Вы находитесь на странице: 1из 16

KHUTBAH JUMAAT 14 DIS 2018M

BERSAMAAN 6 RABUIL AKHIR 1440H


KEMENANGAN DI KETIKA BERPEGANG DENGAN AJARAN
ISLAM

َ‫الدين ُك ِّله ۚ َو َل ْو َكره‬ ِّ َ َ ُ َ ْ ُ ِّ َ ْ َ ٰ َ ُْ ُ َ ُ َ َ َ َْ ْ ‫ْ َ ْ ُ ه‬


َ ‫ّلِل ال َذي أرسل رسوله بالهدى ودين الحق َليظهره عَل‬ َ َ ‫الحمد‬
َ َ ِ َ ُ َ ُ ْ َ ْ ِ ُ َ َ ُ ْ ُ ْ ُ َ َ ُ َ َ َْ ِ َ َ ُ َ ْ َ ُ ‫ْ ُ ْْ ُ َ َ ْ َ ُ َ ا َ َ ا َ ه‬
‫ له الملك وله الحمد وهو عَل‬،‫شيك له‬ ِ ‫ أشهد أن َّل َإله َإَّل ٱّلِل وحدهۥ َّل‬.‫شكون‬ ِ ‫الم‬
‫ه‬
‫ الل ُهما‬.‫ي‬ َ ْ ً ْ ُ َ َ
َ‫ ال َم ْب ُع ْو ُث َر ْح َمة لل َعالم ْ ن‬،‫ َوأ ْش َه ُد أ ان ُم َح ام ًدا َع ْب ُد ُه َو َر ُسول ُه‬.‫شء قد ٌير‬ َ َْ ِّ ُ
َ َ ْ
َ ٍ ‫كل ي‬
َ َ َ ْ ‫َ َ َ َ َ ْ َ َ ُ َ ا َ ِّ ا‬ ُ َ َ َ َ َ َ ْ َ َ ْ ِّ َ َ ِّ َ
‫يع‬ِ َ ‫ف‬‫ش‬ ‫و‬ ‫ة‬
َ ‫م‬ ‫ح‬ ‫ٱلر‬ ‫ب‬ ‫َي‬ ‫ن‬ ،‫د‬ٍ ‫م‬ ‫ح‬‫م‬ ‫ا‬ ‫ن‬‫ت‬َ ‫و‬ ‫د‬ ‫ق‬ ‫و‬ ‫ا‬ ‫ن‬ ‫ام‬
َ َ َ َ ‫صل وسلم وب ِارك عَل ح َب َيبنا و‬
‫م‬‫إ‬ ‫و‬ ‫ا‬ ‫ن‬‫يع‬ ‫ف‬ ‫ش‬
َ ُ
ُ.‫َص ُه َو َواَّله‬َ َ ‫ْاْل ام َة َو َع ََل َآل َه َو َص ْحب َه َو َم ْن َتب َع ُه َو َن‬
َ َ
ُ َْ ‫َا‬
:‫أما بعد‬
َ ُ‫ََ ْ َ َ ْ ا‬ ْ‫ا‬ ‫ َو َت َز او ُدوا َفإ ان َخ ْ َي ا‬،‫هللا‬
َ ‫ ا ات ُق ْوا‬،‫َف َياع َب َاد هللا‬
.‫ فقد فاز ال ُمتق ْون‬،‫الز َاد التق َوى‬ َ َ َ َ

Wahai hamba-hamba Allah,


Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan mengikut segala
perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Carilah
bekalan, maka sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu adalah
bertaqwa. Maka demi sesungguhnya berjaya dan selamatlah
orang-orang yang bertaqwa kepada Allah.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,


Kedatangan Islam yang dibawa oleh para rasul benar-benar
untuk menyelamatkan manusia akhir zaman ketika manusia
diberi sedikit ilmu mereka mencapai kemuncak kemajuan
duniawi. Mereka mencipta alat-alat yang canggih sehingga
berpindah randah ke tempat yang jauh, dalam masa yang cepat,
mereka mendapat maklumat seluruh dunia dengan segera.
Walaupun demikian, manusia memerlukan petunjuk dari Allah
s.w.t melalui rasul yang dilantik di zaman yang canggih ini.
Tanpa petunjuk Allah s.w.t manusia menjadi binasa, celaka di
dunia sebelum celaka di hari akhirat.

Sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w, manusia berada di


dalam kegelapan yang sangat dahsyat setelah terputusnya rasul
yang diutus oleh Allah s.w.t. Walaupun sudah ada agama
samawi yang dibawa oleh rasul-rasul yang masih ada saki baki
ajarannya dan agama yang direka oleh manusia, negara-negara
besar yang bertamadun mencapai kemajuan dengan kaya raya
mendirikan bangunan-bangunan besar, tetapi semuanya di
dalam kesesatan dan kejahatan.

Agama yahudi dan kristian yang punya kitab dan punya nabi dan
rasul yang diutus oleh Allah s.w.t, tetapi pengikutnya
menyeleweng daripada petunjuk Allah s.w.t. Ia menjadi agama
yang sesat. Paderi-paderi dan pendita-pendita berlagak menjadi
tuhan-tuhan yang lain daripada Allah s.w.t. Mereka
memperhambakan pengikut-pengikut dan penganut-penganut
agama itu. Apa lagi agama yang bukan samawi, keadaannya
lebih dahsyat lagi.

Manusia menjadi seperti binatang, mengikut hawa nafsu kerana


agama yang ada tidak mampu memimpin manusia. Walaupun di
masa itu ada negara yang bertamadun, negara kaya raya yang
dianggap maju seperti Parsi dan Rom, China, India dan Mesir.
Kemajuannya dengan mendirikan bangunan-bangunan yang
besar, tetapi kemajuan itu dibina di atas mayat-mayat rakyat
yang diperhambakan, harta rakyat yang dirampas, manusia
dalam keadaan yang gelap.

Nabi Muhammad s.a.w. Dikurniakan mukjizat ilmu berbeza


dengan mukjizat nabi-nabi yang sebelumnya dengan perkara
luar biasa yang dapat dilihat dalam kehidupan mereka. Nabi
Musa a.s dengan tongkatnya, Daud a.s melembutkan besi,
Ibrahim a.s tahan dibakar di dalam api yang besar, Isa boleh
menghidupkan orang yang mati dan menyembuhkan penyakit
yang tidak mungkin dirawat oleh ahli-ahli perubatan. Ada pun
mukjizat nabi akhir zaman ini adalah Al-Quranul Karim yang
merupakan mukjizat ilmu yang memimpin manusia dalam
kehidupan mereka, memimpin akal mereka supaya diguna
dengan cara yang betul.

Allah s.w.t mencabar:


ِّ ُ َ َ َ ُ ُ ْ َ ْ ِّ ِّ َ ُ ُ ْ َ َ ْ َ ٰ َ َ َ ْ ‫َ ُ ُ ْ ن َ ْ ِّ ا َ ا‬
‫وَإن كنتم َ يف ري ٍب مما نزلنا عَل عب َدنا فأتوا َبسورٍة من مث َل َه وادعوا شهداءكم من‬
‫ا ه‬ ُ‫َ ه َْ ُ َ َْ ُ َ ا‬
‫﴾ ف َإن ل ْم تف َعلوا َولن تف َعلوا فاتقوا الن َار ال َ يب‬٢٣﴿ ‫ي‬ َ‫اّلِل إن ُك ُنت ْم َصادق ن‬
‫ه‬
‫ون‬
ُ
‫د‬
َ َ ََ َ
َ َْ ْ ‫َ ُ ُ َ ا ُ َ ْ َ َُ ُ ا‬
]٢٤ - ٢٣ : ‫﴾ [سورة البقرة‬٢٤﴿ ‫وقودها الناس وال َحجارة ۖ أ َعدت َللك َاف ِرين‬

(Maksudnya): Dan jika kamu (tetap) dalam keraguan tentang Al-


Quran yang Kami wahyukan kepada hamba Kami (Muhammad),
buatlah satu surah (sahaja) yang sama dengan Al-Quran itu, dan
ajaklah penolong-penolong kamu selain dari Allah, jika kamu
orang-orang yang benar. Maka jika kamu tidak dapat
membuatnya, dan pasti kamu tidak akan dapat membuatnya,
peliharalah dirimu dari neraka yang bahan bakarnya: manusia
dan batu, yang disediakan bagi orang-orang kafir.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Kafir itu apa? Kafir itu ingkar atau melawan. Melawan apa?
Melawan Al-Quran dan melawan Nabi Muhammad s.a.w.

