Вы находитесь на странице: 1из 18

Teks Pengacara Majlis Anugerah

Kecemerlangan SMK Kampong Jawa


ATUR CARA PENTADBIRAN
MAJLIS ANUGERAH KUALITI AKADEMIK 2017

TARIKH : 3 MEI 2017 (RABU)


MASA : 9.00 – 1.00 PETANG
TEMPAT : SMK KAMPONG JAWA, KLANG
TETAMU KEHORMAT : Tn Misbahhudin bin Parmin ,
Penolong Kanan Pengarah Kastam 1 ,
Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia
Jabatan Kastam Diraja Malaysia Selangor

BIL MASA PERGERAKAN/ AKTIVITI TINDAKAN


1 9.00 Semua AJK bergerak untuk berada di tempat masing- AJK
am masing pendaftaran
AJK Siaraya
Semua ahli jawatankuasa sambutan termasuk penyambut AJK
tetamu bersedia kebersiahan
AJK
AJK pendaftaran mengambil tempat. persiapan
tempat
Peralatan siaraya diperiksa.

Aturan dewan dan kebersihan dewan diperiksa

Pendaftaran Ibu Bapa dan Penerima hadiah


2 9.40 AJK
am PENGUMUMAN peralatan
“Mohon perhatian ! Mohon perhatian !
Hadirin dan hadirat dengan segala hormatnya dipersilakan
mengambil tempat masing-masing. Majlis akan bermula
sebentar lagi.”

Hadirin sekalian,
Majlis memohon supaya sepanjang majlis telefon bimbit
hendaklah ditutup atau tukar ke mode silent.
Setibanya VIP memasuki dewan, mohon semua untuk
berdiri bagi bersiap untuk menyanyikan lagu Negaraku

3 9.50 - Ketibaan tetamu jemputan AJK


am - Jemputan ke ruang menunggu Penyambut
- Taklimat ringkas aturan perjalanan majlis tetamu
En Razak

4 10.00 -Pasukan bunga manggar dan pembawa bunga telur Sambutan


am berbaris AJK
persembahan
Guru-guru telah beratur membentuk laluan.
AJK Protokol
VVIP berjalan di belakang pembawa bunga telur, di
tengah-tengah pembawa bunga manggar. Pasukan
kompang berada di belakang VVIP.

VVIP dibawa perlahan-lahan memasuki dewan.

Pembawa bunga manggar hanya berdiri di luar dewan.

PENGUMUMAN KETIBAAN

“ Mengumumkan ketibaan Yang


Berbahagia Tuan Misbahhudin bin Parmin , Penolong
Kanan Pengarah Kastam 1 , Ketua Bahagian Khidmat
Pengurusan dan Sumber
Manusia Jabatan Kastam Diraja Malaysia Selangor
mewakili Yang Berbahagia Dato’ Sarip Bin Ismail
, Pengarah Kastam Negeri Selangor, yang diiringi masuk
oleh Yang Berbahagia En Muhamad bin Hasyim Naib Yang
Dipertua PIBG SMK Kampong Jawa , bersama
Yang Berusaha , Puan Noraizah Binti Mohd Nor , Penolong
Kanan Pentadbiran SMK Kampong Jawa , dan para
Tetamu Khas yang lain.

Sidang hadirin dipohon berdiri ”

Barisan guru dan pasukan kawalan bersurai.

5 10.05 VVIP telah sampai di tempat duduk Sambutan


am Siaraya
Pasukan pembawa bunga telur keluar dari dewan. Ajk Protokol

Buku aturcara dan teks ucapan diberikan kepada VVIP


NYAYIAN LAGU NEGARAKU

“Sidang hadirin sekalian,


Nyanyian lagu Negaraku akan berkumandang sebentar
lagi dan hadirin serta hadirat sekalian dijemput untuk
bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku.

Terima kasih diucapkan dan hadirin dipersilakan duduk.

