Вы находитесь на странице: 1из 9

Isi Kandungan

Isi Kandungan Muka Surat


1.0 Pengenalan 1
2.0 Konsep Asas Moral 1
3.0 Aliran Pemikiran Moral 1
4.0 Dimensi Moral 2
5.0 Prinsip Moral 2
6.0 Sumbangan terhadap Keluarga 3
6.1 Menghormati Ibu Bapa 3
6.2 Saling Bantu-membantu 3
6.3 Saling Mengasihi 4
7.0 Sumbangan terhadap Masyarakat 4
7.1 Menjaga Keharmonian Masyarakat 5
7.2 Menjaga Kebajikan Masyarakat 5
7.3 Amalan Bertegur Sapa 6
8.0 Konklusi 6
Rujukan 8
1.0 Pengenalan

Insan bermoral merupakan individu yang mempunyai sifat-sifat moral. Seseorang individu
akan mematuhi dan mengamalkan nilai-nilai moral sekiranya mempunyai asas pengetahuan
tentang nilai-nilai yang baik dan buruk. Nilai-nilai moral ini akan diamalkan dengan baik
sekiranya diikuti dengan perasaan dan tingkah laku yang sempurna. Individu bermoral
hanya menerima nilai-nilai murni dan peraturan masyarakat yang diterima secara sejagat
sebagai bermoral, patut, baik dan benar. Dalam pembentukan insan bermoral, beberapa
aspek seperti konsep asas moral yang merangkumi moral, nilai serta akhlak haruslah
dititikberatkan. Selain itu, elemen-elemen aliran pemikiran moral dan dimensi moral turut
memainkan peranan dalam membentuk seseorang individu menjadi insan bermoral.

2.0 Konsep Asas Moral

Perkataan ‘moral’ berasal daripada perkataan mores dalam bahasa Yunani yang membawa
erti tingkah laku yang sejajar dengan tatasusila dan peraturan masyarakat. Oleh itu, moral
merupakan nilai-nilai murni seperti baik hati, merendah diri, belas kasihan dan berkait rapat
dengan beberapa peraturan seperti tatahukum, tatasusila, tatatertib, nilai tradisi,
kepercayaan, undang-undang, norma dan adat dalam mana-mana masyarakat yang
dimaksudkan. Menurut Helden (1977), Moral adalah suatu kepekaan dalam fikiran,
perasaan, dan tindakan dibandingkan dengan tindakan-tindakan lain yang tidak hanya
berupa kepekaan terhadap prinsip-prinsip dan aturan-aturan. Moral menjadi asas dalam
pembentukan insan bermoral yang turut diitntegrasikan bersama konsep nilai, akhlak serta
etika.

3.0 Aliran Pemikiran Moral

Terdapat 4 aliran pemikiran moral yang menjadi tunjang perbezaan dalam cara pemikiran di
antara inidividu. Aliran pemikiran yang pertama adalah naturalis, iaitu pemikiran yang
menggambarkan sesuatu dalam keadaan yang sebenar. Individu yang berfikiran naturalis
cenderung menerima sesuatu keadaan dalam keadaan yang sebenar. Seterusnya adalah
pemikiran emotivis yang merujuk sikap manusia yang bertindak mengikut perasaan atau
emosi. Perasaan ini dilahirkan melalui air muka, kata-kata dan tingkah laku sama ada
perasaan gembira mahupun sedih. Pemikiran ketiga adalah intuisionis, iaitu sejenis
pengetahuan yang lebih tinggi dan berbeza daripada yang diperoleh secara individu. Aliran
pemikiran ini juga boleh dikaitkan dengan pemikiran spontan celik akal. Akhir sekali adalah
pemikiran rasional yang bercirikan penaakulan atau pemikiran sebagai faktor utama dalam
pengetahuan. Individu rasional sentiasa mencari bukti dan juga kebenaran dalam sesuatu
perkara. Dalam pembentukan insan bermoral, seseorang individu berhak untuk
mengamalkan mana-mana pemikiran yang difikirkan sesuai. Namun begitu, pemikiran-
pemikiran ini boleh diadaptasikan mengikut situasi dan keadaan pengamalnya pada masa
itu. Jadi, ianya akan mendatangkan lebih banyak kebaikan dari keburukan jika diamalkan
mengikut keadaan dan situasi yang betul dan sesuai.

