You are on page 1of 10

1.

0 PENGENALAN

Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Ia berperanan penting dalam


proses pembangunan Negara di Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk
dalam usaha-usaha yang dijalankan kea rah meningkatkan pembangunan sosio ekonomi
dan politik. Ini sudah tentunya memerlukan pengemblengan dan penglibatan semua lapisan
masyarakat dalam satu proses yang berleluasa.

Bagi sebuah Negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di


Malaysia, proses pembentukan kebudayaan nasinal memerlukan perancangan yang teliti
dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat cintakan Negara Malaysia.
Perancangan kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama bagi
pembinaan bangsa bangsa dan ketahanan Negara.

2.0 DEFINISI KEBUDAYAAN

Menurut kamus, kebudayaan bermaksud sebagai satu cara kehidupan. Kamus Dewan
(2005) mendefinisikan budaya sebagai kemajuan fikiran, akal budi, (cara berfikir),
berkelakuan dan sebagainya. Justeru, budaya boleh didefinikan sebagai satu cara hidup
yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi
ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.

Ralph L.Beals dan Harry Hoijer dalam bukunya An Introduction to Antropology


menyatakan konsep kebudayaan ialah mengenalpasti kelakuan yang biasa dipraktikkan ,
diperolehi melalui pembelajaran oleh sesuatu kumpulan masyarakat. Prof. Dr.
Koentjaraningrat (1970) dalam bukunya Pengantar Antrolologi menyatakan bahawa
kebudayaan berasal daripada kata Sanskrit buddhayah iaitu buddhi yang membawa maksud
“budi” atau “akal”. Oleh sebab itu, kebudayaan dapat diertikan sebagai “hal-hal
bersangkutan dengan akal”.

Menurut Edward B. Taylor dalam bukunya Primative Culture, kebudayaan ialah satu
keseluruhan sistem yang kompleks, di dalamnya terkandung unsur-unsur pengetahuan,
kepercayaan, seni , moral, undang-undang, adat istiadat. Lucy Mair dalam bukunya berjudul
An Introduction to Social Anthropology menyatakan bahawa kebudayaan ialah milik
bersama sesuatu masyarakat yang mempunyai tradisi yang sama.

Ibnu Khaldun berpendapat budaya merujuk kepada kebiasaan cara hidup. Manusia
mempunyai intelek dan daya fikir, melalui intelek manusia dapat memahami satu sama lain.

1
Manusia dapat menyesuaikan cara hidup dengan alam sekeliling, proses penyesuaian
melahirkan budaya yang berbeza-beza antara kawasan.

Kesimpulannya, kebudayaan merujuk kepada tamadun sesuatu masyarakat yang


diwarisi dan yang bersifat dinamik. Di samping itu, ada unsur menerima dan menolak yang
dipraktiskan oleh sesuatu masyarakat dalam satu keseluruhan sistem kehidupan,
didalamnya terkandung unsur teknologi, ekonomi, organisasi sosial, kepercayaan dan
sistem simbol yang menjadi milik bersama sesuatu masyarakat

2.1 Ciri- Ciri Budaya Melayu

Masyarakat mempunyai budaya yang tersendiri. Budaya yang menjadi amalan


masyarakatnya melambangkan keperibadian, identiti dan jati diri masyarakat tersebut.
Sikap, amalan dan penerimaan masyarakat terhadap budayanya menjelaskan budaya
masyarakat tersebut.

Edward B. Taylor menyatakan ciri yang paling utama ialah perkaitan antara
wujudnya kebudayaan. Kebudayaan tidak wujud sekiranya tidak ada masyarakat, kerana
kebudayaan meliputi seluruh sistem dan aktiviti kehidupan sesuatu masyarakat tersebut.

Ciri yang kedua ialah kebudayaan bersifat dinamik kerana kebudayaan mengalami
perubahan yang pesat. Kebudayaan Melayu boleh dikatakan amat dinamik kerana individu
dalam masyarakat yang mendukung kebudayaan menenerima perubahan. Masyarakat
Melayu misalnya, menerima kedatangan Islam dengan sennag hati tanpa ada sikap
penolakan. Lama-kelamaan, budaya Hindu dan Buddha dalam diri masyarakat Melayu
terpinggir dan semakin dilupakan. Dari sudut pekerjaan, perubahan berlaku dengan
wujudnya keperluan semasa. Pertanian merupakan pekerjaan masyarakat Melayu pada
masa dahulu, namun kini mereka terlibat dengan sektor perindustrian dan perdagangan.

