Вы находитесь на странице: 1из 5

Kertas Kerja Program Motivasi Permuafakatan Ibu bapa Linus2.

0 SK Malawa

SEKOLAH KEBANGSAAN MALAWA


JALAN TELUK SEPANGGAR, 888460 KOTA KINABALU.

PROGRAM LINUS2.0 BAGI TAHUN 2017

PROGRAM MOTIVASI PERMUAFAKATAN IBU BAPA LINUS2.0

ANJURAN BERSAMA BIMBINGAN DAN KAUNSELING, PEMULIHAN SERTA PIBG

SK MALAWA

1.0 PENGENALAN LINUS & PEMULIHAN KHAS


Program LINUS adalah singkatan dari Literacy & Numeracy Screening di mana
Minister Key Performance Indicators (MKPI) KPM telah menyasarkan bahawa semua murid
normal berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun
mengikuti pendidikan rendah menjelang 2012.
Justeru,setiap segala yang diatur, disusun dan dijalankan adalah dengan satu hasrat
iaitu kejayaan Program LINUS. Sehubungan dengan itu, bagi merealisasikan hasrat ini, satu
bentuk perancangan yang baik, tersusun, terarah, bermatlamat dan bermakna perlu
direncanakan.
Perancangan Strategik LINUS merupakan satu usaha untuk menetapkan hala tuju
perjalanan Program LINUS sekolah ini agar dapat menyumbang sesuatu kepada murid-murid
tahap satu. Perancangan stategik yang disusun ini akan menjadi pelan operasi bagi setiap
program yang akan dilaksanakan oleh Jawatankuasa LINUS sekolah ini.
Program Pemulihan Khas pula ialah satu usaha untuk mengatasi masalah murid yang
menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas 3M iaitu
membaca, menulis dan mengira. Kelas Pemulihan Khas dikendalikan oleh guru-guru
pemulihan yang telah menerima latihan khas dalam bidang ini. Pada tahun 2010, Guru Khas
Pemulihan telah dipertanggungjawabkan untuk mengajar murid Linus tegar yang tidak
melepasi Konstruk 1 dan 2.

1
Kertas Kerja Program Motivasi Permuafakatan Ibu bapa Linus2.0 SK Malawa

2.0 TUJUAN
Kertas kerja ini disediakan sebagai makluman dan kelulusan pihak sekolah untuk
mengadakan majlis permuafakatan ibu bapa / penjaga LINUS dan Pemulihan Khas serta
memberikan motivasi dan semangat kepada ibu bapa dalam menangani isu ini bersama.

3.0 MATLAMAT
Matlamat program ini adalah untuk memastikan semua murid Tahap 1 dan murid
tahun 4 (4 Seroja) sekolah rendah berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi
pada akhir tahun 2017 kecuali murid berkeperluan khas (MBK).

4.0 OBJEKTIF PENDIDIKAN NKRA


4.1 Objektif Program Literasi
Pada akhir Program Literasi murid berupaya :
i. mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup
ii. membaca dan menulis perkataan daripada suku kata terbuka dan tertutup
iii. membaca dan menulis serta memahami ayat tunggal dan ayat majmuk yang
mudah
iv. dengan menggunakan kata hubung ‘dan’.

4.2 Objektif Program Numerasi


Pada akhir Program Numerasi murid berupaya:
i. membaca, menulis, membilang dan menyusun nombor hingga angka 1000
ii. membilang dua-dua, lima-lima dan sepuluh-sepuluh dalam lingkungan 1000
iii. bermula daripada sebarang nombor
iv. menyatakan fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi
v. mengaplikasikan pengetahuan operasi asas aritmetik dalam wang,
menyatakan
vi. waktu, ukuran dan sukatan.

