Вы находитесь на странице: 1из 11

A – Analisis Pelajar (Analyze learners)

Menganalisis kumpulan sasaran atau pelajar kita adalah penting untuk membantu kita
merancang pengajaran pembelajaran yang sesuai bagi mereka. Namm, untuk mengenal pasti
keperluan setiap pelajar dalam kelas kita adalah sesuatu yang sukar dilaksanakan. Justeru, garis
panduan berikut dapat digunakan untuk menganalisis pelajar agar kita dapat memilih strategi,
bahan sumber, dan media yang paling wajar untuk mencapai objektif pengajaran-pembelajaran.
Pelajar dapat dianalisis berdasarkan aspek-aspek berikut:
- Ciri-ciri umum pelajar.
- Pengetahuan/pengalaman sedia ada.
- Gaya belajar.

1. Ciri-ciri umum:-
Termasuk peringkat umur, tahap persekolahan, tahap kemahiran intelektual, taraf
sosioekonomi, tempat tinggal, budaya serta stail pelajar (learning style) sebelum sesuatu media
itu dipilih dan digunakan.Pemilihan kaedah, media dan bahan sumber pembelajaran dapat
disesuaikan dengan jenis pelajar yang dikenal pasti. Misalnya, peringkat umur yang muda
terutama pada tahap pertama sekolah rendah, bahan yang mengandungi gambar adalah lebih
sesuai untuk digunakan dalam latihan mengenali objek. Gambar ini pula perlulah dalam bentuk
gambar kaku. Ada kajian yang dibuat dalam model Briggs & Wager mengatakan gambar kaku
dapat dipergiatkan pembelajaran bagi mereka yang kurang asas pembacaan.

2. Pengetahuan/Pengalaman sedia ada:-


Pelajar juga perlu dianalisis dari segi tahap kemasukan (entry characteristic). Ini termasuklah
tahap pengetahuan sedia ada, tahap kemahiran belajar dan sikap. Pelajar yang menghadapi
masalah dalam memahami sesuatu konsep dalam metematik atau geografi mungkin memerlukan
pendekatan pembelajaran yang mempunyai stimulasi atau memerlukan animasi. Dalam hal ini
penggunaan multimedia yang mempunyai pergerakan dan animasi adalah diperlukan. Manakala
bahan relia atau lawatan ke tempat yang tertentu adalah lebih berkesan sekiranya pembelajaran
itu memerlukan seseorang pelajar itu menggunakan keseluruhan deria seperti melihat tempat,
atau memegang objek.

3. Gaya pembelajaran pelajar:-


Pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. Gaya pembelajaran ialah trait
psikologi berkaitan dengan cara dan gaya individu menanggap, berinteraksi, dan bertindak balas
secara emosi dengan persekitaran pembelajaran. Gaya pembelajaran individu merujuk kepada
cara yang paling sesuai dan berkesan untuk individu itu menguasai pembelajaran. Pengetahuan
tentang gaya pembelajaran pelajar dapat membantu guru merancang pengajaran-pembelajaran
yang efektif. Antara gaya pembelajatan tersebut termasuk Model Dunn dan Dunn, Model Honey
dan Mumford. Gaya pembelajaran individu mempengaruhi cara individu memproses maklumat,
membentuk persepsi, merupakan faktor motivasi, dan tingkah laku pelajar. Perancangan
penyampaian pengajaran yang mengambil kira gaya pembelajaran akan menjadikan
pembelajaran lebih lancar dan efektif.

S – Menyatakan Objektif (State Objectives)

Pernyataan objektif pretasi (performance objectives) dalam merancang sesuatu pengajaran


adalah amat penting dalam menentukan apakah jenis multimedia yang ingin digunakan. Objektif
ialah suatu pernyataan yang spesifik tentang kebolehan atau pretasi yang akan dipelajari atau
ditunjukkan oleh pelajar selepas mengikuti pelajaran tersebut. Objektif juga penting untuk
menentukan corak dan jenis penilaian yang akan dibuat pada akhir pelajaran. Gagne (1985)
bersetuju bahawa objektif perlu menerangkan bukan sahaja pretasi yang sebenar untuk
diperhatikan tetapi pretasi yang dicadangkan. Objektif mesti spesifik. Contohnya, “murid dapat
menyebut nama haiwan setelah mendengar bunyi suara haiwan berkenaan.”

