You are on page 1of 16

EDUP3013 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia

Bincangkan bagaimana guru dapat merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan


disekolah. Perbincangan perlu merangkumi aspek-aspek kepemimpinan, pengurusan,
budaya sekolah, kurikulum, ko-kurikulum, disiplin dan sebagainya.

1.0 Pengenalan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang sebelum ini dikenali sebagai Falsafah
Pendidikan Negara (FPN), merupakan dasar pendidikan yang telah dilaksanakan di Malaysia.
Setiap aktiviti pendidikan diadakan bagi mencapai intipati utama dalam FPK, iaitu melahirkan
insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial berdasarkan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Menurut Akta Pendidikan tahun 1996, Falsafah Pendidikan
Negara (FPN) telah digantikan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) pada tahun
1996 (Kementerian Pendidikan, 1999). Falsafah Pendidikan Kebangsaan, 1996 berbunyi :

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran masyarakat dan negara.”

Tujuan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) diperkenalkan adalah untuk memberi


panduan dan arah tuju kepada segala usaha mengembang dan memajukan pendidikan di
negara kita. Selain itu, FPK sebagai bimbingan dan rujukan untuk para pendidik semasa
menjalankan tugas-tugas pendidikan mereka. Falsafah ini berperanan untuk menghapuskan
salah faham, keraguan atau pertelingkahan yang telah berlaku dalam sebarang usaha untuk
melaksanakan tugas ataupun aktiviti pendidikan. Pendidikan di Malaysia berpotensi untuk
melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan boleh memenuhi kewajipannya sebagai seorang
warganegara. Pendidikan juga mampu menghasilkan rakyat yang progresif, mahir dalam
pelbagai bidang serta cekap supaya membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara
produktif serta sempurna demi memberikan sumbangan terhadap kemajuan dan perkembangan
negara kita yang sedang berkembang maju ini. Guru atau dikenali sebagai pendidik dan

1
EDUP3013 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia

pemimpin sekolah ialah pemacu yang amat penting bagi pencapaian murid. Guru memainkan
peranan yang paling penting dalam mewujudkan budaya kecemerlangan di sekolah. Sekolah
boleh dikatakan sebagai rumah kedua murid-murid di luar tanpa jagaan ibu bapa mereka sendiri.
Jadi, guru dikatakan amat penting kerana gurulah yang perlu menjalankan obligasi mereka
sebagai ibu bapa mereka semasa di sekolah bak kata pepatah anak-anak ibarat kain putih, ibu
bapa yang berperanan mencorakkannya.

1.1 Kepemimpinan
Guru merupakan tenaga ikhtisas dalam bidang perguruan yang diberi tanggungjawab
yang besar untuk mendidik anak-anak murid di sekolah. Dalam segi kepemimpinan, seorang
guru perlulah menjadikan dirinya sebagai seorang pemimpin yang berkaliber dalam setiap
aktiviti di dalam sekolah mahupun di luar sekolah. Contohnya, dalam satu unit beruniform
seperti pengakap, guru perlu membimbing ahli-ahlinya dalam melakukan aktiviti secara
berkumpulan supaya mereka dapat memahami dan mengetahui betapa pentingnya kerjasama
dalam melakukan setiap aktiviti. Bak kata pepatah berat sama dipukul, ringan sama dijinjing.
Guru merupakan pemimpin murid. Oleh itu, seseorang guru haruslah mewarisi sifat
kepemimpinan supaya murid-muridnya akan mematuhi segala tunjuk ajar dan arahan guru. Hal
yang demikian, murid-murid akan menghormati guru yang mempunyai kualiti kepimpinan.
Dengan adanya kualiti kepimpinan ini, segala aktiviti pembelajaran dapat dijalankan
dengan lancar dan berkesan. Di sekolah, banyak cara boleh dijalankan untuk membentuk sifat
kepimpinan dalam kalangan murid dan aktiviti yang dijalankan termasuklah latihan formal dan
latihan tidak formal. Latihan formal ialah latihan yang diperolehi dari kursus, seminar, bengkel
dan sebagainya yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Sebaliknya, latihan tidak formal boleh
didapati dari pengalaman aktitiviti atau kerja-kerja yang dibuat sehari-hari adalah dipercayai
latihan-latihan ini akan meningkatkan potensi memimpin seseorang murid. Pihak sekolah boleh
menggunakan perbelanjaan untuk program latihan kepimpinan seperti kem persatuan, kem
badan beruniform, seminar ataupun kursus yang dapat mencungkil bakat kepimpinan murid.
Sekolah yang berkesan dapat dilihat berdasarkan cara kepemimpinan yang bukan sekadar
mampu bertindak sebagai pemimpin pengajaran dan pembelajaran yang berkesan tetapi juga
harus mampu membawa perubahan. Oleh itu, tanpa kepimpinan seorang guru, hasrat Falsafah
Pendidikan Guru untuk memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan bersatu
padu tidak akan direalisasikan.

