Вы находитесь на странице: 1из 11

SEJARAH RINGKAS 25 NABI DAN RASUL

NABI ADAM A.S

Dikatakan hidup lebih kurang 930 tahun merupakan manusia pertama yang bergelar khalifah
Allah s.w.t dimuliakan dan ditinggikan darjatnya menjadi nabi yang pertama. Baginda diutuskan
kepada anak cucunya agar menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa. Maka diantara mereka ada
yang taat dan ada pula yang membangkang.

NABI IDRIS A.S

Merupakan keturunan Nabi Sits as. Diutus oleh Allah kepada anak cucu Qabil agar bertaubat dan
menyembah Allah SWT, namun mereka terus menerus membangkang perintah Allah s.w.t

NABI NUH A.S

Merupakan keturunan Nabi Idris as. yang diutus Allah kepada kaum kafir. Baginda menyeru
supaya semua manusia menyembah Allah, tetapi ajakan Nabi Nuh ditolak, akhirnya orang-orang
yang ingkar atau kafir itu tenggelam dalam banjir yang besar.

NABI HUD A.S

Adalah keturunan Yafit bin Nuh, bertempat tinggal di Hadharal Maut Utara. Baginda diutus
Allah kepada kaum Aad kerana bangsa itu menyembah patung. Kemudian Nabi Nuh menyuruh
mereka supaya menyembah Allah, tetapi mereka ingkar, akhirnya mereka menerima seksaan
dengan ditimpa badai dan udara yang sangat dingin selama tujuh hari lapan malam.

NABI SALLEH A.S

Merupakan keturunan Sam bin Nuh yang diutuskan Allah kepada bangsa Tsamud disebelah
selatan Palastin. Kebudayaan mereka sudah tinggi tetapi mereka menyembah dewa dan patung,
kemudian Nabi Saleh menyuruh kepada mereka agar menyembah Allah, sebahagian besar
bangsa Tsamud menolak untuk memeluk agama Allah. Mereka ingkar kepada larangan Nabi
Saleh. Pada hari pertama muka mereka berwajah kuning, hari kedua menjadi merah,hari ketiga
menjadi hitam, akhirnya mereka disambar petir.

NABI IBRAHIM A.S

Juga keturunan Sam bin Nuh yang diutuskan Allah kepada kaum Namrud di negeri Babilon
lebih kurang 4000 tahun sebelum Masehi. Kaum Namrud menyembah berhala bahkan akhirnya
Namrud menganggap dirinya sebagai Tuhan. Nabi Ibrahim juga menyerukan ajaran tauhid atau
Islam kepada mereka namun mereka tetap ingkar, akhirnya Allah mendatangkan kepada mereka
tentera nyamuk sebagai balasan, maka musnahlah kaum yang ingkar. Begitu halnya dengan

NABI LUTH A.S

Adalah bersaudara dengan Nabi Ibrahim yang diutuskan kepada kaumnya di negeri Sadum,
supaya kaumnya menyembah Allah SWT, namun mereka ingkar. Allah SWT membalas
keingkaran mereka dengan dibalik bumi Sadum sehingga musnah negeri tersebut.

NABI ISMAIL A.S

Adalah anak Nabi Ibrahim melalui perkahwinannya dengan Siti Hajar. Baginda diutus kepada
bangsa Arab di negeri Yaman, kerana mereka belum kenal dengan agama tauhid atau Islam.
Mereka juga diperintahkan supaya berpuasa, membayar zakat dan menunaikan haji. Baginda
mempunyai 12 orang anak lelaki yang seluruhnya disebut dengan Bani Ismail atau Adnanniyun.
Dari keturunan inilah lahirnya suku Quraisy yang melahirkan Nabi Muhammad SAW.

NABI ISHAK A.S

Adalah anak kandung Nabi Ibrahim melalui perkahwinan dengan Siti Sarah. Baginda diutus oleh
Allah di negeri Kan'an untuk menyembah Allah, mengajarkan tauhid, menyuruh membayar
zakat, berpuasa dan menunaikan haji. Nabi Ishaq berkahwin dengan Rifka dan mendapat anak
kembar iaitu ish dan Ya'kub. Nabi Ishaq wafat dalam usia 170 tahun dan dimakamkan di Baitul
Maqdis daerah Palastin.

