Вы находитесь на странице: 1из 13

Sinopsis

Dalam pertempuran dengan askar Jepun, Askar Melayu


menunjukkan keberanian dan semangat keperwiraan yang hebat di
mana seramai 152 anggota Askar Melayu, termasuk 7 pegawai
Melayu dan 6 orang pegawai British yang dipinjamkan ke Rejimen
Askar Melayu terkorban. Antara pegawai Askar Melayu yang
terkorban itu adalah Leftenan Adnan bin Saidi. Dia bersama 42
orang anggotanya berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir.
Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa, Memaparkan kisah
keberanian dan keperwiraan askar Melayu yang sanggup berjuang
sehingga ke hujung nyawa.

Bab 1 - Darah Pahlawan


Leftenan Adnan Wira Bangsa dimulakan dengan kisah Adnan
(yang masih kecil) bersama keluarganya. Pak Saidi berasa amat
gembira kerana dikurniakan tiga orang anak lelaki. Yang sulung
bernama Adnan, yang tengah  bernama Ahmad dan yang bongsu
dinamakan Amarullah. Tiga beradik itu membesar di Kampung
Sungai Ramal, Kajang, Selangor. Adnan sekeluarga memiliki darah
pahlawan – moyangnya pernah membantu Dol Said menentang
Inggeris di Naning. 

Namun begitu Pak Saidi tidak suka menghebah-hebahkan cerita itu


kerana sentimen 'siapa yang menentang Inggeris adalah
penderhaka’ masih kuat ketika itu. Penjajah ( British) tidak suka
kepada sesiapa yang menentang mereka. Mereka mahu menyedut
keluar sebanyak banyaknya hasil bumi daripada Tanah Melayu.

Bab 2 - Kampung Sungai Ramal


Adnan bermimpi mengenai kehebatan Hang Tuah dan kawan-
kawannya. Dia sangat menggemari kisah kepahlawanan Hang
Tuah. Sebelum tidur emaknya akan bercerita mengenai kisah-kisah
pahlawan dahulu kala. Setiap pagi, Pak Saidi akan membawa anak
sulungnya ke tempat kerjanya. Tujuannya ialah untuk mengajar
anaknya itu mengenai betapa susahnya untuk mencari rezeki. Pak
Saidi memiliki satu hektar kebun getah dan sebidang tanah sawah
tinggalan orang tuanya yang menjadi sumber pendapatan kepada
Pak Saidi untuk menyara keluarganya. 

Penduduk kampung Sungai Ramal bergantung hidup kepada


aktiviti pertanian sepenuhnya. Mereka akan mengusahakan sawah
padi dan menoreh getah untuk mendapatkan sumber pendapatan.
Namun, terdapat segelintir penduduk kampung yang lebih suka
menghabiskan masa dengan bersembang di warung kopi milik Pak
Samad yang terletak di persimpangan kampung. Pak Saidi dan
Adnan singgah sebentar di warung tersebut untuk melepaskan
lelah. Warung itu tidak pernah sunyi dengan riuh-rendah suara
penduduk kampung yang menjamu selera sambil berbual dan ada
juga yang bermain dam.
Bab 3 - Harapan Seorang Ayah
Pak Saidi disambut oleh anak-anaknya apabila pulang dari
menoreh getah. Hatinya gembira apabila melihat gelagat anak-
anaknya itu. Sambil duduk berehat di atas pangkin kayu, Pak Saidi
melihat gelagat anak-anaknya yang sedang berlatih silat. Adnan
mengajak adik-adiknya untuk berlawan dengannya. Walaupun
perlawanan itu melibatkan dua lawan satu, namun Adnan tidak
mudah dikalahkan oleh kedua-dua adiknya kerana sikapnya yang
tidak mahu mengalah. Setiap kali mereka bersilat, Adnan yang
selalu menang. Pak Saidi dapat melihat semangat pahlawan yang
ada dalam diri anak sulungnya itu. Walaupun tidak berpelajaran,
tetapi Pak Saidi mempunyai wawasan serta keazaman yang tinggi
terhadap masa depan anak-anaknya.