Allah s.w.t menunjukkan generasi awal umat Islam dalam


kalangan para sahabat radhiAllahu 'anhum daripada bangsa
yang buta huruf. Dengan ilmu Al-Quran mereka berjaya
mendirikan sebuah negara yang adil kepada seluruh manusia,
tidak memaksa penganut agama lain masuk Islam, rela tunduk
di bawah kerajaan Islam.
Keadilan Islam menjadi rahmat menyebabkan manusia
berduyun-duyun masuk Islam, menyebabkan dua kuasa besar
Parsi dan Rom jatuh dan tumbang. Ahli-ahli ilmu yang bijak
pandai menghormati kedatangan Islam. Mereka dimuliakan
oleh Islam. Sebelumnya ahli-ahli ilmu dan orang-orang yang
bijak pandai dibunuh kerana manusia berlumba mencapai
kemuliaan di antara satu sama lain.

Islam tegak dengan ilmu wahyu dan ilmu duniawi dalam


kalangan mereka yang masuk Islam. Allah s.w.t menjadikan
umat Islam selepas wafatnya Nabi Muhammad s.a.w memimpin
dunia menegaskan risalahnya, kedatangannya kepada kuasa-
kuasa besar dunia.

Dinyatakan kepada ahli kitab:


َ ْْ ُ َ َ َ ‫َ َ َ ْ َ ٰ َ َ َ َ َ ْ َ َ َ َ ْ َ ُ ْ َ ا َ ْ ُ َ ا ه‬ َ ْ َ ْ َ َ ْ ُ
‫شك َب َه‬ ِ ‫اب تعالوا َإَل َك َلم ٍة سو ٍاء بيننا وبي َنكم َأ هَّل نع َبد َإ َُّل اّلِل وَّل ن َ ا‬َ ‫قل يا أ َهل ال َ َكت‬
ُ ْ ُ ‫ه‬ ُ ِّ ً َ ْ ً ْ َ َ ُ ْ َ ‫َ ًْ َ َا‬
‫اّلِل ۚ ف َإن ت َول ْوا فقولوا اش َهدوا َبأنا‬ َ ‫ون‬ َ ‫د‬ ‫ن‬ ‫م‬ ‫ا‬ ‫اب‬ ‫ب‬
‫ر‬ ‫أ‬ ‫ا‬ ‫ض‬ ‫ع‬ ‫ب‬ ‫ا‬ ‫ن‬‫ض‬‫ع‬ ‫ب‬ ‫ذ‬ ‫خ‬ َ ‫شيئا وَّل ي‬
‫ت‬
َ
]٦٤ : ‫﴾ [سورة آل عمران‬٦٤﴿ ‫ُم ْس َل ُمون‬

(Maksudnya): Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai ahli kitab,


marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara kami
dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan
Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan
jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian
yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-
dewakan selain dari Allah. Kemudian jika mereka (ahli kitab itu)
berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada
mereka: Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah
orang-orang Islam.

Rab'ie bin 'Amir dengan tegas mengatakan:


َ ََْْ ْ َ ْ َ ‫هُ ََََْ ُ ْ َ َ ْ َ َ ْ َ َ ْ َ َ َ َ ه‬
‫ و َمن جو ِر اْلدي َان َإَل‬،‫اّلِل‬
َ ‫اّلِل ابتعثنا َلنخ ِرج من شاء َمن َعباد َة ال َعب َاد َإَل َعباد َة‬
َ َ ْ َ َ ْ ُّ َ َ َ ْ ُّ ْ َ َ ْ ْ َْ
.‫يق الدنيا َإَل َسع َة الدنيا واْل َخرَة‬ َ ‫ و َمن َض‬،‫عد َل َاْلسَل َم‬
(Maksudnya): Allah yang membangkitkan kami untuk mengajak
sesiapa yang mahu daripada memperhambakan diri sesama
makhluk kepada memperhambakan diri hanya kepada Allah,
daripda ajaran-ajaran (agama) yang zalim kepada keadilan
Islam, dan daripada dunia yang sempit kepada dunia yang luas
sehingga akhirat.

Inilah Islam. Umat Islam diberi kemenangan oleh Allah s.w.t


ketika mereka berpegang dengan ajaran Islam.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Apa yang dialami oleh umat Islam hari ini lemah dan hina
kerana mereka meninggalkan ajaran Islam. Ketahuilah bahawa
Islam adalah ajaran yang mulia yang tidak boleh disamakan
dengan agama-agama yang lain. Walaupun kita mengizinkan
kebebasan agama kepada penganut-penganut agama lain,
namun kita tidak mengatakan Islam sama dengan agama yang
lain. Islam adalah agama yang mulia mengatasi segala agama
yang lain.

