Вы находитесь на странице: 1из 12

Pengenalan

Kanak-kanak merupakan golongan yang agak sukar dinilai secara tepat kerana
aktiviti yang mereka lakukan, tumpuan yang singkat dan pencapaian yang tidak
konsisten dalam persekitaran baru. Faktor baka, perbezaan budaya dan bahasa kanak-
kanak, serta kekurangan interaksi dengan ibu bapa turut mempengaruhi perkembangan
mereka. Penilaian adalah proses mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan
pencapaian pelajar.

Pendidikan prasekolah di Malaysia adalah untuk memperkembangkan potensi


kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu
dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran
pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif
dan bermakna selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangasaan. Untuk memastikan
matlamat dan objektif tersebut tercapai, pentaksiran perlu dijalankan untuk menilai
perkembangan kanak-kanak dari semasa ke semasa dalam aspek-aspek yang
dikenalpasti. Pentaksiran yang dicadangkan adalah pentaksiran secara formatif dan
autentik melalui pengajaran dan pembelajaran harian.

Bagi memastikan murid mencapai tahap pengetahuan dan kemahiran tertentu


sebelum memulakan persekolahan formal di tahun satu, guru prasekolah harus
menggunakan pentaksiran merujuk standard selaras dengan rekabentuk Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) pada tahun 2010. Standard Pentaksiran
yang dinyatakan dalam KSPK perlu dirujuk oleh guru semasa melakukan pentaksiran
terhadap murid di sekolah.

Sebagai guru, kita haruslah memahami konsep pentaksiran, tujuan dan


kepentingan pentaksiran dan etika pentaksiran supaya pentaksiran yang dilaksanakan
oleh kita berkesan dan membantu perkembangan kanak-kanak. Oleh itu, kita haruslah
sentiasa membuat pemerhatian terhadap kanak-kanak daripada semasa ke semasa
supaya dapat mengumpul data dan maklumat yang terkini mengenai perkembangan
kanak-kanak.
Konsep Pentaksiran

Berdasarkan Modul Pentaksiran Perkembangan Murid di Prasekolah,


pentaksiran prasekolah adalah satu proses yang sistematik serta berterusan untuk
mengumpul maklumat tentang perkembangan murid bagi membantu guru membuat
penilaian terhadap mereka dengan tujuan mengenalpasti tindakan susulan yang sesuai
untuk membantu murid mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran di prasekolah.
Proses dalam pentaksiran melibatkan aktiviti mengumpul, menganalisis dan
menginterpretasi maklumat yang diperoleh.

Pentaksiran murid prasekolah bukan bertujuan melabel dan membandingkan


murid dengan murid yang lain, tetapi untuk meningkatkan pembelajaran murid
berkenaan. Istilah yang sering digunakan untuk pentaksiran seperti ini ialah
pentaksiran autentik atau pentaksiran secara formatif. Pentaksiran murid di
prasekolah lebih menekankan kepada usaha ke arah penambahbaikan serta
perkembangan. Maklum balas yang diberi semasa atau selepas sesuatu aktiviti
pentaksiran merupakan faktor penting dalam menjayakan proses pentaksiran.

Manakala daripada segi pendidikan pula, pentaksiran adalah satu


kesinambungan dalam proses pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti
seperti aktiviti, merekod, mengumpul, menghurai, memberi skor dan menginterpretasi
maklumat tentang pembelajaran seorang murid bagi sesuatu tujuan. Pentaksiran juga
boleh membantu guru untuk mengumpul maklumat perkembangan terkini murid.
Pentaksiran dapat memberitahu kepada guru kegagalan murid tentang penguasan
kemahiran dalam proses perkembangan mereka.