NABI YAAKUB A.S

Diutus oleh Allah SWT di negeri Kan'an kerana penduduknya telah ramai menyembah berhala.
Nabi Ya'kub mengajar kaumnya supaya menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa. Baginda
wafat dalam usia 148 tahun dan beliau mempunyai 12 orang anak lelaki.

NABI YUSSUF A.S

Anak Nabi Ya'kub as yang diutus sebagai nabi kepada bangsa Mesir untuk mengajarkan agama
tauhid iaitu agar menyembah Allah, Tuhan yang Maha Esa. Disamping baginda seorang nabi ia
juga seorang raja dengan dasar pemerintahannya adalah Islam. Beliau wafat dalam usia 120
tahun dan dimakamkan ditepi sungai Nil

NABI AYYUB A.S

Anak Amus bin Tarikh bin Rum bin Ish yang diutuskan oleh Allah SWT ke negeri Rom untuk
mengajarkan agama tauhid iaitu menyembah Allah SWT. Beliau wafat dalam usia lebih kurang
93 tahun dan dimakamkan di suatu tempat di daerah Itali.

NABI DZULKIFLI A.S

Adalah anak Nabi Ayub as. diutus oleh Allah SWT ke negeri Rom. Disamping beliau seorang
nabi juga seorang raja yang tetap mengajarkan agama tauhid iaitu supaya menyembah Allah,
Tuhan Yang Maha Esa. Beliau menyeru kepada kaumnya supaya meninggalkan penyembahan
berhala dan melaksanakan syariat Islam supaya solat dan membayar zakat. Beliau wafat dalam
usia 95 tahun dan dimakamkan di Napoli, daerah Rom Selatan.

NABI SYUAIB A.S

Keturunan Nabi Luth as, diutus oleh Allah ke negeriá Madyan, Palastin Selatan agar mengajar
agama tauhid iaitu menyembah Allah SWT. membayar zakat dan berlaku jujur kepada kaumnya.
Ramai kaumnya yang tidak beriman, akhirnya ditimpa bencana daripada Allah berupa gempa
bumi dan kepingan awan panas daripada langit.

NABI MUSA A.S

Diutus oleh Allah SWT kepada kaumnya Bani Israil supaya menyembah Allah, membayar zakat,
berpuasa dan berlaku jujur. Bani Israil ramai yang ingkar sehingga mereka menyembah patung
anak sapi yang dipelopori oleh Samiri. Nabi Musa as. mendapat kitab Taurat daripada Allah
SWT dan diberi mukjizat.

NABI HARUN A.S

Diutus oleh Allah SWT kepada kaumnya Bani Israil supaya menyembah Allah, membayar zakat,
berpuasa dan berlaku jujur. Bani Israil ramai yang ingkar sehingga mereka menyembah patung
anak sapi yang dipelopori oleh Samiri. Nabi Musa as. mendapat kitab Taurat daripada Allah
SWT dan diberi mukjizat.

NABI DAUD A.S

Dibekalkan oleh Allah dengan kitab Zabur mengajarkan kepada kaumnya agar menyembah
Allah dan mengerjakan ibadah puasa. Nabi Daud as. wafat dalam usia lebih kurang 100 tahun,
lalu dimakamkan di Palastin.

NABI SULAIMAN A.S

Adalah anak Nabi Daud as. Beliau seorang nabi dan raja. Nabi Sulaiman berdoa kepada Allah
SWT agar diberikan kepadanya kerajaan yang tidak akan diperolehi sesaorang pun sesudahnya.
Doa beliau dikabulkan Allah, sehingga beliau dapat menguasai semua makhluk termasuk jin dan
haiwan. Nabi Sulaiman mengajak semua kaumnya agar menyembah Allah dan menghindari
daripada mensyirikkannya.