Kebangkitan Islam dapat dikembalikan semula dengan


melaksanakan pembangunan roh, akal dan jasad manusia itu
sendiri, menjadi hikmah yang besar Allah Taala memulakan
Islam di Makkah, yakni negeri tanpa hasil ekonomi dan kering
tiada air, tetapi dibangunkan aspek keinsanannya meliputi roh,
akal dan jasad.

kebangkitan juga memerlukan kekuatan sendiri menerusi


kesatuan umat Islam, selain mengamalkan demokrasi dengan
makna yang sebenar-benar sebagaimana diterima dunia hari ini.

Terdapat beberapa faktor yang menjadi cabaran membelenggu


dan menyebabkan masalah serta tekanan hingga terhalang
umat Islam melakukan perubahan secara bebas dan merdeka.

Penjajah sejak zaman dahulu telah mewaris dan sengaja


mewujudkan konflik dalam negara umat Islam kerana tidak
mengizinkan memilih kerajaan sendiri secara demokratik.
Kita kena sedar, negara Islam yang dibentuk hari ini adalah hasil
dari percaturan kuasa-kuasa Barat melalui Perjanjian-perjanjian
perjanjian untuk membahagikan negeri orang Islam sesama
kuasa Barat.

Ini percaturan mereka dan dalam masa sama, selepas Perang


Dunia Kedua, mereka terpaksa memberi kemerdekaan yang
juga diatur supaya berada dalam pengaruh mereka.

Kalau jajahan takluk Perancis, kawalan Perancis. Amerika,


kawalan Amerika. Sepatutnya umat Islam boleh membebaskan
diri dari belengu-belengu ini. Umat Islam sentiasa dilayan secara
tidak adil sedangkan kuasa besar memperjuangkan hak-hak
asasi manusia, selain orang Islam juga tidak diizin, dihalang dan
disekat dari mencapai teknologi tinggi.

Peristiwa perang ke atas Yaman yang diisytiharkan di


Washington, tidak di Riyard dan selepas Perdana Menteri Israel
melawat negara itu, menunjukkan wujud campur tangan asing.

Begitu juga susulnya, Arab Spring yang sepatutnya membuat


perubahan positif, tetapi telah dipintas pihak lain hingga
menimbulkan konflik bersenjata serta peperangan secara proksi
menerusi biaya dari negara umat Islam sendiri.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Kini kita telah melihat bagaimana Allah mengembalikan semula


kebangkitan Islam. Kesedaran Islam sudah bermula di pusat-
pusat pengajian tinggi, termasuk di negara Barat. Kita saksikan
Barat yang meracuni pemikiran orang Islam, menjauhkan dari
agama, mengatur agenda melalui pendidikan, pusat pengajian
tinggi, untuk mem-Baratkan, meng-Kristiankan orang Islam,
tetapi mereka gagal. Tiba-tiba kesedaran beragama berlaku
bukan sahaja di negeri orang Islam, tetapi termasuk di Eropah.

Bahkan di England, di Perancis, berlaku kebangkitan semula


orang Islam. Malah, pemikir-pemikir Barat mengatakan,
walaupun Islam tak ada kuasa besar mendukungnya, tetapi
mempunyai ajaran kukuh, kuat serta diwarisi mereka yang
boleh kembali semula menjadi satu umat.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,


Melihat pula isu umat islam di Malaysia hari ini,
Pendedahan terbaru ke atas pihak Tabung Haji, melibatkan
aspek pengurusan kewangan, pelaburan dan tadbir urus yang
dipertikaikan.
Kita memandang serius terhadap tuduhan yang berlaku di
dalam institusi kewangan terbesar umat Islam di Malaysia ini,
namun begitu adalah tidak wajar sekiranya pertuduhan ini
dibicarakan melalui media oleh seorang Menteri yang masih
mentah, sehingga boleh menimbulkan persepsi dan
percanggahan maklumat yang mengelirukan.

kita juga menasihatkan agar Kerajaan tidak mempolitikkan isu


ini sehingga merosakkan imej Tabung Haji, dan tidak bersikap
berat sebelah dalam menjalankan siasatan terhadap kes rasuah
dan penyelewengan melibatkan pemimpin Pakatan Harapan
yang masih belum disiasat dan didakwa sehingga hari ini.

kita meletakkan keyakinan terhadap integriti dan


profesionalisme di pihak Lembaga Pengarah, pengurusan
tertinggi, pegawai dan kakitangan Tabung Haji dalam
melaksanakan tugas bagi melindungi kepentingan para
pendeposit Tabung Haji.

