Вы находитесь на странице: 1из 14

CAWANGAN JOHOR

KERAJAAN UTHMANIYYAH

NUR HAIRUNNISHA ATIKA BINTI RASIM ( 2017224846 )


MARDIAA MARDATHI BT RAMLEE ( 2017258954)
NORFARAHHANI BINTI ZAABA ( 2017240886 )
NOOR AISHAH BINTI MOHD ZAKI ( 2017241122 )
AINA SYAZANA BINTI EFFENDY (2017232666 )

JCS1102N

Pensyarah
NURFARHANA BTE MOHD DAUD

Tugasan ini dikemukakan sebagai memenuhi


sebahagian daripada keperluan
Kursus CTU151 – Pemikiran dan Tamadun Islam
ACIS

Kategori Penilaian Markah


Pengenalan / Pendahuluan
Isi + huraian
Cadangan / Kesimpulan
Rujukan / Bibliografi
Etika & Profesional

1
ISI KANDUNGAN

1. PENDAHULUAN………………………………………………………….. 3

2. 1.0 SUMBANGAN KERAJAAN UTHMANIYYAH................................ 4

1.1 POLITIK............................................................................. 4
1.2 PENDIDIKAN..................................................................... 5
1.3 EKONOMI.......................................................................... 5
1.4 SOSIAL.............................................................................. 6

3. 2.0 FAKTOR KEJATUHAN KERAJAAN UTHMANIYYAH................... 6

2.1 POLITIK.............................................................................. 6,7


2.2 EKONOMI.......................................................................... 7
2.3 SOSIAL.............................................................................. 8
2.4 PERTAHANAN................................................................... 8
2.5 PENGARUH LUAR............................................................. 9

4. 3.0 KESAN KEJATUHAN KERAJAAN UTHMANIYYAH..................... 10

3.1 HILANG INSTITUSI KHILAFAH.......................................... 10


3.2 PERPECAHAN WILAYAH UMAT ISLAM........................... 10
3.3 KEMEROSOTAN EKONOMI.............................................. 11
3.4 PEMODENAN TURKI......................................................... 11
3.5 TIADA PELINDUNGAN KE ATAS WILAYAH ISLAM......... 11

5. 4.0 PENILAIAN.................................................................................... 12

6. KESIMPULAN……………………………………………………………… 13

7. BIBLIOGRAFI………………………………………………………………. 14

2
PENDAHULUAN

Kerajaan Turki Uthmaniyyah merupakan sebuah kerajaan yang telah diasaskan oleh
Uthman bin Ertughrul bin Sulaiman Shah yang berasal daripada suku Qayi iaitu sebuah
Kabilah Al-Ghuzz dari kalangan orang Islam Turki yang tinggal berdekatan dengan laut
Caspian. Beliau merupakan individu yang bertanggungjawab dalam membantu kesultanan
Saljuq dalam memerangi kaum Monggol dan telah berjaya mengalahkan Byzantine. Ekoran
daripada itu Sultan Ali al-Din telah menjadikannya Amir dengan nama Bad al-Shah atau
Uthman. Kesannya, Empayar Uthmaniyyah ini telah dikenali bersempena namanya.

Dalam bahasa Turki Osmanli, kerajaan Uthmaniyyah juga dikenali sebagai Ottoman iaitu
sebuah empayar Islam terbesar yang telah memerintah lebih dari 600 tahun, bermula dari
tahun 680 H/1281 M sehingga 1342 H/1924 M. Kerajaan Uthmaniyyah juga dikenali sebagai
khilafah Uthmaniyyah .Gelaran khilafah memberi petunjuk bahawa sistem pemerintahan
yang dilakukan oleh kerajaan ini adalah berteraskan kepada sistem khilafah.1

Kecekapan yang dimiliki Uthman dalam memerintah Turki Uthmaniyyah telah diteruskan
oleh pemimpin-pemimpin kerajaan selepasnya. Sepanjang tempoh pemerintahan kerajaan
Uthmaniyyah terdapat 37 pemimpin yang pernah mentadbir kerajaan ini. Antara pemimpin
yang terkenal ialah Uthman I dan Urkhan I, Muhammad II yang digelar Abu al-Fatih (1450-
1481) dan Sulaiman II yang digelar sebagai Abu al Qanuni (1520-1566).