NABI ILYAS A.S

Merupakan keturunan Nabi Harun diutus Allah sebagai rasul di negeri Balbik di Lebanon
Selatan kerana orang Balbik ramai yang telah menyembah berhala. Patung terbesar sembahan
mereka bernama "Ba'al" dibuat dari emas. Nabi Ilyas as. mengajak kaumnya agar menyembah
Allah SWT iaitu agama tauhid, namun ramai yang ingkar, sehingga kebanyakan mereka ditimpa
musibah gempa yang dahsyat. Nabi Ilyas wafat dan dimakamkan di daerah Lebanon Selatan.

NABI ILYASA A.S

Diutus Allah SWT kepada Bani Israil, agar mengajarkan agama tauhid berdasarkan kitab Taurat
dan kitab Zabur. Kerana kederhakaan dan pembangkangan mereka terhadap Allah dan Rasul-
Nya akhirnya orang-orang yahudi dijajah oleh raja dari Babil bernama Nebukad Nezar.
Kemudian Nebekud Nezar dikalahkan oleh Cyrus raja dari Persia. Pada tahun 70 Sebelum
Masehi raja Rom bernama Titus memasuki Palastiná dan merosak seluruh kota Jerusalam,
kecuali Baitul Maqdis. Begitulah bangsa Yahudi mendapat kutukan dan laknat daripada Allah
dan Rasul-Nya sehingga bertebaranlah mereka ke seluruh pelosok, dikutuk dan dihina oleh
bangsa-bangsa lain di dunia.

NABI YUNUS A.S

Keturunan Nabi Ya'kub as. diutus oleh Allah kepada bangsa Ninawa didaerah Mansul dalam
kerajaan Babil. Beliau mengajak kaumnya agar menyembah Allah , namun ajakan beliau
ditentang bahkan diejek. Akhirnya Nabi Yunus meninggalkan kaumnya dan berdoa kepada Allah
agar diturunkan azab kepada mereka. Ketika tanda-tanda azab akan turun, maka seluruh
penduduk mencari nabi Yunus kerana ingin bertaubat, namun nabi Yunus telah meneruskan
pelayarannya. Mereka semuanya beriman kepada Allah serta menyesal kerana melawan Rasul
Allah. Nabi Yunus diuji Allah ketika berada didalam perut ikan Nun. Setelah kembali ke Ninawa
dilihatnya mereka semua telah beriman, maka nabi Yunus meneruskan dakwahnya, sehingga
negeri tersebut menjadi aman dan makmur.

NABI ZAKARIA A.S

Diutus kepada bangsa Yahudi, agar mereka menyembah Allah SWT, berlaku jujur, adil dengan
memegang petunjuk yang ada dalam kitab Allah. Kemudian nabi Yahya dibunuh, kepala baginda
dipenggal. Begitu juga dengan Nabi Zakaria dibunuh ketika itu juga. Kedua nabi tersebut telah
mati syahid. Begitu sombong bangsa Yahudi sehingga hati mereka menjadi tertutup dalam
menerima kebenaran. Hanya seksa Allah yang sesuai bagi mereka yang ingkar.

NABI YAHYA A.S

Diutus kepada bangsa Yahudi, agar mereka menyembah Allah SWT, berlaku jujur, adil dengan
memegang petunjuk yang ada dalam kitab Allah. Kemudian nabi Yahya dibunuh, kepala baginda
dipenggal. Begitu juga dengan Nabi Zakaria dibunuh ketika itu juga. Kedua nabi tersebut telah
mati syahid. Begitu sombong bangsa Yahudi sehingga hati mereka menjadi tertutup dalam
menerima kebenaran. Hanya seksa Allah yang sesuai bagi mereka yang ingkar.