Guru boleh menggunakan pelbagai cara untuk mengumpul maklumat


perkembangan murid. Hal ini dapat membolehkan guru untuk merancang tindakan
susulan supaya murid dapat mengusai kemahiran yang dipelajari. Guru boleh
mengetahui aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang tidak sesuai dengan
perkembangan murid yang diajar melalui proses pentaksiran. Oleh itu, pentaksiran di
prasekolah adalah amat penting dan haruslah dilaksanakan secara berterusan untuk
meningkatkan keberkesanan pembelajaran murid.
Pada pendapat saya, pentaksiran boleh didefinisikan sebagai aktiviti
pengumpulan data atau rekod oleh guru untuk mengetahui perkembangan bagi
murid-murid dalam kelas. Guru boleh menggunakan pelbagai kaedah serta bentuk
pentaksiran untuk menilai seorang murid berdasarkan rekod tersebut. Seseorang guru
perlu mengetahui kekuatan serta kelemahan dari aspek pembelajaran bagi setiap murid
dalam kelas untuk memudahkan pengajarannya. Guru boleh menilai murid daripada
pelbagai aspek seperti psikomotor, kognitif ataupun segi afektif. Dengan itu,
pentaksiran boleh dikatakan sebagai satu proses yang berterusan dan merupakan
sebahagian daripada pengajaran dan pembelajaran yang boleh membantu guru untuk
menilai keberkesanan pengajaran. Guru dapat mengetahui keberkesanan pengajaran
dalam kelas melalui pentaksiran murid kerana keputusan pentaksiran murid boleh
menunjukkan kualiti pengajaran guru dalam kelas tersebut.

Justeru, pentaksiran boleh dikatakan merupakan satu proses yang berterusan


dan merupakan sebahagian pengajaran dan pembelajaran yang boleh membantu
seseorang guru untuk menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Ini
disebabkan murid yang mendapat kemajuan dalam pembelajaran bermakna objektif
pengajaran dan pembelajaran guru telah mencapai. Lantaran itu, guru boleh
mendapatkan maklumat melalui pebagai kaedah dan membuat tindakan susulan bagi
membantu memperkembangkan potensi murid dalam ketiga-tiga domain kognitif, afektif
dan psikomotor.
Tujuan Pentaksiran

Pentaksiran dibuat adalah berdasarkan beberapa tujuan yang tertentu.


Antaranya adalah untuk menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan
pembelajaran, proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam
pembelajaran, mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan
pembelajaran memperbaiki pengajaran-pembelajaran, merancang aktiviti pengajaran
dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian. Selain itu, melalui
pentaksiran guru dapat mengenalpasti kelebihan dan kekurangan murid dan
seterusnya menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta dan
akhirnya dapat meningkatkan pembelajaran murid.

Pentaksiran murid di prasekolah telah menekankan kepada usaha ke arah


penambahbaikan serta perkembangan dan bukan pencapaian semata-mata.
Maklum balas yang diberi semasa atau selepas sesuatu aktiviti pentaksiran merupakan
faktor penting dalam menjayakan proses pentaksiran, Oleh itu, pertimbangan harus
diberi ke atas keperluan kanak-kanak, perasaan kanak-kanak, psikologi kanak-kanak,
teori perkembangan kanak-kanak semasa merancangkan proses pentaksiran.

Justeru, pentaksiran bertujuan untuk membantu guru mengesan


perkembangan murid secara menyeluruh, mengenal pasti pelbagai potensi murid
secara menyeluruh, mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam
pembelajaran dari semasa ke semasa, merangsangkan aktiviti mengikut keperluan
perkembangan dan pertumbuhan murid, mengesan keberkesanan pengajaran dan
mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur. Pentaksiran
kemajuan kanak-kanak di prasekolah bertujuan untuk mengetahui asas kekuatan dan
kelemahan seseorang kanak-kanak itu secara praktikal dan bukannya teori semata-
mata.

Selain itu, menurut Katz (1997), pentaksiran juga bertujuan untuk meningkatkan
pembelajaran murid, membuat keputusan penempatan, membuat diagnosis
masalah pembelajaran, mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid, menjadi
asas dalam membuat laporan kepada ibu bapa, menolong kanak-kanak dalam menilai
kemajuannya sendiri, menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta,
membantu membuat keputusan berkaitan pengajaran dan kurikulum serta menentukan
kemajuan dalam pencapaian perkembangan yang utama.

