Вы находитесь на странице: 1из 16

1.

0 PENGENALAN

Sesebuah peradaban yang bermasyarakat madani terhasil dari perkembangan dan


kemajuan yang berlandaskan bahasa. Memfokuskan salah satu tamadun yang terdapat di
Nusantara iaitu Melayu yang terkenal dengan kesopanan dan kesantunan dari segi
bahasanya serta perlakuannya. Kelembutan dalam pertuturan serta keunikkan bahasanya
telah mengambarkan bahawa masyarakat Melayu mempunyai tahap pencapaian
membanggakan dari prespektif komunikasi.
Bangkit dengan mengutarakan kesantunan bahasa (terutamanya bahasa Melayu)
adalah satu kajian yang bukan sahaja membuka prespektif komunikasi malah sosial dan
masyarakat Melayu tersebut. Masyarakat Melayu dikatakan telah mencapai tahap madani
dimana mereka mempunyai kesentunan bahasa yang tersendiri. Bersesuaian dengan
personaliti Melayu yang bersopan santun, lemah lembut, budi bahasa dan perihatin
terhadap orang sekeliling adalah lambang keunikkan Melayu.
Masyarakat Melayu dari zaman era kesultanan Melayu Melaka, kolonial dan
kemerdekaan serta moden masih menunjukkan jati diri atau identiti bahasa tersebut.
Masih mengekalkan peradaban yang tinggi dimana pertuturan mereka terikat dengan
hirarki tertentu, samada pertuturan dengan ibubapa, golongan terhormat, rakan-rakan,
pendidik, dan sebagainya.
Menurut Asmah, kesantunan bahasa adalah penggunaan bahasa harian yang tidak
menimbulkan kegusaran, kemarahan, dan member perasaan tersinggung kepada pihak
pendengar mahupun pembaca. Air muka adalah penting dalam budaya masyarakat
Melayu. Air muka yang dimaksudkan ini adalah maruah. Dewan Bahasa dan Pustaka
(2008), pula turut menyatakan bahawa kesantunan bahasa ditakrifkan sebagai halus budi
pekerti, beradab, sopan, belas kasihan, suka menolong dan mengambil berat tentang
orang lain.
Melihat kepada perkaitan atau pertalian kajian disiplin pragmatik dengan
kesantunan bahasa adalah satu skop yang memperincikan makna dalam konteks bicara
atau tuturan masyarakat Melayu itu sendiri. Didalam analisis data kali ini kita akan
melihat penggunaan peribahasa dalam bahasa Melayu yang memperlihatkan keunikkan
serta kehebatan ungkapan yang diwarisi dari zaman dahulu lagi.
1.1 PERMASALAHAN KAJIAN

1
Kajian tentang kesantunan bahasa menerusi prespektif pragmatik bukan lagi fenomena
baru dimana rata-rata kajian mendapati ianya adalah satu kertas kerja yang menarik dan
digemari. Penelitian ini memerlukan hubungkait antara bahasa dan sosial sesuatu
masyarakat tersebut.
Kertas kerja ini akan memperincikan skop kajian terhadap penggunaan peribahasa
yang sentiasa diunggkapkan oleh masyarakat Melayu tradisional mahupun moden.
Memperlihatkan bagaimana warisan ini menjadi satu tradisi yang kukuh dimana generasi
mendatang bakal mencorakkan bahasa Melayu sebagai bahasa yang maju setaraf dengan
peradaban dunia.
Tujuan peribahasa dikaji adalah untuk melihat kaitannya dengan kehidupan
masyarakat Melayu dan mengenali perwatakkan mereka (Brown, 1951). Dengan kajian
tersebut, terbukti bahawa masyarakat Melayu kaya dengan kesantunan bahasa yang
memiliki keperibadian yang lemah lembut dan budi pekerti. Selain itu, terdapat juga
beberapa kajian yang dilakukan sebelum ini iaitu “Perihal Lelaki dalam Peribahasa
Melayu” oleh Jyh Wee Sew (2009), “Kepentingan Ikon dan Penggunaan Simbol dalam
bahasa Melayu” oleh Inderawati Zahid (1997).
Peribahasa yang bersumberkan haiwan dalam “Analisis Kognitif Semantik
Peribahasa Melayu Bersumberkan Anjing” oleh Imran Ho Abdullah (2011). Berkisarkan
tentang kelemahan, hina, jahat dan tidak berilmu terhadap orang yang mirip dengan
perkataan “anjing” tersebut. Hal ini mencerminkan bahawa peribahasa yang berunsurkan
haiwan ini berbentuk model kognitif. Bersesuaian dengan penggunaan peribahasa dalam
kalangan masyarakat Melayu moden dan masa akan datang.
Didalam tulisan ini, penulis cuba mengemukakan beberapa solusi berkaitan erti
atau makna peribahasa yang lazim digunapakai pada zaman ini. Data peribahasa ini di
ambil dari buku Koleksi Terindah Peribahasa Melayu, oleh Ainon Mohd dan Abdullah
Hassan (2006). Justeru, tulisan ini juga membincangkan bagaimana peribahasa yang
dicipta secara turun temurun ini dapat digambarkan pemikiran penuturannya tentang
dunia dan budaya sekelilingnya.

