Вы находитесь на странице: 1из 6

KAJIAN KES (YAYASAN TZU CHI).

PENGENALAN

Nama Persatuan.

Yayasan Tzu Chi.

Sejarah Penubuhan.

Yayasan Tzu Chi pada mulanya ditubuhkan oleh Dharma Master Cheng Yen di
Hualian, Taiwan pada 1966. Yayasan Tzu Chi bermula dengan 30 orang suri rumah sebagai
ahli terawal. Mereka telah mengumpulkan dana untuk Yayasan Tzu Chi dengan
memasukkan 50 sen daripada wang membeli sayur ke dalam tabung buluh setiap hari.
Dengan perkembangan mengikut masa, Yayasan Tzu Chi telah disebarkan ke negara lain
pada tahun 1985. Misi Yayasan Tzu Chi merangkumi empat aspek yang penting iaitu
kebajikan, perubatan, pendidikan dan kemanusiaan. Yayasan Tzu Chi bermatlamat untuk
memberi sumbangan kepada masyarakat dengan mendahulukan empat misi ini. Tzu Chi
juga menceburi kegiatan bantuan antarabangsa, pendermaan sumsum tulang, perlindungan
alam sekitar serta perkhidmatan sukarelawan komuniti. Kesemua misi ini dijalankan
serentak dan dikenali sebagai “Satu Langkah, Lapan Jejak.”

Kaedah dan Proses Penubuhan.

Yayasan Tzu Chi berkembang di Malaysia pada tahun 1992 apabila Reveren Bo
Yuan menggalakkan pelabur Taiwan iaitu Encik David Liu Ming Ta dan isterinya Puan Echo
Chien Su Hsia untuk melaksanakan misi Yayasan Tzu Chi di Malaysia. Sejak itu, mereka
mula menerokai dunia Tzu Chi di Malaysia. Pada 1993, pejabat urusan Tzu Chi di Malaysia
ditubuhkan di Pulau Pinang dan Melaka, kemudian pada tahun 1995 pejabatnya ditubuhkan
di Kuala Lumpur. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan melalui pertubuhan ini seperti melawat
rumah anak-anak yatim mendapat dana daripada ahli-ahlinya yang datang daripada
golongan yang berada. Antara contoh dana yang diberi ialah sebuah rumah bagi ahli
Yayasan Tzu Chi melakukan perjumpaan dan perbincangan. Aktiviti yang dijalankan
mendapat sokongan daripada semua ahli Yayasan Tzu Chi di mana mereka banyak
melakukan aktiviti amal kebajikan.
Aktiviti atau Perkhidmatan yang Diamalkan.

Antara aktiviti atau perkhidmatan yang dijalankan oleh Yayasan Tzu Chi sepanjang
tahun ialah aktiviti ceramah seperti ceramah mengenai agama Buddha, aktiviti gotong
royong seperti gotong-royong di taman.Selain itu, Yayasan Tzu Chi turut melakukan aktiviti
seperti Hari Sukarelawan, kempen mengkaji kitab-kitab agama Buddha, Kempen Derma
Darah dan sebagainya. Dari segi kebajikan, Yayasan Tzu Chi Malaysia pernah memberikan
pertolongan dan sokongan emosi kepada penumpang yang terlibat dalam tragedi pesawat
MH370 dan MH17 pada tahun 2014. Yayasan Tzu Chi turut mementingkan fasiliti perubatan
dengan mendirikan tiga buah Pusat Hemodialisis di Malaysia dan enam buah Hospital Tzu
Chi di Taiwan. Dari segi pendidikan pula, Yayasan Tzu Chi telah menubuhkan Universiti Tzu
Chi di Taiwan kerana pertubuhan ini berpandangan bahawa aspek pendidikan merupakan
elemen yang penting untuk membentuk masyarakat yang bermoral pada masa kini.

Perbandingan

Perbandingan yang terbesar antara Pertubuhan Yayasan Tzu Chi dengan persatuan
atau pertubuhan yang lain ialah matlamat Yayasan Tzu Chi adalah untuk membantu orang
yang menghadapi kesukaran dan menyebarkan nilai baik agama Buddha. Pertubuhan ini
tidak berhasrat untuk mengaut keuntungan. Sumber kewangan yang diterima oleh Yayasan
Tzu Chi kebanyakan digunakan untuk memberi bantuan kepada orang yang memerlukan di
seluruh dunia tak kira agama atau bangsa. Sekiranya bencana alam berlaku, Yayasan Tzu
Chi secara sukarelanya tanpa diminta akan terus menghulurkan bantuan kepada mangsa
negara itu. Yayasan Tzu Chi juga ialah satu pertubuhan yang menyeru ahli masyarakat agar
tidak makan haiwan yang bernyawa. Dari aspek ajaran agama Buddha, haiwan juga
merupakan satu nyawa yang sama dengan manusia, mereka mempunyai jiwa dan harus
disayangi oleh manusia.