Faktor menerima dan menolak pula adalah faktor yang merupakan fenomena biasa
dalam kebudayaan. Penolakan atau penentangan terhadap perubahan asalnya didorong
oleh sikap masyarakat yang ingin mempertahankan dan mengekalkan nilainilai dan cara
hidup lama yang sedia ada. Ada juga penolakan berlaku disebabkan unsur yang masuk
tidak sesuai dengan masyarakat berkenaan. Penerimaan terhadap unsur yang baharu pula
berlaku kerana anggota masyarakat bersedia untuk memasukkan idea-idea baharu yang
membawa kebaikan kepada masyarakat. Perubahan ini diterima dengan syarat tidak
bercanggah dengan kepercayaan dan nilai yang dipegang.

Ciri yang paling penting ialah kebudayaan yang diwarisi dan diperturunkan dari
generasi ke generasi. Kebudayaan yang menjadi amalan nenek moyang suatu masa dahulu

2
diperturunkan kepada generasi baharu dan secara tidak langsung menjadi amalan dan
perlakuan masyarakatnya. Sebagai contoh, adat perkahwinan yang diwarisi daripada nenek
moyang dahulu masih dikekalkan, seperti berandam, malam berinai, khatam Al-Quran dan
adat bersanding. Adat tersebut masih diamalkan walaupun ada perbezaan dari segi
pelaksanaannya akibat peredaran zaman.

Setiap kebudayaan dalam dunia ini mengalami perubahan dan proses


kesinambungan. Proses kesinambungan berlaku sama ada dalam bentuk seni bina,
peralatan, dan budaya bukan kebendaan seperti kepercayaan, nilai, dan adat resam.
Misalnya,budaya seni bina yang dahulunya dalam bentuk sederhana mengalami proses
kesinambungan yang berterusan sehingga melahirkan daya kreativiti msyarakat untuk
mencipta berbaagi-bagai bentuk seni bina rumah pada hari ini. Dat resam juga diteruskan
walaupun terdapat sedikit perubahan di sana sini.

2.2 Elemen Dalam kandungan kebudayaan

Budaya boleh dibahagi kepada dua, iaitu budaya material dan budaya bukan material.
Budaya material terdiri daripada objek fizikal atau artifak. Peralatan atau kelengkapan hidup
seperti rumah, kereta, perahu, senjata dan sebagainya merupakan contoh budaya material.
Budaya bukan material pula ialah unsur yang tidak wujud secara fizikal (no physical
existence), misalnya adat, kepercayaan, bahasa, dan nilai. Modul ini mengemukakan satu
contoh elemen material, iaitu keris dan satu contoh elemen bukan material, iaitu adat
istiadat.

Contohnya keris, Keris merupakan senjata pendek yang digunakan oleh orang
Melayu sejak zaman keagungan pemerintahan Kesultanan Melayu, lebih daripada 800
tahun yang lampau terutamanya oleh pendekar, pahlawan serta kalangan pembesar istana.
Keris ialah suatu alat kebesaran bagi raja-raja atau lambang kekuasaan atau kedaulatan.
Keris mempunyai dua belah mata, melebar dipangkal dan tirus di hujungnya serta tajam.
Terdapat mata keris yang lurus dan berlok-lok dengan keindahan pamor serta hulu yang
menarik dan juga sarungnya. Keris mempunyai berbagai-bagai bentuk dan ukuran.
Kebanyakan keris terdiri daripada jenis yang berlok, sama ada tiga, lima, tujuh atau
sembilan dan lurus. Terdapat juga keris yang panjang berukuran 61 sm dengan matanya
berbentuk mata pedang seperti Keris Sundang. Aspek penting mata keris ialah rupa awan
larat dan corak pamor, bentuknya dan corak berombak yang wujud daripada campuran
logam dan nikel. Inilah kehebatan orang Melayu yang bijak mencampurkan bahan-bahan
logam hingga terbentuknya senjata yang demikian rupa.

3
Kedua adat istiadat, Adat istiadat ialah sistem nilai yang berhubung dengan cara
berfikir, pegangan hidup serta amalan sesuatu masyarakat. Tingkah laku yang diterima oleh
masyarakat disebut kebiasaan dan seterusnya kebiasaan tersebut akan menjadi adat yang
diterima secara bersama-sama oleh masyarakat. Adat menjadi peraturan yang dipatuhi dan
dihormati oleh masyarakat yang mendukungnya tanpa paksaan. Adat ialah peraturan yang
sudah diamalkan secara turuntemurun dalam masyarakat sehingga menjadi hukum dan
peraturan yang harus dipatuhi. Istiadat pula ialah cara-cara atau peraturan untuk melakukan
sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan atau resam. Dalam masyarakat Melayu, ada dua
bentuk adat yang penting, iaitu Adat Perpatih dan Adat Temenggung.