Bab 4 - Dusun Durian Di Tanah Perkuburan


Pak Saidi bersama anak sulungnya, Adnan pergi ke dusun durian
untuk membersihkan kawasan dusun tersebut. Setelah selesai
membersihkan dusun, mereka melepaskan penat dengan berehat di
sebuah pondok yang terdapat dalam dusun tersebut. Sambil
berehat di pondok, Adnan mengambil peluang untuk bertanya
ayahnya mengapa dusun itu terletak berdekatan dengan kawasan
kubur. Ayahnya telah menceritakan tentang asal usul kawasan
dusun tersebut. Adnan juga telah bertanya mengenai asal usul
keluarganya yang berasal daripada keturunan Minangkabau. Pak
Saidi juga telah bercerita kepada Adnan mengenai penentangan
orang Melayu terhadap pihak penjajah.
Bab 5 - Harapan Seorang Ibu
Pak Saidi baru pulang dari ladang getah dan ditegur oleh isterinya,
Mak Milah. Mak Milah mempelawa Pak Saidi untuk makan tengah
hari. Pak Saidi mengajak anak-anaknya untuk makan tengah hari
bersama. ketika makan, Pak Saidi tidak lupa untuk memberi
nasihat kepada anak-anaknya. Adnan meminta kebenaran daripada
ayahnya untuk bersekolah pada tahun hadapan. Mak Milah telah
bertikam lidah dengan Pak Saidi untuk menghantar Adnan sama
ada di sekolah Melayu, sekolah Inggeris ataupun di sekolah pondok.
Akhirnya, Mak Milah akur dengan keputusan yang diambil oleh
Pak Saidi.

Bab 6 - Guru Besar Steward


Pak Saidi menghantar Adnan ke sekolah Inggeris.  Walaupun ramai
penduduk kampung yang tidak mahu anaknya bersekolah Inggeris
kerana kononnya akan menjadi murtad, namun  Pak Saidi
berfikiran sebaliknya. Dia ingin anak-anaknya menjadi orang yang
berpelajaran. Setiap pagi, sebelum pergi ke sawah, Pak Saidi
mengayuh basikal menghantar Adnan ke sekolah Inggeris di pekan
Sungai Ramal. Tengah hari dia menjemput anaknya dari sekolah.

Bab 7 - Mereka Tidak Mengerti

Penduduk Kampung Sungai Ramal menjadi gempar. Orang ramai


heboh bercerita mengenai Pak Saidi yang menghantar anaknya
belajar di sekolah Inggeris. Ramai penduduk tidak bersetuju. Pak
Saidi orang pertama yang berbuat demikian. Mereka khuatir anak
Saidi akan dipengaruhi oleh Orang Putih. Lebai Pian menyuruh
Tok Ketua mengambil tindakan atas perebutan Saidi. Namun, Tok
Ketua membantah. Lalu, Tok Ketua menyatakan bahawa anak
Lebai Pian mencuri buah rambutan dan durian orang kampung.
Nordin iaitu anak Lebai Pian membuat rancangan untuk
mengenakan Pak Saidi.

Bab 8 - Seteguh Karang

Pak Saidi tidak mempedulikan rungutan penduduk kampung. Pak


Saidi tegas mahukan anak-anaknya mendapat pendidikan di
sekolah aliran Inggeris. Hal ini demikian kerana orang putih lebih
maju daripada orang Melayu dari segi pendidikan. Mereka
menjajah Tanah Melayu kerana mereka memiliki pengetahuan
yang tinggi. Kekayaan bumi ini dikaut kerana ilmu pengetahuan. 

Pelajaran di sekolah Melayu hanya setakat sekolah rendah.


Sedangkan sekiranya bersekolah aliran Inggeris, mereka
berpeluang melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah dan ke
sekolah tinggi. Mereka berpeluang menjawat jawatan yang
tinggi. Bagi Pak Saidi, anak-anak perlu disediakan ilmu
pengetahuan kerana mereka bakal mentadbirkan negara ini pada
masa akan datang. 

Pak Saidi menegur sikap Karim kerana dia beranggapan bahawa


anak-anak perempuannya tidak perlu diberikan pendidikan yang
tinggi. Berlaku perdebatan antara Pak Saidi dengan Tuk Ketua
yang kurang puas hati terhadap Pak Saidi. Pak Saidi tetap
mempertahankan pandangannya, iaitu menghantar anak ke sekolah
aliran Inggeris bukan bermakna menjadikan anak mereka
penganut agama Kristian. 

Bab 9 - Anak-anak Kampung


Suatu malam Pak Saidi terjaga daripada tidur apabila dikejutkan
oleh bunyi bising. Pak Saidi dan Adnan mengamati bunyi tersebut
dan terlihat suatu lembaga. Adnan sempat membaling kayu
belatinya ke arah salah seorang daripada dua lembaga itu. Adnan
yakin balingannya mengenai sasaran. 

Keesokan harinya, Adnan melihat tayar basikal ayahnya dikerat


dengan pisau angkara perbuatan khianat. Beberapa orang
pelanggan bercerita tentang Nordin. Kaki kanannya bengkak
sehingga sukar berjalan. Pak Saidi teringat akan peristiwa dua hari
yang lalu ketika Adnan sempat membaling kayu beluti ke arah dua
orang lembaga itu. 