1.2 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini memperlihatkan makna dalam peribahasa Melayu dalam kesantunan bahasa.
Justeru, kajian ini bakal mengupas disebalik pengertian ungkapan unik peribahasa yang
dituturkan secara meluas di pelusuk Nusantara.

2
Antara objektif kajian yang akan dilihat adalah;

1.2.1 Meneliti makna peribahasa Melayu melalui perspektif kesantunan bahasa.

1.2.2 Membincangkan nilai murni dalam peribahasa terhadap masyarakat Melayu.

1.3 PERSOALAN KAJIAN

Penggunaan peribahasa Melayu semakin samar tau jarang digunapakai oleh masyarakat pada
hari ini. Ungkapan unik ini biasanya di ujarkan ketika majlis rasmi atau tujuan pendidikan
semata-mata.
Oleh itu, terdapat beberapa persoalan yang dikemukan bagi mendapatkan huraian yang
kukuh dan relven, antara persoalan tersebut adalah:

1.3.1 Adakah peribahasa Melayu diklafikasikan sebagai kesantunan bahasa?


1.3.2 Apakah nilai murni yang terdapat dalam peribahasa Melayu?

1.4 KEPENTINGAN KAJIAN

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2005), santun adalah budi bahasa dan atau budi
pekerti, beradab atau sopan. Maksud kesantunan pula membawa maksud perihal sifat santun,
kesopanan dan kehalusan.
Menurut Leech (1983), berpendapat bahawa kesantunan merupakan perlakuan yang
mengekalkan diri dalam sesuatu interaksi sosial. Tambahan pula, beliau menyatakan bahawa
kesantunan bukan sekadar bermaksud berbaik-baik namun ianya adalah prinsip kerjasama
dengan hubungkait maksud dan kuasa. Perkara ini melibatkan pemilihan strategi untuk
mengelakkan konflik.
Leech mengemukakan pandangannya bahawa kesantunan yang terdapat dalam sesuatu
masyarakat adalah penting untuk dipelajari atau diselidiki agar tidak berselisih faham dan

3
menyebabkan konflik yang tidak diingini. Perkara ini perlu diterokai agar budaya dan
komunikasi dua hala menjadi lebih baik dan menghormati antara satu sama lain.
Menurut Awang (2007) mentakrifkan kesantunan sebagai penggunaan bahasa yang baik,
sopan, beradab, mencerminkan peribadi yang mulia serta penghormatan terhadap pihak yang
lain. Kesantunan adalah peraturan perilaku yang digariskan atau dipersetujui bersama
masyarakat dalam menentukan nilai kehidupan mereka.
Begitu juga dengan peradaban Melayu yang dikenali sebagai masyarakat yang lemah
lembut dan budi pekerti. Kaya dengan ungkapan-ungkapan yang tinggi dan menjadi teladan.
Setelah ditelaah peribahasa yang digunapakai oleh masyarakat Melayu, jelas setiap makna yang
disampaikan adalah melalui pengalaman lampau dan mengambil flora dan fauna sebagai
peribahasa untuk dijadikan pendidikan secara turun temurun.
Asmah (1987) pula menyifatkan bahawa wujud dua bentuk pemikiran berkenaan dengan
hubungan antara bahasa dengan hakikat kehidupan. Bentuk pemikiran yang pertama
mengatakan bahawa bahasa menyerlahkan hakikat kehidupan, manakala bentuk pemikiran yang
kedua pula mengatakan bahawa bahasa membentuk hakikat kehidupan.
Beliau menyatakan bahawa setiap pemikiran masyarakat Melayu adalah lebih
mementingkan sifat kehidupan bermasyarakat dan saling tolong menolong. Peribahasa ini turut
membentuk masayarakat Melayu menjadi lebih bertolenrasi dan saling hormat menghormati
anatara satu sama lain
1.5 KOSA ILMU