4.0 Dimensi Moral

Dimensi moral adalah fahaman yang lebih lanjut berkaitan konsep moral. Terdapat 3
dimensi moral yang seharusnya diamalkan oleh individu yang berakhlak mulia iaitu
penaakulan moral, perasaan moral dan perlakuan moral. Penaakulan moral membawa
maksud pemikiran ataupun pertimbangan yang dilakukan secara rasional dan bebas.
Seseorang individu yang mempunyai pemikiran sedemikian mampu menyelesaikan suatu
dilema moral dengan membuat pertimbangan yang sewajarnya. Perasaan moral pula
membawa erti kehalusan emosi individu yang merangkumi rasa empati, simpati, prihatin,
belas kasihan dan murah hati. Individu yang memiliki perasaan moral berupaya untuk
bertindak secara moral kerana emosi moral adalah penting dalam mengawal perlakuan
individu. Akhir sekali adalah dimensi perlakuan moral di mana individu menunjukkan tingkah
laku yang penuh amanah tanpa melampaui batas kemampuan dirinya. Ketiga- ketiga
dimensi moral ini amatlah penting dalam seseorang insan bermoral. Setiap dimensi tersebut
dapat menentukan bagaimana seseorang individu harus bertindak jika berdepan dengan
situasi yang melibatkan dilema moral.

5.0 Prinsip Moral

Terdapat 3 prinsip utama yang menjadi asas kepada pembentukan insan bermoral iaitu
prinsip autonomi, prisnip keadilan serta prinsip altruisme. Konsep autonomi melibatkan
pertimbangan serta kebebasan dalam memilih untuk melakukan sesuatu perbuatan atau
sebaliknya. Sebenarnya, konsep ini bermaksud, membenarkan seseorang individu tersebut
untuk tidak membuat apa yang diingini atau memberi sebab–sebab tertentu jika seseorang
itu dihalang daripada melakukan apa yang dirasakannya baik. Ia adalah berdasarkan
kepada dua perkara iaitu kemahuan atau paksaan (Hena et.al, 1992). Prinsip Keadilan ini
merangkumi konsep kesaksamaan atau keseimbangan dalam semua perkara sebagai
contoh dalam pemikiran, percakapan, perasaan serta perlakuan. Menurut agama Islam,
konsep keadilan adalah boleh dikatakan sebagai meletakkan sesuatu pada tempatnya, iaitu
tempat yang sesuai dan sepatutnya di mana ia melibatkan kesaksamaan atau
keseimbangan yang sepatutnya. Prinsip altruisme juga merupakan prinsip etika yang
penting sebagai rujukan semasa melakukan sesuatu tindakan moral. Nagel (I970) dalam
buku The Possibility of Altruism menjelaskan perkataan altruisme sebagai “sesuatu sikap
atau perbuatan yang menyenangkan orang lain, memanfaatkan dan prihatin terhadap orang
lain“. Oleh itu, seseorang yang bersifat altruis ialah orang yang pemurah, atau dermawan.

6.0 Sumbangan Terhadap Keluarga

Untuk membincangkan lebih lanjut berkaitan pembentukan insan bermoral, saya telah
mengambil beberap contoh sumbangan yang telah saya lakukan dalam kehidupan seharian
dan menghubungkaitkan sumbangan-sumbangan tersebut dengan konsep nilai dan profil
insan moral. Sumbangan yang dinyatakan dipecahkan kepada 2 bahagian iaitu, sumbangan
terhadap keluarga serta terhadap masyarakat.

