Вы находитесь на странице: 1из 5

1.

0 PENGENALAN

Pada alaf ke-21 yang menuntut kecemerlangan pendidikan negara dan dalam
usaha membina negara bangsa Malaysia ketika ini, sudah semestinya sekolah
sebagai entiti utama seharusnya turut mengutamakan pendidikan Sejarah seiring
dengan subjek-subjek teras yang lain. Mata pelajaran ini amatlah penting dasawarsa
ini kerana ia merupakan pendedahan awal bagi anak bangsa Malaysia untuk
menghayati dan mempelajari sejarah negara kita.

Subjek Sejarah yang merupakan subjek baharu di sekolah rendah sudah pasti
memerlukan pengurusan kurikulum yang mantap dan stabil. Pengurusan kurikulum
khususnya mengetengahkan panitia sejarah sebagai pemacu utama dalam
menggerakkan hala tuju subjek tersebut. Di samping itu, guru-guru Sejarah juga harus
berusaha meningkatkan diri dari segi pengetahuan, keperibadian dan sebagainya agar
dapat menjadi suri teladan yang baik.

2.0 PENGURUSAN KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH YANG


BERKESAN

2.1 Peranan Ketua Panitia

Ketua Panitia merupakan guru kanan yang dilantik khas oleh Guru Besar untuk
mengetuai panitia sesebuah mata pelajaran. Lazimnya, Ketua Panitia Sejarah dilantik
dalam kalangan guru yang beropsyen Sejarah di sesebuah sekolah. Hal ini kerana
guru tersebut lebih mengetahui dan memahami keperluan, penilaian, dan matlamat
utama mata pelajaran tersebut, iaitu untuk melahirkan warganegara yang patriotik dan
menjunjung amalan demokrasi di Malaysia.

Oleh hal yang demikian, tanggungjawab utama seorang Ketua Panitia Sejarah
ialah memperolehi sukatan terbaru kurikulum atau yang telah dikemaskini untuk
kegunaan guru-guru Sejarah di sekolah tersebut (Yahya Don, 2007). Dalam Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) ketika ini, kurikulum Sejarah sekolah rendah
mengguna pakai Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Sejarah
sebagai rujukan dan panduan utama pelaksanaan kurikulum ini. Dengan merujuk
kepada sukatan terbaharu kurikulum Sejarah, guru-guru Sejarah dapat melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran yang seiring dengan kehendak dokumen. Guru-guru
mengetahui akan kepentingan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang
sesuai agar matlamat dan objektif kurikulum tercapai dengan berkesan.

1
Di samping itu, Ketua Panitia Sejarah harus bekerjasama dengan ahli-ahli
Panitia Sejarah untuk meningkatkan murid-murid yang lemah dalam mata pelajaran
ini. Di sekolah rendah khususnya, mata pelajaran ini dipandang enteng oleh murid-
murid kerana ia bukanlah subjek wajib lulus peperiksaan awam. Ketua Panitia harus
bertindak sebagai penggerak utama dalam merancang aktiviti-aktiviti menarik dalam
rancangan mengajar agar guru-guru dapat meningkatkan murid-murid yang lemah.
Sebagai contoh, lawatan ke tempat-tempat bersejarah, program bersama komuniti
setempat dan seumpamanya. Murid-murid yang lemah harus dibimbing dengan cara
yang betul agar mereka tidak ketinggalan dalam subjek ini.

2.2 Pengurusan Mesyuarat Panitia

Mesyuarat panitia yang diadakan sekurang-kurangnya sekali setiap penggal


persekolahan merupakan agenda wajib dalam usaha meningkatkan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran subjek Sejarah. Oleh hal yang demikian, pelaksanaan
mesyuarat panitia harus diurus dengan sistematik. Tarikh mesyuarat umumnya
diselaraskan dengan tarikh yang dicadangkan dalam Takwim Tahunan Sekolah. Ketua
Panitia dan Setiausaha bertanggungjawab menentukan tarikh dan tempat,
mengeluarkan notis serta menetapkan agenda yang bakal dilangsungkan dalam
mesyuarat. Pada akhir mesyuarat tersebut Setiausaha akan menyediakan satu minit
mesyuarat yang akan diedarkan kepada ahli-ahli panitia.