Kajian peribahasa ini memaparkan salah satu ungkapan kesantunan bahasa daripada masyarakat
Melayu.kepentingan tinjauan kosa ilmu ini memberi sedikit sebanyak tentang makna dan
perkembangannya mengikut arus peredaran zaman. Dengan sorotan lalu bakal member satu idea
yang segar dan pemikiran yang baru dalam mengeksperstasikan ilmu kesantunan bahasa ini
kepada umum.
Peribahasa adalah satu luahan atau ungkapan yang memberi definasi yang tersirat.
Bangsa Melayu meninitik beratkan ilmu pengetahuan untuk membentuk pemikiran tinggi, selari
dengan ajaran Islam sendiri yang menggalakkan umatnya menuntut ilmu. Maka lahirlah
peribahasa-peribahasa yang mengajak setiap individu untuk menuntut ilmu pengetahuan.
Pengkaji memilih dua kosa ilmu dari kajian lepas iaitu kajian kesantunan bahasa dan
peribahasa daripada Asmah (2008) dan Mohamad Radzi Salleh (1999). Hasil penyelidikan
mereka menjadi dorongan pengkaji untuk menulis kajian dialek ini dengan lebih teratur
mengikut kesesuaian skop kajian.

4
1.5.1 Asmah Hj Omar (2008)
Menurut beliau, kesantunan bahasa ialah penggunaan bahasa harian yang tidak menimbulakan
kegusaran, kemarahan dan merasa tersinggung daripada pihak pendengar. Tambahan, beliau
menjelaskan bahawa penjagaan air muka dalam kalangan orang Melayu bukan hanya untuk diri
sendiri, malah turut termasuk air muka keluarga dan masyarakat. Beliau turut membahagikan
kesantunan kepada dua aspek, iaitu kesantunan asas dan kesantunan berkala. Kesantunan asas
merujuk kepada kesantunan sedia ada yang merupakan pedoman atau pengajaran bagi
masyarakat. Kesantunan berkala pula merujuk kepada kesantunan yang menggamabarkan ucapan
yang dilakukan oleh masyarakat dalam hubungan antara satu sama lain.

1.5.2 Mohamad Radzi Salleh (1999)


Beliau telah menerbitkan bukunya yang bertajuk Peribahasa dalam “Masyarakat Melayu Satu
Analisis Pemikiran dan Cerminan Falsafah”, didalam kajian ini, pemikiran masyarakat Melayu
dahulu yang menjana pemikiran mencipta peribahasa yang unik serta mengandungi makna yang
cukup mendalam. Hasil kajian menunjukkan bahawa masyarakat Melayu dahulu berjaya
menjana pemikiran menggunakan unsur-unsur alam di sekeliling mereka untuk mencipta
peribahasa dan simpulan bahasa yang mengandungi falsafah yang cukup mendalam dan
terpendam dengan pelbagai nilai moral, pandangan hidup, aspirasi, kepercayaan dan
pengetahuan yang didukung oleh masyarakat penciptanya.

1.5.3 Kamus Dewan (2007)


Peribahasa dirujuk sebagai bentuk ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap
dan mempunyai makna tersendiri, manakala nilai merujuk kepada darjah, kualiti, mutu dan taraf
serta sifat ketinggian dari segi pemikiran, agama, masyarakat dan sebagainya. Hal ini bermakna,
suatu kata-kata yang diujarkan mempunyai makna atau pengertian yang telah ditetapkan untuk
disampaikan kepada pihak pendengar. Pengucapannya adalah lebih menjaga air muka tanpa
menyinggung mana-mana pihak.

