You are on page 1of 9

SYARAHAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA / TAMIL

KERTAS KONSEP

KERTAS KONSEP
SYARAHAN
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA / TAMIL

A. PENGENALAN

Syarahan ialah pengucapan umum yang memerlukan seseorang pengucap


menyampaikan idea-idea melalui pemikiran logik, menaakul, menganalisis dan
berhujah dengan baik untuk menjelaskan, menerangkan dan menghuraikan topik.
Penyampaian yang menarik semasa bersyarah memerlukan penguasaan nada
suara dan intonasi yang sesuai. Contohnya nada tinggi, lantang dan bersemangat
untuk menarik perhatian, nada perlahan untuk merayu dan memujuk.

Penyusunan format syarahan

Syarahan yang baik mestilah mengandungi pengenalan (introduction), isi (body)


dan penutup (conclusion).

Pengenalan syarahan

Syarahan harus dimulakan dengan pembuka kata yang mengandungi perkara-


perkara yang berkaitan dengan kaedah memberikan hormat dan mengucapkan
salam kepada khalayak mengikut protokol dan pangkat mereka. Ucapan yang
biasa digunakan seperti “Selamat Pagi”, “Selamat Sejahtera” dan sebagainya.
Selepas pembuka kata, peserta harus memperkenal dan mendefinisikan tajuk
secara konseptual sahaja dan bukan secara lateral(perkataan demi perkataan).

Isi syarahan

Seterusnya susunan isi kandungan syarahan hendaklah disusun dengan rapi bagi
memudahkan khalayak mengikutinya. Setiap isi perlu disertakan contoh, petikan,
statistik dan bukti yang berfungsi untuk menyokong dan menguatkan sesuatu
syarahan. Sebelum memulakan isi-isi yang baru, peserta-peserta hendaklah
melafazkan kata-kata penegasan seperti “Hadirin yang dihormati”, “Hadirin
sekalian”, “Hadirin yang dimuliakan” atau yang seumpamanya.

Penutupan syarahan

Penutupan syarahan merupakan bahagian akhir sebuah syarahan. Perlu diingat


bahawa penutupan syarahan sama pentingnya dengan bahagian pengenalan
syarahan. Jika pengenalan bertujuan menarik perhatian khalayak, penutupan
syarahan adalah untuk mewujudkan kesan yang mendalam kepada khalayak.

136
SYARAHAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA / TAMIL
KERTAS KONSEP

Langkah yang perlu dititik beratkan semasa mengakhiri syarahan:

1. Membuat rumusan pada keseluruhan isi secara ringkas untuk mengembalikan


tumpuan khalayak agar mereka mengingati fakta utama semula yang telah
disampaikan.

2. Penggunaan bahasa berirama/frasa, ungkapan menarik /peribahasa/pantun


dan lain-lain mengikut kreativiti amat digalakkan.

3. Mengakhiri syarahan dengan lafaz ucapan terima kasih.

B. KERTAS KONSEP SYARAHAN BAHASA MELAYU SJKC & SJKT

1.0 NAMA PERTANDINGAN

1.1 Pertandingan Syarahan Bahasa Melayu Sekolah Jenis Kebangsaan


( Cina ) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil)

2.0 OBJEKTIF

2.1 Untuk menggalakkan murid-murid SJK(Cina) dan SJK(Tamil)


menguasai serta mempertingkat tahap penggunaan bahasa Melayu.

2.2 Menggalakkan murid-murid SJK(Cina) dan SJK(Tamil) bertutur


dalam bahasa Melayu.

2.3 Merapatkan hubungan antara guru serta murid SJK(Cina)


SJK(Tamil) di Malaysia.

2.4 Menanam dan menyuntik semangat perpaduan dan muhibah.

2.5 Menanamkan semangat ‘Cintailah Bahasa Melayu’.

2.6 Membiasakan murid-murid SJK(Cina) dan SJK(Tamil)


menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan harian
mereka.

