Вы находитесь на странице: 1из 53

Kesultanan Melayu

Melaka

Kesultanan Melayu Melaka (‫ﻛﺴﻠﻄﺎﻧﻦ ﻣﻼﻳﻮ‬


‫ )ﻣﻼﻙ‬diasaskan oleh seorang putera dari
Palembang iaitu Parameswara di antara
tahun 1400 hingga tahun 1403. Pada
awalnya Melaka bukanlah sebuah
kerajaan Islam. Hal ini berubah pada tahun
1409[1] apabila Parameswara berkahwin
dengan puteri dari Pasai. Agama Islam
dijadikan sebagai agama rasmi Kesultanan
Melayu Melaka oleh Sultan Muzaffar Syah.
Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka
berterusan selama lebih satu abad
sehinggalah Melaka tewas di tangan
penjajah Portugis pimpinan Alfonso de
Albuquerque pada 1511. Sultan Mahmud
Shah merupakan sultan terakhir
Kesultanan Melayu Melaka.[2] Pada 1528,
seorang putera baginda Sultan Alauddin
Riayat Shah I menubuhkan Kesultanan
Johor bagi mewarisi Kesultanan Melaka.
Kesultanan Melayu Melaka
‫ﻛﺴﻠﻄﺎﻧﻦ ﻣﻼﻳﻮ ﻣﻼﻙ‬


 

1402–1511 →  

Wilayah pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka

Ibu negara Melaka

Bahasa Bahasa Melayu

Agama Islam

Kerajaan Monarki

Sultan Parameswara
Sultan Mahmud
Shah

Sejarah
 •  Diasaskan 1402
 •  Penjajahan 1511
Portugis

Mata wang Mata wang emas dan


perak
Warning: Value specified for "continent" does not comply
Sejarah Malaysia

Rencana ini ialah sebahagian daripada Sejarah


Malaysia

Prasejarah Malaysia
Kerajaan awal
Tanah Merah (Kurun-2 hingga kurun-7)
Gangga Negara (Kurun-2 hingga kurun-11)
Langkasuka (Kurun-2 hingga kurun-14)
Pan Pan (Kurun-3 hingga kurun-5)
Kedah Tua (Kurun-5 hingga kurun-11
Srivijaya (Kurun-7 hingga kurun-14)

Kemunculan Kesultanan Islam


Kesultanan Kedah (1136–sekarang)
Kesultanan Kelantan (1267-sekarang)
Kesultanan Brunei (1363–sekarang)
Kesultanan Brunei (1363–sekarang)
Kesultanan Melaka (1402–1511)
Kesultanan Sulu (1450–1899)
Kesultanan Pahang (1470-sekarang)
Kesultanan Perak (1528–sekarang)
Kesultanan Terengganu (1725-Sekarang)
Kesultanan Selangor (1743-Sekarang)
Negeri Sembilan (1773-Sekarang)
Kerajaan Perlis (1843-Sekarang)

Era Penjajahan Barat


Serangan Portugis di Melaka (1511)
Perjanjian Inggeris-Belanda (1824)
Perjanjian Burney (1826)
Penempatan Selat (1826-1946)

Perang Kelang (1867-1874)


Perjanjian Pangkor 1874
Negeri-negeri Melayu Bersekutu (1895-1946)
Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (abad ke-19
-1946)
Perjanjian Inggeris-Siam (1909)
Pertempuran Pulau Pinang (1914)

Perang Dunia Kedua


Perang Dunia Kedua
Perang Tanah Melayu (1941-1942)
Tragedi Parit Sulong (1942)
Perang Singapura (1942)
Syburi (1942-1945)
Kawat Kematian Sandakan (1945)
Penjajahan Jepun di Tanah Melayu

Peralihan Malaysia
Malayan Union (1946-1948)
Persekutuan Tanah Melayu (1948-1963)
Darurat Tanah Melayu (1948-1960)
Peristiwa Bukit Kepong (1950)
Rundingan Baling (1955)