1.5.3 Hamidah Abdul Wahab & Siti Marina Kamil (2012)


Peribahasa Melayu merupakan satu bentuk penggunaan bahasa yang berjaya atau berhasil
mengungkapkan isu-isu berkaitan kehidupan masyarakat dalam nada dan suasana yang berbeza
dengan bahasa literal. Masyarakat terdahulu membina ungkapan ini didapati sangat peka dengan
unsur-unsur flora dan fauna. Elemen-elemen yang mendominasi peribahasa Melayu ini
menggambarkan bahawa masyarakat ini sememangnya akrab dengan alam dan budaya merek

5
1.6 METODOLOGI KAJIAN

Didalam data kajian ini menggunakan peribahasa Melayu yang digunapakai oleh masyarakat
setempat. Hal ini menunjukkan keunikkan ujaran bahasa ini sebagai cara pemikiran Melayu yang
begitu menakjubkan dikala masyarakat Melayu dahagakan ilmu pengetahuan.
Terdapat dua pendekatan utama yang digunapakai atau diselidik bagi mendapat hasil
kajian yang baik. Antaranya ialah mendapatkan data dengan kaedah kajian perpustakaan dan
juga pendekatan pragmatik. Kedua-dua ini amat berkait rapat dalam penemuan jawapan bagi
makna-makna peribahasa yang menarik perhatian pengkaji.

1.6.1 KAJIAN PERPUSTAKAAN


Mengumpul data peribahasa melalui kajian perpustakaan adalah satu cara yang paling
tepat dimana pemilihan data adalah seratus peratus berdasarkan buku. Koleksi peribahasa
tersebut diteliti agar pemilihan data dapat digunapakai dalam kajian ini. Pemilihan buku
Koleksi Terindah Peribahasa Melayu oleh Ainon Mohd dan Abdullah Hassan (2006)
cetakkan kelima adalah yang terbaik untuk dijadikan bahan rujukan serta pemilihan data
dalam kajian ini.
Pendekatan ini sedikit sebanyak menghasilkan pelbagai idea dan jawapan kepada
persoalan kajian ini. Namun, hanya beberapa data yang terpilih sahaja yang akan
diketengahkan dalam kajian kali ini. Walaupun data memiliki lebih dari seratus koleksi
peribahasa, tetapi hanya beberapa data sahaja cukup untuk mengambarkan isi dan makna
dalam sesuatu peribahasa tersebut.

1.6.2 KAEDAH PEMERHATIAN (OBSERVATION)


Ketika kajian dilakukan, kaedah pemerhatian awal telah dilakukan oleh pengkaji terhadap
persekitaran tempatan, seperti di dalam kuliah mahupun di khalayak ramai (termasuk

6
media sosial, elektronik dan cetak). Pemerhatian ini bukan sahaja dilihat dapat mencari
persoalan kajian, namun dapat melihat akan jawapan dan penemuan yang memuaskan
dalam pertuturan harian masyarakat Melayu. Pemerhatian ini berjaya mendapatkan
beberapa makna disebalik ungkapan peribahasa baru yang diujarkan oleh sesetengah
masyarakat Melayu moden.
1.6.3 PENDEKATAN PRAGMATIK
Pragmatik adalah salah satu disiplin dalam linguistik atau kajian bahasa yang mengkaji
sesuatu ujaran untuk mendapatkan makna dalam konteks tertentu. Pendekatan ini
mengutamakan penginterpretasian makna ujaran yang ada kaitan dengan situasi, tujuan
dan penerimaan pendengar dalam memahami ujaran itu.
Selari dengan kajian ini yang memperlihatkan peribahasa dari segi kesantunan
bahasa, pragmatik adalah satu cabang yang membincangkan aspek kesantunan bahasa ini.
Namun begitu, penjelasan untuk segala jawapan kepada persoalan berkaitan peribahasa
Melayu akan dirungkai melalui pendekatan Pragmatik ini.
Kaedah pendekatan pragmatik ini diaplikasi dalam kajian peribahasa Melayu ini.
Melihat kepada beberapa bahan rujukkan subjek tersebut, data yang diambil akan
memperlihatkan makna dan penggunaannya dalam kalangan masyarakat Melayu
tradisional mahupun moden.
Dalam kajian pragmatik akan melihat penggunaan bahasa dan fungsi bahasa
mengikut konteks. Pragmatik mengutamakan struktur bahasa dalam menginterpretasi
makna ujarannya tetapi lebih kepada hubungan antara struktur bahasa dengan peraturan
perlakuan para penggunanya. Pendekatan ini meneliti kesahihan sesuatu ujaran yang
bergantung pada konteks, kesan konteks ataupun kognisi dan usaha pemprosesan
maklumat antara penutur dan pendengar.