Di sekolah, Adnan terkenal sebagai pelajar yang rajin dan pintar.


Dia amat disenangi oleh teman-teman dan guru-gurunya. 

Bab 10 - Masuk Jawi Basikal Baharu

Adnan akan berkhatan. Adnan resah apatah lagi Tuk


Mudim sudah sampai. Walaupun Tuk Mudim berjenaka
tetapi bagi Adnan itu bukanlah lawak. Rakan-rakan Adnan
mengintai dari luar. Adnan menjadi bersemangat apabila
ayahnya berjanji untuk membelikan basikal baharu apabila
dia selesai berkhatan. Adnan bersemangat dan tidak gentar
apabila dikhatankan. Dia tersenyum selepas dikhatankan.
Kira-kira dua minggu kemudian, luka Adnan sembuh. Pada
hari yang dijanjikan ayahnya membawa pulang sebuah
basikal baharu.
sinopsis Bab 11:  Yakin Boleh, muka surat 75 - 82

Semasa perhimpunan pagi Isnin, Cikgu Nazri membuat pengumuman pertandingan syarahan bahasa
Inggeris pada bulan hadapannya. Pada mulanya beliau hampa kerana tiada sambutan sehinggalah Adnan
bersuara. Nizam yang mulanya memperlekeh Adnan akhirnya mahu mencuba, diikuti oleh Ah Chong,
Ramasamy dan 16 orang murid yang lain. Di rumah Mak Milah dan Pak Saidi memberi galakan. Pak Saidi
tidak bersetuju apabila Adnan tidak kisah jika kalah.

Adnan yang belum fasih berlatih bersungguh-sungguh, termasuk di hadapan keluarganya. Pada hari
pertandingan, ayah, ibu dan adik-adiknya hadir. Sebagai peserta terakhir, Adnan dapat mempelajari
persembahan peserta lain. Persembahan Adnan dikagumi oleh semua penonton. Akhirnya, Cikgu Nazri
mengumumkan Adnan sebagai johan, Ah Chong kedua dan Nizam ketiga. Mereka berpelukan.

Sinopsis Bab 12:  Jaguh kampung, muka surat 83 - 92

Pertandingan tinju antara Adnan dengan Budin dihangatkan dengan gelagat penyokong kuat masing-
masing, iaitu Mamat dan Semaun. Budin tidak puas hati setelah pasukan bola sepaknya dari Sungai
Merab tumpas 1-2 di tangan Kampung Sungai Ramal. Malah, Budin kehilangan dua batang gigi dalam
perlawanan itu. Gelanggang tinju bertempat di padang rumput berhampiran sungai pada tengah hari
awal bulan Mac.

Mamat cuba menggesa Adnan menarik diri setelah Zaki selaku pengacara mengumumkan pertarungan
tinju tanpa undang-undang, tetapi tidak berjaya. Walaupun Budin sudah terperangkap di sudut
gelanggang, Adnan tidak mengambil kesempatan menyerang. Kedua-dua petinju hanya mengacah-acah,
tetapi tidak berlaku serangan menyebabkan penyokong hampa, terutama Semaun.

Keesokannya di warung kopi Pak Samad, Samuri, marah-marah serta menggelar Adnan dan Budin
sebagai samseng.Dolah, bapa Semaun pula menuduh Adnan dan Budin mencuri buah rambutan
miliknya. Pak Husin, ayah Budin bergegas balik rumah lalu membelasah anaknya Budin. Pak Saidi juga
malu, tetapi menyoal siasat Adnan. Walaupun berpuas hati, Pak Saidi mengingatkan Adnan bahawa
diaakan merotan Adnan jika dia buat hal.

Sinopsis Bab 13: Darah Muda, muka surat 93 - 101

Setelah beberapa tahun, Adnan berjaya menamatkan persekolahan dengan cemerlang. Du orang
adiknya, ahmad dan Amarullah masih di sekolah Inggeris. Di samping ke sawah, Adnan juga mengajar
anak kampung membaca dan menulis dalam bahasa Inggeris. Tiba-tiba Pak Karim datang membawa
surat tawaran sebagai guru pelatih untuk Adnan. Pak Saidi gembira, tetapi Adnan termenung di
beranda kerana bidang keguruan bukan minatnya.