Malaysia selepas Merdeka


Konfrontasi Indonesia-Malaysia (1962-1966)
Pemberontakan Brunei (1962-1966)
Rusuhan Kaum 1964 (1964)
Pemisahan Singapura (1965)
Peristiwa 13 Mei (1969)
Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)
Serangan hendap Lahad Datu 1985 (1985)
Serangan hendap Lahad Datu 1985 (1985)
Peristiwa Memali 1985 (1985)
Operasi Lalang (1987)
Krisis Perlembagaan Malaysia 1988 (1987-88)
Krisis Kewangan Asia (1997-98)
Al-Ma'unah (2000)
Pencerobohan Lahad Datu (2013)

Portal Malaysia

Pengasas dan Pengasasan


Melaka
Menurut Sejarah Melayu, Parameswara
yang dilahirkan sebagai Dharmaraja ialah
Raja Singapura terakhir yang berasal
daripada keturunan Srivijaya (Hindu).
Pada tahun 1324, seorang putera Srivijaya
dari Bentan bernama Sang Nila Utama
telah menawan Temasek dan
menubuhkan kerajaan Singapura lama.
Baginda memerintah selama 48 tahun dan
diiktiraf sebagai Raja Singapura oleh satu
utusan daripada Maharaja China pada
tahun 1366. Baginda secara rasmi bergelar
Sri Maharaja Sang Utama Parameswara
Batara Sri Tri Buana. Batara Sri Tri Buana
yang bermaksud "Yang Dipertuan kepada
tiga dunia" melambangkan kekuasaan
baginda ke atas Palembang, Bentan dan
Temasek. Terdapat tiga orang lagi Raja
daripada keturunan baginda yang
memerintah Singapura iaitu, Paduka Sri
Pekerma Wira Diraja (1372 – 1386), Paduka
Seri Rana Wira Kerma (1386 – 1399) dan
yang terakhir Paduka Sri Maharaja
Parameswara (1399 – 1401). Pada 1401,
kerajaan Majapahit menyerang Singapura
dengan bantuan Bendahara yang belot,
Sang Rajuna Tapa. Parameswara telah
berjaya melarikan diri menuju ke pantai
barat Semenanjung Melayu untuk
membuka ibu negeri yang baru.[3][4]

Menurut "Suma Oriental", Parameswara


ialah seorang raja Palembang yang
menggantikan ayahandanya, Raja Sam
Agi. Beliau diserang oleh Raja Jawa,
Batara Tamavill, sewaktu beliau
menggelarkan dirinya sebagai Mjeura
("orang yang berani"). Ekoran daripada itu,
beliau melarikan diri ke Singapura. Setelah
membunuh wakil Raja Siam (bernama
Temagi) di Singapura, Parameswara
menjadi pemerintah palsu pada satu
tempoh yang tidak lama kerana beliau
telah diserang dan dihalau oleh pihak Siam
tidak lama selepas itu. Dengan seribu
pengikutnya, beliau menuju ke pantai
barat Semenanjung Melayu untuk mencari
tempat perlindungan yang baru.

Menurut Sejarah Melayu yang dikarang


oleh Tun Sri Lanang pada tahun 1565,
angkatan Parameswara melarikan diri ke
Muar tetapi diganggu oleh biawak yang
tidak terkira banyaknya. Penetapan di
tempat yang kedua di Kota Burok juga
gagal kerana kubu pertahanan yang cuba
didirikan mereka runtuh dengan serta
merta. Kemudian, Parameswara berpindah
ke Sening Ujong (nama lama bagi Sungai
Ujong). Setelah berada di sana, beliau
melantik seorang menteri untuk mewakili
dirinya dan kemudiannya beliau tiba di
muara Sungai Bertam (nama lama bagi
Sungai Melaka). Ketika itu, orang-orang
Seletar mendiami kawasan itu dan mereka
meminta Parameswara menjadi Raja.[5]
Parameswara merasakan kedudukan
tempat itu amat baik untuk didirikan
kerajaan. Tempat itu berhampiran dengan
laut yang menjadi laluan kapal dagang.
Bekalan air bersih juga mudah diperoleh.
Selain itu, bentuk muka bumi yang
berbukit-bukau boleh menjadi petunjuk
kepada pelayar dan memudahkan urusan
mengawal Selat Melaka. Pokok Bakau dan
Api-api boleh dijadikan benteng semula
jadi. Angin Monsun pula tidak
mengganggu kegiatan perdagangan
kerana muara sungainya terlindung
daripada tiupan angin tersebut.