Kebajikan Pendeposit Dan Bakal Haji Mesti Diutamakan. Apa


pun yang berlaku kepada TH, jangan berlaku zalim kepada
pendeposit yang 100 peratus orang Islam. Jangan menggunakan
alasan yang sama seperti tidak boleh tunai janji manifesto
Pakatan Harapan kerana negara banyak hutang. Hentikanlah
perbicaraan di Mahkamah Media. Apakah tindakan ini
menguntungkan TH dan pendeposit TH? Siapa yang rugi?.
Sudah tentu umat Islam yang 100 peratus menjadi penyimpan.
Jangan lari daripada matlamat penubuhan Tabung Haji iaitu
untuk kepentingan umat Islam dan bakal haji.

Rakyat pula jangan hilang fokus, jangan lupa isu ICERD, janji
manifesto PH yang tidak tertunai seperti hapus tol, PTPTN yang
masih panas, hutang peneroka felda, kos sara hidup semakin
meningkat, harga getah RM1.90 sekilo, harga sawit RM250
setan, harga petrol tidak turun, hanya hujan yang turun.
Jangan hilang tumpuan apabila melihat karnival keluar parti dan
lompat parti sedang berlangsung.

Semua ini adalah strategi untuk lupa isu pokok.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

kita tidak seharusnya mengusulkan sesuatu yang boleh


mencetuskan ketidakstabilan, bila isu berkaitan orang islam dan
keistimewaan orang melayu dipertikaikan, dan yang paling
menakutkan ialah ketegangan seperti ini boleh menjadi ‘api
dalam sekam’ untuk mengulangi peristiwa 13 Mei yang wajib
dianggap titik hitam dalam sejarah negara.

Semua pihak perlu sedar bahawa kestabilan ekonomi dan politik


negara perlu dijaga bagi mengelak timbulnya jurang perbezaan
dan ketegangan kaum dalam negara. Inilah asas pembangunan
seimbang di antara kepelbagaian kaum dan agama yang
diperjuangkan oleh PAS sejak kemerdekaan negara.
‫ا‬ َْ ‫َ ا‬ ُ ُ َ
.‫اهلل َمن الشيط َان الر َج َيم‬َ ‫أعوذ َب‬
َ ُ ْْ ُ ْ َ َ ْ َ َ ِّ ُ ِّ َ َ ُ َ ْ ُ ِّ َ ْ َ ٰ َ ُْ ُ َ ُ َ َ َ َْ ‫ُ َ ه‬
‫شكون‬
ِ ‫م‬ ‫ال‬ ‫ه‬‫ر‬ِ ‫ك‬ ‫و‬‫ل‬‫و‬ ‫ه‬‫ل‬
َ ِ‫ك‬ ‫ين‬ ‫الد‬ ‫َل‬‫ع‬ ‫ه‬‫ر‬‫ه‬ ‫ظ‬‫ي‬
َ َ‫ل‬ ‫ق‬ ‫ح‬ ‫ال‬ ‫ين‬‫د‬
ِ َ ‫و‬ ‫ى‬ ‫د‬ ‫ه‬ ‫ال‬ ‫ب‬
َ ‫ه‬‫ول‬ ‫س‬ ‫ر‬ ‫ل‬‫س‬‫ر‬‫أ‬ ‫ي‬ ‫ذ‬َ ‫هو‬
‫ال‬
]٣٣ : ‫﴾ [سورة التوبة‬٣٣﴿

(Maksudnya): Dia lah yang telah mengutus Rasul-Nya


(Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang
benar (agama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya
atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik
tidak menyukainya.

َ َ َْ ُ َُ َ ْ ْ َ َ ْ ُ ‫َ ُّ ا َ َ َ َ ن َ ا‬ َ ْ ََُْ ْ ُ َ َ َ
‫ أقول قو ََل هذا‬،‫ات وال َحكم َة‬ َ ‫ ونفع َ يب وَإياكم َباآلي‬،‫اب والسن َة‬ َ ‫بارك هللا َ يَل ولكم َبال َكت‬
ْ ‫ا‬
ُ ‫الم ْسل َمات إن ُه ُه َو ال َغ ُف‬
‫ور ا‬ ُ ‫ي َو‬ ُ ُ َ
َ‫العظ ْي َم َْل َولك ْم َول َسائر ال ْمسل ْم ن‬ َ ‫َو ْاس َت ْغف ُر‬
َ ‫هللا‬
‫الر َحيم‬ َ َ َ َ َ ِ َ َ ‫َي‬ َ َ
KHUTBAH KEDUA

