Вы находитесь на странице: 1из 38

PESTA PANTUN

. 1.0 PENDAHULUAN

Pantun merupakan puisi tradisi Melayu yang diwarisi zaman berzaman. Dalam
usaha untuk mewarisi puisi tradisional ini dihayati oleh generasi muda, pihak
Kementerian Pendidikan telah memperkenal pertandingan ini pada tahun 1989.
Secara tidak langsung, para pelajar dapat menghayati dan berfikiran kritis
dalam hal ini.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Pelajar dapat menggunakan kemahiran berfikir dengan


semaksimum mungkin
2.2 Pelajar dapat mengaplikasi kemahiran berbahasa
dalam menjawab pantun.
2.3 Pelajar membina keyakinan diri dalam pertandingan

3.0 PENGELOLAAN

Kementerian Pendidikan Malaysia dan JPN

4.0 JENIS PERTANDINGAN

Kalah mati

5.0 PENYERTAAN/ PENDAFTARAN

5.1 Pendaftaran peserta- 5 orang


5.2 Bilangan guru - 2 guru pengiring

6.0 PELAKSANAAN PERTANDINGAN.

6.1 Syarat-Syarat Pertandingan

6.1.1 Pantun yang dibenarkan hanyalah jenis empat kerat iaitu pantun empat baris
yang mempunyai dua baris pembayang dan dua baris maksud. Rima
hujung baris mestilah berpolakan “abab”.

6.1.2 Pesta pantun ini disertai oleh lima pemantun,tiga pemantun mengambil
bahagian dan dua orang pemantun simpanan.

6.1.3 Pertandingan ini dijalankan secara kalah mati.

6.1.4 Pasukan yang memperoleh markah yang tertinggi dikira sebagai


pemenang. Walau bagaimanapun ketua hakim berhak berbincang dalam
kalangan hakim untuk menentukan pemenang berdasarkan sistem juri
sekiranya terdapat pemberian markah antara hakim tidak seimbang.

6.1.5 Jika berlaku seri, pasukan yang mendapat markah isi terbanyak dikira
sebagai pemenang.

6.1.6. Jika masih berlaku seri, markah bahagian bahasa diambil kira.
6.1.7 Masa menjual dan membeli pantun dikira berdasarkan arahan
jurupantun.

6.1.8 Masa dikira mulai daripada pengerusi mengarahkan penjualan pantun ialah
15 saat untuk pusingan pertama. Manakala dalam pusingan kedua masa
untuk mereka cipta dan menjual pantun bagi tema spontan ialah 60 saat.

6.1.9 .Masa untuk membeli pantun ialah 60 saat untuk ketiga-tiga pusingan.

6.1.10 Loceng akan dibunyikan selepas 15 saat masa untuk jualan bagi pusingan
pertama dan ketiga. Setiap pemantun dibenarkan menjual tiga rangkap
pantun dan membeli tiga rangkap pantun.

6.2 FORMAT PERTANDINGAN

6.2.1 Pertandingan Pusingan Pertama – Tema diberi awal

A 1 MENJUAL 15 SAAT
MEMBELI 60 SAAT

1 A MENJUAL 15 SAAT
MEMBELI 60 SAAT

B 2 MENJUAL 15 SAAT
MEMBELI 60 SAAT

2 B MENJUAL 15 SAAT
MEMBELI 60 SAAT

C 3 MENJUAL 15 SAAT
MEMBELI 60 SAAT

3 C MENJUAL 15 SAAT
MEMBELI 60 SAAT

6.2.3 Format Pusingan Kedua- (SPONTAN- Tema diundi )

A 2 MENJUAL 60 SAAT
2 A MEMBELI 60 SAAT
B 3 MENJUAL 60 SAAT
3 B MEMBELI 60 SAAT

C 1 MENJUAL 60 SAAT
1 1 C MEMBELI 60 SAAT

6.2.4 Format Pusingan Ketiga (SPONTAN- TEMA DISEDIAKAN OLEH PENJUAL


PANTUN)

A 3 (MENJUAL- 15 SAAT)
3 A (MEMBELI 60 SAAT)

B 1 (MENJUAL – 15 SAAT)
1 B (MEMBELI – 60 SAAT)

C 3 (MENJUAL – 15 SAAT)
3 C (MEMBELI – 60 SAAT)

Nota: TEMA PANTUN:

a. Tema pantun disediakan oleh pemantun untuk dijual kepada pasukan lawan.
b. Pantun yang dijual mestilah mempunyai nilai murni dan bermesej positif.
c. Pemantun tidak boleh menjual pantun yang berbentuk kuiz / teka - teki
d. Tema pantun dalam pusingan ketiga ini mestilah tidak menyentuh perkara – perkara
yang sensitif seperti agama, fahaman politik, kaum dan menyentuh peribadi individu.
e. Dalam pusingan ketiga, penjual pantun hendaklah menyebut tema pantunnya.

6.3 PEMARKAHAN DAN PENGHAKIMAN

 Isi - 20 markah
 Bahasa - 20 markah
 Persembahan - 10 markah

 Penghakiman dalam pertandingan ini dihakimi oleh lima orang


hakim

 Bahagian isi - 2 orang hakim


 Bahagian Bahasa - 2 orang hakim
 Bah. Persembahan - 1 orang hakim

 Pemantun tidak dibenarkan berbincang antara anggota kumpulan.


Sekiranya berlaku perbincangan,sebanyak 50 markah daripada jumlah
markah keseluruhan perlu dipotong.
 Pemantun dibenarkan bergerak dengan tertib dalam kawasan
pasukannya semasa menyampaikan pantun dengan syarat tidak
mengganggu pihak lawan.

 Keputusan hakim adalah muktamad

6.3 PANDUAN PEMARKAHAN UNTUK HAKIM PERTAMA

(Menghakimi Isi - Ketepatan soalan/belian/jawapan - Jelas dan sesuai


dengan tema (10/20)

ISI - JUMLAH MARKAH (10/20)

i. Ketepatan soalan/jawapan - jelas dan sesuai dengan tema

ii. Pantun yang dijual mestilah mempunyai satu soalan yang jelas

iii. Jika lebih daripada satu soalan, markah tidak akan diberikan.

iv Jualan pantun yang merupakan pernyataan dan bukan berbentuk


soalan, markah tidak akan diberikan.

v. Jualan pantun yang terkeluar daripada tema tidak mendapat sebarang markah.
vi. Pantun yang berupa pelarian , yakni yang tidak menjawab soalan tidak
diberikan markah.

6.5 PANDUAN PEMARKAHAN UNTUK HAKIM KEDUA

(Menghakimi isi- Padat & jitu serta bernilai susila – 10/20 markah)

ISI - Jumlah Markah (10/20 )

Pantun yang dijual dan dibeli hendaklah:-

i. Padat dan jitu - 5 markah


ii. Mempunyai nilai susila - 5 markah

Padat dan jitu bermaksud:


 Pemilihan kosa kata yang indah
 Tanpa kesalahan bahasa
 Susunan kosa kata yang betul

Mempunyai nilai susila:-

Pantun sarat dengan nilai-nilai murni dan dapat dijadikan panduan/pedoman dalam
kehidupan seharian

6.6 PANDUAN PEMARKAHAN HAKIM KETIGA

Menghakimi Bahasa - Pola Rima & Suku kata (10/ 20 )


1. Pola Rima `abab’

 Rima di hujung baris - 3 markah


 Rima di tengah - 2 markah

2. Suku kata dalam baris

 8 hingga 12 suku kata - 5 markah

6.7 PANDUAN PEMARKAHAN HAKIM 4 :

Menghakimi bahasa – pembayang dan maksud serta tautannya ( 10 / 20 )

Pembayang maksud- ( 6 markah )

a) Terdapat tautan / kesinambungan dengan baris pertama dengan baris


kedua.

