Вы находитесь на странице: 1из 6

2.

0 TUGASAN A (a)
2.1 Indeks Kesukaran Iten
Indeks kesukaran item adalah untuk menentukan mutu soalan dalam ujian. Indeks ini
dapat membantu guru untuk menganalis tahap kesesuaian soalan dalam ujian tersebut untuk
murid. Jika terdapat banyak murid tidak dapat menjawab sesuatu item, maka bermakna item
tersebut adalah terlalu sukar dan tidak sesuai. Jika terdapat banyak murid telah menjawab
dengan betul, item tersebut adalah terlalu senang dan tidak sesuai juga. Bagi ujian yang
berbentuk soalan aneka pilihan, indeks kesukaran dikira dengan menggunakan nisbah murid
yang menjawab dengan betul untuk sesuatu item daripada jumlah keseluruhan murid yang
menduduki ujian tersebut seperti yang ditunjukkan di bawah. “p” merupakan kesukaran sesuatu
item.
Bilangan murid menjawab betul
p=
Jumlah murid
Jadual berikut adalah pengkelasan item untuk hasil pengiraan indeks kesukaran.
Jadual 1 Indeks Kesukaran Item
Nilai (p) Pengkelasan Item
0.0 hingga 0.2 Terlalu Sukar
0.21 hingga 0.40 Sukar
0.41 hingga 0.60 Sederhana Sukar
0.61 hingga 0.80 Mudah
0.81 hingga 1.00 Terlalu Mudah

Dari segi kesesuaian soalan ujian objektif, diingati bahawa solan yang terlalu mudah
(p>0.80) atau yang terlalu sukar (p>0.20) tidak akan dapat memberi maklumat psikometrik yang
bermakna. Ini adalah disebabkan, soalan yang terlalu mudah akan dapat dijawab oleh hampir
kesemua pelajar, sementara soalan yang terlalu sukar pula tidak akan dapat dijawab oleh semua
pelajar. Justeru, soalan-soalan ini tidak dapat membezakan pelajar yang lebih rendah
keupayaannya dengan pelajar yang lebih tinggi keupayaannya.
2.2 Ulasan Indeks Kesukaran Item
Berdasarkan pengiraan dan penganalisian data terhadap tahap kesukaran bagi 20 soalan
aneka pilihan ujian subjek Bahasa Melayu sekolah rendah dengan sampelnya seramai 20 orang
murid, saya telah membina satu jadual seperti yang ditunjukkan di bawah untuk menunjukkan
indeks kesukaran item bagi ujian tersebut.
Jadual 2 Data Indeks Kesukaran Item
1
No. Soalan Nilai (p) Pengkelasan Item Kriteria
1 0.60 Mudah Diterima
2 0.35 Sukar Diterima
3 0.75 Mudah Diterima
4 0.70 Mudah Diterima
5 0.35 Sukar Diterima
6 0.30 Sukar Diterima
7 0.55 Sederhana Sukar Diterima
8 0.50 Sederhana Sukar Diterima
9 0 Terlalu Sukar Diubah suai
10 0.70 Mudah Diterima
11 0.75 Mudah Diterima
12 0.90 Terlalu Mudah Digugurkan
13 0.80 Mudah Diterima
14 0.60 Sederhana Sukar Diterima
15 0.05 Terlalu Sukar Diubah suai
16 0.15 Terlalu Sukar Diubah suai
17 0.65 Mudah Diterima
18 0.75 Mudah Diterima
19 0.20 Terlalu Sukar Diubah suai
20 0.85 Terlalu Mudah Digugurkan

Merujuk kepada Jadual 1, kita dapat melihat bahawa soalan 12 dan soalan 20 mempunyai
aras kesukaran 0.85-0.90 di mana pengekelasan item menunjukkan soalan-soalan itu terlalu
mudah untuk diselesaikan. Menurut kriteria yang ditetapkan, soalan 12 dan soalan 20 perlulah
digugurkan terus dalam ujian tersebut. Hal ini demikian kerana murid tidak perlu melibatkan
proses pemikiran yang mendalam untuk menjawab soalan tersebut, dan ini telah menyebabkan
objektif ujian yang ingin menguji tahap penguasaan murid terhadap sesuatu subjek atau topik
telah gagal dijalankan.
Soalan yang dikategorikan mudah 1, 3, 4, 10, 11, 13, 17 dan 18 pula telah dikategorikan
sebagai soalan yang mudah kerana nilainya adalah berada di antara 0.61 hingga 0.80. Walaupun
8 soalan tersebut mempunyai aras kesukaran yang mudah, tetapi dianggap agak sesuai dalam
ujian. Walau bagaimanapun, soalan-soalan ini juga perlulah diubahsuai dengan meningkatkan