Semasa Parameswara sedang berehat di


bawah pohon Melaka, Parameswara telah
melihat peristiwa anjing pemburuannya
ditendang oleh seekor pelanduk. Peristiwa
ini dianggap luar biasa kerana seekor
pelanduk kecil dapat mengalahkan seekor
anjing. Oleh itu, Parameswara memilih
untuk mendirikan sebuah kerajaan.
Parameswara menamakan tempat itu
Melaka bersempena dengan nama pokok
beliau berteduh.

Parameswara memeluk Islam pada tahun


1409 dan telah menggelar diri baginda
sebagai Raja Iskandar Syah. Baginda telah
berkahwin dengan seorang puteri Pasai,
Indonesia. Pada tahun 1409 juga,
Laksamana Cheng Ho telah singgah di
Melaka dalam rangka lawatan beliau untuk
meneroka dunia. Pada 1411, Parameswara
telah membuat pelayaran melawat negara
China dengan rombongan pengiring
sebanyak 540 orang untuk pertemuan
dengan Maharaja Ming, Yung Lo.
Maharaja Yung Lo juga mengiktiraf
Parameswara sebagai raja Melaka.

Pemerintahannya itu berkembang dengan


pesat dan menjadi sebuah pelabuhan
yang terpenting di Kepulauan Melayu pada
abad ke-15 dan ke-16. Tambahan pula,
Melaka merupakan tempat perdagangan
rempah dengan berfungsi sebagai pintu
kepada negeri-negeri rempah untuk
memasarkan rempah mereka. Keadaan ini
dapat digambarkan menerusi Duarte
Barbosa yang berkata :

“ Sesiapa yang menguasai Melaka,


dia dapat menguasai perdagangan
dunia ”

Faktor-faktor yang menyumbang kepada


Melaka menjadi sebuah negeri yang maju
adalah kerana pelabuhannya terlindung
daripada ancaman Monsun Barat Daya
dan Monsun Timur Laut. Pedagang-
pedagang dari Jawa, Arab, India, China
dan lain-lain dapat berlindung di Melaka
sehinggalah keadaan selamat untuk
mereka ke laut semula. Semasa
pemerintahan Parameswara, ramai orang
Cina menetap di Melaka, berdekatan
kawasan Bukit Cina yang mempunyai feng
syui yang terbaik pada masa itu.

Perkembangan Melaka
Tempoh
Sultan Melaka
memerintah
Parameswara
1400 – 1414
(Raja Iskandar Shah)
Megat Iskandar Shah 1414 – 1424
Sultan Muhammad Shah,
1424 – 1444
Melaka
Sultan Abu Syahid 1444 – 1446
Sultan Muzaffar Shah 1446 – 1456
Sultan Mansur Shah 1456 – 1477
Sultan Alauddin Riayat
1477 – 1488
Shah
Sultan Mahmud Shah 1488 – 1511
Raja Iskandar Shah (Parameswara)
mangkat pada tahun 1414 dan diwarisi oleh
anaknya, Megat Iskandar Shah (1414–
1424), Baginda kemudian digantikan
dengan putera baginda, Sri Maharaja,
yang kemudiannya mengambil gelaran
"Sultan Muhammad Shah, Melaka"
(1424–1444). Pada kemangkatannya
dalam tahun 1444, beliau diganti oleh
putera bongsunya daripada isteri kedua
baginda, Puteri Rokan, iaitu Raja Ibrahim.
Disebabkan pemerintah sebenarnya
adalah oleh sepupu Puteri Rokan, orang-
orang besar Melaka tidak setuju dan telah
membunuh Raja Ibrahim dan dimakamkan
dengan gelaran "Sultan Abu Syahid".
Kekanda Raja Ibrahim, Raja Kassim anak
isteri pertama Tun Wati, menaiki takhta
pada tahun 1445 dan memakai gelaran
"Sultan Muzaffar Syah" (1445–1456)
menaiki takhta dan mengisytiharkan Islam
sebagai agama rasmi negeri. Pendakwah-
pendakwah Islam dihantar oleh Sultan ke
seluruh Kepulauan Melayu seperti Jawa,
Borneo dan Filipina. Sebahagian besar
penduduk Asia Tenggara pada ketika itu
beragama Hindu.