Dick & Carey (1985) serta Kemp (1985) juga bersetuju bahawa melalui objektif pretasi,
seseorang guru dapat mengenal pasti pretasi yang hendak dibentuk, menyusun strategi
pengajaran dan membentuk kriteria untuk menilai pencapaian pelajar-pelajar apabila tamat
sesuatu pengajaran. Ia bolehlah dianggap sebagai satu perjanjian antara pelajar dan guru dalam
proses pengajaran pembelajaran. Obektif perlu dibentuk dengan jelas dan mempunyai hubungan
rapat antara situasi ujian dengan pencapaian pelajar-pelajar demi untuk menghasilkan
pengajaran yang berkesan (Moldstad, 1979; Stubbs, 1991). Gagne, Briggs & Wager (1992)
menglasifikasikan objektif kepada objektif kognitif (berkaitan dengan intelek), objektif afektif
(berkaitan dengan perasaan dan sikap) , objektif psikomotor (berkaitan dengan kemahiran fizikal)
dan objektif interpersonal. Pengkelasan ini memudahkan seseorang guru membuat penilaian
sesudah pengajaran nanti.

Mengapakah guru perlu menyatakan objektif pengajaran-pembelajaran? Pernyataan bojektif


dapat membantu guru memilih media dan kaedah penyampaian yang sesuai. Dengan itu, guru
dapat menentukan langkah aktiviti pengajaran-pembelajaran. Penentuan objektif juga akan
membolehkan guru menyediakan persekitaran pembelajaran yang meransangkan. Pernyataan
objektif yang eksplisit juga dapat membantu guru membuat penilaian terhadap pencapaian
pembelajaran. Guru tidak mungkin dapat menilai pencapaian pelajar tanpa pernyataan objektif
yang jelas. Akhir kata, pernyataan objektif berperanan sebagai kontrak perjanjian antara guru
dengan pelajar. Bagi guru, ini yang akan saya ajar. Bagi pelajar ini yang mesti saya belajar.
Terdapat empat aspek dalam menulis pernyataan objektif.
- Siapakah yang hendak dicapai (kumpulan sasaran)?
- Apakah yang hendak dicapai (apakah bentuk perlakuan baharu)?
- Bagaimanakah hendak dicapai (apakah syarat perlakuan)?
- Apakah tahap pencapaian minimum (standard pencapaian yang dianggap sudah dikuasai)?

1. Siapakah yang hendak dicapai (kumpulan sasaran)?


Siapa yang terlibat untuk mencapa objektif pengajaran pembelajaran perlu dikenal pasti dan
ditetapkan. Fokus penulisan objektif ialah pembelajaran bukan pengajaran. Kumpulan sasaran
yang dimaksudkan ialah pelajar. Pembelajaran akan berlaku sekiranya pelajar terlibat aktif dalam
aktiviti pembelajaran sama ada secara mental (berfikir/menaja idea) ataupun fizikal (latihan
kemahiran). Contoh penulisan “siapa yang hendak capai” ---“pada akhir pengajaran-
pembelajaran, pelajar dapat.....”

2. Bentuk tingkah laku baharu.


“apakah yang hendak dicapai” merujuk kepada tingkah laku baharu yang hendak dibina atau
dibentuk dalam diri pelajar. Tingkah laku yang dinyatakan dalam objektif pengajaran-
pembelajaran hendaklah yang dapat dilihat dan diukur pencapaiannya. Tingkah laku ini juga
hendaklah yang wajar dan berasaskan situasi sebenar. Pemilihan istilah yang menunjukkan
tingkah laku adalah penting. Antara perkataan yang sesuai digunakan ialah menyatakan, menulis
esei, menjawab soalan lisan, mewarnakan, memetik, merumus, dan menyelesaikan masalah.

3. Situasi atau prasyarat perlakuan


Apakah syarat perlakuan? Bagaimanakah tingkah laku itu hendak dibuat? Dalam situasi yang
bagaimanakah tingkah laku itu dibuat? Pernyataan objektif pengajaran-pembelajaran hendaklah
termasuk syarat bagaimana tingkah laku baharu itu dapat diperhatikan. Pernyataan syarat
pencapaian objektif ini dapat membantu guru menyediakan suasana, langkah pengajaran-
pembelajaran dan media yang sesuai. Contohnya, merumus dan memetik isi-isi penting setelah
membaca petikan yang diberi.

