Вы находитесь на странице: 1из 7

Tugasan 1

Tajuk Artikel:

Pendekatan didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu: Tinjauan Terhadap
sikap dan minat murid Orang Asli di Negeri Perak.

Objektif kajian:

Kajian yang dijalankan adalah bertujuan:

i. Untuk mengenal pasti reaksi murid Orang Asli terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu
yang menerapkan pendekatan didik hibur.
ii. Untuk mengenal pasti penglibatan murid Orang Asli dalam setiap aktiviti pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu yang mengaplikasikan pendekatan didik hibur.
iii. Untuk mengenal pasti implikasi pengajaran dan pembelajaran guru Bahasa Melayu
menggunakan pendekatan didik hibur terhadap motivasi diri untuk datang ke sekolah
dalam kalangan murid Orang Asli

Persoalan Kajian:

Persoalan yang dikaji adalah:

i. Sejauhmanakah reaksi murid Orang Asli terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu yang
menerapkan pendekatan didik hibur.
ii. Sejauhmanakah penglibatan murid Orang Asli dalam setiap aktiviti pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu yang mengaplikasikan pendekatan didik hibur.
iii. Sejauhmanakah implikasi pengajaran dan pembelajaran guru Bahasa Melayu
menggunakan pendekatan didik hibur terhadap motivasi diri untuk datang ke sekolah
dalam kalangan murid Orang Asli.
Permasalahan Kajian:

Kajian dibuat setelah mendapati bahawa sistem pendidikan yang terlalu bergantung kepada guru,
papan hitam dan buku teks. Kaedah penyampaian bersifat sehala dan tidak berpusatkan murid.
Ini seterusnya menghalang murid untuk mengembangkan prestasi masing-masing. Murid juga
tidak dapat mengaplikasi gaya pembelajaran mereka di dalam kelas.

Kajian lepas menunjukkan bahawa kanak-kanak orang asli tidak berminat untuk hadir kes
sekolah disebabkan sukar untuk memahami kandungan pelajaran, kurang minat terhadap kerja
sekolah.pembelajaran berpusatkan guru dilihat tidak dapat digunakan untuk menarik minat murid
orang asli untuk hadir ke sekolah dan membuatkan mereka mencapai keputusan yang cemerlang
dalam pelajaran.

Metodologi:

Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Metode kajian menggunakan temubual,


pemerhatian dan analisis dokumen. Temubual dijalankan dengan guru dan murid Orang Asli.
Pemerhatian dijalankan dalam bilik darjah berdasarkan senarai semak iaitu interaksi guru dengan
murid dari aspek pengajaran dan pembelajaran. Analisis dokumen dijalankan dengan melihat
portfolio responden, program yang dijalankan serta buku latihan murid.

Sampel kajian pula terdiri daripada murid-murid orang asli yang mengikuti kelas pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu di 4 buah sekolah dalam daeralah Kinta Utara, Kuala Kangsar Dan
Perak Tengah.

Dapatan Kajian

Daripada kajian yang dijalankan didapati bahawa pendekatan didik hibur dapat menarik minat
murid untuk memberi perhatian kepada sesi pengajaran dan pembelajaran. Malah suasana
pembelajaran lebih ceria dan berpusatkan kepada murid. Ini menggalakan murid untuk
melibatkan diri secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran. Hasil kajian juga menunjukkan
bahawa murid lebih menunjukkan perlakuan yang positif dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran. Kerjasama daripada murid juga dapat ditingkatkan dengan menggunakan kaedah
didik hibur ini.
Penggunaan kaedah ini di dalam bilik darjah juga dilihat dapat meningkatkan minat murid untuk
belajar. Bilangan murid yang hadir ke sekolah juga semakin baik dan ramai. Ini berlainan dengan
kejadian sebelum ini yang menunjukkan bahawa murid banyak ponteng sekolah. Kaedah didik
hibur juga dilihat sebagai satu mekanisme yang dapat menarik minat murid untuk hadir ke
sekolah. Ia turut merangsang murid untuk menjadi lebih gembira dan ceria. Minat murid untuk
belajar juga dapat ditingkatkan dengan kaedah ini. Murid menjadi lebih aktif dan banyak
melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Displin murid juga lebih terkawal
dan murid lebih memberi tumpuan kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Oleh itu, keseronokan murid secara keseluruhannya dalam mempelajari sesuatu subjek itu akan
dapat direalisasikan secara terancang dan bersistematik. Selain itu, didik hibur juga berkait rapat
dengan penggunaan bahan bantu mengajar. Penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik
akan mewujudkan suasana pembelajaran yang menggembirakan.