Ahmad mencadangkan abangnya menolak tawaran itu, tetapi Adnan serba salah terhadap penerimaan
Mak Milah. Sebagai jalan tengah, Adnan bersetuju dengan cadangan menjadi guru pelatih buat
sementara waktu. Keesokan pagi Adnan berbasikal ke Sekolah Melayu Sungai Ramal. Adnan bertugas di
situ selama setahun setengah apabila perbincangan tentang pasukan pertahanan orang Melayu rancang
dibincangkan, terutama oleh Cikgu Osman dan Cikgu Salleh.
Sinopsis Bab 14:  Askar Melayu Diraja, muka surat 102 - 113

Rang Undang-undang Askar Melayu diluluskan pada 23 Januari 1933. Cita-cita asal Adnan sebagai askar
kembali mekar. di sekolah, Cikgu Salleh berbual dengan Adnan tentang sumbangan perkhidmatan askar
dan juga guru. Pada sebelah petang, sebuah jip tentera British singgah di warung Pak Samad untuk
bantuan penunjuk jalan ke rumah ketua kampung. Berita tersebar, lalu penduduk kampung berduyun-
duyun ke rumah tuk ketua. Ketika Ahmad lalu di situ majlis sudah bersurai, Mujur juga Mamat datang
memberikan butiran perjumpaan ketua kampung dengan tentera Inggeris untuk mencari calon askar
dalam kalangan penduduk kampung. Pemohon dikehendaki ke kem latihan tentera Port Dickson.

Di warung Pak Samad, Nordin dan kawan-kawannya mengejek hasrat sebagai tentera yang mereka cop
sebagai orang suruhan British semata-mata. Setelah itu, mereka mempermainkan Mamat di perjalanan.
Pada sebelah malamnya, Adnan menyuarakan hasratnya. Pak Saidi tiada masalah, tetapi berbeza
dengan Mak Milah. Kedua-dua orang suami isteri itu bertelagah pendapat. Akhirnya, dengan keteguhan
pendirian Adnan, serta setelah puas memujuk rayu, Mak Milah beralah.

Sinopsis Bab 15: Buku Bertemu Ruas, muka surat 114 - 126

Adnan sudah bersedia untuk memulakan perjalanan ke Port Dickson bersama Mamat. Mak Milah sugul
dan tidak ceria. Mamat membonceng basikal Adnan menuju kedai Ah Chong untuk menyimpan basikal.
Ah Chong memuji keberanian Adnan sambil memberi beberapa keping duit syiling. Mereka berjalan kaki
selama satu jam ke pekan Kajang. Bersama Yusof dan Jaafar, mereka menumpang lori ke Seremaban
dan lori lain ke Port Dickson.

Setiba di kem latihan Haig Lanes, mereka diambil ukuran tinggi dan lilitan dada, kemudian temu duga.
Semua ceria, kecuali Yusuf yang kecewa kerana terlalu kurus untuk menjadi askar. Mereka menumpang
kereta seorang calon askar balik ke Kajang. 

Setelah beberapa minggu, Mamat muncul bersama dua anggota tentera membawa khabar gembira.
Namun, Nordin benci. Dia dan kawan-kawannya menahan Adnan dan Mamat di perjalanan, memulakan
provokosi (label pengikut Inggeris, muka suratb 122) sehingga Adnan harus melawan. Adnan
membangkitkankelakuan jahat Nordin, lalu terjadi pergelutan. Nordin hanya menerkam angin, lalu
terbabas ke dalam parit.

Pak Saidi mengadakan majlis kenduri, kemudian mereka solat berjemaah sekeluarga. Keesokannya usai
sarapan, Adnan bertolak kem latihan menaiki kereta yang disewa oleh bapa Mamat. Perpisahan diiringi
dengan air mata Mak Milah.

Sinopsis Bab 16: Perwira, muka surat 127 - 139

Adnan dan Mamat antara 25 orang pemuda Melayu yang terpilih sebagai anggota Kompeni Percubaan
askar Melayu daripada lebih seribu orang pemohon rekrut. adnan dan Mamat di bawah kendalian
Konstabel Daud. Adnan hanya mampu meneguk air kopi sejuk, sedangkan mamat berselera manyuap
nasi goreng. Mereka diberikan pakaian seragam dan bergunting rambut, serta diajar disiplin berpakaian
dan mengilat but berladam.
Walaupun malu berseluar pendek khaki, rekrut berkumpul di padang kawad di bawah perintah Koperal
Yusuf. mamat didenda tekan tubiseratus kali kerana memakaistoking berlainan warna. Kemudian di
bawah perintah Sir Thomson, mereka mengambil masa seminggu (dengan pertolongan Adnan) untuk
membiasakan diri dengan hukuman kawad dalam bahasa Inggeris. Selain itu, rekrut diberi ilmu agama,
kemahiran tempur dan peluru hidup. 