Strategi Bagi Menjana Sumber Kewangan.

Saya mendapati bahawa sumber kewangan utama Yayasan Tzu Chi diperoleh
dengan cara pengutipan derma. Saya telah membuat perbandingan jumlah kutipan derma
setiap tahun bagi tahun 2012, 2013, 2014, 2015 dan 2016 (Rujuk Lampiran 2). Saya
mendapati bahawa jumlah kutipan derma Yayasan Tzu Chi telah berlaku peningkatan dari
setahun ke setahun. Pada tahun 2016, jumlah kutipan derma adalah tertinggi berbanding
dengan tahun yang sebelumnya. Penganjuran aktiviti yang banyak pada setiap tahun
merupakan salah satu pengaruh yang besar kepada jumlah kutipan derma yang saban
tahun meningkat. Jika seseorang individu hendak menjadi penderma kepada Yayasan Tzu
Chi, individu tersebut hendaklah mengisi satu borang pengesahan terlebih dahulu sebelum
membuat derma. Selepas setiap derma yang dilakukan walaupun hanya RM 1.00 sahaja,
penderma akan menerima satu resit sebagai bukti (Rujuk Lampiran 3).

Isu-isu Di Dalam Persatuan

Antara isu yang saya dapati ialah terdapat pihak yang menfitnah Yayasan Tzu Chi
walaupun pertubuhan ini berhasrat untuk melakukan perkara yang baik terhadap
masyarakat. Misalnya, pernah ada pihak yang menfitnah Yayasan Tzu Chi mendapatkan
kewangan dengan saluran yang tidak betul dalam membina "Dewan Jing Si" yang terdapat
di Melaka dan Kuala Lumpur. Pihak ini juga memfitnah bahawa pembinaan Dewan Jing Si
ini merupakan salah satu cara Yayasan Tzu Chi untuk memperoleh sumber kewangan yang
berkuantiti besar daripada masyarakat. Berdasarkan kajian yang dilakukan, kos pembinaan
Dewan Jing Si ini adalah berdasarkan kutipan derma daripada ahli masyarakat dengan cara
yang betul dan mempunyai bukti yang kukuh. Dewan Jing Si ini berfungsi untuk melindungi
rakyat atau mangsa jika bencana alam berlaku di negara kita.

RUMUSAN

Kesimpulannya, saya telah menganalisis pertubuhan ini dari pelbagai aspek seperti
sejarah penubuhannya, perkhidmatan yang diamalkan serta sumber kewangan pertubuhan.
Tuntasnya, Yayasan Tzu Chi merupakan satu pertubuhan yang berhasrat untuk melahirkan
masyarakat yang baik dari aspek nilai. Yayasan Tzu Chi turut bermatlamat menyelamatkan
orang yang menghadapi kesengsaraan dalam kehidupan. Pertubuhan ini menekankan
bahawa semua anggota dunia sepatutnya saling menolong tak kira bangsa, kaum, etnik,
agama dan budaya untuk mewujudkan satu dunia yang sejahtera.

Disediakan oleh, Tarikh: 10 Mac 2019

………………..…………..…………………………………
(MUHAMAD FARIS AFIQ BIN FOIZI)
Guru Pelatih PISMP Sains 2 Sem. 4
IPG Kampus Dato’ Razali Ismail
RUJUKAN.

Fammy, K. (2015). Sosialisasi Pengenalan Tzu Chi. Retrieved from


http://www.tzuchi.or.id/read-misi/sosialisasi-pengenalan-tzu-chi/5569

Gary, H. (2009). The Life & Teachings of Venerable Master Cheng Yen. Canada : Douglas &
McIntyre D&M Publishers Inc.

Julia, H. (2009). Cheng Yen and The Buddhist Tzu Chi Movement. London, England :
Harvard University Press

Liew Yen. (2015). The World of Tzu Chi. Taiwan : Tzu Chi Cultural Publication

Mark, N. (2010). Tzu Chi : Serving With Compassion. Singapore : Saik Wah Press Pte. Ltd.

Oates, J. (2008). The Tzu Chi Foundation – the world’s largest Buddhist charity. Retrieved
from https://www.theregister.co.uk/2008/11/30/tzu_chi_foundation/

Yatna Supriyadi. (2014). Pengenalan Yayasan Tzu Chi. Kuala Lumpur : Vivar Printing Sdn.
Bhd

Willy, J. (2014). Orientasi Pengenalan Cinta Kasih Tzu Chi. Retrieved from
http://www.tzuchi.or.id/read-misi/orientasi-pengenalan-cinta-kasih/4702
LAMPIRAN.

Lampiran 1 : Carta Organisasi untuk Yayasan Tzu Chi

Lampiran 2 : Jumlah kutipan derma mengikut tahun


Lampiran 3 : Borang Pengesahan Penderma dan Resit

Вам также может понравиться