137
SYARAHAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA / TAMIL
KERTAS KONSEP

3.0 KELAYAKAN PENYERTAAN

3.1 Semua murid warganegara Malaysia bukan bangsa Melayu (Rujuk


Sijil Kelahiran) di SJK(Cina) dan SJK(Tamil) Tahap 2 dan bahasa
ibundanya bukan bahasa Melayu layak mengambil bahagian.

3.2 Johan Kebangsaan tahun sebelumnya tidak dibenarkan menyertai


pertandingan ini pada semua peringkat.

3.3 Setiap murid hanya boleh menyertai satu jenis pertandingan


sahaja.

4.0 BILANGAN PESERTA

Setiap daerah layak menghantar (1) seorang peserta sahaja untuk


menyertai pertandingan ini pada peringkat negeri.

5.0 HAD MASA

Setiap peserta diberi masa (5) lima minit untuk bahagian pertama dan masa
(3) tiga minit untuk bahagian kedua. Tiada peruntukan markah selepas
loceng kedua dibunyikan. Loceng akan dibunyikan sekali (1) minit sebelum
masa tamat dan loceng akan dibunyikan (2) dua kali apabila masa telah
tamat.

6.0 Format Pertandingan

Pertandingan dijalankan dalam DUA (2) bahagian dan setiap peserta wajib
bertanding dalam kedua-dua bahagian tersebut. Giliran peserta setiap
bahagian ditentukan mengikut undian. Proses undian ini dijalankan oleh
Jawatankuasa Pertandingan di hadapan semua peserta. Pengacara majlis
dan peserta syarahan TIDAK DIBENARKAN memperkenalkan diri,
sekolah dan negeri masing-masing.

6.1. Bahagian Pertama

Peserta akan menyampaikan syarahan masing-masing dengan tajuk


yang telah disediakan oleh pihak sekolah yang mengambil bahagian.
Tema tajuk mestilah berdasarkan tema 'Gagasan 1Malaysia'.

138
SYARAHAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA / TAMIL
KERTAS KONSEP

6.2 Bahagian Kedua

6.2.1 Pertandingan syarahan secara spontan ini dijalankan selepas


sahaja selesai pertandingan syarahan bahagian pertama .

6.2.2 Peserta akan menyampaikan syarahan masing-masing secara


spontan berdasarkan tajuk yang ditentukan oleh
jawatankuasa pertandingan.

6.2.3 Peserta dikehendaki memilih tajuk di dalam sampul yang


disediakan di meja Ketua Hakim dan menyerahkannya
kepada juruacara tanpa membuka sampul tersebut.

6.2.4 Juruacara akan membaca tajuk tersebut apabila peserta telah


berada di atas pentas.

6.2.5 Masa persediaan (1) satu minit bermula sebaik sahaja


juruacara selesai membaca tajuk syarahan spontan. Semasa
persediaan di pentas, peserta tidak dibenarkan mendapat
bantuan oleh mana-mana pihak, alat tulis, kertas catatan, alat
komunikasi dan alat elektronik.

6.2.6 Loceng akan dibunyikan (1) sekali menandakan bermulanya


masa persediaan dan (2) dua kali menandakan tamatnya
masa persediaan dan bermulanya masa syarahan spontan.

6.2.7 Peserta tidak dibenarkan memulakan syarahan spontan


sebelum tamatnya masa persediaan.

6.3 Syarat-syarat Pertandingan

6.3.1 Peserta diberi masa (5) lima minit untuk syarahan bahagian
pertama, dan (3) tiga minit untuk syarahan bahagian kedua.

6.3.2 Loceng akan dibunyikan sekali, (1) satu minit sebelum tamat,
dan dua kali setelah tamat bagi setiap bahagian
pertandingan.

6.3.3 Penyampaian syarahan selepas loceng penamat dibunyikan


bagi setiap bahagian pertandingan, tidak akan diberi
markah.

6.3.4 Sebarang kritikan terhadap isu sensitif yang berkaitan dengan


agama, bangsa dan kebudayaan atau terhadap keperibadian

139
SYARAHAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA / TAMIL
KERTAS KONSEP

seseorang adalah dilarang. Kesalahan ini akan menyebabkan


markah adab dipotong.

