Вы находитесь на странице: 1из 6

GGGB6373

DASAR BIMBINGAN DI SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH.

REFLEKSI SESI SEBAGAI KLIEN

1.0 LATAR BELAKANG SESI

SESI 1: Pada 8 November 2017, satu sesi kaunseling telah dijalankan bersama seorang
kaunselor berdaftar Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya (JPWPP). Sesi
berjalan sekitar jam 2.45 petang hingga 4.30 petang di bilik bertugas Pegawai
Kaunselor JPWPP.

SESI 2 : Pada 16 November 2017, Sesi berjalan sekitar jam 3.00 petang hingga 4.00
petang di bilik bertugas Pegawai Kaunselor JPWPP.

SESI 3 : Pada 29 November 2017, Sesi berjalan sekitar jam 11.00 pagi hingga 12.30
tengah hari di bilik bertugas Pegawai Kaunselor JPWPP.

2.0 LATAR BELAKANG KAUNSELOR

Kaunselor merupakan seorang guru yang berumur 45 tahun dan kini berkhidmat
sebagai kaunselor sepenuh masa di Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya
mulai tahun 2015. Beliau merupakan lepasan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dalam
Bidang Bimbingan dan Kaunseling dari Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun
1998.

3.0 APLKASI KEMAHIRAN NON VERBAL KAUNSELOR

Daripada apa yang saya perhatikan sepanjang sesi kaunseling ini berlangsung,
kaunselor sangat mengaplikasikan kemahiran melayan non verbal. Bentuk dari
komunikasi non verbal ialah gerakan tubuh badan misalnya : ekspresi wajah, kontak
mata dan kekerapan pergerakan tubuh badan. Sepanjang sesi berlangsung, klien berasa
begitu selesa dan tenang. Keadaan ini dipanggil terapeutik kerana keadaan susun atur
bilik yang kemas dan cantik. Malahan saya sebagai klien berasa selesa sepanjang berada
di dalam sesi kerana amat bersesuaian dan mengikut keselesaan saya sebagai klien.
Sepanjang sesi berlangsung, kaunselor memberi perhatian yang sepenuhnya kepada
saya sebagai klien. Ini dapat dilihat menerusi cara pandangan mata kaunselor, anggukan
kepala dan posisi badan kaunselor ketika sesi berlangsung. Misalnya anggukan kepala
yang ditunjukkan oleh kaunselor merupakan dorongan minima yang membawa maksud
bahawa kaunselor masih mengikuti sesi bersama saya. Kaunselor juga kadang kala
menunjukkan reaksi ekspresi wajah yang sesuai semasa sesi berlangsung seperti
seorang yang ingin mengetahui segala masalah dan bersedia untuk mendengar. Ini
ditambahkan dengan nada suara kaunselor yang tenang dan nampak begitu bersedia
menerima saya sebagai klien pada masa tersebut. Selain itu, keadaan posisi tubuh badan
kaunselor juga menggambarkan kaunselor begitu bersedia untuk mendengar
permasalahan saya dan ini benar-benar menggembirakan saya. Keadaan ini banyak
mempengaruhi saya untuk terus berkongsi masalah yang saya sedang hadapi waktu itu
kerana kaunselor cuba untuk mendengar dengan baik masalah saya dan berusaha untuk
membantu serta memahami masalah yang dikongsi bersama klien.