Dalam mesyuarat ini, Ketua Panitia dan ahli-ahli akan membincangkan serta
memikirkan isu-isu berkaitan seperti kaedah mengajar dan mencari penyelesaian
kepada isu tersebut (Rozilawati Abd Rahim, 2012). Di sinilah ahli-ahli panitia Sejarah
akan berbincang dan menggembleng idea menyelesaikan permasalahan yang timbul.
Misalnya isu murid kurang berminat, maka guru-guru akan menyarankan tindakan
yang sepatutnya diambil dalam menangani murid-murid tersebut.

Tambahan ini, mesyuarat panitia membuka ruang kepada ahli-ahli panitia


untuk bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan baharu yang diperolehi setelah
mengikuti kursus atau seminar. Guru-guru berkongsi maklumat seperti kaedah
mengajar, aktiviti-aktiviti bersesuaian di dalam kelas untuk dimanfaatkan dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran nanti. Guru-guru juga dapat membaiki prestasi kerja
semasa dengan bantuan guru lain melalui perbincangan dalam mesyuarat.

2
2.3 Perancangan Aktiviti

Panitia Sejarah harus merancang dan menyediakan Pelan Aktiviti Tahunan


agar adanya aktiviti atau program dijalankan oleh guru dan murid-murid untuk setiap
penggal persekolahan. Perancangan aktiviti tahunan haruslah dibuat semasa
mesyuarat panitia atas persetujuan ahli-ahli panitia yang lain (Ayob Jantan, 2004).
Pelbagai aktiviti berunsurkan sejarah boleh dirancang agar murid-murid di sekolah
rendah dapat menanam minat terhadap subjek ini dengan lebih mendalam.

Sebagai contoh, panitia Sejarah boleh menubuhkan kelab atau persatuan


Sejarah yang dianggotai oleh guru mata pelajaran dan murid-murid tahap 2 di sekolah
tersebut. Fungsi utama kelab ini adalah sebagai ahli jawatankuasa yang bakal
menguruskan majlis atau program berkaitan mata pelajaran seperti lawatan, gallery
walk, pertandingan bercerita dan sebagainya. Aktviti-aktiviti sudah pasti akan menarik
minat murid-murid untuk turut serta menjayakannya.

Selain itu, pada bulan Ogos dan September, sambutan Hari Kemerdekaan dan
Hari Malaysia boleh dilaksanakan dengan sebuah perarakan di sekolah. Penyertaan
murid akan memeriahkan lagi aktiviti tersebut di samping menyemai semangat
patriotik dalam diri mereka.

3.0 CIRI-CIRI GURU SEJARAH YANG BERKESAN

3.1 Berpengetahuan

Menurut Haliza dan Joy (2016), kemahiran utama seorang guru yang efektif
ialah guru tersebut berupaya memahami isu kandungan, konsep, prinsip dan struktur
subjek yang diajar dengan mendalam. Dalam konteks pendidikan Sejarah, guru subjek
haruslah memahami dengan jelas tajuk-tajuk yang terdapat dalam DSKP sebelum
memulakan pengajaran. Guru juga harus mampu mengaitkan tajuk-tajuk dengan
contoh yang sesuai dan dengan kehidupan seharian.

Di samping itu, guru Sejarah yang berpengetahuan sentiasa berusaha


meningkatkan ilmu sedia ada dan mempelajari perkara baharu dengan membaca,
menghadiri seminar atau bengkel. Ilmu baharu yang diperolehi akan dapat
diaplikasikan di dalam bilik darjah untuk memantapkan penyampaian ilmu kepada
murid-murid. Guru-guru Sejarah harus sentiasa peka akan isu-isu semasa yang
melibatkan negara kita untuk dijadikan sebagai topik perbincangan dengan murid-
murid.

3
3.2 Keperibadian

Sebagai seorang guru Sejarah, semangat proaktif dan kreatif haruslah ditanam
dalam diri agar kental dan cekal menghadapi cabaran. Guru harus sentiasa
menunjukkan sifat yang ceria dan bersemangat di depan murid-murid agar mereka
turut bersemangat di dalam kelas. Guru juga harus kreatif dalam berfikir dan
melaksanakan tugas di bilik darjah seperti mencipta inovasi dalam penyediaan bahan
bantu mengajar untuk merangsang pemikiran murid-murid.

