Вы находитесь на странице: 1из 6

TEKS JURUACARA

MAJLIS SANJUNGAN BUDI, LAMBAIAN KASIH SEMPENA


PERSARAAN PUAN LIM MEE YING 2016

PERKARA/ BUTIRAN CATATAN


PEMBACA
EMCEE 1 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Biji selasih boleh dimakan,


Menjadi perisa sedap terperi,
Selamat datang kami ucapkan,
Semoga majlis bertambah seri

Salutasi Yang Berbahagia


EMCEE 2 Dato’ Haji Mohd bin Md Isa, Pengetua SMK King
George V,

Yang Berusaha
En Mad Pazir bin Mad Ahair, Penolong Kanan
Akademik,

Yang Dihormati
En Abu Hurairah bin Haji Suak, Penolong Kanan
HEM,

Yang Dihormati
Puas Sabariah binti Samah, PK Kokurikulum,

Tuan Haji Abdul Rahman bin Juri, Penolong Kanan


Pra Universiti,

Yang Diraikan
Puan Lim Mee Ying, guru Tingkatan 6,

Seterusnya Ketua2 Bidang, Kaunselor2, Barisan


pendidik, pemimpin2 pelajar serta rakan2 pelajar-
pelajar yang dirahmati Allah sekalian.
EMCEE 1 Selamat datang ke :
Majlis “Sanjungan Budi, Lambaian Kasih” sempena
persaraan Yang Diraikan Puan Lim Mee Ying, guru
Tingkatan 6, SMK King George V.

Kata2 Aluan
Juruacara Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur ke
hadrat Allah swt kerana dengan limpah dan
EMCEE 2 kurniaNya, dapatlah kita berbersama-sama
berhimpun pada pagi ini untuk meraikan Puan Lim
Mee Ying dalam majlis yang cukup bermakna ini.

Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Usahamu gemilang

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi memberkati majlis kita pada hari yang penuh


bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah
tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan
oleh: saudara _________________
___________________________________
Dipersilakan.

BACAAN DOA
Alu-aluan 2 Amin Amin Ya Rabbal `Alamin.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada
EMCEE 1 saudara _____________________________ atas
bacaan doa itu tadi.

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Melayang serindit di atas permatang,


EMCEE 2
Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.
Ucapan Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian
Wakil
Pelajar Pra- Tak molek jika ada alu, tiada lesungnya
U Tak berguna jika ada dayung, tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis, jika tidak ada yang berbicara
EMCEE 1
Untuk itu, majlis menjemput saudara
_____________________________________
wakil Pelajar Pra-U SMK King George V untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

UCAPAN WAKIL PELAJAR PRA-U

Ucapan Terima kasih diucapkan kepada saudara


Pengetua _______________________________________
atas ucapan sebentar tadi.
EMCEE 2
Hadirin sekalian,

Majlis pada pagi yang indah ini akan diteruskan


dengan ucapan daripada Yang Berbahagia Dato’ Haji
Mohd bin Md Isa, Pengetua SMK King George V.
Dengan setulus kasih, majlis mempersilakan.

UCAPAN PENGETUA

Ucapan Puan Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang


Lim Mee Berbahagia Dato’ Haji Mohd bin Md Isa, Pengetua
Ying SMK King George V atas ucapan yang telah
disampaikan sebentar tadi.
EMCEE 1
Hadirin sekalian,

Sekarang, marilah kita sama-sama mendengar


bingkisan indah daripada sahabat baik Puan Lim Mee
Ying. Untuk itu, majlis menjemput Cik Rose Lee
untuk meneruskan acara yang berikutnya.
Dipersilakan.

BINGKISAN DARIPADA CIK ROSE LEE


Ucapan Yang Terima kasih diucapkan kepada Cik Rose Lee atas
Diraikan bingkisan indah yang telah disampaikan sebentar
Puan Lim tadi.
Mee Ying
Hadirin yang dihormati,
EMCEE 2 Majlis kini diteruskan lagi dengan ucapan oleh Yang
Diraikan Puan Lim Mee Ying, guru Pra-U SMK KGV.
Dengan setulus hati, majlis mempersilakan.

UCAPAN PUAN LIM MEE YING


Majlis mengalungkan setinggi-tinggi penghargaan
EMCEE 1 kepada Yang Diraikan Puan Lim Mee Ying, guru Pra-U
SMK KGV atas ucapan yang cukup bermakna itu tadi.

Sudah teradat si anak lelaki


Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat

Bagi menyerikan lagi majlis kita pada pagi ini, majlis


mempersilakan ___________________________
dengan persembahan mereka yang bertajuk
______________________________________.
Dipersilakan.

PERSEMBAHAN PELAJAR
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada
EMCEE 2 _______________________________________
atas persembahan yang menghiburkan itu tadi.
Penyampaian
hadiah dan Hadirin sekalian,
cenderamata
Sebagai menghargai dan mengenangi detik-detik
indah bersama Puan Lim Mee Ying, majlis kini akan
diteruskan dengan slot penyampaian hadiah dan
cenderamata daripada warga SMK Cyberjaya.

Untuk itu, majlis mempersilakan Yang Diraikan, Puan


Ng Sie Fong, guru Tingkatan 6 SMK KGV diiringi
oleh ___________________________________
______________________________________
untuk menerima hadiah dan cenderamata daripada
warga sekolah. Dengan setulus takzim, majlis
mempersilakan.

[Rujuk senarai hadiah……]

PENYAMPAIAN HADIAH DAN CENDERAMATA


EMCEE 1 Terima kasih warga Bumi Bertuah SMK KGV atas
kesudian menyampaikan bingkisan hati buat Yang
Diraikan Puan Lim Mee Ying yang telah berkhidmat
selama _________ tahun di sekolah ini.

Hadirin sekalian,
Tidak berseri majlis ini jika tiada sesi fotografi
apatah lagi hari ini merupakan hari terakhir Puan Lim
Mee Ying bersama-sama dengan kita di bumi bertuah
ini. Untuk itu, majlis menjemput semua warga
pendidik untuk sesi penggambaran.

SESI PENGGAMBARAN

EMCEE 2 Hadirin sekalian,

Kita telah pun berada pada hujung acara.

Guru umpama bintang cemerlang


Walau bersara jasa dikenang

Raut wajah damai dan tenang,


Tiada terkalam kasih dijunjung,
Jasa baktimu tetap dikenang,
Budi baikmu tetap disanjung.

EMCEE 2 Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada


Yang Diraikan Puan Ng Sie Fong kerana sudi bersama
kita pada hari yang penuh bermakna ini.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada


semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan
masa bersama-sama memeriahkan Majlis “Sanjungan
Budi, Lambaian Kasih” ini.
EMCEE 1 Pada kesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan
kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami
mengacarakan Majlis ini.

Majlis menjemput Yang Diraikan Puan Lim Mee Ying


serta semua warga pendidik untuk sesi “Send-Off”
di ____________________________________.

Sekian sahaja, salam hormat.


Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum
Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh

Вам также может понравиться