Вы находитесь на странице: 1из 10

1.

0 PENDAHULUAN
Pendidikan adalah satu proses perubahan tingkah laku yang kekal bagi
memenuhi hasrat falsafah pendidikan negara (Mohd. Nor Anuar, 2012). Satu daripada
persamaan antara negara-negara maju adalah dari segi tahap pendidikan yang telah
dicapai. Menurut Alim Suryanto (2016), negara maju pada umumnya memiliki tahap
pendidikan yang amat tinggi. Kenyataan ini jelas menunjukkan bahawa pendidikan
adalah satu unsur yang signifikan dalam menyumbang kepada kemajuan sesebuah
negara. Oleh itu, pendidikan yang berkualiti harus disediakan kepada generasi-generasi
muda lahirnya modal insan yang menguasai kemahiran abad ke-21 dengan kebolehan
dan kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif mampu untuk bersaing di
peringkat global (Ismail, Sidek & Mahbib, 2015).
Menurut Phoenix (1958) dalam Mohd Nor Anuar (2012), kurikulum merupakan
satu corak atau rupa bentuk program pendidikan sekolah yang tersusun mengikut aturan
prosedur tertentu. Hal ini dapat mencerminkan hasil-hasil pengajaran yang diingini
dengan jelas dan nyata melalui satu struktur yang bersiri. Justeru, kurikulum dapat
dijadikan panduan kepada guru untuk menetapkan objektif pengajaran dan pembelajaran
di samping mengenal pasti isi kandungan dan aktiviti pengajaran yang relevan dan
sesuai serta dapat dijalankan di dalam bilik darjah.
Sehubungan dengan itu, kurikulum pendidikan di negara kita turut digubal
sebagai suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan” (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012). Dalam
pengetahuan kita, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) adalah hasil daripada
perubahan kurikulum daripada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang
mula dilaksanakan pada tahun 2011 (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2015).
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan sebagai satu usaha
menyusun semula dan membuat penambahbaikan di dalam kurikulum sekolah rendah
(Dayana Farzeeha Ali, Cheng Lee Yee dan Mohd Nur Khafiz Hussin, 2014).
Dalam aspek reka bentuk kurikulum, penambahbaikkan telah dilakukan terhadap
KSSR dengan perincian tunjang-tunjang. Reka bentuk KSSR adalah berasaskan enam
tunjang, iaitu komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai, kemanusiaan, perkembangan
fizikal dan estetika, sains dan teknologi dan keterampilan. Fokus KSSR menjadi lebih
menyeluruh dan holistik dengan menambah penguasaan elemen menaakul yang
merupakan satu kemahiran yang penting dalam bidang Sains dan Matematik. Perubahan
ini diharapkan dapat menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat.