4. Darjah tahap pencapaian minimum perlakuan


Apakah tahap pencapaian minimum atau standard pencapaian bagi menunjukkan bahawa
sudah berlaku perubahan tingkah laku kepada diri pelajar? Tahap pencapaian minimum ini
merujuk kepada darjah ketepatan, kualiti atau kuantiti tingkah laku, tempoh masa yang ditetapkan
dan sebagainya. Pernyataan pengukuran tahap pencapaian ini membolehkan guru menyediakan
tindakan susulan bagi membantu pelajar yang belum memcapai objektif pengajaran-
pembelajaran dalam bentuk aktiviti pemulihan dan sebaliknya pengukuhan dan pengayaan bagi
yang sudah menguasai pembelajaran. Penulisan tahap pencapaian boleh dalam bentuk kualitatif
atau kuantitatif. Kriteria kualitatif sukar didefinisikan. Penulisan kriteria kuantitatif boleh dalam
bentuk peratusan, nilai angka atau skor mentah. Contohnya, sekurang-kurangnya tujuh daripada
sepuluh dengan tepat dan betul.

Cuba analisis objektif pengajaran-pembelajaran berikut. Kenal pasti ciri-ciri penulisan objektif
yang baik.
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat:
a. Menamakan secara lisan sekurang-kurangnya tujuh negeri di Malaysia yang mempunyai
sultan.
b. Melabel nama-nama negeri yang diketuai sultan pada lakaran peta Malaysia sekurang-
kurangnya 7 daripada 9 buah negeri dengan betul.
c. Menyelesaikan teka silang kata mengenai kesultanan melayu dengan ketepatan minimun 80%
dalam kumpulan berempat.

S- Memilih kaedah, media dan bahan (Select methods, media and materials)
Dalam kompenen ini seseorang guru mempunyai tiga prosedur iaitu memilih kaedah, media
dan bahan berdasarkan penggabungan beberapa faktor berkut:
-Ciri-ciri pelajar (the characteristics of the learners)
-Bentuk objektif (the nature of the objectives)
-Pendekatan pengajaran ( the instructional approach)
-Kekangan situasi pengajaran (the constraints of the instructional situation)

Setiap bahan yang dipilih tidak semuanya menepati kehendak dan keperluan objektif. Ini
bukan bermakna bahan tersebut tidak boleh digunakan sebagai media pengajaran. Ia boleh
diubahsuai atau direka bentuk agar menepati objektif, ciri-ciri pelajar, pendekatan yang akan
digunakan termasuklah teknik penyampaian serta kekangan yang mungkin dihadapi sama ada
dari aspek perkakasan dan perisiannya.Dalam situasi ini, beberapa persoalan perlulah difikirkan
semasa membuat pilihan agar pemilihan itu tepat dan berkesan digunakan di bilik darjah.
Persoalan
-Adakah aras perbendaharaan kata dan struktur ayat sesuai dengan tahap pelajar?
- Adakah bahan bacaannya sesuai untuk pelajar?
- Adakah segala ilustrasi sesuai dengan pengalaman pelajar?
- Jika bahan perlu dimanipulasikan adakah pelajar memiliki cirri-ciri kemahiran tertentu?
- Adakah maklumat dalam bahan sesuai dengan aras mentality pelajar?
- Adakah aspek teknikal mengganggu proses pembelajaran?

Setiap perancangan pengajaran yang baik akan memerlukan pemilihan media, kaedah, dan
bahan sumber yang dibuat secara sistematis dan terancang juga. Proses pemilihan tersebut
merangkumi tiga langkah berikut:

1. Membuat keputusan tentang kaedah yang paling sesuai dengan objektif yang hendak dicapai.
2. Memilih format media yang sesuai dengan kaedah yang dipilih.
3. Memilih, mengubah suai atau mereka bentuk bahan sumber pembelajaran.

Penentuan Kaedah
Sekiranya ditanya, apakah kaedah yang paling baik? Jawapannya tidak ada sebarang kaedah
yang mengatasi kaedah lain. Sesuai dengan latar belakang pelajar yang pelbagai, gabungan
beberapa teknik dalam satu sesi pembelajaran adalah lebih berkesan. Penentuan kaedah
hendaklah diasaskan kepada cirri-ciri pelajar, pengalaman sedia ada pelajar, gaya pembelajaran
pelajar serta objektifpembelajaran yang hendak dicapai. Kaedah simulasi dan tunjuk cara
mungkin sesuai untuk menyampaikan maklumat bagi pelajar yang belum menguasai kemahiran
membaca yang mantap. Pelajar yang memilih gaya pembelajaran kinestetik lebih mudah dapat
belajar melalui aktiviti konteksual, kajian lapangan, kaedah bermain, simulasi, lakonan dan
seumpamanya.