Semasa pemerintahannya, pihak Siam


membuat dua serangan ke atas Melaka.
Serangan pertama diketuai oleh Awi
Chakra melalui darat pada tahun 1445,
tetapi telah ditewaskan oleh Tun Perak
dan Tun Hamzah (Tok Bongkok) tidak jauh
dari Muar. Pada tahun 1456, Siam
melancarkan serangan kedua pada 1456
yang diketuai oleh Awi Dichu melalui laut,
dan sekali lagi Tun Perak telah berjaya
menewaskan mereka dengan mudah kali
ini. Selepas dua kekalahan di darat dan
laut ini, Siam tidak lagi mencuba untuk
menyerang Empayar Melayu Melaka. Tun
Perak telah dijadikan Bendahara dengan
gelaran "Bendahara Paduka Raja". Beliau
berkhidmat di bawah empat Sultan dan
merupakan tulang belakang kepada
perkembangan Melaka kepada mercu
kekuasaannya di Kepulauan Melayu
Hubungan dengan negara
China
Antara faktor yang menyumbang kepada
perkembangan Melaka adalah kerana
Melaka mempunyai hubungan yang rapat
dengan Dinasti Ming di negara China.
Armada Ming berperanan mengamankan
jalur pelayaran Selat Melaka yang
sebelumnya sering diganggu oleh
kumpulan perompak dan bajak laut.[6] Di
bawah perlindungan Ming, Melaka
berkembang menjadi pelabuhan penting
di pesisir barat Semenanjung Malaya yang
tidak dapat disentuh oleh Majapahit dan
Ayutthiya. Hubungan diplomatik antara
Melaka dan China mula terjalin apabila
Laksamana Yin Ching melawat Melaka
pada tahun 1404 dan disusuli dengan
lawatan Laksamana Cheng Ho pada tahun
1405 dan 1409. Parameswara memohon
perlindungan daripada China. Melaka
bersetuju menjadi negeri di bawah
naungan China dan bersetuju menghantar
ufti. China telah mengurniakan payung
kuning, cap mohor dan sepersalinan
pakaian sebagai tanda pengiktirafan
kerajaan China kepada Melaka. Melaka
juga menghantar utusan ke China.[7]

Berdasarkan Sulalatus Salatin, kerajaan ini


merupakan kelanjutan daripada Kerajaan
Melayu di Singapura yang mana serangan
Jawa dan Siam kemudiannya
menyebabkan pusat pemerintahan
berpindah ke Melaka. Dinasti Ming
mencatat Parameswara sebagai pendiri
Melaka mengunjungi maharaja Yongle di
Nanjing pada tahun 1405 dan meminta
pengakuan atas wilayah kedaulatannya.[8]
Sebagai balasan upeti yang diberikan,
maharaja China menyetujui untuk
memberikan perlindungan kepada
Melaka.[9] Ada tercatat bahawa sehingga
29 kali utusan Melaka mengunjungi
maharaja China.[10]

Kegemilangan Kesultanan
Melaka
Pada tahun 1459, Sultan
"Maka
Mansur Shah (1459 –
1477) menaiki takhta. segala
Disebabkan dagang
kedudukannya yang atas angin
strategik, Melaka menjadi dan bawah
sebuah pangkalan luar angin
yang penting bagi kapal- sekaliannya
kapal. Bagi mengeratkan
datang ke
hubungan diplomatik
Melaka;
dengan Melaka, Maharaja
terlalu
China telah
ramai
menganugerahkan
anaknya Puteri Hang Li Po bandar
dengan tujuan untuk Melaka
dikahwinkan dengan ketika itu".
Sultan Mansur Shah. [nb 1]
Untuk menyambut Hang Li
Po, Sultan Mansur Shah
juga menghantar Tun Perpatih Putih
dengan segolongan pengiring ke negeri
China untuk mengiringnya. Hang Li Po tiba
di Melaka pada tahun 1458 bersama-sama
500 orang pengiring.