BACAAN DOA

Membuat kerabu mencari lokan


Penambah selera sudahlah tentu
Memohon doa tidak dilupakan
Diucap di amin setiaplah waktu

Bagi memberkati majlis pada pagi ini , dengan segala


hormatnya dipersilakan al fadhil ustaz Mohamad Rashid
Bin Mohamad Saleh untuk memimpin bacaan
doa. Dipersilakan .”

Setelah tamat bacaan doa, Ustaz Mohamad Rashid b.


Mohamad Salleh akan beredar dari tempat juru acara.

Amin,amin Ya Rabbal Alamin….Majlis merakamkan ucapan


terima kasih kepada Al Fadhil Ustaz Mohamad Rashid Bin
Saleh atas bacaan doa itu tadi.

6 10.15 UCAPAN ALUAN PENGACARA MAJLIS Juruacara


am
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pembuka kata lidah bicara
Izinkan kami mulakan acara
semoga majlis disambut ceria.

Hinggap minum di tepi kali,


Penat si helang membelah angkasa ,
Pelajar Cemerlang Sama dirai ,
Agar Terlaksana Wawasan Negara.
Bismillahir rahmanir rahim ,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan
Selamat Sejahtera. Salam SMK Kampong Jawa terus
cemerlang..
Majlis dengan penuh rasa hormat dan
bangganya mengucapkan selamat datang serta
mengalu-alukan kehadiran ;
1.Yang Berbahagia Tuan Misbahhudin bin Parmin
, Penolong Kanan Pengarah
Kastam 1 , Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan dan
Sumber Manusia Jabatan Kastam Diraja
Malaysia Selangor mewakili Yang Berbahagia Dato’
Sarip Bin Ismail, Pengarah Kastam Negeri Selangor

2. Yang Berbahagia En Muhamad Bin Hashim Naib


Dipertua PIBG SMK Kampong Jawa
3. Yang Berusaha Pn Noraizah Binti Mohd Nor, Penolong
Kanan Pentadbiran SMK Kampong Jawa
4. Yang Berusaha Pn Puziah Binti Tuban, Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid SMK Kg Jawa
5. Yang Berbahagia ASP Mohd Sukri Bin Ayob, Pegawai
Penyiasat Kanan Jenayah IPD Klang
6. Yang Berusaha Tn Hj Muzikir Bin Muhamad, Penolong
Kanan Kokurikulum SMK Kg Jawa
7. Yang Berusaha En Amir Syaifuddin Bin Abdul Majid,
Penolong Kanan Petang SMK Kg Jawa
8. Barisan Guru Kanan Matapelajaran
9. AJK PIBG , Ibu bapa ,guru-guru
10. Para tetamu jemputan , dan para penerima
anugerah yang diraikan sekalian .”

Bersyukur kita pada pagi yang penuh barakah ini,sekali lagi


kita dapat berkumpul di dalam dewan yang telah dihias
indah ini bagi meraikan Majlis Penyampaian Anugerah
Kualiti Akademik SMK Kampong Jawa tahun 2017 bagi
menyaksikan catatan kenangan manis buat para penerima
anugerah.
Majlis ini amat bersesuaian dengan misi sekolah untuk
melahirkan insan berilmu , berakhlak mulia dan memiliki jati
diri melalui pelaksanaan pengurusan pendidikan yang
berkesan dan berkualiti.
Untuk pengetahuan semua, SMK Kampong Jawa yang
telah dipimpin oleh 6 orang pengetua kini giat berusaha
mencapai visinya menjadi menjadi pusat pembelajaran
progresif dan cemerlang. Buktinya , semakin ramai anak
didik sekolah ini menunjukkan kehebatannya bukan
sekadar dalam bidang akademik malah dalam bidang
kokurikulum hingga ke peringkat antarabangsa. Di samping
itu, terdapat juga anak didik SMK Kampong Jawa yang kini
menceburi bidang profesional seperti perubatan,
kejuruteraan , pendidikan dan lain-lain.

Pada pagi ini , murid-murid SMK Kampong Jawa yang


menunjukkan kecemerlangan dalam bidang akademik
akan diberikan anugerah sebagai bukti penghargaan pihak
sekolah. Bukan itu sahaja , jasa ibu bapa serta masyarakat
setempat yang banyak membantu memajukan sekolah
juga tidak dilupakan.

