You are on page 1of 3

MODUL ICEBREAKING

BETUL SALAH

 Masa : 30 Minit

 Peralatan : Microfon / Pembesar Suara

 Objektif :
i. Menguji kepekaan terhadap arahan yang diberi
ii. Mengcungkil sifat kepimpinan dalam diri peserta
iii. Mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan peserta
iv. Menjalin kerjasama antara peserta dalam kumpulan

 Kaedah Pelaksanaan :
i. Kumpulan kecil dibentuk mengikut jantina.
ii. Fasilitator akan menerangkan syarat permainan
iii. Peserta perlu mendengar syarat yang diberikan sebelum
memulakan permainan.
iv. Fasilitator akan memberikan contoh permainan dan memastikan
peserta memahami syarat yang telah ditetapkan
v. Permainan dimulakan bagi mencari kumpulan terbaik .

 Syarat permainan :
i. Setiap ahli memegang bahu ahli kumpulan masng-masing
ii. Fasilitator akan memberikan formula [ BETUL/SALAH]
iii. Peserta perlu menghafal formula yang diberikan bagi memastikan
tindakan mereka berpadanan dengan formula yang telah
diberikan.
iv. Kumpulan yang gagal mengikuti formula [BETUL / SALAH] tadi
akan dikira kalah.
ZOMBIE

 Masa : 30 Minit

 Peralatan : Microfon / Pembesar Suara / Muzik Zombie

 Objektif :
i. Berusaha menyelamatkan diri daripada ancaman
ii. Mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan peserta
iii. Mencungkil kreativiti peserta
iv. Menghilangkan perasaan malu dalam kalangan peserta

 Kaedah Pelaksanaan :
i. Fasilitator akan menerangkan syarat permainan
ii. Peserta perlu mendengar syarat yang diberikan sebelum
memulakan permainan.
iii. Fasilitator akan memberikan contoh permainan dan memastikan
peserta memahami syarat yang telah ditetapkan
iv. Permainan dimulakan bagi mencari peserta terbaik .

 Syarat permainan :
i. Muzik berlatar belakangkan zombie akan dipasang
ii. Fasilitator akan memilih beberapa peserta untuk menjadi zombie
iii. Zombie yang dipilih tadi perlu mencari mangsa dalam kalangan
peserta lain bagi mengjangkiti virus zombie.
iv. Zombie hanya boleh mengjangkiti sesama jantina sahaja.
v. Zombie menyebarkan virus dengan memegang bahu peserta lain.
vi. Peserta yang belum dijangkiti perlu berusaha menyelamatkan diri
daripada dijangkiti virus zombie.
vii. Peserta yang telah dijangkiti virus zombie akan bertukar menjadi
zombie dan perlu mencari mangsa.
viii. Permainan akan tamat setelah semua peserta dijangkiti virus
zombie.
PELAYARAN

 Masa : 30 Minit

 Peralatan : Microfon / Pembesar Suara

 Objektif :
i. Meningkatkan kerjasama dalam kalangan ahli kumpulan
ii. Mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan peserta
iii. Menghilangkan perasaan malu dalam kalangan peserta
iv. Melahirkan peserta proaktif, penuh semangat dan ceria dalam
kumpulan.

 Kaedah Pelaksanaan :
i. Fasilitator akan menerangkan syarat permainan
ii. Peserta perlu mendengar syarat yang diberikan sebelum
memulakan permainan.
iii. Fasilitator akan memberikan contoh permainan dan memastikan
peserta memahami syarat yang telah ditetapkan
iv. Permainan dimulakan bagi mencari kumpulan terbaik .

 Syarat permainan :
i. Peserta akan dipecahkan kepada dua kumpulan besar menggikut
jantina.
ii. Fasilitator akan memberikan penceritaan yang berlaku semasa
pelayaran
- Ombak dari kiri @ kanan
- Ombak dari depan @ belakang
- Kapal karam
- Cari pelampung
- Ubah kedudukan
iii. Peserta perlu membuat aksi berdasarkan penceritaan fasilitator.
iv. Kumpulan yang berjaya melakonkan aksi berdasarkan penceritaan
merupakan kumpulan terbaik .