2
EDUP3013 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia

1.2 Pengurusan
Di dalam sebuah sekolah, pengurusan bilik yang berkesan dan teratur adalah sangat
penting dalam penaiktarafan sekolah. Guru hendaklah memastikan bilik darjah itu sentiasa
bersih, serta kerusi dan meja teratur. Jika kelas itu merupakan kelas KBSR, setiap meja
mengikut kumpulan mestilah tersusun selepas waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
selesai. Selain itu, sudut-sudut pembelajaran hendaklah diwujudkan bagi merangsang aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang lebih dinamik. Penyusunan tempat duduk murid juga
penting dalam pengurusan fizikal dan iklim bilik darjah. Walaupun tempat-tempat duduk dalam
bilik darjah tidak dapat diganti atau diubah- ubah dari segi fizikal, namun beberapa perkara
penting harus diawasi oleh guru. Contohnya, guru boleh menentukan dan memastikan murid-
murid yang lebih nakal duduk di bahagian depan dalam sebuah kelas supaya guru lebih senang
untuk mengawal serta memantau tingkah laku mereka semasa guru sedang mengajar.
Sebaliknya, murid-murid yang lebih baik perangainya akan ditempatkan di bahagian belakang
kelas, mereka juga boleh membantu guru mereka untuk memantau pergerakan dan tingkah
laku murid-murid yang lebih nakal yang duduk di bahagian depan. Bukan itu sahaja, sekiranya
kemudahan-kemudahan di dalam kelas contohnya kipas dan lampu telah rosak atau dalam
keadaan yang tidak baik, guru haruslah melaporkan dan membuat aduan kepada pihak
berkuasa sekolah untuk membaiki secepat mungkinnya supaya keselamatan murid-murid
terjamin. Tambahan pula, kemudahan ICT di setiap kelas mestilah lengkap supaya proses
pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar dan lebih berkesan.
Selain itu, keselamatan murid di dalam sesebuah sekolah amat penting. Pentadbiran
sekolah yang diketuai oleh guru besar merupakan orang terpenting dalam memajukan institusi
pelajaran di Malaysia. Mereka perlu berfikiran kreatif, kritis dan inovatif dalam pengurusan dan
berhubungan dengan guru dan juga murid. “Guru pencetus kreativiti, penjana inovasi” yang
merupakan misi Kementerian Pelajaran Malaysia dapat dicapai. Mereka bertanggungjawab
menetapkan falsafah sekolah, membentuk wawasan sekolah, membentuk visi dan misi sekolah
yang berlandaskan FPK. Justeru itu, di mana-mana sekolah, guru besar merupakan individu
yang paling berpengaruh dan bertanggungjawab terhadap sesuatu perubahan.