1.7 ANALISIS KAJIAN

7
Asal usul peribahasa bermulanya ungkapan-ungkapan yang terbina hasil dari perumupaman,
pepatah, bidalan dan simpulan bahasa. Kesantunan bahasa dapat dilihat dari bentuk dan
penggunaannya terhadap pihak pendengar. Setiap ucapan tersebut memberi pengertian yang
tersirat. Maka, tidak hairanlah peribahasa ini diangkat menjadi satu bentuk budaya masyarakat
Melayu, tidak kira zaman Melayu tradisional atau Melayu melinium.
Terdapat empat jenis peribahasa yang digunapakai dalam kalangan masyarakat Melayu
didalam buku Koleksi Terindah Peribahasa Melayu oleh Ainon Mohd dan Abdullah Hassan
(2006) antaranya ialah:

1.7.1 Perumpamaan
Perumpamaan merupakan perbandingan makna yang paling jelas atau ketara kerana setiap
permulaan kata mesti didahulukan dengan bagai, bak, ibarat, macam, seolah-olah, seperti dan
umpama. Lihat dapatan kajian atau data kajian yang diambil dalam beberapa buah buku
peribahasa digunakan.

Peribahasa Makna Ayat


Bagai burung dalam sangkar Hidup yang tidak bebas dan “Apakah kita bakal
sentiasa dikongkong oleh melihat generasi akan
peraturan dan kuasa datang susah dan merana
disebabkan kita ini bagai
burung dalam sangkar”.
Umpama membungkus api Menyimpan rahsia yang lambat “Mungkin hari ini beliau
laun akan diketahui orang. begitu yakin akan
kenyataan palsunya itu,
umpama membungkus
api”
“Ali berharap beliau
Ibarat mencangkul angin Angan-angan yang tidak di ikuti
mendapatkan sebuah
dengan usaha.
kereta idamnnya tahun
depan, tetapi beliau tidak
mahu bekerja, ibarat

8
mencangkul angin sahaja”
Bak mentimun bengkok Tidak dianggap penting dan “Aku tidak mempunyai
diketepikan orang pengaruh atau kawan rapat
dalam industri ini, mugkin
aku bak mentimun
bengkok”.

1.7.2 Pepatah
Pepatah atau dikenali sebagai perbilangan adalah ungkapan yang diwarisi secara turun-temurun.
Tambahan pula makna dalam setiap ungkapan pepatah tersebut tidak berubah-ubah. Pepatah atau
perbilangan ini berfungsi sebagai panduan atau pedoman hidup dalam masyarakat Melayu
tradisional. Keunikkan pepatah atau perbilangan ini memiliki ciri puisi dalam ungkapannya.

Peribahasa Makna Ayat


Ringan sama dijinjing, berat Bekerjasama dan saling tolong “Kita harus saling
sama dipikul menolong atau saling bantu bekerjasama dalam
membantu dalam setiap membanteras gejala ragut
pekerjaan di kawasan kejiranan kita,
perlunya sifat ringan
sama dijijing, berat sama
dipikul.”
Zaman beralih musim bertukar Segala perkara baik, perasaan, “Sesuatu bahasa akan
rekaan, ilmu pengetahuan bakal mengalami perubahan
berubah mengikut kerana berlakunya
perkembangan masa perubahan seperti zaman
beralih musim bertukar.”
Nak kaya berdikit-dikit, nak Jimat cermat adalah tangga Menjadi orang yang
ramai bertabur urai kejayaan, murah hati ialah berjaya bukan sahaja
tangga tuah. melihat pada status atau
tahap kewangan
seseorang, namun hati

9
budi adalah
mencerminkan
keperibadiannya, seperti
nak kaya berdikit-dikit,
nak ramai bertabur urai.”
Tak lekang dek panas, tak lapuk Sesuatu yang baik dan mulia Perbuatan gadis tersebut
dek hujan akan kekal sepanjang masa. memberikan bantuan
pakaian kepada anak
yatim itu seperti tak
lekang dek panas, tak
lapuk dek hujan. Nescaya
menjadi ikutan ramai
kelak.”

1.7.3 Bidalan
Bidalan adalah salah satu dari peribahasa Melayu yang telah diwariskan secara turun temurun
oleh generasi lama sehingaa hari ini. Bidalan adalah peribahasa yang berfungsi sebagai bentuk
nasihat.