Pemimpin-pemimpin ini memiliki kewibaan seperti Uthman iaitu mempunyai kekuatan


peribadi dan moral yang tinggi, hingga mampu membawa Uthmaniyyah ke tahap yang lebih
tinggi iaitu telah membuat empayar ini berkembang sehingga ke Afrika Utara di sebelah
Barat Daya dan Parsi di sebelah timur. Tuntasnya , kesultanan Uthmaniyyah ini lebih banyak
memiliki taklukan di Eropah berbanding di Asia. Maka, ini membuktikan bahawa pemimpin-
pemimpin kerajaan ini lebih cenderung untuk memperluaskan kekuasaan dan wilayah
mereka di Eropah.2

Kerajaan ini bertapak kuat di Istanbul. Pengaruh pemikiran islam ke atas Barat
bermula dari abad ke-11 sehingga ke abad ke-14 Masihi , akan tetapi kerajaan ini mula
mengalami kemerosotan semasa pemerintahan Sultan Salim II .Kerajaan yang berdiri utuh
selama 637 tahun akhirnya runtuh apabila sultan terakhir Sultan Abdul Hamid telah
digulingkan oleh “Kumpulan Belia Turki”.

1
https://umexpert.um.edu.my/file/publication/00009616_65799.pdf
2
Mohd Zainodin Bin Mustaffa.Mohd Asyadi Bin Redzuan. Emy
Sylviana Bt Mohdzahid.Siti Noor Binti Aziz. 2018 . Pemikiran Dan
Tamadun Islam.
3
1.0 SUMBANGAN KERAJAAN UTHMANIYYAH

Kerajaan Uthmaniyyah telah bermula pada sekitar awal abad ke-14 dan berakhir
pada awal abad ke-20. Sebelum ini, tidak ada sebuah kerajaan Islam pun yang mampu
bertahan selama hampir 600 tahun dan meliputi kawasan seluas kerajaan Uthmaniyyah.
Tempoh pemerintahan kerajaan Uthmaniyyah yang lama dan berterusan ini telah
membolehkannya membuat sumbangan yang besar. Kerajaan ini telah mewujudkan
sebuah empayar yang merupakan sebuah kesatuan orang Islam di seluruh dunia.
Istanbul juga telah dianggap sebagai pusat pentadbiran Dunia Islam. Apabila Sultan
Selim I berjaya menguasai Makkah pada tahun 1517, kerajaan Uthmaniyyah juga dilihat
sebagai pelindung kepada umat Islam di seluruh dunia.

Suleiman I pula telah memperkenalkan sistem perundangan yang mempertahankan


dan membela nyawa,harta dan agama. Undang-undang baru ini dikenali sebagai Kanun
Suleiman. Kerajaan Uthmaniyyah turut memberikan sumbangan besar dalam sistem
organisasi dan pentadbiran perundangan Islam. Jawatan seperti Kadi dan Mufti telah
dijadikan sebagai sebahagian daripada organisasi pentadbiran agama Islam.

1.1 Politik
Dari aspek politik pula,Sultan adalah kuasa yang tertinggi yang dilantik mengikut
sistem feudal. Beliau berkuasa tertinggi sama ada dalam bidang agama,politik
dan pentadbiran termasuk soal kewangan. Selain itu, kuasa kedua tertinggi
merupakan wazir besar.
Wazir adalah seorang ketua pentadbir dan penasihat sultan. Kadi adalah
ketua agam bagi setiap daerah. Beliau berkuasa menjalankan hukuman jenayah
dan sivil yang menurut Syariah Islam berlandaskan Al-quran dan Hadith.
Jawatan Syeikh al-Islam, iaitu ketua ulama telah diperkenalkan untuk
mengeluarkan fatwa. Malahan koleksi fatwa yang dikeluarkan oleh Sheikh Al-
Islam itu merupakan salah satu sumbangan utama kerajaan Uthmaniyyah
kepada agama dan sains undang-undang yang kekal dan digunakan sehingga
hari ini.