6.1 Menghormati Ibu Bapa

Sebagai seorang anak sulung di dalam keluarga, salah satu sumbangan yang seharusnya
saya lakukan adalah terhadap ibu bapa saya. Saya sedar akan kewajipan saya yang
menuntut agar saya menghormati kedua-dua ibu bapa saya, samaada melalui percakapan,
perlakuan mahupun pemikiran saya ketika berinteraksi bersama mereka. Dalam budaya
masyarakat Bidayuh, seorang anak diwajibkan menggunakan gelaran khas apabila merujuk
kepada ibu bapa ataupun individu yang berlainan generasi daripada mereka. Gelaran ‘akam’
dalam masyarakat Bidayuh bagi menggantikan penggunaan ‘engkau’ menunjukkan rasa
hormat seseorang itu terhadap orang tuanya. Sebagai seorang Bidayuh, budaya ini telah
menjadi amalan saya semenjak kecil, lebih-lebih lagi norma masyarakat Bidayuh yang
mementingkan penggunaan gelaran ini. Dalam konteks ini, saya mengamalkan amalan yang
telah diturunkan dari generasi ke generasi dalam masyarakat Bidayuh. Amalan ini
merupakan nilai relatif di mana ia merupakan suatu nilai yang diterima di kalangan
masyarakat Bidayuh untuk mencapai matlamatnya iaitu menghormati orang tua.

6.2 Saling Bantu-membantu

Selain itu, sumbangan penting yang saya lakukan terhadap keluarga adalah amalan saling
membantu. Pada amalan ini, saya akan pecahkan kepada dua pihak iaitu ibu bapa saya
serta adik-beradik saya yang telah saya bantu jika mereka mengalami sebarang masalah.
Pada pihak ibu bapa saya, saya telah menunaikan kewajipan sebagai seorang anak sulunug
dengan menjalankan tanggungjawab saya kepada mereka melalui bantuan yang saya
hulurkan. Sebagai contoh, ketika menunggu keputusan SPM diumumkan, saya hanya
tinggal berseorangan di rumah. Kedua ibu bapa saya pula sibuk dengan kerja masing-
masing yang menyebabkan mereka tidak mempunyai masa mengahantar dan mengambil
adik-adik say dari sekolah. Disebabkan saya sudah mahir memandu pada ketika itu, saya
telah membantu meringankan beban kedua orang tua saya dengan melaksanakan
kewajipan terhadap adik-adik saya tersebut tanpa mengharapkan balasan daripada ibu
bapa saya. Dalam situasi bersama adik-beradik saya pula, saya telah menunjukkan amalan
membantu dengan membimbing mereka dalam melengkapkan tugasan kerja rumah.
Sebagai seorang anak sulung, saya turut memikul tanggungjawab terhadap kebajikan adik-
adik saya yang masih berada di alam persekolahan. Seringkali, saya menjadi sumber
rujukan mereka apabila mengahadapi masalah membuat kerja rumah. Sedar akan
kewajipan saya, saya akan membantu mereka secara rela hati dengan secukupnya.
Walaupun saya membantu mereka dalam membuat kerja rumah, namun bantuan yang
diberi seharusnya memadai dan bukan secara berlebihan sehinggakan mereka
mengabaikan tanggungjawab mereka pula.

6.3 Saling Mengasihi

Di samping itu, dalam memastikan institusi kekeluargaan sentiasa kekal utuh, saya
seringkali mengamalkan amalan saling mengasihi di antara ahli keluarga. Peranan saya
sebagai seorang anak adalah untuk sentiasa mendengar nasihat serta teguran kedua ibu
bapa saya jika saya ada melakukan kesalahan. Selain itu, kasih sayang di antara ahli
keluarga dapat dipupuk dengan meluangkan masa lapang bersama. Disebabkan saya kini
menyambung pelajaran di Kuching dan berjauhan daripada keluarga di Serian, saya akan
mengambil peluang untuk meluangkan masa bersama keluarga apabila mereka berkunjung
ke Kuching pada hujung minggu ataupun apabila saya pulang ke rumah waktu cuti sekolah.
Masa yang terluang akan saya gunakan dengan sebaiknya iaitu melebihkan interaksi
bersama ibu bapa dan adik-beradik saya. Amalan sedemikian menunjukkan bahawa jalinan
kekeluargaan mampu dikekalkan bairpun berjauhan jarak.