 Pembayang maksud mestilah berkaitan dengan keindahan alam


semesta atau unsur semula jadi atau kerenah manusia.
 Pembayang maksud mestilah mempunyai cerita yang jelas dan
berkaitan.
 Pembayang maksud tidak mengandungi maksud kiasan seperti
metafora, personifikasi, simile dan seumpamanya.

Tautan pembayang dengan maksud- ( 4 markah )

 ( Ada hubungan antara baris pembayang dengan baris maksud ).

6.8 PANDUAN PEMARKAHAN HAKIM 5 :

Menghakimi persembahan – gerak fizikal, intonasi, jeda, kelancaran dan sebutan baku.
(10 markah)

a) Gerak-geri yang seimbang dengan pantun ( 3 markah )

 ( Gerak-geri tangan, jelingan dan senyuman. Jika terdapat aksi


yang berlebihan, tiada markah yang diberikan ).

b) Intonasi dan jeda ( 3 markah )

 ( Jeda ialah nada / hentian sebutan bagi suku kata pada setiap
baris ).

 Intonasi ialah nada bagi memisahkan maksud dengan


pembayang maksud pantun.

c) Kelancaran ( 2 markah )
( Tiada kegagapan dan perulangan dalam pengucapan ).

d) Sebutan baku dan jelas ( 2 markah )

BORANG PEMARKAHAN HAKIM PESTA PANTUN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH


PERINGKAT KEBANGSAAN 2008

NAMA HAKIM

1 2 3 4 5 ……………………………………………………
(Nama hakim)

NEGERI :____________________________________

NAMA PEMANTUN: Pusingan


Jumlah
1 2 3

1.

2.
3.

Jumlah

KEPUTUSAN PERTANDINGAN PESTA PANTUN


PERINGKAT KEBANGSAAN 2008

NEGERI:…………………………………………………………………..

HAKIM 1 2 3 4 5 JUMLA
H

PESERT
A
A
PESERT
A
B

PESERT
A
C

JUMLAH

KEPUTUSAN PERTANDINGAN
PESTA PANTUN PERINGKAT KEBANGSAAN 2008
NEGERI:……………………………………………………………….
JUMLAH
HAKIM 1 2 4 4 5

PESERT
A

PESERT
A

2
PESERT
A

JUMLAH

PANDUAN UNTUK HAKIM


BIL JENIS KESALAHAN HURAIAN DAN MARKAH DITOLAK
Tolak semua markah isi : Hakim 1 dan Hakim 2 ( 0
Bukan pantun jual / pantun pernyataan markah )
1 Cuma intonasi dinaikkan pada baris Contoh:
keempat atau cara berpantun seolah - olah Burung merbuk riang bersenda,
bertanya Bersenda riang di pohon turi;
sayang remaja wawasan tiada
ibunda tercinta menghilang diri ?
Tolak markah isi
Hakim 1 : tolak 10 markah
2 Dua soalan dalam satu pantun Hakim 2 : tolak 10 markah
Contoh:
Ilmu dituai buahnya di mana?
Pabila dituai murnikah hasilnya?
3 Lari tidak menepati tema Tolak 20 markah isi (Hakim 1 dan hakim 2)
4 Tidak baku Tolak 2 markah persembahan. ( Hakim 5 )
Tolak 20 markah isi
Hakim 1 dan hakim 2
5 Pantun jual berbentuk kuiz Contoh:
Angin teknologi menghembus maju
Pusat cyber dibina bila
Tolak 40 markah ( markah isi dan bahasa )
6 Perbincangan sesama sendiri/ memberi Hakim 1, hakim 2 ( isi )
nota semasa menjual dan menjawab Hakim 3 dan Hakim 4 ( bahasa )
Tolak 2 markah persembahan
7 Tergagap / tersekat-sekat Hakim 5 : hakim persembahan sahaja
Tergagap / tersekat sekali : 1 markah
Tergagap / tersekat 2 kali & lebih : 2 markah
Pantun ciplak ( pantun jual atau pantun Ciplak sebaris - tolak 5 markah ( Hakim 4 )
beli ) sama ada: Peribahasa Ciplak dua baris – tolak 10 markah ( Hakim 4)
8  Pantun lama atau Contoh:
 Diambil daripada pihak lawan- sebaris Buah cempedak di luar pagar
atau dua baris penuh. Bunga melur cantik di taman
 Mengulang pantunnya sendiri atau cantik di rimba
pantun pasukannya- sebaris atau dua cantik di tanjung
baris penuh.
Tolak 20 markah bahasa : Hakim 3 dan Hakim 4
9 Pantun tercemar / tidak bermoral Contoh:
sayang puteri termenung di pangkin,
budak kecil bermain di taman;
gejala dadah kian menular,
mengapa renaja tampak keliru.
Tolak 20 markah isi : Hakim 1 dan Hakim2
Pantun jawapan pelarian Contoh: jawapan disedia berasaskan tema
Tidak menjawab soalan yang diberi. 1. Budaya ilmu amalan mulia
10 Pemantun mesti memahami soalan dan darjat insan kan kekal berzaman
mengambil sebahagian soalan yang 2. manfaat ilmu bersinar indah
dijual sebagai asas jawapan. insan kreatif memimpin pertiwi
3. manfaat ilmu bersinar indah
kukuhkan iman hadapi dugaan
11 Hakim 1( isi ) : memberi 5 markah
Pihak lawan mesti membeli pantun Hakim 2 ( isi ): memberi 5 markah
berasaskan tema walaupun pantun jual Hakim 3 ( bahasa ) : memberi markah per 10
gagal dilafazkan dalam tempoh yang Hakim 4 ( bahasa ) : memberi markah per 10
ditetapkan. Hakim 5 ( persembahan ): markah per 10
RAGAM BAHASA DALAM PANTUN

JENIS HURAIAN DAN CONTOH


Perbandingan secara langsung
 bahtera merdeka berlayar sudah
 gedung ilmu
 warga emas memimpin waktu
METAFORA Contoh maksud pantun
Bunga ilmu mekar mewangi,
bagaimana harumnya majukan bangsa?
Contoh maksud pantun
Lautan ilmu diharung sudah,
mengapa lemas di jagat raya?
Perbandingan secara tidak langsung
( bagai, bak, seperti, umpama, macam, laksana dll )
 gigih pak tua bak semarak api
 laksana helang di angkasa raya
Contoh pantun
Rangkaian satelit bak cendawan tumbuh,
SIMILE Nilaian kudus dirakam bagaimana.
Contoh pantun
Andai masa bak mata pedang,
mengapa dibiar menikam diri?
Unsur perorangan. Memberi sifat manusia kepada benda –
benda bukan manusia
PERSONIFIKASI  Tampak rembulan tersenyum padaku
 alam terbakar menangis hiba
 hembusan sang bayu menyapa puteri
Pembalikan susunan kata – kata
 jiwa pak tua teguhnya masih
INVERSI  remaja kini ditegur jangan
 ilmu dituai buahnya di mana?
 kasih beralih dibelai bagaimana?
Kiasan yang melampau dan berlebih – lebihan
 gerak remaja memukau ummah
 hilang duniaku sekelip mata
 penjara rumah berabad sudah
HIPERBOLA  kasih ibu melaut saujana
Contoh pantun ( tema : tanggungjawab remaja )
Gunung terbeban dipikul remaja
kenapa bimbang dipikul gelombang?
Pengulangan kata sebagai penegas; anafora, reponsi, epifora
Contoh pantun
REPETISI Orang di Jawa menanam kapas,
Orang di Eropah menanam anggur;
Jangan tertawa pelepah di atas,
melihat pelepah di bawah yang gugur.