4
1.2 Pendidikan
Seterusnya dari aspek pendidikan, ilmu pengetahuan dan kebudayaan turut
berkembang semasa kerajaan Uthmaniyyah terutama pada zaman Sulaiman Al-
Qunani. Beliau merupakan penyair yang berkaliber dan beliau juga sangat
berminat dalam bidang senibina.
Dari segi intelektual, mereka telah mewarisi tradisi intelektual agama. Ilmu
agama merupakan ilmu yang paling tertinggi yang berlandaskan Al-quran dan
Hadith. Sebagai contoh ilmu bidang geografi, Piri Re’is iaitu seorang laksamana
tentera laut Turki. Beliau sangat pakar tentang kedudukan geografi kawasan
pantai Laut Mediterranean. Beliau juga telah menulis satu kosmografi yang
bertajuk World Survey tetapi karya ini tidak sempat disiapkan.
Kerajaan Uthmaniyyah juga berperanan besar dalam perkembangan ilmu
pengetahuan, pendidikan, kebudayaan, penerbitan dan penterjemahan. Sistem
pendidikan kerajaan Uthmaniyyah yang paling berpengaruh terhadap
perkembangan pendidikan dalam dunia Islam ialah sistem madrasah.Selain
sistem madrasah terdapat juga sistem pendidikan lain seperti sekolah
pengetahuan akademik, maktab teknik ,maktab tentera, sekolah sastera dan
kolej perubatan.
Penulisan ensiklopedia sains Islam turut berkembang. Antara penulis yang
terkenal adalah Katib Clebi, Mehmed Al-Fanari dan Mofla Lufti. Kepentingan ilmu
semasa zaman Uthmaniyyah juga membawa kepada kepentingan perpustakaan.
Perpustakaan telah diwujudkan di masjid,rumah dan hospital. Salah satu
sumbangan kerajaan Uthmaniyyah yang berkekalan sehingga hari ini ialah seni
bina terutamanya seni bina masjid.3

1.3 Ekonomi
Sumbangan kerajaan Uthmaniyyah kepada sektor ekonomi bergantung pada
kedudukan geografi Istanbul sebagai kota atau pusat pertemuan dalam jalinan
perdagangan di antara Timur dan Barat serta antara dunia Islam dengan dunia
bukan Islam. Jalinan perdagangan kerajaan Uthmaniyyah yang besar meliputi
pelabuhan di sepanjang Laut Tengah, Laut Merah, Laut Hindi dan Laut
Mediterranean. Jalinan pelabuhan yang dikuasai oleh kerajaan Uthmaniyyah juga
telah membentuk Jalinan Perdagangan Dunia Islam yang berpusat di Istanbul.

3
1. Nik Hassan Suhaimi bin Nik Abdul Rahman. Muhd Yusof Bin
Ibrahim Muhammad Bukhari Bin Ahmad. Rosnanaini Binti Sulaiman.
Buku Teks Sejarah Tingkatan 4 . Halaman 161 .
5
1.4 Sosial
Dari segi aspek sosial, sebelum kedatangan orang Islam ke kawasan Balkan,
golongan atasan Eropah telah mengamalkan sistem bangsawan yang
berasaskan keturunan dalam susun lapis masyarakat. Penguasaan kerajaan
Uthmaniyyah di Eropah terutamanya di kawasan Balkan telah memperkenalkan
sistem yang mengalakkan kecemerlangan seseorang individu. Pengenalan
sistem ini bermakna pembahagian masyarakat bergantung pada hasil usaha
seseorang individu itu. Ini juga membawa kepada mobiliti sosial yang lebih luas
dalam masyarakat Eropah.