7 10.20 UCAPAN PENGETUA


am
Para hadirin yang dihormati sekalian
Tirai majlis kita pada hari ini akan dimulakan dengan
ucapan alu-aluan .Untuk itu ,majlis menjemput dan
mempersilakan put Yang Berusaha Puan Noraizah Binti
Mohd Nor Penolong Kanan Pentabiran SMK Kg Jawa untuk
menyampaikan ucapan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan”
(Ucapan tamat )

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang


Berusaha Puan Noraizah Binti Mohd Nor , penolong kanan
pentadbiran SMK Kampong Jawa di atas ucapan sebentar
tadi.

8 10.30 UCAPAN YDP PIBG


am
Songket tenunan dahula kala
Gemersik indah tenunan mata
Setulis hati dipersila
Berucap sepatah dua kata

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,


Seterusnya majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
Yang Berbahagia En Muhamad Bin Hashim Naib Yang
DiPertua PIBG SMK Kampong Jawa, untuk menyampaikan
ucapan . Dengan segala hormatnya dipersilakan .”
(ucapan tamat)
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang
Berbahagia En Muhamad Bin Hashim , Naib Yang
DiPertua PIBG , SMK Kampong Jawa Kampong Jawa di atas
ucapan sebentar tadi.

10.35 AJK
am UCAPAN PERASMIAN persembahan
9
AJK Protokol
Terbang di awan burung jentayu,
Di atas papan batang jerami;
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan kata perasmi

Sidang Hadirin yang dihormati sekalian

“Kini , sampailah pula masanya untuk kita mendengar


ucapan perasmian Majlis Anugerah Kualiti Akademik SMK
Kampong Jawa tahun 2017.
Majlis dengan segala hormat mempersilakan Yang
Berbahagia En Misbahhudin bin Parmin
, Penolong Kanan Pengarah
Kastam 1 , Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan dan
Sumber Manusia Jabatan Kastam Diraja
Malaysia Selangor untuk menyampaikan
ucapan dan seterusnya akan memukul gong sebanyak 3
kali sebagai simbol rasminya majlis pada pagi ini. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.”
Majlis menjemput Yang Berbahagia En Muhamad Bin
Hashim serta Yang Berusaha Puan Noraizah Binti Mohd Nor
ke pentas untuk sama-sama merasmikan Majlis Anugerah
Kualiti Akademik SMK Kampong Jawa 2017.

VVIP memukul gong sebanyak 3 kali

Setelah selesai pukulan gong:

“Majlis dengan perasaan terhutang budi merakamkan


setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang
Berbahagia En Misbahhudin bin Parmin
, , Yang Berbahagia En
Muhammad Bin Hashim serta Yang Berusaha Puan
Noraizah Binti Mohd Nor kerana merasmikan majlis pada
pagi ini .”

10 10.45 PERSEMBAHAN NASYID


am Hadirin Sekalian,
Seterusnya marilah kita sama-sama hayati persembahanan
nasyid yang bertajuk __________________________yang akan
dipersembahkan oleh murid-murid dari Program Pendidikan
Khas dan Integrasi Bermasalah Pembelajaran Dan
Bermasalah Penglihatan SMK Kampong Jawa.
Selesai persembahaan
Demikianlah persembahan yang penuh bertenaga
daripada murid-murid Pendidikan Khas SMK Kampong
Jawa.Untuk pengetahuan semua,kumpulan nasyid ini akan
menyertai pertandingan Nasyid di Pertandigan Nasyid dan
Tilawah Al-Quran Pendidikan Khas daerah Klang..Sama-
sama kita berdoa agar kumpulan nasyid PPKI akan
membawa pulang kejayaan.