Adnan enggan mengalah dengan tekanan dan cabaran latihan sepanjang setahun tanpa dibenarkan
keluar dari kem. Adnan terpilih sebagai rekrut terbaik, serta semua rakannya juga diterapkan sebagai
perintis Batalion 1 askar Melayu. Usai perbarisan tamat latihan ialah pengumuman pertukaran. Adnan
ke Singapura dan Mamat ke Kedah. Mereka dibenarkan bercuti seminggu sebelum melapor diri. Adnan
terharu berjumpa semula keluarga, sambil melayan tetangga yang datang. Adnan berselera dengan
masakan Mak Milah yang dirinduinya. Adnan mengeluarkan cenderamata untuk ibu, ayah dan adik-adik. 

Sinopsis Bab 17: Kehidupan Baharu, muka surat 140 - 148

Adnan menikmati cuti di kampung. Tiba di kem, Kapten Anderson memaklumkan Adnan dinaikkan
pangkat sebagai sarjan. Beberapa bulan kemudian Kapten Anderson menyatakan Adnan terpilih ke
London, mewakili askar Melayu dalam pertabalan King George IV. Ketika bercuti seminggu sebelum ke
London, Mak Milah merancang untuk menjodohkan Adnan dengan Sophia, anak Pak Pakih Muda. 

Sedang Adnan termenung mengingatkan zaman kanak-kanak, serta perihal kedua-dua orang adiknya,
Nordin dan rakan telah menyertai tentera. Mak Milah bijak memilih waktu itu untuk memastikan
bahawa Adnan masih tiada calon isteri. Semasa Adnan di London, Pak Saidi dan Mak Milah menjalankan
rancangan pertunangan Adnan dengan Sophia, guru di Sekolah Sungai Ramal.

Adnan dikurniakan uniform tentera British daripada King George, lalu menunjukkan kepada Kapten
anderson sebagaimana yang diminta. Selanjutnya Adnan menjalani latihan pegawai dan naik pangkat
sebagai leftenan muda mengetuai Platun ke-7 Kompeni C. Ketika pulang ke kampung sekali lagi, adnan
menerima kejutan akan dikahwinkan dalam tempoh seminggu. Adnan serba salah, tetapi
mengenangkan pengorbanan Pak Saidi dan Mak milah, dia akur. Namun, ketika mengunjungi rumah
Sophia, Adnan terus terpikat dengan kelembutan dan keayuan bakal isterinya itu. Majlis kahwin di
rumah Sophia dan kenduri doaselamat di rumah Adnan diraikan penduduk kampung.

Sinopsis Bab 18: Berhari Raya Di Kampung, muka surat 149 - 155

Adnan sayu kerana sudah lama tidak berhari raya bersama keluarga. Adnan dan Sophia dikurniakan dua
orang anak lelaki, tetapi bayi perempuan mereka meninggal dunia. Cuti kali ini, Adnan beraya bersama
keluarga walaupun pada mulanya Zainudin dan Mokhtar belum mesra dengannya. 

Adnan memberitahu Sophia dia akan bertukar dari Bukit Candu ke Pasir Panjang, Singapura dan
bercadang membawa keluarga mereka berpindah ke sana. Sophia gembira walaupun harus berjauhan
dengan ibu bapanya sendiri. Mereka sekeluarga menaiki kereta api ke Tanjung Pagar. Hati Adnan
tersentuh mengenangkan ibu dan ibu mentuanya menyeka air mata melepaskan anak dan cucu masing-
masing. 

Setiba di stesen Tanjung Pagar, Adnan sekeluarga menaiki jip tentera selama sejam pejalanan ke
pangkalan tentera Pasir Panjang. Sophia cepat menyesuaikan diri, malah dia prihatin terhadap anak-
anak tentera yang hanya leka bermain. Adnan menyokong cadangan Sophia untuk mengajar anak
tentera di rumahnya bagi menubat kerinduan tentang hingar-bingar murid di sekolah.
Sinopsis Bab 19: Perang Dunia Kedua, muka surat 156 - 168

Perang Dunia Kedua, serta dasar peluasan kuasa Jepun ke Asia Tenggara mencemaskan Adnan tentang
keselamatan keluarganya yang tidak sampai setahun bersamanya di Pasir Panjang, Singapura. Sophia
hairan dengan suaminya yang muram dan tidak berselera makan. Sophia mengangguk lemah apabila
diberitahunya lusanya akan dihantar pulangke Kampung Sungai Ramal.