6.3.5 Penggunaan bahasa atau tutur kata yang kurang sopan


adalah dilarang. Kesalahan ini akan menyebabkan markah
adab dipotong.

6.3.6 Peserta yang membaca nota atau teks, menyentuh isu


sensitif, menggunakan bahasa yang kurang sopan dan tidak
sempat membuat kesimpulan (semua kesalahan tersebut/
mana-mana satu daripadanya) tidak layak untuk diumumkan
sebagai pemenang pada semua peringkat pertandingan.

6.3.7 Peserta-peserta diwajibkan memakai blazer sekolah yang


tidak menunjukkan identiti sekolah atau negeri. Warna blazer
hendaklah berwarna gelap. Peserta lelaki juga dikehendaki
bertali leher dan berseluar panjang yang juga berwarna gelap.

6.3.8 Pengerusi majlis berhak menegur peserta yang melanggar


mana-mana peraturan di atas.

7.0 TAJUK

Tajuk bahagian pertama akan disediakan oleh pihak sekolah yang


mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan ini dan tajuk tersebut
boleh digunakan pada semua peringkat pertandingan. Manakala tajuk
bahagian kedua akan disediakan oleh pihak urus setia pertandingan di
sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan. Tajuk hendaklah berdasarkan
tema 'Gagasan 1Malaysia' dengan menggunakan kata kunci seperti
faedah-faedah, kesan-kesan dan faktor-faktor. Contoh tajuk 'Kebaikan
mengadakan rumah terbuka di Malaysia'.

140
SYARAHAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA / TAMIL
KERTAS KONSEP

8.0. PERATURAN PEMARKAHAN / FORMAT PENGHAKIMAN

8.1. Pembahagian Markah Syarahan Bahagian Pertama

8.1.1 Idea / Isi ( 20 markah )

Peserta syarahan akan diadili dari segi pengutaraan


tiga idea/ isi. Isi/idea hendaklah bernas yang disokong
oleh data / bahan yang tepat / logik sebagai peneguh
huraiannya.

Panduan Pemarkahan

Idea/isi tepat – 2 markah


Huraian – 3 markah
Data / contoh – 1 markah
Markah penuh bagi setiap isi/ idea ialah 6 markah (6m
x 3 = 18 markah + 2 markah takrifan tajuk = 20
markah).

8.1.2 Bahasa ( 30 markah )

Peserta syarahan akan diadili dari segi bahasa yang


jelas, baku (struktur dan sebutan), gaya bahasa yang
berkesan dan tepat dengan maksud yang hendak
disampaikan.

8.1.3 Gaya Persembahan ( 50 markah )

8.1.3.1 Peserta syarahan akan diadili dari segi


persembahan yang lancar dan meyakinkan,
gaya yang menarik dan susunan isi yang
tertib. (Pergerakan tangan yang keterlaluan
tidak digalakkan dan menjejaskan markah
persembahan)

8.1.3.2 Intonasi dan nada yang sesuai. (nada suara


yang tinggi, menjerit, menyanyi, berlakon,
dialog, bersyair tidak dibenarkan dan akan
menjejaskan markah persembahan)

8.1.3.3 Peserta syarahan WAJIB memberi ucap


selamat dan kata-kata aluan sebelum
memulakan syarahan. Markah keseluruhan
akan terjejas sekiranya peserta tidak

141
SYARAHAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA / TAMIL
KERTAS KONSEP

memberi ucap selamat terlebih dahulu. Lima


markah maksimum akan dipotong jika
peserta menyentuh isu sensitif /
menunjukkan perlakuan / tutur kata yang
kurang sopan.

8.2. Pembahagian Markah Syarahan Bahagian Kedua


(Spontan)

8.2.1 Isi ( 40 markah )

Peserta syarahan akan diadili dari segi pengutaraan


dua idea / isi. Idea/isi hendaklah bernas/logik dan
dihuraikan dengan jelas.