4.0 APLIKASI KEMAHIRAN MELAYAN VERBAL KAUNSELOR

Pada pandangan saya sebagai klien, saya dapati kaunselor saya juga mahir
mengaplikasikan kemahiran melayan verbal iaitu apabila kemahiran membina
hubungan dijalankan dengan baik semasa sesi kaunseling berlangsung. Walaupun
kaunselor ialah seorang lelaki, namun saya sebagai klien berasa selesa sepanjang sesi
berlangsung. Ini disebabkan kaunselor nampak ramah dan mudah didekati apabila
memulakan perbualan. Setelah sesi membina hubungan telah berjaya, proses
penstrukturan pula di aplikasikan di mana kaunselor menerangkan tugas-tugas sebagai
kaunselor dan tugas-tugas sebagai klien, memperkatakan tentang etika kerahsiaan,
masa sesi dan sebagainya. Sesi kaunseling ini berlangsung selama 2 jam walaupun jika
ikut kebiasaannya adalah dalam sekitar 45minit untuk setiap sesi. Situasi ini berlaku
kerana keadaan klien iaitu saya yang begitu memerlukan sesi dalam meluahkan rasa
marah dan ketidakpuasan hati saya pada hari kejadian. Antara kemahiran lain yang
digunakan oleh kaunselor terhadap saya ialah penggunaan verbal dorongan minima
seperti “ya”, “ooooo”. Penggunaan verbal dorongan minima ini, benar-benar
membuatkan saya rasa seperti masalah saya diambil perhatian dan ada orang lain yang
memahami saya. Di dalam sesi kaunseling ini, kaunselor menggunakan pendekatan
‘Rational Emotive Behavior Therapy” (REBT) terhadap klien dan banyak mengajukan
soalan-soalan terbuka untuk melihat pandangan atau masalah sebenar dan mendorong
saya untuk terus bercerita. Secara tidak langsung, saya telah berkongsi punca
permasalahan saya kepada kaunselor pada pertemuan pertama. Manakala soalan
tertutup diajukan kepada saya untuk mendapatkan kepastian masalah saya. Kaunselor
juga banyak memberi respon pendek iaitu parafrasa untuk membuktikan kefahaman
kaunselor terhadap masalah yang dihadapi oleh saya. Namun, ada satu perkara yang
saya sebagai klien tidak gemar semasa sesi berlangsung. Sepanjang menggunakan
pendekatan REBT dan teknik ABCD, kaunselor banyak memberi tekanan kepada klien
untuk mengubah kepercayaan “Believe” klien kepada yang lebih rasional. Keadaan ini
menimbulkan ketidakselesaan klien kerana klien merasakan kaunselor tidak merasakan
apa yang dirasakan oleh klien walaupun kaunselor cuba menunjukkan empati terhadap
masalah yang dihadapi oleh klien.

5.0 PROSES ATAU PERINGKAT- PERINGKAT SESI KAUNSELING

Secara umumnya dalam kaunseling terdapat beberapa peringkat iaitu sesi kaunseling
yang digunakan. Contohnya untuk pertemuan pertama sesi, kaunselor akan banyak
mencuba untuk membina hubungan atau kejeleketan dengan klien. Ini bertujuan supaya
klien lebih selesa dan yakin untuk berkongsi masalah bersama kaunselor yang baharu
pertama kali berjumpa. Namun begitu, untuk kes saya, saya telah datang secara sukarela
untuk membuat temu janji bersama klien, maka sesi lebih mudah dikendalikan.
Peringkat kedua di dalam proses sesi kaunseling ialah penerokaan. Pada tahap
ini merupakan proses paling penting dalam mengesan masalah yang dialami oleh klien.
Dalam proses ini, kaunselor cuba membantu saya untuk melihat dan mengenal pasti
punca masalah yang saya hadapi walaupun pada mulanya saya sendiri keliru dengan
apa masalah yang saya hadapi. Sepanjang sesi ini, kaunselor banyak mendorong saya
untuk bercerita tentang perkara yang menyebabkan saya rasa marah atau tidak puas
hati. Dalam peringkat ini kaunselor mahu melihat kepercayaan atau “believe” saya yang
menjadi punca kepada permasalahan yang sedang saya hadapi kini.
Pada peringkat yang ketiga ialah mengenal pasti masalah dan membina
matlamat dalam sesi. Masalah yang dihadapi oleh saya dapat dikenal pasti oleh
kaunselor menerusi proses penerokaan. Kaunselor banyak menggunakan kemahiran
soalan tertutup dalam memastikan masalah yang saya cerita adalah betul dan itulah
yang saya sedang hadapi. Kaunselor juga kerap menggunakan parafrasa untuk
pengesahan masalah. Sepanjang sesi, saya dapati saya banyak mengangguk dan
menepuk tangan tanda setuju atau memahami apa yang diperkatakan oleh klien. Saya
juga dapati kaunselor banyak menjaga tutur katanya dan tidak menasihatkan saya,
malahan menggalakkan saya berfikir sendiri dalam menyelesaikan masalahnya.
Kaunselor banyak memberi pencerahan kepada saya supaya tidak keliru dengan apa
yang saya mahu selesaikan. Akhirnya saya dapat merasionalkan diri saya sendiri dan
lebih berfikiran positif setelah mendapat bantuan daripada kaunselor.
Proses yang keempat ialah membina alternatif dan pelan tindakan .
Dalam proses ini, kaunselor memberi sepenuhnya tindakan kepada saya untuk mencari
jalan penyelesaian . Kaunselor banyak bertanya soalan yang terbuka dan tertutup iaitu
yang mendorong saya untuk berfikir tentang masalah yang saya hadapi. Daripada
berfikir tersebutlah, maka saya akan lebih fokus untuk mencari jalan alternatif dalam
menyelesaikan masalah saya. Dalam proses ini, kaunselor hanya membantu saya untuk
membuat keputusan sendiri tanpa dipengaruhi oleh sesiapa.
Proses yang kelima ialah sesi mengambil tindakan . Dalam sesi ini, setelah jalan
penyelesaian ditemui, kaunselor membincangkan penyelesaian tersebut bagi
memastikan penyelesaian yang saya pilih adalah yang terbaik. Dalam proses ini,
kaunselor banyak bertanya, apa yang saya mahu dari sesi ini dan penyelesaian serta bila
saya mahu bertindak.
Setelah pasti segala yang ingin disampaikan diterima oleh saya dan saya dapat
merasionalkan diri saya, maka kaunselor akan menamatkan rumusan keseluruhan sesi
dengan terperinci.