Pemilihan Format Media


Format media merujuk kepada bentuk fizikal sesuatu maklumat yang dipaparkan. Format
media termasuk kertas sebak, iaitu gambar, petikan, slaid, audio, video, grafik, dan tayangan
computer multimedia. Untuk memilih format media, guru hendaklah menagabil kira beberapa
criteria. Antaranya, bentuk audiens (kumpulan pelajar: kelas/ kumpulan/ individu), keupayaan
pelajar, domain objektif serta bentuk maklum balas yang akan dihasilkan.
Pemilihan Bahan Sumber
Bahan sumber pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada isi pelajaran yang menjadi
fokus pembelajaran. Bahan ini boleh dalam bentuk petikan, artikel, teks dan sebagainya. Kriteria
pemilihan melibatkan tiga langkah berikut, iaitu memilih bahan sumber sedia ada, mengubai suai
bahan sumber sedia ada, dan mereka bentuk bahan sumber baharu.

Menurut McAlpine & Wetson (1994) dipetik oleh Heinich et al. (1999), untuk memilih bahan
sumber yang sesuai, soalan-soalan berikut perlu ditanya:

1. Adakah bahan ini menepati kurikulum?


2. Adakah isi sumber ini tepat dan terkini?
3. Adakah laras bahasanya jelas dan mudah difahami?
4. Adakah bahan ini menarik dan memotivasikan?
5. Adakah bahan ini dapat menarik penglibatan pelajar?
6. Adakah bahan ini ada kualiti?
7. Adakah bukti yang menunjukkan bahan ini berkesan?
8. Adakah bahan ini bebas daripada iklan dan kecenderungan memihak?
9. Adakah ada panduan pengguna? Manual pelajar? Bank ujian?

Memilih bahan sumber sedia ada yang menepati criteria dan objektif pengajaran-
pembelajaran dapat menjimat masa dan biaya. Namun, jika bahan sumber sedia ada tidak
sepenuhnya menepati criteria dan objektif pembelajaran, guru perlu mengubah suai bahan
tersebut secara kreatif. Contohnya, menggunakan bahagian-bahagian yang sesuai sahaja,
memotong aspek-aspek atau bahagian-bahagian yang tidak relevan dan sebagainya. sekiranya
tidak ada bahan sumber yang sesuai, guru boleh menyediakan bahn sumber sendiri. Ini pasti
memerlukan masa, biaya dan kreativiti yang tinggi.
U- Mengguna media dan bahan(Utilize media dan materials)

Langkah seterusnya ialah bagaimanakah media dan bahan sumber pengajaran-


pembelajaran dimanfaatkan oleh guru dan pelajar? Anjakan fokus daripada strategi berpusatkan
guru kepada strategi berpusatkan pelajar tutut menjadikan penggunaan sumber pembelajaran
oleh pelajar lebih utama berbanding media penyampaian guru. Bagi memastika kejayaan
penggunaan media dan bahan sumber, tindakan-tindakan berikut perlu dilakukan oleh guru.

1. Semak/ pratonton/ kaji bahan sumber sebelum digunakan di dalam kelas.


Guru hendaklah mengkaji/ menyemak/ menonton bahan sumber yang telah dipilih sebelum
menggunakkannya di dalam kelas. Ini akan dapat membantu guru memastikan bahan tersebut
benar-benar sesuai dengan kumpulan pelajar, objektif pengajaran-pembelajaran, tidak
mengandungi unsur-unsur sensitive, berada dalam keadaan baik dan sebagainya. dengan itu,
guru dapat merancang penggunaannya semasa pengajaran-pembelajaran.

2. Sediakan bahan untuk penggunaan dalam kelas.


Setelah menjalankan pratonton contohnya, guru hendaklah merancang langkah penggunaannya
dalam pengajaran-pembelajaran. Dalam penyediaan ini, guru perlu mengumpulkan dan
menyediakan semua kelengkapan yang perlu bagi kegunaan guru dan pelajar. Guru juga
hendaklah boleh meramal masalah yang mungkin timbul dan bersedia dengan bahan tambahan
atau pelan alternative penggunaannya.

