Вы находитесь на странице: 1из 5

EPC2023: PENDEKATAN PENGAJARAN BAHASA DAN KOMUNIKASI

COURSE NOTES

TOPIK 3: Asas Berbahasa

DEFINISI BAHASA

Sapir (1921:8) mendefinisikan, bahasa adalah semata-mata suatu kaedah yang bukan
naluri untuk manusia menyampaikan idea, emosi, dan keinginan melalui ciptaan simbol-
simbol lahir secara sedar.

Bloch dan Trager dalam “Outline of Linguistic Analysis” (1982:2) menegaskan bahawa
bahasa ialah sistem simbol arbitrari untuk sesuatu kumpulan sosial bekerjasama.

Hall dalam “Essay on Language” (1968:158) menegaskan bahawa bahasa ialah institusi
untuk manusia berkomunikasi dan berinteraksi melalui simbol-simbol lisan-pendengaran
yang arbitrari mengikut tabiat.

Crystal (1995), mendefinisikan bahawa bahasa adalah satu penggunaan bunyi yang
sistematik dan konventional (lambang atau simbol tulisan) untuk tujuan komunikasi dan
luahan perasaan.

Kesimpulannya ianya merumuskan bahawa bahasa sebagai suatu sistem lambang


pertuturan yang terdiri daripada leretan bunyi-bunyian yang diucapkan dan digunakan
oleh ahli sesebuah masyarakat sebagai alat untuk berhubung dan bekerjasama. Ianya
merupakan satu saluran yang membolehkan kanak- kanak menyusun dan menyatakan
idea atau pengalamannya. Perkembangan dan penggunaan bahasa adalah penting
untuk membolehkan manusia berhubung antara satu dengan lain. Perkembangan
bahasa yang baik memerlukan suasana sosio-emosi yang tenteram dan selamat apabila
bahasa dikaitkan dengan pengalaman yang menggembirakan.

Pembelajaran bahasa bermaksud penguasaan bahasa oleh seseorang secara formal,


iaitu dengan adanya kurikulum dan bahan pengajaran yang tertentu. Latihan-latihan
berbahasa yang dilakukan juga distrukturkan. Selain itu,proses pembelajaran bahasa
juga mendasari teori, pendekatan,kaedah, dan teknik yang tertentu dengan bantuan
guru. Pembelajaran bahasa lazimnya berlaku secara eksplisit dengan penuh kesedaran
dan motivasi.

TEORI BAHASA
Pemerolehan bahasa bermaksud penguasaan bahasa oleh seseorang tanpa disedari
atau dipelajari secara langsung. Dengan itu seseorang itu tidak mendapat pendidikan
secara formal untuk mempelajari sesuatu bahasa tetapi memperolehinya daripada
bahasa yang diucapkan oleh ahli- ahli masyarakat dipersekitarannya.

Proses pemerolehan bahasa berlaku secara aktif pada kanak- kanak dalam lingkungan
umur dua hingga enam tahun. Kebanyakannya hasil pendidikan bahasa mendapati
bahawa jangka masa pemerolehan bahasa yang paling kritikal di kalangan kanak- kanak
ialah antara umur satu tahun hingga lima tahun. Sekiranya jangka masa ini terlangkau,
maka perkembangan bahasa akan terhalang. Kebanyakan ahli psikolinguistik

1
bersependapat bahawa kanak- kanak akan mengalami kesukaran untuk menguasai
bahasa secara pemerolehan sesudah umur 13 tahun. Sebaliknya kanak-kanak itu lebih
cenderung menguasai bahasa melalui proses pembelajaran yang berat. Selain itu mutu
bahasa yang diperolehi kanak- kanak pada masa itu bergantung kepada bahasa yang
mula-mula didedahkan. Namun demikian, ini tidak bermakna orang dewasa tidak dapat
memperoleh bahasa, tetapi pada kadar yang lebih perlahan berbanding dengan kanak-
kanak.

Pandangan Nativis
Secara hipotesisnya kanak-kanak ini apabila dilahirkan telah mempunyai struktur
berbahasa yang baik dan mudah menerima bahasa semasa memasuki alam
prasekolah. Berdasarkan pandangan ini ianya mempercayai setiap manusia mula
mengenali dan memahami peraturan berbahasa dari segi tatabahasa dan erti perkataan
apabila ia dilahirkan secara umum sahaja. Berdasarkan itu kanak- kanak itu akan diajar
cara berkomunikasi yang baik supaya ia menjadi lebih mudah untuk memberi arahan,
menyoal, dan bertutur dengan lebih teratur. Untuk itu kanak- kanak ini perlulah
menambah lagi perbendaharaan kata dan penguasaan tata bahasanya.