Salah satu daripada keceriaan aspek emosi dapat diwujudkan melalui amalan pembelajaran
menyeronokkan terhadap murid sama ada ketika sesi pembelajaran atau ketika berinteraksi
dengan murid secara tidak formal. Amalan ini akan dapat mengurangkan batasan hubungan atau
formaliti antara guru dengan murid. Natijahnya, murid akan lebih selesa, yakin diri dan berani
berjumpa guru untuk berbincang dan berinteraksi. Amalan ini membolehkan isi pembelajaran
mudah diingati kerana penerimaan ilmu adalah secara semula jadi dan bukannya secara paksaan.
Amalan pembelajaran menyeronokkan berupaya membantu kelancaran interaksi guru-murid.

Melalui kaedah didik hibur, kanak- kanak dapat berinteraksi dengan rakan sebaya mereka dan
seterusnya dapat memupuk kerjasama antara satu sama lain. Selain itu, melalui kaedah ini juga
kanak- kanak dapat melahirkan daya kreativiti mereka tanpa had serta dapat meningkatkan
kaedah kendiri dan penghargaan kendiri.

Aktiviti didik hibur juga membenarkan kanak-kanak memenuhi keperluan ingin tahu,
meningkatkan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran mereka. Aktiviti bermain dalam
pengajaran dan pembelajaran memberi kesan ke atas perkembangan kognitif kanak-kanak. Ia
terbukti mempunyai perkaitan dengan proses pembinaan pengetahuan melalui interaksi dan
persekitarannya.
Didik hibur dapat menarik minat kanak- kanak untuk terus belajar kaedah literasi awal. Guru
perlu bijak dalam merancang rancangan pengajarannya agar dapat diterima oleh murid.
Bagaimanapun, aktiviti didik hibur yang dijalankan perlulah terancang, berstruktur, fleksibel dan
memenuhi keperluaan kognitif, psikomotor dan afektif murid.

Hasil kajian ini juga mendapati kesan yang positif terhadap perkembangan sosio emosi kanak-
kanak, di mana ia boleh mendatangkan kegembiraan, dapat menggalakkan kanak-kanak untuk
berinteraksi dan berkomunikasi antara satu sama lain. Faktor rumah, persekitaran sekolah,
persekitaran social dan persekitaran budaya dan persekitaran penilaian mempengaruhi minat
kanak- kanak untuk mengikuti pembelajaran dan belajar dalam keadaan yang menggembirakan.

Kekuatan dan Limitasi artikel

Kekuatan kajian ini adalah ianya dijalankan secara kualitatif yang bertujuan untuk memahami
dengan mendalam (Yin, 2003) serta ingin mendapat gambaran jelas (Marohaini, 2004) berkaitan
penggunaan teknik pentaksiran formatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran prasekolah.
Menurut Burn (1995), Merriem (1998) dan Yin (1995) penggunaan rekabentuk penyelidikan
kajian kes menggunakan data kualitatif amat sesuai apabila sesuatu kajian melibatkan
pemerhatian seseorang individu atau unit, satu kumpulan manusia, keluarga, satu kelas, sekolah,
satu masyarakat, peristiwa atau budaya. Sesuatu kajian kes harus memfokus kepada subjek yang
mempunyai sesuatu kriteria atau ciri yang ingin dikaji. Ini bermakna sesuatu kajian kes
kebanyakannya mengkaji tentang individu atau peristiwa- peristiwa dalam lingkungan budaya
dan persekitaran mereka (Burn, 1995).

Merriem (1998) menyatakan kajian kes digunakan untuk meningkatkan kefahaman yang
mendalam tentang subjek yang dikaji, memfokus kepada aspek proses berbanding output,
mementingkan penemuan bukannya pengesahan sesuatu teori atau dapatan. Menurut Yin (1995)
pula kajian kes adalah berkaitan dengan strategi penyelidikan yang memfokus kepada
persoalan ’siapa’, ’mengapa’ atau ’apakah’.

Ini bermakna kajian kes membolehkan penyelidikan yang menyeluruh atau holistik bagi
mengetahui ciri-ciri dalam sesuatu peristiwa atau kehidupan sebenar. Untuk mendapatkan
gambaran yang lengkap, sesuatu kajian kes mesti mengumpulkan data dari berbagai sumber bagi
membolehkan kefahaman yang mendalam terhadap sesuatu penyelidikan (Burn, 1995).

Limitasi kajian ini pula adalah, ianya dijalankan di negeri Perak, justeru ianya tidak dapat
digunaan untuk membuat generalisasi untuk kesemua murid yang belajar Bahasa Melayu di
seleuruh negara. Kajian ini juga hanya melibatkan pelajar tahap dua di 4 buah sekolah yang
terpilih. Jadi dapatan kajian tidak dapat untuk digeneralisasikan bagi pelajar tahap 1.

Rekabentuk Kajian yang lain perlu dijalankan bagi menguatkan lagi dapatan kajian yang telah
diperolehi. Kajian yang sama juga boleh dilaksanakan di negeri-negeri yang lain bagi
mengenalpasti keesahan dapatan kajian.