11 11.00 REHAT
am JK PA Sistem:
Terbangnya murai bersama merbah , Lagu
Hinggap sebentar di Pohon Ara instrumental
Padamu tuan kami persembah, semasa
Santapan kasih juadah mesra. reAAhat

Majlis berehat sebentar. Dengan ini, majlis


mempersilakan Yang Berbahagia En Muhamad Bin
Hashim dan Dan Yang Berusaha Puan Noraizah Binti Mohd
Nor untuk menjemput Yang Berbahagia Tuan Misbahhudin
Bin Parmin serta tetamu-tetamu khas untuk menikmati
jamuan di bilik jamuan.
Majlis akan bersambung semula pada jam 11.30 pagi.

Setelah tetamu beredar

Para ibu bapa, guru dan penerima anugerah dipersilakan


ke kantin untuk menikmati jamuan.

12 11.30 PENYAMPAIAN ANUGERAH


am
Slot 1 :
PPKI, Peralihan, Tingkatan 1 dan Tingkatan 2

Berkebaya batik berwarna merah


Dipakai pula gadis pinggiran
Tibalah masa penyampaian anugerah
Penerima teruja menunggu giliran

Sidang hadirin yang dihormati, penyampaian anugerah


pada pagi ini bermula dengan penyampaian anugerah
kepada murid dari Program Pendidikan Khas dan Integrasi
diikuti oleh murid cemerlang peralihan , tingkatan 1 dan
tingkatan 2. Majlis dengan berbesar hati menjemput Yang
berusaha Puan Noraizah Binti Mohd Nor diiringi oleh Yang
Berusaha Pn Azwin Fairus Binti Ajidan untuk menyampaikan
anugerah. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

## Rujuk SENARAI PENERIMA ###


Penyampaian anugerah dimulakan dengan Anugerah
Murid Terbaik Bermasalah Penglihatan

Seterusnya Anugerah Murid Terbaik Bermasalah


Pembelajaran KKBP Inklusif

Selanjutnya, Anugerah Terbaik Mata Pelajaran PPKI


Berikutnya,
Anugerah Murid Terbaik Keseluruhan Tingkatan Peralihan
Anugerah Terbaik Mata Pelajaran Tingkatan Peralihan
Murid Terbaik Keseluruhan Tingkatan Satu
Terbaik Mata Pelajaran Tingkatan Satu
Murid Terbaik keseluruhan Tingkatan Dua
Terbaik Mata Pelajaran Tingkatan Dua.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada para penerima
anugerah.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang


Berusaha Pn Noraizah Binti Mohd Nor dan Puan Azwin Fairus
Binti Ajidan kerana telah sudi menyampaikan anugerah.

PERSEMBAHAN SCHOOL LAB

Sehabis merah daun yang sihat


Dahan melebar bercerita sakan
Majlis anugerah mohon berehat
Persembahan pelajar kita persembahkan

Sidang hadirin , majlis penyampaian anugerah pada pagi


ini akan berehat sebentar.Majlis pada pagi ini akan
diserikan dengan satu persembahan School Lab bertajuk
Sistem Raspirasi yang akan dipersembahakan oleh murid-
murid dari tingkatan 3 .
Sama –sama kita saksikan.”
Terima kasih kepada murid-murid yang membuat
persembahan School Lab sebentar tadi.
Untuk makluman hadirin sekalian,persembahan School Lab
itu tadi adalah di bawah bimbingan Pn Normadiah Binti
kasiran dan Puan Hasfariza binti Hamzah.

13 12.00 Slot 2:PENYAMPAIAN ANUGERAH


pm
Anugerah murid cemerlang tingkatan 4 dan PT3

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

Kolah rupanya disangka perigi


Seela dekat ke arah titi
Penyampaian anugerah diteruskan lagi
Penerima-penerimanya sabarlah menanti

penyampaian anugerah seterusnya ialah penyampaian


anugerah kepada murid murid cemerlang tingkatan 4 dan
murid cemerlang PT3. Majlis dengan berbesar hati
menjemput Yang Berbahagia En Muhamad bin Hashim
,NYDP PIBG SMK Kampong Jawa diiringi oleh yang
Berusaha Tuan Haji Muzikir Bin Muhamad,Penolong Kanan
Kokurikulum untuk menyampaikan anugerah. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.