Justeru, saya berpendapat bahawa pentaksiran dijalankan dalam kalangan murid


prasekolah adalah bertujuan untuk menggantikan peperiksaan untuk mengesan
tahap perkembangan dan kemajuan murid-murid prasekolah. Melalui pentaksiran,
guru prasekolah dapat mengetahui kekuatan dan kelemahan murid-murid dan
berupaya untuk menjalankan tindakan susulan yang sesuai untuk murid tersebut agar
dapat membantu mendapat kemajuan dalam pembelajarannya. Bukan itu sahaja,
pentaksiran boleh dijadikan sebagai salah satu eviden untuk ditunjukkan kepada
ibu bapa murid tentang perkembangan anak-anak mereka dalam prasekolah. Ibu bapa
akan lebih memahami tentang perkembangan anak mereka melalui pentaksiran yang
teliti. Selain itu, guru juga dapat mengesan keberkesanan pengajarannya terhadap
muridnya agar dapat membuat penambahbaikan terhadap pengajaran agar lebih
sesuai terhadap perkembangan murid. Penilaian dijalankan untuk menentukan sama
ada pelajar dapat menguasai objektif yang telah ditentukan oleh guru (Kamarudin
& Siti Hajar, 2004). Justeru, pentaksiran prasekolah dapat membawa kelebihan kepada
para guru dan juga murid-murid prasekolah.

Kepentingan pentaksiran prasekolah

Secara umunnya, pentaksiran adalah penting untuk melihat perubahan pada


perkembangan setiap murid. Penaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak
prasekolah dapat membantu guru untuk mengesan perkembangan seseorang
murid itu dan mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh. Selain itu
ia juga boleh digunakan sebagai alat untuk mengesan kelebihan dan kelemahan murid
dalam pembelajaran dari semasa ke semasa. Ia juga dapat membantu guru dalam
mengenal pasti keberkesanan seseuatu pengajaran. Selain itu, guru juga dapat
menggunakan pentaksiran dan penilaian sebagai medium untuk merangsang aktiviti
mengikut keperluan dan pertumbuhan murid serta mengesan pertumbuhan murid
bersesuaian dengan peringkat umur mereka.

Kepentingan pentaksiran dapat dibahagikan kepada dua iaitu kepentingan


kepada guru dan kepentingan kepada murid. Kepentingan pentaksiran kepada guru
adalah bertujuan untuk membolehkan guru memilih dan merancang pengalaman
pembelajaran yang sesuai dengan keperluan murid-murid. Oleh itu, pentaksiran dalam
perkembangan murid-murid prasekolah adalah penting membantu guru mengesan
perkembangan seseorang murid itu dan mengenalpasti pelbagai potensi atau bakat
murud secara menyeluruh. Bagi murid pula, mereka akan mengetahui standard sendiri
dan kelemahan sendiri melalui pentaksiran yang diberikan oleh guru. Mereka boleh
memokuskan aspek yan lemah dan mencuba untuk menguatkan kelemahan tersebut.

Pentaksiran dan penilaian juga penting bagi menyediakan program atau


aktiviti yang selanjutnya yang sesuai diberikan kepada murid prasekolah. Aktiviti
tersebut adalah sama ada aktiviti pemulihan untuk murid yang lemah, aktiviti
pengukuhan untuk yang menguasai dan aktiviti pengayaan bagi mereka yang sudah
mahir. Ketiga-tiga tahap ini mempunyai tahap kesukaran yang berbeza-beza mengikut
tahap murid. Sementelahan, pentaksiran juga dapat memberi laporan yang tepat
kepada ibu bapa. Hal ini demikian kerana setiap catatan yang dibuat berkenaan
perubahan tingkah laku dan hasilan kerja murid-murid merupakan bukti yang kukuh.
Bukti ini boleh berbentuk gambar, audio, video dan sebagainya. Rekod prestasi
perkembangan ini dapat dibincangkan bersama ibu bapa sekurang-kurangnya dua kali
setahun. Dengan ini, ibu bapa dapat mengetahui perkembangan anaknya dari semasa
ke semasa.