6.0 KEUPAYAAN KAUNSELOR MENGENALPASTI MASALAH

Berdasarkan pandangan saya, kaunselor dapat mengenal pasti masalah saya dengan
mudah, apabila beliau mendapati saya kerap menggunakan perkataan yang sama
berulang kali. Kaunselor mula membuat parafrasa untuk mengesahkan semula
kenyataan yang saya buat dan membuat soalan tertutup yang kesannya membuatkan
saya sebagai klien berfikir semula dengan rasional.
7.0 STRATEGI DAN PELAN TINDAKAN KAUNSELOR
Daripada apa yang saya perhatikan semasa sesi kaunseling ini berlangsung, kaunselor
banyak kali bertanya mengenai matlamat saya apabila bertemu dengan beliau untuk
membuat sesi. Kaunselor menggunakan pendekatan REBT dalam merasionalkan klien
dan dalam banyak-banyak pandangan yang saya lontarkan untuk menyelesaikan
masalah saya, kaunselor hanya menekankan kepada “key point” tindakan yang dapat
membantu saya. Dengan dorongan sebegini, banyak membantu saya untuk berfikir
secara rasional dan lebih berfokus dalam mencari alternatif penyelesaian masalah saya.

8.0 REFLEKSI SEBAGAI KLIEN

Saya sebagai seorang klien, amat berpuas hati dengan pertemuan sesi saya bersama
klien. Walaupun ini baharu pertama kali saya berjumpa dengan kaunselor Jabatan,
tetapi saya berasa selesa untuk meluahkan masalah saya. Oleh itu, tanpa saya sedari
sesi yang sepatutnya memakan masa selama 45 minit telah berlanjutan sehingga dua
jam kerana saya percaya dan rasa selamat untuk meluahkan masalah saya.
Sepanjang sesi saya bersama kaunselor, saya dapati kaunselor lebih banyak
mendengar luahan masalah saya sambil memberi dorongan minima yang menunjukkan
bahawa kaunselor sedang memberi sepenuh perhatian terhadap permasalahan saya.
Saya rasa cukup lega kerana ada orang yang sudi mendengar luahan masalah saya tanpa
membuat penilaian atau andaian. Kaunselor memberi peluang kepada saya untuk
meluahkan isi hati saya sehingga tanpa saya sedari, saya menitiskan air mata. Keadaan
ini berlaku tanpa sengaja dan ini mungkin reaksi daripada tekanan yang saya hadapi.
Sedikit sebanyak selepas saya mengikuti sesi pertama berjumpa dengan klien
berdaftar, saya tidak sabar untuk membuat temu janji yang kedua, kerana saya dapat
merasai kelegaan dan rasa beban yang hilang daripada kepala. Kaunselor membantu
saya untuk betul fokus kepada permasalahan saya yang jika sebelum ini, saya terlalu
serabut dengan permasalahan saya tanpa mengetahui punca yang sebenar. Saya rasa
tidak rugi untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling daripada kaunselor berdaftar
kerana ianya benar-benar membantu saya.
Kaunselor juga memberi tugasan kepada saya supaya saya dapat bertindak dan
menyusun perancangan bagaimana untuk melaksanakan tugasan yang diberi. Dalam
kes saya, tugasan yang diberi adalah berdasarkan teori REBT, dan saya cuba
merasionalkan diri saya dengan menukar kepercayaan negatif saya kepada yang lebih
positif.
Pada pertemuan kedua, kaunselor banyak mengupas lebih terperinci
permasalahan saya satu persatu bersama saya. Saya sememangnya dapat rasa
keikhlasan kaunselor dapat membimbing serta membantu saya mengendalikan masalah
saya. Alhamdulillah, pada pertemuan kedua, saya telah datang berjumpa dengan
kaunselor dengan lebih bersemangat. Saya telah melengkapkan tugasan yang diberi
oleh beliau dan dapat berfikir rasional dan positif. Malah perasaan marah atau tidak
kepuasan hati saya telah dapat dikawal
Begitu juga pada pertemuan ketiga, tidak banyak bicara yang dibuat kerana atas
permintaan saya, untuk menamatkan sesi kaunseling bersama beliau. Saya merasakan
saya telah mencapai objektif saya dalam menyelesaikan permasalahan saya. Saya rasa
cukup berterima kasih kepada kaunselor yang banyak membantu saya dengan
profesional tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

Вам также может понравиться