Pandangan Behavioris
Bahkan Brown (1980) dalam “Principles of Language Learning and Teaching”
menyatakan bahawa kanak- kanak lahir ke dunia ini ibarat seperti sehelai kain putih
tanpa ada apa- apa calitan. Persekitarannya yang akan membentuk secara perlahan-
lahan untuk membentuknya membuat pengukuhan terhadap tingkah lakunya.
Pengetahuan dan keterampilan berbahasanya akan diperoleh melalui pengalaman dan
proses pembelajaran. Dengan demikian, bahasa yang didengari akan dipindahkan
melalui perwarisan kebudayaan, sama halnya seperti orang yang belajar memandu
kenderaan.

Menurut model behavorist pembelajaran bahasa merupakan kepada proses yang


berdasarkan kepada peraturan pelaziman operan iaitu yang menjurus kepada model
rangsangan gerak balas. Dalam erti kata lain kanak- kanak itu akan diberikan satu
perkataan, dia meniru bahasa itu, dan dia akan meniru lagi apabila dia menjumpai
perkataan itu. Dengan erti kata lain ibu bapa merangsang bahasa peringkat awal kanak-
kanak menggunakan perkataan khusus seperti “mama” atau “papa” dan perkataan ini
diulang berkali- kali dan dengan pengulangan ini kanak- kanak itu akan dapat mengikut.

Pandangan Kostruktivis - Model Pembelajaran Interaksionalis


Menurut model ini kanak-kanak perlu didedahkan kepada interaksi linguistik supaya
mereka boleh menggambarkan makna kognitif dalam bentuk-bentuk linguistik yang jelas
dan tepat. Model ini berpendapat pembelajaran bahasa sebagai alat berinteraksi dan ia
merupakan satu proses yang melibatkan mental dan linguistik. Oleh itu kanak- kanak
perlu memahami dan menggunakan tatabahasa dengan betul. Ini membantu mereka
berkomunikasi dalam masyarakat.

Selain itu aktiviti bahasa yang bermakna dan menarik membantu kanak- kanak
menguasai dan memperbaiki penggunaan sistem bahasa dan seterusnya dapat
menggunakannya dengan fasih dan lancar.

2
ASAS- ASAS BAHASA
Untuk memperolehi kemahiran berbahasa yang baik kanak- kanak itu perlulah
didedahkan dengan pelbagai program pembelajaran dan pengajaran. Untuk itu guru
perlulah mengetahui sistem- sistem bahasa.

a) Fonetik
Dalam perkembangan fonologi, kanak- kanak menghasilkan bunyi secara rambang.
Ini berlaku di peringkat agahan. Mula- mula ia memperoleh fonem-fonem yang halus
dan seni perbezaan fiturnya.
 Peringkat menangis
 Peringkat rengekan (cooing)
 Peringkat ajukan satu suku kata yang bermakna (ma,cu,bum)
 Peringkat ajukan dua suku kata (mama.baba,tata,dedi,susu)

b) Morfologi
Apabila kanak-kanak mula menyedari gabungan bunyi membawa makna tertentu
mereka mula mempelajari perkataan baru pada umur 18 bulan. Perbendaharaan
kata kanak- kanak sudah menjangkau 20 hingga 50 patah perkataan dan apabila
menjangkau umur 4 tahun mereka boleh mengujarkan atau menguasai lebih 2000
patah perkataan. Ada juga yang telah boleh memahami konsep majmuk dan perkara
lepas (past tense).

c) Sintaksis
Dalam perkembangan sintaksis, kanak-kanak menguasai ujaran yang terdiri
daripada satu perkataan ketika berumur satu tahun dan maju kepada ujaran dua
perkataan ketika menjangkau umur dua tahun. Setiap ujaran dapat merujuk
beberapa makna mengikut susunan kata atau konteks untuk menggambarkan
penafian pertanyaan dan sebagainya. Ayat- ayat padat dan ringkas, banyak
menggunakan kata inti dan kurang atau tiada langsung menggunakan kata tugas.

Setelah meningkat pada umur lima tahun barulah kanak-kanak itu menyamai bahasa
orang dewasa. Setelah umur lima tahun kanak- kanak akan berupaya menghasilkan
ayat-ayat pasif atau ayat-ayat yang lebih kompleks dan dapat mengenal struktur
dalaman dan hubungannya dengan struktur luar.

