Вы находитесь на странице: 1из 6

KERTAS CADANGAN

PERPUSTAKAAN CAWANGAN SIMPANG EMPAT


BULAN APRIL 2018

JOM BERCERITA BERSAMA


SEMPENA PROGRAM
JOM BACA BERSAMA

TARIKH : 24 APRIL 2018 ( SELASA )


MASA : 9.00 PAGI – 12.30 TGH

TEMPAT: PERPUSTAKAAN CAWANGAN SIMPANG EMPAT PERLIS


1.0 PENDAHULAN
Program “ Jom Baca Bersama untuk 10 Minit / Let’s Read Together for 10 Minutes”
bersama Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis (PPANPs) Cawangan Simpang
Empat merupakan sebahagian daripada gerakan membaca yang dijalankan setiap
tahun sebagai usaha berterusan membentuk masyarakat kearah membudayakan
tabiat membaca.

Program ini juga termasuk dalam Program Gerakan Tabiat membaca. Ia merupakan
salah satu aktiviti utama Kementeri Pelajaran Malaysia yang diurus setiakan oleh
Bahagian Teknologi Pendidikan. Tambahan pula, ianya juga bertujuan membina
tabiat membaca dalam kalangan murid sekolah dan pembelajaran sepanjang hayat.
Program dan aktiviti gerakan tabiat membaca akan dilaksanakan sepanjang masa.

2.0 RASIONAL
Memupuk minat membaca dan cintakan buku dikalangan masyarakat setempat dan
seluruh warga Perpustakaan Cawangan Simpang Empat Perlis

3.0 OBJEKTIF
i. Meningkatkan minat membaca di kalangan pengguna perpustakaan dan
penduduk sekitar.
ii. Beri pendedahan kepada di kalangan pengguna perpustakaan dan penduduk
sekitar mengenai adanya Program10 minit Membaca Bersama.
iii. Memberi peluang kepada murid untuk mengenali penulis-penulis buku
tersohor, majalah dan surat khabar
iv. dan memupuk semangat setia kawan dan kekitaan dikalangan murid-murid,
pengguna perpustakaan dan penduduk sekitar
4.0 KUMPULAN SASARAN
Seluruh warga Perpustakaan Cawangan Simpang Empat dan . Tadika AL Hidayah
dan Tadika An Nida Jabatan Agama Islam Perlis

Murid: 50 orang

Guru: 10 orang

Ibubapa Murid: 50 orang

Jumlah keseluruhan: 110 orang

5.0 CARA PELAKSANAAN


5.1 Pelaksanaan adalah merangkumi kesemua perpustakaan awam negeri di
Malaysia
5.2 Program Jom Baca Bersama untuk 10 Minit harus dilaksanakan serentak
pada tarikh dan masa yang sama iaitu pada 24 April 2018 pada jam 11.00
pagi hingga jam 11.10 pagi.
5.3 Konsep ilham daripada sambutan Earth Hour di mana dalam program ini,
semua peserta tanpa mengira apa jua pekerjaan atau aktiviti yang dilakukan,
akan sama-sama berhenti sebentar dan membaca selama 10 minit secara
serentak
5.4 Laporan bertulis / bergambar akan dihantar kepada Urusetia Program Jom
Baca Bersama untuk 10 Minit, Perbadanan Perpustakaan Negeri Perlis
6.0 KOS/ PERBELANJAAN
Perbelanjaan program ini meliputi kos hadiah dan goodies bag serta kos peralatan
sukaneka.

Perbelanjaan

1. Hadiah Hadiah tempat pertama : RM 20.00 X 3 = RM 30.00


Pertandingan
mewarna bersama Hadiah tempat kedua : RM 15.00 X 3 = RM 20.00
PI1Malaysia Batas
Lintang Hadiah tempat ketiga : RM 10.00 X 3 = RM 10.00

JUMLAH : RM 60.00
2. Pertandingan Hadiah tempat pertama : RM 20.00 X 3 = RM 50.00
membuat Somtam
untuk Ibubapa Hadiah tempat kedua : RM 15.00 X 3 = RM 35.00

Hadiah tempat ketiga : RM 10.00 X 3 = RM 15.00

JUMLAH : RM 100.00
3. i) Saguhati dan Hadiah Pengadil : RM 30.00 X 2 orang = RM 60.00
goodies pada
peserta dan Goodies Bag 110 Orang X Roti + Air (2.00)
pengadil = RM
220.00

JUMLAH RM 280.00
ii) Saguhati
Program Bercerita Program Bercerita: RM 100.00 X 1 = RM100.00
JUMLAH RM100.00

4. Kontigensi
Kontigensi =
RM60.00
JUMLAH RM 60.00

JUMLAH KESELURUHAN : RM 600.00

. 7.0 JAWATANKUASA
Jawatankuasa yang terlibat dengan program ini terdiri dari :

Perpustakaan Cawangan Simpang Empat Perlis :


En Zulazli Abdullah
En. Mohd Shukri B. Bahari

Guru-guru dan pembantu


Tadika Al Hidayah, Jabatan Agama Islam Negeri Perlis
Tadika An Nida, Jabatan Agama Islam Negeri Perlis

8.0 TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI

9.00 – 9.15 pagi Pendaftaran

9.15 – 9.55 pagi Pertandingan Mewarna bersama Pusat Internet 1 Malaysia


Malaysia Batas Lintang
Bercerita Bersama Pencerita Jemputan

Aktiviti Carian Maklumat, melengkapkan resepi .


10.00 -10.00pagi

Pertandingan Somtam bersama Ibu Bapa murid-murid


tadika
11.15 – 11.10 pagi Pelaksana Program “ Jom Baca Bersama untuk 10 Minit /
Let’s Read Together for 10 Minutes”

11.30 pagi – 12.00tgh Penyampaian Hadiah

12.00tgh Bersurai

9.0 PENUTUP
Program membaca ini adalah program berterusan untuk membina bangsa membaca
dikalangan seluruh warga perpustakaan dan juga penduduk sekitarnya . Secara
amnya Kita mahu menggerakkan fenomena baru secara tidak sedar di mana murid –
murid ini boleh bersama-sama mendapat ilmu dengan cara membaca bahan buku
dan bahan bukan buku. Semoga seluruh warga perpustakaan Simpang Empat Perlis
serta penduduk sekitarnya akan menjadi insan berguna dan berilmu serta berjaya di
sepanjang zaman

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………………………… ………………………………………..
ZULAZLI BIN ABDULLAH PN. HAIZATUL AFNI BT BAHTIAR
Pembantu Pustakawan Pen. Pegawai perpustakaan
Perpustakaan Awam Negeri Perlis Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Cawangan Simpang Empat , Perlis Tarikh :
Tarikh :
Disokong dan diluluskan oleh,

……………………………………………
EN. AZIZI BIN JANAN
Pengarah,
Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Tarikh :

Pengesahan Unit Kewangan

Telah disemak & peruntukan mencukupi / tidak mencukupi

………………………………………..

Tarikh :

Вам также может понравиться