2.0 FAKTOR KEJATUHAN KERAJAAN UTHMANIYYAH


Seperti umum sedia maklum, Kerajaan Uthmaniyyah bertapak kuat di Istambul.
Kerajaan Uthmaniyyah juga adalah tamadun Islam yang membawa kepada Renaissanse
iaitu kelahiran semula di Eropah. Selain itu, kerajaan ini juga membawa pengaruh
pemikiran Islam ke atas Barat bermula dari abad ke-11 sehingga abad ke-14 masihi.
Akan tetapi, semasa pemerintahan Sultan Salim II, Kerajaan Turki Uthmaniyyah mula
mengalami kemerosotan lantaran kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam sistem
pemerintahannya.
Kejatuhan Kerajaan Uthmaniyyah merupakan peristiwa yang mengejutkan seluruh
masyarakat Islam pada zaman itu kerana Kerajaan Uthmaniyyah memerintah wilayah
yang yang besar meliputi semenanjung Balkan, Asia Kecil, Arab Timur Tengah, Mesir
serta Afrika. Kerajaan yang berdiri teguh selama 637 tahun itu akhirnya melabuhkan tirai
apabila sultan terakhir iaitu Sultan Abdul Hamid telah digulingkan oleh pemimpin
Kumpulan Belia Turki iaitu Mustafa Kamal Attartuk. Selain itu, terdapat juga faktor lain
yang membawa kepada kejatuhan Kerajaan Uthmaniyyah sehingga memberi kesan
kepada negara-negara Islam yang turut terkena tempias akibat kejatuhan Kerajaan
Uthmaniyyah antaranya dari segi beberapa aspek iaitu politik, ekonomi, sosial,
pertahanan serta pengaruh luar. Oleh itu kelemahan-kelemahan ini telah mendorong
kepada kejatuhan Kerajaan Uthmaniyyah.

2.1 Politik
Dari aspek politik iaitu kelemahan kepimpinan, pentadbiran dan pemerintahan
yang tidak teratur serta ketenteraan yang lemah. Hal ini merupakan punca ke
arah kehancuran Kerajaan Uthmaniyyah. Selepas kemangkatan Sulaiman Al-
Qanuni, kerajaan ini mula menunjukkan kejatuhan serta kemunduran.
Kelemahan ini dapat dibuktikan dengan sikap sultan itu sendiri yang
6
mementingkan hiburan dan kesenian sehingga menyebabkan kerosakkan moral
serta kehidupan bermewah-mewahan yang akhirnya mendorong kepada
perlakuan yang tidak bermoral. Sebagai contoh, Sultan Murad III yang telah
dikuasai oleh nafsu sepanjang pemerintahannya sehingga beliau mempunyai
118 orang anak. Selain itu, contoh yang dapat diketengahkan ialah Sultan
Ibrahim membunuh 100 000 orang dan menyaksikan sendiri pembunuhan 25 000
orang daripadanya.
Seterusnya, umum mengetahui bahawa setiap kerajaan pasti akan bertukar-
tukar pemimpin. Oleh itu, tidak dinafikan keadaan ini menyumbang kepada
kejatuhan Kerajaan Uthmaniyyah kerana berlakunya masalah perebutan takhta
dalam kalangan pembesar dan pemerintah. Ketika itu, sistem syura sudah tidak
diamalkan dan pemilihan pemimpin adalah berdasarkan kekuatan. Hal ini telah
mencetus peperangan diantara putera-putera raja dan telah menyebabkan
ketidakstabilan politik. Kelemahan ini menyebabkan kerajaan dikuasai oleh
kelompok tertentu di dalam istana. Hal ini dapat dilihat semasa pemerintahan
Sulaiman Ibrahim dipengaruhi oleh bonda dan tiga orang isterinya yang masuk
campur dalam pemerintahan beliau.4

2.2 Ekonomi
Dari aspek ekonomi iaitu kelemahan dalam mentadbir urus ekonomi adalah
sumbangan kepada kejatuhan kerajaan ini. Kelemahan ini disebabkan pelantikan
jawatan yang bukan didasari oleh kebolehan. Hal ini ditunjukkan melalui jawatan
pemungut cukai diberikan kepada sesiapa sahaja yang berirkar untuk memberi
sumbangan kutipan yang besar kepada bendahara negara. Justeru, keadaan ini
menjadi bertambah buruk apabila kadar cukai yang tinggi telah membebankan
rakyat. Oleh itu, kelemahan ini mendorong kepada kejatuhan kerajaan
Uthmaniyyah.
Disamping itu, aktiviti perdagangan yang lembab juga punca kejatuhan
kerajaan Uthmaniyyah. Kelemahan ini disebabkan oleh persaingan dengan
negara Eropah yang semakin maju menguasai perairan. Hal ini dapat dilihat
sewaktu kerajaan Uthmaniyyah bersaing dengan Portugis untuk menguasai jalan
perdagangan di perairan India. Selain itu, kemunduran dalam ekonomi adalah
akibat berlaku peperangan yang berterusan. Oleh kerana peperangan yang
berterusan, pendapatan kerajaan Uthmaniyyah menjadi semakin berkurangan
akan tetapi perbelanjaan untuk peperangan semakin bertambah dan mendorong
kepada kemelesetan ekonomi.