‫ْ َ ْ ُ ه َ ْ ً َ ْ ً َ َ َ َ َ َ ْ َ ُ َ ْ َ َ ا ه ُ َ ْ َ ُ َ َْ َ َ ُ َ َ ْ َ ُ َ ا‬
‫ واشهد ان‬،‫شيك له‬ ِ ‫شهد أن آل َإله َإَّل اّلِل وحده َّل‬ ‫ أ‬.‫ّلِل حمدا ك َثيا كما أمر‬ َ َ ‫الحمد‬
ُُ ُ َ ً َ َ َ
.‫َس ِّي َد ْينا َون َب ِّينا ُم َح امدا ع ْبد ُه َو َر ُس ْوله‬
َ
‫َل آلــَ َه َوأ ْص َحاب َه َا ْج َم َع ْ ن‬
َ.‫ي‬ َ ‫َا هلل ُه ام َص ِّل َو َس ِّل ْم َو َبار ْك َع‬
َ ‫َل َس ِّي َد َنا َو َنب ِّي َنا ُم َح ام ٍد َو َع‬
َ َْ ُ ِ َ
‫ َف َيا َع َب َاد هللا! َاتقوا هللا وكنوا مع الص َاد َق ن‬،‫أ اما َب ْع ُد‬
َ.‫ي‬ ‫ا‬ َ َ ُ َ َ ْ ُ ‫ا‬

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,


َ َ َ َ ْ َ َ ُ َ َ ْ َ ُ َّ َ ُ ُ َ ً َ ْ ُ ْ َ َ ْ ُ َ ُ َ ُ ُ َ َ َّ َ ُّ َ َ
‫يا أيها ال ِذين آمنوا قوا أنفسكم وأه ِليكم نارا وقودها الناس وال ِحجارة عليها مَل ِئكة‬
َ ُ َ ْ ُ َ َ ُ َ ْ َ َ ْ ُ َ َ َ َ َ َّ َ ُ ْ َ َّ َ ٌ َ
﴾٦﴿ ‫ِغَلظ ِشداد َّل يعصون اَّلل ما أمرهم ويفعلون ما يؤمرون‬

Bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri


kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan bakarannya
manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh
malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak
menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkannya
kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang
diperintahkan".
‫ا‬ َْ ‫َ ا‬ ُ ُ َ
‫اهلل َمن الشيط َان الر َج َيم‬ َ ‫أعوذ َب‬
ًّ َْ ‫ال َذ ارة‬
﴾٨﴿ ‫شا َي َر ُه‬ َ ‫َف َمن َي ْع َم ْل م ْث َق‬
َ ‫﴾ َو َمن َي ْع َم ْل م ْث َق‬٧﴿ ‫ال َذ ارة َخ ْ ًيا َي َر ُه‬
ٍ َ ٍ َ
Maksudnya: "Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarrah,
nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa
berbuat kejahatan seberat zarrah, nescaya akan dilihatnya
(dalam surat amalnya)!" (Surah al-Zalzalah:7 - 8)
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Mimbar juga tidak pernah jemu untuk menyeru kepada sidang


Jumaat sekalian, supaya kita bersama-sama membanyakkan
ucapan selawat dan salam keatas Nabi Muhammad S.W.T yang
telah menampaikan islam kepada kita sebagai mematuhi
perintah Allah di dalam Al quran:

َّ َ ْ َّ َ ُ ُ َ
‫يم‬
ِ ‫ان الر ِج‬
ِ ‫اهلل ِمن الشيط‬
ِ ‫أعوذ ِب‬
ً ‫آم ُنوا َص ُّلوا َع َل ْيه َو َس ِّل ُموا َت ْسل‬ َ
َ َّ َ ُّ َ ِّ َّ َ َ َ ُّ َ ُ ُ َ َ َ َ َ َ َّ َّ
َ ‫ين‬
‫يما‬ ِ ِ ‫ِإن اَّلل ومَل ِئكته يصلون عَل الن ِ يب ۚ يا أيها ال ِذ‬
﴾٥٦﴿

Bermaksud: "Sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat


(memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi
(Muhammad s.a.w), wahai orang-orang beriman berselawatlah
kamu kepadanya serta ucaplah salam sejahtera dengan
penghormatan yang sepenuhnya". (Surah Al-Ahzab Ayat 56)