Secara umumnya pentaksiran adalah proses membuat keputusan


berdasarkan peraturan atau piawaian manakala penilaian pula melibatkan
pengumpulan maklumat, merekodkan, menganalisis dan melaporkan berdasarkan data
yang diperoleh. Pentaksiran dan penilaian adalah proses pengumpulan maklumat
tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. Ia
merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan
secara berterusan. Menurut Rohaty dan Abu Bakar (1989), penilaian adalah suatu
proses yang melibatkan beberapa langkah utama atau proses yang berterusan
untuk mencapai satu tujuan iaitu bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan
mencukupi untuk membolehkan guru membuat sesuatu keputusan yang
dirasakan perlu. Langkah-langkah utama atau proses yang dinyatakan sebelum ini
dapatlah dirumuskan kepada tiga proses utama iaitu proses yang pertama adalah
merancang, proses kedua melaksanakan penaksiran dan proses yang ketiga adalah
merekod maklumat.

Etika Pentaksiran

Menurut Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, terdapat 4 etika


pentaksiran yang penting dan perlu diikuti. Hasil pentaksiran setiap murid tidak
harus didedahkan kepada orang lain, ia hanya boleh ditunjukkan kepada ibu bapa
dan pihak tertentu sahaja. Hasil pentaksiran telah merangkumi segala maklumat yang
berkaitan dengan perkembangan murid. Pendedahan hasil pentaksiran kepada orang
lain akan menyebabkan hak asasi murid terancam. Oleh itu, guru haruslah
mengamalkan etika menyimpan hasil pentaksiran murid dengan baik supaya hak asasi
murid terlindung.

Setersunya, hasil pentaksiran tidak boleh digunakan untuk melabelkan


kanak-kanak. Setiap murid mempunyai kadar pertumbuhan dan perkembangan yang
berbeza. Kadar pertumbuhan dan perkembangan murid akan mempengaruhi kebolehan
dan kemajuan mereka. Murid yang berkembang dan bertumbuh secara lambat dilabel
sebagai murid yang tidak pandai akan menyebabkan mereka tidak berpeluang
mendapat pendidikan yang sepatutnya dan tidak dapat berkembang dan bertumbuh
secara normal.

Kanak-kanak dalam peringkat ini memerlukan banyak motivasi, guru perlu


elakkan daripada melabelkan murid sebagai mendapat ‘A’ atau ‘B’ dan seterusnya.
Menurut Vygotsky (1978) percaya perkembangan kognitif berlaku melalui interaksi
kanak-kanak dengan orang dewasa dan rakan yang lebih berkemampuan. Guru
haruslah memberikan bimbingan yang sepatutnya kepada murid berdasarkan hasil
pentaksiran dan bukan menyatakan murid yang pandai sepatutnya mendapat penilaian
yang baik dan murid yang lemah mendapat penilaian yang buruk.

Kebolehan kanak-kanak dalam umur ini bukan sesuatu yang tetap tetapi
boleh berubah, contohnya kanak-kanak perempuan secara fisiologinya berkembang
lebih cepat dalam penguasaan bahasa daripada kanak-kanak lelaki, adalah tidak wajar
melabelkan murid lelaki sebagai murid yang tidak pandai ataupun lambat daripada
perempuan. Perkembangan murid berlaku secara tidak tetap dan akan berubah pada
masa yang tertentu. Guru tidak patut menentukan murid yang lemah akan belajar
secara lambat dalam semua kemahiran yang diajar dan tidak berpeluang untuk
mendapat pendidikan yang biasa seperti murid normal.

Tuntasnya, etika pentaksiran merupakan etika yang patut dipatuhi oleh guru bagi
melindungi hak asasi murid. Setiap murid mempunyai pertumbuhan dan
perkembangan yang berbeza. Guru haruslah menyimpan dan menggunakan hasil
pentaksiran murid dengan baik untuk membantu murid dapat bertumbuh dan
berkembang secara menyeluruh tetapi bukan melabelkan tahap perkembangan murid
berdasarkan hasil pentaksiran. Berikut merupakan akta pendidikan yang menyatakan
tentang etika pentaksiran terhadap guru.