4
Mohd Zainodin Bin Mustaffa.Mohd Asyadi Bin Redzuan. Emy
Sylviana Bt Mohdzahid.Siti Noor Binti Aziz. 2018 . Pemikiran Dan
Tamadun Islam. Halaman 117
7
2.3 Sosial
Dari aspek sosial iaitu berlaku pemberontakan. Pemberontakan merupakan
faktor terpenting yang menyebabkan kejatuhan kerajaan ini kerana tiada lagi sifat
perpaduan serta penyatuan diantara golongan pemerintah dengan rakyat
kerajaan tersebut. Keadaan ini dapat dilihat sewaktu pemberontakan diantara
puak Kurdish dan puak Druze di Syiria.
Pemberontakan ini telah menyebabkan masalah dalaman yang teruk timbul
sehingga membawa kepada kejatuhan Kerajaan Uthmaniyyah. Keruntuhan
akhlak serta kurang penghayatan Islam telah mempengaruhi faktor kejatuhan
kerajaan ini. Ajaran Islam telah dicemari dengan munculnya khurafat dan amalan
tasawuf tanpa menghiraukan tugas wajib sebagai umat Islam untuk menegakkan
ajaran Islam serta berjihad dijalan Allah S.W.T.
Disamping itu, golongan istana mengadakan pesta yang dilengkapi dengan
minuman keras, dendangan muzik dan para dayang yang menghiburkan para
pembesar negara telah menunjukkan keruntuhan penghayatan Islam dalam
kerajaan tersebut. Justeru, gejala rasuah yang berleluasa menyumbang kepada
faktor tersebut. Hal ini dapat dibuktikan apabila Sultan Sulaiman meminta hadiah
daripada orang yang hendak dilantik pada waktu perlantikan. Gejala ini telah
menimbulkan kekacauan dalam pemerintahan dan melemahkan kedudukan
kerajaan. Jelaslah bahawa permasalahan sosial yang berlaku telah
5
menyebabkan kejatuhan Kerajaan Uthmaniyyah.

2.4 Pertahanan
Dari aspek pertahanan iaitu kelemahan dalam sistem ketenteraan. Hal ini
berlaku bermula dengan kelemahan disiplin ketenteraan dalam kalangan
pegawai atasan. Ini kerana pertandingan ketenteraan yang sebenarnya telah
ditinggalkan dan telah menyebabkan putera-putera raja yang berpotensi telah
disisihkan dan memilih putera sulong kerana akan memberikan kebebasan
kepada para pegawai. Hal ini ditunjukkan dengan perlantikan Bayezid I dan
Salim II dipilih bukan kerana kemampuan mereka. Penghapusan aristokrasi
tentera yang lama juga antara faktor kejatuhan Kerajaan Uthmaniyyah.
Penghapusan aristokrasi ini telah menyebabkan sistem tentera hamba menjadi
terbatas kerana seksyen tentera dalam angkatan tentera telah membenarkan
anak-anak pegawai mendapat pangkat serta menghapuskan asas disiplin dalam
tentera.