3
EDUP3013 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia

1.3 Budaya Sekolah


Untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan di sekolah, bukan sahaja dalam
aspek kepimpinan dan pengurusan bilik atau sekolah yang mendapat tumpuan, tetapi budaya
sekolah juga merupakan satu agenda yang penting dalam merealisasikan falsafah yang
bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berakhlak mulia dan berbudaya.
Budaya sekolah dibahagikan kepada tiga aspek iaitu fizikal, sosial dan penggunaan bahasa.
Namun, guru dan pihak sekolah memainkan peranan penting dalam membentuk budaya
sekolah. Guru juga memainkan peranan sebagai contoh rol model hidup di mana tingkah laku
guru menjadi contoh teladan kepada murid dan dapat dicontohi oleh murid. Nilai-nilai murni
yang ditonjolkan oleh guru di sekolah secara tidak langsung dapat diterapkan dalam jiwa murid-
murid. Dari segi fizikal, kebersihan dan keselamatan sekolah juga tidak boleh dipandang remeh
oleh semua warga sekolah. Bangunan, kawasan sekolah yang bersih, pakaian murid yang
kemas dan keindahan kawasan sekolah dengan adanya taman bunga atau hiasan lukisan
dinding memberikan keselesaan kepada orang. Keselesaan dapat diwujudkan dengan jadikan
gangguan-gangguan kepada proses pengajaran dan pembelajaran pada tahap minimum. Malah,
langkah-langkah keselamatan harus diambil dan peraturan keselamatan harus sentiasa digubal
demi menjaga keselamatan sekolah dan murid. Guru berperanan sebagai ibu bapa kepada
murid-murid, demi menjaga keselamatan dan kebajikan mereka. Peranan ini akan membantu
murid-murid menyesuaikan diri mereka dalam sekolah sebagai sebahagian keluarga mereka.
Dari segi aspek sosial budaya sekolah pula, pelbagai nilai murni dapat dipupuk dalam
kalangan murid. Contohnya, guru boleh menerangkan kebaikan jika murid mengamalkan nilai-
nilai murni tersebut serta kepentingannya melalui sesi moral atau aktiviti kumpulan yang
dijalankan. Dari segi aspek penggunaan bahasa pula, bahasa-bahasa asas haruslah diajar agar
murid dapat menguasai asas bahasa untuk bertutur dan menulis. Contohnya penggunaan
Bahasa Melayu yang baik dan betul di dalam dan luar bilik darjah membawa faedah. Hal yang
demikian, unsur intelek dapat dikembangkan dengan budaya sekolah dalam kalangan murid.
Sebagai contoh, budaya membaca buku, membaca surat khabar dan bahan rujukan luar,
budaya kaunseling atau budaya sukan, budaya ini dapat membentuk kemahiran asas murid-
murid 3M iaitu membaca, menulis dan mengira dalam kalangan murid. Dengan mangamalkan
amalan tersebut, mereka akan sering berusaha untuk memperoleh dan mengembangkan ilmu
pengetahuan. Misalnya, pihak sekolah boleh mengadakan satu pertandingan di mana murid-
murid yang paling banyak membaca buku dalam tempoh sebulan diberi hadiah atau sijil
penghargaan agar mereka akan lebih gigih dan rajin membaca untuk mendapat hadiah tersebut.
Dengan adanya pertandingan sebegini, ,mereka akan memahami dan mengetahui betapa

4
EDUP3013 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia

pentingnya amalan membaca dalam kalangan murid-murid dan akan mendatangkan banyak
faedah kepada mereka.

1.4 Kurikulum

Dalam aspek kurikulum, kurikulum bermaksud sukatan pelajaran yang telah dirancang
dan telah diajar oleh guru atau pendidik kepada murid-muridnya semasa pengajaran dan
pembelajaran dijalankan di sekolah. Dalam pengertian sederhana, kurikulum dianggap sebagai
sejumlah mata pelajaran yang harus ditempuh oleh seorang siswa dari awal sampai akhir
program pelajaran untuk memperoleh ijazah, sedangkan dalam pengertian lebih luas kurikulum
mencakupi semua pengalaman belajar yang dialami oleh siswa pendidik dan mempengaruhi
perkembangan peribadinya. Kurikulum memiliki peranan yang sangat strategik dalam
pencapaian tujuan pendidikan. Terdapat tiga peranan kurikulum yang dinilai sangat penting,
iaitu peranan konservatif, peranan kritis atau evaluatif, dan peranan kreatif. Ketiga-tiga peranan
kurikulum tersebut harus seimbang dan harmonis untuk mencapai tujuan pendidikan secara
optimal. Pelaksanaan ketiga-tiga peranan kurikulum menjadi tanggungjawab semua pihak yang
terlibat dalam bidang pendidikan.