3. Sediakan persekitaran yang sesuai untuk penggunaan.


Menyediakan persekitaran yang sesuai merujuk kepada penyusunan media dan bahan sumber
agar mudah dicapai, diambil atau dilihat. Guru juga patut memastikan alatan dan media dalam
keadaan baik dan boleh guna. Susun atur bilik darjah sesuai dengan kaedah yang dipilih juga
hendaklah dipastikan. Contohnya, susun atur kerusi dalam bulatan kecil untuk perbincangan
kumpulan.

Persoalan berikut membantu para guru mengenal pasti infrastruktur baik dari segi kedudukan
kelas, perkakasan dan perisian dan jenis aktiviti yang hendak dijalankan supaya sesuai dengan
bjektif pembelajaran.
Persoalan

 Adakah media ini perlu menggunakan perkakasan atau perisian tertentu?


 Bagaimanakah kedudukan susunan bilik darjah supaya sesuai dengan media yang hendak
disampaikan?
 Di manakah kedudukan anda serta kedudukan media supaya mudah dilihat oleh pelajar serta
mudah digunakan oleh anda sendiri?
 Bagaimanakah anda dapat mengawal bilik darjah dengan penggunaan media tersebut?
 Adakah pencahayaan di bilik darjah sesuai dengan media sekirannya bahan tersebut perlu
ditayang?
 · Adakah aspek teknikal seperti bekalan elektrik, punat dan kabel penyambung elektrik dapat
digunakan sekiranya media tersebut memerlukan perkakasan yang dijalankan dengan
kuasa elektrik?
 Di manakah media tersebut akan disimpan selepas penggunaan?

4. Sediakan pelajar untuk mendapat manfaat daripada bahan sumber.


Menyediakan pelajar untuk pengalaman pembelajaran sama pentingnya dengan menawarkan
pengalaman yang meransangkan. Induksi yang terancang dan memotivasikan dapat
menimbulkan rasa ingin tahu pelajar untuk terus belajar. Menurut Ausubel, pelajar boleh
disediakan untuk menerima maklumat baharu dengan membuka minda mereka dengan advance
organizer, iaitu memberikan gambaran menyeluruh berkaitan dengan isi pelajaran yang akan
dipelajari. Seterusnya, wajar bagi guru memberitahu pelajar akan objektif pembelajaran serta
kepentingan menguasai isi pelajaran. Dengan itu, pelajar dapat dimotivasikan untuk belajar.
Pelajar juga patut tahu tentang aspek yang diberi fokus untuk penilaian pembelajaran.

5. Sediakan pengalaman pembelajaran bagi pelajar.


Bagi menyediakan pengalaman pembelajaran, guru hendaklah Berjaya memilih kaedah dan
teknik penyampaian yang sesuai. Guru hendaklah menguasai pelbagai kaedah dan teknik
penyampaian agar dia dapat menjadi pengajar yang baik. Semasa penyampaian isi pelajaran,
guru boleh menggunakan slaid, projector overhed, gambar foto dan sebagainya untuk menarik
tumpuan perhatian pelajar kepada penyampaiannya. Dalam perkembangan pembelajaran, fokus
pembelajaran hendaklah diberi keutamaan. Strategi berpusatkan pelajar boleh digunakan untuk
melibatkan pelajar secara langsung dalam proses pembelajaran. Guru berperanan sebagai
pengurus dan fasilitator. Antara kaedah dan teknik yang sesuai ialah simulasi, lakonan,
perbincangan, kajian lapangan, bengkel dan pembentangan dan sebagainya. apabila pelajar
terlibat secara langsung, pembelajaran menjadi lebih berkesan.
R- Memerlukan penyertaan pelajar (Require learner participation)
Sesuatu pembelajaran yang melibatkan pelajar beraktiviti atau berfikir secara aktif akan
menghasilkan perubahan tingkah laku yang kekal. Ini disokong oleh semua teori pembelajaran
baik teori behavioris mahupun teori kognitif. Pandangan teori konstruktivis yang menjadi amalan
umum hari ini juga mengambil kira keaktifan pelajar dalam proses membina pengetahuan sendiri
sebagai bentuk pengalaman pembelajaran yang paling berkesan.
Pengalaman rasa berjaya pelajar akan dapat mengekalkan motivasi pelajar terhadap aktiviti
pembelajaran. Lataran itu, guru hendaklah memberikan maklum balas sebaik sahaja pelajar
menunjukkan kejayaan. Latihan dalam bentuk perbincangan, latih tubi, latihan bertulis,
permainan bahasa dan sebagainya dapat terus mengekalkan penglibatan pelajar dalam aktiviti
pembelajaran. Jika aktiviti-aktiviti berkenaan menyediakan maklum balas secara langsung juga
melalui guru, keterlibatan dan minat pelajar dalam aktiviti akan berterusan.
Pemilihan media dan bahan sumber yang sesuai sebenarnya dapat membantu dan
mengekalkan penglibatan pelajar dalam proses belajar. Gambar, foto, slaid, gambar bersiri, video
contohnya dapat mencetuskan perbincangan kumpulan, penjanaan idea dan juga aktiviti
penyelesaiaan masalah.Media pengajaran yang baik membolehkan penyertaan dan respons
pelajar berinteraksi serta mendapat maklum balas. Ia boleh berlaku sama ada secara invidu atau
secara kumpulan. Ia juga harus bersesuaian dengan aktiviti serta teknik pengajaran yang
dilaksanakan.
Respons mungkin bermula daripada yang mudah seperti membaca apa yang terpapar atau
membuat huraian, menjawab soalan hinggalah ke peringkat yang cangih seperti soalan yang
berbentuk interaktif atau bahan yang bercirikan hypermedia pada bahan multimedia yang
dipaparkan melalui computer.