Salah satu kesan kebudayaan yang


berpunca daripada peristiwa ini ialah
wujudnya kelompok kaum Peranakan, iaitu
hasil daripada perkahwinan campur antara
pendatang Cina dengan penduduk
tempatan. Kaum Peranakan ini juga
dikenali sebagai orang Baba dan Nyonya
pada hari ini.

Semasa pemerintahan Sultan Mansur


Shah, empayar Melaka mencapai
kemuncak kuasanya dan terdiri daripada
Semenanjung Malaysia, Singapura, dan
sebahagian besar Sumatera. Pesaing
utama Melaka ialah Siam di utara dan
Majapahit di selatan. Majapahit
kemudiannya tumbang setelah banyak
kawasan jajahan telah dikuasai oleh
Melaka pada kurun ke-15. Siam pula telah
menyerang Melaka sebanyak tiga kali
tetapi kesemua cubaan serangan tersebut
telah gagal.

Pentadbiran yang sistematik


Bagi melicinkan urusan pentadbiran
kerajaan Melaka, Sultan Melaka telah
mengadakan satu sistem pentadbiran
yang tersusun dan dikenali sebagai Sistem
Pembesar Empat Lipatan. Sistem
Pembesar Empat Lipatan terdiri daripada
kumpulan pembesar yang menjadi
pegawai tadbir Kerajaan Melaka. Dalam
sistem pentadbiran ini, sultan mengetuai
teraju pemerintahan. Baginda dibantu oleh
empat orang pembesar yang dikenali
sebagai Pembesar Berempat. Mereka
terdiri daripada Bendahara, Penghulu
Bendahari, Temenggung dan Laksamana.
Pembesar Berempat dibantu oleh
Pembesar Berlapan, Pembesar Enam
Belas, dan Pembesar Tiga Puluh Dua.

Kejayaan Melaka

Melaka pada kemuncak zaman kegemilangannya.


Rencana ini adalah sebahagian daripada
Sejarah Indonesia

Prasejarah Indonesia
Kerajaan Hindu-Buddha
Kutai (abad ke-4)
Tarumanagara (358–669)
Kerajaan Srivijaya (abad ke-7 hingga ke-11)
Wangsa Sailendra (abad ke-8 hingga ke-9)
Kerajaan Sunda (669–1579)
Kerajaan Medang (752–1045)
Kerajaan Kediri (1045–1221)
Kerajaan Dharmasraya (abad ke-12 hingga ke-14)
Kerajaan Singhasari (1222–1292)
Kerajaan Majapahit (1293–1500)
Kerajaan Islam
Kesultanan Ternate (1257–kini)
Kesultanan Melaka (1400–1511)
Kesultanan Demak (1475–1548)
Kesultanan Aceh (1496–1903)
Kesultanan Banten (1526–1813)
Kesultanan Mataram (1500-an-1700-an)
Era kolonialisme
Portugis (1512–1850)
VOC (1602-1800)
Belanda (1800–1942)
Kemunculan Indonesia
Kebangkitan Nasional (1899-1942)
Pendudukan Jepun (1942–1945)
Pengisytiharan Kemerdekaan (1945)
Revolusi Nasional (1945–1950)
Pasca-merdeka
Era Order Lama (1950–1959)
Konfrontasi Indonesia-Malaysia (1962-1966)
Gerakan 30 September (1965)
Demokrasi Dipimpin (1959–1966)
Era Order Baru (1966–1998)
Era Reformasi (1998–kini)
pbs

Selepas Melaka muncul sebagai sebuah


pusat perdagangan baru menggantikan
Srivijaya pada abad ke-15, Melaka telah
berjaya mencapai kejayaan yang lebih
besar kesan daripada faktor
perdagangan yang semakin berkembang
pesat. Melaka telah muncul sebagai kuasa
besar di Kepulauan Tanah Melayu yang
setaraf dengan kuasa besar lain seperti
Siam dan Srivijaya. Melaka yang pada
mulanya merupakan sebuah kerajaan kecil
telah berkembang dan mengambil alih
peranan pusat perdagangan yang dulunya
dipegang oleh Srivijaya. Kejayaan menarik
tumpuan perdagangan dari Srivijaya ini
telah mengangkat martabat Melaka ke
tahap yang lebih tinggi kerana pada
zaman dahulu hanya kuasa-kuasa besar
sahaja yang mampu untuk mengendalikan
pusat perdagangan yang cekap dan
berupaya menyediakan kemudahan
infrastruktur yang moden.