 Kanak- kanak umur satu setengah tahun boleh melakukan dengan tepat arahan
mudah seperti ‘ambilkan selipar ayah’.
 Kanak- kanak pada umur awal 12 hingga 18 bulan sudah boleh guna perkataan
dengan intonasi yang berbeza.
 Pada umur 18 bulan ayat dengan dua perkataan mula digunakan serperti :

- Ayat Penyata: “My toy”, Daddy’s car, “adik punya”.


- Ayat Negatif: “Ayah belum balik’, “adik tak buat”.
- Ayat perintah / seru: “Jangan kacau adik”.

d) Semantik
Dalam perkembangan semantik,kanak-kanak mula berupaya menguasai beberapa
patah perkataan dan kemudian memperluaskan perbendeharaan katanya dengan

3
agak cepat. Mula- mula sepatah mungkin merujuk beberapa benda atau makna.
Ketika inilah kanak- kanak sering membuat kesalahan, terutama semasa memberi
makna perkataan itu. Hasil daripada interaksi dengan persekitarannya dalam
pelbagai konteks, kanak- kanak akan mempelajari konsep- konsep daripada yang
konkrit kepada yang lebih abstrak dan mula dapat menyusun perkataan mengikut
tatabahasa.

Perkembangan Semantik kanak- kanak berkait rapat dengan peringkat


perkembangan intelek Piaget: sensori motor,praoperasi, operasi konkrit:
i) Pada peringkat sensori motor:
 Kanak- kanak sering gunakan ayat dengan satu perkataan; contohnya:
Jika ia sedang mencari ayahnya di sekeliling rumah ia akan
sebut:“Ayah?” yang bermaksud “Di manakah ayah?”.
Jika ia tengok dalam bilik air, dan gelengkan kepalanya sambil sebut
“Ayah”, ini bermaksud, “Ayah tidak ada dalam bilik air”.
Jika ia pergi ke muka pintu dan memanggil “Ayah” sambil cekak
pinggang, ini bermaksud “Ayah, mari sini”.

ii) Peringkat praoperasi


Pada umur 2 – 7 tahun kanak- kanak mula cuba memahami bahawa ada
perkataan yang mempunyai lebih dari satu makna. Tetapi mereka masih
pada peringkat konkrit dan belum begitu memahami lagi perkataan abstrak.

iii) Pada peringkat berfikir dan membezakan antara umur 7 – 11 tahun,


kebolehan kanak- kanak berkembang bagi mengecam dan membezakan
makna. Namun mereka masih terikat dengan proses pengalaman sedia ada
dan pengalaman terus mereka.
Contohnya : Pada peringkat ini,kanak- kanak sudah faham fungsi rumah,
sebagai tempat untuk tidur, tempat makan, tempat tinggal keluarga, tempat
kawan datang dan lain- lain.

e) Peringkat Pragmatik
Peringkat pragmatik ialah peringkat penggunaan bahasa yang peka konteks iaitu
bagaimana seseorang menyesuaikan bentuk ucapan/perkataan mengikut konteks
sosial yang berbeza.

Dalam peringkat pragmatik ini juga kanak- kanak belajar peraturan bercakap
daripada komuniti di sekitar tempat tinggalnya. Peraturan ini berbeza mengikut sosio
budaya dan bangsa.

Faktor yang mempengaruhi perkembangan bahasa kanak- kanak dapat dibahagikan


kepada tiga.

4
i) DORONGAN
Dorongan yang dapat merangsang perkembangan bahasa kanak- kanak adalah
seperti berikut:
- Memberi maklum balas yang positif .
Perlu diberi pengukuhan positif seperti pujian atau penghargaan.
- Membetulkan sebutan kanak- kanak secara membina.

ii) KEMATANGAN
- Tahap perkembangan berbahasa kanak- kanak berbeza mengikut
peingkat umur/kematangan
- Semakin meningkat umur semakin banyak perbendaharaan kata dan
bentuk ayat yang dilafazkan.

iii) PERSEKITARAN
- Kemahiran berbahasa akan berkembang dengan pesat jika dibesarkan dalam
persekitaran yang kondusif seperti persekitaran yang selamat, bebas, terdapat
bahan yang boleh merangsang perkembangan bahasa seperti CD- Rom atau
alat permainan bahasa.

Вам также может понравиться