Вы находитесь на странице: 1из 1

Bilangan Jurnal Ketiga MINGGU

Tarikh Peristiwa 24 Februari -28 Februari 2019 3


Tajuk Masalah Pengurusan Masa

ISU YANG DIFOKUSKAN

Pada minggu ini saya telah menghadapi masalah pengurusan masa yang tidak teratur.
Terdapat aktiviti yang telah dirancangkan tidak dapat dijalankan kerana tidak cukup
masa. Hal ini menimbulkan masalah bagi mencapai objektif , khususnya objektif pada akhir
dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada hari-hari tertentu .

2. Analisis
Masalah ini timbul kerana aktiviti perbincangan
secara kumpulan yang telah saya jalankan itu ada kalanyatelah melebihi masa yang
ditetapkan. Didapati pelajar-pelajar mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan
laporan hasil perbincangan dan semasa melaporkan hasil perbincanan, terdapat beberapa
orangpelajar yang tidak dapat menerangkannya dengan lancar dan cepat. Di samping itu,
masalah masa ini jugawujud kerana gangguan aktiviti-aktiviti sekolah seperti perhimpunan
yang telah mengambil masa yang agak lama sehingga mengurangkan masa yang telah
dirancangkan.

3. Cadangan Tindakan Susulan


a) Saya patut membaca buku-buku yang berkaitan dengan perancangan masa dalam
sesuatu prosespengajaran dan pembelajaran agar dapat menguruskan masa dengan lebih
sempurna.b) Saya akan menyediakan pelan A dan pelan B pada waktu-waktu
tertentu terutama pada hari-hariyang terlibat dengan perhimpunan sekolah supaya
proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalanlancar dengan masa yang telah
dirancangkan .c) Bagi
memastikan bahawa aktiviti perbincangan secara berkumpulan tidak melebihi masa yang
telahditetapkan, saya akan sentiasa mengingatkan pelajar tentang masa yang ada dan
meminta wakil bagisetiap kumpulan membuat laporan dalam masa yang telah ditetapkan.
Sekiranya perbincanganmenyentuh topik yang sama, saya akan memilih beberapa
hasil perbincangan yang terbaik sahajauntuk dibentangkan .d) Saya akan mendapatkan
bimbingan dan nasihat daripada guru dan pensyarah pembimbing di sampingberbincang
dengan rakan-rakan guru pelatih.
Ulasan :

Guru Pembimbing: Pensyarah / Penyelia :

____________________________________ __________________________________

____________________________________ __________________________________

____________________________________ __________________________________

Tandatangan dan Cop, Tandatangan dan Cop,

Вам также может понравиться