ASONANSI Perulangan huruf vocal


ALITERASI Perulangan huruf konsonan
PROFESIONAL HAKIM PANTUN

CONTOH PANTUN JUAL

Juntai cendana sisian keledang,


kelapa berjajar luas terperi;
andai masa bak mata pedang,
mengapa dibiar menikam diri.

HAKIM BIDANG TUGAS MARKAH DINILAI


Hakim 1
10 markah Menilai soalan baris 3 Jelas dan Tepat
Menilai soalan baris 3 dan 4
dan 4 10 MARKAH
Menilai jawapan baris 3 Andai masa bak mata
dan 4 pedang
Mengapa dibiar menikam
diri
Hakim 2
10 markah juntai cendana sisian Pemilihan kata di baris
Pemilihan kata dan nilai keledang, pembayang tidak tepat
susila kelapa berjajar luas Nilai susila kurang menarik
terperi;
andai masa bak mata PEMILIHAN DIKSI – 3
pedang, NILAI SUSILA -3
mengapa dibiar
menikam diri.

Hakim 3 Menilai pola rima dan


10 markah suku kata Rima tengah : 2
Menilai pola rima dan Juntai cendana sisian Rima hujung : 3
suku kata keledang, Suku kata : 5
kelapa berjajar luas
terperi; JUMLAH : 10 MARKAH
andai masa bak mata
pedang,
mengapa dibiar
menikam diri.
Hakim 4 Hubungan baris 1 & 2
10 markah Juntai cendana sisian
Pembayang maksud dan keledang
maksud serta tautannya Kelapa berjajar luas
terperi
( 2 markah ) 4 markah
Ada cerita
TIADA tautan
Tiada kiasan
juntai cendana sisian
keledang – b 1
andai masa bak mata
pedang - b3
kelapa berjajar luas terperi
- b2
mengapa dibiar menikam
diri - b4

( 2 markah )
PEMBAYANG KURANG
MENGGAMBARKAN
MAKSUD

Hakim 5
10 markah Gerak fizikal : 3 Berasaskan pemerhatian
Gerak fizikal : 3 Intonasi :3 atau ketelitian hakim
Intonasi :3 Kelancaran : 2
Kelancaran : 2 Sebutan baku : 2
Sebutan baku: 2

HAKIM 1
MENILAI SOALAN BERASASKAN TEMA
10 MARKAH

Fokus Hakim 1 ( hakim isi ): pantun soal


 baris ketiga dan keempat.
 peserta yang sama atau peserta dalam pasukan tidak mengulang / meniru soalan yang
sama atau hampir sama ( peserta kurang kreatif ). Markah tidak lebih daripada 3 markah
 peserta tidak meniru jawapan pasukan lawan
 pantun yang dijual mesti berasaskan tema. 0 markah tidak berasaskan tema.
 Hakim dan peserta prihatin ‘bentuk dan aras soalan’

Contoh – contoh soalan pantun

Redup nyaman di kala senja,


undan di sawah terbang ke hilir;
hidup setaman tidak bersapa,
sahutan muhibah mengapa dipinggir? ( Tema : Amalan kejiranan )

9-10 Hidup setaman tiada bersapa,


SOALAN YANG JELAS Sahutan muhibah mengapa dipinggir ?
7-8 Hidup setaman tiada bersapa,
SOALAN YANG Dijurang sengketa mengapa terjadi?
MASIH BAIK ( tiada bersapa seolah – olah ada sengketa )
5-6 Hidup setaman tiada bersapa,
SOALAN SEDERHANA Tika bertemu mengapa membisu?
( tidak bersapa = membisu )
3-4
SOALAN Hidup setaman tiada bersapa,
LEMAH Bolehkah jiran usahakan damai?
Soalan : menunjukkan sudah ada jawapan
1-2 Hidup setaman tiada bersapa,
SOALAN SANGAT LEMAH Mengapakah sukan menjadi lesu.
0 Mengapa setaman tiada bersapa ?,
DUA SOALAN Tercuitkah hati ingin berdamai?
0 Hidup setaman tiada bersapa,
SOALAN PERNYATAAN Tika bertemu juga bermesra?
0 Budaya ilmu digarap indah,
PANTUN KUIZ Siapa ilmuan paling tersohor?

HAKIM 1
MENILAI JAWAPAN BERASASKAN TEMA

10 MARKAH

Fokus Hakim 1( Hakim Isi ): pantun soal


 Menilai baris ketiga dan baris keempat.
 Jawapan dalam bahagian maksud pantun beli / pantun jawapan boleh mengandungi kata /
frasa yang terdapat dalam bahagian maksud (soalan) pantun jual.
 Peserta yang sama atau peserta dalam pasukan tidak mengulang / meniru jawapan yang
sama ( peserta kurang kreatif ). Markah diberi tidak lebih daripada 2 markah
 Peserta menjawab soalan yang dijual sahaja.
 Hakim berhak memberikan markah antara 3-4 markah sahaja sekiranya jawapan nafi
diberikan dengan alasan ( Contohnya, “takkan” ).
 Hakim berhak memberikan markah 0 sekiranya jawapan nafi diberikan tanpa alasan
(Contohnya, “takkan”).
 0 markah tidak menjawab soalan atau 0 markah untuk jawapan pelarian.
 Hakim dan peserta prihatin ‘bentuk dan aras soalan’
 0 markah bagi peserta yang mengambil sepenuhnya jawapan peribahasa.

Contoh – contoh pantun jawapan

Duduk di dapur membakar bahulu,


untuk dibuat hidangan kenduri; Pantun jual
kawan ketawa ramai selalu, ( Tema: amalan kejiranan )
bila susah mengapa sendiri?

Berjaja meriah di pekan sari,


sirih dijual, serapah dibaca; Pantun beli
tika susah pasti sendiri, ( Tema: amalan kejiranan )
rakan ketawa tak sanggup berkorban.

9-10 Tika susah pasti sendiri,


BAIK Boleh mengenal intan dan kaca.
Jelas ( simbol / metafora / simile / yang jelas )
7-8 Tika susah pasti sendiri,
masih baik Barulah kenal budi sahabat.
5-6
sederhana Tika susah pasti sendiri,
Tidak dapat membuat Sahabat sejati dicari masih.
perbandingan ( baru hendak mencari rakan )
3-4
lemah Tika susah pasti sendiri,
Usah dikenang rakan ketawa.
1-2 Tika susah pasti sendiri,
sangat lemah ibu menangis duduk di rumah.

0 ( PELARIAN ) Adat dunia begitu lumrahnya,


 Tidak menjawab soalan Jangan kecewa kuatkan semangat
 Jawapan pelarian ATAU
 Jawapan sudah sedia Ketawa dan tangis seiring masa,
berasaskan tema tautan kasih hanya di jiwa.