NABI ISA A.S

Adalah insan yang lahir dari tubuh Maryam tanpa ayah, kemudian diangkat martabatnya menjadi
nabi dan Rasul. Sedangkan Hawa dilahirkan dari tubuh Adam tanpa ibu di dalam syuga.
Kemudian ditakdirkan oleh Allah SWT menjadi ibu dari seluruh umat manusia. Maka agar tidak
keliru dalam beriman atau beriktikad,
Firman Allah SWT maksudnya: "Sesungguhnya perbandingan kejadian Nabi Isa di sisi Allah
adalah sama seperti kejadian Nabi Adam, Allah telah menciptakan Adam dari tanah, lalu
berfirman kepadanya: 'Jadilah engkau! maka menjadilah ia' ". (Ali Imran:59)
Nabi Isa as. diutus oleh Allah kepada kaumnya sendiri iaitu Bani Israil di daerah Palastin agar
tetap taat kepada Allah SWT. Belaiu diberi kitab Injil yang melengkapi kitab Taurat dan Zabur.
Segala firman Allah yang diwahyukan kepada beliau ditulis oleh pengikut-pengikutnya dengan
tulisan Ibrani (Hebrew bahasa Ibrani Yahudi).
Dapatkah kita menemukan kembali kitab Injil peninggalan Nabi Isa as. itu? Untuk meyakinkan
diri kita mari kita perhatikan ayat-ayat Allah dibawah ini:
Firman Allah SWT maksudnya: "Ia menjawab: "Sesungguhnya aku ini hamba Allah; Ia telah
memberikan kepadaku Kitab Injil dan ia telah menjadikan daku seorang Nabi". (Maryam:30)
Firman Allah SWT maksudnya: "Dan sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu,
maka sembahlah kamu akan Dia, inilah jalan yang betul atau lurus". (Maryam:36)
Ayat-ayat diatas membuktikan dengan jelas bahawa Nabi Isa as. Hanyalah seorang nabi dan
Rasul bukanlah sebagai anak Tuhan seperti yang didakwakan sesetengah pengikutnya. Kitab
Injil yang asal dengan tegas dan jelas menyuruh para pengikutnya agar menyembah Allah
semata tidak menyekutukannya dengan yang lain. Namun kebanyakan pengikut nabi Isa telah
merubah Kitab Injil yang asli itu menurut selera mereka sendiri, maka lahirlah beratus-ratus
kitab Injil bahkan beribu-ribu jumlahnya. Kerana terlalu keras tentangan kaumnya terhadap
ajaran tauhid, bahkan beliau diancam akan dibunuh, maka nabi Isa dibawa hijrah oleh bondanya
ke negeri Mesir selama 12 tahun. Kemudian berpindah lagi ke negeri Nazarth daerah Palastin. Di
negeri ini beliau mulai ada pengikut yang membenarkan ajarannya iaitu Mengesakan Allah
SWT. Di antara orang-orang Yahudi tersiar berita nabi Isa yang mempunyai ibu tanpa bapa itu
sudah ditangkap oleh Yudas Iskariot, lalu diserahkan kepada penguasa Romawi, kemudian
disalib di bukit Golgota. Ada pula yang berkata bukan Isa yang ditangkap tetapi Yudas kerana
dia berkhianat. Sebahagian orang meyakinkan diri berkata bahawa bukan Nabi Isa, bukan Yudas
tetapi orang lain yang serupa dengan benar dengan beliau. Nabi Isa sendiri selamat dari bencana
malapetaka dunia. Sesungguhnyaá Allah telah mengangkatnya ke atas langit.
Memang banyak sekali pendapat manusia bahkan antara satu dengan yang lainnya bertentangan.
Maka sebaiknya beriman sesuai dengan ketentuan didalam Al Quran. Firman Allah maksudnya:
"Demi sesungguhnya, telah kafirlah orang-orang yang berkata; bahawasanya Allah ialah Al
Masih Ibni Maryam. Padahal Al Masih sendiri berkata: "Wahai Bani Israil, sembahlah Allah,
Tuhanku dan Tuhan kamu, bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu
yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah
neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim.
Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: Bahawasanya Allah ialah salah
satu dari tiga tuhan. Padahal tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Tuhan Yang Maha
Esa. Dan jika tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang
kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya". (Al
Maidah:72-73)