1.1 Pengenalan
Matematik merupakan satu bidang yang amat luas dan geometri merupakan satu
cabang penting di dalamnya. Geometri ditakrifkan sebagai objek-objek yang
berhubungan dengan ruang dari berbagai dimensi (Mursalin Dosen Prodi, 2016). Secara
umumnya, kurikulum geometri dan ruang adalah untuk murid membuat penaakulan logik,
visualisasi ruang, analisis, deduksi tak formal, pemikiran abstrak dan penyelesaian
masalah. Secara khususnya, murid boleh memperluaskan penggunaan kemahiran
operasi asas tambah, tolak, darab, dan bahagi yang berkait dengan geometri dan ruang
(Bahagian Perkembangan Kurikulum, 2014). Di samping itu, murid berpeluang
mengetahui konsep geometri dan ruang membabitkan titik, garisan, permukaan, sudut,
panjang, dan jarak serta memilih dan menggunakan unit ukuran yang sesuai untuk
memahami konsep panjang, luas, dan isi padu (Minetola, Ziegenfuss, & Chrisman, 2014
& Tubach & Henthorne, 2010).
Bahagian Pembangunan Kurikulum (2010) telah mengkategorikan kemahiran
Matematik, kemahiran menganalisis, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran
membuat penyelidikan, kemahiran berkomunikasi dan kemahiran menggunakan
teknologi sebagai kemahiran yang perlu dikuasai dalam pendidikan Matematik di sekolah
rendah.Menurut Gary L.M., William F.B. & Blake E.P (2004) dalam Vincent Ho Zhen
Hang (2018), pembelajaran bentuk geometri dam ciri-ciri bentuk adalah komponen yang
penting dalam pendidikan Matematik sekolah rendah yang menyeluruh. Dalam sistem
pendidikan di Malaysia, topik-topik geometri diajar secara formal seawal dari peringkat
sekolah rendah lagi. Seperti yang telah dinyatakan dalam Dokumen Standard Kurikulum
dan Pentaksiran (DSKP), mengenal pasti bentuk dua dimensi merupakan salah satu
fokus utama dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik.
Kepentingan ilmu pengetahuan geometri dapat dibuktikan oleh Laporan Trends
in International Mathematics and Science Study (TIMSS) yang mentakrifkan TIMSS
sebagai satu pentaksiran pembelajaran peringkat antarabangsa dengan fokus kajian
kepada pentaksiran matematik dan sains. 20% daripada domain kandungan Matematik
TIMSS adalah Geometri seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.1.
Rajah 1.1: Purata pencapaian mengikut domain kandungan Matematik

Di samping itu, Math Kangaroo Test juga memaparkan ilmu pengetahuan


geometri adalah penting dalam Matematik. Contoh soalan Math Kangaroo Test 2014
telah ditunjukkan dalam Rajah 1.2.
Rajah 1.2: Contoh soalan Math Kangaroo Test 2014

Rumusnya bahawa geometri telah memainkan peranan penting dan tidak dapat
dipisahkan dengan kehidupan harian manusia.

1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran


Menurut Dewey, J. (1993) dalam Then Moli A/P Kanippan (2013), refleksi adalah
sesuatu yang memerlukan individu sentiasa berusaha mencari maklumat dan
pengetahuan bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul, komited dan sentiasa
berasa tanggungjawab dalam memikirkan sesuatu masalah itu dengan lebih mendalam
dan terperinci.
Saya merupakan seorang guru pelatih yang telah menjalani sesi Pengalaman
Berasaskan Sekolah (PBS) fasa 1, fasa 2 dan fasa 3 di sekolah rendah. Semasa
menjalani PBS fasa 2, saya telah menjalankan sebanyak tiga pemerhatian atas
pengajaran guru berkaitan topik bentuk Tahun 2. Melalui pemerhatian pada masa itu,
saya mendapati bahawa murid-murid tidak dapat mengenal pasti ciri-ciri bentuk dua
dimensi (2D) secara berkesan. Sebagai contoh, apabila ciri-ciri bulatan seperti tidak ada
bucu diberikan dalam bentuk pernyataan, murid menjawab segi tiga sedangkan jawapan
betul ialah bulatan. Namun, saya mendapati bahawa penguasaan murid-murid dalam
konsep mengenal pasti bentuk dua dimensi berdasarkan huraian ciri-cirinya adalah
lemah walaupun banyak bimbingan yang telah diberikan oleh guru. Justeru, saya
berpendapat bahawa hal ini berlaku kerana konsep asas kemahiran bentuk 2D yang
masih tidak kukuh semasa berada di Tahun 1. Ini telah mengakibatkan murid tidak dapt
menyelesaikan soalan mengenal pasti bentuk dua dimensi berdasarkan huraian ciri-ciri
bentuk.
Selepas pemerhatian pertama, saya menjalani satu sesi temu bual yang ringkas
dengan guru Matematik kelas tersebut untuk lebih menguasai tahap pemahaman dan
penguasaan kemahiran mengenal pasti bentuk dua dimensi berdasarkan huraian ciri-
cirinya. Berdasarkan temu bual tersebut, saya dimaklumkan bahawa kaedah yang
digunakan adalah amalan yang biasa digunakan iaitu melalui cara hafalan. Saya juga
meminta lembaran kerja daripada guru Matematik. Setelah mengumpul hasil jawapan
daripada murid-murid, saya mendapati terdapat segelintir murid yang tidak dapat
menguasai kemahiran mengenal pasti bentuk dua dimensi berdasarkan huraian ciri-
cirinya.
Sebagai seorang guru, saya menyedari tanggungjawab saya untuk
mengukuhkan asas ilmu pengetahuan murid-murid. Yildiz et al. (2010) pemahaman
pelajar terhadap konsep merupakan kemahiran matematik yang perlu dimiliki oleh
pelajar. Oleh itu, daripada pengalaman PBS yang telah saya alami, saya menyedari
bahawa asas ilmu pengetahuan murid dalam topik bentuk 2D perlu dikukuhkan. Secara
implisit, timbulnya keinginan bagi saya untuk mengubah amalan pengajaran bagi
kemahiran bentuk 2D murid Tahun 2.