Mak Milah terkejut dengan kepulangan Adnan, serta bimbang akan keselamatannya. Kemudian, Adnan
bertemu Mamat dan Nordin bercerita hal tentera. Adnan memberi semangat kepada Mamat dan Nordin
yang agak goyah menghadapi risiko pertempuran. Di stesen kereta api, seluruh keluarga Adnan dan
Sophia tidak dapat menahan air mata. Adnan dan Sophia juga saling berdoa dan bermaafan. Adnan
menghadiahi Sophia sehelai selendang merah sebagai lambang keberanian.

Setiba di Singapura, Adnan perlu memastikan proses perpindahan penduduk kampung berjalan lancar.
Namun ada yang enggan berpindah, sebaliknya mahu berjuang menentang musuh. Tentera bergabung
tenaga dengan pengawal kampung bagi menjaga keselamatan penduduk yang masih tinggal.Pengawal
kampung ada yang bertelagah seperti Husin yang bersemangat melawan musuh, sementara  Karim tidak
senang dengan bantuan Inggeris.

Sinopsis Bab 20: Bukit Candu, muka surat 169 - 179

Adnan menerima arahan mempertahankan Bukit Candu dan Pasir Panjang serentak. Kedua-dua tempat
itu strategik, termasuk kilang candu Inggeris juga di situ. sarjan Hasan melaporkan penduduk Kampung
Bukit Candu enggan berpindah walaupun sudah dipujuk oleh Penghulu Sidek. Akhirnya, pasukan
pengawal kampung ditubuhkan. Persiapan sistem pertahanan Bukit Candu diselesaikan dalam tempoh
24 jam berdasarkan keputusan mesyuarat dan taklimat Leftenan Adnan. 

Adnan terlantar keletihan, tetapi sempat menulis surat untuk Sophia sebelum terlena. Keesokannya,
Adnan sekali lagi bertemu Penghulu Sidek. Persetujuan dicapai, tetapi Samad menganggap British
mereka cerita tentang kedatangan Jepun, lalu bertikam lidah dengan Deris. Penghulu Sidek
mengarahkan Samad balik ke rumah sahaja.

Adnan tersenyum sendirian membaca surat Sophia. Dia bangga dengan semangat Sarjan Hasan
walaupun melepaskan keluhan tentang perihal berjauhan dengan keluarga. Mereka juga berbincang
tentang persidangan tentera Amerika dan British di Manila. Mereka kesal kerana askar Melayu hanya
dibekalkan senjata ringan. Trak tentera yang datang esoknya juga membawa barang yang masih belum
memuaskan hati Adnan. Sarjan Hasan juga melontarkan pendapatnya bahawa British sengaja
mengarahkan askar Melayu mempertahankan Bukit Candu dan Pasir Panjang kerena mereka mahu lari,
serta takut mati. Adnan menambah bahawa tentera upahan dari India dan Nepal juga tiada
kepentingan di Tanah Melayu.