Peribahasa Makna Ayat


Jika pandai menggunting Kerja yang sudah dimulaikan Sebagai usahawan amatlah
hendaklah pandai menjahitnya hendaklah diselesaikan mencabar, jika pandai
menggunting hendaklah
pandai menjahitnya
Jangan bijak terpijak, biar Jangan merasa diri bijak tetapi “Kamu haruslah selalu
bodoh bersuluh dihina. Biar bodoh asalkan bertanya, jangan bijak
bertanya. terpijak, biar bodoh
bersuluh.”
Kalau kail pangkal sejengkal, Sekirannya tidak mahir dalam “Ali menceburi bidang
lautan dalam jangan diduga sesuatu bidang jangan sesekali kulinari walaupun beliau
mencuba, nanti parah akibatnya. adalah lepasan ijazah

10
pengajian bahasa Melayu,
hasilnya beliau tidak
mengetahui cara
memasak, kalau kail
pangkal sejengkal, lautan
dalam jangan diduga”

1.7.4 Simpulan Bahasa


Simpulan Bahasa merupakan salah satu dalam peribahasa Melayu, kebiasaanya terdiri daripada
dua atau tiga patah perkataan dan mempunyai berlainan dari segi makna. Makna-makna tersebut
amatlah jauh sekali daripada makna asal perkataan tersebut. Contoh simpulan bahasa dalam
Ainon Mohd & Abdullah Hassan (2006) seperti berikut:

Peribahasa Makna Ayat


Makan Masa Memerlukan banyak waktu “Rekod perubatan yang
diminta itu makan masa
dalam dua bulan
lamanya.”
Orang Asing Bukan warganegara “Kelihatan orang asing itu
sedang mencari bantuan.”
Langkah Kanan Bernasib Baik “Ali disifatkan sebagai
langkah kanan kerana
dipelawa makan bersama
apabila pulang ke
asramanya.”
Jalan Tengah Kata mudah atau penyelesaian, “Walaupun kedua-dua
tanpa prejudis dan mengambil ibubapa Ali dilihat masih
kira setiap perkara (bertolak bersengketa, pihak
ansur) keluarga terpaksa
menggunakan jalan
tengah iaitu memindahkan

11
anak mereka kepada datuk
dan neneknya untuk
sementara waktu.”
Makan Gaji Nafkah dan pendapatan hasil “Berniaga adalah jalan
daripada bekerja dengan majikan terbaik untuk menambah
kewangan berbanding
hanya makan gaji sahaja.”

Keempat-empat jenis peribahasa ini (pepatah, bidalan, perumpamaan dan simpulan


bahasa) memainkan peranan penting dalam mengemudi atau menghidupkan lagi corak pemikiran
Melayu. Kesopanan atau kesantunan bahasa masyarakat Melayu tradisional begitu menitik
beratkan ilmu dan air muka seseorang dalam setiap bicaranya. Seperti mana yang kita lihat,
kesemua bentuk peribahasa ini dipengaruhi oleh unsur flora dan fauna.
Penulisan oleh Ainon Mohd dan Abdullah Hassan (2006) mempunyai peribahasa yang
dipraktikkan oleh generasi lama dan juga baru. Pengenalan keempat-empat jenis peribahasa ini
telah menunjukkan bahawasanya ilmu di alam Melayu begitu luas dan tersebar disekitarnya
sehinggakan pendidikan berbahasa adalah satu tunjang identiti masyaraakat Melayu. Pengertian
setiap jenis peribahasa ini menjadi satu perkara biasa dalam tuturan masyarakat Melayu dalam
menjaga adab ketika berkata-kata. Setiap peribahasa yang dilontarkan mempunyai kiasan
ataupun makna yang tersirat dalam memberi pengajaran dan kesantunan bahasa.

1.8 PERBINCANGAN

Peribahasa Melayu mempunyai kaitan yang rapat dengan kehidupan harian dan pemikiran
bangsanya. Peribahasa tercipta kerana ikatannya dengan budaya atau adat istiadat yang
diamalkan dari zaman dahulu hingga sekarang. Penggunaan yang meluas di rantau ini
menjadikan peribahasa Melayu dijadikan satu platform untuk mengemukakan perasaan atau
emosi individu tersebut.
Didalam peribahasa, terpacarlah erti peraturan hidup, nilai murni dan etika dalam
pemikiran Melayu tradisional. Isi bagi seluruh peribahasa adalah lebih kepada nasihat, teladan,
pengajaran, pernyataan adat istiadat dan nilai estetika. Kebergantungan konsep alam (flora dan
fauna) dan kelakuan manusia menjadi satu bentuk ungkapan peribahasa yang digunapakai
sehingga hari ini. Kini, kita melihat nilai-nilai murni dalam peribahasa diterap dalam pendidikan