Persoalan berikut harus difikirkan apabila media pengajaran digunakan dalam penyampaian.

Persoalan

 Adakah penyertaan pelajar boleh dilakukan secara individu atau kumpulan?


 Apakah bentuk respons yang diperlukan sama ada lisan, tulisan, lakaran dan sebagainya?
 Adakah pelajar memerlukan alat tulis, atau menggunakan papan kekunci bagi computer atau
member maklum balas?
 Adakah pelajar memerlukan kemahiran tertentu untuk member respons?
 Apakah bentuk halangan yang mungkin dialami oleh pelajar apabila member respons dan
apakah cara mengatasinya?
 Apakah bentuk ganjaran yang perlu disediakan hasil daripada penyertaan yang dibuat oleh
pelajar?
 Apakah aktiviti susulan hasil daripada penyertaan pelajar?
E- Menilai dan menyemak semula (Evaluate and revise)

Komponen yang akhir dalam Model ASSURE ini ialah penilaian dan menyemak semula
perancangan. Langkah ini menyentuh dua aspek penilaian, iaitu penilaian pembelajaran dan
penilaian pengajaran. Penilaian seharusnya dibuat sepanjang proses pengajaran-pembelajaran
untuk memastikan pemilihan objektif, media dan bahan sumber sesuai dengan keupayaan
pelajar. Penilaian semasa proses pengajaran-pembelajaran boleh dibuat melalui pemerhatian
perlakuan pembelajaran pelajar. Melalui penilaian semasa proses pembelajaran, tindakan
menangani masalah pembelajaran boleh diambil. Pada masa ini, guru boleh mengubah teknik,
memudahkan bahasa atau mengambil tindakan alternative lain. Penilaian ini membawa kepada
penilaian pembelajaran ke arah pencapaian objektif pengajaran-pembelajaran.

Penilaian pembelajaran boleh dibuat dalam pelbagai bentuk. Bentuk penilaian pembelajaran
terbahagi kepada dua iaitu penilaian formal dan penilaian informal. Penilaian formal merujuk
kepada ujian. Penilaian informal dbuat melalui hasil kerja pelajar, pemerhatian, soal jawab, aktiviti
kumpulan, pembentangan dan seumpamanya. Penilaian pembelajaran boleh dibuat sepanjang
proses pengajaran-pembelajaran. Perlakuan pembelajaran pelajar sebenarnya member maklum
balas tentang pencapaiaan objektif, perancangan pengajaran guru, pemilihan kaedah, media dan
bahan sumber.