## Rujuk SENARAI PENERIMA ###

Penyampaian anugerah dimulakan dengan


Anugerah Murid Terbaik Keseluruhan Tingkatan Empat
-Terbaik Aliran Sains
1. Kaviarasu A/L Nandaguru 4 Sains (BI,Bahasa Tamil
,Biologi,Fizik,Kimia,Pend.Moral dan PJK )
-Terbaik Aliran Teknik dan Vokasional
1. Chan Yee Lu 4PA
2.Muhammad Aidil b.Ramli 4SS (Sains,Sains Sukan ,Ekonomi
Asas
3.Nur Anis Solehah bt Nor Halim 4PA.
-Terbaik Aliran Sastera
1.Muhammad Nur Imran bin Mohd Khalid 4TA (Tassawur
Islam)
2.Muhammad Aiman bin Abd Malik 4TA
3.Muhammad Haikal Bin Razali 4TA
Penyampaian anugerah seterusnya ialah Anugerah Terbaik
Mata Pelajaran Tingkatan Empat
1.Nur Shariema Binti Shaharudin Terbaik mata pelajaran
Bahasa Melayu
2.Tan Hui Ying terbaik mata pelajaran Bahasa cina
3.Lee Ming Yao terbaik mata pelajaran Sejarah
4.Kevin Tan Tiek Wee terbaik mata pelajaran Matematik
5.Yee Shun Chang terbaik mata pelajaran Matematik
Tambahan
6.Ummi Izzati binti mohd Azni terbaik mata pelajaran
Pendidikan Islam
7.Kogila A/P Murugan terbaik mata pelajaran Prinsip Akaun
8.Lishantini A/P Murugan terbaik mata pelajaran
Perdagangan
9. Muhammad Azrin bin Zaidi terbaik mata pelajaran
Pendidikan Seni.
10. Muhammad Nur Izzudean Bin Abd Wahab terbaik
mata pelajaran Pendidikan Sivik.
Seterusnya Anugerah Lonjakan Saujana
1. Yee Shun Chang dari tingkatan 4 Sains
2. Chiow Zhao Ying dari tingkatan 4 Sains
3. Nur Aqilah binti Abdul Rahim 4 Sains Sukan
4. Mohammad Aidil Firdaus Bin abd Razak 4 Sains
Sukan
5. Nurnajwa binti Ramly dari 4 Sains Sukan
6. Muhammad Aidil Azhan bin Adnan 4 Sains
Sukan
7. Muhammad Nur Imran bin Mohd Khalid 4TA
Penyampaian anugerah seterusnya ialah Anugerah Murid
Cemerlang PT3 Tahun 2016
1. Riveneshwaran A/L Chandran Pencapaian 5A
2B 2C juga terbaik mata pelajaran Pendidikan Moral.
2. Muhammad Zawawi bin Ismail Pencapaian 5A
1B 3C 1D
3. Syatiqah Nursabrina binti Sabarudin
pencapaian 4A 4B 2C juga terbaik mata pelajaran
Sains.

Seterusnya pula Anugerah Terbaik Mata Pelajaran PT3 tahun


2016
1. Nurul safura binti Abdullah terbaik mata
pelajaran Bahasa Melayu
2. Thevindan A/L Vijaya Kumar terbaik mata
pelajaran Bahasa Inggeris.
3. Seah Jun Keong terbaik mata pelajaran
Bahasa Cina
4. Ramkumar A/L Ramesh terbaik mata pelajaran
Bahasa Tamil
5. Nur Hamizah Huda Binti Mohd Shafeini terbaik
mata pelajaran Sejarah, KHB(PK), Pendidikan Seni
6. Nur Athirah Binti Muhamad Hamizi terbaik mata
pelajaran Geografi
7. Muhamad Afiq Danial Bin Muhamad Mahidir
terbaik mata pelajaran KHB(KT)
8. Nur Liyana Binti Mohd Afendi terbaik mata
pelajaran KHB(ERT)
9. Calvin Edmond A/L Nixon Ramesh terbaik mata
pelajaran Matematik
10. Muhammad Hafizul Iqmal Bin Hasdi terbaik
mata pelajaran PJK
11. Muhamad Haikal Bin Zalani terbaik mata
pelajaran Pendidikan Sivik

Syabas dan tahniah diucapkan kepada para penerima


anugerah.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang


Berbahagia En Muhamad Bin Hashim dan Yang
BerusahaTuan Haji Muzikir Bin Muhamad kerana telah sudi
menyampaikan anugerah.
Sebagai tanda terima kasih yang tidak terhingga ,
dipersilakan Yang Berusaha Tuan Haji Muzikir Bin
Muhamaduntuk menyampaikan
cenderahati kepada Yang Berbahagia En Muhamad bin
Hashim.