Panduan Pemarkahan

Idea / isi – 5 markah


Huraian – 10 markah
Data / contoh – 4 markah
Markah penuh bagi setiap isi/ idea ialah 19 markah
(19m x 2 = 38 markah + 2 markah takrifan tajuk = 40
markah).

8.2.2 Bahasa ( 30 markah )

Peserta syarahan akan diadili dari segi bahasa yang


jelas dan baku (struktur dan sebutan), gaya bahasa
yang berkesan dan tepat dengan maksud yang hendak
disampaikan.

8.2.3 Gaya Persembahan ( 30 markah )

8.2.3.1 Peserta syarahan akan diadili dari segi


persembahan yang lancar dan meyakinkan,
gaya yang menarik dan susunan isi yang
tertib. (Pergerakan tangan yang keterlaluan
tidak digalakkan dan akan menjejaskan
markah persembahan)

142
SYARAHAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA / TAMIL
KERTAS KONSEP

8.2.3.2 Intonasi dan nada yang sesuai. (nada suara


yang tinggi, menjerit, menyanyi, berlakon,
dialog, bersyair tidak dibenarkan dan akan
menjejaskan markah persembahan)

8.2.3.3 Peserta syarahan WAJIB memberi ucap


selamat dan kata-kata aluan sebelum
memulakan syarahan. Markah keseluruhan
akan terjejas sekiranya peserta tidak
memberi ucap selamat terlebih dahulu. Lima
markah maksimum akan dipotong jika
peserta menyentuh isu sensitif /
menunjukkan perlakuan/ tutur kata yang
kurang sopan.

9.0 PANDUAN KEPADA PANEL HAKIM

9.1 Peserta syarahan setiap bahagian akan diadili dari segi isi/idea,
bahasa dan persembahan. Panel hakim tidak boleh terpengaruh
oleh reaksi emosi / tepuk sorak penyokong.

9.2 Panel hakim diingatkan agar tidak memilih peserta syarahan yang
membaca nota/teks, menyentuh isu sensitif, menggunakan bahasa
yang kurang sopan dan tidak sempat membuat kesimpulan
(semua kesalahan tersebut / mana-mana satu daripadanya) sebagai
pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga.

9.3 Panel hakim perlu membuat keputusan MENGGUNAKAN SISTEM


JURI.

9.4 Keputusan panel hakim adalah muktamad.

10.0 KUASA DAN TUGAS PENGERUSI PERTANDINGAN

10.1 Setiap sesi pertandingan akan dipengerusikan oleh seorang


pengerusi pertandingan yang telah dilantik oleh Jawatankuasa
Pelaksana.

10.2 Kuasa dan tugas pengerusi pertandingan:


i. Mengelolakan pertandingan dari awal hingga akhir.
ii. Menasihati peserta supaya berhenti jika melebihi 7 minit.
iii. Berhak memberhentikan peserta yang menyentuh isu-isu
sensitif.

143
SYARAHAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA / TAMIL
KERTAS KONSEP

11.0. Tarikh Pertandingan

11.1 Peringkat Daerah :


11.2 Peringkat Negeri :
11.3 Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan :
Tempat :
11.4 Peringkat Akhir Kebangsaan :
Tempat :

12.0 Jawatankuasa Pertandingan Peringkat Negeri

Jawatankuasa Pertandingan Peringkat Negeri dipengerusikan Pengarah


Pendidikan Sarawak, Ahli Jawatankuasa terdiri daripada semua Pejabat
Pendidikan Daerah

Jawatankuasa pertandingan Peringkat Negeri berhak membuat keputusan


yang difikirkan wajar dan munasabah jika berlaku sebarang perkara yang
tidak diingini demi memastikan kelancaran perjalanan pertandingan pada
satu-satu masa.

13.0 HAL-HAL LAIN

13.1 Segala peraturan ini tertakluk kepada perubahan oleh


Jawatankuasa Pelaksana Pertandingan Peringkat Negeri.

13.2 Maklumat lanjut, sila hubungi pegawai-pegawai di Pejabat


Pendidikan Daerah masing-masing.

14.0 AM

Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Bahagian Kokurikulum


dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia.

144