Keupayaan Melaka telah menyebabkan


sebilangan negeri yang dulunya berada di
bawah kekuasaan kuasa Siam dan Jawa
telah meminta naungan dan perlindungan
daripada kekuasaan Melaka. Contoh
negeri tersebut ialah Bernam, Klang,
Selangor, Sungai Ujung, Kedah, dan Patani
yang secara sukarela datang
mendapatkan nobat daripada Melaka.
Manakala Pasai pula sebagai ‘abang tua’
dalam perdagangan dan agama, sentiasa
‘berkirim salam’ dengan Melaka. Bukti
kemunculan Melaka sebagai satu kuasa
besar yang baru ialah Melaka telah dua
kali berjaya menangkis serangan Siam dan
akhirnya berjaya menguasai Kelantan,
menjelang kurun ke-16 Melaka telah
memutuskan hubungan hormat dengan
Siam. Hal ini menunjukkan Melaka bukan
sahaja berjaya mencontohi kejayaan
Srivijaya dalam perdagangan tetapi juga
dari segi perluasan wilayah. Pengunaan
laluan maritim Pantai Timur Tanah Melayu
menjadi bertambah penting ketika zaman
keagungan perdagangan maritim bermula
abad ke-14 hinggalah abad ke-16.[11]

Kejayaan Melaka memainkan peranannya


sebagai sebuah entreport baru dapat
dilihat dalam tiga bentuk iaitu bertindak
sebagai penerima atau pembeli barang-
barangan, menjadi pengantara
menemukan pedagang Timur dan Barat
termasuk Nusantara, dan juga bertindak
sebagai penyebar barang-barangan yang
dibawa ke Melaka ke tempat lain.
Walaupun Melaka merupakan warisan
Srivijaya, namun pencapaian Melaka
adalah berlainan daripada Srivijaya kerana
Melaka merupakan tempat yang menjadi
asas kepada pegangan yang menjadi nadi
menggerakkan seluruh kegiatan
pemerintahan dan rakyatnya sehingga
kini.

Kejatuhan Melaka

Binaan Istana Melaka yang dibina semula mengikut


Istana Sultan Mansur.
Pada tahun 1488, Sultan Mahmud Shah
mewarisi Melaka yang telah mencapai
kemuncak kuasa dan merupakan pusat
dagangan yang unggul di Asia Tenggara.
Bendahara Tun Perak, pencipta
keunggulan Melaka, telah tua. Begitu juga
dengan Laksamana Hang Tuah.
Pemerintahan Sultan Mahmud Shah juga
mengalami rancangan jahat dan pilih kasih.
Beliau bukan seorang raja yang cekap,
akan tetapi beliau juga seorang mangsa
keadaan. Ayahandanya Sultan Alauddin
Riayat Shah mangkat pada usia yang
masih muda. Oleh itu, baginda menaiki
takhta ketika masih kanak-kanak. Portugal
pada awal abad ke-16 sedang
mengasaskan sebuah empayar luar
negeri.

Pada tahun 1509, Diego Lopez de


Sequiera dengan 18 buah kapal daripada
Angkatan diRaja Portugal tiba di Melaka.
Mereka merupakan orang Eropah
pertama yang tiba di Asia Tenggara dan
digelar "Benggali Putih" oleh orang
tempatan. Oleh kerana orang-orang
Portugis membuat kacau di Melaka seperti
mengusik gadis-gadis dan mencuri di
samping perselisihan faham, Sultan
Mahmud Shah kemudiannya
mengarahkan supaya orang-orang
Portugis dihalau dari Melaka. Angkatan
Portugis diserang dan 20 anak kapalnya
ditahan.