Sebagaimana yang kita ketahui, pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan
ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Namun, untuk merealisasikan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan di setiap sekolah, guru mestilah memastikan ilmu yang telah
disampaikan kepada murid-murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran adalah
mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran. Dalam proses
pengajaran dan pembelajaran juga, guru tidak sepatutnya hanya menggunakan buku teks
sebagai bahan mengajar sahaja kerana buku teks bukan merupakan sejenis alat bantu
mengajar, sebaliknya guru perlu menyediakan alat bantu mengajar dengan kreatif dan inovatif
sendiri untuk menarik minat murid-murid untuk belajar serta menumpukan perhatian yang
sepenuhnya kepada pengajaran guru di dalam kelas. Selain itu, guru juga boleh mencari video
yang sesuai dengan tahap murid-murid melalui laman web semasa pengajaran dan
pembelajaran dijalankan kerana murid-murid lebih suka melihat berbanding dengan mendengar.
Kadang kala, mereka juga akan mengikuti aksi-aksi dalam video semasa mereka menonton
video tersebut, mereka akan berasa gembira dan seronok dan secara semula jadinya mereka
akan berminat untuk belajar. Sekiranya murid-murid tidak memahami proses pengajaran dan

5
EDUP3013 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia

pembelajaran yang sedang dijalankan, kita sebagai seorang guru mestilah menerangkan
dengan lebih teliti supaya mereka tidak sesat dalam pelajaran dan tidak tahu apa-apa
pengetahuan seperti katak di bawah tempurung. Maka, dengan adanya sukatan kurikulum yang
terancang dan tersusun, usaha untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dapat
dicapai dengan lancar dan tanpa sebarang gangguan.

1.5 Ko-kurikulum
Seterusnya, bukan sahaja kurikulum diutamakan dalam usaha untuk merealisasikan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan, tetapi ko-kurikulum juga dianggap sebagai salah satu
elemen yang penting. Ko-kurikulum merupakan suatu program pendidikan yang merangkumi
semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk
membantu memperkembangkan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani,
rohani, mental dan emosi serta untuk mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk
menyampaikan pengetahuan. Penglibatan murid dalam kokurikulum dapat memupuk
perkembangan diri pelajar melalui aspek psikomotor iaitu pergerakan, kognitif dan efektif. Ini
juga dapat mengembangkan bakat, potensi dan minat seseorang murid dalam bidang atau
kegiatan yang dipilih dan disukai oleh mereka sendiri.
Selain itu, dalam objektif pelaksanaan kokurikulum, aktiviti kokurikulum dapat
meningkatkan penguasaan kemahiran asas murid dalam bidang-bidang yang dipilih, iaitu
kebolehan mengurus dan kepimpinan. Penglibatan murid-murid secara aktif dalam ko-kurikulum
turut membantu proses penyuburan diri bagi menjadikan murid cemerlang yang berilmu
pengetahuan, berpengalaman, berkemahiran asas, berkebolehan untuk mengurus, dan
berkebolehan untuk menjadi seorang pemimpin. Ini boleh memberi peluang kepada murid-
murid untuk memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran asas, kebolehan mengurus
dan kebolehan memimpin. Guru dan pihak sekolah boleh menerapkan nilai-nilai murni dan
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis melalui aktiviti kokurikulum. Maka, mereka
haruslah memberi tumpuan kepada perkembangan watak, peribadi dan sahsiah murid.
Seterusnya, ko-kurikulum juga diperlukan untuk memupuk nilai-nilai kewarganegaraan agar
hasrat untuk mewujudkan perpaduan rakyat dan identiti kebangsaan boleh dicapai. Malah,
aktiviti lain yang mencabar seperti berkhemah di hutan, berkayak dan bersukan membolehkan
murid menguasai kemahiran tertentu, mengisi masa lapang dengan lebih berfaedah serta
mewujudkan perpaduan.
Hal yang demikian, dalam aktiviti ko-kurikulum, guru perlulah menjadi penasihat dalam
aktiviti tersebut dengan membimbing mereka dalam menjalankan aktiviti persatuan, kelab,

