Вы находитесь на странице: 1из 1

Bersyukur k hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan rahmatNya dapat saya

merakamkan kata alu-aluan dalam majalah sekolah, BITARA 2018. Terlebih dahulu diucapkan syabas dan
ahniah kepada sidang redaksi majalah dan kepada semua yang terlibat dalam penerbitan majalah
sekolah pada tahun ini. Sesungguhnya usaha, komitmen dan pengalaman yang diperolehi oleh semua
sidang redaksi dalam penerbitan majalah ini dapat menyumbang kepada peningkatan potensi diri serta
perkembangan bakat dalam bidang penulisan, rekacipta, suntingan dan penerbitan.

Sekolah sebagai institusi pendidikan berperanan untuk membangunkan dan mengembangkan


potensi murid dalam pelbagai aspek sama ada melalui proses pengajaran dan pemudahcaraan malah
dalam aktiviti kokurikulum, penanda arasan serta tindak ikut. Bagi mencapai kebolehupayaan ini maka
setiap murid hendaklah memainkna peranan yang aktif dalam setiap program dan mengambil peluang
yang ada bagi meningkatkan potensi serta jati diri.

Saya percaya dengan komitmen yang ditunjukkan oleh para guru beserta sokongan padu
daripada ibu bapa dan komuniti, hasrat untuk melahirkan insan cemerlang dan terbilangselaras dengan
arusperkembangan pendididkan dalam gelombang kedua PPPM 2016-2020 akan dapat dicapai dalam
kaangan murid SMK Jalan Empat ini. Disamping perkembangan teknologi IT, semua murid hendaklah
sentiasa menjaga budi bahasa, tingkah laku dan adab sopandalam tutur bicara walau di mana sahaja
berada dan dengan siapa jua kita berkomunikasi. Adab melambangkan ketinggian peribadi dan sahsiah
diri. Jadikanlah sekolah sebagai tempat menimba ilmudan kemahiran yang diperlukan untuk masa depan
yang lebih gemilang.

Saya yakin dengan semangat membara, potensi dan keupayaan yang ada dalam diri setiap
warga SMK Jalan Empat, segala usaha membawa sekolah ini ke mercu kejayaan akan dapat dicapai.

JESS HEBAT dan Yakin Boleh!

Sekian, terima kasih.

Вам также может понравиться