َ ِّ َ َ َ َ ْ َّ َ َ َ َّ َ ُ َ ِّ َ َ َ َ َّ َ ُ َ ِّ َ َ َ ِّ َ َّ ُ َّ
‫آل سي ِدنا‬ ِ ‫حم ٍد كما صليت عَل‬ ‫آل سي ِدنا م‬ ِ ‫اللهم صل عَل سي ِدنا َمحم ٍد وعَل‬
َّ َ ُ َ ِّ َ َ َ َ َّ َ ُ َ ِّ َ َ ْ ََ َ َْ ِّ َ ََ َ َ َْ
‫آل سي ِدنا محم ٍد‬ ِ َ ‫َل‬ ‫اهيم وب ِارك عَل سي ِدنا محم ٍد وع‬ ِ ‫آل سي ِدنا ِإبر‬ ِ ‫اهيم وعَل‬ ِ ‫ِإبر‬
َ َ َ‫ن‬ َّ َ ْ ‫َْ َ ن‬ َ ِّ َ َ َ َ َ َْ َ ِّ َ َ َ َ َ َ َ َ
ْ
‫اهيم ِ يف العال ِمي ِإنك ح ِميد‬ ِ ‫آل سي ِدنا ِإبر‬ ِ ‫اهيم وعَل‬ ِ ‫آل سي ِدنا ِإبر‬ ِ ‫كما باركت عَل‬
. ‫َم ِجيد‬

ْ‫ات َب ْينهم‬َ َ ْ ْ ََ َ ُ ْ َ‫َ ْ ُ ْ ْ ن‬ َ ْ ُ ْ َ َ‫َّ ُ َّ ْ ْ ْ ُ ْ ْ ن‬


ِِ ‫ وأص ِلح ذ‬،‫ات‬ ِ ‫ؤمن‬ِ ‫ات والمؤ ِم ِني والم‬ ِ ‫َاللهم اغ ِفر ِللمس ِل ِمي والمس ِلم‬
ْ ُ َ َّ َ َ
َ ْ ُ ْ ِّ َ ََ ْ ْ َ َ َ ْ ُ ْ ُ ُ ْ ‫َ ِّ ْ َ ْ نَ ُ ُ ْ ْ َ ْ َ ْ ن‬
ْ
‫لحكمة وثبتهم عَل ِمل ِة رسو ِل‬ ِ ‫وألف بي قلو ِب ِهم واجعل ِ يف قلو ِب ِهم ا ِإليمان وا‬
َ َّ َ َ ْ َ َ ُ َّ َ
.‫هللا صَل هللا علي ِه وسلم‬ ِ
ُ ْ َّ ُ َّ َ ْ َ ُ ْ َ َ َ ُّ ُ ْ َّ ُ َّ َ‫َّ ُ َّ َ َّ ْ ْ َ َ َ ْ ُ ْ ْ ن‬
‫ُص‬
َِ ‫ َ اللهم ُان‬،‫اه ُ ِدين‬ ِ ‫ُص الدعاة والمج‬ ِ ‫ اللهم ان‬،‫اللهم أ ِعز ا ِإلسَلم والمس ِل ِمي‬
َ ِّ ‫َ ن‬ َ ِّ ‫ن َ ن َْ َ َ ن‬ ْ َ َ ‫ْ ْ َ َ َ ْ ُ ْ ْ نَ ن ُ ْ َ َ ن‬
. ‫ان‬
ٍ ‫ان و ِ يف كل زم‬ ِ ‫ا ِإلسَلم والمس ِل ِمي ِ يف سو ِريا و ِ يف فلس ِط‬
ٍ ‫ي و ِ يف ِمينمر و ِ يف كل مك‬

Ya Allah, ampunilah dosa seluruh kaum muslimin dan muslimat,


mukminin dan mukminat serta kurniakanlah kepada kami
hidayah dan inayah-Mu untuk melaksanakan perintah-Mu dan
menjauhi larangan-Mu.

Ya Allah, berkatilah hidup hamba-Mu yang sentiasa memberi


sumbangan harta dan tenaga, kurniakanlah rezeki yang berlipat
ganda kepada kami serta sucikanlah harta dan jiwa kami,
lindungilah golongan fuqara' dan masakin daripada kekufuran
dan kefakiran yang berpanjangan.

