Вы находитесь на странице: 1из 2

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN KLANG JAYA

JALAN SERULING 56, OFF JALAN LANGAT


41200 KLANG, SELANGOR.
TEL : 03-3323 7837 FAX : 03-3323 0741
EMAIL : bba0023@btpnsel.edu.com
Ruj. Kami : SKTKJ100-2/3 /3 Bil ( )
Tarikh : 11 FEBRUARI 2019

Ibu Bapa / Penjaga Murid,


SK Taman Klang Jaya,
Jalan Seruling 56, Off Jalan Langat,
41200 Klang Selangor.

Tuan/Puan,

KURSUS KEPIMPINAN PELAJAR SESI 2019

Adalah dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Badan Disiplin dan Pengawas SK Taman Klang Jaya
(BADIP) akan mengadakan kursus kepimpinan bagi para Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat
Sumber Sekolah, Pengawas SPBT, Pembimbing Rakan Sebaya dan Pengawas PPDa. Tujuan kursus
ini diadakan adalah untuk memupuk ciri-ciri kepimpinan yang berkesan dalam kalangan peserta
selain memberi pengetahuan tentang tugas-tugas sebagai pemimpin di sekolah.

3. Sehubungan dengan itu, adalah dimaklumkan juga bahawa kursus yang akan dijalankan
mengambil masa selama satu hari iaitu bermula pada jam 7.40 pagi sehingga jam 1.20 tengah hari.
Justeru, pihak sekolah memohon pertimbangan daripada pihak tuan agar dapat memberi kebenaran
kepada anak-anak tuan untuk mengikuti kursus tersebut. Bagi murid sesi petang yang mengikuti
kursus ini tidak perlu untuk menghadiri sesi persekolahan petang. Butiran lain kursus tersebut
adalah seperti berikut:

Tarikh : 19 Februari 2019 (Selasa)


Masa : 7.40 pagi – 1.20 tengah hari
Tempat : Dewan SK Taman Klang Jaya
Sasaran : Semua Pengawas Sekolah, Pengawas PSS, Pengawas SPBT, Pengawas
PPDa dan Pembimbing Rakan Sebaya
4. Segala pertimbangan dan kerjasama dari pihak tuan kami dahului dengan ucapan ribuan
terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah,

......................................
( SURAYA BINTI GHAZALI )
Guru Besar
SK Taman Klang Jaya
s.k : Unit Fail SKTKJ 04/10/326

Вам также может понравиться