Pada 10 Ogos 1511, sebuah armada laut


Portugis yang besar dari Goa, India
diketuai oleh Alfonso de Albuquerque
kembali ke Melaka. Albuquerque membuat
beberapa permintaan membina markas
Portugis di Melaka tetapi permintaannya
ditolak oleh Sultan Mahmud Shah.
Permintaan-permintaannya ialah
pembebasan semua tawanan-tawanan
Portugis, meminta agar Sultan Melaka
membayar ganti rugi dan izin untuk
mendirikan kubu pertahanan di Melaka, A
Famosa. Selepas 10 hari mengepung, pihak
Portugis berjaya menawan Kota Melaka
pada 24 Ogos. Kekalahan Melaka adalah
disebabkan maklumat kekuatan
pertahanan Melaka telah dibocorkan oleh
Si Kitol. Sultan Ahmad Shah, ayahandanya
Sultan Mahmud Shah dan pengikut
mereka telah berundur ke Muar dan
kemudian ke Pahang di pantai timur di
mana beliau gagal dalam percubaannya
mendapat pertolongan daripada negara
China.

Kemudiannya, Sultan Mahmud Shah


berpindah ke selatan dan mengasaskan
Kesultanan Johor selepas kemangkatan
anaknya sebagai pusat dagangan saingan
kepada Melaka. Dengan ibu kotanya di
pulau Bentan yang terletaknya berdekatan
dengan Temasik (Singapura), beliau terus
menerima ufti dan kesetiaan daripada
kawasan-kawasan sekeliling yang
diberinya sewaktu beliau masih menjadi
Sultan Melaka. Sultan Mahmud Shah
menjadi ketua gabungan Melayu dan
berkali-kali menyerang Melaka. Pada
tahun 1525, Laksamana Hang Nadim
berjaya mengepung Kota A Famosa
sehingga pihak Portugis terpaksa
membuat catuan makanan dari Goa.

Pada 1526, pihak Portugis membalas


dengan seangkatan kapal yang besar
dengan ketuanya Pedro Mascarenhaas
dan memusnahkan ibu kota Bentan.
Sultan Mahmud Shah melarikan diri ke
Kampar, Sumatera tetapi anakandanya,
Tengku Alauddin Shah tinggal dan
mengembangkan Johor sebagai sebuah
empayar yang berkuasa dan yang
mencapai keunggulannya pada abad ke-18
dan ke-19. Lagi seorang anakanda Sultan
Mahmud Shah, Tengku Muzaffar Shah,
dijemput oleh orang-orang utara untuk
menjadi sultan mereka dan beliau
mengasaskan Kesultanan Perak.

Sultan Mahmud Shah mangkat dua tahun


kemudian di Kampar pada tahun 1526.
Melaka diasaskan pada tahun
1262 Masihi
Kerajaan Negeri Melaka telah
mengisytiharkan bahawa permulaan
Kerajaan Melayu Melaka telah bermula
atau wujud 140 tahun sebelum ketibaan
Parameswara di Melaka pada tahun 1402
Masihi.

Hal ini sekaligus mengiyakan penemuan


artifak lama Melaka yang jarang didengar
yang menjelaskan teori penubuhan
Melaka bermula pada tahun 1262 Masihi.

Keputusan memilih tarikh 1262 sebagai


penubuhan dan pengasasan kerajaan
Melayu Melaka diputuskan hasil
kesepakatan menerima pendapat kajian
selama setahun oleh sepasukan penyelidik
yang dilantik oleh kerajaan negeri Melaka
menerusi Institut Kajian Sejarah dan
Patriotisme Malaysia (IKSEP). Keputusan
tersebut dicapai pada Seminar Tahun
Pengasasan Kerajaan Melayu Melaka
anjuran IKSEP bersama Universiti Malaya
(UM), Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM) dan Kolej Universiti Islam Melaka
(KUIM) yang diadakan pada 31 Mei 2010.[12]
Penemuan tersebut juga turut disahkan
oleh Universiti Sains Malaysia (USM) yang
membuat kajian terhadap perkara
tersebut pada 10 Oktober 2011.[13]
Tertib tarikh

Galeri

Gambar ukiran gangsa Hang Tuah,


pahlawan Melayu Melaka dahulu yang
dipamerkan di Muzium Negara, Kuala
Lumpur.

