Вы находитесь на странице: 1из 9

1.

0 PENDAHULUAN

Secara umumnya, ensembel adalah kumpulan vokal ataupun instrumen yang dimainkan
secara beramai-ramai. Contoh yang mudah adalah nasyid, rekorder ensembel, koir, gamelan,
band dan lain-lain. Ini bermakna Ensembel ialah kumpulan muzikal yang merangkumi
sekumpulan dari dua atau lebih pemuzik yang memainkan alat-alat muzik atau muzik vokal.
Dalam setiap jenis muzik atau genre, jenis-jenis yang berbeza dari setiap ensembel telah
berkembang mengikut saiz dan komposisi muzik. Begitu juga repertoir lagu-lagu atau kerja-kerja
muzik yang dijalankan oleh setiap ensembel. Di dalam muzik klasik, kumpulan tiga orang atau
kuartet bermain secara berasingan untuk mencampurkan bunyi muzik dengan menggunakan alat-
alat muzik seperti piano, alat muzik bertali dan alat muzik tiupan atau bermain alat-alat muzik
tersebut secara berkumpulan.

Gamelan pula berasal dari bahasa Jawa “gamel” bermaksud pemukul dan “bergamelan’
bermaksud memainkan peralatan muzik secara dipukul, dipalu atau ditabuh. Di Malaysia
gamelan di definisikan sebagai muzik joget yang merupakan persembahan tarian istana yang
popular semasa zaman Kesultanan Riau Lingga khususnya ketika pemerintahan Sultan Abdul
Rahman II. Di Malaysia perkataan gamelan merujuk kepada satu jenis ensemble alat-alat muzik
yang dipalu. Terdapat 2 tradisi bergamelan di Malaysia iaitu Gamelan Terengganu dan Gamelan
Johor. Gamelan Terengganu dianggap sebagai gamelan tradisi Melayu mempunyai 7 alat utama
manakala gamelan Johor mempunyai 9 alat dan genrenya hampir sama dengan Gamelan Jawa.
Gamelan Terengganu berskel pentatonic biasanya dimainkan mengiringi tarian manakala
Gamelan Johor berskel slendro dimainkan dalam persembahan Wayang Kulit Jawa.

Secara keseluruhannya, ensambel gamelan membawa maksud satu kumpulan muzik


gamelan lebih daripada satu instrument memainkan / membunyikan alat muzik tersebut secara
harmoni bagi menghasilkan suatu karya yang sedap didengari. Ensambel gamelan biasanya
dimainkan dalam majlis formal dan tidak formal di istana dan untuk mengiringi joget Pahang.
Pemuzik gamelan terdiri daripada lelaki seramai sembilan orang dan penarinya adalah wanita
seramai enam orang. Alatan muzik yang digunakan ialah Gong Agong, Gong Sawokan, Gendang
Ibu, Gendang Anak, Saron Pekin, Saron Baron I dan Saron Baron II, Gambang serta
juga Kenong.
2.0 Sejarah Dan Latar Belakang Gamelan Melayu

Gamelan adalah himpunan alat muzik yang biasanya menonjolkan metalofon, gambang,
gendang, dan gong. Orkes gamelan kebanyakan terdapat di pulau Jawa, Madura, Bali, dan
Lombok di Indonesia dalam pelbagai jenis ukuran dan bentuk ensembel. Di Bali dan Lombok
hari ini, dan di Jawa lewat abad ke-18, istilah gong lebih dianggap sinonim dengan gamelan.
Perkataan "gamelan" berasal daripada perkataan Jawa "gamel", bermaksud memukul ataupun
tukul.

Kesenian gamelan Melayu dipercayai tiba di Tanah Melayu dari istana Kesultanan Riau-Lingga
sejak kurun ke-17 lagi. Dikatakan bahawa sekumpulan penari dan pemuzik bersama instrument
muzik gamelan telah dibawa dari Pulau Penyegat, Riau pada 1811 bagi menyerikan perkahwinan
Wan Esah, adinda kepada pemerintah Pahang, Bendahara Tun Ali (1806-1857) dengan Tengku
Hussain, putera sulung kepada sultan Riau-Lingga, Sultan Mahmud Syah III(1761-1812).
Kesenian tersebut kemudian berkembang di istana Pahang dan dikenali sebagai 'Joget Pahang'.
Malah turut disaksikan oleh Frank Swettenham, seorang pegawai British, sewaktu menjadi
tetamu istana Sultan Ahmad al-Muadzam Shah(1882-1914) di Pekan, Pahang pada tahun 1875,
seperti yang diceritakan dalam penulisannya berjudul 'A Malay Nautch'.