PANTUN JAWAPAN PELARIAN

CONTOH – CONTOH PANTUN PENJELASAN JAWAPAN PANTUN


serindit berkidung di pohon sena,
di ranting tinggi tiadakan gayat;
Sirih gaharu dijaga cermat, berbuah ilmu serata buana,
dibungkus rapi kain berwarna; menjadi panduan sepanjang hayat.
berjerih guru menyemai maklumat, ATAU
ilmu dituai, buahnya di mana. ilmu dituai, ada tempatnya
berbuah ilmu, serata buana

1. sebaris soalan diambil dijadikan jawapan


2. jawapan pengukuh
Hakim 1 : boleh memberi 9 @ 10 markah

Contoh jawapan pelarian:


jawapan tuan bicaranya mudah,
kiranya kita ada pertemuan
Pantun jual yang sama
ilmu dituai, buahnya di mana?  pelarian yang jelas kerana tidak
menjawab soalan
 Hakim 1 (isi) memberi 0 markah
 Hakim 2 (isi) memberi 0 markah

Contoh jawapan pelarian:


soalan tuan tidak kugundah,
yakinkan diri kuatkan iman
Pantun jual yang sama
ilmu dituai, buahnya di mana?  pelarian yang jelas kerana tidak
menjawab soalan
 Hakim 1 (isi) memberi 0 markah
 Hakim 2 (isi) memberi 0 markah

Tema : kecemerlangan ilmu Tema : kecemerlangan ilmu

Contoh jawapan pelarian:


Pantun jual yang sama budaya ilmu kian bercambah,
ilmu dituai, buahnya di mana? ilmuan tersohor daulatkan nusa

 pelarian yang jelas kerana tidak


menjawab soalan
 jawapan disediakan lebih awal
berasaskan tema
 Hakim 1 (isi) memberi 0 markah
 Hakim 2 (isi) memberi 0 markah

Tema : kecemerlangan ilmu Contoh jawapan


Takkan remaja akhlaknya suram
Pantun ijual bimbingan agama tersemat di kalbu
Akhlak remaja muramnya sudah
mampukah remaja mengharung zaman Dianggap tidak menjawab soalan
Soalan bertanya mampu atau
tidak

HAKIM 2 : 10 markah
Pemilihan kata / Diksi dan Nilai Susila
Padat dan jitu : 5 markah mempunyai nilai susila : 5 markah

Fokus Hakim 2 ( hakim isi ):


 Menilai pemilihan kata/frasa dan nilai susila pada keseluruhan baris.
 Pemilihan kata yang betul, tepat, indah dan berfungsi.
 Pemilihan kata yang tidak berulang - ulang
 Peserta tidak mengulang perkataan yang sama dalam baris pembayang atau baris
maksud.
 Sekiranya pemantun mengulang kata/frasa yang sama dengan ketara dan
memperlihatkan pemantun ketandusan diksi, hakim berhak memberikan 2 markah sahaja
bagi markah padat dan jitu.

CONTOH PEMBERIAN MARKAH

CONTOH - CONTOH PANTUN PADAT & JITU NILAI SUSILA


5 markah 5 markah
jangan diusik kerbau jalang Kata / frasa yang Mempunyai
jika digesel rebah juga; digunakan tepat nilai,yang
kalau nasib memang malang, menggambarkan
sudah jatuh ditimpa tangga. mood pantun
4 – 5 MARKAH
4 – 5 MARKAH

jangan dihalau kerbau jalang, Kata / frasa yang Nilai estetika


jika ditanduk jatuhlah juga; berulang. Kata yang agak
kalau nasib sudahlah malang, tidak tepat longgar
walaupun jatuh masih berbangga 3 MARKAH
3 MARKAH

jangan dibaling kerbau jalang, Kata / frasa yang Tidak mempunyai


ke hujung tanjung mengutip pegaga tidak tepat nilai estetika
kalau nasib sudahlah malang, dengan mood
walaupun jatuh bangunlah juga pantun

2 MARKAH 2 MARKAH
jangan dibaling kerbau jalang Kata yang tidak Tidak mempunyai
di pagi hari, dinginlah juga; tepat nilai estetika
kalau nasib sudahlah malang Kata/frasa yang Tiada kaitan
duduk di anjung makanlah juga dianggap tidak antara baris –
logik
1 MARKAH 1 MARKAH

CONTOH PEMBERIAN MARKAH


BAGI PANTUN PEMBAYANG CIPLAK

CONTOH PEMANTUN YANG SAMA MENCIPLAK PEMBAYANG SENDIRI


DI PUSINGAN 2 DAN KE- 3

PUSINGAN 1 PUSINGAN 2 PUSINGAN 3


Peserta 1 Peserta 1 Peserta 1
bunga melur indah di laman bunga melur di tepi perigi di tepi perigi merimbun melur
dipetik dara, di kala pagi daunnya gugur sepah merata tempat pipit bermain riang

Hakim 4: menilai seperti biasa Hakim 4 : memberi 2 markah Hakim 4:memberi 2 markah
( hubungan baris 1 dan 2 ) ( markah padat dan jitu ) ( markah padat dan jitu)

CONTOH PEMANTUN DALAM KUMPULAN MENCIPLAK PEMBAYANG RAKAN


SEPASUKAN DALAM MANA – MANA PUSINGAN

PUSINGAN 1 PUSINGAN 2 PUSINGAN 3


Peserta 1 Peserta 2 Peserta 3
bunga seroja indah di laman bunga seroja indah di laman bunga seroja indah di laman
tempat puteri berhibur hati daunnya gugur sepah merata tempat pipit bermain riang

Hakim 4 : memberi 2 markah


Hakim 4: menilai seperti biasa ( markah padat dan jitu ) Hakim 4 : memberi 2 markah
( markah padat dan jitu ) ( markah padat dan jitu )
HAKIM 3 : 10 markah
POLA RIMA DAN SUKU KATA
Rima tengah : 2 markah
Rima hujung : 3 markah
Suku kata : 5 markah
( 8 suku kata hingga 12 suku kata )

FOKUS HAKIM 3:
 10 markah ( rima tengah 2 markah, rima hujung 3 markah )
 Rima tengah berasaskan sebutan / bunyi
 Rima hujung berasaskan suku kata.
 Suku kata : 5 markah ( 8 – 12 suku kata )
 Lebih daripada 12 suku kata :3 markah sahaja
 Lebih daripada 14 suku kata: 1 markah sahaja
 Kurang daripada 8 suku kata : 1 markah sahaja

Contoh – contoh pantun

Pulau karang jauh berjajar,


buih membusa di tepi – tepinya; rima tengah : 2 markah
kalau kurang menaruh sabar, rima akhir : 1 markah
boleh binasa semua jadinya. suku kata : 5 markah Jumlah
markah : 8

Bayu berlalu di teluk tenang,


Menerpa lembayung mengorak tingkah; rima tengah : 2 markah
Ilmu baru setampuk pinang, rima akhir : 3 markah
Kenapa gunung hendak dilangkah? suku kata : 5 markah Jumlah
markah : 10

Burung kedidi hinggap di dahan,


Turun ke tanahdi pinggir kota; rima tengah : 2 markah
Rosakkah budi runtunan kemajuan, rima akhir : 2 markah
Musnahkah maruah kerana harta? suku kata : 5 markah Jumlah markah : 9

Pulau di balik Pulau Gosong,


Pandang di Jawa diranggungkan; rima tengah : 1 markah
Jangan kata terdorong – dorong, rima akhir : 2 markah
Badan dan nyawa menanggungkan. suku kata : 5 markah Jumlah
markah :8
Laksana teruna putera di Johor,
Bijak membilang ayam betina; rima tengah : 0 markah
Jasad menangis di pintu kubur, rima akhir : 1 markah
Hendak kembali ke alam dunia. suku kata : 5 markah Jumlah
markah : 6

