Вы находитесь на странице: 1из 1

TAJUK: USAHA MENJIMATKAN PENGGUNAAN ELEKTRIK DI SEKOLAH

“ Masak ranum buah ara,


Jatuh sebiji diatas papan,
Jimat elektrik setiap masa,
Pasti sejahtera sepanjang masa.”
Rangkap pantun di atas menerangkan bahawa apabila kita sentiasa cermat dalam penggunaan
tenaga elektrik pasti akan membawa kesejahteraan dalam kehidupan harian kita. Hal ini kerana kita
sentiasa bergantung kepada tenaga elektrik dalam kehidupan seperti di sekolah. Oleh itu, penjimatan
penggunaan sumber tenaga elektrik penting untuk mengurangkan bil utiliti yang ditanggung dan juga
untuk kegunaan generasi seterusnya jika dimanfaatkan dengan baik. Justeru itu,apakah usaha yang
boleh dilakukan untuk menjimatkan penggunaan elektrik di sekolah?. Persoalan ini akan kita kupas
hingga ke akar umbi.

Antara usaha untuk menjimatkan penggunaan elektrik di sekolah ialah kita haruslah mengawal
penggunaan elektrik ketika berada di sekolah. Hal ini demikian,untuk mengurangkan bil utiliti di
sekolah dan seterusnya dapat menjimatkan penggunaan bekalan elektrik. Contohnya, pelajar perlu
menutup suis lampu dan kipas apabila tiada pelajar di dalam kelas, pihak sekolah tidak memasang alat
penghawa dingin pada waktu pagi dan sebagainya. Dengan ini,secara tidak langsung dapat mendidik
para pelajar menjadi lebih bertanggungjawab dan cermat dalam penggunaan bekalan elektik. Bak kata
perpatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. .Jelaslah bahawa mengawal penggunaan elektrik
merupakan usaha yang boleh dilakukan untuk menjimat penggunaan elektrik di sekolah.

Selain itu, untuk mengelakkan pembaziran juga merupakan usaha yang boleh dilakukan untuk
menjimatkan penggunaan elekterik di sekolah. Hal ini penting untuk mengurangkan penggunaan
sumber alam semula jadi dan seterusnya dapat digunakan oleh generasi akan datang. Contohnya, pihak
sekolah menggunakan lampu kalimantang dalam bilik darjah atau pejabat untuk menjimatlkan bekalan
elektrik, para pelajar tidak memasang kipas ketika hujan, tidak meninggalkan bilik darjah tanpa
menutup suis elektrik dan sebagainya. Dengan ini, dapat mendisiplinkan para pelajar tentang tatacara
penjimatan penggunaan sumber elektrik di sekolah. Bak kata orang tua-tua cermat semasa
banyak,jimat semasa sedikit. Tuntasnya, untuk mengelakkan pembaziran juga merupakan usaha yang
boleh dilakukan untuk menjimatkan penggunaan elektrik di sekolah.

Di samping itu, pihak sekolah mengadakan kempen kesedaran juga merupakan usaha yang
boleh dilakukan untuk menjimatkan penggunaan elektrik di sekolah. Hal ini bertujuan untuk
menyedarkan para pelajar tentang kepentingan tenaga elektrik dalam kehidupan. Pada masa yang sama
juga pihak sekolah dapat mendidik para pelajar supaya menggunakan tenaga elektrik secara berhemah.
Misalnya, pihak sekolah mengadakan kempen Jom Jimat Elektrik untuk melahirkan pelajar yang
cermat dalam menggunakan bekalan elektrik. Persis kata peribahas kalau tidak dipecahkan
ruyungnya,manakan dapat sagunya. Oleh itu, jelaslah pihak sekolah mengadakan kempen kesedaran
juga merupakan usaha yang boleh dilakukan untuk menjimatkan penggunaan elektrik di sekolah.

Konklusinya, penjimatan penggunaan sumber tenaga seperti tenaga elektrik perlu diterapkan
dalam kehidupan harian kita. Hal ini demikian kerana pembaziran tenaga elektrik akan menyebabkan
sumber alam semakin terjejas. Oleh itu, kerjasama daripada semua pihak “ bagai aur dengan tebing”
mustahak untuk menjayakan matlamat penjimatan sumber tenaga elekterik agar menjamin kehidupan
yang sejahtera dan harmoni bersama alam semula jadi. Sebagai rakyat Malaysia yang perihatin dan
mempunyai sikap-sikap terpuji, menjadi tanggungjawab kita untuk memelihara sumber tenaga dan
alam sekitar supaya generasi akan datang dapat hidup dalam kesejahteraan dan penuh dengan
kebahagiaan.

Вам также может понравиться