14 12.30 PERSEMBAHAN TARIAN


pm
Dari Kedah ke bandar Perlis
Singgah bersantai di tepi jeti
Persembahan akhir memeriahkan majlis
Semoga hadirin terhibur di hati

“Sidang hadirin yang dihormati sekalian, majlis


penyampaian anugerah pada pagi ini sekali lagi berhenti
rehat . Marilah kita sama-sama menyaksikan persembahan
yang penuh bertenaga daripada murid-murid dari unit
kebudayaan SMK Kampong Jawa. Mereka akan
mempersembahkan persembahan tarian di bawah
kelolaan Pn Hasfariza Binti Hamzah, Pn Azmin Binti Ahmad
Zubir dan Cik Aida “

Selesai persembahan:
Demikianlah persembahan yang penuh bertenaga
daripada murid-murid dari unit kebudayaan SMK Kampong
Jawa.

awa”
Slot 3:
Murid terbaik SPM 2015, Tokoh murid, Penghargaan kepada
GKMP dan Pendidikan Khas, Panitia P.Seni dan Panitia MPV
Warga cemerlang tersenyum manis
Hadir bersama ibu bapa wibawa
Sambutan Anugerah penyeri ,majlis
Sematkan gagah di dalam jiwa

Hadiah diatur Nampak kemas


Tuan yang berbahagia senyum sekilas
Tampillah tuan ke atas pentas
Menyempurnakan Penyampaian Anugerah Khas

sIdang hadirin yang dihormati , kini tibalah saat yang


dinantikan , kemuncak Penyampaian Anugerah Kualiti
Akademik SMK Kampong Jawa Tahun 2017 bagi Anugerah
Murid Cemerlang SPM 2016 dan Tokoh Murid. Majlis dengan
berbesar hati menjemput Yang
Berbahagia Tuan Misbahhudin bin Parmin , Penolong
Kanan Pengarah Kastam 1 , Ketua Bahagian Khidmat
Pengurusan dan Sumber
Manusia Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Selangor Yang Berusaha oleh Puan Puziah Binti
Tuban,Penolong Kanan hal Ehwal Murid untuk
menyampaikan anugerah. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