2.0 FOKUS KAJIAN


2.1 Pemilihan Fokus Kajian
Topik mengenal bentuk dua dimensi merupakan topik yang perlu dipelajari oleh
setiap murid sekolah rendah dari tahun 1 hingga tahun 6. Tahap kesukaran topik tersebut
adalah semakin mencabar seperti yang dinyatakan dalam Dokumen Standard Kurikulum
dan Pentaksiran (DSKP). Dalam DSKP Matematik Tahun 1 dengan Standard
Pembelajaran 7.2.1 Menamakan bentuk segiempat sama, segiempat tepat, segitiga dan
bulatan, 7.2.2 Memperihalkan garis lurus, sisi, bucu dan lengkung bagi bentuk dua
dimensi dan DSKP Matematik Tahun 2 Standard Pembelajaran 7.2.1 Mengenal pasti
bentuk dua dimensi berdasarkan huraian ciri-cirinya (Bahagian Pembangunan Kurikulum,
2016).
Oleh yang demikian, kajian ini dilakukan adalah berdasarkan masalah dalam
kemahiran tersebut yang telah dikenalpasti dalam kalangan murid-murid Tahun 2.
Rasional untuk menjalankan kajian ke atas murid-murid Tahun 2 adalah kerana mereka
telah mempunyai pengetahuan asas semasa di Tahun 3. Namun, murid tidak dapat
menghasilkan satu gambaran yang jelas dalam minda disebabkan kaedah tradisional
iaitu kaedah chalk and talk adalah terlalu abstrak bagi mereka.Jadi, kajian ini akan
dijalankan untuk melihat kesan pengubahan amalan pengajaran khususnya bagi
menyelesaikan masalah mengenal pasti bentuk dua dimensi berdasarkan huraian ciri-
cirinya melalui bahan konkrit yang bernama Magic Plasticine. Menurut Wong, K.W. et.al
(2013), penguasaan penaakulan logik murid tahap 1 terikat kepada pengalaman deria
dan bahan yang konkrit sahaja. Magic Plasticine merupakan salah satu bahan konkrit
yang sesuai dengan murid tahap 1. Selain itu, kajian ini juga dijangka akan meningkatkan
minat murid terhadap soalan mengenal pasti bentuk dua dimensi berdasarkan huraian
ciri-cirinya.
Dengan menekankan penggunaan Magic Plasticine dalam membimbing
menyelesaikan masalah murid, saya mengharapkan murid boleh menyelesaikan
masalah matematik dengan lebih baik. Hal ini seterusnya diharapkan akan dapat
membantu mereka menghadapi peperiksaan serta lulus dengan baik dalam mata
pelajaran Matematik.