NABI MUHAMMAD S.A.W

Dilahirkan pada tahun 571 Masehi melalui perkahwinan Aminah dengan Abdullah bin Abdul
Muthalib bin Hasyim. Baginda adalah keturunan Nabi Ismail as. bin Nabi Ibrahim as. Nabi
Muhammad SAW adalah insan termulia melebihi tingkat dan darjat dari seluruh nabi-nabi dan
umat manusia, bahkan seluruh makhluk-makhluk Allah SWT. Sebab itu Rasulullah (Nabi
Muhammad SAW) bergelar "Rahmatan Lil Alamin". ertinya "Rahmat bagi seluruh alam".
Rasulullah diberi kitab Al Quran, diutus oleh Allah untuk seluruh bangsa di dunia ini. Seperti
nabi-nabiá atau rasul-rasul Allah terdahulu baginda pun mengajar dan menyeru manusia supaya
menyembah Allah. Nabi Muhammad SAW adalah penutup dari sekalian nabi dan rasul, jadi
agama Allah yang diwahyukan semenjak nabi Adam secara bertahap-tahap lagi teratur
dilengkapi dan disempurnakan Allah pada kenabian Muhammad SAW. Sebab itu tidak akan ada
lagi nabi dan wahyu sesudah baginda. Bahkan dalam kitab-kitab yang sebelumnya menyatakan
tentang kelahiran Nabi Muhammad SAW sebagai rasul yang terakhir. Dalam hal ini Nabi Isa as.
sendiri menjelaskan kepada kaumnya tentang akan munculnya seorang nabi terakhir sesudahnya.
Di dalam Al Quran dijelaskan ungkapan Nabi Isa as tersebut sebagai berikut.
Firman Allah SWT maksudnya: "Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika nabi Isa Ibni Maryam
berkata: Wahai Bani Israil sesungguhnya aku ini pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan
kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab taurat dan memberikan berita gembira
dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku bernama Ahmad.
Maka tatkala ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata,
mereka berkata: ini ialah sihir yang jelas nyata". (As Saaf:6)
Firman Allah SWT lagi maksudnya: "Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak
angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah
Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui
akan tiap-tiap sesuatu". (Al Ahzab:40)
Ini bermakna syariat Muhammad SAW adalah penyudah atau pelengkap atau 'Full Release
Version' dalam menyempurnakan segala syariat nabi-nabi terdahulu dan sesuai menurut
keperluan dan keadaan atau suasana manusia yang hidup di akhir zaman hinggalah ke hari
Kiamat (D'day). Berdasarkan keterangan ini jelas menunjukan agama para rasul terdahulu adalah
Islam kerana mereka menyeru manusia ke arah ketundukkan dan kepatuhan kepada segala yang
diperintahkan oleh Allah SWT, sebagaimana juga nabi Muhammad SAW diperintahkan menyeru
manusia ke arah
ketundukan dan kepatuhan kepada segala yang diperintahkan oleh Allah SWT.
Mukjizat 25 Nabi
1. Mukjizat Nabi Adam: Nabi Adam diyakini sebagai manusia pertama yang menginjakkan
kaki di bumi. Sebagai pasangan Nabi Adam adalah Hawa yang diciptakan dari tulang rusuk kiri
Nabi Adam.
Mereka diturunkan ke bumi karena telah berbuat kesalahan akibat godaan iblis/syetan, Adam dan
Hawa dikaruniai dua pasangan putra-putri yang bernama Qabil dan Iklima, kemudian Habil dan
Labuda.

Qabil bersifat kasar, sedangkan Labuda bersifat lembut, Kedua sifat inilah yang akhirnya
menjadi cikal bakal dalam sifat-sifat dasar manusia
.
2. Mukjizat Nabi Ayub: Nabi Ayub dikenal seorang yang kaya raya dan sangat dermawan.
Namun kesejahteraan ini tidak membuatnya sombong, ini yang mendorong iblis untuk
menggodanya.