Pengaruh kesenian ini berkembang pula ke Terengganu apabila Joget Pahang dipersembahkan di
majlis perkahwinan Tengku Long, puteri Sultan Ahmad dengan Sultan Zainal Abidin III(1881-
1918) dari Terengganu pada 1885. Walaubagaimanapun perkahwinan diraja ini tidak bertahan
lama, Sultan Zainal Abidin III yang telah tertarik kepada seni gamelan meneruskan kesenian ini
di istana Terengganu dengan meminjam instrument dan pemuzik dari Riau-Lingga, tanpa penari.

Seterusnya, perkahwinan Tengku Sulaiman, putera Sultan Zainal Abidin III dengan seorang lagi
puteri Sultan Ahmad, Tengku Mariam pada 1913 bukan saja memulihkan hubungan dingin
kerajaan Pahang dengan Terengganu, malah telah menyumbang kepada kesinambungan gamelan
Melayu di Terengganu setelah kesenian ini lenyap di Riau-Lingga dan Pahang. Selepas
kemangkatan Sultan Ahmad pada 1914, tiada pewaris takhta yang berminat memelihara tradisi
Joget Pahang manakala isteri baginda, Che Zubedah berangkat ke Terenngganu untuk menetap
bersama puterinya, Tengku Ampuan Mariam, dan turut membawa bersama set gamelan miliknya.
Tengku Ampuan Mariam yang sememangnya terlatih dalam seni Joget Pahang meneruskan
kesenian tersebut di Terengganu, dengan sokongan Tengku Sulaiman yang juga menunjukkan
minat terhadap muzik gamelan.

Pada 1920, apabila Tengku Sulaiman menaiki takhta dengan gelaran Sultan Sulaiman Badrul
Alam Syah, baginda berhasrat menubuhkan kumpulan Gamelan Terengganu lantas menggunakan
khidmat bekas pemuzik Pahang bagi melatih pemuda-pemuda tempatan bermain gamelan;
sementara permaisuri Tengku Ampun Mariam memimpin latihan gadis-gadis tempatan menari
Joget Pahang yang telah ditukar namanya menjadi tari gamelan Terengganu. Sultan Sulaiman
bersama Tengku Ampun Mariam kemudian berjaya memiliki set gamelan sendiri pada 1936 dan
persembahan gamelan sering diadakan di Istana Maziah, Kuala Terengganu.

Tengku Ampuan Mariam turut menghasilkan manuskrip yang mengandungi huraian dan lakaran
tarian gamelan, yang kini menjadi rujukan sejarah dan tradisi gemelan Melayu. Dikatakan
terdapat 95 buah ciptaan lagu gamelan, kira-kira 60 daripadanya adalah bersama tarian.
Sebahagian besar daripada repertoir tersebut merupakan lanjutan tradisi di Pahang manakala
selebihnya diperkembangkan sewaktu di Terengganu. Walau bagaimanapun, gamelan
Terengganu mengalami zaman gelap apabila Perang Dunia II menular ke Tanah Melayu pada
1941, diikuti dengan kemangkatan penaungnya, Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah pada 1942.
Sejak itu, set gamelan baginda tersimpan rapi di Istana Kolam, yang menjadi kediaman Tengku
Ampuan Mariam.

Pada 1966, Mubin Sheppard, seorang pengkaji seni bina Melayu, menjumpai set gamelan
tersebut sewaktu melawat Istana Kolam, lantas memohon izin Tengku Ampuan Mariam untuk
menghidupkan semula gamelan Terengganu. Setelah diperkenankan, Puan Adnan binti
Abdullah(Mak Nang) yang merupakan bekas penari istana ditugaskan melatih penari baru serta
menari bersama, sementara bekas pemuzik istana, Encik Muhammad bin Ismail(Pak Mat)
melatih muzik. Kumpulan pemuzik gamelan ini yang dikenali sebagai Orkes Gamelan Diraja
Terengganu telah membuat kemunculan kali pertama di khalayak umum di Pesta Muzik dan
Drama Asia Tenggara yang berlansung di Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada tahun1969.
Kumpulan ini sekali lagi diberi penghormatan membuat persembahan di Universiti Malaya pada
tahun berikutnya iaitu di Temasya Seni Melayu (1970), dengan turut menampilkan panari
generasi baru. Sejak itu, kesenian ini berkembang di luar lingkungan istana dan diajarkan di
sekolah-sekolah serta institusi pengajian tinggi di serata Malaysia sehingga dikenali sebagai
'Gamelan Melayu'. Pada 1973, set gamelan di Istana Kolam telam diserahkan kepada kerajaan
Pahang dan kini dipamerkan di Muzium Sultan Abu Bakar di Pekan, Pahang. set gamelan inilah
yang menjadi rujukan bagi instrumentasi asas gamelan Melayu iaitu keromong,gambang, saron
kecil, saron besar, gendang, gong kecil dan gong besar serta 3 biji kenong.