2
sedikit kesukaran untuk menjadi soalan yang sederhana sukar supaya soalan tersebut dapat
menguji tahap penguasaan murid dengan lebih tepat.
Seterusnya, didapati bahawa terdapat sebanyak 3 soalan mempunyai aras kesukaran
yang sederhana sukar iaitu berada di nilai 0.41 hingga 0.60. Ini bermakna 3 soalan tersebut
adalah sesuai dan boleh ditadbirkan dalam ujian kerana ia boleh membantu guru untuk mengenal
pasti kefahaman murid terhadap sesuatu subjek atau topik dan membezakan keupayaan
menjawab antara pelajar yang lemah dan yang berkemahiran. Soalan seperti itu tidaklah terlalu
mudah atau terlalu sukar untuk dijawab dan sesuai untuk menguji pengetahuan mengikut aras
kemampuan kumpulan para pelajar yang tertentu.
Di samping itu, soalan yang berada pada aras yang sukar, iaitu nilainya 0.21-0.40 adalah
terdapat 3 soalan yang berada dalam aras sukar yang nilainya di antara 0.21 hingga 0.40.
Nombor soalan yang dikategorikan sebagai sukar ialah soalan 2, soalan 5 dan soalan 6.
Walaupun berada dalam aras sukar, tetapi soalan-soalan ini dianggap agak sesuai dalam ujian.
Walau bagaimanapun, soalan-soalan ini perlulah diperbaiki dan diseimbangkan mengikut aras
kemampuan pelajar. merendahkan tahap kesukaran supaya menjadi soalan yang sederhana
sukar.
Akhirnya, terdapat sebanyak 4 soalan yang paling banyak gagal dijawab oleh pelajar telah
dikategorikan sebagai soalan yang terlalu sukar iaitu soalan 9, soalan 15, soalan 16 dan soalan
19. Empat soalan ini berada antara nilai 0.0 dengan 0.2. Soalan-soalan ini adalah tidak sesuai
untuk ditadbirkan dalam ujian kerana soalan yang terlalu sukar tidak dapat menguji tahap
penguasaan murid terhadap sesuatu subjek atau topik yang sebenar. Kebanyakan murid hanya
dapat meneka jawapan dan lanjutannya menyebabkan kesahan dan kebolehpercayaan
dikurangkan dan juga menjejaskan ketepatan maklum balas yang diberikan.
2.3 Indeks Diskriminasi Item
Indeks diskriminasi item ialah indeks yang dapat membezakan/ mendiskriminasikan
antara pelajar yang berkeupayaan rendah dengan pelajar yang berpencapaian tinggi. Menurut
Mehrens dan Lehmann (1991), item yang baik akan dapat membezakan atau mendiskriminasikan
antara murid yang berkeupayaan rendah dan yang berkeupayaan tinggi. Ini bermaksud jika guru
tidak dapat mengenal pasti murid yang lebih pandai dan murid yang lemah melalui sesuatu item,
maka item dikira tidak baik dan perlulah diubahsuai supaya guru dapat membezakan murid yang
pandai dan murid yang lemah. Cara pengiraan indeks diskriminasi item adalah seperti yang
berikut.
RA −RB
d=1
(Jumlah murid dalam A dan B)
2

3
d merupakan nilai indeks diskriminasi, RA merujuk kepada bilangan murid yang
berpencapaian tinggi yang mendapat jawapan betul bagi sesuatu item dan RB merupakan
bilangan murid yang berpencapaian rendah yang mendapat jawapan betul. A dan B pula merujuk
kepada jumlah murid dalam kumpulan berpencapaian tinggi dan kumpulan berpencapaian
rendah. Menurut Wiersma & Jurs (1990), murid yang mempunyai pencapaian tinggi merupakan
27% murid yang mendapat markah tertinggi dalam ujian manakala murid yang mempunyai
pencapaian rendah merupakan 27% murid yang mendapat markah terendah dalam ujian. Jadual
berikut telah menunjukkan pengkelasan item bagi hasil pengiraan indeks diskriminasi.
Jadual 3 Data Indeks Diskriminasi Item
Nilai Pengkelasan Item
0.0 hingga 0.1 Tidak Baik
0.11 hingga 0.20 Kurang Baik
0.21 hingga 0.30 Sederhana Baik
0.31 hingga 0.40 Baik
0.41 hingga 1.00 Sangat Baik

Menurut Mehrens dan Lehmann (1991), indeks diskriminasi yang melebihi 0.20 ke atas
merupakan item yang boleh diterima dan baik sekiranya pencapaian murid telah dibahagikan
kepada kumpulan pencapaian atas dan kumpulan pencapaian rendah. Jika item tersebut kurang
daripada 0.20, maka bermaksud item ini adalah tidak baik dan perlulah diubahsuai atau terus
digugurkan daripada ujian.
2.4 Ulasan Indeks Diskriminasi Item
Saya telah melakukan suatu pengiraan indeks diskriminasi untuk sesuatu ujian subjek
Bahasa Melayu yang melibatkan 20 orang murid. Ujian tersebut terdapat 20 soalan yang
mempunyai tahap kesukaran yang berbeza. Setelah mengira indeks diskriminasi bagi semua item
dalam ujian tersebut, saya telah membina satu jadual yang menunjukkan hasil indeks diskriminasi
dan pengkelasannya.
Jadual 2 Data Indeks Diskriminasi Item
No. Soalan Nilai Pengkelasan Item
1 0.2 Kurang Baik
2 0.4 Baik
3 0.2 Kurang Baik
4 0.6 Sangat Baik

