan lebih 
51% kes kanser paru-paru berlaku di benua Asia. 
 
Kanser boleh mula terbentuk di mana sahaja 
bahagian paru-paru dan amat sukar dikesan 
pertumbuhannya pada peringkat awal. Mutasi 
DNA menyebabkan kerosakan sel paru-paru dan 
ia menduplikasi membentuk sel abnormal atau 
sel tumor yang tidak terkawal pertumbuhannya. 
 
Simptom kanser paru-paru bermula dengan 
tanda-tanda seperti batuk kronik, perubahan 
suara, bunyi nafas yang kasar, batuk berdarah 
dan sebagainya. Ia mengambil masa yang lama 
atau bertahun-tahun diperlukan untuk kita sedar 
akan kewujudan perkembangannya. 
 
Terdapat banyak punca tercetusnya permulaan 
pembentukan kanser seperti akibat proses 
penuaan, tersedut gas radon atau fiber asbestos 
dan pelbagai lagi. Namun paling ketara sekali 
adalah disebabkan oleh sengaja menyedut 
pelbagai gas toksin daripada asap rokok. 
13
 

EMFISEMA 

 
Emfisema berlaku apabila alveolus semakin lemah 
atau rosak untuk menjalankan fungsi pengecutan 
dan pengembangan bagi proses pengambilan 
oksigen dan pengeluaran karbon dioksida melalui 
salur darah. Sumber kerosakan ini datang daripada 
toksin yang wujud di dalam asap rokok. 
 
Kerosakan dinding alveoli ini adalah kekal, sukar 
untuk dipulihkan dan menyebabkan kecekapan 
mekanisma pernafasan semakin menurun atau 
kesukaran bernafas. Alveolus (sekumpulan kecil atau 
besar) boleh sama ada rosak keseluruhannya, 
menjadi sempit, membesar, bocor atau pecah. 
 
Gejala bagi sakit emfisema adalah sesak nafas, sakit 
ketika bernafas dan keletihan walaupun selepas 
kerja ringan. 

14
 

PNEUMONIA 
 
Pneumonia atau radang paru-paru berkaitkan 
dengan masalah jangkitan paru-paru yang 
disebabkan oleh virus, bakteria, fungi atau parasit. 
Pneumonia menyebabkan keradangan pada 
alveolus yang dipenuhi dengan cecair. 
 
Bakteria dan virus adalah penyebab utama 
pneumonia yang paling bahaya. Apabila jangkitan 
berlaku, kuman akan duduk di dalam alveolus dan 
membiak. Sistem pertahanan tubuh akan 
menghantar lebih sel darah putih untuk melawan 
jangkitan ini. Hasilnya alveolus akan dipenuhi oleh 
cecair dan “PUS” (Protein-rich fluid). 
 
Penghidap pneumonia boleh sembuh dalam masa 1 
hingga ke 3 minggu. Tetapi jangkitan pneumonia ini 
mampu mengancam nyawa jika dibiarkan 
berlarutan. Simptomnya melibatkan batuk atau 
batuk berkahak, demam panas, demam menggigil 
dan sesak nafas yang berkadar biasa atau kronik. 
 
Pneumonia boleh dikawal melalui aspek penjagaan 
kebersihan diri seperti kerap membasuh tangan dan 
kaedah pengambilan vaksin untuk demam atau 
vaksin khas untuk pneumonia. 
 

15
 

 
CARA 
MEMBAIKI 
KUALITI 
UDARA 
 
 
16
 

PENGGUNAAN TEKNOLOGI 
HIJAU 
 
Teknologi hijau adalah penggunaan sains alam sekitar yang boleh 
mengawal kesan negatif aktiviti manusia. 
 
Contoh penggunaan teknologi hijau ialah panel solar dan ‘wind 
turbine’. Ini dapat mengurangkan kegunaan bahan api fosil yang 
menghasilkan banyak karbon dioksida yang menyebabkan oksigen 
semakin berkurangan dan Bumi semakin panas. 
 
 

MENGANJURKAN KEMPEN 
KESEDARAN 
 
Ini dapat menyedarkan masyarakat tentang isu kekurangan oksigen 
dalam udara. Contohnya seperti kempen cintai alam sekitar. 
 
 

KAWALAN TERHADAP 
PELEPASAN ASAP 
 
Akta Kualiti Alam Sekitar (Udara Bersih) 1978 perlu dikaji semula oleh 
pihak berkuasa dan meningkatkan kawalan terhadap pelepasan asap 
terutamanya dari kilang. Memasang penapis pada cerobong asap 
kilang patut dilakukan agar dapat mengurangkan penghasilan 
bendasing.  
 

MENGGUNAKAN 
PENGANGKUTAN AWAM 
17
 
 
Pengangkutan awam seperti LRT dan bas dapat mengurangkan 
bilangan kenderaan dan kita boleh mengurangkan penghasilan 
bahan cemar udara seperti karbon monoksida dan nitrogen oksida. 
 
 

MENANAM LEBIH BANYAK 


POKOK 
 
Menanam lebih banyak pokok sangat digalakkan terutama di rumah 
kita sendiri kerana tumbuhan membebaskan oksigen dan menyerap 
karbon monoksida. Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan 
pencemaran udara. 
 
 

KITAR SEMULA 
 
Mengitar semula bahan buangan seperti botol, plastik dan tin 
aluminium dapat mengurangkan penggunaan pokok dan 
bahan-bahan yang lain. Pembakaran sampah sarap dapat 
dikurangkan dengan mengitar semula. 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
18
 

 
AMALAN 
UNTUK 
MENGEKALKAN 
UDARA YANG 
BERSIH 
 
 
 
19
 

Bagi memastikan kita sentiasa 


menggunakan udara yang sihat, kita 
perlu mengambil langkah yang 
proaktif bagi memperbaiki kualiti 
udara yang sedia ada. Antara 
langkah yang boleh kita ambil untuk 
memperbaiki kualiti udara adalah 
dengan :  
 
● Tidak melakukan pembakaran terbuka 
● Tidak merokok di tempat 
awam/terbuka 
● Penguatkuasaan udang-undang yang 
berterusan 
● Kitar semula secara berterusan 
● Mengurangkan penggunaan 
klorofluorokarbon (CFC)  
● Menggunakan teknik kawalan biologi 
● Melakukan penghutanan semula 
 
 
 
 

20
 
 
 

KESIMPULAN 
 
Kita mestilah bersyukur kerana masih 
dikurniakan nikmat hidup dan terus bernafas. 
Oleh itu, kita mestilah menjaga alam sekitar 
supaya udara tidak tercemar yang akan 
memudaratkan kesihatan kita.  
 
Penggunaan bahan cemar udara harus 
dikurangkan supaya kualiti udara akan 
menjadi lebih baik. Meskipun terdapat 
pelbagai jenis ubat-ubatan, namun kita tetap 
perlu mengamalkan gaya hidup yang sihat 
kerana mencegah lebih baik daripada 
merawat.  
 
Kita hendaklah mengambil langkah-langkah 
untuk memperbaik kualiti udara dengan 
berterusan. Ini menunjukkan sistem respirasi 
amat penting supaya tubuh badan kita dapat 
berfungsi dengan baik. 

21

Вам также может понравиться