Contoh pemberian markah rima tengah dan rima akhir

SKALA PANGKAL TENGAH AKHIR


Markah Bunyi Bunyi Bunyi
Terbaik : 5 rang lar,
5 markah rima Tidak diambil kira sa nya;
rang lar,
sa nya.
2 markah 3 markah
Baik :3 lu lang,
3 markah rima Tidak diambil kira bung sah;
ru lang,
bung mah.
1 markah 2 markah
Sederhana 2 di rang,
2 markah rima Tidak diambil kira mah ti;
gi yang,
lah li.
1 markah 1 markah

Suku kata : antara 8-12 suku kata : layak mendapat 5 markah


Sekiranya, pemantun mengungkapkan rima syair ( rima akhir), Hakim 3 TIDAK
MEMBERIKAN SEBARANG MARKAH UNTUK RIMA
HAKIM 4 : ( 10 markah )
PEMBAYANG MAKSUD ( 6 MARKAH )
KESESUAIAN DENGAN MAKSUD ( 4 MARKAH )

FOKUS HAKIM 4:
 10 markah sahaja.
 Hubungan baris 1 dan baris 2 ( ada cerita, bertautan dan tiada kiasan) : 6
markah
 Hubungan pembayang maksud dan kaitannya dengan maksud : 4 markah
 Menilai keserasian antara pembayang dengan maksud : 3 markah
 Ada cerita, bertautan dan tiada kiasan : 5 – 6 markah
 Ada cerita, MASIH ada tautan dan tiada kiasan : 3 – 4 markah
 Ada cerita, TIADA tautan , tiada kiasan : 2 markah
 Ada cerita< TIADA tautan, ADA kiasan : 1 – 2 markah
 TIADA cerita, TIADA tautan, ADA kiasan : 1 markah

1. HUBUNGAN BARIS 1 dan BARIS 2 ( ada cerita , bertautan dan tiada kiasan : 6
MARKAH

Baik
(5 – 6 markah) Pergi menebang si pohon sena,
Ada cerita, buat pangkin di rumpun rendang;
bertautan dan
tiada kiasan
Sederhana
(3 – 4 markah ) 1. Pergi menebang si pohon sena,
Ada cerita, jangan lupa membawa parang
masih ada
tautan 2 Pergi menebang si pohon sena,
dan tiada si pohon sena di hujung kampung (mengulang frasa :
kiasan si pohon sena)

Lemah
( 2 markah) Pergi menebang si pohon sena,
Ada cerita, sayang petani pergi ke bendang;
tiada tautan,
tiada kiasan
Lemah
(1 – 2 markah) Pergi menebang si pohon sena,
Ada cerita, bayu menyapa di waktu petang;
tiada tautan
,ada kiasan
Amat lemah
1 markah Mentari pagi menyapa sena,
Tiada cerita,’ bayu berlalu membelai kalbu
Tiada tautan,
Ada kiasan

CONTOH PEMBERIAN MARKAH


BAGI PANTUN PEMBAYANG CIPLAK

CONTOH PEMANTUN YANG SAMA MENCIPLAK PEMBAYANG SENDIRI


DI PUSINGAN 2 DAN KE- 3

PUSINGAN 1 PUSINGAN 2 PUSINGAN 3


Peserta 1 Peserta 1 Peserta 1
bunga melur indah di laman bunga melur di tepi perigi di tepi perigi merimbun melur
dipetik dara, di kala pagi daunnya gugur sepah merata tempat pipit bermain riang

Hakim 4: menilai seperti biasa Hakim 4 : memberi 2 markah Hakim 4:memberi 2 markah
( hubungan baris 1 dan 2 ) ( markah padat dan jitu ) ( markah padat dan jitu)

CONTOH PEMANTUN DALAM KUMPULAN MENCIPLAK PEMBAYANG RAKAN


SEPASUKAN DALAM MANA – MANA PUSINGAN

PUSINGAN 1 PUSINGAN 2 PUSINGAN 3


Peserta 1 Peserta 2 Peserta 3
bunga seroja indah di laman bunga seroja indah di laman bunga seroja indah di laman
tempat puteri berhibur hati daunnya gugur sepah merata tempat pipit bermain riang

Hakim 4 : memberi 2 markah


Hakim 4: menilai seperti biasa ( markah padat dan jitu ) Hakim 4 : memberi 2 markah
( markah padat dan jitu ) ( markah padat dan jitu )
2.Hubungan PEMBAYANG MAKSUD dan kaitannya dengan MAKSUD ( 4 MARKAH)

Melati berserak tiada berguna,


bunga hiasan tiada pengganti;
pasti terjebak dadah durjana,
takwa dan iman tiada di hati.

4  berserak tiada berguna – baris 1


baik  terjebak dadah durjana – baris 3
*ada kaitan  hiasan tiada pengganti - baris 2
 iman tiada di hati - baris 4
 dihias serasi – baris 1
3  mengganti tradisi - baris 3
masih baik  lelawang madah terakhir – baris 2
*ada kaitan  pawang di era mutakhir - baris 4
 kenyalang sayup riang – baris 1 ( berasa gembira )
2  hidup dirintang reba - baris 3 ( berasa hiba )
sederhana  tampak berwarna kelabu – baris 2
kurang berkait  Akhlak memikat kalbu - baris 4

 terbilang melenggok seroja – baris 1


1  dijulang wawasan dipuja - baris 3
lemah
 temu diruah redah - baris 2
 tercetuskah sudah - baris 4
1  sayang puteri duduk termenung – baris 1
lemah  kalau ilmu penuh setanjung - baris 3
 selepas puas tertidur lena - baris 2
 kalah dek petua lama - baris 4

Pantun dapat dijadikan panduan dan pedoman dalam kehidupan seharian

Jangan diusik kerbau jalang,


Jika digesel rebah juga; contoh pantun Johor dan Melaka
kalau nasib memang malang, jalang menggambarkan malang
kalau jatuh ditimpa tangga. rebah menggambarkan jatuh

hilir berderap mudik berderap,


patah galah di dalam perahu; dinilai sangat beruntung, tetapi tiada
berguna
sungguh laksana bunga dedap,
cantik merah tiada berbau patah galah dalam perahu
menggambarkan keadaan yang
tidak menguntungkan =
cantik merah tiada berbau
HAKIM 5 : 10 MARKAH
GERAK FIZIKAL ( 3 markah ),
INTONASI ( 3 markah )
KELANCARAN ( 2 markah ),
BAKU ( 2 markah )

FOKUS HAKIM 5:

 10 markah sahaja.
 Gerak fizikal / bahasa tubuh : 3 markah
 Intonasi : 3 markah
 Kelancaran : 2 markah
 Sebutan baku : 2 markah
 Menghayati pantun yang diucap dan gerak geri tangan yang seimbang
 lntonasi serta jelingan dan senyuman berasaskan ‘mood’ diksi dalam pantun
 Berkeyakinan / kelihatan tenang, jeda yang sesuai setiap baris / sekata.