4.3 Objektif Program Literasi Bahasa Inggeris


Program ini telah diperkenalkan pada tahun 2013 yang mewajibkan semua murid
tahun 1 menduduki ujian saringan ini. Definisi Literasi Bahasa Inggeris ialah : a.

i. Able to communicate with peer and adult appropriately


ii. Able to read and comprehend simple texts and stories
iii. Able to write a range of texts through a variety of media

2
Kertas Kerja Program Motivasi Permuafakatan Ibu bapa Linus2.0 SK Malawa

5.0 OBJEKTIF PROGRAM


i. Memberi pengenalan dan pemahaman mengenai program LINUS dan Pemulihan
Khas yang dijalankan di peringkat sekolah.
ii. Mendapatkan sokongan ibu bapa / penjaga dalam membantu pihak sekolah untuk
mengurangkan bilangan murid yang belum menguasai 3M pada tahap 1 dan Tahun
4 Seroja yang belum menguasai saringan LBI.
iii. Memberikan motivasi kepada ibu bapa / penjaga untuk membimbing murid yang belum
menguasai 3M disamping membantu pihak sekolah.

6.0 SASARAN
Semua ibu bapa / penjaga murid tahun 1, 2, 3 dan 4 Seroja yang telah menjalani
saringan1 Linus2.0 baru-baru ini bagi sesi persekolahan 2017

7.0 TEMPOH PELAKSANAAN


Cadangan tarikh perlaksanaan perjumpaan tersebut adalah seperti berikut :
i. Ibu bapa / penjaga murid tahun 1, 2, 3 dan Tahun 4 Seroja (28 orang) bertempat di Dewan
Sri Malawa pada 22 Mei 2017.

8.0 JAWATANKUASA KERJA JALINAN MESRA LINUS

Penasihat : En. Judin Bin Diana - Guru Besar Cemerlang


Pengerusi : Pn. Ainah Binti Damit - Penolong Kanan
Pentadbiran
Naib Pengerusi I : Pn. Fatimah Binti Sulaiman - Penolong Kanan HEM
Naib Pengerusi II : En Sanizan Bin Kasiran Pemangku Pen.Kanan
KOKUM
Penyelaras : Pn Rozianah Safihie - Guru Penyelaras Linus
Setiausaha : Pn. Nursuhana Sulaiman - Guru Penyelaras
Numerasi
Pn Nina Muhadar - Guru Penyelaras LBM
Pn Hazriawati Nazria - Guru Penyelaras LBI
AJK : Semua guru mata pelajaran Tahap 1
Guru Pemulihan dan Guru Bahasa Inggeris Tahun 4

3
Kertas Kerja Program Motivasi Permuafakatan Ibu bapa Linus2.0 SK Malawa

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Perincian anggaran perbelanjaan adalah seperti berikut :

No Perkara Bilangan Harga Seunit Jumlah


1. Banner ukuran 4x8 1 RM 150 RM 150
2. Penceramah 1 RM 100 RM 100
3. Makan minum ibu bapa 200 orang Rm 2.50 RM 500
4. Makan minum jemputan 10 orang RM 10 RM 100
5. Buku Aturcara RM 50
6. Lain-lain RM 100
7. Bahan-bahan Linus 200 1.25 RM250
JUMLAH RM 1250

10.0 SUMBER KEWANGAN


Kewangan untuk program ini akan diperolehi dari :

1. PCG UBK – RM 500


2. PIBG SK Malawa – RM500
3. SUWA - RM250

11.0 PENUTUP
Adalah diharapkan agar program ini mampu mewujudkan jalinan hubungan yang
mesra dan mendapat kerjasama yang padu daripada para ibu bapa dalam usaha pihak
sekolah mengurangkan bilangan murid LINUS Tegar. Ini sekaligus menegaskan usaha
Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengatasi masalah pencapaian literasi dan
numerasi secara keseluruhannya. Komitmen daripada semua pihak amatlah diharapkan
untuk memastikan program ini berjaya selaras dengan objektif yang ingin dicapai.

4
Kertas Kerja Program Motivasi Permuafakatan Ibu bapa Linus2.0 SK Malawa

Disediakan oleh : Disemak oleh :

(ROZIANAH BINTI SAFIHIE) (PN AINAH BINTI DAMIT)


Penyelaras Linus, Penolong Kanan I,
SK Malawa, Kota Kinabalu. SK Malawa, Kota Kinabalu.

Disahkan oleh :

(JUDIN BIN DIANA)


Guru Besar Cemerlang,
SK Malawa, Kota Kinabalu.

Вам также может понравиться