Вы находитесь на странице: 1из 9

1.

0 Pengenalan

Instrumen mengenai perbezaan individu ini telah dikendalikan di Sekolah


Kebangsaan Sungai Batang semasa saya menjalankan tugasan Pengalaman Berasaskan
Sekolah (PBS). Seramai 10 orang murid daripada kelas Tahun 6 telah menjadi responden
dalam instrumen ini. Daripada jumlah keseluruhan responden, bilangan murid perempuan
ialah 8 orang dan bilangan murid lelaki ialah 2 orang.

2.0 Isi kandungan

Gaya pembelajaran ialah cara mempelajari sesuatu mengikut kecenderungan


individu. Menurut Kenneth & Dunn (1984), setiap orang mempunyai gaya pembelajaran dan
kekuatan yang tersendiri. Gaya pembelajaran boleh didefinisikan sebagai minat atau pola
terpilih yang mendorong seseorang apabila memproses maklumat baru atau pengalaman.
(Mardiana Nor, 2016) Terdapat pelbagai teori dan model gaya pembelajaran. Peneliti gaya
belajar, Barbe (1987) yang dipetik Oleh Cyntia (1996) menghadirkan tiga mod persepsi indera
(cara mengingat) yang digunakan untuk mengenal pasti gaya pembelajaran pelajar. Ini
disebut sebagai modalitas. Modalitas yang paling mudah dikenal pasti iaitu visual, auditori dan
kinestetik (VAK). Model ini digunakan sebagai model kajian. (Yahaya & Nurfaizah Binti Abd
Majid, 2013).

Gaya Pembelajaran Murid Tahun 6


(10 Responden)

10%

40% Visual
Auditori
Kinestetik
50%

Carta pai 1 : Peratus keputusan Instrumen (VAK)


Hasil daripada dapatan instrumen ini, penulis mendapati bahawa peratus
responden yang mempunyai gaya pembelajaran audiotori adalah yang tertinggi iaitu
sebanyak 50% dan diikuti dengan kinestetik dan visual. Berdasarkan gaya pembelajaran
audiotori, murid belajar dengan menggunakan kaedah lisan atau secara verbal sambil
mengingat dalam bentuk suara dan kata-kata. Murid yang mempunyai gaya pembelajaran
audiotori mampu menagkap pengajaran dan pembelajaran dengan mendengar maklumat
yang disampaikan oleh guru. Oleh itu, guru perlu mengoptimumkan penglibatan murid dalam
aktiviti verbal. Hal ini mampu membantu murid dalam memngingati penerangan melalui
bacaan yang kuat dan tempo yang berbeza.

Seterusnya, bagi murid yang mempunyai gaya pembelajaran dari aspek kinestetik
mempunyai peratusan sebanyak 40%. Murid yang mempunyai gaya pembelajaran ini
cenderung untuk belajar sekiranya guru menyediakan peluang pembelajaran kepada mereka
untuk terlibat secara fizikal dengan menggunakan tangan , kaki serta pergerakkan tubuh
badan yang lain. Menurut Solomon (1998), mereka lebih cenderung kepada hands-on dan
suka secara penemuan. (Rashid, Ying, & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, 2017) Oleh yang
demikian, guru haruslah peka dan sentiasa melibatkan mereka dengan aktiviti yang aktif.
Sebagai contohnya, menjalankan eksperimen, melaksanakan projek kayu, bermain
permainan binaan dan sebagainya. Kesannya, murid dapat memberikan fokus dan tumpuan
mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung

Peringkat terakhir iaitu kaedah pembelajaran dari aspek visual iaitu sebanyak 10%
daripada keseluruhan responden. Gaya pembelajaran murid ini adalah melalui melihat dan
pengamatan serta menggunakan visual yang tinggi dalam pemahaman pengajaran dan
pembelajaran. Guru boleh menyelitkan kaedah visual ini dengan memberi gambaran dalam
pemikiran murid tentang ilmu yang sedang dipelajarinya. Sebagai contoh bagi subjek
matematik, guru boleh menggunakan analogi atau video yang menunjukkan kumpulan-
kumpulan bagi menerangkan kaedah pendarapan dari aspek visual. Rasionalnya adalah
untuk menarik perhatian murid dan memberikan minat kepada mereka untuk belajar.
Seterusnya, guru boleh meminta murid untuk memberikan gambaran mereka sendiri bagi
merangsang perkembangan ilmu dari aspek gambaran dan visual disamping membantu
membentuk pembelajaran yang lebih bermakna.
3.0 Kesimpulan

Memandangkan gaya pembelajaran seseorang individu adalah berbeza, guru


hendaklah memberikan tumpuan kepada individu murid mengikut keperluan masing-masing.
Oleh yang demikian, guru sewajarnya mengambil tindakan seperti mengenali murid,
mengenalpasti kesesuaian dan cara penyampaian isi pembelajaran agar proses
pembelajaran lebih bermakna.
Rujukan

Mardiana Nor. (2016, Januari 2). Academia.edu. Diperoleh daripada


https://www.academia.edu/5779829/Gaya_Pembelajaran

Rashid, N. A., Ying, B. P., & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2017). Murid dan
Pembelajaran. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Yahaya, A. B., & Nurfaizah Binti Abd Majid. (2013). Teori dan Model Berkenaan dengan
Gaya Pembelajaran. Model Gaya Pembelajaran (VAK), Barbe (1987), 2.

Yahaya, N. (2014, Julai 4). Diperoleh daripada Scribd:


https://www.scribd.com/doc/232563130/Inventori-Gaya-Belajar
LAMPIRAN
Nama :________________________________________
Kelas :________________________________________

INVENTORI GAYA BELAJAR


ARAHAN : Baca kenyataan di bawah ini. Jika ia benar-benar menggambarkan tentang diri
anda, tandakan (X) pada Sangat Benar. Jika kadangkala benar, tandakan (X)
pada Benar. Jika tidak benar langsung, tandakan (X) pada Kurang Benar.

BIL PERNYATAAN SANGAT BENAR KURANG


BENAR 3M BENAR
5M 1M
1. Cara paling mudah saya mengingat apa yang
saya pelajari ialah dengan mendengar apa
yang diajar dalam kelas, penjelasan dari guru
dan mendengar dari perbincangan.
2. Saya lebih suka melihat maklumat dituliskan di
atas papan putih dan ditambah dengan alat
visual lain. Saya juga suka diberi bahan bacaan.
3. Saya suka menulis sesuatu di atas kertas
supaya saya mudah melihatnya dan mudah
untuk saya memahaminya.
4. Saya lebih suka menggunakan poster, model
atau kerja-kerja amali dan apa-apa aktiviti di
dalam kelas.
5. Untuk mudah faham, saya memerlukan
penerangan menggunakan graf, diagram atau
apa-apa yang boleh saya lihat.
6. Saya suka kerja tangan atau menghasilkan
sesuatu dengan tangan saya.
7. Saya suka dan bijak dalam menghasilkan
sesuatu dengan tangan saya.
8. Saya cekap meneka jika sesuatu bunyi sama
dengan satu bunyi yang lain.
9. Saya lebih mudah menghafal jika saya menulis
sesuatu berulang-ulang kali.
10. Saya boleh membaca dan mengikut arahan dari
peta dengan mudah
11. Saya lebih mudah menguasai dan memahami
sesuatu subjek dengan mendengar cikgu
mengajar di dalam kelas.
12. Saya suka bermain dengan duit syiling atau
kunci yang ada dalam poket saya.
13. Saya lebih mudah belajar mengeja dengan
menyebut perkataan itu dengan kuat
berbanding dengan menulisnya di atas kertas.
14. Saya lebih mudah memahami berita dengan
membacanya di akhbar berbanding dengan
mendengarnya di radio.
15. Saya suka mengunyah sesuatu semasa saya
belajar.
16. Cara terbaik untuk saya mengingati sesuatu
ialah dengan menggambarkannya di dalam
fikiran saya.
17. Saya belajar mengeja perkataan dengan
menggerakkan jari saya seperti saya sedang
menulisnya.
18. Saya lebih suka mendengar guru mengajar dari
membaca tentang perkara yang sama dari buku
teks.
19. Saya sangat pandai melengkapkan gambar
susun suai (jigsaw puzzle).
20. Saya suka memegang sesuatu semasa saya
sedang belajar.
21. Saya lebih suka mendengar berita dari radio
daripada membacanya dari surat khabar.
22. Saya suka mencari maklumat yang saya
hendak tahu dengan cara membaca
mengenainya.
23. Saya tidak merasa janggal / kekok untuk
bersalaman atau memeluk sahabat-sahabat
saya.
24. Saya lebih mudah mengikut arahan lisan
(seseorang beritahu apa yang perlu dibuat)
berbanding dengan arahan bertulis.