INTONASI / JEDA
SKALA GERAK – GERI 3 markah
3 markah KELANCARAN
2 markah
BAKU – 2 markah
 Menghayati pantun yang  Jeda yang sesuai setiap
diucap baris/sekata
BAIK  Gerak geri tangan yang  Intonasi berasaskan ‘mood’ diksi
3 markah seimbang pantun
 Jelingan dan senyuman yang  Berkeyakinan
sesuai dengan diksi.
 Berkeyakinan
 gerak- geri tangan yang  intonasi suara yang melandai /
SEDERHANA dibuat – buat sama
2 markah  jelingan yang berlebihan /  hentian jeda agak perlahan atau
menghala setempat agak cepat
 senyuman yang seakan –  ada yang tersekat – sekat.
akan dibuat – buat  Tidak yakin

 Gerak – geri tangan  Tidak bijak mengawal intonasi
LEMAH berlebihan / kelihatan kaku.  Hentian jeda yang tidak kena
1 markah  Tampak agak tertekan. pada tempatnya
 Kurang yakin  Tersekat – sekat dan tergagap –
gagap.
 Suara: antara dengar dengan
tidak.
BORANG PENGHAKIMAN
( HAKIM PERTAMA – ISI : 10 MARKAH )
PESTA PANTUN PERINGKAT KEBANGSAAN 2008

TARIKH : __________________ TEMPAT : ________________________

SEKOLAH : ______________________________ NEGERI : ______________

TEMA Pemantun 1 Pemantun 2 Pemantun 3

SESI MENILAI PEMANTUN JUAL BELI JUAL BELI JUAL BELI JUML
AH
P1:
P2:
P3:
JUMLAH BESAR

VS
SEKOLAH : ______________________________ NEGERI : ______________

TEMA Pemantun A Pemantun B Pemantun C

SESI MENILAI PEMANTUN JUAL BELI JUAL BELI JUAL BELI JUML
AH
P1:
P2:
P3:
JUMLAH BESAR

Nama hakim : ______________________________________________ Tandatangan :


____________________

FOKUS HAKIM 1:

 10 MARKAH sahaja.
 Menilai baris ketiga dan keempat.
 Pemantun yang sama atau pemantun dalam pasukan atau pasukan lawan tidak
mengulang / meniru jawapan yang sama (peserta kurang kreatif) Markah diberi
tidak lebih daripada 2 markah.
 Pemantun MESTI fokus pantun yang dijual dan menjawab soalan yang dijual
sahaja.
 0 markah tidak menjawab soalan atau 0 markah untuk jawapan pelarian.
 Pemantun prihatin ‘bentuk dan aras soalan’.
 0 markah bagi peserta yang mengambil sepenuhnya jawapan peribahasa.
 Pantun jawapan berbentuk nafi dengan alasan : 3 – 4 markah
 Pantunjawapan berbentuk nafi tanpa alasan : 0 markah
BORANG PENGHAKIMAN
( HAKIM KEDUA – ISI : 10 MARKAH )
PESTA PANTUN PERINGKAT KEBANGSAAN 2008

TARIKH : __________________ TEMPAT : ________________________

SEKOLAH : ______________________________ NEGERI : ______________

TEMA Pemantun 1 Pemantun 2 Pemantun 3

SESI MENILAI PEMANTUN JUAL BELI JUAL BELI JUAL BELI JUML
AH
P1:
P2:
P3:
JUMLAH BESAR

LWN
SEKOLAH : ______________________________ NEGERI : ______________

TEMA Pemantun A Pemantun B Pemantun C

SESI MENILAI PEMANTUN JUAL BELI JUAL BELI JUAL BELI JUML
AH
P1:
P2:
P3:
JUMLAH BESAR

Nama hakim : ______________________________________________ Tandatangan :


____________________

FOKUS HAKIM 2:

 10 MARKAH ( padat dan jitu : 5 markah, nilai susila : 5 markah )


 Menilai pemilihan kata/frasa serta nilai susila pada keseluruhan baris
 Pemantun tidak mengulang perkataan yang sama dalam baris pembayang atau
baris maksud.
 Sekiranya pemantun mengulang kata/frasa yang sama dengan ketara dan
memperlihatkan pemantun ketandusan diksi, hakim berhak memberikan 2
markah sahaja bagi markah padat dan jitu.

BORANG PENGHAKIMAN
( HAKIM KETIGA – BAHASA : 10 MARKAH )
PESTA PANTUN PERINGKAT KEBANGSAAN 2008

TARIKH : __________________ TEMPAT : ________________________


SEKOLAH : ______________________________ NEGERI : ______________

TEMA Pemantun 1 Pemantun 2 Pemantun 3

SESI MENILAI PEMANTUN JUAL BELI JUAL BELI JUAL BELI JUML
AH
P1:
P2:
P3:
JUMLAH BESAR

VS
SEKOLAH : ______________________________ NEGERI : ______________

TEMA Pemantun A Pemantun B Pemantun C

SESI MENILAI PEMANTUN JUAL BELI JUAL BELI JUAL BELI JUML
AH
P1:
P2:
P3:
JUMLAH BESAR

Nama hakim : ______________________________________________ Tandatangan :


____________________

FOKUS HAKIM 3:
 10 markah ( rima tengah 2 markah, rima hujung 3 markah )
 Rima tengah berasaskan sebutan / bunyi
 Rima hujung berasaskan suku kata.
 Suku kata : 5 markah ( 8 – 12 suku kata )
 Lebih daripada 12 suku kata :3 markah suku kata sahaja.
 Lebih daripada 14 suku kata: 1 markah sahaja
 Kurang daripada 8 suku kata : 1 markah sahaja

BORANG PENGHAKIMAN
( HAKIM KEEMPAT – KEINDAHAN BAHASA : 10 MARKAH )
PESTA PANTUN PERINGKAT KEBANGSAAN 2008

TARIKH : __________________ TEMPAT : ________________________

SEKOLAH : ______________________________ NEGERI : ______________

TEMA Pemantun 1 Pemantun 2 Pemantun 3


SESI MENILAI PEMANTUN JUAL BELI JUAL BELI JUAL BELI JUML
AH
P1:
P2:
P3:
JUMLAH BESAR

VS
SEKOLAH : ______________________________ NEGERI : ______________

TEMA Pemantun A Pemantun B Pemantun C

SESI MENILAI PEMANTUN JUAL BELI JUAL BELI JUAL BELI JUML
AH
P1:
P2:
P3:
JUMLAH BESAR

Nama hakim : ______________________________________________ Tandatangan :


____________________

FOKUS HAKIM 4:
 10 markah sahaja.
 Hubungan baris 1 dan baris 2 ( ada cerita, bertautan dan tiada kiasan) : 6
markah
 Hubungan pembayang maksud dan kaitannya dengan maksud : 4 markah
 Menilai keserasian antara pembayang dengan maksud : 3 markah
 Ada cerita, bertautan dan tiada kiasan : 5 – 6 markah
 Ada cerita, MASIH ada tautan dan tiada kiasan : 3 – 4 markah
 Ada cerita, TIADA tautan , tiada kiasan : 2 markah
 Ada cerita< TIADA tautan, ADA kiasan : 1 – 2 markah
 TIADA cerita, TIADA tautan, ADA kiasan : 1 markah

BORANG PENGHAKIMAN
( HAKIM KEEMPAT – PERSEMBAHAN : 10 MARKAH )
PESTA PANTUN PERINGKAT KEBANGSAAN 2008

TARIKH : __________________ TEMPAT : ________________________

SEKOLAH : ______________________________ NEGERI : ______________

TEMA Pemantun 1 Pemantun 2 Pemantun 3

SESI MENILAI PEMANTUN JUAL BELI JUAL BELI JUAL BELI JUML
AH
P1:
P2:
P3:
JUMLAH BESAR

VS
SEKOLAH : ______________________________ NEGERI : ______________

TEMA Pemantun A Pemantun B Pemantun C

SESI MENILAI PEMANTUN JUAL BELI JUAL BELI JUAL BELI JUML
AH
P1:
P2:
P3:
JUMLAH BESAR

Nama hakim : ______________________________________________ Tandatangan :


____________________

FOKUS HAKIM 5:

 10 markah sahaja.
 Gerak fizikal / bahasa tubuh : 3 markah
 Intonasi : 3 markah
 Kelancaran : 2 markah
 Sebutan baku : 2 markah
 Menghayati pantun yang diucap dan gerak geri tangan yang seimbang
 lntonasi serta jelingan dan senyuman berasaskan ‘mood’ diksi dalam pantun
 Berkeyakinan / kelihatan tenang, jeda yang sesuai setiap baris / sekata.