7.0 Sumbangan Terhadap Masyarakat

Selain daripada sumbangan di dalam institusi kekeluargaan, seseorang insan bermoral juga
seharusnya mampu memberikan sumbangan terhadap masyarakat umum. Ini merupakan
perlakuan moral yang lebih meluas kerana ia melibatkan interaksi individu tersebut bersama
sekumpulan orang yang lebih ramai. Di dalam sesebuah situasi yang melibatkan aktiviti
kemasyarakatan, seseorang inidvidu perlulah bijak dalam bekerjasama dan menerima
pandangan yang pelbagai.

7.1 Menjaga Keharmonian Masyarakat

Dalam konteks kemasyarakatan, sudah tentu kita akan bertembung dengan kepelbagaian
sama ada dari segi fahaman, kepercayaan, amalan dan sebagainya. Sebagai seseorang
yang mementingkan keharmonian masyarakat di sekeliling, kita seharusnya tidak
menimbulkan isu-isu sensitif yang boleh memecahbelahkan perpaduan masyarakat. Saya
sendiri turut mementingkan amalan tersebut tidak kira dengan sesiapa sahaja saya bergaul.
Sebagai contoh, sepanjang mendiami kolej kediaman IPGK Batu Lintang, saya menghormati
dan menerima amalan rakan-rakan yang datang dari latar belakang yang pelbagai. Saya
tidak akan membuat bising hingga ke larut malam atas dasar menghormati rakan-rakan
yang ingin berehat mahupun membuat tugasan. Saya juga akan memastikan saya tidak
mengeluarkan apa-apa kenyataan yang boleh menimbulkan perasaan salah faham
terutamanya apabila bercakap dengan rakan yang berlainan kaum. Selain itu, usaha saya
dalam menjaga keharmonian masyarakat dapat dilihat melalui tindakan yang tidak akan
menimbulkan perbalahan di antara anggota masyarakat. Contohnya adalah saya tidak
menyertai mana pertubuhan yang berniat untuk memecahbelahkan perpaduan masyarakat
dengan menyebarkan propaganda bersifat perkauman. Sebagai anggota masyarakat yang
menjunjung keharmonian, saya akan terus bersikap berkecuali demi kepentingan bersama.

7.2 Menjaga Kebajikan Masyarakat

Di samping itu, saya turut menyumbang kepada masyarakat melalui kegiatan ataupun
aktiviti yang memberikan manfaat kepada sesebuah masyarakat. Sepanjang berada di IPGK
Batu Lintang, saya telah banyak mendapat peluang untuk melakukan aktiviti
kemasyarakatan sama ada di dalam persekitaran sekolah mahupun luar sekolah melalui
program anjuran institut dan juga Bulan Sabit Merah Malaysia. Sebagai contoh, saya
bersama beberapa orang rakan sepengajian telah mewakili Bulan Sabit Merah Malaysia
untuk mengambil bahagian dalam Program Penanaman Pokok Bakau di Kuching Wetlands.
Melalui penglibatan tersebut, saya turut memperolah pengalaman yang sangat berharga di
samping menyumbang kepada pemuliharaan kawasan paya bakau yang akan
memanfaatkan masyarakat sekeliling. Selain daripada kegiatan di peringkat IPG, saya juag
pernah menyumbang tenaga dalam aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan
persekitran di peringkat kampung. Aktiviti seperti ini bukan sahaja mapu merapatkan
hubungan silaturahim di antara anggota masyarakat malahan menambahbaik kehidupan
masyarakat kampung yang mendapat manfaat dairpada gotong-royong pembersihan
tersebut. Saya turut pernah membantu dalam persediaan bagi majlis-majlis di sekitar
kampung sama ada majlis perkahwinan, majlis Pesta Gawai dan lain-lain. Antara aktivit
yang dilakukan adalah seperti mendirikan khemah, menyusun atur kerusi dan meja serta
penyediaan jamuan. Aktiviti kemasyarakatan begini akan memastikan bahawa setiap
anggota masyarakat menyumbang dalam memelihara kebajikan bersama.