VISUAL AUDITORI KINESTETIK


Nombor Markah Nombor Markah Nombor Markah
2 1 4
3 5 6
7 8 9
10 11 12
14 13 15
16 18 17
19 21 20
22 24 23
Jumlah Jumlah Jumlah
Analisis instrumen

Sumber : https://www.scribd.com/doc/232563130/Inventori-Gaya-Belajar

Bilangan responden : 10 orang

Tahun 6

Sales

20%

Lelaki
Perempuan

80%

Carta pai 2 : Peratus bilangan jantina responden

Bilangan responden

Jantina
Visual Auditori Kinestetik Jumlah

Lelaki - 1 1 2

Perempuan 1 4 3 8

1 5 4 10

Jadual 1 : Hasil keputusan Instrumen


Responden Bilangan markah Gaya
pembelajaran
Visual Auditori Kinestetik

1 26 18 32 Kinestetik

2 14 14 16 Kinestetik

3 28 24 30 Kinestetik

4 20 22 20 Auditori

5 38 40 24 Auditori

6 28 16 32 Kinestetik

7 32 24 30 Visual

8 34 40 30 Auditori

9 32 36 32 Auditori

10 32 36 34 Auditori

Jadual 2 : Analisis gaya pembelajaran responden

Gambar 1 : Bahan instrumen sedang dijawab oleh responden

Вам также может понравиться

  • Refleksi
    Refleksi
    Документ3 страницы
    Refleksi
    Muhammad Aslam Abdul Hashim
    Оценок пока нет
  • Jsu Tahun 5
    Jsu Tahun 5
    Документ3 страницы
    Jsu Tahun 5
    Muhammad Aslam Abdul Hashim
    Оценок пока нет
  • Nota Linear
    Nota Linear
    Документ14 страниц
    Nota Linear
    Muhammad Aslam Abdul Hashim
    Оценок пока нет
  • Soal Selidik Pendidikan Awal Kanak-Kanak
    Soal Selidik Pendidikan Awal Kanak-Kanak
    Документ1 страница
    Soal Selidik Pendidikan Awal Kanak-Kanak
    Muhammad Aslam Abdul Hashim
    Оценок пока нет
  • Tulang Portfolio
    Tulang Portfolio
    Документ1 страница
    Tulang Portfolio
    Muhammad Aslam Abdul Hashim
    Оценок пока нет
  • Laporan PBS Pendidikan Awal Kanak-Kanak
    Laporan PBS Pendidikan Awal Kanak-Kanak
    Документ8 страниц
    Laporan PBS Pendidikan Awal Kanak-Kanak
    Muhammad Aslam Abdul Hashim
    Оценок пока нет
  • Borang Mengikuti Kursus Umrah
    Borang Mengikuti Kursus Umrah
    Документ1 страница
    Borang Mengikuti Kursus Umrah
    Muhammad Aslam Abdul Hashim
    Оценок пока нет
  • Esei GWP
    Esei GWP
    Документ8 страниц
    Esei GWP
    Muhammad Aslam Abdul Hashim
    Оценок пока нет
  • TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI Edit
    TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI Edit
    Документ21 страница
    TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI Edit
    Muhammad Aslam Abdul Hashim
    Оценок пока нет
  • Borang Maklumbalas Kerja Kursus. Pre Cal
    Borang Maklumbalas Kerja Kursus. Pre Cal
    Документ1 страница
    Borang Maklumbalas Kerja Kursus. Pre Cal
    Muhammad Aslam Abdul Hashim
    Оценок пока нет
  • TPACK
    TPACK
    Документ51 страница
    TPACK