Penilaian pengajaran boleh dibuat setelah selesai proses pengajaran-pembelajaran melalui


amalan refleksi. Guru perlu menilai semula perancangan dan pelaksanaan pengajaran untuk
melihat setakat mana perancangan dan pelaksaan pengajaran untuk melihat setakat mana
perancangannya berjaya. Melalui proses refleksi, guru perlu melihat semula perancangan,
pengajaranm tindak balas pelajar terhadap aktiviti pembelajaran, pencapaian objektif dan
sebagainya. Soalan-soalan berikut perlu ditanya:

1. Apakah perasaan saya? Seronok? Puas hati?


2. Adakah objektif tercapai? Objektif yang bermasalah?
3. Apakah kekuatan perancangan dan pelaksanaan pengajaran-pembelajaran? Kaedah?
Aktiviti pembelajaran? Latihan?
4. Apakah kelemahan perancangan dan pelaksanaan pengajaran-pembelajaran?
5. Apakah punca kekuatan atau kelemahan tersebut?
6. Apakah yang harus saya lakukan untuk mengatasi kelemahan dan/ atau menjadikan
perancangan lebih baik?
7. Apakah bentuk tindakan susulan seterusnya?
Penilaian adalah satu proses yang berterusan serta bersepadu. Berterusan bermaksud ia
dinilaikan bukan sahaja di peringkat penggunaan tetapi di semua peringkat. Manakala bersepadu
bermaksud ia bukan sahaja dinilaikan pada aspek teknikal tetapi dinilaikan pada aspek strategi
penyusunan pengajaran oleh guru termasuk penetapan objektif, pelbagai bentuk respons pelajar
sama ada melalui diskusi, latihan, pengamatan serta prestasi pelajar dalam kuiz, kemahiran yang
ditunjukkan atau apa saja bentuk ujian formatif hasil daripada penggunaan media yang dipilih
dalam sistem penyampaian sesuatu topik pembelajaran.

Berdasarkan penilaian yang dibuat maka guru akan dapat membuat penyesuaian sekirannya
perlu pada mana-mana kelemahan agar media tersebut akan lebih mantap digunakan pada masa
yang lain. Penilaian pengajaran atau refleksi ini akan membuahkan idea untuk penambahbaikan
atau tindakan pembetulan yang sesuai. Guru dapat menggunakan maklumat refleksi ini dan
maklum balas pelajar untuk merancang pengajaran yang lebih efektif. Guru juga boleh
menyediakan senarai semak tindakan guru dan perlakuan pelajar sebagai panduan untuk
membuat penilaian pengajarannya. Dengan itu, guru dapat mengambil tindakan membetulkan
langkah pengajaran, pemilihan objektif atau pemilihan media yang kurang berkesan dalam
perancangan seterusnya