2.3 Elemen yang menjadi tunjang Kebudayaan Kebangsaan.

Terdapat pelbagai bentuk kebudayaan asing yang sudah dan mulai meresap dalam
kebudayaan Melayu di Malaysia mahupun negara-negara lain. Permulaan kebudayaan
masyarakat Melayu dapat dilihat bermula dengan fahaman masyarakat Melayu itu sendiri.
Pada asalnya, masyarakat Melayu mempunyai fahaman animisme yang merupakan
fahaman yang percaya akan kuasa ghaib yang teramat berkuasa. Disebabkan oleh
masyarakat Melayu sendiri tidak dapat menjelaskan dengan lebih terang tentang fenomena
alam atau gejala seperti gerhana, hujan, sakit dan lain-lain, maka mulai itu masyarakat
Melayu mulai membabitkan gejala tersebut dengan kuasa luar biasa yang lain. Terdapat
pelbagai nama yang diberikan oleh orang Melayu terhadap kuasa-kuasa ghaib yang
dipercayai luar biasa. Antara nama-nama kuasa ghaib yang dipercayai oleh masyarakat
Melayu sehingga kini iaitu hantu, penunggu, jembalang dan sebagainya.Masyarakat Melayu
juga kebanyakannya percaya bahawa terdapat tempat-tempat yang tertentu seperti di
dalam hutan, di tengah laut, di gunung terdapatnya penunggu-penuggu yang perlu dihormati
dan perlu patuhi beberapa adat Melayu yang tidak boleh dilanggar sama sekali. Bukan itu
sahaja, malah kepercayaan seperti ini terbawa-bawa sehingga zaman kini. Kepercayaan
seperti ini masih wujud walaupun pengaruh Islam begitu luas pada masa kini. Contohnya,
masyarakat Melayu percaya bahawa terdapat sesuatu pnca penyakit berlaku seperti
sampuk, saka, terkena buatan orang lain, santau dan bermacam lagi.

Fahaman masyarakat Melayu terhadap kuasa-kuasa yang dianggap luar biasa ini
dapat ditunjukkan dengan lebih dekat apabila wujudnya penggunaan tangkal, mantera dan
juga tindakan melalui upacara-upacara yang tertentu seperti menyembah dan sebagainya.
Orang Melayu percaya sesungguhnya bagi mengelakkan sesuatu yang buruk berlaku,
ketika melawat tempat-tempat yang dipercayai berpenunggu, mereka menggunakan
ungkapan tertentu bagi menunjukkan hormat misalnya, “Tok, Nenek, cucu nak lalu sahaja di
sini’. Perkara seperti ini kebiasaannya akan dilakukan di kawasan yang dipercayai

4
bersemangat seperti hutan. Hal ini membawa maksud mereka memujuk penunggu hutan
supaya tidak mengenakan bala kepada pelawat di kawasan tersebut.

Kedua ialah elemen dari pengaruh Hindu Budha, Pengaruh agama Hindu dalam
kehidupan masyarakat Melayu sangat banyak sehinggakan terdapat banyak juga adat-adat
Melayu yang disahkan tidak boleh digunakan sekiranya berunsur syirik kepada Tuhan.
Penyerapan amalan Hindu ini turut berlaku dalam majlis perkahwinan seperti menepung
tawar, bersiram di pancapersada dan sebagainya. Selain itu, semasa seseorang wanita
mengandung, upacara tertentu seperti melenggang perut juga dilakukan. Hal ini sangat
berkaitan dengan pengamalan budaya kaum Hindu. Upacara melenggang perut ini
dilakukan oleh masyarakat Melayu hanya untuk mengetahui jantina seseorang bayi yang
berada di dalam kandungan ibunya. Buah kelapa akan diletakkan di atas perut ibu yang
mengandung itudan kemudiannya kelapa ituakan dibiarkan terjatuh. Jika kelapa tersebut
jatuh ke kiri ibu, maka dipercayai si ibu akan melahirkan anak lelaki dan sekiranya ia jatuh
ke kanan, si sibu akan melahiran seorang anak perempuan. Hal ini membawa bukti bahawa
betapa banyak pengaruh luar yang meresapi kebudayaan Melayu sehingga kini.