50~Frasa-Frasa Bombastik
 
Memanifestasikan = Menggunakan idea dengan sebaik-baiknya
 
Menukilkan kata-kata = Menulis/bercakap sesuatu
 
Memberi impak – Mengakibatkan/menyebabkan
 
Rentetan senario itu – Selepas fenomena itu
 
Jika ditelusuri – Jika dikaji secara mendalam
 
Alaf baharu – Masa terkini

Mutakhir ini – Pada masa kini


 
Seantero dunia –Seluruh dunia
 
Menikam sanubari – Merosakkan perasaan
 
Meluaskan horizon pemikiran – Meluaskan pandangan/pemikiran

Menggabungkanjalinkan elemen – Menggunakan pelbagai aspek


 
Meransang ekonomi – Mengaktifkan proses jual beli
 
Lebih intelektual & berketerampilan – Lebih bijak &berkebolahan
 
Bitara – Tiada tandingan/eksklusif/ hanya satu-satunya
 
Simbiosis – Dua benda yang saling berkaitan
 
Masih bermain dengan fantasi – Berkhayal/bermenung/tidakberfikiran matang
 
Mendabik dada – Kesombongan akibat kejayaan/keangkuhan
 
Mengkodifikasikan undang-undang – Menyelaras undang-undangperaturan
 
Kestabilan spiritual dan fizikal – Keseimbangan rohani & jasmani
 
Mekanisme kawalan – Alat/aspek yang mengawal sesuatu
 
Pandangan sarwa – Pemikiran biasa/umum
 
Anjakan paradigm – Perubahan demi kemajuan atau kebaikan
 
Relevan dengan kehendak zaman – Diterima dengan perubahadari semasa ke semasa
 
Landasan berfikir –Cara berfikir
 
Masyarakat konvensional – Masyarakat umum/biasa

Mengaibkan diri – Memalukam diri


 
Alma mater – Sekolah/universiti/tempat belajar
 
Kemampatan fikiran – Keteguhan cara berfikir
 
Alpukah – Daya usaha/inisiatif
 
Bacul – Tidak bersemangat
 
Badai kehidupan – Cabaran hidup
 
Inteligensia – Kumpulan manusia yang pandai
 
Berkongkalikung – Bersepakat
 
Bukti yang konklusif – Bukti yang kukuh
 
Praja – Kota/negeri
 
Prakarsa – Inisiatif/daya usaha
 
Pramusaji – Pelayan tetamu di restoran
 
Rutin harian – Kerja yang biasa dilakukan dan sehari-hari
 
Nawaitu diri – Keinginan diri
 
Narsisistik – Terlalu memuji diri sendiri
 
Privasi – Keadaan atau suasana bersendirian tanpa gangguan

Portfolio menteri – Tugas menteri


 
Pentas siasah – Dunia politik
 
Polemik – Bahasa/debat/konflik
 
Melikwidasikan – Membubarkan/memansuhkan
 
Linglung – Hilang ingatan
 
Falah – Kejayaan/kemenangan
 
Interpretasi – Tafsiran/penjelasan
 
Bersilengah –Bersikap tidak tahu

 
USAHA-USAHA UNTUK MEMUPUK PERPADUAN KAUM

Dalam mengharungi arus globalisasi serta menerajui dunia ketiga, kita sayugia memperkasakan
keeratan serta perpaduan kaum di Malaysia bagi mengelakkan berlakunya rusuhan kaum.
Justeru, variasi kaum haruslah bergerak sederap bagai aur dengan tebing sebagai satu sinergi
menjurus kewawasan 2020. Menurut kata Perdana Menteri yang keenam, keakraban rencaman
kaum merupakan penawar yang paling mujarab bagi menyemarakkan keakraban kaum bak
kata pepatah’ bulat air kerana pembetung bulat manusia kerana muafakat’. Selain itu, sinergi
daripadasemua pihak berganding bahu melakukan usaha-usaha yang proaktif danefektif dalam
merealisasikan aspirasi rakyat seantero Malaysia.Persoalannya, apakah usaha-usaha yang
boleh dilaksanakan bagimemperkasakan perpaduan kaum di Malaysia?

Dalam mengharungi arus pemodenan, usaha yang efisien harusditangani untuk


membentuk perpaduan kaum di negara kita. Pihak keraajaanmempunyai peranan dalam
merealisasikan perpaduan kaum. Usaha kerajaanmengadakan Majlis Rumah Terbuka peringkat
kebangsaan untuk menyambutperayaan kaum utama Malaysia amat dialu-alukan. Menurut
Perdana Menterikita, konsep Satu Malaysia dapat dijayakan melalui majlis sebegini.
Semasakerajaan mengadakan majlis rumah terbuka, sarwajagat negara kita yangtediri daripada
pelbagai kaum memberi komitmen yang tinggi. Merekamenghadirkan diri dan mengitimkan
hubungan mereka dengan masyarakatyang mempunyai pelbagai kaum dan latar belakang.
Interaksi antara kaumdalam majlis sebegini dapat memperkasakan hubungan antara kaum di
Malaysia. Tuntasnya, kemajuan negara kita bergantung kepada perpaduankaum seperti
kata pepatah ‘bersatu teguh, bercerai roboh’.

Perpaduan kaum juga dapat dipupuk melalui aktiviti kemasyarakatanyang


memerlukan setiap kaum mengambil bahagian dalam setiap aktivitiyang dijalankan.
Cara ini dapat memupuk semangat kerjasama dan salingmembantu antara satu sama
lain dengan menghapuskan sikapmementingkan diri yang tertanam di dalam jiwa
masyarakat kini. Namun,sikap negative masyarakat terutamanya masyarakat yang
duduk di bandaryang hanya bekerja tidak tentu masa dan melakukan kerja
sendirimenyebabkan usaha memupuk semangat perpaduan sukar untukditerapkan.
Aktiviti memperteguh jalinan kemesraan harus dijalinkan sepertiaktiviti gotong royong
yang memerlukan sumbangan setiap pihak untukmenjayakan aktiviti tersebut supaya
perpaduan secara maksimum dapatdilahirkan. Pendek kata, aktiviti kemasyarakatan
dapat menjadi wadah yangterbaik bagi memupuk semangat perpaduan yang perlu ada
dalam diri setiaprakyat seiring dengan hasrat negara untuk mewujudkan masyarakat
yangbersatu padu walaupun berlainan bangsa mahupun agama.
 