َ َ َّ ُ َّ َ َ َ ْ َ َ َ ُّ َ َ ْ َ َ َّ َ ْ َ ُ ْ َ َ ْ َ َ ِّ َ َ َ َ ْ َ َ َ ُ ْ َ َّ ُ َّ َ
.
‫ أنت و ِليها وموَّلها اللهم أ ِرنا‬،‫ وزكها أنت خي من زكاها‬،‫آت أنفسناتقواها‬ ِ ‫اللهم‬
ُ َ َْ َ ْ ُ ْ َ ً َ َ َ ْ َ َ َ َ َ ِّ َ ْ ُ ْ َ ًّ َ َّ َ ْ
‫اطَل وارزقنا اج ِتنابه‬ ِ ‫اطل ب‬
ِ ‫ وأ ِرنا الب‬،‫الحق حقا وارزقنا اتباعه‬

Ya Allah, kurniakanlah sepenuh taufiq dan hidayah-Mu terhadap


Raja kami, pemimpin-pemimpin kami, ulamak dan para guru
kami serta kaum kerabat dan seluruh rakyat jelata sekalian.

ْ‫ َر َّب َنا َهب‬.‫ين‬


َ َ ْ َ َّ َ ْ ُ َ َ َ ْ َ ْ َ َ َ َ ْ ْ َ ْ َ ْ َ َ َ ُ ْ َ َ ْ َ َ َ َّ َ
ً َ َ َ َ ْ ُّ ‫اِس‬ ِ ِ ‫َ َ ْرب َن ْا َظل َمنا َ أ ُن ِّف َّس َنا ُو ِإ َن َل ْ ُم تغ َ ِف ْر ل َن ْا َوت ْر ُح َّمنْا َ لن َكو ًنن َ ِ َّم َن ال َخ ن‬
‫ي واجعلنا ِللمت ِق ن‬ ‫اجنا وذري ِاتنا ق َّرة أع ن‬
‫ ربنا ِآتنا ِف الدنيا حسنة‬.‫ي ِإماما‬ ‫لنا من أزو‬
َّ ٍ َ َ َ َ َ ً َ َ َ ِ َ ْ ِ ‫َ ن‬
.‫و ِف اْل ِخر ِة حسنة و ِقنا عذاب الن ِار‬
‫ُْْ َ ََْ َ َ َْ ْ َ‬ ‫َ َْ‬ ‫َ‬ ‫َّ َ َ ْ ُ ُ ْ َ ْ َ ْ‬ ‫َ َ‬
‫ان و ِإيت ِاء ِذي القرب وينَه ع ِن الفحش ِاء‬ ‫ِ‬ ‫س‬ ‫ح‬ ‫األ‬ ‫و‬
‫ِ ِ‬ ‫ل‬ ‫د‬ ‫لع‬ ‫ا‬‫ب‬‫ِ‬ ‫ر‬ ‫م‬‫أ‬‫ي‬ ‫هللا‬ ‫ن‬ ‫ا‬‫ِ‬ ‫‪،‬‬‫هللا‬
‫ِ‬ ‫اد‬ ‫ِعب‬
‫ْ ُ ُ‬ ‫َْ ُ ُ‬ ‫َ ْ‬ ‫ْ ُ‬ ‫َ‬ ‫َ ْ ُ ْ َ َ ْ َ نْ َ ُ ُ َ َّ ُ َ َ َّ َ‬
‫هللا ال َع ِظ ْي َم يذك ْرك ْم َواشك ُر ْوه‬ ‫غ ي ِعظك ْم ل َعلك ْم تذك ُر ْون‪ .‬فاذك ُر ْوا‬ ‫ي‬ ‫ِ‬ ‫والمنك ِر والب‬
‫َُْ َ ُ َ َ‬ ‫َ‬ ‫َ ُْْ َ ْ ُْ ُ ْ ْ ُْ ُ ْ ََ ْ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َع ََل ن َ‬
‫هللا ي ْعل ُم َما‬‫هللا أ كي‪ ،‬و‬‫ِ‬ ‫ر‬‫ُ‬ ‫ك‬‫ذ‬‫ِ‬ ‫ل‬ ‫و‬ ‫م‬ ‫ك‬ ‫ط‬ ‫ِ‬ ‫ع‬ ‫ي‬ ‫ه‬ ‫ل‬
‫ِ ِ‬ ‫ض‬ ‫ف‬ ‫ن‬ ‫م‬‫ِ‬ ‫ه‬‫و‬ ‫ل‬ ‫أ‬ ‫اس‬ ‫و‬ ‫م‬ ‫ك‬‫د‬ ‫ز‬ ‫ي‬ ‫ه‬ ‫م‬ ‫ع‬
‫َ َ ِ َِ ِ ِ‬
‫ت ْصن ُعون‪.‬‬

Вам также может понравиться