Allah pun menentang iblis sekiranya dia dapat meruntuhkan iman Nabi Ayub. Ujian itu pun tiba,
seluruh harta kekayaan yang dimiliki Nabi Ayub habis terbakar, setelah itu Nabi Ayub terserang
penyakit kulit hingga 80 tahun lamanya.

Namun dia dan istrinya yang setia, Rahmah, tetap bertawakal kapada Allah SWT. Sampai
akhirnya Allah berfirman agar Nabi Ayub menapakkan kakinya ditanah. kemudian dari tanah
tersebut keluar air yang dapat menyembuhkan penyakit yang dideritanya selama 80 tahun.

3. Mukjizat Nabi Daud: Figur Nabi Daud memuncak saat dia berhasil membunuh jalut,
pemimpin kaum pemberontak palestina. Nabi Daud kemudian menjadi seorang raja dan berlaku
sangat adil.

Di masa kerajaan Nabi Daud tumbuh kuat dan masyarakat menjadi makmur. Suatu saat Nabi
Daud melarang para nelayan untuk tidak melaut di hari sabtu, namun peringatan tersebut
dilanggar, sehingga terjadi bencana gempa yang menewaskan seluruh penduduk.

4. Mukjizat Nabi Dzulkifli: Sejarah menyebutkan bahwa Nabi Dzulkifli adalah putra Nabi
Ayub. Dikisahkan pula bahwa dia mewarisi sifat sabar ayahnya. Suatu saat beliau ditunjuk
menjadi seorang raja setelah dapat memenuhi persyaratan yang diminta.

Yaitu calon pengganti haruslah seorang yang sanggup berpuasa di siang hari, beribadah di malam
hari, dan bukan seorang yang pemarah.

5. Mukjizat Nabi Harun: Nabi Harun disebut sebagai partner Nabi Musa. Dia adalah sosok
yang cakap berdakwah, pandai berdiplomasi, dan penuh perhatian. Nabi Harun selalu
mendampingi Nabi Musa dalam berdakwah, hingga suatu saat Nabi Musa memutuskan untuk
beruzlah dan menitipkan pembinaan umatnya kepada Nabi Harun.
Nabi Harun juga sempat berjuang untuk memberantas penyembahan berhala yang dipimpin oleh
Samiri, salah seorang tukang sihir kerajaan Fir'aun.

6. Mukjizat Nabi Hud: Nabi Hud tergolong dalam kaum Ad yang terhormat. kehidupan mereka
serba maju dan berkecukupan, namun sayangnya mereka selalu berfoya-foya dan tenggelam
dalam kehidupan fana.

Nabi Hud mengingatkan mereka untuk bersyukur dan selalu memohon kepada Allah SWT, namu
mereka menolak. Akhirnya murka Allah datang dengan menurunkan azab berupa badai gurun
selama 7 hari 7 malam. Kaum yang mendengarkan himbauan Nabi Hud selamat dengan
berpindah ke kota Hadramaut.

7. Mukjizat Nabi Ibrahim: Nabi Ibrahim dikenal sebagai bapak para Nabi. Dia dihormati oleh
pemeluk 3 agama, yaitu Islam, Kristen dan Yahudi. Nabi Ibrahim lah yang membangun Ka'bah
di kota Mekkah.

Keyakinannya yang kuat terhadap Islam dimulai dari pencariannya akan Tuhan, dia sangat tidak
menerima orang-orang disekitarnya yang menyembah berhala, sampai akhirnya dia dibakar
hidup-hidup, namun Allah SWT menurunkan mukjizatnya dengan menyelamatkan Nabi Ibrahim
dari kobaran api.

8. Mukjizat Nabi Idris: Nabi Idris diyakini Nabi pertama yang menulis dengan pena,
Masyarakat terdahulu mempercayai pula bahwa ia dibawa ke surga tanpa mengalami kematian.
Peristiwa itu terjadi ketika beliau berusia 82 tahun.