TEKS PENGERUSI PANTUN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Yang Berbahagia …………………………. [ nama dan jawatan ]


Yang Berusaha ……………………………. [ nama dan jawatan ]
Yang Dihormati…………………………… [ nama dan jawatan ]
Yang dihormati dif – dif jemputan,irin
Yang dihormati para hakim, guru – guru pengiring, para pemantun dan hadirin yang dikasihi
lagi dimuliakan.

Bersyukur kita ke Hadrat llahi kerana pada hari ini kerana hari ini kita sama – sama dapat
bersapa mesra dalam Pesta Pantun Peringkat ………………………. sambil berhubung mesra,
kita dapat menghayati keindahan warisan Melayu yang tak luput ditelan zaman biarpun arus
kemajuan dihirup segar sekarang ini.

Daerah …………… nama diberi,


menyimpan sejarah sepanjang masa;
meraut seni menyulam tradisi,
tersimpul ikatan jalinan mesra.

Sebelum gelanggang pantun dibuka, saya mempersilakan pasukan pantun dari


…………………………………....... dan pasukan dari ……………………mengambil tempat
masing – masing.

Saya mempersilakan barinsan hakim yang dedikasi dan bijaksana mengambil tempat mengikut
prosedur masing – masing. Pihak majlis mempersilakan.

Eloklah saya memperkenalkan barisan pemantun pada hari ini. Di sebelah kanan saya ialah
pasukan pantun dari ………………………………. dengan membariskan:

Pemantun pertama
Pemantun kedua
Pemantun ketiga
Pemantun simpanan

Manakala di sebelah kiri saya ialah pasukan pantun dari ……………………………. dengan
membariskan:

Pemantun pertama
Pemantun kedua
Pemantun ketiga
Pemantun simpanan

Hakim – hakim yang dedikasi dalam melaksanakan tugas ialah :

Hakim 1 ( Isi ) K. Hakim


Hakim 2 ( Isi )
Hakim 3 ( Bahasa )
Hakim 4 ( Bahasa )
Hakim 5 ( Persembahan )

Di sebelah saya ialah penjaga masa yang sentiasa setia dengan penggunaan masa yang telah
ditetapkan iaitu ………………………………………………………………

Landasan peraturan wajar dimanfaatkan sebaik mungkin oleh para peserta. Sehubungan itu,
saya bacakan peraturan – peraturan pertandingan pantun:

1. Pantun yang dibenarkan ialah pantun empat kerat dengan dua baris pembayang dan
dua baris maksud.

2. Masa yang dibenarkan untuk menjual dan membeli pantun ialah:


2.1 Masa menjual pantun 15 saat.
2.2 Masa untuk membeli pantun 60 saat.
2.3 Untuk pusingan kedua, masa menjual dan membeli pantun ialah 60
saat kerana pantun dikehendaki dicipta dalam tempoh masa yang
diberikan.
2.4 Pantun hanya boleh dijual dan dibeli setelah loceng dibunyikan iaitu:
(A) JUAL PANTUN
Loceng dibunyikan sekali sebaik sahaja jurupantun meminta pemantun menjualkan
pantun dan loceng akan dibunyikan dua kali setelah tamat masa menjual iaitu tamatnya 15
saat, ( pusingan ketiga 60 saat ) dan pemantun tersebut tidak dibenarkan menjual pantun.

(B) BELIAN PANTUN


Loceng dibunyikan sekali sebaik sahaja jurupantun meminta pemantun membeli pantun
dan loceng dibunyikan dua kali setelah tamat masa membeli atau tamatnya masa 60 saat
dan pantun yang dibeli / dijawab selepas itu tidak akan diberi sebarang markah.

3. Pemantun yang gagal menjual pantun dalam tempoh masa yang dibenarkan tidak
mendapat sebarang markah sebaliknya pembeli pantun tersebut dikehendaki membeli
pantun berasaskan tema yang sepatutnya dijual oleh pihak lawan.

4. Pembeli pantun tidak dibenarkan meminta mengulang pantun yang dijualkan oleh
penjual pantun kecuali atas permintaan pengerusi pantun setelah mendapat arahan
daripada ketua hakim.

5. Setiap pemantun dikehendaki menjual 3 rangkap pantun berdasarkan tema yang


ditetapkan dan membeli rangkap pantun.

6. Pertandingan pantun dijalankan dalam tiga pusingan.

7. Pertandingan dijalankan secara kalah mati. Pasukan yang memungut markah terbanyak
dikira sebagai pemenang dalam pertandingan ini.

8. Jika berlaku seri, pasukan mendapat markah isi terbanyak dikira sebagai pemenang.
Sekiranya berlaku seri, markah dalam bahasa akan dikira.

9. PEMBAHAGIAN MARKAH
Isi : 20 markah
Bahasa : 20 markah
Persembahan : 10 markah

10. PERTANDINGAN INI DIHAKIM OLEH LIMA HAKIM


Isi : 2 hakim
Bahasa : 2 hakim
Persembahan : 1 hakim

11. Pemantun tidak dibenarkan berbincang antara kumpulan. Sekiranya berlaku


perbincangan, markah akan dipotong sebanyak 50 markah daripada jumlah markah
keseluruhan.

12. Pada pusingan ketiga semua pemantun hendaklah berpantun secara spontan / bebas
pada tema yang terkawal yang dipilih oleh pemantun sendiri. Prosedurnya, selepas sahaja
selesai pusingan kedua, para pemantun hendaklah menyerahkan semua kertas / nota /
buku / bahan kepada urus setia. Maksudnya, tidak ada apa – apa bahan bersama – sama
pemantun. Pemantun akan diberi kertas kosong, mencabut undian tema, diberikan 60 saat
untuk menjual dan membeli pantun berdasarkan tema tersebut secara spontan.

[ Pilih salah satu pantun di bawah untuk dibaca ]


Indah cuaca senja menjelang,
lebat rimbun pohon mengkudu;
Bismillah kata pembuka gelanggang,
silat pantun anak Melayu.

ATAU

Mekar budaya bangsa tersohor,


falsafah bangsa pengukir zaman;
Pesta pantun hidup subur,
agar terpelihara budaya berzaman.

FORMAT PERTANDINGAN PUSINGAN PERTAMA

1 A

2 B

3 C

KE PUSINGAN PERTAMA
(Pilih dan baca salah satu pantun di bawah)

1 Ke Tanjung Arus memburu rusa,


tiadakan sunyi bertemu jiran;
gelanggang pantun menggamit rasa,
pusingan pertama menguji fikiran.

ATAU

2 Di kala senja dingin terasa,


nyaman suasana indah terperi;
pusingan pertama debaran terasa,
……(rujuk tema) tema diberi.

ATAU

3 Tampak pemuda setia menanti,


asuhan tok guru jadi panduan;
pusingan pertama debaran menanti,
hati terusik jelingan rakan.

ATAU

4 Hajat si miskin menumpang si kaya,


berbincang mesra tersemat di hati;
hajat hati biarlah berjaya,
pusingan pertama ujian menanti.