Kepentingan artikel

Kajian ini juga dilihat dapat memberi maklumbalas mengenai keberkesanan pelaksanaan
pendekatan didik hibur di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Maka, kajian ini telah dapat:

i. Memberi kesedaran kepada guru tentang keberkesanan penerapan pendekatan didik hibur
dalam usaha mengajar kemahiran berbahasa.
ii. Membantu guru-guru merancang aktiviti menggunakan pendekatan didik hibur yang
kreatif dan inovatif bagi menarik minat murid Orang asli belajar dengan seronok dalam
bilik darjah.
iii. Membantu guru mengetahui dan mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh
murid Orang Asli dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
iv. Membantu guru mengetahui tahap aprisiasi murid Orang Asli sebagai asas dalam
penyediaan perancangan dan pelaksanaan pengajaran Bahasa Melayu melalui penerapan
pendekatan didik hibur.

Kajian ini juga telah membantu dalam memberikan ilmu pengetahuan yang bermanfaat kepada
semua warga pendidik agar menggunakan pendekatan yang bersesuaian dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran mereka. Budaya membaca di kalangan guru akan memberikan lebih ilmu
pengetahuan agar mereka tidak ketinggalan dalam melaksanakan aktiviti yang berkesan kepada
murid.
Antara teori yang dikemukakan oleh Pengkaji

Murid akan lebih mudah memahami isi kandungan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
melalui pengalaman lakonan berbanding dengan penggunaan bahasa semata-mata. Ianya selaras
dengan teori Kon Pengalaman Edgar Dale (1969) yang menyatakan bahawa pembelajaran
abstrak akan berlaku apabila murid sudah memilik maklumat konkrit untuk mentafsir maklumat
abstrak. Lakonan merupakan sesuatu yang konkrit kerana ianya memberi pengalaman langsung
kepada murid. Aktiviti lakonan ini membantu penggunaan bahasa yang betul dalam pertuturan
murid.

Murid melalui aktiviti didik hibur mempunyai perkaitan dengan Teori pembelajaran
kognitif. Isi kandungan pembelajaran dan pengajaran haruslah disusun mengikut tahap yang
dapat dikuasai oleh murid dari semasa ke semasa dan isi kandungan yang disusun mesti relevan
dengan pengetahuan atau pengalaman yang sedia ada kepada pengetahuan baharu. Misalnya di
dalam aktiviti dalam kelas pendidikan muzik yang telah dirancang iaitu belajar menyanyi lagu
“Ikan Kekek” untuk aktiviti didik hibur yang menjadi pengetahuan sedia ada murid. Bagi murid
yang pernah menyanyikan lagu tesebut atau yang sudah pandai hafal lirik lagu memudahkan
guru mengedarkan seni kata lagu yang baharu untuk dijadikan seni kata lagu “ikan kekek”.
Melalui langkah ini, murid-murid akan melalui fasa asimilasi iaitu murid mencuba untuk
menyatukan informasi yang baharu iaitu seni kata lagu yang baharu dengan sturuktur kognitif
yang sudah dimiliki iaitu lagu asal “ikan kekek”. Guru akan menggunakan peringkat
akodomodasi untuk membuat perubahan dalam struktur kognitif murid. Pada peringkat
akodomodasi ini murid berupaya untuk berfikir dalam bahasa yang berada pada tahap yang lebih
tinggi daripada tahap yang sudah dikuasai oleh murid sebelumnya. Pada peringkat ekilibrium
pula mempunyai kesinambungan dalam diri murid yang akan membawa perubahan struktur
kognitif dalam diri murid melalui aktiviti ini. Hal ini demikian menunjukkan perkaitan antara
teori kognitif dan aktiviti didik hibur yang telah dirancang.
Rujukan

Burn, R. B. (1995). “Introduction to Research Methods.” Melbourne: Longman.

Marohaini, Y (2004) Pengkonsepan Pengutipan Data Kualitatif Research Seminar:


Implementation Of Fieldwork

Merriem, S. B. (1998). “Qualitative Research and Case Study Applications in Education.” (2nd
ed.). San Francisco: Jossey-Bass

Merriam, S. B. A. (2002). Qualitative research in practice: Examples for discussion and analysis
(1st ed.). San Francisco, CA: Jossey-Bass.

Mohd Razak Mohd Nordin, & Masitah Ahmad. (2015). Pendekatan didik Hibur dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu: Tinjauan Terhadap Sikap dan Minat Murid
orang asli di Negeri Perak. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 77-90.

Yin, R. K. (1995). Case study research: Design and methods. Applied Social Research
Series,Vol. 5. London: Sage

Yin, R. K. (2003). Case study research: Design and methods (3rd ed.). Thousand Oaks, CA: Sage.

Вам также может понравиться