Вы находитесь на странице: 1из 2

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang bijaksana, guru

besar, guru-guru dan rakan-rakan seperjuangan. Selamat pagi dan

salam sejahtera. Pada hari ini saya akan menyampaikan syarahan yang

bertajuk “Cara-cara membalas jasa ibu bapa”.

Hadirin yang dihormati,

Pernahkah anda mendengar cerita “Si Tanggang”? Sebuah kisah

sedih tentang anak yang menderhaka kepada ibunya. Pernahkah anda

melukai hati ibu bapa anda? Tepuk dada tanya selera.

Ibu bapa ialah insan yang paling bermakna dalam hidup kita. Tanpa

mereka, kita tidak mungkin wujud di alam fana ini. Sejak dilahirkan lagi,

kita dijaga oleh ibu bapa dengan penuh kasih sayang, bagai menatang

minyak yang penuh. Mereka telah banyak berkorban untuk kita. Oleh

itu, kita sewajarnya membalas jasa kedua-dua ibu bapa kita.

Antaranya, kita perlu belajar bersungguh-sungguh. Kejayaan yang

cemerlang dalam pelajaran sudah tentu mampu menggembirakan ibu

bapa yang bersusah payah membesarkan kita. Sesungguhnya setiap ibu

bapa inginkan anaknya berjaya dalam pelajaran kerana pelajaran boleh

menentukan masa depan kita.

Kedua, kita hendaklah menjadi anak yang berperibadi mulia. Kita

mestilah sentiasa berkelakuan baik dan berlemah-lembut semasa


bertutur dengan ibu bapa. Kita hendaklah patuh kepada ibu bapa dan

jadikan nasihat mereka sebagai pedoman hidup.

Ketiga, kita mestilah bersikap ringan tulang. Ibu bapa telah penat

bekerja seharian untuk mencari nafkah demi menyara keluarga. Sebagai

anak, kita hendaklah membantu ibu bapa melakukan kerja rumah bagi

meringankan beban mereka. Contohnya mengemas rumah, menjaga adik

dan sebagainya.

Kesimpulannya, hargailah jasa ibu bapa ketika masih mempunyai

peluang. Janganlah kita bersikap bagai kacang lupakan kulit kerana

kasih sayang ibu bapa tiada ternilai dengan wang ringgit.

Sekian, terima kasih.

Вам также может понравиться