Untuk pengetahuan para pemantun dan para hakim, tema pada pusingan pertama ini ialah
……. (bacakan tema – ulang tema dua kali)

Nota : Pengerusi pantun, sila rujuk format pertandingan pusingan pertama.

Baiklah, dipersilakan pemantun pertama dari ………. menjualkan pantun kepada pemantun
pertama dari…………….

Arahan pengerusi pantun:

1 Anda telah mendengar pantun itu tadi, sila jawab dalam masa 60 saat dari
sekarang.
ATAU
2 Begitulah soalan yang diberi. Sila jawab dalam masa 60 saat dari sekarang.
ATAU
3 Pantun dijual penuh makna. Sila jawab dalam masa 60 saat dari sekarang.

Nota : 1 Setelah pantun dibeli / dijawab, pengerusi pantun perlu merujuk kepada ketua
hakim pantun untuk mendapat arahan selanjutnya. ( sama ada hakim bersedia
atau tidak)

2 Rujuk format pertandingan pusingan pertama agar arahan boleh diberi dengan
baik kepada pemantun.

FORMAT PERTANDINGAN PUSINGAN KEDUA

1 A

2 B

3 C

PUSINGAN KEDUA
(Pilih dan baca salah satu rangkap pantun sahaja)

1 Sayang pauh patahnya dahan,


Tempat merbuk berkidung mesra;
Banyak tajuk jadi pilihan,
Undian dibuat menguji minda.

ATAU

2 Pandan podak di celah batu,


Rumpun cempa kembang berseri;
Pusingan kedua
Undian tajuk syarat diberi.

ATAU

3 Lambaian Pak Tua tercuitnya hati,


Berpisah keluarga ke tengah lautan;
Pusingan pertama berlalu pergi,
Pusingan kedua semaraknya cabaran.

ATAU

4 Tampak pemuda jiwa semarak,


Kepada penggawa memohon restu;
Debaran berpesta kian memuncak,
Pusingan kedua

ATAU

5 Sidara jelita bersendaloka,


Bersimpuh manja terhibur hati;
Pusingan kedua gelanggang terbuka,
Minda diuji debaran menanti.

Untuk pengetahuan para pemantun dan para hakim, di pusingan kedua, tema-tema pilihan
dibuat melalui undian. Oleh itu setiap peserta diminta memilih tema pantun yang berasaskan
_______ . Para peserta diberi masa selama 1 minit ATAU 60 saat untuk mencipta pantun
secara spontan. Pemantun tidak dibenarkan meniru sebarang nota/merujuk kepada mana-
mana nota untuk mencipta pantun.

Nota : Pengerusi pantun sila rujuk format pertandingan pusingan kedua.

Contoh Arahan :

Peserta pertama daripada pasukan………. sila ke meja Pengerusi Pantun untuk mencabut undi.

Setelah pemantun duduk.


Anda telah mendapat tema ……….. Sila cipta pantun dalam masa 60 saat dari sekarang.

Setelah pantun dijual.

1 Anda telah mendengar pantun itu tadi. Sila jawab 60 saat dari sekarang.

ATAU

2 Begitulah soalan yang diberi. Sila jawab dalam masa 60 saat dari sekarang.

ATAU

3 Pantun dijual penuh bermakna. Sila jawab dalam masa 60 saat dari sekarang.

ATAU

4 Pantun dijual indah terserlah. Sila jawab dalam masa 60 saat dari sekarang.

Nota : 1 Setelah pantun dibeli/dijawab, pengerusi pantun perlu merujuk kepada ketua
hakim pantun untuk mendapat arahan selanjutnya. (sama ada hakim
bersedia
atau tidak)

2 Rujuk format pertandingan pusingan pertama agar arahan boleh diberi


dengan
baik kepada peserta.

FORMAT PERTANDINGAN PUSINGAN KETIGA

1 A

2 B

3 C

KE PUSINGAN KETIGA

(Pilih dan baca salah satu pantun di bawah)

1 Terasa mesra tersusun madah,


Dara jelita baru bersua;
Pusingan kedua berakhir sudah,
Cabaran menanti di pusingan ketiga.

ATAU

2 Awan nan biru tampaknya indah,


Di laman anggerik cantik berseri;
Ke pusingan ketiga hati tak gundah,
………(bacakan tema) tema diberi.

ATAU

3 Rumpun serai padat berbaris,


Bunga mawar indah mencelah;
Budaya berpantun penyeri majlis,
Pusingan ketiga bertambah meriah.

ATAU

4 Di laman mawar tampaknya bersih,


Sayang sekali ditimpa hujan;
Pusingan ketiga tema dipilih,
………(bacakan tema) menjadi sebutan.

ATAU

5 Pinggiran rimba tumbuhnya palas,


Tumbuh mencelah pohonan pala;
Di pusingan ketiga pantun berbalas,
Hati yang tenang penawar segala.

Untuk pengetahuan para pemantun dan para hakim, tema pada pusingan ketiga ini ialah
…………. ( bacakan tema – ulang dua kali)

Nota : Pengerusi pantun sila rujuk format pertandingan pusingan kedua.

Contohnya: Di pusingan kedua ini, pemantun pertama dari …………… akan


menjualkan pantun kepada pemantun kedua dari ……………….

Arahan Pengerusi Pantun

1 Anda telah mendengar pantun itu tadi, sila jawab dalam masa 60 saat dari
sekarang.
ATAU

2 Begitulah soalan yang diberi. Sila jawab dalam masa 60 saat dari sekarang.

ATAU

3 Pantun dijual indah terserlah. Sila jawab dalam masa 60 saat dari sekarang.

Nota : 1 Setelah pantun dibeli/dijawab, pengerusi pantun perlu merujuk kepada ketua
hakim pantun untuk mendapat arahan selanjutnya. (sama ada hakim bersedia
atau tidak}
2 Rujuk format pertandingan pusingan pertama agar arahan boleh diberi
dengan
baik kepada pemantun.

Hadirin-hadirat yang dirahmati,

Begitulah berakhirnya jual beli pantun antara pasukan ……….. dengan pasukan pantun dari
………………… Semuanya tampak meriah dan bercambah kembali susila berpantun dalam
kalangan generasi alaf baru ini.

Kenari bersenda di dahan ara,


tiadakan sunyi bersama kawan;
budaya berpantun bersambut mesra,
biarlah abadi sepanjang zaman.

Sementara menanti keputusan daripada para hakim yang menjalankan tugas dengan penuh
dedikasi, saya memberi peluang kepada mana-mana pelajar atau penonton untuk menjualkan
pantun kepada para peserta yang ada di kiri dan di kanan saya ini. Dipersilakan……

Sampailah masa yang ditunggu-tunggu untuk kita mengetahui pemenang dalam pertandingan
ini. Sebelum itu,
Tiada kata seindah madah,
dicipta lagu tersentuh rasa;
jika terdapat silap dan salah,
maaf dipinta setiap masa.

Nota : Sila baca keputusan dengan cermat sebelum mengumumkan pemenang.

Tahniah kepada pasukan yang berjaya, manakala kepada pasukan yang gagal, kecewa bukan
penawar segala. Berusahalah agar ruang kegagalan menjadi penawar berharga untuk mencipta
kejayaan yang membanggakan. Akhirnya,

Mekar mewangi bunga cempaka,


daun semalu dikirai jangan;
akar budi santun bahasa,
pantun Melayu kekal berzaman.

Ampun maaf andainya terkasar bahasa , terkhilaf bicara dan kurang berhemah ketika
mengendalikan pertandingan yang menjadi perhatian semua pihak.
Sekian, assalamualaikum………..

Вам также может понравиться