2.2 Pengumpulan Data Awal

Menurut Lau, P. N.K. (2004), setiap guru mesti mengenal pasti masalah
pembelajaran murid pada proses pengumpulan data awal. Melalui analisis dokumen bagi
lembaran kerja murid, saya telah mengenal pasti beberapa kesilapan yang biasa
dilakukan oleh murid. Berikut merupakan kesilapan yang dilakukan oleh murid semasa
menyelesaikan soalan mengenal pasti bentuk dua dimensi berdasarkan huraian ciri-
cirinya.

Rajah 2.1: Kesilapan mengenal pasti bucu dan sisi panjang bentuk dua dimensi

Rajah 2.2: Kesilapan mengenal pasti bentuk 2D berdasarkan gambar

Rajah 2.3: Kesilapan mengenal pasti bentuk 2D berdasarkan huraian ciri-ciri

Rajah 2.4: Kesilapan membezakan bentuk 2S dalam kumpulan yang sama

2.3 Tindakan
Dalam kajian tindakan ini, Model Kemmis dan McTaggart (1988) telah dipilih
untuk dijadikan panduan semasa menjalankan penyelidikan tindakan saya. Model
Kemmis dan McTaggart (1988) menyatakan bahawa kajian tindakan merupakan satu
bentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan secara kolektif, dilakukan oleh peserta lain
yang berada dalam sesuatu situasi sosial. Model Reka Bentuk Kajian oleh Stephen
Kemmis (1983) dan McTaggart (1988) ini menyarankan empat langkah dalam kajian
tindakan yang dijalankan berdasarkan kitaran, iaitu merancang, bertindak, memerhati
dan mereflek. Bahagian-bahagian ini kemudian diulang dengan perancangan hasil
ulangkaji dan tindakan yang seterusnya.

Pengkaji menggunakan Model Kajian Tindakan Kurt Lewin (1946) dalam kajian tindakan
yang akan dilaksanakan. Merujuk kepada model ini, kajian tindakan ini mempunyai
empat fasa perkembangan utama, iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek.
Mengikut Lewin, masalah yang dikaji dalam tahap pertama boleh disambung dan
diteruskan di dalam tahap kedua, tahap ketiga sehingga masalah yang berkaitan telah
diselesaikan secara optimum.

Berdasrkan model tersebut, pengkaji melaksanakan tinjauan dan refleksi awal


berdasarkan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam pratikum fasa yang pertama dan
kedua. Seterusnya, pengkaji menjalankan tinjauan awal di sekolah kajian, Kanowit.
Rekod-rekod prestasi murid dianalisis bagi mendapatkan maklumat awal. Setelah
mendapat pengumpulan data awal, pengkaji melakukan proses refleksi terhadap
keputusan soal selidik yang dijawab oleh peserta kajian. Dengan merujuk analisis borang
soal selidik serta tinjauan awal seperli ujian diagnostik kepada peserta

3.0 OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

Dalam bahagian ini, objektif kajian tindakan dan soalan kajian tindakan akan
dibincangkan.

3.1 Objektif Kajian

Kajian ini mempunyai objektif-objektif seperti berikut:


(a) Membantu meningkatkan kebolehan dan keupayaan murid melakukan
penukaran unit bagi ukuran panjang dalam pecahan dan perpuluhan.
(b) Membantu meningkatkan kebolehan dan keupayaan murid melakukan
pendaraban dalam pecahan dan perpuluhan.

3.2 Soalan Kajian

Dalam kajian ini, pengkaji akan cuba menjawab soalan-soalan berikut:


(a) Adakah kaedah pembahagian penyebut dan kaedah petak membantu
murid Tahun 5 dalam meningkatkan pencapaian dalam penukaran unit?
(b) Bagaimanakah kaedah pembahagian penyebut dan kaedah petak
membantu murid Tahun 5 dalam mengukuhkan penguasaan terhadap
pendaraban dalam pecahan dan perpuluhan?