Sejajar dengan konteks perbicaraan, dengan menganjurkan program Hari Keluarga,
semangat muhibah antara kaum yang berbeza di Malaysia dapat disemarakkan. Agenda
program ini bertujuan untuk mewujudkan nilaikeakraban dan membendung sikap diskriminasi.
Serentak dengan itu,menerusi program hari keluarga ini, pelbagai lapisan masyarakat
yang hadirdapat berkomunikasi serta bertukar-tukar idea dan pendapat berkaitandengan
sesuatu isu. Sebagai contoh, sekolah-sekolah di seluruh pelosoknegara juga dapat melibaatkan
diri dalam sambutan Hari Keluarga. Disamping itu, kerajaan juga boleh mengadakan sambutan
ini khas untukkakitangan kerajaan. Jelaslah bahawa usaha-usaha dalam membentukperpaduan
kaum di Malysia boleh direalisasikan dengan program Hari keluarga yang berpotensi untuk
memperkasakan hubungan antara kaum dinegara kita.

Seiring dengan itu, system pendidikan merupakan satu jalankomunikasi yang pintas
untuk merealisasikan hasrat ini. Pengenalan satusystem pendidikan yang sama
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia telahmewujudkan perpaduan kaun. Selain itu, sekolah
wawasan yangmenempatkan tiga jenis sekolah yakni sekolah kebangsaan, sekolah
jeniskebangsaan cina dan sekolah jenis kebangsaan tamil juga mempercepatproses perpaduan
kaum. Sebagai contoh, aktiviti kumpulan yang dijalankandapat memperkasa hubungan kaum di
peringkat sekolah. Selain itu,penggunaan bahasa Malaysia iaitu bahasa rasmi negara kita
sebagai bahasaperantaraan di sekolah-sekolah kebangsaan turut membolehkan pelbagaikaum
berinteraksi antara satu sama lain seperti slogan bahasa jiwa bangsa.Izharnya, memang tidak
boleh kita nafikan bahwa sistem pendidikan negarakita menjadi pemangkin dalam proses
memperkasa hubungan sesama kaum.

Dari kaca mata yang lain, penerapan nilai-nilai budaya dan warisan juga merupakan
salah satu langkahh dalam mendekati matlamat danharapan para pemimpin kita
dalam mencapai perpaduan kaum. Negara Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yakni
Melayu, Cina dan India. Rakyat boleh mengaplikasikan budaya kaum mereka dari
aspek pemakanan,pemakaian, dan peradaban serta berkongsi dengan kaum-kaum
lain. Sebagai contoh, semakin ramai wanita bukan Melayu yang memakai baju tradisionalorang
Melayu iaitu baju kurung ke majlis-majlis dan kuliah-kuliah. Makanan India seperti roti canai dan
tose juga semakin diminati oleh kaum yang lain.Oleh itu, kemasukan nilai-nilai budaya dan
warisan berbilang kaum ini dapatmenimbulkan rasa hormat antara satu sama lain dan
seterusnyamengeratkan lagi perpaduan kaum dalam negara.

Sekiranya isu ini diperinci secara mendalam, kerajaan telahmewajibkan remaja yang
berumur 17 tahun ke atas menyertai ProgramLatihan Khidmat Negara (PLKN). Modul
kenegaraan PLKN sememangnya bertujuan untuk melahirkan semangat perpaduan
dalam sanubari remaja daripada masyarakat majmuk yang merupakan bakal pemimpin
negara.Selaras dengan modul kenegaraan, para remaja berbilang kaum berpeluanguntuk
bekerjasama bagai aur dengan tebing dan seterusnya perpaduandapat disemai melalui aktiviti-
aktiviti berkumpulan yang dilaksanakan dalam PLKN. Sesungguhnya, tidak dapat disangkal
bahawa PLKN turut memainkan peranan dominan dalam iltizam membentuk perpaduan kaum.

Sebagai intiha, dapatlah disimpulkan bahawa keamanan dankemakmuran sesebuah


negara perlulah bergantung kepada perpaduan kaumdi Malaysia. Pelbagai pihak harus
bergerak sederap, seia sekata dalamiltizam mencapai hasrat keharmonian dan perpaduan
negara bak katapepatah bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana
muafakat.Perpaduan kaum merupakan suatu misi yang amat penting agar Malaysiadapat
mengorak langkah menuju ke arah pembentukan negara bangsa danmenjadi sebuah negara
yang mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendahdengan negara-negara maju. Rakyat
adalah aset negara yang paling bernilaidalam pembinaan negara yang berbilang kaum demi visi
Wawasan 2020.

Вам также может понравиться