5
Mohd Zainodin Bin Mustaffa.Mohd Asyadi Bin Redzuan. Emy
Sylviana Bt Mohdzahid.Siti Noor Binti Aziz. 2018 . Pemikiran Dan
Tamadun Islam. Halaman 118
8
2.5 Pengaruh Luar
Dari aspek pengaruh luar iaitu kebangkitan kekuatan Eropah. Eropah telah
mendorong perluasan kuasa atau imperialisme barat yang telah dicapai melalui
kemajuan dari aspek ilmu pengetahuan. Kebangkitan Eropah dan kemunduran
kerajaan Uthmaniyyah telah melahirkan perubahan-perubahan yang besar dalam
sejarah dunia antaranya gerakan-gerakan renaissanse. Hal ini telah
menyebabkan kemerosotan kerajaan Uthmaniyyah daripada kuasa-kuasa
Eropah.
Selain itu, peperangan dengan kuasa-kuasa Eropah telah menyebabkan
kekalahan kerajaan Uthmaniyyah. Hal ini dibuktikan melalui peperangan dengan
Austria pada tahun 1682 sehingga 1689. Kejatuhan kerajaan Uthmaniyyah
semakin jelas akibat daripada kekalahan dalam peperangan demi peperangan.
Hal ini ditunjuk melalui penyatuan bangsa Eropah untuk menawan Hungary serta
penyatuan Prince Eugene of Savoy dengan tentera Austria untuk mengalahkan
Turki Uthmaniyyah dalam peperangan Petewarden pada tahun 1716.
Disamping itu, siri perjanjian dengan negara Eropah yang membawa kepada
kejatuhan kerajaan Uthmaniyyah adalah antara faktor kejatuhan kerajaan ini.
Perjanjian perdamaian menyebabkan kerajaan ini semakin lemah dan membawa
kepada kemerosotan. Perjanjian ini dapat dilihat melalui perdamaian Passarowit
yang ditandatangani pada Julai 1718 telah menyebabkan mereka kehilangan
Timsuar, Belgrad, sebahagian besar negeri Serbia dan Rumania. Perjanjian
Radsin juga telah ditandatangani kerana Turki kalah kepada Russia dan telah
menyebabkan Turki menyerahkan Ukraine kepada Russia dan membuka
perniagaan kepada bangsa Cossack di Laut Hitam setelah menguasainya
selama beberapa abad. Jelaslah bahawa pengaruh luar adalah faktor kejatuhan
Kerajaan Uthmaniyyah.

Oleh itu, beberapa faktor kejatuhan kerajaan Uthmaniyyah berpunca dari masalah
dalaman dan luaran yang tidak dapat diselesaikan secara sistematik. Masalah ini telah
menyebabkan kejatuhan kerajaan Uthmaniyyah dan menyebabkan negara-negara Islam
turut terkena tempias yang sama dari aspek politik, ekonomi dan sosial. Disamping itu,
permasalahan pemimpin yang mementingkan hiburan dan kesenian turut dikaitkan dengan
faktor kejatuhan kerajaan ini. Oleh itu, sewajarnya keadaan ini dijadikan iktibar dan
bangkitkan semula kerajaan Islam untuk kembali berkuasa dan menerima banyak pengaruh
dari negara luar seperti pemerintahan khalifah-khalifah yang terdahulu sewaktu mereka
memerintah kerajaan Islam.

9
3.0 KESAN KEJATUHAN KERAJAAN UTHMANIYYAH
3.1 Hilang Institusi Khalifah
Pada tahun 1922 Mustafa Kamal Atarturk telah bertindak menghapuskan
Kesultanan Uthmaniyyah dengan alasan sultan telah mengkhianati negara. Maka
,beliau telah menukarkan sistem pentadbiran khalifah kepada sistem Republik.
Melalui sistem republik ini,ia secara tidak langsung telah menghapuskan sistem
khalifah kerana ketua negara republik ialah presiden. Dengan permansuhan
sistem khalifah ini, Mustafa Kamal telah membentuk sebuah parti politik iaitu
Parti Republik Rakyat.Melalui parti politik ini, beliau cuba untuk mewujudkan
suasana demokrasi iaitu membenarkan perbincangan antara para anggota parti
secara bebas sebelum mereka bersidang dalam Dewan Kebangsaan Agung.
Rentetan daripada pembaharuan tersebut telah menyebabkan sistem
pemerintahan khalifah negara-negara Islam hilang. Oleh itu, sistem khalifah
lenyap bersama-sama dengan kejatuhan Uthmaniyyah.

3.2 Perpecahan Wilayah Umat Islam


Negara di bawah naungan Kerajaan Uthmaniyyah telah membebaskan diri
daripada taklukannya , akan tetapi pihak Eropah telah menakluk wilayah umat
Islam setelah mereka telah berjaya mengalahkan kerajaan Uthmaniyyah dalam
Perang Dunia Pertama.6 Rentetan perpecahan wilayah itu telah menyebabkan
berlakunya pemberontakan oleh Negara seperti Montenegro, Bosnia, Balkan,
Serbia, Herzegovina serta beberapa Negara lain dengan tujuan membebaskan
diri mereka dari kerajaan Uthmaniyyah yang sekian lama menjadi naungan
empayar Islam. Hal ini dapat dilihat apabila Raja Husein yang berusaha untuk
menguasai wilayah Islam lain akan tetapi hanya berjaya menguasai tidak lebih
dari bumi Hijaz itu sendiri dan Raja Faizal yang juga telah berusaha
memerdekakan bumi Syam dari kuasa Turki. Oleh itu, perpecahan ini memberi
impak yang sangat besar terhadap dunia Islam itu sendiri.

