Вы находитесь на странице: 1из 5

SEKOLAH KEBANGSAAN NANGA ENGKAMOP,

D/A PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH JULAU,


96600 JULAU, SARAWAK.

Kertas Kerja
Hari Penetapan Target
UPSR 2019
Tarikh : 22 Februari 2019 (Jumaat)
Tempat : Makmal Komputer SK Nanga Engkamop

Disediakan oleh :
Jawatan Kuasa Kurikulum,
SK Nanga Engkamop, Julau.

1
1.0 PENGENALAN

Hari Penetapan Target UPSR 2019 ini dianjurkan untuk memberi pendedahan dan motivasi
kepada murid Tahun 6 khususnya untuk meningkatkan prestasi akademik masing-masing
dengan meletakkan suatu target bagi setiap mata pelajaran peperiksaan awam (UPSR 2019)
yang akan diduduki pada tahun ini. Dalam erti kata lain, semasa program ini nanti, ibu bapa
atau penjaga bersama-sama murid Tahun 6 berupaya merencana target atau matlamat murid.
Pada masa yang sama, pihak sekolah secara tidak langsung dapat menentukan target setiap
mata pelajaran utama di sekolah.

Justeru itu, melalui permuafakatan di antara pihak sekolah, ibu bapa atau penjaga dan bersama-
sama murid Tahun 6 secara tidak langsung dapat memantapkan institusi kekeluargaan ke arah
kecemerlangan dalam aspek akademik khasnya.

2.0 RASIONAL

Berikut merupakan rasional bagi mengadakan Hari Penetapan Target UPSR 2019 ini, iaitu :

2.1 Permuafakatan antara guru dan ibu bapa atau penjaga akan dapat memberi peluang
kepada penyelesaian masalah pembelajaran murid.
2.2 Menunjukkan kepekaan ibu bapa atau penjaga terhadap bidang akademik dan
sahsiah anak-anak.
2.3 Ibu bapa atau penjaga sedar akan tanggungjawab mereka serta memberi sokongan
penuh kepada program sekolah.
2.4 Kerjasama antara ibu bapa atau penjaga dan guru diperlukan untuk meningkatkan
kecemerlangan akademik murid.

3.0 OBJEKTIF

Berikut merupakan objektif bagi mengadakan Hari Penetapan Target UPSR 2019 ini, iaitu :

3.1 Meningkatkan peratus lulus keseluruhan UPSR 2019 bagi SK Nanga Engkamop.
3.2 Menambah bilangan murid cemerlang dalam kesemua mata pelajaran UPSR.
3.3 Memastikan hubungan antara ibu bapa atau penjaga dengan pihak sekolah sentiasa
berterusan dan harmonis.
3.4 Memastikan penyaluran maklumat kepada ibu bapa atau penjaga berhubung
prestasi murid Tahun 6 berjalan lancar.

2
3.5 Meningkatkan kemenjadian murid melalui permuafakatan ibu bapa atau penjaga
dan guru.
4.0 SASARAN

Ibu bapa atau penjaga dan semua murid Tahun 6 (25 orang).

5.0 PELAKSANAAN PROGRAM

Program ini dirancangan pelaksanaannya seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 22 Februari 2019 (Jumaat)


Masa : 8.30 pagi
Tempat : Makmal Komputer SK Nanga Engkamop

6.0 JAWATAN KUASA PELAKSANA

Penasihat : Encik Jantan Anak Mit (Guru Besar SK Nanga Engkamop)