6
EDUP3013 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia

sukan mahupun unit beruniform. Hal ini kerana, seorang guru yang baik tidak akan
mengabaikan aspek ko-kurikulum. Untuk merealisasikan FPK, guru juga perlu memainkan
peranan yang berkesan dalam melaksanakan gerak kerja ko-kurikulum. dan sukan dengan
usaha memperkembangkan lagi potensi individu, membentuk sahsiah, membantu pertumbuhan
jiwa bermasyarakat.

1.6 Disiplin

Menurut Houghton (2005), disiplin boleh didefinisikan sebagai pola perilaku yang
diharapkan akan menghasilkan perwatakan tertentu, khususnya menghasilkan peningkatan
moral dan mental yang lebih teratur.. Disiplin adalah satu bentuk pengurusan tingkah
laku. Maka disiplin yang baik adalah mengikut peraturan seperti contoh peraturan sekolah,. Jika
pelajar itu disebut sebagai mempunyai masalah disiplin adalah berkaitan dengan pelanggaran
peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Masalah disiplin sering dikaitkan
dengan remaja dan murid-murid sekolah. Hal ini dikatakan demikian kerana pada peringkat ini
remaja atau pelajar sedang mengalami kekeliruan dan tekanan luar dalam mencari identiti diri
mereka sendiri. Mereka secara keseluruhannya mudah terpengaruh dengan anasir-anasir
negatif kerana kurang mendapat didikan dan perhatian dari orang yang lebih dewasa
khususnya ibu bapa. Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) mengkategorikan kesalahan
disiplin kepada tiga bahagian iaitu kesalahan kecil, kesalahan sederhana dan kesalahan berat.
Contoh-contoh masalah disiplin yang sering berlaku di sekolah ialah ponteng kelas, bergaduh,
mencuri, membuli kawan dan sebagainya.

Untuk mengelakkan kejadian ini berlaku dan seterusnya merealisasikan hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, guru-guru perlu memastikan semua murid di sekolah mematuhi
peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh sekolah supaya FPK yang bertujuan
untuk melahirkan murid-murid yang berakhlak mulia dan bersopan santun dapat dicapai dalam
masa yang ditetapkan. Sekiranya didapati murid-murid melanggar peraturan atau undang-
undang, guru seharusnya memberi bimbingan kepada mereka, bukan mendenda mereka
dengan cara yang tidak sihat terhadap jiwa dan sanubari mereka. Jika masih melanggar
peraturan, guru boleh menghantar murid-murid yang nakal ke bilik kaunseling untuk sesi yang
selanjutnya. Guru juga berperanan sebagai seoran kaunselor. Kaunselor berperanan dalam
membantu dan memberi nasihat kepada murid sekiranya mereka menghadapi masalah.

7
EDUP3013 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia

Selain daripada ibu bapa, guru merupakan insan terbaik dalam membantu murid
menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka. Hal ini kerana sesetengah murid gagal
berkomunikasi dengan ibu bapa apabila mereka menghadapi masalah. Oleh itu, guru
memainkan peranan yang penting dalam menenangkan fikiran dan emosi mereka supaya
mereka tidak melakukan perkara-perkara yang negatif. Guru juga harus meluangkan masa
yang lebih dan memberi perhatian yang banyak kepada murid-murid yang menghadapi masalah.
Khususnya, mereka yang menghadapi masalah keluarga, kewangan, disiplin dan masalah
kesihatan. Hal ini supaya murid-murid berasa selesa dan tidak menghadapi masalah untuk
menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan mendapat pencapaian yang
terbaik. Guru juga perlu menepati masa semasa proses pengajaran dan pembelajaran bermula
pada setiap hari. Disiplin merupakan perkara yang amat penting di sesebuah sekolah.