6
Adian Husaini. 2005. Wajah Peradaban Barat: Dari Hegemoni
Kristen Ke Dominasi Sekular-Liberal. Jakarta. Gema Insani Press. hal
77.
10
3.3 Kemerosotan Ekonomi
Kesan kejatuhan juga telah mengakibatkan ekonomi merosot. Hal ini berlaku
kerana perbelanjaan yang sangat besar untuk tujuan pembiayaan perang yang
berlaku antara kuasa Berikat dan kuasa Pusat. Setelah mengalami kemerosotan
ekonomi setelah tamat perang dunia, Wilayah Uthmaniyyah telah dibahagikan
kepada kuasa Eropah iaitu Perancis, Inggeris, Rusia dan juga Itali. Akibat
penguasaan kuasa Eropah inilah menyebabkan ekonomi negara Islam akhirnya
terjejas akibat dasar Eropah yang mengeksplotasi ekonomi dengan menguasai
perdagangan, perniagaan dan pasaran saham demi keuntungan mereka yang
menyebabkan ekonomi negara Islam semakin lemah.

3.4 Pemodenan Turki


Pemodenan Turki telah dilakukan oleh Mustafa Kamal Atartuk setelah kekalah
empayar Uthmaniyyah. Kepercayaan sosialis Fabian Qibti Salama Musa di Iran
menyatakan bahawa kebudayaan Barat menjadi kunci kepada berlakunya
reformasi social sehingga menyebabkan keruntuhan akhlak masyarakat di
negara-negara Islam. Inggeris juga telah mengambil langkah yang difikirkan
memberi keuntungan keada mereka dengan menggalakkan pemisahan kaum
Assyria dengan menubuhkan tentera khas untuk menindas kaum Kurdi dan juga
Turki yang tinggal di utara Iraq sehingga membawa kepada keretakan perpaduan
umat Islam.

3.5 Tiada Pelindungan Ke Atas Wilayah Islam


Kejatuhan empayar Uthmaniyyah dalm Perang Dunia Pertama turut memberi
impak besar kepada wilayah-wilayah Islam apabila tidak ada lagi kuasa yang
melindungi mereka. Palestin merupakan salah satu wilayah naugannya. Namun
kekalahan ini menyebabkan akhirnya Palestin menjadi naungan British yang
dberikan oleh Liga Bangsa kepada British.7 British mengeksplotasi wilayah yang
mneybabkan Palestin kehilangan tanah mereka apabila orang Yahudi mula
membina penempatan di tanah penduduk Palestin dan mereka sangat menindas
orang-orang Palestin.Sehingga ke hari ini, derita terus dirasakan masyarakatnya.

7
Rory Miller. 2010. Britain, Palestine and Empire: The Mandate
Years. Ashgate Publishing Limited. hal 15-20.
11
4.0 PENILAIAN

Kegemilangan pemerintahan Islam semasa Kerajaan Uthmaniyyah memperlihatkan


pentadbiran yang diasaskan oleh keluarga Uthman ini sangat digeruni oleh pihak Barat
ketika itu. Ini kerana kerajaan ini telah berjaya menguasai banyak wilayah sehingga
mencetuskan rasa bimbang dikalangan kuasa-kuasa Eropah lain kerana berjaya
menggugat kedudukan mereka. Justeru itu, banyak cubaan yang dilakukan untuk
menggulingkan Kerajaan Uthmaniyyah. Namun begitu, usaha-usaha yang dilakukan
oleh kuasa Eropah ini gagal.

Berdasarkan sejarah awal kerajaan Uthmaniyyah, dapat disimpulkan bahawa


peranan pemerintah itu sangat penting dalam memajukan sesebuah kerajaan dimana
pemerintah tersebut haruslah mempunyai ciri kepimpinan yang tinggi disamping bijak
dalam mengurus pentadbiran Negara. Maka, dapat kita kaitkan bahawa kelicinan
pentadbiran kerajaan Uthmaniyyah telah membawa kepada kegemilangannya . Tetapi
malangnya, kerajaan ini akhirnya mengalami kelemahan sehingga membawa kepada
kejatuhannya.