12
formal mahupun tidak formal. Pendidikan ini diajar ketika peringkat rendah hingga ke peringkat
pengajian tinggi bagi memperkasakan budaya Melayu serta mencerminkan identiti masyarakat
Melayu.
Pendidikan secara formal telah dijalankan pada peringkat persekolahan rendah lagi,
apabila pelajar di perkenalkan setiap peribahasa Melayu dengan makna tersendiri. Pembelajaran
dalam matapelajaran bahasa Melayu dan kesasteraan mula dimasukkan topik peribahasa. Pelajar
juga digalakkan untuk mempraktikkan peribahasa tersebut dalam setiap penulisannya serta
menghafal peribahasa-peribahasa yang terpilih. Contoh seperti “Jangan disangka air yang tenang
tiada buaya”, “bagai aur dengan tebing” dan “sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke
tanah jua”. Melihat kepada pendidikan peribahasa ini lantas memperkenalkan makna dan
penggunaannya dalam pertuturan harian.
Pendidikan secara tidak formal pula dipelajari dalam media drama, filem, lirik lagu, puisi,
syair dan pidato. Pendengar akan mempelajari cara penggunaanya serta meneliti makna yang
sesuai mengikut situasi yang digunapakai kelak. Nilai-nilai ini akan dipupuk sejak usia muda
(kanak-kanak) untuk dipraktikkan kepada khalayak umum pada masa akan datang, bergantung
juga kepada penyampaian jenis peribahasa yang disampaikan dalam medium seperti dinyatakan
tadi. Sekirannya member impak yang positif adalah lebih digalakkan. Namun terdapat juga
pengolohan serta pembaharuan peribahasa yang baru. Hal ini juga memberi kesan kepada
peribahasa yang sedia ada.
Nilai-nilai peribahasa yang diterapkan dalam pendidikan bahasa Melayu memainkan
peranan penting dalam mengemukan satu bentuk atau corak pemikiran Melayu yang beradab dan
etika yang tinggi dalam menjaga pertuturan serta memperkenalkan budaya yang unik ini.
“Bahasa melambangkan Bangsa” itulah satu ungkapan yang sering diketengahkan dalam
membina generasi muda untuk mengekalkan budaya Melayu hingga ke hari ini.
Dari sudut pragmatik pula, makna dalam setiap ujaran peribahasa yang dikemukakan
adalah satu bentuk kiasan atau cakap beralas ketika berucap. Menjaga tatasusila serta air muka
adalah perkara yang dititik beratkan dalam pemikiran Melayu. Penelitian makna dalam aspek
kesantunan bahasa adalah satu penelitian yang wajar diketengahkan dalam kajian ilmu linguistik
ini. Lantas membawa kepada variasi ayat yang disaluti dengan budaya Melayu secara umumnya.
Peribahasa memperlihatkan elemen keadaan dan bebanan emosi penuturnya (Kuusi
1988). Peribahasa memiliki cirri linguistik yang unik dan bertindak sebagai alat budaya
masyarakat Melayu. Jelas menunjukkan peribahasa adalah salah satu interaksi sosial yang
menyerlahkan nilai pendidikan, falsafah dan pemikiran masyarakat Melayu.

13
Dalam pembentukan peribahasa Melayu, terdapat beberapa proses, iaitu proses
refleksiviti, dimana manusia membina pemahaman yang bermakna terhadap persekitaran
mereka. Penentuan Imej (gambaran) terhasil oleh pengalaman atau fenomena yang ditempuhi.
Pembentukkan asas makna dan konsep terhasil apabila pengelasan kognitif yang berdasarkan
ilmu pengetahuan, pengalaman, pancaindera dan daya taakulan. Penghasilan makna terjadi
apabila penilaian dan pembinaan semula makna kata berlatarkan situasi dengan dunia luar agar
konsep itu mendapat persamaan makna yang dijadikan rujukan masyarakat Melayu.
Jelaslah bahawa pembelajaran peribahasa Melayu ini membawa kepada satu penemuan
yang unik dimana masyarakat Melayu kaya dengan budi bahasa dan pekertinya. Nilai-nilai yang
diterapkan dalam peribahasa adalah berbentuk nasihat, pengajaran dan teladan. Perkara ini
membawa kepada satu pemikiran yang tinggi serta cintakkan bahasa dikalangan masyarakat
Melayu (rantau nusantara).