Melalui perspektif lain, misalnya bahasa terdapat banyak kosa kata Sanskrit yang
dibawa oleh penganut Hindu pada zaman dahulu diserapkan dalam bahasa Melayu.
Perkara ini menjadikan kosa kata bahasa Melayu menjadi lebih meluas dan banyak. Orang-
orang Hindu dahulu datang ke sini membawa banyak sastera lisan mereka misalnya cerita
panglipurlara merupakan cerita lisan popular yang berkembang khususnya dalam kalangan
penghuni istana. Selain daripada itu, kita mengetahui bahawa pengaruh Hindu juga terdapat
dalam pelbagai jenis kesenian Melayu seperti motif-motif yang melambangkan haiwan
seperti ular, gajah dan sebagainya. Kebiasaannya seni ukiran seperti terdapat pada rumah-
rumah dan barang perhiasan. Terdapat juga muzik tradisional Hindu yang turut meresapu
masyarakat Melayu khususnya di istana danjuga beberapa tempat di Malaysia.

Seterusnya, pengaruh Cina juga terdapat dalam kebudayaan masyarakat melayu


pada masa kini. Semasa zaman pemerintahan Inggeris, orang Cina datang ke Tanah
Melayu. Masyarakat Cina ini bekerja di lombong-lombongbijih di samping menjalankan
pelbagai perniagaan demi menyara kehidupan harian mereka. Dengan wujudnya kehadiran
orang-orang Cina ke Tanah Melayu, berlakunya perhubungan rapat antara masyarakat Cina
dengan masyarakat Melayu sehingga menyebabkan kosakata bahasa Cina mulai meresap
masuk ke dalam penggunaan bahasa Melayu. Perkara ini berlaku kerana terjadinya
komunikasi yang kejap antara pelbagai kaum yang mendiami negara ini. Hampir semua kata

5
pinjaman daripada bahasa Cina yang diadaptasi ke dalam bahasa Melayu mengekalkan
bunyi dan makna asal dalam bahasa Cina walaupun terdapat sedikit sahaja perkataan
pinjaman yang mengalami perubahan makna.

Selain daripada pengadaptasian bahasa Cina ke dalam bahasa Melayu, masakan juga
merupakan salah satu elemen yang dipengaruhi oleh kedatangan orang-orang Cina. Hampir
setiap jenis makanan yang mengandungi kicap soya, sos tiram dan bebola ikan merupakan
hasil pengaruh kedatangan masyarakat Cina ke Tanah Melayu. Tetapi kini, masakan seperti
ini menjadi popular dalam kalangan masyarakat Melayu sehingga terciptanya masakan yang
diadaptasi daripada masakan Cina seperti Char Kuew Teau.

Memang tidak asing lagi apabila tibanya sebarang perayaan di Malaysia, pemberian
sampul yang berisi wang diberikan kepada kanak-kanak dan juga mereka yang datang ke
rumah untuk melawat. Pemberian wang seperti ini dipanggil sebagai angpau bagi
kebanyakan masyarakat di Malaysia. Tambahan lagi, amalan dan peradaban seperti ini
boleh diterima kerana ia tidak bercanggah dengan ajaran Islam yang dianuti oleh majoriti
masyarakat. Hal ini membuktikan bahawa budaya-budaya yang dibawa oleh masyarakat
Cina ke Tanah Melayu diterima oleh majoriti rakyat kerana ia tidak bercanggah dengan
mana-mana hukum adat mahupun hukum agama.

Pengaruh barat juga dapat dilihat ketika adanya majlis-majlis sambutan hari lahir.
Lilin akan dibakar mengikut bilangan umur di atas sebiji kek dan kemudiannya ditiup oleh
individu yang diraikan. Masyarakat Melayu tidak sepatutnya mendedahkan anak-anak
mereka dengan budaya berparti seperti ini sebaliknya sambutan hari lahir perlulah diraikan
dengan majlis-majlis doa selamat seperti kenduri kesyukuran.