Akta Pendidikan 1996, Seksyen 24, Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum


Prasekolah Kebangsaan) 2002, Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut:

Seksyen 24- Kuasa untuk membuat peraturan berhubung dengan pendidikan


prasekolah, ‘Menteri boleh membuat peraturan-peraturan untuk melaksanakan
peruntukan Bab ini’.
Maksud Membuat Penilaian Berterusan

Penilaian berterusan adalah bersifat formatif iaitu yang mengutamakan


kemajuan setiap murid dari satu peringkat ke peringkat yang lain. Melalui penilaian
berterusan, guru dapat membuat diagnostik bagi mengesan perkembangan murid dari
semasa ke samasa. Selain ini, guru berpeluang untuk membetulkan kesilapan dan
memperbaiki kelemahan murid supaya kelemahan itu tidak terhimpun. Guru juga dapat
mengenal pasti kelemahan serta memperkembangkan lagi kekuatan dan potensi murid
melalui penilaian berterusan.

Menurut Prof. Madya Dr. Rohani Abdullah, Nani Menon dan Mohd Sharani
Ahmad (2004) menyatakan penilaian berterusan ialah penilaian ke atas sesuatu
pengajaran dan pembelajaran mesti bermula daripada awal, semasa dan di akhir
pengajaran. Penilaian ini dilakukan secara individu dan mengikuti perubahan yang
berlaku daripada semasa ke semasa iaitu secara berterusan. Selain itu, mereka juga
berpendapat penilaian ini memberi maklum balas kepada guru daripada segi
penyampaian dan juga bahan pengajaran yang digunakan.

Manakala menurut Mazzeo (2001) berpendapat penilaian berterusan memberi


bukti yang lebih komprehensif, sahih, autentik, dipercayai dan adil berbanding
dengan pengujian yang lain. Secara kesimpulannya, saya berpendapat bahawa
penilaian berterusan ialah kemajuan perkembangan murid daripada awal, semasa serta
pada akhir pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan. Kepekaan guru dalam
penilaian berterusan ini dapat meningkatkan pencapaian setiap murid ke tahap yang
optimum.
Teknik pentaksiran dan penilaian secara berterusan.

Senarai semak adalah senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti
perkembangan murid dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan. Senarai
item yang disediakan adalah untuk menentukan sama ada sesuatu tingkah laku atau
ciri ada atau dapat diperhatikan, sesuatu perlakuan telah dilakukan dan juga kekerapan
sesuatu tingkah laku itu berlaku. Terdapat beberapa perkara penting yang perlu diambil
perhatian. Antara perkara-perkara yang perlu diberi perhatian dalam penyediaan dan
penggunaan senarai semak adalah yang pertamanya ia perlu disediakan lebih awal
sebelum permerhatian dibuat.

Tingkah laku yang diperhatikan hanya perlu dinyatakan dengan ringkas dan
jelas. Senarai semak juga digunakan menilai tingkah laku mudah dalam konteks semula
jadi. Hanya kemahiran penting dinyatakan dalam senarai semak. Item disusun mengikut
peningkatan supaya dapat memperlihatkan perkembangan tingkah laku yang akan
diperlihatkan. Pemerhatian hendaklah dilakukan beberapa kali untuk mendapatkan
maklumat atau amalan yang lebih tepat dan kekal. Terdapat beberapa kebaikan yang
dapat dikenal pasti dengan menggunakan Senarai Semak iaitu penggunaannya mudah
dan praktikal. Selain itu, orang yang tidak mahir dan menilai juga dapat
menggunakannya dengan mudah. Ianya dapat digunakan di hadapan kanak-kanak
ataupun semasa ketiadaannya dengan membuat “flashback”. Selain itu, dengan
menggunakan Senarai Semak guru dapat memberi fokus pemerhatian pada beberapa
tingkah laku pada satu masa. Penggunaan Senarai Semak adalah penting dalam
merancang kurikulum untuk kanak-kanak.