Selain itu, semangat patriotik harus disemai dalam diri guru terlebih dahulu
(Azim Syafi Azman, 2016). Semangat cinta akan tanah air ini merupakan kunci utama
kepada kejayaan seorang guru Sejarah dalam mendidik murid-murid menjadi
warganegara yang baik. Sekiranya guru Sejarah sendiri bersikap sambil lewa ketika
lagu Negaraku berkumandang, hal ini akan menjadi ikutan murid-muridnya kerana
guru merupakan teladan utama mereka. Ketika sesi pengajaran dan pembelajaran,
guru Sejarah juga harus berusaha gigih untuk menjelaskan kepada murid apakah
pentingnya kita mencintai negara dan mempertahankan kemerdekaan negara kita.

3.3 Kepelbagaian Kaedah

Pengetahuan pedagogi seorang guru Sejarah juga haruslah meluas. Seorang


guru Sejarah yang berkesan akan mempelbagaikan pendekatan, strategi, kaedah dan
teknik dalam pengajaran dan pembelajaran mengikut keperluan topik dan murid.
Sesetengah topik yang sukar harus diajar menggunakan teknik yang lain daripada
sebelumnya. Misalnya untuk topik Hang Tuah Laksamana Melaka, guru boleh
menggunakan ilustrasi atau imej untuk menggambarkan kronologi yang berlaku ketika
itu. Murid-murid akan lebih mudah faham ketika terdapat rangsangan penglihatan
(Akhiar, Shamsina dan Muhamad Kushairi, 2012).

Di samping itu, guru haruslah peka akan perbezaan individu di dalam kelas
yang memerlukan guru untuk menggunakan kaedah dan teknik mengajar yang
berlainan. Sesetengah murid lebih cepat belajar melalui pengalaman kendiri, maka
guru boleh mengadakan lawatan atau aktiviti penerokaan ke tempat-tempat berkaitan.
Guru Sejarah sepatutnya mahir memperkembang daya pemikiran murid dengan
melaksanakan kaedah mengajar yang berbeza mengikut keperluan mereka.

4
3.4 Penguasaan Terhadap Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Pada era globalisasi masa kini, seorang guru Sejarah harus mahir dan
melengkapkan diri dengan pengetahuan terhadap TMK. Penguasaan terhadap bidang
ini dapat meningkatkan mutu pengajaran kerana pengintegrasian teknologi seperti
komputer dan pembelajaran menjadikan Elemen Merentas Kurikulum TMK
dimasukkan sekali di dalam kelas selain mempelajari subjek Sejarah. TMK turut
membuka ruang kepada penglibatan aktif murid kerana murid dapat mengaplikasikan
kemahiran dan minat mereka yang meluas dalam bidang ini.

Menurut orang sumber Cikgu Muhd Munif bin Abu Said, seorang guru Sejarah
di SK Munggu Bringin, beliau mengatakan bahawa penerapan elemen TMK dalam
pengajaran dan pembelajaran seperti penayangan video atau slaid memudahkan
pemahaman murid-muridnya. Murid-murid lebih senang menyerap pengajaran dan
menjawab soalan mengenai topik dibandingkan guru hanya menerangkan tanpa
bantuan TMK. Satu kajian yang dijalankan oleh Hasnuddin, Norfaizuryana dan Nor
Azzarahton (2015) turut menunjukkan bahawa penggunaan ICT amat bermanfaat
dalam meningkatkan pemahaman murid-murid.

4.0 RUMUSAN

Kedua-dua elemen penting ini, pengurusan kurikulum Sejarah dan guru


Sejarah yang berkesan memberikan impak yang besar terhadap keberkesanan
pembelajaran subjek ini. Elemen-elemen ini berkait rapat antara satu sama lain iaitu
dengan guru Sejarah sebagai pemacu utama pengurusan kurikulum, diikuti dengan
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sejarah yang mantap dan efisien.
Sekiranya kepincangan berlaku akibat sikap guru-guru subjek yang tidak memberikan
sepenuhnya tenaga dan usaha, pengurusan yang baik juga tidak akan mendatangkan
apa-apa hasil.

Ketua Panitia Sejarah dan ahli-ahli panitia harus sentiasa berganding bahu
mencari jalan meningkatkan mutu pengajaran Sejarah yang berkualiti demi
merealisasikan matlamat dan objektif kurikulum Sejarah. Kejayaan guru dalam
melahirkan anak bangsa yang bersemangat patriotik memberikan kesan yang positif
terhadap perkembangan negara baik dari segi politik, ekonomi dan juga sosial.

Вам также может понравиться