7.3 Amalan Bertegur Sapa

Seterusnya, antara amalan yang paling penting dalam kehidupan bermasyarakat ialah
bertegur sapa. Dalam kehidupan saya, saya bergaul dengan individu-individu yang
berlainan latar belakang yang menuntut agar saya bersikap peramah dan baik hati dengan
mereka. Sikap bertegur sapa merupakan cara yang paling mudah bagi menunjukkan
kemesraasn kita terhadap orang lain. Ianya mencerminkan keperibadiaan kita yang mulia
dan ingin mengenali seseorang tanpa rasa syak wasangka. Di dalam situasi IPG, saya
sebagai seorang pelajar sememangnya menegur sapa para pensyarah yang ditemui di luar
kelas. Ini menunjukkan sikap hormat terhadap pihak yang lebih berpengalaman daripada diri
saya. Selain bertegur sapa antara pensayarah serta staff di IPG, saya turut bertegur sapa
sesama rakan-rakan pelajar sama ada yang lebih senior mahupun pelajar junior. Saya tidak
memandang kepada darjat dalam mengamalkan amalan bertegur sapa kerana saya percaya
bahawa setiap manusia mempunyai maruah diri dan hak yang sama rata. Di luar IPG pula,
saya sentiasa memberikan senyuman ikhlas jika berinteraksi dengan mana-mana individu.
Amalan sedemikian bukan sahaja memberikan gambaran yang baik terhadap diri kita
namun juga membentuk personaliti diri yang mulia.

8.0 Konklusi

Sebagai konklusi, membentuk individu yang mengamalkan konsep moral secara


menyeluruh haruslah mengambil kira pelbagai aspek. Individu yang bermoral bukan sahaja
perlu mengetahui definisi nilai-nilai dan memahami konsep-konsep berkaitan moral.
Malahan, individu tersebut juga haruslah berkemampuan dalam mengamalkan amalan yang
menjurus kepada pembentukan kemoralan individu yang menyeluruh. Hal ini mengambil kira
segala tingkah laku, percakapan, emosi serta penaakulan seseorang individu itu ketika
berhadapan dengan dilema moral. Untuk membentuk diri sendiri menjadi insan bermoral,
kita haruslah sedar akan perbuatan kita yang akan menyumbang kepada pembentukan
insan bermoral.

(1941 patah perkataan)


Rujukan

Delayingreen. (2014, December 10). Teori Dan Prinsip Moral. Retrieved February 10, 2019,

from https://delayingreen.wordpress.com/2014/12/10/9/

Fred, M., & Fred, M. (n.d.). 7 model-model insan bermoral. Retrieved February 10, 2019,

from http://www.academia.edu/6641059/7_model-model_insan_bermoral

Kertas konsep moral - Web Pendidikan Moral, Fakulti ... (n.d.). Retrieved February 10, 2019,

from http://pendidikanmoral.um.edu.my/uploads/rujukan/kertas konsep moral.pdf

Perkembangan Moral. (2012, September 23). Retrieved February 10, 2019, from

https://zulhasni.wordpress.com/2012/09/23/perkembangan-moral/

The Possibility of Altruism / Edition 1 by Thomas Nagel ... (n.d.). Retrieved February 10,

2019, from https://barnesandnoble.com/w/possibility-of-altruism-thomas


nagel/1101639718

Вам также может понравиться