Pada tahun 1914,apabila Sultan Ahmad Mangkat, isterinya Cik Zubedah telah berangkat ke
Terengganu untuk tinggal bersama puterinya, Tengku Ampuan Mariam di istana. Tengku
Ampuan Mariam amat meminati gamelan dan dengan itu pada 1915, set gamelan di bawah
jagaanya di Pahang telah dibawa ke Istana Maziah Terengganu. dan melatih pemuda-pemudi
Terengganu untuk bermain/menari gamelan. Pada 1920, selepas kemahkotaan Sultan Sulaiman,
usaha dipergiatkan dengan membawa bekas penari Pahang, Yang Khoja dan Cik Meriam untuk
melatih penari Terengganu dan dinaungi oleh Tengku Ampuan Mariam sendiri.
Demikian pula, En, Wan Mohd, En.Wan Ahmad & En.Ahin, bekas pemain muzik Pahang
bersama melatih kumpulan Terenganu yang dikelolakan oleh Sultan Sulaiman. Sehingga 1936,
Sultan dan permaisuri berjaya memiliki set sendiri. Berbagai-bagai lagu dan tarian dicipta
termasuk lambang sari, geliung, ketam renjong, togok, gagak seteru, lancang kuning dan
sebagainya. Tengku Ampuan Mariam telah menulis sebuah manuskrip mengenai tarian
sementara Sultan Sulaiman telah bertanggungjawab menukarkan nama "Joget Pahang" kepada
"Joget Gamelan Terengganu".

Bagaimanapun gamelan Terengganu mengalami kejatuhan pada zaman penaklukan Jepun,1941


dan kemangkatan Sultan Sulaiman,1942. Tengku Mariam berpindah ke Istana Kolam dengan
membawa set gamelan bersama 2 orang bekas penarinya, Cik Adnan Abd. Set gamelan telah
dikembalikan ke Pahang, 1973 setelah berlakunya tawar-menawar yang tidak menyenangkan
antara kerajaan Pahang dan kerajaan Terengganu. Set Gamelan tersebut telah dianugerahkan
kepada Muzium Pahang di Pekan dan dipamerkan.
3.0 ALAT – ALAT MUZIK GAMELAN MELAYU

Di dalam alat muzik gamelan, terdapat beberapa alatmuzik yang berbeza pic dan fungsinya. Dari
segi penggunaan alat muzik juga berbeza. Ini dapat dilihat dalam permainan gamelan oleh
kumpulan gamelan daripada Johor dan Terengganu dimana gamelan Johor memainkan 9 alat
muzik gamelan manakala Gamelan Terengganu pula memainkan 7 buah alat.

3.1 Bonang
Bonang terdiri dari keluarga idiofon yang terdiri dari 10 buah bonang yang disusun dua baris
dan diperbuat dari campuran tembaga. Merupakan alat utama dalam ensemble gamelan yang
memainkan melodi serta melodi tambahan. Di ketuk dengan menggunakan dua pengetuk
(penabuh) yang diperbuat dari kayu disaluti tali atau kain.
3.1.1 BONANG PENERUS

3.1.2 BONANG BARONG


3.2 GAMBANG
Gambang terdiri daripada keluarga idiofon. Terdiri dari susunan bilah yang diperbuat dari
kayu juga merupakan alat utama memainkan melodi dan melodi tambahan. Di ketuk
dengan menggunakan 2 pengetuk (penabuh) yang diperbuat dari tanduk atau rotan serta
kayu. Ia juga berfungsi sebagai resonator. Ada juga yang diperbuat daripada buluh dan
kayu nibong yang dikatakan dapat menghasilkan suara atau bunyi yang lebih mantap. Ia
mengandungi beberapa oktaf yang dijadikan sebagai alat melodi. Gambang memainkan
melodi lagu. Ia dimainkan dengan mengetuk notasi satu oktaf, contohnya 1 dan i, 2 dan 2’
secara gandaan, contohnya, 2/2’,3/3’. Biasanya gambang memainkan not kuaver.
Menggunakan 2 bilah alat pemukul khas bagi menghasilkan bunyi.
3.2.1 GAMBANG
3.2.2 PEMUKUL GAMBANG

Вам также может понравиться