1.9 KESIMPULAN
Lambang peribahasa jelas memaparkan hubungkaitnya bersama bahasa dengan pemikiran
masyarakat Melayu. Bangsa Melayu telah mencipta duniannya sendiri dengan menghasilkan
peribahasa yang unik dan kaya dengan budi pekerti. Kehebatan tamadun Melayu menghasilkan
seni bahasa yang unik telah berjaya membimbing generasi baru kepada pemikiran yang lebih
tinggi.
Ada benarnya kenyataan Sapir (1921) yang menjelaskan bahawa bahasa menentukan
pemikiran penuturnya. Cara pemikiran seorang penutur telah menggambarkan menerusi
penggunaan sesuatu perkataan itu dengan lebih meluas. Bahasa menyerap dalam setiap fikiran
dan cara penutur itu memandang dunianya. Bahkan terdapat saling hubungan yang erat antara
pemikiran masyarakat, bahasa, dan budaya (Von Humboldt, 1767).
Masyarakat Melayu bukan sahaja kaya dengan kesantunan bahasanya malahan terkenal
dengan budi pekertinya serta saling hormat menghormati antara satu sama lain. Permuafakatan
antara mereka begitu kuat sehinggakan warisan atau budaya peribahasa ini masih dikekalkan
serta digunapakai dalam perbualan harian mereka. Ditambah pula dengan aktiviti kokorikulum
dalam pendidikan, peribahasa kian”berbisa” dan menjadi satu identiti yang terhormat kerana
akan ilmu yang dimilikinya.

14
Peribahasa membawa pelbagai fungsi, justeru penggunaannya adalah sesuai dan fleksibel
mengikut situasi dan zaman. Tambahan pula, pemikiran yang tersirat dalam makna pantun dan
peribahasa menonjolkan sikap masyarakat yang patuh kepada nilai dan norma hidup tradisional
yang terkandung dalam budaya mereka
Walaubagaimanapun, peribahasa semakin kurang ruang penggunaannya dalam aktiviti
komunikasi, namun begitu, peribahasa masih berfungsi dalam era melinium ini sebagai
penghantaran maklumat berkaitan dengan pemikiran, falsafah, kebijaksanaan bangsa, nilai dan
norma budaya. Oleh itu, penyelidikan terhadap peribahasa Melayu ini harus dipupuk nilai
falsafah yang tinggi terhadap bahasa, ilmu dan nilai hidup dalam tamadun bangsa Melayu.

1.10 RUJUKAN

Ainon Mohd & Abdullah Hassan. 2006. Koleksi Terindah Peribahasa Melayu. Kuala
Lumpur. PTS Millennia.

Hamidah Abdul Wahab & Siti Marina Kamil. 2012. Peribahasa Cerminan Budi Bahasa
Dan Budaya Bangsa Melayu. Samarahan: Universiti Malaysia Sarawak.

Imran Ho Abdullah. (2011). Analisis kognitif semantik peribahasa melayu bersumberkan


anjing. GEMA Online Journal of Language Studies.

Indrawati Zahid. (1998). Peribahasa Melayu: Satu klasifikasi yang tiada penentu. Jurnal
Dewan Bahasa.

Mohd Sharani Mohamad. (2000). 1001 peribahasa Melayu. Singapore: System


Publishing House Pte. Ltd

Mohammad Fadzeli Jaafar. 2014. Pengenalan Linguistik Teoretis dan Aplikasi. Kuala
Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Yan Huang. 2014. Pragmatics. Oxford University Press. United Kingdom.

Zaitul Azma Zainon Hamzah. 2017. Nilai Pendidikan dan Kebijaksanaan Masyarakat
Melayu dalam Pantun dan Peribahasa Melayu. Serdang: Penerbit UPM.

15
Zaitul Azma Zainon Hamzah dan Ahmad Fuad Mat Hassan. 2011. Peribahasa Melayu:
Penelitian Makna dan Nilai. Serdang: Penerbit UPM.

Zaitul Azma Zainon Hamzah dan Ahmad Fuad Mat Hassan. 2011. Bahasa Dan
Pemikiran Dalam Peribahasa Melayu. GEMA Online Journal of Language Studies.

16

Вам также может понравиться