Вы находитесь на странице: 1из 2

Kewujudan kerajaan Funan sejak awal abad pertama bertempat di Lembah sungai

Mekong.Ianya berpusat di Vyadhaphura.Kemashyuran kerajaan ini dapat dilihat dalam


aspek pemerintahan,ekonomi,agama dan kemunculan perlabuhan.Kerajaan Funan
mashyur ketika diperintah oleh Fan Shin Man.Beliau telah meluaskan empayar Funan ke
Sungai Mekong hingga Teluk Camranh di sebelah timur.Kemudian beliau menguasai selatan
Myanmar dan Segenting Kra.Kejayaan beliau menguasai wilayah ini membolehkan Funan
menguasai jalan perdagangan utama antara timur dan barat,kesanya pada abad ketiga
Funan menjadi pusat perdagangan utama di Alam Melayu.Seterusnya,hubungan diplomatik
merupakan hubungan politik diantara dua kerajaan.Dalam hal ini,kerajaan Funan telah
menjalankan hubunan diplomatic dengan kerajaan di China dan India.kerajaan Funan telah
menjalinkan hubungan dengan China pada abad ketiga dengan menghantar utusan untuk
memohon bantuan kententeraan bagi menentang Dai Viet.Bagi hubungan dengan India
pula,utusan telah dihantar pada abad ketiga untuk memperkukuh hubungan perdagangan
dan keagamaan dengan India.Selain itu,system pemerintahan yang diamalkan oleh
Kerajaan Funan ialah system beraja.Sistem beraja ini terbahagi kepada dua,iaitu pusat dan
wilayah.Raja raja Funan menggunakan pelbagai gelaran,antaranya termasuklah Krung
Bnam yang bermaksud raja gunung,Rajadhiraja yang melambangkan raja Funan sebagai
raja segala raja dan Cakravatin yang bermaksud pemerintah alam sejagat.Raja Funan
dibantu oleh golongan agama dan golongan tentera.Funa dibahagikan kepada tujuh
wilayah.Ketua wilayahini terdiri daripada putera - putera diraja.Mereka digelar sebagai Raja
Kecil.Bagi kegiatn ekonomi dari sefi pertanian pula,kerajaan Funan yang terletak di Lembah
Sungai Mekong mendapat manfaat daripada kesuburan tanahnya.Hujan membekalkan air
ke tasik - tasik besar yang digunakan untuk mengairi kawasan sawah padi. Dari segi
perdagangan pula,kerajaan Funan mempunyai pelabuhan di Oc Eo.Antara barang yang
didagangkan ialah dammar,kapur barus,kayu cendana dan gaharu.Masyarakat kerajaan
Funan menghasilkan pelbagai barangan daripada bijih besi dan emas seperti barang
perhiasan.Kekayaan sumber alam di kerajaan Funan menyebabkan pelbagai kegiatan
ekonomi dapat dijalankan.Kemajuan kerajaan Funan juga dapat dilihat dalam aspek
sosiobudaya iaitu dari aspek bahasa dan tulisan, persuratan,seni bina serta struktur
sosial.Perkembangan bahasa berkait rapat dengan perkembangan system tulisan.Sifat
keterbukaan masyarakat kerajaan melayu membolehkan system penulisan berkembang
dalam kerajaan Funan.Pengunaan bahasa turut mengalami situasi yang sama.Kerajaan
Funan menjadikan bahasa Sanskrit sebagai bahasa utama.Hal ini dibuktikan dengan
penemuan batu bersurat Funan bertarikh abad kedua.Tulisan masyarakat Funan pula
berasaskan tulisan orang Hu yang menggunakan tulisan orang India.Sebelum system
penulisan digunakan dengan meluas,masyarakat kerajaan Alam Melayu terkenal dengan
tradisi lisan.Tradisi lisan lahir berdasarkan alam sekeliling.Tema utama tradisi lisan
bertemakan asal usul,binatang,nasihat,seloka,teladan dan adat.Apabila system tulisan
wujud,persuratan berkembang dalam kalangan masyarakat.Persuratan merupakan antara
bukti keintelektualan masyarakat kerajaan Alam Melayu.Bukti kegiatan persuratan awal
kerajaan Alam Melayu yang ditemukan adalah dalam bentuk batu bersurat.kegiatan
persuratan kerajaan Funan dibuktikan dengan penemuan batu bersurat terawal di Alam
Melayu yang bertarikh abad kedua.Dari aspek seni bina pula,masyarakat Funan mampu
membina kapal besar yang boleh memuatkan sehingga 700 orang dan 1000 tan kargo
barangan.Merka juga terkenal dengan perahu panjang yang boleh membawa 100 orang
penumpang.Sistem pengairan juga dibina untuk mengawal limpahan air dan mengalirkan
air masin keluar dari tanah pertanian.Bagi candi pula,ianya telah dibina sebagai rumah
ibadat,pusat pendidikan dan pertemuan masyarakat.Tinggalan candi masyarakat Funan
yang ditemukan ialah Candi Go Cay.Masyarakat kerajaan Alam Melayu terikat dengan
struktur social yang hamper sama.Asas struktur ini terbahagi kepada kelas atasan yang
dikenali sebagai golongan pemerintah dan kelas bawahn dikenali sebagai golongan
diperintah.Golongan pemerintah terbahagi kepada dua iaitu golongan diraja dan
bangsawan.golongan diraja adalah orang yang berstatus tinggi,terdiri daripada raja,dan
kerabat diraja.Bangsawan pula ialah orang yang mendukung system pentadbiran kerajaan
serata terdiri daripada pembesar,ilmuwan,golongan agama dan pendeta istana.Golongan
diperintah juga terbahagi kepada iaitu rakyat merdeka dan hamba.Rakyat merdeka ialah
orang yang mengukuhkan system beraja melalui konsep taat setia dan menjana ekonomi
kerajaan,terdiri daripada pekerja istana,askar,petani,penternak,pedagang,nelayan dan
artisan.Hamba pula berkhidmat dalam sector sosioekonomi dan meningkatkan status
pemiliknya.Ianya terdiri daripada tawanan perang,hamba berhutang dan rela menjadi
hamba.Kepelbagaian sosiobudaya masyarakat kerajaan Funan memperlihatkan
kebijaksanaan manusia.Perkembangan ini juga menunjukkan bahawa masyarakat kerajaan
Funan saling bekerjasama untuk mempertingkatkan kehidupan mereka.Hal ini harus
menjadi inspirasi kepada peningkatan penciptaan untuk kemajuan Negara sekali gus
memupuk kemuafakatan dalam kalangan masyarakat.Raja Funan yang terakhir ialah
Rudravaman.Serangan kerajaan Chenla yang terletak di utara Funan telah menyebabkan
kemerosotan kerajaan Funan.

Вам также может понравиться