Sebenarnya, pengaruh budaya asing dalam masyarakat Melayu masih begitu banyak
untuk dihuraikan. Sikap keterbukaan masyarakat, pengaruh arus kemodenan dan agenda
pembangunan negara adalah antara medium berlakunya pengadaptasian budaya ini.
Pengaruh yang baik wajar kita terima dalam budaya kita. Walaubagaimanapun, perlu ada
pemantauan dilakukan terhadap kemasukan budaya asing ini supaya tidak terus meresap
ke dalam budaya tempatan dengan sewenang-wenangnya. Sebagai contoh, hiburan dan
fesyen yang dibenarkan masuk dari luar tanpa sebarang had telah menyebabkan
tersebarnya budaya Black Metal, Punk, Gothic dan Skinhead di kalangan remaja Melayu.
Budaya negatif seperti ini sekiranya tidak dibendung, mampu menjadi punca kepada
kehancuran budaya Melayu khususnya di Malaysia.

6
Namun, terdapat juga kesan yang positif hasil oengaruh barat misalnya teknologi
moden dalam bidang pertanian, perindustrian dan perkomputeran yang dapat
mengembangkan lagi ekonomi masyarakat Melayu sehingga kini. Melalui perspektif bahasa,
terdapat banyak kosakata yang teradaptasi yang dapat mengungkapkan pelbagai idea
danmaklumat selaras dengan arus pemodenan global. Dengan kedatangan Inggeriske
Tanah Melayu, peluang pendidikan menjadi lebih meluas kepada masyarakat Melayu
khasnya golongan bangsawan yang dan kemudian dibuka pula untuk orang masyarakat
awam. Anak-anak kebanyakannya didedahkan dengan kaedah, idea dan juga ilmu sains
bagi mengecapi ekonomi negara yang utuh kelak. Kewujudan ilmu-ilmu terjemahan melalui
ilmu Inggeris, alam semangat dan alam rohaniah orang Melayu semakin lenyap perlahan-
lahan kerana masyarakat mula mempercayai sains berbanding dengan kuasa ghaib yang
dianggap berkuasa.

2.4 Proses Pembudayaan

Proses pembudayaan dalam kehidupan masyarakat Malaysia terdiri daripada asimilasi,


akulturasi, akomodasi, amalgamasi, dan segregasi.

Asimilasi merupakan satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan


etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan
identiti yang sama. Asimilasi mutlak menyebabkan berlakunya penghapusan penuh
perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti. Konsep ini diwakili dengan formula A+B+C=A.
A dalam hal ini mewakili golongan dominan sementara B dan C mewakili kumpulan etnik
minoriti. Contohnya, orang Melayu di Thailand telah mengalami proses asimilasi yang
menyebabkan nama, bahasa dan hampir semua aspek cara hidup mereka (kecuali agama)
telah disatukan dengan amalan dan cara hidup orang Thai. Di Malaysia, masyarakat Cina
Kelantan, Baba dan Nyonya merupakan contoh berlakunya proses asimilasi. Namun, bagi
etnik cina di Kelantan serta Baba dan Nyonya, asimilasi berlaku dalam konteks budaya
tanpa melibatkan anutan, kepercayaan atau agama. Proses asimilasi berlaku apabila
wujudnya interaksi yang erat antara ahli kumpulan etnik berbeza budaya bagi suatu tempoh
yang lama. Kejayaan asimilasi umumnya bergantung pada kesanggupan etnik minoriti
menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti kumpulan etnik majoriti.

Akulturasi merupakan perpaduan dua budaya. Kedua-dua unsur kebudayaan yang


bertemu dapat hidup berdampingan dan saling mengisi tetapi tidak menghilangkan unsur
asli kedua-dua kebudayaan tersebut. Perpaduan antara kebudayaan yang berbeza ini
berlangsung dengan damai dan serasi. Akulturasi ialah suatu proses sosial. Suatu kelompok

7
manusia dengan kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur daripada suatu
kebudayaan asing. Kebudayaan asing itu lambat laun diterima dan diolah dalam
kebudayaannya sendiri tanpa menyebabkan hilangnya unsur kebudayaan kelompok itu
sendiri. Contohnya ialah orang India memakai baju Melayu dan bersongkok pada suatu
majlis rasmi. Dalam sejarah tamadun manusia, sering berlaku pertemuan atau
pertembungan antara dua atau lebih kebudayaan. Proses ini menyebabkan berlakunya
proses pinjam-meminjam. Pada peringkat awal, unsur pinjaman digunakan secara langsung
dan kemudian diolah serta dijadikan unsur kebudayaan sendiri. Tetapi, jika unsur budaya
yang diambil itu tidak diolah dengan baik, pastinya tindakan ini akan memberi kesan yang
tidak baik kepada sesuatu masyarakat. Tidak mudah untuk membentuk suatu masyarakat
yang mencapai tahap akulturasi. Akulturasi lebih mudah dicapai apabila melibatkan budaya
bersifat kebendaan yang mendatangkan manfaat. Unsur-unsur budaya yang tidak berbentuk
kebendaan seperti ideologi dan pemikiran adalah lebih sukar diterima.

