Вы находитесь на странице: 1из 54
BAB II: AGAMA DAN PERADABAN: PENGERTIAN DAN KONSEP-KONSEP ASAS Bab ini membahaskan tentang pengertian dan beberapa konsep asas sckitar agama dan peradaban menurut menurut Malik Bennabi. Perbahasan dibahagikan kepada dua fasal. Fasal pertama mengkaji tentang pengertian agama, asal-usul dan hubungannya dengan ilmu pengetahuan. Fasal ini meliputi perbincangan tentang; pengeretian agama, religion dan din baik secara etimologi mahupun terminologi, pengertian agama dalam al-Qur’an, pengertian agama menurut Malik Bennabi, konsep agama sebagai fitrah manusia dan hubungannya dengan ilmu pengetahuan. Fasal kedua membincangkan tentang pengertian peradaban, kepentingan mempelajari dan padangan Malik Bennabi terhadap beberapa ali falsafah peradaban. Fasal ini memfokuskan kajian tentang; pengertian peradaban dan istilah- istilah yang berkaitan; tamadun, al-tamaddun, al-hadarah, dan civilization, pengertian peradaban secara terminologi; pengertian peradaban menurut Malik Bennabi; dan pandangan Malik Bennabi terhadap beberapa ahli falsafah peradaban iaitu: Ibnu khaldun (1350-1406), Oswal Spengler (1880-1936) dan Amold Toynbee (1889-1979). 1 FASAL I: AGAMA: PENGERTIAN, ASAL-USUL DAN HUBUNGANNYA DENGAN ILMU PENGETAHUAN Dalam perbicaraan schari-harian sering digunakan perkataan atau istilah “agama”, seperti agama Islam, agama Kristian, kehidupan beragama, toleransi beragama, hubungan antara agama, dan sebagainya. Istilah agama seakan-akan sudah sebati dan tidak lepas daripada kehidupan sehari-hari manusia secara umum. Namun demikian, mencari atau memberikan pengertian atau definisi agama ternyata bukan perkara yang mudah, dalam erti tidak ada pengertian yang tepat dan dapat diterima oleh setiap orang. Menurut Mukti Ali,’ sedikitnya ada tiga alasan yang menjadikan perkataan agama sukar untuk diberi pengertian; pertama, kerana perjalanan pengalaman agama itu adalah soal batin dan subjektif yang juga individu; kedua, barangkali tidak ada orang yang bercakap begitu bersemangat dan emosional daripada membicarakan agama, kerana itu membahas erti agama sclalu ada emosi yang kuat sekali, schingga sukar memberikan erti kalimat agama; dan ketiga, konsepsi tentang agama akan dipengaruhi oleh tujuan orang yang memberikan * Prof. Dr. H. A. Mukti Ali, lahir di Cepu, Jawa Tengah 1923, Doktor dalam ilmu Agama dari universiti Karachi, Pakistan, pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Agama Rep Indonesia tahun 1971-1978. Kini, beliau adalah profesor dalam ilmu perbandingan Agama di IAIN (Institut Agama Islam Negeri) Sunan Kalijaga, Yokyakarta. Di antara karya-karyanya adalah: Alam Pikiran Islam Modern di India dan Pakistan, Beberapa Persoalan Agama, imu Perbandingan Agams, ‘Asal-Usul Agama, dan Agama, Universitas dan Pembangunan, (Rujuk, Panitia Penulisan Riwayat Hidup (1996), KH. Imam Zarkasyi di Mata Umat. Gontor: Gontor Press, h. 976.)- B pengertian agama itu? Oleh kerana itu jika seseorang sarjana membicarakan soal agama, dia tidak dapat bersikap objektif kerana dia sudah terikat dengan kepercayaannya, dengan kata lain dia sudah terlibat.* Namum demikian, hal-hal tersebut di atas tidak menunjukkan bahawa agama itu tidak dapat diberi pengertian secara umum. Dalam usaha untuk memberikan pengertian tentang agama, para ahli menempuh beberapa cara, iaitu; pertama dengan menggunakan analisis secara etimologi, yakni dengan jalan menganalisa konsep bawaan dari kata agama itu atau kata lainnya yang digunakan dalam erti yang sama dengan kata agama itu, dan dapat pula diketahui perubahan-perubahan maknanya sepanjang sejarah penggunaan kata agama tersebut. Kedua, dengan jalan mengadakan analisis deskriptif, yakni, menganalisis gejala-gejala atau fenomena- fenomena agama dan keagamaan yang boleh diamati dalam kehidupan manusia secara nyata. Dengan analisis deskriptif ini, orang dapat memberikan pengertian agama secara definitif, hanya sahaja kerana sangat bervariasinya gejala atau fenomena agama yang boleh diamati, maka sangat sukar untuk memberikan definisi yang lengkap.* A. PENGERTIAN AGAMA, RELIGION DAN DIN “Agama”, “religion” dan “din” adalah tiga istilah yang banyak digunakan. Secara etimologi pengertian ketiga-tiga istilah tersebut adalah sebagai berikut: 2q. Mukti Ali (1971), Agama, Universitas dan Pembangunan. Bandung: Badan Penerbit Institut Keguruan dan Iimu Pendidikan (IKIP) Bandung, h. 4. HLM. Rasjidi (1974), Empat Mata Kuliah Agama Islam Pada Perguruan Tinggi. Jakarta: Bulan Bintang, h. 50-51. “ Muhaimin ef al. (1994), Dimensi-Dimensi Studi Islam. Surabaya: Karya Aditama, h. 34.

Вам также может понравиться