Вы находитесь на странице: 1из 2

Nama : Mohamad Fadli Bin Badrul Hisham

Kelas : 6 PISMP PJK

QUIZ

1.) Jelaskan konsep Inovasi ?

Inovasi ialah suatu pembaharuan terhadap reka cipta yang sedia ada. Ianya merupakan
proses penambahbaikkan , penerapan nilai, atau cara baru untuk menerapkan ilmu
pengetahuan melalui teknologi sedia ada dalam suatu produk atau inovasi. Selain itu, ianya
juga merupakan suatu kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk baru yang lebih baik
dan berkualiti.

Seterusnya, inovasi ialah kebolehan mengaplikasikan penyelesaian kreatif kepada


masalah dan peluang untuk meningkatkan gaya hidup manusia. Inovasi juga merupakan
penemuan baru yang berbeza dari sesuatu yang sudah ada. Oleh itu, boleh disimpulkan
bahawa inovasi ialah satu idea baru untuk memperbaiki suatu produk.

2) Terangkan faktor-faktor yang mempengaruhi inovasi dalam pendidikan?

Pertama ialah faktor pengajaran dan pembelajaran (pdp). Hal ini merujuk kepada
kemampuan guru itu sendiri. Dari sudut guru sebagai tenaga professional dalam proses pdp.
Guru mempunya kemahiran dan ilmu dalam mengelolakan proses pdp.

Kedua ialah faktor internal dan eksternal. Faktor internal yang mempengaruhi system
pendidikan ialah murid. Murid sangat besar pengaruhnya terhadap inovasi kerana tujuan
pendidikan adalah untuk melihat perubahan tingkah laku murid. Oleh itu, murid menjadi pusat
pemerhatian dan pertimbangan dalam melaksanakan apa jua yang berkaitan dengan
pendidikan. Faktor eksternal pula ialah ibu bapa. Orang tua murid berperanan dalam
mendorong dan membimbing murid dalam pembelajaran supaya mengikut sepertimana yang
diajar di sekolah.

Ketiga ialah faktor sistem pendidikan. Di Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia


(KPM), berperanan dalam mengelolakan dan mengawasi sistem pendidikan Negara. Oleh yang
demikian pendidikan di sekolah perlu mengikut sistem yang telah ditetapkan. Permasalahan
yang timbul ialah dari segi kewangan guru dan juga peluang untuk guru meningkatkan
profesionalisme keguruan itu sendiri.
3.) Berikan Justifikasi tentang dua elemen penilaian inovasi digital dalam pengajaran dan
pembelajaran berdasarkan model CIPP?

Model CIPP (context, input, process , product) merupakan satu kaedah penilaian
terhadap suatu program. Keempat aspek penilaian CIPP ini membantu pembuat keputusan
untuk menjawab empat soalan asas iaitu, apa yang patut kita buat?, bagaimana kita boleh
melakukannya?, adakah kita melakukannya seperti yang dirancang?, dan adakah program ini
berfungsi?.

Elemen pertama ialah konteks. Konteks merujuk kepada menyeluruh. Hal ini dalam
melihat kekuatan dan kelemahan yang dimiliki agar dapat menentukan keperluan dalam
mengatasinya untuk mencapai sesuatu objektif. Dalam pdp, guru perlu membuat persediaan
secara menyeluruh sebelum memulakan sesi pdp. Sebagai contoh, saya sebagai guru
pendidikan jasmani perlu menguasi ilmu yang cukup berkaitan tajuk sebelum mula mengajar.
Sebagai contoh, tajuk lompat jauh. Guru perlu tahu komponen-komponen yang ada dalam satu
lakuan lompat jauh dan perlu menunjukkannya kepada murid. Guru boleh menggunakan
demonstrasi, video, dan juga gambar dalam menunjukkan kemahiran tersebut. Oleh itu, suatu
proses pdp dapat dilaksanakan secara menyeluruh.

Kedua ialah elemen proses. Dalam pdp elemen proses menunjukkan bagaimana suatu
proses pdp itu berjalan. Hal ini termasuk pelaksanaan suatu aktiviti pengajaran. Bermula
daripada jenis tahun dan kelas, tajuk pengajaran, teknik pengajaran, alatan yang digunakan,
dan hasil pembelajaran. Kesemua ini merujuk kepada proses dalam pembelajaran. Sebagai
contoh, perancangan dalam mengajar sebuah kelas 5 Intelek seramai 20 orang murid. Kelas
berjalan selama 30 minit dimulakan dengan set induksi, perkembangan, fasa kemuncak dan
akhirnya penutup. Di akhir sesi, guru akan menilai sama ada objekif pengajaran tercapai
ataupun tidak. Jika tidak apakah penambahbaikan yang perlu dibuat. Berdasarkan elemen
proses dalam model CIPP ini, guru dinilai bagi menentukan sejauh mana mereka telah
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran, menggunakan peralatan dan melaksanakan
penilaian dalam pengajaran dan pembelajaran.

Вам также может понравиться