Вам также может понравиться

  • Aplikasi Penambahan Perpuluhan
    Aplikasi Penambahan Perpuluhan
    Документ5 страниц
    Aplikasi Penambahan Perpuluhan
    Muhammad Aslam Abdul Hashim
    Оценок пока нет
  • Perpuluhan
    Perpuluhan
    Документ3 страницы
    Perpuluhan
    Muhammad Aslam Abdul Hashim
    Оценок пока нет
  • Bahagi Perpuluhan
    Bahagi Perpuluhan
    Документ3 страницы
    Bahagi Perpuluhan
    Muhammad Aslam Abdul Hashim
    Оценок пока нет
  • 3 RPH Wang
    3 RPH Wang
    Документ8 страниц
    3 RPH Wang
    Muhammad Aslam Abdul Hashim
    Оценок пока нет
  • Perpuluhan Darab
    Perpuluhan Darab
    Документ3 страницы
    Perpuluhan Darab
    Muhammad Aslam Abdul Hashim
    Оценок пока нет
  • 2 RPH Wang
    2 RPH Wang
    Документ8 страниц
    2 RPH Wang
    Muhammad Aslam Abdul Hashim
    Оценок пока нет
  • Memahami Perpuluhan Jugak
    Memahami Perpuluhan Jugak
    Документ5 страниц
    Memahami Perpuluhan Jugak
    Muhammad Aslam Abdul Hashim
    Оценок пока нет
  • Aplikasi Tolak Perpuluhan Juga
    Aplikasi Tolak Perpuluhan Juga
    Документ3 страницы
    Aplikasi Tolak Perpuluhan Juga
    Muhammad Aslam Abdul Hashim
    Оценок пока нет
  • Memahami Perpuluhan
    Memahami Perpuluhan
    Документ4 страницы
    Memahami Perpuluhan
    Muhammad Aslam Abdul Hashim
    Оценок пока нет
  • Memahami Perpuluhan Juga 2
    Memahami Perpuluhan Juga 2
    Документ4 страницы
    Memahami Perpuluhan Juga 2
    Muhammad Aslam Abdul Hashim
    Оценок пока нет
  • Perpuluhan
    Perpuluhan
    Документ10 страниц
    Perpuluhan
    Muhammad Aslam Abdul Hashim
    Оценок пока нет
  • Menolak Perpuluhan
    Menolak Perpuluhan
    Документ4 страницы
    Menolak Perpuluhan
    Muhammad Aslam Abdul Hashim
    Оценок пока нет
  • Rangkaian Komputer
    Rangkaian Komputer
    Документ9 страниц
    Rangkaian Komputer
    Muhammad Aslam Abdul Hashim
    Оценок пока нет
  • 1 RPH Wang
    1 RPH Wang
    Документ10 страниц
    1 RPH Wang
    Muhammad Aslam Abdul Hashim
    Оценок пока нет
  • Salah Laku Guru Mencabar Kwibawaan Profesion Perguruan
    Salah Laku Guru Mencabar Kwibawaan Profesion Perguruan
    Документ8 страниц
    Salah Laku Guru Mencabar Kwibawaan Profesion Perguruan
    Muhammad Aslam Abdul Hashim
    Оценок пока нет
  • Kod Etika Profesion Perguruan Malaysia
    Kod Etika Profesion Perguruan Malaysia
    Документ25 страниц
    Kod Etika Profesion Perguruan Malaysia
    Chin HaiSya
    0% (1)
  • Profesionalisma Guru
    Profesionalisma Guru
    Документ14 страниц
    Profesionalisma Guru
    Mardya Muthalib
    Оценок пока нет
  • TMK 5
    TMK 5
    Документ2 страницы
    TMK 5
    kuman hambutit
    Оценок пока нет
  • Peta I-Think No.5
    Peta I-Think No.5
    Документ2 страницы
    Peta I-Think No.5
    Muhammad Aslam Abdul Hashim
    Оценок пока нет
  • Instrumen Edup TMK
    Instrumen Edup TMK
    Документ2 страницы
    Instrumen Edup TMK
    Muhammad Aslam Abdul Hashim
    Оценок пока нет
  • 1.0 Pengenalan: Geometer's Sketchpad (GSP), Geogebra Ataupun Excel
    1.0 Pengenalan: Geometer's Sketchpad (GSP), Geogebra Ataupun Excel
    Документ10 страниц
    1.0 Pengenalan: Geometer's Sketchpad (GSP), Geogebra Ataupun Excel
    Muhammad Aslam Abdul Hashim
    Оценок пока нет
  • T2 Pengurusan Pembelajaran
    T2 Pengurusan Pembelajaran
    Документ31 страница
    T2 Pengurusan Pembelajaran
    Muhammad Aslam Abdul Hashim
    Оценок пока нет
  • Math Thun 3
    Math Thun 3
    Документ9 страниц
    Math Thun 3
    Muhammad Aslam Abdul Hashim
    Оценок пока нет
  • GKB Soalan8
    GKB Soalan8
    Документ15 страниц
    GKB Soalan8
    Muhammad Aslam Abdul Hashim
    Оценок пока нет
  • Miskonsepsi Peratus
    Miskonsepsi Peratus
    Документ7 страниц
    Miskonsepsi Peratus
    Muhammad Aslam Abdul Hashim
    Оценок пока нет
  • Masalah Kebersihan Bilik Darjah dan Persekitaran Sekolah
    Masalah Kebersihan Bilik Darjah dan Persekitaran Sekolah
    Документ5 страниц
    Masalah Kebersihan Bilik Darjah dan Persekitaran Sekolah
    Muhammad Aslam Abdul Hashim
    Оценок пока нет
  • Gelugor Power Run
    Gelugor Power Run
    Документ2 страницы
    Gelugor Power Run
    Muhammad Aslam Abdul Hashim
    Оценок пока нет
  • Faktor-Faktor Haaa
    Faktor-Faktor Haaa
    Документ2 страницы
    Faktor-Faktor Haaa
    Muhammad Aslam Abdul Hashim
    Оценок пока нет
  • Sinopsis
    Sinopsis
    Документ1 страница
    Sinopsis
    Muhammad Aslam Abdul Hashim
    Оценок пока нет