Kelemahan penggunaan Senarai semak adalah ianya mengandungi kurang


informasi dan deskripsi berkenaan kualiti dan masa semasa merekodkan tingkah laku
atau kemahiran yang dipamerkan kanak-kanak. Pemerhatian menggunakan instrumen
Senarai Semak juga hanya melihat pada tingkah laku tertentu sahaja dan bukan
kesemuanya. Oleh itu, ada kalanya guru akan terlepas pandang daripada melihat dan
memehatikan tingkah laku yang lebih signifikan. Selain itu juga, data atau maklumat
yang direkodkan hanyalah pada tingkah laku yang dipamerkan oleh kanak-kanak
tertentu sahaja.
Rekod Skala kadar boleh digunakan untuk menunjukkan darjah kemajuan dan
pencapaian sesuatu tingkah laku murid. Guru menilai kemahiran atau amalan murid
berdasarkan skala. Skala yang gunakan boleh dinyatakan secara angka atau gred.
Tahap pencapaian dapat ditentukan untuk sesuatu kemahiran dengan penggunaan
Skala Kadar. Penggunaan instrumen ini adalah spesifik untuk semua tunjang.

Rekod Anekdot satu catatan ringkas mengenai sesuatu peristiwa atau tingkah
laku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan untuk direkod. Rekod Anekdot
ditulis secara objektif untuk menerangkan apa yang berlaku, bila dan di mana sesuatu
peristiwa itu berlaku. Antara perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan untuk
membuat rekod anekdot ialah membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku,
mengenal pasti peristiwa itu penting dan signifikan kepada aspek perkembangan murid,
merangkumi kelebihan dan kekurangan, menulis maklumat selepas sesuatu peristiwa
berlaku dan menulis apa yang dilihat secara objektif. Dalam Rekod Anekdot, maklumat
yang biasa direkod adalah berpandukan peristiwa yang menggambarkan tentang
perkembangan bahasa dan literasi, pola interaksi sosial dan kemahiran menyelesaikan
masalah murid.

Rekod Berterusan pula merupakan catatan dalam bentuk cerita atau naratif
yang dibuat ke atas individu atau kumpulan murid semasa berlakunya sesuatu
peristiwa. Setiap perlakuan dan apa yang ditutur oleh murid akan dicatat sepanjang
pemerhatian. Pemerhatian yang terperinci ini biasanya dijalankan dalam tempoh tiga
hingga lapan minit dan ianya juga boleh berlangsung dalam tempoh lebih lama iaitu
sekitar dua puluh lima minit sehingga tiga puluh minit.

Prosedur –prosedur untuk menyediakan Rekod Berterusan adalah pertamanya


guru perlu memfokus kepada murid yang ingin diperhatikan. Seterusnya, item yang
akan difokuskan semasa pemerhatian perlu dipastikan. Langkah ketiga adalah dengan
merekodkan apa yang dilakukan oleh murid secara terperinci. Rekod yang dicatat
hendaklah tepat dan padat. Prosedur terakhir perlu diambil perhatian adalah
mencatatkan dengan jelas setiap perlakuan mengikut urutan.
Antara kelebihan menggunakan Rekod Berterusan adalah ianya dapat memberi
gambaran sebenar dan terperinci mengenai situasi sebenar dalam tempoh yang
ditetapkan (Surayah dan Haslinda, 2009). Yang keduanya, Rekod Berterusan yang
turut dikenali sebagai Running Record dapat memperlihatkan pelbagai aspek
perkembangan seseorang kanak-kanak itu dalam satu rekod. Selain itu juga, kebaikan
menggunakan Rekod Berterusan adalah instrumen ini dapat digunakan dalam apa jua
situasi dan tujuan. Rekod Berterusan ini juga membolehkan guru membuat tindakan
serta-merta kepada murid tanpa menunggu akhir proses tertentu seperti peperiksaan.

Kelemahan menggunakan Rekod Berterusan ini pula antaranya adalah ia dapat


menyebabkan kanak-kanak sedar mereka sedang diperhatikan. Selain itu juga,
penggunaan Rekod Berterusan adalah memenatkan kerana seseorang guru itu perlu
memberi lebih tumpuan pada proses perekodan. Agak sukar dilakukan untuk semua
murid secara spesifik untuk 25 orang murid. Selain itu guru haruslah teliti dan peka
dengan perubahan dan perkembangan murid agar rekod berterusan dapat dilakukan
dengan berkesan.

Вам также может понравиться