8
EDUP3013 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia

1.7 Aspek-aspek lain

Selain aspek-aspek yang telah dinyatakan di atas, untuk merealisasikan Falsafah


Pendidikan Kebangsaan, guru yang mengamalkan profesion keguruan merupakan satu usaha
yang boleh dikatakan penting juga. Guru adalah pendidik dan pengasuh kanak-kanak yang
akan menjadi warisan kebudayaan dan ilmu pengetahuan untuk kemajuan negara pada masa
depan. Peranan yang dimainkan oleh guru dalam bidang pendidikan tidak kurang pentingnya.
Selain menyebar ilmu, segala tingkah laku guru akan menjadi contoh teladan kepada murid-
muridnya. Oleh yang demikian, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi,
profesional dan sosial yang baik dan murni. Hanya guru yang mempunyai tatasusila yang tinggi
akan berjaya menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Kemahiran yang perlu
ditekankan oleh guru atau pendidik ialah kemahiran berfikir dan kemahiran konstruktif. Para
pelajar mestilah dididik menggunakan daya fikir tinggi dan minda untuk melahirkn murid-murid
yang dapat belajar sepanjang hayat serta mempunyai modal intelektual tinggi menghadapi era
globalisasi. Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif juga berarah kepada pandangan yang
jauh dan luar biasa. Guru boleh dianggap sebagai seorang pengusaha. Dengan itu, untuk
memenuhi diri pengguna yang dinamik, guru perlu mempunyai kemahiran dan sentiasa
berupaya berfikir secara kreatif, kritis dan juga inovatif. Oleh itu, peranan guru seharusnya ialah
sebagai seorang pendorong pemikiran kritis dan kreatif anak muridnya. Tanggungjawab guru
mendorong pemikiran kritis dan kreatif adalah usaha ke arah pembinan modal insane yang
mampu membangunkan negara menerusi pemikiran mereka.

Perkhidmatan seseorang guru adalah amat penting kepada masyarakat untuk mendidik
generasi muda. Seseorang guru haruslah sentiasa mementingkan perkhidmatannya lebih
daripada kepentingan diri sendiri. Contohnya ialah guru-guru sekolah rendah mengorbankan
masa cuti sekolah untuk menghadiri kursus KBSR serta menyediakan alat bantu mengajar
sehingga larut malam. Sebagai seorang guru, dia harus mengutamakan kebajikan dan
keselamatan murid. Mereka seharusnya bersikap adil terhadap murid tanpa mengira faktor-
faktor jasmani, mental, emosi, politik, keturunan dan agama. Malah, mereka juga haruslah
menunjukkan cara berpakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh
yang baik kepada murid. Seseorang guru juga harus menunjukkan tanggungjawab terhadap ibu
bapa dengan berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara
institusi pendidikan dengan rumah tangga.Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara
juga penting. Seseorang guru haruslah memberi sumbangan cergas untuk meninggikan
kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiawan masyarakat. Guru bertanggungjawab dalam

9
EDUP3013 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia

memupuk setiap murid dengan sikap dan nilai yang dapat membimbing mereka untuk menjadi
warganegara yang baik. Guru haruslah banyak mendedahkan murid-muridnya kepada ilmu
pengetahuan melalui buku atau rujukan serta menerangkan kepada mereka tentang
kepentingan ilmu pengetahuan. Malah, guru juga boleh menceriakan suasana pembelajaran
dengan menggunakan cara mengajar atau alat bantu mengajar yang lebih menarik untuk
menarik minat membaca murid-murid.

Untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, guru berperanan sebagai


jurulatih yang mencungkil bakat dan potensi murid. Setiap murid di sekolah mempunyai
keistimewaan tersendiri. Guru merupakan insan yang terbaik dalam mengenalpasti dan
mengembangkan bakat dan potensi murid-muridnya. Hal ini dikatakan demikian kerana
sesetengah murid yang berbakat tidak dapat menonjolkan bakatnya kerana tidak mempunyai
peluang dan tidak mengetahui cara yang betul untuk mengembangkan bakat mereka.
Sekiranya guru di sekolah peka terhadap bakat dan potensi yang ada dikalangan murid, bakat
mereka boleh diketengahkan dan dilatih ke tahap yang terbaik supaya dapat memberi
sumbangan kepada pihak sekolah dan ke peringkat yang lebih tinggi. Sebagai contoh,
sekiranya seseorang murid itu mempunyai potensi dalam acara sukan, guru boleh melatih,
membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada beliau supaya bakat beliau dapat diasah dan
menjadi atlet yang terbaik. Secara tidak langsung, faktor jasmani murid tersebut dapat
diperkembangkan dan mencapai salah satu matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

10
EDUP3013 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia

1.8 Rumusan
Kesimpulannya, guru merupakan insan terpenting dalam merealisasikan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Hal ini dikatakan demikian kerana guru berperanan sebagai seorang
pendidik, pembimbing, jurulatih, kaunselor, penasihat dan role model kepada murid-murid dan
masyarakat. Oleh itu, guru perlu mempunyai kemahiran profesional seperti kemahiran belajar,
berfikir, merancang, menyediakan bahan pengajaran pembelajaran, mengajar, mengurus,
menilai, berkomunikasi, menangani masalah dan berusaha ke arah perkembangan kendiri. Hal
ini supaya mereka dapat mendidik dan melahirkan anak bangsa yang berkualiti,
berpengetahuan, bersahsiah dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
Guru yang proaktif akan sentiasa membuat jangkaan-jangkaan tentang perubahan yang sedang
dan bakal berlaku agar warga sekolah sentiasa selangkah ke hadapan, dengan itu sentiasa
bersedia terhadap sesuatu perubahan. Guru pembentuk iklim sekolah. Iklim sekolah yang
terbuka memberi ruang dan peluang murid melibatkan diri dengan pelbagai kegiatan. Suasana
adil, mesra, demokratik dan liberal memberi rangsangan yang baik ke arah dedikasi, gembira
dan sempurna. Guru pencetus aspek perkembangan intelek. Falsafah Pendidikan Kebangsaan
amat penting untuk dijadikan satu garis panduan dan rujukan kaum pendidik semasa mereka
melaksanakan tugas-tugas pendidikan serta fungsi-fungsi pendidikan masing-masing. Akhirnya,
setiap pendidik harus berpegang kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam menjalankan
tugas dan tanggungjawab profesion mereka.

11
EDUP3013 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia

1.9 Bibliografi

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat Dan


Misi. Kuala Lumpur: Penerbitan Malaysia.

Mok Soon Sang. (2010). Falsafah Pendidikan, Kurikulum dan Profesionalisme Keguruan.
Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Muhammad Hamid Al-Afendi, Nabi Ahmed Baloch. (1990). Kurikulum Dan Pendidikan Guru.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noriati A. Rashid, Lee Keok Cheong, Zulkufli Mahayudin, Zakariah Noordin. (2014). Falsafah
dan Pendidikan di Malaysia Edisi Kedua. Selangor Darul Ehsan: Percetakan Printpack
Sdn. Bhd.

Wandy. (2007). Peranan Guru Merealisasikan Matlamat Pendidikan. Muat turun pada 9 Ogos
2017, daripada http://www.wandy.co/2010/10/guru-merealisasikan-matlamat-
pendidikan.html#sthash.GC29KEn6.dpuf

Yahya Emat. (1993). Pendidikan Teknik & Vokasional Di Malaysia. Selangor Darul Ehsan: IBS
Buku Sdn. Bhd.

Yuvarani Subramaniam. (2013). Cara Guru Dapat Memainkan Peranan Menjayakan Hasrat
FPK dan FPG Dalam Melaksanakan KSSR Untuk Membangunkan Modal Insan. Muat
turun pada 10 Ogos 2017, daripada
http://www.slideshare.net/yuvaranisubramaniam/penulisan-akademik

12
EDUP3013 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia

2.0 Lampiran

13
EDUP3013 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia

14
EDUP3013 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia

15
EDUP3013 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia

16