    amrina rosyada
    100% (1)
  • Algebra 2
    Algebra 2
    Документ6 страниц
    Algebra 2
    Muhammad Aslam Abdul Hashim
    Оценок пока нет
  • TPACK
    TPACK
    Документ51 страница
    TPACK
    amrina rosyada
    100% (1)
  • Ulasan Artikel Math
    Ulasan Artikel Math
    Документ5 страниц
    Ulasan Artikel Math
    Muhammad Aslam Abdul Hashim
    Оценок пока нет
  • Nota Linear
    Nota Linear
    Документ14 страниц
    Nota Linear
    Muhammad Aslam Abdul Hashim
    Оценок пока нет
  • Cinematography
    Cinematography
    Документ2 страницы
    Cinematography
    Muhammad Aslam Abdul Hashim
    Оценок пока нет
  • Algebra Assignment (Nota)
    Algebra Assignment (Nota)
    Документ23 страницы
    Algebra Assignment (Nota)
    Muhammad Aslam Abdul Hashim
    Оценок пока нет
  • Sinopsis
    Sinopsis
    Документ1 страница
    Sinopsis
    Muhammad Aslam Abdul Hashim
    Оценок пока нет
  • Panduan Menubuhkan Persatuan Kelab
    Panduan Menubuhkan Persatuan Kelab
    Документ2 страницы
    Panduan Menubuhkan Persatuan Kelab
    RiaKrishnamoorthi
    Оценок пока нет
  • Esei Isu Pemerdagangan Manusia
    Esei Isu Pemerdagangan Manusia
    Документ12 страниц
    Esei Isu Pemerdagangan Manusia
    Muhammad Aslam Abdul Hashim
    Оценок пока нет
  • Laporan PROJEK
    Laporan PROJEK
    Документ15 страниц
    Laporan PROJEK
    Muhammad Aslam Abdul Hashim
    Оценок пока нет
  • Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Edit
    Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Edit
    Документ21 страница
    Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Edit
    Muhammad Aslam Abdul Hashim
    Оценок пока нет
  • Algebra 2
    Algebra 2
    Документ6 страниц
    Algebra 2
    Muhammad Aslam Abdul Hashim
    Оценок пока нет
  • Fibonaci
    Fibonaci
    Документ13 страниц
    Fibonaci
    Muhammad Aslam Abdul Hashim
    Оценок пока нет
  • Laporan Amali Database
    Laporan Amali Database
    Документ5 страниц
    Laporan Amali Database
    Muhammad Aslam Abdul Hashim
    Оценок пока нет
  • Isi Kandungan Gerko
    Isi Kandungan Gerko
    Документ2 страницы
    Isi Kandungan Gerko
    Muhammad Aslam Abdul Hashim
    Оценок пока нет
  • Laporan PROJEK
    Laporan PROJEK
    Документ15 страниц
    Laporan PROJEK
    Muhammad Aslam Abdul Hashim
    Оценок пока нет
  • Algebra 2
    Algebra 2
    Документ6 страниц
    Algebra 2
    Muhammad Aslam Abdul Hashim
    Оценок пока нет
  • Esei Amali
    Esei Amali
    Документ6 страниц
    Esei Amali
    Muhammad Aslam Abdul Hashim
    Оценок пока нет
  • Laporan PD
    Laporan PD
    Документ23 страницы
    Laporan PD
    Muhammad Aslam Abdul Hashim
    Оценок пока нет