Akomodasi merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari


serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahankan budaya
hidup masing-masing. Konsep ini diwakili oleh formula A + B + C = A + B + C. A, B dan C
merujuk kepada budaya. Pelbagai kumpulan etnik hidup secara harmonis dan menghormati
antara satu sama lain. Pada peringkat pemerintahan pusat, setiap kumpulan etnik
mempunyai wakil dalam bidang ekonomi dan pendidikan dan mereka saling bergantung.
Konsep ini begitu meluas diamalkan di Malaysia kerana setiap kumpulan etnik bebas
mengamalkan budaya mereka dalam keadaan harmoni. Jika dilihat di luar Malaysia,
Switzerland ialah negara yang mempunyai hubungan etnik bersifat akomodasi kerana etnik
Jerman, Perancis dan Itali saling membuat penyesuaian antara mereka.

Amalgamasi merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur
untuk membentuk jenis budaya dan ras baru. Cara utama dalam menentukan proses
amalgamasi adalah dengan terjadinya perkahwinan campur antara kumpulan etnik. Teori
amalgamasi dinyatakan dalam bentuk formula A+B+C=D, disini A, B dan C mewakili
kumpulan etnik berlainan dan D mewakili amalgam, satu kumpulan baru terhasil daripada
penyatuan A, B dan C. Sebagai contoh, kumpulan-kumpulan etnik yang sedia wujud
mengamalkan parkahwinan campur lalu membentuk satu genarasi baru atau budaya baru
tanpa menuruti budaya asal mereka. Contoh amalgamasi ialah perkahwinan campur antara
kumpulan etnik.

Perkahwinan campur merupakan perkahwinan antara dua pihak yang berlainan


agama, bangsa malah kewarganegaraan. Ia merupakan perkahwinan yang melibatkan

8
penyatuan antara dua insan dari golongan berbeza sama ada agama atau bangsa yang
juga dipanggil Epistonolgical. Perkahwinan campur telah lama dipraktikkan dalam sejarah
terutamanya untuk mengeratkan hubungan antara negara, contohnya perkahwinan Puteri
Hang Li Po dengan Sultan Mansur Shah. Oleh itu, perkataan kahwin campur adalah tidak
asing bagi rakyat Malaysia. Masyarakat majmuk di Malaysia adalah kesan daripada
perkahwinan campur di Malaysia sejak dulu hingga kini. Islam juga tidak melarang sebarang
bentuk perkahwinan termasuklah perkahwinan campur asalkan ianya menurut kehendak
syarak, seperti dinyatakan dalam ayat al Quran.

3.0 PENUTUP

Kesimpulannya, Penggubalan dan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan


adalah perlu bagi negara Malaysia yang sedang membangun dan yang mempunyai
penduduk berbilang kaum yang mengamalkan budaya yang berbeza. Dasar ini dapat
menjadi garis panduan untuk membentuk serta mewujudkan satu bangsa yang bersatu-
padu serta mengekalkan identiti bangsa. Namun demikian, pelaksanaannya adalah rumit
dan tidak dapat dicapai dalam masa yang singkat. Kesedaran dan kefahaman yang luas
akan dapat membantu tercapainya hasrat dan cita-cita pelaksanaan dasar ini kerana
dengan keinsafan itu sahajalah Kebudayaan Kebangsaan akan dapat dibezakan dengan
kebudayaan kesukuan atau kebudayaan kaum. Kebudayaan yang dipupuk itu akan
mencirikan sifat-sifat persamaan yang melampaui batas-batas suku kaum dan
memperlihatkan keperibadian kebangsaan Malaysia itu sendiri sebagai sebuah negara yang
merdeka dan bermaruah.

9
4.0 RUJUKAN

Ruslan Zainuddin et. al. (2005), Kenegaraan Malaysia, Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Kamus Dewan (2002), Edisi Ketiga, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mardiana Nordin & Hasnah Hussiin (2004), Pengajian Malaysia, Fajar bakti Sdn. Bhd.

Conrad Phillip Kottak (1986). Cultural Anthropology. Michigan: University of Ann Arbor.

Harun Mat Piah (2000). Puisi Melayu Tradisional. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Gazali Dunia (1992). Kesusasteraan Melayu Lama. Kuala Lumpur: sDewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

10