Oleh yang demikian, zaman kegemilangan dan juga kejatuhan Empayar


Uthmaniyyah ini sangat didorong oleh faktor pemerintahannya. Sepanjang ditadbir oleh
pemerintahnya seramai 37 orang, kerajaan ini mengalami jatuh bangun dalam
pentadbirannya sehinggalah berjaya dikalahkan semasa Perang Dunia Pertama. Oleh
itu, apa yang dapat kita pelajari daripada Empayar Uthymaniyyah ialah peranan
pemerintah itu sangat penting dalam menstabilkan pentadbiran kerajaannya. Pemerintah
yang lemah sudah pasti tidak akan berjaya mempertahankan tampuk pemerintahan
kerajaannya.

12
KESIMPULAN
Secara tuntasnya, apa yang berlaku dalam kerajaan Uthmaniyyah ini sangat memberi
pengajaran kepada kerajaan yang ada hari ini. Seharusnya setiap kerajaan meneliti dan
memikirkan jalan bagi masalah yang dihadapi oleh kerajaan Uthmaniyyah ini sebagai
satu garis panduan kepada mereka agar dapat memerintah dan juga mentadbir dengan
lebih baik. Dalam isu kejatuhan kerajaan Uthmaniyyah ini, faktor pemerintah merupakan
aspek paling dominan disamping didorong oleh faktor-faktor lain.

Kejatuhan Empayar Uthmaniyyah ini memberi tamparan hebat kepada umat Islam
khususnya, kerana kejatuhannya menyebabkan umat Islam hilang kuasa besar yang
digeruni masyarakat dunia suatu ketika dahulu. Kejatuhannya juga turut membawa
kepada tertubuhnya satu Republik Turki yang telah diperkenalkan oleh Mustafa Kamal
Atartuk, yang akhirnya membawa kepada terkuburnya era Kerajaan Uthmaniyyah. Oleh
yang demikian, kejatuhan empayar ini harus dijadikan pengajaran untuk masyarakat
yang ada dalam mentadbir kerajaan mereka khasnya Malaysia . Setiap masalah yang
dihadapi harus diatasi dengan sebaik mungkin melalui langkah-langkah mahupun cara
yang sesuai agar tidak memberi impak negatif kepada semua.

13
BIBLIOGRAFI
1. Mohd Zainodin Bin Mustaffa.Mohd Asyadi Bin Redzuan. Emy Sylviana Bt
Mohdzahid.Siti Noor Binti Aziz. 2018 . Pemikiran Dan Tamadun Islam. 181
Halaman.
2. Rory Miller. 2010. Britain, Palestine and Empire: The Mandate Years. Ashgate
Publishing Limited. hal 15-20.
3. Adian Husaini. 2005. Wajah Peradaban Barat: Dari Hegemoni Kristen Ke
Dominasi Sekular-Liberal. Jakarta. Gema Insani Press. hal 77.
4. Hassan Ibrahim Hassan.1989. Islamic History and Culture (Sejarah Dan
Kebudayaan Islam) From 632-1968.Yogyakarta : Kota Kembang . 420 Halaman
5. Nik Hassan Suhaimi bin Nik Abdul Rahman. Muhd Yusof Bin Ibrahim Muhammad
Bukhari Bin Ahmad. Rosnanaini Binti Sulaiman. Buku Teks Sejarah Tingkatan 4 .
284 Halaman .

SUMBER ATAS TALIAN:

1. http://dpmz.blogspot.my/2013/03/sejarah-turki-uthmaniyyah-ketahui.html
2. https://www.academia.edu/12104938/SEJARAH_KERAJAAN_UTHMANIYYAH
3. https://umexpert.um.edu.my/file/publication/00009616_65799.pdf
4. http://muhibbinislam.blogspot.my/2016/02/asal-usul-kerajaan-uthmaniyah_10.html
5. http://sila-silagerasibansa.blogspot.my/2009/04/faktor-kejatuhan-dan-kesan-
daripada.html
6. http://tamadunuthmaniyyah.blogspot.my/
7. http://constantinople97.blogspot.my/2016/02/faktor-faktor-kejatuhan-kerajaan.html

14

Вам также может понравиться