## Rujuk SENARAI PENERIMA ###


Penyampaian anugerah dimulakan dengan
Anugerah Murid Cemerlang SPM Tahun 2016
1.Mohd Dzul Asyraf bin Mokhtar (8A ) juga terbaik mata
pelajaran Produksi Multimedia
2. Lin Xin Wei (7A) juga terbaik Biologi,Fizik dan Kimia
3.Lim Ya Sing (7A) juga terbaik Matematik,Sains,Prinsip
Akaun dan Perdagangan.dipersilakan bapa wakil kepada
Lim Ya Sing.
4. Kumuta A/P Selvam (6A) juga terbaik mata pelajaran
Tamil ,dan Kesusasteraan Tamil.
5.Lim Sher Lin (5A)juga terbaik Matematik Tambahan dan
Pendidikan Moral. Dipersilakan bapa kepada wakil Lim Sher
Lin
6.Mardiana binti Abdul Rahman pencapaian (5A)
7.Seah Jun Yong (5A) juga terbaik Bahasa Cina .dijemput
adik Seah Jun Yong sebagai wakil.
8. Fatin Batrisya Aida Binti Khairi Anuwar (4A)
9.Jannatul Firdaus bt Paqzi Alyutri (4A) juga terbaik mata
pelajaran Sejarah,Pend.Islam,Tassawur Islam dan
Kesusasteraan Melayu .Dijemput adik kepada Jannatul
Firdaus sebagai wakil.
10.Jaya Santiah A/P Chandiran (4A) dipersilakan ibu
kepada Jaya Santiah sebagai wakil.
11.Sarah Yasmin Binti Ramli (4A)
12.Siti Hajar Ahmad Faudzi (4A) juga terbaik Bahasa Melayu
13.Yap Weoi Meng (4A)
14.Ariez Daniel Bin Jamsari (4A)
Seterusnya
Anugerah Terbaik Mata Pelajaran SPM 2016
1.Jawaharr A/L Nagatamby terbaik mata pelajaran Bahasa
Inggeris
2.Muhammad Hafiz Bin Hazeri Terbaik mata pelajaran Sains
Sukan dan Pendidikan Seni.
Anugerah Tokoh Murid .
Berikut dibacakan sedikit biodata penerima Anugerah
Tokoh Murid .
Dilahirkan pada 25 Julai 1999 di Hospital Tengku Ampuan
Rahimah ,Klang .Merupakan anak sulung daripada 4 orang
adik beradik .Permata hati kepada En Mokhtar bin Ibrahim
dan Puan Nurul Ain Chin Abdullah. Memulakan alam
persekolahan di SJK (C) Perempuan dan seterusnya
menyambung persekolahan di SMK Kampong Jawa. Dari
sekolah rendah lagi membuktikan kecemerlangan beliau
iaitu Berjaya mendapat keputusan 4A ,2B ,1C dalam
keputusan UPSR. Mendapat 3A, 4B, 3C pada keputusan PT3
dan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dengan mendapat
8A,1B ,1C.
Selain cemerlang di bidang akademik ,beliau juga aktif
dibidang Kokurikulum antaranya:
1.Menyertai Formasi Kemerdekaan tahun 2013
2.Menyertai Pertandingan Kawad kaki NGO 2014
3.Mendapat pangkat Lans Korporal Kaspa 2014
4.Menyertai PRS semenjak tahun 2015 hingga 2016
5.Naib Pengerusi PRS 2016
6.dan mendapat Anugerah Tokoh PRS 2016.

Penerima Anugerah tokoh Murid yang dimaksudkan


adalah Mohamad Dzul Asyraf Bin Mokhtar .Dipersilakan ke
pentas untuk menerima anugerah.
Penyampaian seterusnya adalah Penghargaan Kepada
semua Guru.
Hadirin dan Hadirat Sekalian
Cemerlangnya anak kerana kasih ibu dan bapanya
Gemilang mereka kerana didikan para gurunya
Pada hari ini,pihak sekolah juga tidak melupakan jasa guru-
guru yang menggembeling tenaga serta wang ringgit
dalam mendidik anak bangsa. Dengan ini, dijemput wakil
bagi setiap bidang, dimulai dengan
Bidang Bahasa dipersilakan Pn Azwin Fairus Bin Ajidan
Bidang Kemanusian dipersilakan En Abd Razak bin
Suparajan
Seterusnya Bidang Sains dan Matematik dipersilakan puan
Hajah Paridah binti Mokhtar.
Seterusnya bidang teknik dan Voakasional dipersilakan
Puan Ter Bee Ser
Dan yang terakhir Program Pendidikan Khas Integrasi di
persilakan En
_______________________________________sebagai wakil
kepada PuanNormala Misman.