9. Mukjizat Nabi Ilyas: Nabi Ilyas tinggal di lembah sungai Yordan dimana penduduknya
menyembah berhala, Nabi Ilyas menyuruh kepada mereka semua untuk meninggalkan berhala,
namun mereka tidak mengindahkannya.
Bahkan menantang agar Tuhan yang disembah Nabi Ilyas menurunkan bencana, dan akhirnya
kekeringan melanda daerah tersebut. Setelah beberapa tahun, Nabi Ilyas dapat meyakinkan kaum
tersebut untuk menyembah Allah SWT.

10. Mukjizat Nabi Ilyasa: Nabi Ilyasa merupakan kerabat dekat Nabi Ilyas. Setelah Nabi Ilyas
meninggal, beliau melanjutkan perjuangan Nabi Ilyas untuk menghalau penyembahan berhala
yang kembali merebak di lembah sungai Yordan.

Namun kaum tersebut tidak mau mendengarkan sehingga terjadi bencana kekeringan kembali
melanda mereka.

11. Mukjizat Nabi Isa: Nabi Isa adalah putra dari Bunda Maryam yang dilahirkan tanpa
memiliki suami, Hal ini menimbulkan kontroversi dan hujatan bertubi-tubi kepada Maryam.

Secara ajaib Nabi Isa yang saat itu masih bayi tiba-tiba berbicara dan menjelaskan apa yang
sebenarnya terjadi. Bahwa penciptaan dirinya diawalai dari kedatangan malaikat jibril kepada
ibunya.

Nabi Isa juga memperlihatkan banyak mukjizat lainnya ketika ia tumbuh dewasa, diantaranya
membentuk seekor burung hidup dari sebuah tanah liat, menghidupkan orang mati,
menyembuhkan kebutaan dan mendatangkan makanan yang semula tidak ada dan menjadi ada.

Penyelamatan Nabi Isa dari penyaliban juga merupakan salah satu bentuk mukjizat yang
diberikan oleh Allah SWT.

12. Mukjizat Nabi Ishaq: Nabi Ishaq banyak menemani bapaknya yaitu Nabi Ibrahim dalam
berdakwah menyebarkan ajaran Islam.

13. Mukjizat Nabi Ismail: Nabi Ismail dan keluarganya merupakan orang-orang yang terdahulu
melaksanakan Haji. Suatu saat Nabi Ismail haus dan ibunya bolak-balik dari bukit Safa-Marwah
untuk mencari air, hingga akhirnya keluar sebuah mata air zamzam.

Dalam perjalanan menuju tempat penyembelihan, Nabi Ismail digoda oleh Syaitan agar
membatalakan niatnya. Namun Nabi Ismail tidak goyah dan melempar syaitan tersebut dengan
batu. yang saat ini menjadi ritula ibadah haji, yaitu lempar jumrah.

Seperti yang kita ketahui, saat akan disembelih jasad Nabi Ismail digantikan oleh seekor
kambing, yang akhirnya menjadi cikal bakal ibadah Idul Adha.

14. Mukjizat Nabi Luth: Perjuangan Nabi Luth adalah menyeru kaum sodom untuk kembali ke
jalan yang benar, yaitu meninggalkan homoseksual, kemudian menyembah Allah.

Pada akhirnya Allah SWT berfirman agar Nabi Luth segera meninggalkan pemukimannya dan
kemudian ia menurunkan azab yang pedih kepada kaum tersebut.

15. Mukjizat Nabi Musa: Kisah pertarungan Nabi Musa dengan Fir'aun merupakan salah satu
kisah yang tersohor. Dikisahkan bahwa Fir'aun merasa terancam dengan keberadaan Nabi Musa
yang menyebarkan ajaran untuk mengesahkan Allah.

Mereka bertarung dan Nabi Musa memenangkannya dengan bantuan tongkatnya, kemudian ia
dan kaumnya dikejar oleh pengikut Fir'aun. namun mereka berhasil lolos dengan bantuan tongkat
Nabi Musa yang dapat membelah lautan.

Nabi Musa mendapat mukjizat kitab Taurat, yang dikenal dengan perjanjian lama yang berisi
ajaran pokok 10 perintah Allah SWT.