4
5 0.6 Sangat Baik
6 0.4 Baik
7 0.4 Baik
8 0.4 Baik
9 0 Tidak Baik
10 0.4 Baik
11 0 Tidak Baik
12 0.4 Baik
13 0.4 Baik
14 0 Tidak Baik
15 0.2 Kurang Baik
16 0.2 Kurang Baik
17 0.4 Baik
18 0.4 Baik
19 0.6 Sangat Baik
20 0.4 Baik

Daripada jadual di atas, saya telah mendapati terdapat 3 soalan yang dikategorikan tidak
baik dan ketiga-tiga soalan ini mendapat nilai 0. Salah satu sebab item tersebut mendapat nilai 0
ialah soalan itu mempunyai tahap kesukaran yang sangat tinggi dan menyebabkan tidak ada
seorang murid dari kumpulan berpencapaian tinggi dan kumpulan berpencapaian rendah dapat
menjawab dengan betul. Keadaan ini telah ditunjukkan pada soalan 9. Untuk soalan 11 dan 14,
sebab kedua-dua items ini mendapat nilai 0 ialah bilangan pelajar menjawab items tersebut
dengan betul dari kumpulan berpencapaian tinggi dan kumpulan berpencapaian rendah adalah
sama. Sesuatu item yang baik sepatutnya dapat membezakan antara murid yang berpencapaian
tinggi dan berpencapaian rendah, maka ketiga-tiga items tersebut perlulah diperbaiki atau
digugurkan kerana tidak dapat membezakan pencapaian murid.
Selain itu, items yang mendapat nilai 0.11 hingga 0.20 juga perlu diubahsuai atau
digugurkan kerana dalam kategori kurang baik. Terdapat sebanyak 4 soalan dalam kategori
kurang baik iaitu soalan 1, soalan 3, soalan 15 dan soalan 16. Terdapat dua sebab yang
menyebabkan 4 items tersebut perlu diubahsuai atau digugurkan, iaitu items tersebut adalah
mudah dan terlalu sukar. Soalan 1 dan 3 merupakan items yang mudah dan ini telah menjadikan
perbezaan bilangan murid yang menjawab betul antara kumpulan pencapaian tinggi dan
pencapaian rendah hanya 1 orang sahaja. Soalan yang mudah menyebabkan murid
5
berpencapaian rendah juga dapat menjawabnya dengan senang. Untuk soalan 15 dan 16, dua
items ini berada dalam tahap terlalu sukar. Perbezaan bilangan murid yang menjawab dengan
betul antara kumpulan pencapaian tinggi dan pencapaian rendah juga hanya 1 orang sahaja
tetapi sebabnya ialah murid daripada kumpulan pencapaian tinggi tidak dapat menjawab items
tersebut kerana terlalu sukar. Terdapat juga kemungkinan murid-murid mendapat jawapan yang
betul dengan menggunakan tekaan sahaja dan kebetulan tekaan mereka adalah tepat. Oleh yang
demikian, 4 soalan tersebut perlu diubahsuai atau digugurkan kerana tidak dapat melihat
perbezaan pencapaian murid antara kumpulan pencapaian tinggi dengan kumpulan pencapaian
rendah.
Seterusnya, soalan 2, 6, 7, 8, 10, 12, 13, 17, 18 dan 20 yang mendapat nilai 0.4
merupakan items yang diskriminasinya baik. Terdapat juga sebanyak 3 soalan iaitu soalan 4, 5
dan 19 yang mendapat indeks diskriminasi 0.6 telah dikategorikan sebagai items yang
diskriminasinya sangat baik. Soalan-soalan ini boleh diterima dan dikekalkan dalam ujian kerana
dapat membezakan murid yang berpencapaian tinggi dan murid yang berpencapaian rendah.
2.5 Penutup
Kesimpulannya, guru perlulah melakukan indeks kesukaran dan indeks diskriminasi untuk
mengenalpasti kesesuaian tahap kesukaran sesuatu items dan membezakan murid yang
berpencapaian tinggi dan berpencapaian rendah dalam kelas. Jika didapati items tersebut adalah
tidak sesuai, guru perlulah mengubahsuaikan atau menggantikan items tersebut dengan item
yang lebih baik untuk memastikan objektif ujian dapat mencapai.

Вам также может понравиться