Lihat juga
Kesultanan Perak
Kesultanan Johor

Nota dan rujukan


Nota

1. W.G. Shallebear, 1612. Sejarah Melayu


edisi 1961 halaman 82.

Rujukan

1. "Pemerintah Pertama Melaka:


Parameswara (1394-1414)" . Sejarah
Malaysia. Perpustakaan Negara Malaysia.
2000. Dicapai 2009-01-22.
2. Salasilah Pejabat D.Y.M.M. Sultan
Perak Darul Ridzuan
3. Windstedt (KBE, CMG, D.Litt (ed).), Sir
R.O (1938). " "The Malay Annals or Sejarah
Melayu". Journal of the Malayan Branch of
the Royal Asiatic Society. The Branch. XVI:
32. Parameter |part= tidak diketahui
diabaikan (bantuan)
4. Buyers, Christopher. "The Ruling House
of Malacca - Johor" . Dicapai 2009-06-13.
5. Ahmad Sabri, A. (2014). Raksa Raya
Malaysia. Google Books. Retrieved 15
August 2015, from
https://books.google.com.my/books?
id=IVDUBAAAQBAJ&pg=PA87&lpg=PA87&d
q=Parameswara+Sening+ujong&source=bl
&ots=ett4URke_F&sig=Ww-
RvLcWzEi4hgCKY8Mp4ulzv_U&hl=en&sa=X
&redir_esc=y#v=onepage&q=Parameswar
a%20Sening%20ujong&
6. Yuanzhi Kong, (2000), Muslim Tionghoa
Cheng Ho: misteri perjalanan muhibah di
Nusantara, Yayasan Obor Indonesia, ISBN
9794613614
7. Kenneth Warren Chase (2003). Firearms:
a global history to 1700 (edisi illustrated).
Cambridge University Press. m/s. 51.
ISBN 0-521-82274-2. Dicapai 14 December
2011. “The Chinese recognized Melaka as
an independent state and warned the king
of Thailand not to meddle with it...
Nevertheless, the Chinese did not seek to
establish colonies overseas, even when
they anchored in places with large Chinese
populations, like Sumatra and Java. They
turned Melaka into a kind of protectorate
and built a fortified warehouse there, but
that was about it.”
8. Gungwu, Wang (2003). Only connect!:
Sino-Malay encounters. Eastern
Universities Press. ISBN 9812102434.
9. Hooker, Virginia M. (2003). A Short
History of Malaysia: linking east and west.
Allen & Unwin. ISBN 1864489553.
10. Cleary, Mark (2000). Environment and
development in the Straits of Malacca.
Routledge. ISBN 0415172438. Parameter
|coauthors= tidak diketahui diabaikan
(guna |author=) (bantuan)
11. Uqbah Iqbal, Nordin Hussin & Ahmad Ali
Seman, Sejarah Perkembangan
Nasionalisme Melayu Sebelum
Kemerdekaan, Munich: BookRix GmbH &
Co. KG., 2014.
12. Utusan Online - Melaka ditubuh 1262,
bukannya 1400 atau 1278?
13. TheStar Online - More research needed
on new date of Malacca Sultanate

Pautan luar
(Inggeris) Kesultanan Melayu Melaka

(Inggeris) Sumber Singapura 1

(Inggeris) Sejarah Singapura


(Inggeris) Sumber mengatakan
Parameswara dihalau penduduk
tempatan
(Inggeris) Sumber mengatakan
Parameswara melarikan diri sebanyak
dua kali iaitu daripada Majapahit (keluar
dari Palembang) dan daripada Siam
(dari Temasik)
(Inggeris) Pertembungan fakta antara
Tun Seri Lanang (Sejarah Melayu) dan
Tom Pires (Suma Oriental) mengenai hal
ini
(Inggeris) Rencana The Melaka Empire di
laman sabrizain.org
Diambil daripada
"https://ms.wikipedia.org/w/index.php?
title=Kesultanan_Melayu_Melaka&oldid=4396038"

Last edited 21 days ago by Yosri

Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 3.0


kecuali jika dinyatakan sebaliknya.

Вам также может понравиться