16. Mukjizat Nabi Nuh: Nabi Nuh menyebarkan ajaran untuk menyembah Allah SWT. namun
masyarakat menolak dan menganggapnya gila, Nabi Nuh kemudian diberikan peringatan oleh
Allah bahwa akan terjadi banjir besar yang akan melanda daerahnya.
Oleh karena itu Nabi Nuh diperintahkan untuk membuat sebuah kapal, masyarakat sekitar tetap
tidak mengindahkan peringatan yang disampaikan oleh Nabi Nuh. sehingga mereka akhirnya
hanyut dalam banjir tersebut.
17. Mukjizat Nabi Shalih: Yang paling dikenal adalah unta betina yang keluar dari batu setelah
ia memukulkan telapak tangannya. Nabi Shalih meminta kepada penduduk setempat untuk tidak
mengganggu unta tersebut dan susunya boleh diperah untuk memenuhi kebutuhan penduduk
miskin.
Namun kaum yang tidak menyukainya berusaha membunuh unta itu dan pada akhirnya mereka
dijatuhi azab petir dan gempa.
18. Mukjizat Nabi Sulaiman: Salah satu keahlian Nabi Sulaiman yang paling menonjol adalah
kemampuannya berkomunikasi dengan binatang. Dia juga merupakan raja yang sangat bijaksana,
kekuasaannya bahkan mencakup bangsa jin.
19. Mukjizat Nabi Syuaib: Nabi Syuaib menyebarkan ajaran Islam di daerah Madyan, namun
masyarakat Madyan menolak ajaran tersebut hingga akhirnya Allah menurunkan azab berupa
petir dan kilat yang menghanguskan mereka.
20. Mukjizat Nabi Yahya: Nabi Yahya mengajarkan bahwa kebenaran harus ditegakkan dengan
resiko apapun. Pada riwayatnya dicontohkan saat ia bersikeras melarang pernikahan antara
seorang paman dengan keponakannya sendiri.
21. Mukjizat Nabi Ya'qub: Nabi Ya'qub adalah kakek moyang para rasul sebelum masa Nabi
Muhammad. Sikap dan cara berpikirnya tentu berpengaruh kepada para rasul keturunannya, serta
kaum Yahudi dan kemudian Nasrani penegak panji keesaan Allah sebelum era Nabi Muhammad
SAW.
22. Mukjizat Nabi Yunus: Nabi yunus berusaha menyebarkan ajaran Allah, namun ia tidak
mendapat sambutan baik dari masyarakat. Dalam perjalanannya menjauhi daerah tersebut karena
khawatir akan dibunuh, kapal yang ia tumpangi diguncang topan dan diputuskan bahwa Nabi
Yunus akan dikorbankan untuk ditenggelamkan ke laut demi keselamatan penumpang lainnya.

Namun mukjizat Allah tiba, Nabi Yunus dimakan oleh seekor ikan yang kemungkinan adalah
ikan paus, dan ditemukan masih hidup didalam perut ikan paus tersebut.
23. Mukjizat Nabi Yusuf: Nabi Yusuf dikisahkan dalam riwayatnya sebagai seorang pria yang
sangat tampan dan sangat piawai dalam memimpin negaranya. Sejak kecia dia mendapat mimpi
yang tidak biasa dan ketika besar dia dapat mentakwilkan mimpinya tersebut, sehingga dia
sangat dihormati oleh masyarakat sekitarnya.
24. Mukjizat Nabi Zakaria: Nabi Zakaria dan istrinya, Isya, membaktikan diri untuk menjaga
Baitul Maqdis - Rumah Ibadah peninggalan Nabi Sulaiman di Yerusalem. Nabi Zakaria
dikaruniai keturunan oleh Allah SWT di saat usianya sudah cukup uzur, yaitu sekitar 100 tahun,
anak tersebut adalah Nabi Yahya.

25. Mukjizat Nabi Muhammad SAW: Nabi Muhammad SAW adalah Rasul terakhir, sekaligus
sebagai penutup para Rasul-Rasul sebelumnya. Dia lah yang menyempurnakan ajaran-ajaran
Islam.

Вам также может понравиться