Seterusnya, Anugerah Panitia Cemerlang (Peningkatan


Gred Purata dan Peratus)
Pihak sekolah berasa bangga diatas prestasi dan
pencapaian SPM bagi tahun 2016. Beberapa panitia telah
mencapai peningkatan yang cukup membanggakan dan
panitia yang masih mengekalkan rekod peningkatan gerd
purata dan peratus.
Dengan ini, majlis mempersilakan wakil Matematik
tambahan Puan Noorbayah binti Saad . Peningkatan GP
sebanyak ________ dan _________ % kelulusan.
Seterusnya wakil Kesusasteraan Melayu Puan Siti Farhana bt
Haidzil Peningkatan GP sebanyak __________ dan ________
% kelulusan.
Berikutnya wakil panitia Ekonomi Asas. Puan
________________________________ Peningkatan GP sebanyak
______ dan ________ % kelulusan.
Diikuti oleh panitia Prinsip Akaun En Kumarababu A/L
Karupen. Peningkatan GP sebanyak _______ dan ________ %
kelulusan.
Panitia Cemerlang Lulus 100%
Seterusnya majlis menjemput wakil panitia produksi
multimedia Puan Umifarieza Binti Basri untuk menerima
anugerah panitia cemerlang kerana mencapai peratus 100
% kelulusan.
Diikuti panitia pendidikan seni dan visual.dipersilakan Puan
Noor Azidah binti Ali
Seterusnya panitia bahasa cina. Dipersilakan Cik Tan Hong
Peng
Akhir sekali, dijemput wakil panitia Fizik .En Gunasegaran A/L
Marappan.

Syabas dan Tahniah kepada para penerima anugerah.


Sesungguhnya ilmu itu sungguh mahal harganya. Maka
hargailah serta manfaatkanlah ilmu yang ditimba selama
hidup ini untuk memberi manfaat kepada sekalian alam.
Usahlah mudah berputus asa sepanjang proses menimba
ilmu. Kerana setiap hari , kita akan mempelajari banyak ilmu
baharu samada secara sengaja mahupun tidak.

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Yang


Berbahagia Tuan Misbahhudin bin Parmin , dan yang
Berusaha Puan Puziah Binti Tuban kerana telah sudi
menyampaikan anugerah dan sumbangan .

PENYAMPAIAN CENDERAHATI
Sebagai tanda terima kasih yang tidak terhingga ,
dipersilakan Yang Berusaha , Puan Puziah Binti Tuban untuk
menyampaikan cenderahati kepada Yang
Berbahagia Tuan Misbahhudin bin Parmin l.

Dipersilakan yang Berbahagia untuk menerima


cenderahati.
Demikianlah adat kehidupan,
Orang berbudi kita berbahasa
Tidak mungkin terbalas budi
Walau emas sebungkus diberi
Cuma harapan di dalam dada
Tanda mata sudi terima
Tanda ingatan kekal selamanya.

14 1.00 PENUTUP
pm
Sidang hadirin sekalian,

Kita telahpun tiba dipenghujung majlis,

Bersyukur kini kami panjatkan


Majlis anugerah telah disempurnakan
Sekalung penghargaan kami hulurkan
Segulung tahniah kami ucapkan.

Pulang ke desa menyambut lembaran


Disambut mersa rakan dan taulan
Jika tersasul memohon keampunan
Jika tersalah harap dibetulkan.

Bagi pihak majlis kami menyusun sepuluh jari memohon


maaf sekiranya tersilap kata atau tersalah bicara
sepanjang perjalanan majlis ini.

Burung terkukur terbang rendah


Terbang bersama siburung murai
Saat ini saat penyudah
Tanda majlis melabuhkan tirai

Dengan ini berakhirlah sudah Majlis Penyampaian


anugerah Kecemerlangan Akademik SMK Kg Jawa untuk
sesi 2017. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada
semua tetamu yang sudi menghadiri majlis ini dan ucapan
tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah.
Diharap anugerah ini merupakan batu loncatan kepada
semua pihak dalam meningkatkan prestasi khususnya
dalam bidang akademik SMK Kampong Jawa.

Renungilah kata-kata seorang cendikiawan


“Kejayaan yang luar biasa dicapai oleh orang biasa yang
berusaha secara luar biasa “

Sekian, wabilla hi taufik wal hidayah, assalamualaikum wbt.


15 1.00 Majlis bersurai
pm
PENGUMUMAN:
MOHON PENERIMA ANUGERAH SPM UNTUK BERKUMPUL DI
LUAR DEWAN BAGI SESI FOTOGRAFI BERSAMA VIP DAN
PENTADBIR. GURU-GURU JUGA DIMINTA UNTUK BERKUMPUL
UNTUK SESI FOTOGRAFI JUGA

Вам также может понравиться