4.0 PESERTA KAJIAN

Beberapa penilaian dan pemerhatian akan dilaksanakan oleh pengkaji sepanjang


sesi pembelajaran dan pengajaran (PdP) untuk topik Panjang. Pengkaji akan memilih 6
orang responden yang merupakan murid Tahun 5 di sebuah sekolah di Miri. 6 orang
responden ini dipilih untuk melihat keupayaan mereka menggunakan kaedah
pembahagian penyebut dan kaedah petak dalam menyelesaikan soalan penukaran unit
panjang dalam pecahan dan perpuluhan. Terdapat beberapa kriteria yang ditetapkan
semasa pemilihan responden, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.1.
Menguasai sifir

Mahir mendarab nombor dengan


nombor bulat

Lemah dalam mendarab nombor


dengan nombor pecahan dan
perpuluhan

Kriteria Pemilihan Responden

Lemah dalam penukaran unit


bagi ukuran panjang

Menguasai kemahiran 3M

Rekod kehadiran yang baik

Rajah 4.1: Kriteria Pemilihan Responden

Untuk mengenal pasti murid yang lemah dalam penukaran unit panjang, satu kuiz
pintas akan dilaksanakan semasa sesi PdP di dalam bilik darjah. Berdasarkan
pencapaian mereka dalam kuiz pintas yang dilaksanakan, pengkaji dapat menguji
penguasaan responden dalam menyelesaikan soalan penukaran unit panjang.

Dalam kajian ini, tiga orang murid lelaki dan tiga orang murid perempuan akan
dipilih. Keenam-enam responden yang dipilih ini akan mempunyai latar belakang yang
berbeza. Mereka perlu menepati kriteria-kriteria pemilihan yang telah ditetapkan oleh
pengkaji.
Menurut Ho T.T. et.al (2014), tinjauan literature digunakan untuk memahami pengkajian
yang dijalankan oleh pengkaji dengan lebih terperinci iaitu yang melibatkan penjelasan
tentang konsep, teori, model dan prinsip yang diamalkan.
Setelah pengkaji meninjau beberapa kajian tindakan mengenai intervensi terhadap
masalah dalam mengenal bentuk dua dimensi, pengkaji mendapati bahawa inovasi
“Program Bijak Dimensi, Program 2D Bestari” oleh Encik Ahmad Fadhil bin Mustaffa
dari Sekolah Kebangsaan Ulu Beranang, Negeri Sembilan merupakan intervensi yang
paling sesuai.
Beliau telah menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran. Beliau menggunakan kemudahan TMK bagi
mengambarkan dengan lebih jelas pembinaan bentuk-bentuk 2D melibatkan
pergerakan imej. Murid juga akan menjawab soalan latih tubi menggunakan komputer
sehingga mereka benar-benar mahir dengan bentuk 2D. Beliau membekalkan soalan
pada lembaran kerja dan murid menjawab soalan. Soalan pada lembaran kerja ini
diasingkan mengikut aras kemahiran bermula dari mudah ke sukar.
Murid lebih mudah memahami dan meningkatkan motivasi murid kerana menggunakan
kemudahn TMK. Murid juga lebih seronok belajar dengan kaedah ini dan dapat
memahami bentuk-bentuk 2D setelah menjawab soalan latih tubi berulang kali. Murid
lebih berminat untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang disediakan. Murid menjalankan
aktiviti dengan arahan guru. Di samping itu juga murid gemar membuat latih tubi
dengan menggunakan bahan berbantukan komputer.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam kajian tindakan tersebut telah memberi kesan
yang baik dalam membantu murid mengenali bentuk-bentuk 2D dengan lebih baik.
Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran itu lebih menarik dan
berkesan serta mengurangkan risiko kegagalan murid.
Oleh itu, kajian tindakan Program Bijak Dimensi, Program 2D Bestari akan sebagai
panduan literature untuk melaksanakan kajian tindakan pengkaji.

Вам также может понравиться