Pengerusi : Encik Johnny Anak Blo (Penolong Kanan Pentadbiran)
Setiausaha : Encik Ismail Bin Ibrahim
Penolong Setiausaha : Cik Michelle Elaine Anak William Jospa (SUP)
Bendahari : Encik Ealy Anak Chali
AJK Protokol : Encik Johnny Anak Blo (K)
: Encik Hamleet Bin Haji Jaraee
: Encik Zimmerman Anak Nudong
Pengacara Majlis : Encik Ismail Bin Ibrahim (K)
AJK Siaraya : Encik Wallace Anak Julin (K)
: Encik Abdul Malek Bin Madhie
AJK Makanan : Puan Magdeline Roni Anak Mani (K)
: Puan Kutik Anak Unan
: Encik Sigar Anak Blion
AJK Persiapan : Encik Rima Anak Ramba (K)
Tempat : Encik Alex Van Bastian Anak Bujang
: Encik Baran Anak Nillie
: Encik Mathew Anak Duie
AJK Fotografi : Encik Ahmad Syawqi Asywaq Bin Yunus (K)
AJK Penyediaan Slide : Cik Michelle Elaine Anak William Jospa (K)
dan Kad Penetapan : Encik Ismail Bin Ibrahim
Target : Encik Ahmad Syawqi Asywaq Bin Yunus
AJK Hiasan Tempat : Puan Empena Anak Chuti (K)
: Puan Jerani Anak Han
: Cik Audreyana Santa Anak Juti
: Puan Landan Anak Andom
: Puan Serani Anak Sumping

3
: Cik Priscila Anak Enturan
AJK Buku Program : Cik Ling Hee Chen (K)
AJK Banner : Encik Wan Zulzafaralli Bin Wan Ahmad (K)

7.0 TENTATIF PROGRAM

8.00 pagi : Pendaftaran ibu bapa atau penjaga murid Tahun 6


8.15 pagi : Ibu bapa atau penjaga mengambil tempat duduk
8.30 pagi : Ketibaan Guru Besar SK Nanga Engkamop diiringi barisan
penolong kanan
: Nyanyian Lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku
: Bacaan doa
: Ucapan Perasmian oleh Encik Jantan Anak Mit (Guru Besar SK Nanga
Engkamop)
: Sesi Permuafakatan
- Penerangan tentang UPSR/ Sasaran Sekolah oleh Encik Johnny
Anak Blo (PK Pentadbiran)
- Penerangan prestasi akademik semasa murid dan penetapan target
oleh setiap guru mata pelajaran
- Penyampaian Kad Target UPSR 2019
- Ikrar Surat Aku Janji murid tahun 6
10.00 pagi : Majlis bersurai / jamuan ringan

8.0 PERBELANJAAN
Bil. Perkara Jumlah
1. Jamuan makan RM 510
Kos makanan 1 orang = RM5
Bil. Guru dan AKP : 27 orang
Bil. Ibu Bapa atau Penjaga : 50 orang
Bil. Murid : 25 orang
Jumlah peserta keseluruhan : 27 orang + 50 orang + 25 orang =
102 orang

102 orang x RM5 = RM510


2. Banner RM 100
1 unit x RM 100 = RM100
3. Hiasan Makmal Komputer = RM340 RM 340
4. Kad Penetapan Target dan Surat Aku Janji RM 50
1 orang = RM2

25 orang x RM2 = RM50


4
JUMLAH KESELURUHAN RM 1000
*Sumber Peruntukan daripada HIPERS
9.0 PENUTUP
Pihak sekolah amat mengharapkan program seperti ini dapat memberi impak yang berkesan
kepada pencapaian murid Tahun 6 SK Nanga Engkamop dalam mencapai target yang
ditetapkan dan seterusnya merealisasikan sasaran sekolah bagi UPSR 2019 ini.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(ISMAIL BIN IBRAHIM) (JOHNNY ANAK BLO)


Guru Kelas Tahun 6, Penolong Kanan Pentadbiran,
SK Nanga Engkamop, SK Nanga Engkamop,
96600 Julau, Sarawak. 96600 Julau, Sarawak.

Tarikh : 12 Februari 2019 Tarikh : 12 Februari 2019

Diluluskan oleh,

(JANTAN ANAK MIT)


Guru Besar,
SK Nanga Engkamop,
96600 Julau, Sarawak.

Tarikh :

Вам также может понравиться